Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat ... · PDF fileSebahagian besar sumber...

12
PROSIDING PERKEM VI, JILID 1 (2011) 148 159 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI), Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup, Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 7 Jun 2011 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat Pendapatan Di Malaysia Factors Influencing Income Zakat Payment in Malaysia Eza Ellany Abdul Lateff ([email protected]) Mohd Rizal Palil ( [email protected]) Pusat Pengajian Perakaunan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Zakat pendapatan bukan lagi sesuatu yang asing bagi masyarakat Islam di Malaysia. Masyarakat Islam di Malaysia telah mula sedar akan kepentingan zakat dalam kehidupan mereka dan ini dibuktikan dengan statistik kutipan zakat yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), yang mana jumlah kutipan zakat pendapatan adalah semakin meningkat dari tahun ke tahun dengan kadar jumlah peningkatan yang agak memberangsangkan (peningkatan sebannyak 22% pada tahun 2008 dan 17% pada tahun 2009). Maka timbul persoalan apakah faktor yang mendorong kepada hal ini. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk; pertama, mengenalpasti dan mengkaji faktor-faktor yang boleh mempengaruhi masyarakat Islam di Malaysia untuk membayar zakat dan apakah faktor yang paling utama yang mendorong akan berlakunya hal ini. Kedua, kajian ini ingin melihat sejauhmana faktor insentif rebat cukai yang diberi oleh kerajaan boleh mendorong masyarkat Islam di Malaysia untuk membayar zakat dan tidak membayar cukai yang mana sekaligus akan mengurangkan kadar kutipan cukai terhadap cukai pendapatan individu negara. Kajian ini menggunakan soalan kajian selidik bagi mengumpulkan data dan sampel yang diedarkan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Data akan hanya dianalisis menggunakan model analisis deskiptif bagi melihat faktor mana yang mempengaruhi pembayaran zakat pendapatan tersebut dan adakah faktor insentif rebat cukai yang diberikan oleh kerajaan turut menyumbang kepada faktor utama masyarakat Islam Malaysia untuk membayar zakat. Kajian ini diharap boleh memberikan gambaran dan kesedaran terhadap masyarakat Islam di Malaysia yang tidak membayar zakat turut sama membayar zakat dan diharap juga kajian ini dapat memberi gambaran kepada pentadbiran negara dalam menggubal dasar dan sistem percukaian di Malaysia supaya lebih berteraskan keislaman sekaligus dapat mengaplikasikan sistem percukaian Islam di Malaysia bagi membantu untuk mentransformasikan negara ke arah sebuah negara maju yang memiliki rakyat yang berpendapatan tinggi. Kata kunci: Zakat Pendapatan, Faktor-Faktor Mempengaruhi Pembayaran Zakat Pendapatan. ABSTRACT Muslim community in Malaysia have started become aware about the importance of zakat in their life and it has been evidenced by zakat collection statistics, issued by Islamic Religious Council Federal Territory (MAIWP) in which zakat total collection are increasing from year to year for example an increase of 22% in year 2008(compared to 2007) and 17% in year 2009). Since the total collections are increasing, a few issues regarding what factors that bring to this phenomena need to be investigated further. Therefore, he objectives of this study are; first, to identify the factors influencing Muslim community in Malaysia to pay zakat and secondly, to examine how far the incentive of tax rebate that given by the government could motivate Islamic community in Malaysia to pay zakat rather than their personal income tax. In order to answer the research questions, this study was conducted through a survey and the samples were residents of Kuala Lumpur and Selangor. This study is expected to provide another evidence for the fact that zakat payment made by taxpayers are encouraged by various factors that can cause an impression and awareness on Muslim community in Malaysia as well as provide some inputs for the authorities to administer their tax administrative obligations. Keywords: Income Zakat, Factors influence Income Zakat Payment.

Transcript of Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat ... · PDF fileSebahagian besar sumber...

Page 1: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat ... · PDF fileSebahagian besar sumber kutipan cukai dalam Islam dilaksanakan dalam sistem zakat. Di Malaysia, pembayaran zakat adalah

PROSIDING PERKEM VI, JILID 1 (2011) 148 – 159

ISSN: 2231-962X

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI),

Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup,

Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 – 7 Jun 2011

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat Pendapatan

Di Malaysia

Factors Influencing Income Zakat Payment in Malaysia

Eza Ellany Abdul Lateff ([email protected])

Mohd Rizal Palil ( [email protected])

Pusat Pengajian Perakaunan

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Zakat pendapatan bukan lagi sesuatu yang asing bagi masyarakat Islam di Malaysia. Masyarakat Islam

di Malaysia telah mula sedar akan kepentingan zakat dalam kehidupan mereka dan ini dibuktikan

dengan statistik kutipan zakat yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

(MAIWP), yang mana jumlah kutipan zakat pendapatan adalah semakin meningkat dari tahun ke tahun

dengan kadar jumlah peningkatan yang agak memberangsangkan (peningkatan sebannyak 22% pada

tahun 2008 dan 17% pada tahun 2009). Maka timbul persoalan apakah faktor yang mendorong kepada

hal ini. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk; pertama, mengenalpasti dan mengkaji faktor-faktor yang

boleh mempengaruhi masyarakat Islam di Malaysia untuk membayar zakat dan apakah faktor yang

paling utama yang mendorong akan berlakunya hal ini. Kedua, kajian ini ingin melihat sejauhmana

faktor insentif rebat cukai yang diberi oleh kerajaan boleh mendorong masyarkat Islam di Malaysia

untuk membayar zakat dan tidak membayar cukai yang mana sekaligus akan mengurangkan kadar

kutipan cukai terhadap cukai pendapatan individu negara. Kajian ini menggunakan soalan kajian

selidik bagi mengumpulkan data dan sampel yang diedarkan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Data akan hanya dianalisis menggunakan model analisis deskiptif bagi melihat faktor mana yang

mempengaruhi pembayaran zakat pendapatan tersebut dan adakah faktor insentif rebat cukai yang

diberikan oleh kerajaan turut menyumbang kepada faktor utama masyarakat Islam Malaysia untuk

membayar zakat. Kajian ini diharap boleh memberikan gambaran dan kesedaran terhadap masyarakat

