FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan...
-
Upload
duongthuan -
Category
Documents
-
view
240 -
download
1
Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH
KURSUS HOSPITALITI SEBAGAI PEMBENTUKAN AWAL KERJAYA
DI INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PERETAK
RUSLI BIN RADZI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
Saya
mengaku memTeknologi Ma
1. Tesis ada2. Perpustak
sahaja3. Perpustak
pengajian
4. ** Sila ta
(TAN
Alamat Teta
Tarikh: 24 A
CATATAN * P** J
ba
TaM
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
NO.23 JALABUKIT SEN48300 RAWSELANGOR
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJARMEMILIH KURSUS HOSPITALITI SEBAGAI PEMBENTUKANAWAL KERJAYA DI INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA ,
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
RUSLI BIN RADZI
benarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universitilaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
lah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.aan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
aan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusitinggi.
ndakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatanatau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
DATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
p :
PRIL 2008. Tarikh: 24 APRIL 2008.
otong yang tidak berkenaanenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasierkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULITtau TERHAD.esis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikantau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjanauda (PSM).
PERETAK.
(HURUF BESAR)
ENCIK MOHD RIZAL BIN MOHD SAID(NAMA PENYELIA)
N TELIPOT 1A/8,TOSA 3,ANG,.
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : -----------------------------------------
Nama Penyelia : ENCIK MOHD RIZAL BIN MOHD SAID
Tarikh : 24 APRIL 2008
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH KURSUS
HOSPITALITI SEBAGAI PEMBENTUKAN AWAL KERJAYA DI INSTITUT
KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PERETAK
RUSLI BIN RADZI
BP 050163
720702-08-5965
LAPORAN PROJEK INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI
MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT PENGANUGERAHAN
IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN
(KEMAHIRAN HIDUP)
FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL, 2008
ii
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan danringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”
Tandatangan : -----------------------------------------
Nama Penulis : RUSLI BIN RADZI
Tarikh : 24 APRIL 2008.
iii
Nukilan Setulus Kasih
Ditujukan khas dan...
Teristimewa kepada yang tersayang...
Orang tua ku...
Ibu tercinta Teh Ropa’ah Binti Abdullah yang berada berjauhan nun di
desa yang permai...
Yang membakar semangat dan memahami hati ini sepanjang tempoh pengajian
mengejar cita-cita segulung ijazah.
Buat isteri tersayang dan anak-anak tercinta.....
Rosmawati Binti Dulah, wahai isteriku yang amat dirindui dan agungnya
cinta mu terhadap insan yang kerdil ini;
Nur Rusmaliyana Binti Rusli, anak yang sulung pertama menjadi
harapanku;
Nur Rusmalina Binti Rusli, anak yang sulung kedua disayangi sanggup
berkorban;
Nurahidah Hani Binti Rusli, anak yang ketiga periang pengubat rindu
takkala keseorangan;
Muhammad Nur Aiman Bin Rusli, anak bongsu malahan si kecil lima
tahun tak kenal lagi erti kehidupa, perlu ditinggalkan berjauhan.....
Pengorbanan kalian amat bermakna terhadap diriku untuk mengejar cita-
cita yang dihajati sehingga tamat pengajian ini.
Terima kasih,
Di atas sokongan dan pengorbanan kalian akan ku kenang buat selama-
lamanya insya Allah....amin yarabbilalamin.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kunia
dan izinNya, saya dapat menyudahkan kajian ini. Selawat dan salam ke atas
Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda serta muslimin
dan muslimat.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung
mahupun secara tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan kajian sehingga
selesai. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih, kepada penyelia
saya iaitu Encik Mohd Rizal Bin Mohd Said yang tidak kenal erti penat dalam
memberi tunjuk ajar, dorongan serta pandangan yang membina sehinggalah kajian
ini dapat disiapkan dengan sempurna. Bimbingan dan dorongan semangat yang
diberikan hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya.