Islam di Malaysia yang tidak membayar zakat turut sama membayar zakat dan diharap juga kajian ini

dapat memberi gambaran kepada pentadbiran negara dalam menggubal dasar dan sistem percukaian di

Malaysia supaya lebih berteraskan keislaman sekaligus dapat mengaplikasikan sistem percukaian Islam

di Malaysia bagi membantu untuk mentransformasikan negara ke arah sebuah negara maju yang

memiliki rakyat yang berpendapatan tinggi.

Kata kunci: Zakat Pendapatan, Faktor-Faktor Mempengaruhi Pembayaran Zakat Pendapatan.

ABSTRACT

Muslim community in Malaysia have started become aware about the importance of zakat in their life

and it has been evidenced by zakat collection statistics, issued by Islamic Religious Council Federal

Territory (MAIWP) in which zakat total collection are increasing from year to year for example an

increase of 22% in year 2008(compared to 2007) and 17% in year 2009). Since the total collections

are increasing, a few issues regarding what factors that bring to this phenomena need to be

investigated further. Therefore, he objectives of this study are; first, to identify the factors influencing

Muslim community in Malaysia to pay zakat and secondly, to examine how far the incentive of tax

rebate that given by the government could motivate Islamic community in Malaysia to pay zakat rather

than their personal income tax. In order to answer the research questions, this study was conducted

through a survey and the samples were residents of Kuala Lumpur and Selangor. This study is expected

to provide another evidence for the fact that zakat payment made by taxpayers are encouraged by

various factors that can cause an impression and awareness on Muslim community in Malaysia as well

as provide some inputs for the authorities to administer their tax administrative obligations.

Keywords: Income Zakat, Factors influence Income Zakat Payment.

Page 2: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat ... · PDF fileSebahagian besar sumber kutipan cukai dalam Islam dilaksanakan dalam sistem zakat. Di Malaysia, pembayaran zakat adalah

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 149

PENGENALAN

Zakat merupakan salah satu daripada 5 rukun Islam seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w.

dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh al Bukhari:

“Islam adalah terdiri daripada 5 rukun: bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan

Allah dan Muhammad itu adalah persuruh Allah, mengerjakan solat, membayar zakat, mengerjakan

ibadah Haji dan berpuasa di bulan Ramadan”

Perkataan ‘Zakat’ atau ‘Zakah’, ia sendiri membawa maksud ‘untuk bertumbuh’ dan ‘untuk

meningkat’. Apabila ia dikaitkan dengan manusia ia membawa maksud untuk membaiki atau untuk

menjadi lebih baik (Al Qaradawi, 1973). Maka di sini, zakat itu dilihat sebagai kerahmatan,

pertumbuhan, pembersihan dan pembaikan (Al Mu'jam al Wasit, Vol. 1 p. 398). Dalam Lisan al Arab

ia menyatakan “akar kepada perkataan ‘zakah’ dalam bahasa Arab bermaksud pembersihan,

pertumbuhan, rahmat dan penghormatan. Kesemua makna-makna ini adalah digunakan di dalam Al-

Quran dan hadis. Zakat dalam syariah juga turut dikenali sebagai ‘sadaqah’ atau sedekah seperti yang

dikatakan oleh al Mawardi: “sadaqah adalah zakah dan zakah adalah sadaqah”.

Dalam Shari'ah perkataan zakat itu merujuk kepada penentuan bahagian harta yang dinyatakan

oleh Tuhan sebagai untuk diagihkan dikalangan mereka yang layak menerima (Al Qaradawi, 1973).

Menurut al Nawawi diriwayatkan oleh al Wahidi, bahagian harta ini dipanggil zakat kerana ia

meningkatkan dana daripada apa yang diambil dan melindungi dana tersebut daripada hilang dan

musnah (Al Majmu', Vol.. 5, p. 324).

Tujuan utama dan hikmahnya zakat yang diunjurkan dalam Islam iaitu untuk ‘penyucian’ dan

‘pertumbuhan’ harta dalam mendapatkan keredaan Allah dan keberkatan dalam hidup. Kepada

Pembayar zakat, zakat ini sebagai alat untuk menyucikan harta bagi memperolehi keredaan Allah dan

membolehkan ia bertumbuh dalam keadaan baik, selain menyucikan hati si pemberi daripada sifat

mementingkan diri dan tamak. Ini disokong oleh Ibn Taimiyah iaitu di dalam jiwa pembayar zakat, ia

menjadi lebih baik, dan hartanya dibersihkan.

Kepada penerima zakat pula, dengan menerima zakat, ia boleh menyucikan hati si penerima

daripada sifat hasad dengki, cemburu dan sifat kurang senang serta menukarkan perasaan ini kepada

perasaan bersyukur kepada Allah dan juga mendoakan kebaikan kepada si pemberi atau pembayar

zakat. Kepada masyarakat pula, zakat mencerminkan pendapatan ekonomi yang utama untuk

menubuhkan keadaan sosial yang lebih seimbang dan sekaligus membawa masyarakat Muslim kepada

kesejahteraan dan keselamatan.

Di sini jelas menunjukkan pertumbuhan dan pembersihan atau penyucian adalah tidak terhad

kepada harta yang dizakatkan itu sendiri tetapi turut sampai kepada mereka yang membayar zakat

tersebut. Ini adalah merujuk kepada Surah at Tawbah, 9:103 iaitu:

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau

membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah

untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah)

Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Secara umumnya zakat sinonim dikenali sebagai sebahagian daripada Sistem Percukaian

Islam. Ia hanya layak dibayar atau dikenakan terhadap mereka yang beragama Islam. Zakat adalah

wajib dikenakan terhadap umat Islam seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah yang

diriwayatkan oleh al Bukhari:

"Siapa yang dikurniai oleh Allah kekayaan tetapi tidak mengeluarkan zakatnya, maka pada hari kiamat

nanti ia akan didatangi oleh seekor ular jantan gundul, yang sangat berbisa dan sangat menakutkan

dengan dua bintik di atas kedua matanya lalu melilit dan mematuk lehernya sambil berteriak; saya

adalah kekayaanmu, saya adalah kekayaanmu yang engkau timbun-timbun dahulu." dan "Setiap orang

muslim wajib bersedekah."

Dalam sistem pemerintahan Islam, sumber hasil utama bagi kerajaan atau ‘Khilafah’ adalah:

1) pelbagai jenis hasil harta awam; 2) harta zakat; 3) ‘Fai’’ iaitu sumber yang diperolehi daripada

musuh tanpa berlawan atau berperang (Al Qaradawi, 1973); 4) ‘Kharaj’ (Cukai tanah / hartanah); dan

5) Jizya iaitu cukai yang dikenakan ke atas bukan Muslim, mereka yang dikalahkan dalam jihad dan

tinggal di bawah pemerintahan Islam sebagai pertukaran perlindungan dan keselamatan mereka (Al

Qaradawi, 1973). Ini adalah dengan merujuk artikel yang dikeluarkan oleh laman sesawang

international-issues.org dalam artikelnya yang bertajuk Islam and Taxation pada 22 Jun, 2010 oleh

Adz.

Keadilan dalam Islam dan kemudahan dalam Shari’ah tidak akan membenarkan manusia

dibebani oleh apa yang memberikan kesukaran yang amat sangat and ketidakmudahan ke dalam hidup

mereka. Ini adalah penting untuk mengenalpasti keadaan bagi aset yang boleh dizakat. Menurut Al

Qaradawi (1973), di dalam al Quran ada menyatakan beberapa aset yang boleh zakat seperti: 1) emas

Page 3: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat ... · PDF fileSebahagian besar sumber kutipan cukai dalam Islam dilaksanakan dalam sistem zakat. Di Malaysia, pembayaran zakat adalah

150 Eza Ellany Abdul Lateff, Mohd Rizal Palil

dan perak yang dinyatakan dalam ayat-NYA, “dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan

perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan

(balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”;(2) tanaman dan buahan dengan merujuk,

“Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian

dari apa yang Kami keluarkan dari bumi kamu.”; (3) pendapatan perdagangan dan lain-lain perniagaan;

(4) apa yang diambil daripada dalam / perut bumi.

Dalam sistem percukaian Islam, sumber hasil yang dimiliki oleh semua Muslim (sumber

negara) atau aset yang tidak mempunyai pemilik secara sfesifik adalah tidak dikenakan zakat. Ini

disokong dengan kenyataan oleh Al Qaradawi (1973), di mana “sepatutnya tidak dikenakan zakah ke

atas sumber negara seperti fai’ (diambil daripada musuh tanpa berperang) atau ke atas ghanimah

(diperolehi sebagai hasil peperangan sah dengan pihak musuh) daripada bahagian kerajaan kerana hasil

ini adalah milik kesemua Muslim dan dibelanjakan untuk kebaikan mereka.”

Secara umumnya, sistem percukaian Islam adalah mudah dan tidak membebankan seperti

yang dinyatakan oleh Al Qaradawi (1973), “Keadilan dalam Islam dan kemudahan dalam Shari’ah

tidak akan membenarkan manusia dibebani oleh apa yang memberikan kesukaran yang amat sangat

dan ketidakmudahan ke dalam hidup mereka”. Sebahagian besar sumber kutipan cukai dalam Islam

dilaksanakan dalam sistem zakat.

Di Malaysia, pembayaran zakat adalah secara sukarela dan bukan wajib. Masyarakat Islam di

Malaysia mempunyai pilihan samada untuk membayar atau tidak membayar zakat. Ini berbeza dengan

pembayaran cukai di mana ia adalah diwajibkan dan sekiranya tidak membayar cukai, para pembayar

cukai boleh dikenakan penalti dan lain-lain hukuman.

Menurut statistik kutipan zakat yang telah dikeluarkan oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis

Agama Islam Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP-

MAIWP), terdapat peningkatan daripada tahun ke setahun dalam kutipan zakat dikalangan mayarakat

Islam di Malaysia daripada tahun 2006 hingga tahun 2009. Ini boleh dilihat di dalam JADUAL 1 iaitu

daripada data yang diperolehi daripada PPZ-MAIWP, yang mana ia menunjukkan perbandingan

jumlah kutipan zakat bagi tahun 2007, 2008 dan 2009 dengan menunjukkan perbandingan kutipan

antara tahun semasa dengan tahun sebelumnya bagi setiap tahun tersebut. Pada tahun 2007, 2008 dan

2009 jumlah kutipan zakat masing-masing telah meningkat sebanyak 18%, 22% dan 17%.

Dalam JADUAL 2 pula menunjukkan kutipan zakat mengikut jenis zakat dan data diperolehi

daripada sumber yang sama iaitu PPZ-MAIWP, yang mana ia turut menunjukkan perbandingan jumlah

kutipan zakat bagi tahun 2007, 2008 dan 2009 dengan menunjukkan perbandingan kutipan antara tahun

semasa dengan tahun sebelumnya bagi setiap tahun tersebut. Jika dilihat daripada jadual tersebut zakat

pendapatan mencatat jumlah tertinggi berbanding jenis-jenis zakat yang lain bagi tahun 2007, 2008 dan

2009 tersebut dengan jumlah peratusan peningkatan kutipan masing-masing 23%, 25% dan 22%.