Ucapan terima kasih kepada semua warga IKBN, Peretak serta keluarga yang
telah memberi semangat untuk menyiapkan kajian ini. Selain itu terima kasih
diucapkan atas kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan seperjuangan yang telah
sudi berbincang, memberi pandangan yang membina serta sokongan moral untuk
menghasilkan kajian ini.
Akhir kata, melalui kajian ini dapatlah dijadikan bahan rujukan yang
bermanfaat kepada para remaja yang akan memilih kerjaya hospitaliti di negara ini.
Sekian, terima kasih.
RUSLI BIN RADZIBP 050163Fakulti PendidikanUniversiti Teknologi Malaysia. (April, 2008)
v
ABSTRAK
Kerjaya di bidang hospitaliti pada masa kini berkembang dengan pesat
selaras dengan matlamat menjulang nama dan imej Malaysia sebagai sebuah negara
berasaskan industri pelancongan. Kursus hospitaliti di IKBN, Peretak telah melatih
tenaga kerja yang memiliki kemahiran layanan, sajian dan perkhidmatan. Kajian ini
dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih
kursus hospitaliti sebagai pembentukan awal kerjaya di Institut Kemahiran Belia
Negara, Peretak. Faktor-faktor yang diutarakan dari segi pengaruh minat, peranan
ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan kelayakan akademik pelajar. Kajian ini
melibatkan 125 pelajar yang sedang mengikuti kursus hospitaliti di IKBN, Peretak
pada peringkat Sijil Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Majlis Latihan
Vokasional Kebangsaan. Data mentah dikumpulkan menggunakan borang soal
selidik yang telah diedarkan kepada semua responden setelah kajian rintis dijalankan
terlebih dahulu. Seterusnya data-data ini dianalisis menggunakan perisian SPSS
(Statiscal Package for Sosial Science). Nilai indeks kebolehpercayaan item dalam
kajian rintis yang telah dijalankan ialah 0.8909. Pada keseluruhannya, dapatan
kajian ini menunjukkan responden memberi reaksi yang positif terhadap aspek-
aspek yang telah dikaji. Faktor minat merupakan faktor yang paling dominan
mempengaruhi pelajar memilih kursus hospitaliti sebagai pembentukan awal kerjaya
mereka. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan
dijalankan di masa akan datang.
vi
ABSTRACT
The field of hospitality has grown relatively to the goal of popularizing
Malaysia as tourism based country. The hospitality course offered in Skills Training
Centre (IKBN) at Peretak has produced skillful human resource in the field. This
survey was conducted to identify factors influencing students in choosing hospitality
course as their career at the Peretak Skills Training Centre. Interest, parents’ role,
peer influence and academic qualifications are highlighted as the major factors. This
survey is done among 125 course participants of the hospitality course in the IKBN
at the certificate level, which will be awarded by Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan. The primary data is collected using the survey form which were
distributed to all respondents after a short study was done earlier. Then these data is
analyzed using the SPSS (Statiscal Package for Sosial Science) software. According
to the earlier survey done the index value of item reliability was 0.8909. The
respondents are giving positive reactions towards the variables tested. Interest is the
dominant factor that influences students in making the hospitality course as their
career building. There are also suggestions given on furthering studies of this topic
in the future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN PENYELIDIK ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
HALAMAN KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SIMBOL xiv
SENARAI SINGKATAN vx
SENARAI LAMPIRAN vxi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
viii
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Kerangka Kajian 9
1.9 Definisi Kajian 10
1.10 Kesimpulan 12
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.1.1 IKBN, Peretak 18
2.2 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi 20
2.2.1 Minat Pelajar 20
2.2.2 Peranan Ibu bapa 21
2.2.3 Pengaruh Rakan Sebaya 23
2.2.4 Kelayakan Akademik 24
2.3 Kesimpulan 26
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 27
3.2 Reka Bentuk Kajian 27
3.3 Sampel Kajian 28
3.4 Batasan Kajian 29
3.5 Instrumen Kajian 30
3.5.1 Bahagian A 31
3.5.2 Bahagian B 31
3.6 Kajian Rintis 32
3.7 Kesahan 33
3.8 Kebolehpercayaan 33
3.9 Prosedur Kajian 35
3.10 Kaedah Pengumpulan Data 36
3.11 Analisis Data 36
3.12 Kesimpulan 39
ix
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Data 42
4.2.1 Bahagian A-Latar Belakang Responden 42
4.2.1.1 Jantina 43
4.2.1.2 Bangsa 44
4.2.1.3 Umur 44
4.2.1.4 Taraf Pendidikan 45
4.2.1.5 Jurusan Hospitaliti Yang Diikuti 45
4.2.1.6 Pekerjaan Bapa 46
4.2.1.7 Pekerjaan Ibu 47
4.2.1.8 Anggaran Pendapatan Keluarga
Sebulan 48
4.2.2 Analisis Data Faktor Minat 48
4.2.3 Analisis Data Faktor Ibu bapa 51
4.2.4 Analisis Data Faktor Rakan Sebaya 53
4.2.5 Analisis Data Faktor Kelayakan
Akademik 55
4.3 Rumusan Analisis 57
4.4 Kesimpulan 58
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Rumusan 60
5.3 Perbincangan 63
5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 64
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 66
5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 68
5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 71
5.4 Cadangan 72
5.4.1 Pelajar 73
x
5.4.2 Ibu bapa 73
5.4.3 IKBN, Peretak 74
5.4.4 Kajian Lanjutan 74
5.5 Penutup 77
RUJUKAN 76-79
LAMPIRAN
LAMPIRAN A-G 80-99
xi
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Jumlah Ketibaan Pelancong Luar Negara
Ke Malaysia. 3
1.2 Institusi Pengajian Bidang Hospitaliti Di Malaysia 4
1.3 Bilangan Penganggur Yang Berdaftar 5
1.4 Yuran Pengajian Hospitaliti Kendalian IHYPJ 6
2.1 Klasifikasi Pekerjaan Menurut Roe 17
2.2 Enrolmen Pelajar Hospitaliti Di IKBN, Peretak 20
3.1 Taburan Pelajar Yang Yang Mengikuti Kursus
Hospitaliti Di IKBN, Peretak Pada Tahun 2008 29
3.2 Pembahagian Item Bahagian A Latar Belakang Responden 31
3.3 Taburan Item Dalam Kajian Soal Selidik 32
3.4 Pekali Alpha Cronbach 34
3.5 Kebolehpercayaan Mengikut Persoalan Kajian 34
3.6 Klasifikasi Terhadap Item 38
3.7 Penilaian Tahap Nilai Min 39
xii
4.1 Taburan Item Dalam Borang Soal Selidik 41
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 43
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 44
4.4 Taburan Responden Mengikut Umur 45
4.5 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan Pelajar 45
4.6 Taburan Responden Mengikut Jurusan Hospitaliti 46
4.7 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa 46
4.8 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 47
4.9 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Keluarga
Sebulan 48
4.10 Faktor Minat Mempengaruhi Pelajar Mengikut
Kursus Hospitaliti 50
4.11 Faktor Ibu Bapa Berperanan Mempengaruhi Pelajar
Untuk Mengikuti Kursus Hospitaliti 52
4.12 Faktor Rakan Sebaya Mempengaruhi Pelajar Untuk
Mengikuti Kursus Hospitaliti 54
4.13 Faktor Kelayakan Akademik Mendorong Pelajar
Memilih Kursus Hospitaliti 56
4.14 Rumusan Analisis 57
5.1 Tahap Mempengaruhi Responden Berdasarkan Min. 62
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka Kajian 10
2.1 Hierarki Keperluan Maslow 14
3.1 Pengendalian Kajian 35
xiv
SENARAI SINGKATAN
IHYPJ : Institut Hospitaliti Yayasan Pelajaran Johor.