Walaupun terdapat sedikit penurunan dalam peratusan peningkatan pada tahun 2009 bagi kedua-dua

jadual ini, tetapi masih terdapat peningkatan kutipan zakat tersebut daripada tahun ke setahun.

Dalam kajian ini isu yang cuba diketengahkan adalah, sekiranya pembayaran zakat adalah

tidak wajib dan dilaksanakan secara sukarela, adalah penting untuk mengetahui faktor-faktor yang

menyumbang kepada hal ini. Adalah penting kepada semua Muslim untuk memartabatkan sistem

pemerintahan dan pentadbiran Islam terutamanya dalam sistem percukaiannya yang sememangnya

terbukti keadilannya. Ini dapat dilihat dalam sistem zakat itu sendiri di mana zakat dikenakan ke atas

‘kekayaan’ dan bukan ke atas ‘pendapatan’ seperti yang dilaksanakan dalam sistem percukaian

konvensional sekarang.

Peningkatan dalam pembayaran zakat yang berterusan ini telah membawa persoalan seperti

berikut: 1) Mengapa masyarakat Islam di Malaysia cenderung untuk membayar zakat dan apakah

faktor-faktor yang mendorong kepada hal ini berlaku?; 2) Adakah sistem zakat ini boleh menggantikan

sistem cukai pendapatan konvensional untuk umat Islam di Malaysia?

Berikut adalah objektif yang cuba dicapai untuk kajian ini iaitu: 1) mengenalpasti apakah

faktor-faktor yang mempengaruhi masyarakat Islam di Malaysia membayar Zakat dan apakah faktor

yang paling utama yang mendorong akan berlakunya hal ini; 2) sejauhmana faktor insentif rebat

potongan zakat yang diberikan kerajaan mendorong lagi masyarakat Islam di Malaysia untuk

membayar Zakat dan tidak membayar cukai yang mana sekaligus akan mengurangkan kadar kutipan

cukai terhadap cukai pendapatan individu negara.

Dalam usaha mencari jawapan bagi persoalan yang diutarakan dan mencapai objektif yang

dibina, kajian ini hanya memfokuskan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan mereka ini layak

untuk membayar zakat dan cukai. Fokus ini hanya dilakukan di kalangan masyakarat Islam adalah

kerana zakat hanya layak dikenakan oleh mereka yang beragama Islam dan adalah penting untuk

memfokuskan kepada masyarakat Islam sahaja sekiranya perbandingan ingin dilakukan.

Page 4: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat ... · PDF fileSebahagian besar sumber kutipan cukai dalam Islam dilaksanakan dalam sistem zakat. Di Malaysia, pembayaran zakat adalah

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 151

Selain itu kajian ini juga memfokuskan kepada zakat pendapatan kerana jenis zakat ini

melibatkan pengiraan kekayaan seseorang Muslim itu dan dari situ dapatlah dinilai samada zakat akan

dikenakan atau tidak, supaya dapat diperbandingkan dengan cukai pendapatan yang dicaj / dikenakan

terhadap pendapatan seseorang individu Muslim itu.

Menurut Lembaga Zakat Selangor (http://www.e-zakat.com.my/jenis-jenis-zakat-2/zakat-

harta/zakat-pendapatan/) definisi atau takrifan bagi pendapatan atau Al-Mustafad adalah “harta

pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja

atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.” Firman Allah s.w.t yang berbunyi:

“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu

yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”

Di sini dengan jelas Allah s.w.t menegaskan bahawa segala ‘hasil usaha yang baik’ itu adalah

wajib dizakat.

Secara umumnnya melalui kajian ini diharapkan dapat memberikan jawapan apakah faktor-

faktor yang utama yang mempengaruhi masyarakat Islam di Malaysia membayar zakat dan malalui

faktor yang dikenalpasti kita dapat gunakan medium tersebut dalam meningkatkan lagi kadar kutipan

zakat di Malaysia.

Kajian ini juga, diharapkan dapat memberikan sumbangan dalam membantu penggubal-

penggubal sistem zakat dan cukai supaya dapat memperbaiki lagi sistem sedia ada dalam memastikan

sistem yang dibina tidak membebankan rakyat dan zakat dan cukai yang dikutip dapat diagihkan

dengan lebih proaktif dan produktif dalam menjamin kesejahteraan rakyat dan negara dalam mencapai

peningkatan dan keseimbangan ekonomi.

Selain itu, diharap kajian ini turut dapat membantu dan menambah rujukan pembelajaran

kepada para pengkaji, terutama untuk bidang percukaian dalam perspektif Islam untuk kajian-kajian

akan datang serta dapat memartabatkan sistem zakat di Malaysia dalam usaha menjadikan sistem

percukaian di Malaysia menjadi sistem cukai yang berteraskan keislaman dalam mencapai

kesejahteraan hidup, baik di dunia dan di akhirat.

KAJIAN LEPAS

Pengiraan pendapatan adalah diperolehi dengan mengambilkira pendapatan daripada penggajian dan

pendapatan bebas yang diperolehi oleh seseorang individu. Dan kebiasaannya zakat dikira daripada

pendapatan ini setelah ditolak item-item yang ditentukan seperti perbelanjaan diri, isteri, anak, ibu bapa

dan sumbangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dalam tempoh satu tahun. Di sini jelas

bahawa zakat hanya dikenakan ke atas kekayaan individu dan bukannya ke atas pendapatan seperti

system cukai konvensional sekarang.

Menurut Mohd Nor et al. (2004), sebenarnya tidak terdapat kata sepakat ulama Islam

mengenai kewajipan menunaikan zakat pendapatan dan hanya beberapa negara-negara Islam yang

mewajibkan kutipan zakat ini seperti negara Sudan, Pakistan, Brunei dan Malaysia. Menurut Al

Qaradawi (1987), zakat pendapatan telah mula diamalkan pada zaman Muawiyah (r.a.) dan Umar bin

Abdul Aziz.

Kajian awal terhadap zakat pendapatan telah dilakukan antaranya oleh Dail (1979), Mohd Ali

(1989), Ibrahim (1989), Abdul Majid (1992), Atiyah (1995) dan Tarimin (1995). Tetapi kajian-kajian

lepas ini hanya tertumpu pada permulaan zakat pendapatan ini ingin diaplikasinya iaitu dengan melihat

samada zakat pendapatan ini perlu dilaksanakan atau tidak kerana timbulnya pelbagai pendapat

mengenai tuntutan pembayaran zakat ini.

Terdapat juga kajian lepas yang dilakukan dengan melihat perbandingan antara zakat

pendapatan dan cukai pendapatan antaranya Umer Chapra (1992) dan Yusof (1994), yang mana rata-

ratanya kajian lepas ini menunjukkan zakat pendapatan dan cukai pendapatan adalah berbeza terutama

daripada kadar zakat yang tetap dan tidak berubah manakala kadar cukai pula sentiasa berubah, turun

dan naik serta tidak tetap.

Walaupun begitu terdapat juga kajian lepas yang menemui sebaliknya iaitu zakat pendapatan

dan cukai pendapatan mempunyai banyak persamaan iaitu kajian yang dilakukan oleh Abd. Hamid

(1988), di mana persamaan dapat dilihat antara zakat pendapatan dan cukai pendapatan dari segi nisab

(pendapatan kasar bagi cukai) dan haulnya (tahun asas cukai). Tetapi kajian ini, meragui persamaan

dari segi nisab bagi zakat dan pendapatan kasar bagi cukai, di mana bagi zakat ia dicaj ke atas

pendapatan bersih individu (kekayaan) iaitu setelah ditolak dengan dengan keseluruhan perbelajaan isi

rumah individu tersebut.

Menurut kajian lepas yang dilakukan oleh Mohd Nor et. al (2004), terdapat beberapa faktor

yang diketengahkan dalam mempengaruhi keputusan pembayaran zakat pendapatan kepada pihak

Page 5: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat ... · PDF fileSebahagian besar sumber kutipan cukai dalam Islam dilaksanakan dalam sistem zakat. Di Malaysia, pembayaran zakat adalah

152 Eza Ellany Abdul Lateff, Mohd Rizal Palil

berwajib. Antaranya adalah faktor 1) keimanan; 2) kefahaman agama, 3) maklumat dan pendidikan; 4)

kepercayaan kepada institusi pengutip; dan 5) kemudahan pembayaran. Kajian lepas ini juga turut

menegaskan bahawa pengabaian faktor kualitatif dalam mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi

pembuatan keputusan dalam pembayaran zakat dan cukai adalah tidak boleh berlaku. Ia juga turut

menjelaskan kesukaran dalam membina proksi bagi mengukur tahap keimanan.

Sebagai penambahan faktor keimanan/ keagamaan / kepercayaan, faktor ini juga turut

disokong oleh Reinstein (2006) dalam menyumbang kepada pamatuhan terhadap zakat di mana,

mereka menegaskan dalam kajiannya tindakan membayar zakat adalah menjadi petunjuk terhadap

tahap keimanan dan kepercayaan yang tinggi. Ini adalah kerana pamatuhan individu terhadap

tanggungjawab membayar zakat yang dituntut agama adalah sangat bergantung kepada tahap

kepercayaan individu itu terhadap pengajaran agamanya. Ia turut disokong lagi oleh Al Qaradawi

(1998) yang mana telah mencadangkan ketidakpatuhan terhadap tanggungjawab membayar zakat

adalah dipengaruhi oleh tahap keimanan individu terhadap tanggungjawab terhahap agamanya, serta

oleh Lunn et. Al (2001) yang mana bersetuju kepercayaan agama memberi kesan terhadap

pengembangan harta.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan model kajian ‘cross-sectional’, di mana pada peringkat awal, satu temu bual

ringkas telah dilakukan melalui telefon terhadap wakil daripada Lembaga Zakat Selangor untuk

mengetahui faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi pembayaran zakat di Malaysia selain faktor

yang pernah dikaji dalam kajian lepas.

Antara faktor-faktor yang dikenalpasti melalui temubual tersebut telah dikategorikan kepada

dua iaitu terdiri daripada faktor akhirat / faktor keagamaan dan kepercayaan dan kedua terdiri daripada

faktor duniawi / faktor keduniaan semata-mata. Berikut adalah faktor akhirat yang dikenalpasti iaitu 1)

Zakat itu adalah wajib untuk dibayar dan ini menjadi faktor utama mengapa masyarakat Islam di

Malaysia membayar zakat; 2) zakat dapat menyucikan harta dan hati pembayarnya daripada sifat

pentingkan diri sendiri dan tamak; 3) zakat dapat memberikan keberkatan dalam hidup dan

membolehkan mendapatkan keredaan daripada Allah di akhirat kelak; 4) zakat dibayar untuk

mengelakkan hukuman di akhirat kelak; 5) telah timbulnya kesedaran dalam diri umat Islam di

Malaysia tentang kepentingan membayar zakat kepada mereka.