IKBN : Institut Kemahiran Belia Negara
IKTBN : Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara
IPTA : Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS : Institut Pengajian Tinggi Swasta
KBS : Kementerian Belia dan Sukan.
KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia
MLVK : Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
SKM : Sijil Kemahiran Malaysia
SPM : Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS : Statistical Package For Social Sciences
TMM : Tahun Melawat Malaysia 2007
UTM : Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI SIMBOL
N - Jumlah
ƒ - Frekuensi
% - Peratus
& - Dan
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 80
B Surat Pengesahan Soal Selidik 87
C Nilai Alpha Crombach Kajian Rintis 88
D Analisis Data 90
E Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan 97
F Surat Memohon Kebenaran Menjalankan Kajian PSM 98
G Surat Kebenaran Menjalankan Kajian PSM di IKBN, Peretak 99
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Industri hospitaliti adalah salah satu industri yang tertua di dunia. Industri
hospitaliti telah mula wujud sejak tamadun Babylon dari tahun 2067 hingga tahun
2025 sebelum Masihi. Sejak daripada itu, ianya telah berkembang dengan pesatnya.
Pada masa itu manusia sebagai pengembara, pedagang, ahli politik dan juga ahli
perniagaan yang memerlukan tempat rehat, tempat tinggal dan juga bekalan makanan
dan minuman di dalam perjalanan mereka. Akta-akta yang berkaitan dengan
hospitaliti telah diwartakan umpamanya ‘Kod Hammurabi’ yang telah menyatakan
undang-undang penginapan kepada pedagang dari serata rantau pelosok yang telah
melakukan aktiviti pertukaran barang-barang dagangan.
Wujudnya kemudahan hospitaliti apabila masyarakat setempat membuka
rumah, gerai dan dapur mereka kepada pengembara dan pedagang yang keletihan ini.
Maka bermula dan tercetuslah industri perkhidmatan yang dikenali sebagai industri
hospitaliti. Ketika kejatuhan empayar Babylon menyebabkan kerajaan Athens dan
Rome dari tahun 405 hingga tahun 200 sebelum masihi menjadi pusat perniagaan,
kesenian dan kebudayaan untuk para pedagang asing pada waktu itu. Maka
berkembanglah aktiviti hospitaliti yang lain seperti inn, bar dan restoran makanan
segera.
2
Bagi negara kita pula, industri hospitaliti bermula sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka lagi di mana ramai pedagang asing datang untuk melakukan urusan
perniagaan dan perdagangan di pelabuhan Melaka. Pada masa itu ada di kalangan
penduduk tempatan yang telah menawarkan bekalan makanan, tempat rehat dan
rumah tumpangan. Maka tanpa disedari, masyarakat kita pada masa itu telah
menyediakan perkhidmatan hospitaliti. Di Malaysia, industri hospitaliti sedang
rancak berkembang dengan adanya banyak kemudahan hotel dan restoran yang
bertaraf antarabangsa. Perkembangan yang paling pesat berlaku pada tahun 1990an
di mana banyak syarikat hotel gergasi telah bertapak di Malaysia antaranya Shetaron,
Marriot, Ritz, Carlton, Regent dan sebagainya. Bidang hospitaliti sudah terkenal dan
mendapat sambutan untuk tenaga kerja di dalam negara mahupun luar negara.
Justeru itu dengan peningkatan bidang sains dan teknologi menyebabkan industri
hospitaliti menjadi semakin canggih dengan penggunaan teknologi maklumat untuk
meningkatkan kualiti serta nilai sesuatu produk.
Industri hospitaliti bermaksud memberi perkhidmatan layanan mesra dan
sajian. Menerima pelanggan dengan tangan terbuka samada yang dikenali mahupun
yang tidak dikenali secara sama rata. Kenyataan ini dinyatakan oleh Shahrim (2003)
yang menganggapkan pelanggan pada hari ini sangat mementingkan perkhidmatan
dan layanan yang diterima daripada individu yang memberi perkhidmatan hospitaliti.
Bagi kebanyakan orang industri hospitaliti lebih kepada memberi
perkhidmatan, sajian layanan yang sopan dan mesra kepada pelanggan. Gray dan
Linguori (1994) menyatakan bahawa bidang pekerjaan hospitaliti memberi tumpuan
kepada perkhidmatan kepada pelanggan seperti yang dikatakan sebagai “ is truly a
people busines”. Kita melihat bahawa sebahagian besar tumpuan dalam pekerjaan
hospitaliti memerlukan kita berhubung dengan pelanggan dan melayan kepuasan hati
pelanggan.
Gale (1985), turut menyokong pendapat itu, yang mengaitkan hubungan
pekerja dengan pelanggan-pelanggan yang akan menerima perkhidmatan adalah
perkara yang sangat dititikberatkan untuk menguruskan sesuatu pekerjaan di bidang
perkhidmatan perhotelan mahupun layanan di restoran. Kita sedia maklum bahawa
3
bidang hospitaliti berkait rapat dengan sektor pelancongan negara kita, jika prestasi
sektor pelancongan meningkat, maka peluang pekerjaan dan perkhidmatan dapat
ditawarkan dengan lebih banyak di dalam sektor pelancongan negara. Bidang
pelancongan menawarkan pelbagai peluang kerjaya yang terbentang luas untuk
rakyat di negara ini. Memandangkan industri ini berkembang pesat dan popular,
maka peluang kerjaya di dalam bidang ini adalah sangat cerah dan baik.
Selari dengan hasrat kerajaan untuk memperkenalkan negara kita Malaysia di
pentas dunia sebagai sebuah negara berasaskan industri pelancongan. Pelbagai
program dianjurkan untuk merealisasikan impian tersebut. Tahun Melawat Malaysia
2007 telah diperkenalkan. Sasaran pencapaian untuk agenda Tahun Melawat
Malaysia 2007, boleh dibuktikan berdasarkan Jadual 1.1 yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelancongan Malaysia berkaitan dengan statistik kedatangan pelancong
ke Malaysia dari tahun 2004 hingga 2006.
Keyakinan ini disuarakan oleh Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri
Pelancongan Malaysia yakin sasaran 20.1 juta pelancong mengunjur peningkatan
sebanyak 9.5 peratus berbanding tahun 2006. Ini menunjukkan bahawa industri
pelancongan yang berkembang pesat menyebabkan guna tenaga dalam bidang
hospitaliti juga turut meningkat.
Jadual 1.1: Jumlah Ketibaan Pelancong Luar Negara Ke Malaysia
Tahun Jumlah Ketibaan
2004 15.70 juta
2005 16.43 juta
2006 17.55 juta
(Sumber : Kementerian Pelancongan Malaysia, 2007)
Sambutan yang hangat di bidang hospitaliti menjanjikan prospek kerjaya
yang luas di sektor pelancongan domestik mahupun antarabangsa. Banyak pusat
pengajian yang menawarkan kursus berkaitan dengan hospitaliti dari peringkat sijil
hinggalah ke perigkat ijazah samada di IPTA dan juga di IPTS. Merujuk kepada
4
Jadual 1.2 yang menyenaraikan antara institusi pengajian daripada pihak swasta
mahupun kerajaan yang menawarkan kursus berkaitan dengan bidang hospitaliti pada
masa kini.
Jadual 1.2: Institusi Pengajian Bidang Hospitaliti Di Malaysia.