Faktor-faktor duniawi yang dikenalpasti pula adalah: 1) membayar zakat dapat mengurangkan

cukai pendapatan boleh bayar (insentif rebat cukai daripada amaun pembayaran zakat); 2) pembayaran

zakat kurang membebankan kerana hanya pendapatan bersih setelah ditolak keseluruhan perbelanjaan

seseorang Muslim itu yang akan dikenakan zakat. 3) membayar zakat kerana mengikut kawan yang

telah membayar zakat.

Melalui temubual ini, terdapat beberapa faktor lain yang dikenalpasti berbanding faktor kajian

lepas iaitu, daripada faktor akhirat: 1)faktor kesedaran terhadap kepentingan membayar zakat dan 3

faktor lain daripada faktor duniawi iaitu: 2) faktor insentif rebat cukai yang diberikan bagi setiap

pembayaran zakat pendapatan; 3) pembayaran zakat kurang membebankan kerana hanya pendapatan

bersih setelah ditolak keseluruhan perbelanjaan seseorang Muslim itu yang akan dikenakan zakat; dan

4) membayar zakat kerana mengikut kawan yang telah membayar zakat.

Kemudian satu kajian soal selidik akan dilakukan dengan menggunakan faktor-faktor yang

telah dikenalpasti iaitu faktor akhirat: 1) faktor kesedaran terhadap kepentingan membayar zakat dan 3

faktor lain daripada faktor duniawi iaitu: 2) faktor insentif rebat cukai yang diberikan bagi setiap

pembayaran zakat pendapatan; 3) pembayaran zakat kurang membebankan kerana hanya pendapatan

bersih setelah ditolak keseluruhan perbelanjaan seseorang Muslim itu yang akan dikenakan zakat; dan

4) membayar zakat kerana mengikut kawan yang telah membayar zakat sebagai pembolehubah bebas.

Manakala faktor-faktor kajian lepas iaitu faktor 1) keimanan; 2) kefahaman agama, 3) maklumat dan

pendidikan; 4) kepercayaan kepada institusi pengutip; dan 5) kemudahan pembayaran akan dijadikan

pembolehubah kawalan dalam kajian ini. Pembolehubah ini akan dilihat sejauhmana ia mempengaruhi

pembolehubah bersandar iaitu Jumlah Pembayaran Zakat.

Dalam usaha untuk mengkaji sejauhmana faktor-faktor yang telah dikenalpasti ini boleh

mempengaruhi pembayaran zakat, sampel telah dipilih secara rawak di mana soalan kaji selidik yang

dibina telah diedarkan kepada mereka yang beragama Islam dan bekerja serta mempunyai rata gaji

dalam lingkungan RM2000 ke atas berdasarkan bidang pekerjaan yang diceburi yang mana mereka

adalah bekerja di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Page 6: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat ... · PDF fileSebahagian besar sumber kutipan cukai dalam Islam dilaksanakan dalam sistem zakat. Di Malaysia, pembayaran zakat adalah

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 153

Sampel ini dipilih di sekitar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur kerana berdasarkan

peningkatan yang memberansangkan dalam kutipan zakat oleh PPZ-MAIWP dari tahun ke tahun

berdasarkan statistik yang dikeluarkan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

Oleh kerana kekangan masa dalam melakukan kajian ini (untuk projek kerja kursus seminar

percukaian) hanya sebanyak 30 soalan kaji selidik yang sempat diedarkan dan hanya sebanyak 24

soalan kaji selidik yang memdapat maklum balas. Daripada 24 soalan kaji selidik tersebut hanya 22

yang boleh diambil sebagai sampel dan 2 lagi didapati rosak kerana tidak lengkap dijawab.

Data dikutip melalui kaji selidik kerana kajian ini melibatkan maklumat yang berkaitan

dengan pendapat individu dan juga aspek gelagat manusia. Selalunya maklumat tersebut bersifat sulit

dan peribadi. Tambahan pula, maklumat ini tidak boleh diperolehi dari sumber lain seperti media,

laman sesawang, atau sebarang bahan cetak. Pengambilan data adalah melalui soal selidik yang

diberikan kepada mereka yang bekerja makan gaji yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Tempoh kutipan data adalah di antara bulan Hujung bulan Mac 2011 hingga pertengahan

bulan April 2011. Disebabkan kekangan masa yang mana tempoh kutipan data kurang daripada

sebulan, soalan soal selidik ini hanya disemak oleh pensyarah bagi subjek Seminar Percukaian dan

tidak sempat diuji sejauhmana kebolehpercayaan soalan soal selidik kajian ini. Soalan diedarkan

kepada kebanyakannya kenalan rapat dan juga orang awam yang mana responden telah disaring bagi

memastikan mereka adalah pembayar zakat dan cukai untuk tujuan perbandingan.

Soal selidik kajian direka bentuk berdasarkan faktor-faktor kajian lepas iaitu Nor et. al. (2004)

dan Wahid et al. (2006), yang mana soalan soalan selidik adalah dibina sendiri berdasarkan kesesuaian

faktor-faktor yang ingin dikaji. Faktor-faktor yang terlibat adalah faktor-faktor yang mempengaruhi

pembayaran zakat pendapatan. Soal selidik kajian ini dibahagikan kepada empat bahagian utama.

Bahagian A menanyakan soalan mengenai faktor demografi responden (latar belankang individu).

Bahagian B menanyakan soalan tentang latar belakang sumber pendapatan responden sebulan.

Bahagian C menanyakan soalan yang berkaitan faktor yang memotivasikan pembayaran zakat

pendapatan. Manakala Bahagian D pula berkaitan anggaran cukai yang gagal dikutip oleh Lembaga

Hasil Dalam Negeri. Struktur soalan dibuat dengan sistematik dan mudah untuk difahami responden.

Soal selidik ini juga tidak memerlukan pengenalan diri responden bagi menggalakkan responden

menjawab dengan lengkap dan jujur.