Bil Institusi Yang Menawarkan Kursus Hospitaliti
1. Kolej Komuniti
2. Politeknik
3. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
4. Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL)
5. Carlton International Academy (CIA)
6. Institut Hospitaliti Yayasan Pelajaran Johor ( IHYPJ )
7. Kuala Lumpur Metropolitan Universiti College (KLMU)
8. Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia ( KUTPM )
9. Universiti Teknologi Mara ( UiTM )
10. Universiti Putra Malaysia ( UPM )
(Sumber: Lembaga Akreditasi Negara, 2007)
Bagi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) telah
dipertanggungjawabkan untuk melatih dan melahirkan belia separa profesional
dalam sektor perhotelan, perkhidmatan makanan, pelancongan dan rekreasi. Ini
sejajar dengan matlamat awal penubuhannya untuk menangani masalah
pengangguran di kalangan belia yang tercicir dan membolehkan mereka mendapat
pekerjaan.
Fokus utama institut ini adalah untuk melahirkan sumber tenaga belia yang
memiliki keterserlahan dalam bidang kemahiran dan kesempurnaan sahsiah peribadi.
Sehingga kini terdapat 14 buah IKBN dan sebuah IKTBN di bawah kelolaan
Kementerian Belia dan Sukan di seluruh negara. Antara IKBN yang menawarkan
kursus hospitaliti ialah IKBN Peretak, IKBN Alor Gajah, IKBN Bachok dan IKBN
Miri.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Kumpulan sasaran dalam kajian ini ialah golongan belia yang mempunyai
masalah dengan pemilihan kursus kerjaya. Golongan muda ini. terdiri daripada para
pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah tamat zaman persekolahan.
Mereka yang ingin menceburi bidang kerjaya telah digalakkan mengikuti kursus-
kursus tertentu sebelum mencari sesuatu pekerjaan. Golongan ini lebih mudah
mendapat perkerjaan sekiranya telah menghadiri dan memiliki sijil kursus-kursus
kemahiran dan latihan untuk mengisi sesuatu jawatan dalam bidang pekerjaan. Oleh
itu ramai di kalangan pelajar lepasan SPM memilih kursus-kursus tertentu agar
mudah mendapat pekerjaan kelak.
Walau bagaimanapun masalah pengangguran di kalangan belia dewasa kini
tidak boleh di pandang ringan. Masih terdapat ramai penganggur di negara kita.
Mereka tiada memiliki sebarang pekerjaan. Perkara ini dibuktikan dalam Jadual 1.3
yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia, yang menerangkan tentang
bilangan ahli yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja untuk mencari pekerjaan.
Jadual 1.3: Bilangan Penganggur Yang Berdaftar
Tahun Ahli Berdaftar
2003 132,553 orang
2004 115,980 orang
2005 215,819 orang
2006 203,181 orang
2007 224,437 orang
(Sumber: Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia )
Bagi mengatasi masalah pengangguran di kalangan belia, pihak kerajaan
telah menubuhkan banyak pusat latihan untuk melatih para belia. Di harap dengan
berbekalkan ilmu kemahiran mereka akan mudah memperolehi pekerjaan. Salah satu
institut latihan untuk para belia ialah IKBN. Peranannya adalah untuk mengatasi
masalah belia yang mengganggur. Tujuan penubuhan IKBN adalah untuk
6
menangani masalah pengangguran di kalangan belia yang tercicir dalam bidang
pelajaran.akademik. Pelajar diberi peluang untuk mengikuti sebarang kursus yang
ditawarkan. Bagi memudahkan para belia memohon kursus yang ditawarkan
Kementerian Belia dan Sukan memproses borang permohonan kemasukan pelajar
baru ke IKBN secara on-line, termasuklah kursus hospitaliti.
IKBN menawarkan kursus hospitaliti dengan kos yang murah. Mutu latihan
kursus yang disediakan diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan dengan
penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia. Ramai remaja lepasan SPM mencari
peluang kerjaya dengan mengikuti kursus hospitaliti di IKBN. Acapkali didapati kos
yang tinggi perlu ditanggung oleh pelajar jika mengikuti kursus dengan pihak swasta
Mengikuti kursus di IKBN memerlukan kos yang rendah jika dibandingkan dengan
kos yang perlu ditanggung oleh pelajar mengikuti kursus hospitaliti di Institut
Hospitaliti Yayasan Pelajaran Johor. Merujuk kepada Jadual 1.4 merupakan kadar
yuran yang perlu ditanggung oleh para pelajar kursus hospitaliti di IHYPJ.