Data dari kajian ini dianalisis menggunakan program SPSS Versi 13. Terdapat beberapa ujian

di dalam melakukan analisis data. Di antara ujian yang dilakukan adalah pemeriksaan data iaitu untuk

memastikan bahawa data yang diperolehi dimasukan ke dalam program SPSS dengan betul dan tepat.

Manakala ujian analisis deskriptif adalah untuk mengetahui taburan frekuensi data.

Kemudian ujian Alpha Cronbach (Ujian kebolehpercayaan) digunakan untuk menguji

sejauhmana kebolehpercayaan setiap faktor yang dinyatakan dalam kajian ini dalam menpengaruhi

pembayaran zakat pendapatan.

Analisis deskriptif merupakan membolehkan data dari setiap pembolehubah yang dikutip

diringkaskan dalam bentuk jadual, peratusan dan kekerapan. Statistik deskriptif menunjukkan

maklumat tentang nilai purata, penengah, maksimum, minimum, julat dan sisihan piawai bagi setiap

pembolehubah yang diuji, iaitu faktor-faktor mempengaruhi pembayaran zakat. Selain itu, ujian

analisis deskriptif ini juga digunakan untuk melihat gambaran tentang responden, seperti jumlah

responden, pendidikan dan pendapatan sebulan responden dan lain-lain.

Kebolehpercayaan diukur melalui ujian ke atas konsistensi (ketekalan) dan kestabilan

(Sekaran, 2003). Konsistensi adalah sejauh mana item-item yang mengukur sesuatu konsep itu

berhubung di dalam satu set. Menurut Sekaran (2003) Cronbach Alpha merupakan satu koofisyen

kebolehpercayaan yang mengukur sejauhmana item-item di dalam satu set berhubungan secara positif

antara satu sama lain. Ia dikira berdasarkan purata interkorelasi antara item-item tersebut bagi

mengukur satu konsep tertentu. Semakin hampir kepada 1, semakin tinggi kebolehpercayaan

konsistensi dalaman (internal consistency reliability).

Ujian kebolehpercayaan ini dilakukan ke atas pembolehubah-pembolehubah utama iaitu

faktor-faktor pembayaran zakat pendapatan dan juga faktor demografi. Sekiranya nilai alpha yang

ditunjukkan melebihi 0.6, maka skala yang digunakan untuk mengukur pembolehubah tersebut

mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi (Malhotra, 1993). Sebaliknya jika nilai alpha kurang

daripada 0.6, maka pernyataan tertentu di dalam soal selidik perlu dikeluarkan daripada ukuran

pembolehubah bagi meningkatkan kebolehpercayaan pembolehubah berkenaan.

Page 7: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat ... · PDF fileSebahagian besar sumber kutipan cukai dalam Islam dilaksanakan dalam sistem zakat. Di Malaysia, pembayaran zakat adalah

154 Eza Ellany Abdul Lateff, Mohd Rizal Palil

HASIL KAJIAN

Sejumlah 30 soal selidik telah diserahkan kepada kenalan terdekan dan juga orang awam yang bekerja

di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Daripada jumlah tersebut, 24 (80%) soal selidik telah

dikembalikan. Sejumlah 2 soal selidik tidak dapat diproses kerana didapati tidak lengkap. Oleh itu,

jumlah keseluruhan soal selidik yang digunakan untuk analisis adalah 22 (73.33%) soal selidik.

JADUAL 3 menunjukkan kadar respon kajian.

Kemudian profil responden dibentuk untuk melihat ciri-ciri reponden dalam kajian ini. Ianya

untuk mengenal pasti dan memberi maklumat mengenai latar belakang responden. Seluruh responden

kajian ini adalah kenalan terdekat dan beberapa orang awam. JADUAL 4 menunjukkan profil

responden berdasarkan soal selidik yang diperolehi.

Berdasarkan JADUAL 4, seramai 10 responden (45.5%) terdiri daripada lelaki manakala 12

(54.5%) lagi adalah perempuan menjadikan jumlah keseluruhan responden adalah 22 orang.

Lingkungan umur responden bagi kajian ini masing-masing adalah seramai 13(59.1%) orang

responden merupakan daripada lingkungan umur 25 tahun dan kurang daripada 25 tahun, 9 (40.9%)

orang responden berumur 26 hingga 35 tahun, 7 (31.8%) orang responden berumur 36 hingga 45

tahun, 3 (13.6%) orang responden berumur 46 hingga 55 tahun, 1 (4.5%) orang responden berumur

lebih daripada 56 tahun.

Bagi status/taraf perkahwinan pula, kebayakan responden adalah sudah berkahwin dengan

seramai 18 (81.8%) orang responden dan selebihnya seramai 4 (18.2%) orang responden adalah

bujang. Dalam kajian ini latar belakang pendidikan responden yang tertinggi adalah terdiri dari

pelbagai tahap, iaitu dari SPM dan ke bawah sehinggalah ijazah sarjana. Walau bagaimanapun,

kebanyakan responden mempunyai pendidikan pengajian tinggi, dengan 1 (4.5%) responden adalah

pemegang dipoloma, 8 (36.4%) responden pemegang Ijazah Sarjana Muda/ Profesional, dan pemegang

Ijazah Sarjana/ Master turut mempunyai 8 (36.4%) responden. Hanya 5 (22.7%) responden sahaja

yang berpendidikan sekolan menengah (SPM dan ke bawah).

Kebanyakan responden kajian ini adalah bekerja makan gaji iaitu seramai 21 (95.5%) dan

masih terdapat juga responden yang tidak bekerja tetapi masih mempunyai pendapatan dan turut

menbayar zakat pendapatan iaitu seorang (4.5%). Rata-rata pendapatan sebulan responden yang

tertinggi adalah antara RM2000 hingga RM4000 iaitu seramai 13 (59.1%) responden. Bagi

pendapatan sebulan antara RM 4001 hingga RM6000 adalah seramai 6 (27.3%) orang responden dan

pendapatan antara RM 6001 hingga RM8000 pula adalah seramai 3 (13.6%) orang responden.