Jadual 1.4 : Yuran Pengajian Hospitaliti Kendalian IHYPJ
Kod Kursus Yuran
L100 Sijil Pembantu Penyedia Roti RM2500 Per Semester
L110 Sijil Pembantu Penyelia Pastri RM2500 Per Semester
D1 Diploma Pengurusan Hospitaliti RM 2500 Per Semester
D2 Diploma Penyediaan Makanan & Kulinari RM5000 Setahun
( Sumber : Institut Hospitaliti Yayasan Pelajaran Johor)
Pelajar berpeluang memilih tempat berkursus sama ada di agensi awam atau
pun swasta. Terdapat pelbagai kelebihan dan faedah apabila mengikuti kursus di
instituti awam mahupun swasta dalam bidang hospitaliti. Terpulanglah kepada
pelajar untuk merebut peluang yang ditawarkan oleh IKBN bagi pembentukan
kerjaya awal setiap pelajar. Oleh itu, kerjaya ialah rangkaian pekerjaan yang
dilakukan oleh seseorang dengan cara melibatkan dirinya dalam pekerjaan tersebut
untuk sepanjang hayat. Menurut Yusof dalam Sharif (2002) kerjaya didefinisikan
sebagai sebuah profesion yang menjadi salah satu cara mencari nafkah.
7
Manakala Fadzli (2002) mendefinisikan kerjaya sebagai kerja atau aktiviti
untuk memenuhi keperluan psikologi, ekonomi dan sosial individu dan ini
direalisasikan dengan bekerja sehingga berjaya.
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dibincangkan, penyelidik
ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan pemilihan kursus hospitaliti sebagai
ilmu kemahiran yang ditawarkan di IKBN, Peretak. Apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi mereka memilih kursus hospitaliti sebagai pembentukan kerjaya awal
mereka?
Oleh itu pengkaji ingin mengkaji sebab mereka memilih kursus hospitaliti
sebagai satu peluang untuk mendapatkan pekerjaan di masa akan datang. Kursus
hospitaliti di IKBN, merupakan salah satu kursus yang menjadi rebutan lepasan
SPM. Pengkaji akan mendapatkan maklum balas daripada pelajar tentang faktor-
faktor yang dikenal pasti mempengaruhi mereka memilih kursus hospitaliti.
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan mengandungi beberapa objektif yang hendak dicapai
bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih kursus
hospitaliti di Institut Kemahiran Belia Negara, Peretak sebagai pembentukan awal
kerjaya mereka dalam bidang pekerjaan pada masa akan datang. Antaranya untuk:-
i. Mengetahui minat pelajar terhadap pemilihan kursus hospitaliti .
ii. Melihat peranan ibu bapa dalam mempengaruhi pelajar untuk memilih kursus
hospitaliti.
iii. Mengetahui peranan rakan sebaya untuk menceburi kursus hospitaliti.
iv. Mengetahui samada kelayakan akademik mendorong pelajar memilih kursus
hospitaliti.
8
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan-persoalan kajian yang diutarakan oleh pengkaji dalam penyelidikan
ini berkait dengan faktor pemilihan kursus oleh pelajar di IKBN, Peretak dalam
bidang hospitaliti. Antaranya ialah :-
i. Apakah faktor minat mempengaruhi pelajar mengikuti kursus hospitaliti ?
ii. Apakah faktor ibu bapa mempengaruhi pelajar mengikuti kursus hospitaliti ?
iii. Apakah faktor rakan sebaya berperanan mempengaruhi pelajar untuk memilih
kursus hospitaliti ?
iv. Apakah faktor kelayakan akademik mendorong pelajar memilih kursus
hospitaliti ?