Statistik deskriptif adalah sebahagian daripada analisis asas yang perlu dilakukan oleh

penyelidik. Ianya bertujuaan untuk mengolah, menyajikan data tanpa membuat apa-apa keputusan

untuk populasi. Analisis ini merangkumi kaedah untuk mengorganisasi, memapar, menghurai dan

menerangkan data dengan menggunakan jadual, graf dan sukatan ringkasan (Fah & Hoon 2009).

Analisis deskriptif memberi ringkasan serta maklumat mengenai data-data yang telah digunakan dalam

kajian ini. Ianya hanya melihat gambaran keseluruhan data secara umum. JADUAL 5 menunjukkan

hasil analisis deskriptif yang mana hanya tumpuan kepada analisis min dan sisihan piawai.

Berdasarkan JADUAL 5, ia menunjukkan min dan sisihan piawai bagi setiap faktor yang

dikaji yang mana boleh mempengaruhi pembayaran zakat pendapatan. Antara kesemua faktor tersebut

faktor kefahaman agama yang mempunyai min yang tertinggi iaitu sebanyak 4.6439 yang mana

menunjukkan penggunaan faktor ini dalam mempengaruhi pembayaran zakat adalah tinggi dan

kemudiannya diikuti oleh faktor kesedaran kepentingan membayar zakat (4.5985), faktor zakat kurang

membebankan (4.5606), faktor keimanan (4.3750), faktor pengaruh kawan terhadap pembayaran zakat

(4.3636), faktor insentif rebat cukai (4.1818), faktor maklumat pendidikan zakat (4.0795) dan terakhir

faktor percaya badan kutipan zakat (3.5455) yang mana mempunyai min terendah.

Sisihan piawai adalah ukuran serakan yang menerangkan bagaimana cerapan-cerapan dalam

sesuatu set data tersebar di sekeliling nilai min. Apabila sisihan daripada min dikuasaduakan, setiap

nilai menjadi positif dan sisihan yang lebih besar (hampir kepada 1) menunjukan serakan yang luas

disekeliling nilai min. Hasil ujian sisihan piawai untuk kebanyakan pembolehubah adalah agak besar

iaitu menghampiri 1, ini menunjukkan serakan di sekeliling min adalah besar iaitu respon yang

diberikan oleh responden adalah jauh daripada nilai min. Ini mungkin disebabkan data respon /

maklumbalas yang sedikit bagi kajian ini yang membawa kepada sisihan yang agak besar bagi setiap

faktor. Hanya terdapat 3 pembolehubah atau faktor yang mempunyai sisihan piawai yang agak kecil

atau tidak meghampiri 1, iaitu faktor zakat kurang membebankan (0.54807), faktor kesedaran

kepentingan membayar zakat (0.55791) dan faktor kefahaman agama (0.67709).

Kebolehpercayaan merupakan darjah ketepatan bagi ukuran yang dibuat oleh sesuatu

instrumen. Semakin rendah darjat ralat bagi sesuatu instrumen, semakin tinggi kebolehpercayaan

instrumen tersebut (Fah & Hoon, 2009). Sesuatu instrumen kajian dikatakan boleh dipercayai jika

Page 8: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat ... · PDF fileSebahagian besar sumber kutipan cukai dalam Islam dilaksanakan dalam sistem zakat. Di Malaysia, pembayaran zakat adalah

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 155

pengukuran berulang kali yang dibuat di bawah situasi yang tetap masih memberi keputusan yang sama

(Fah & Hoon, 2009).

Di dalam kajian ini, pengujian kebolehpercayaan data dijalankan untuk menentukan samada

soal selidik yang dikemukakan kepada responden boleh dipercayai, iaitu responden menjawab secara

konsisten dari suatu masa ke suatu masa. Pengujian kebolehpercayaan dilakukan dengan melihat nilai

cronbach alpha. Instrumen kajian dikatakan boleh dipercayai jika nilai cronbach alpha melebihi 0.6.

JADUAL 6 menunjukkan hasil analisis kebolehpercayaan.

JADUAL 6 merupakan keputusan analisis kebolehpercayaan bagi setiap komponen

pembolehubah yang diuji di dalam kajian ini. Hasil ujian menunjukkan bahawa nilai koefisien

cronbach alpha untuk setiap pembolehubah adalah seperti berikut: (1) pembolehubah kawalan iaitu

terdiri daripada faktor keimanan (0. .897), faktor kefahaman agama(0.960), faktor maklumat

pendidikan zakat (0.785), faktor percaya badan kutipan zakat (0.909) dan faktor kemudahan

pembayaran (0.7.92); (2) pembolehubah bebas pula terdiri daripada faktor kesedaran kepentingan

membayar zakat (0.934), faktor insentif rebat cukai (0.878), faktor zakat kurang membebankan

(0.8.12), dan faktor pengaruh kawan terhadap pembayaran zakat (0.912). Ini menunjukkan bahawa

semua pembolehubah boleh dipercayai kerana memiliki nilai cronbach alpha lebih besar dari 0.60.

KESIMPULAN KAJIAN

Sebagaimana kajian-kajian lain, kajian ini juga turut memiliki beberapa limitasi yang harus diambil

kira dalam menilai hasil kajian. Pertama, kajian ini menggunakan saiz sampel yang sangat kecil

menyebabkan hasil kajian yang diperolehi kurang tetap dan sampel kajian juga hanya yang berada di

sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sahaja dan ini menyebabkan ia kurang mewakili populasi

masyarakat Muslim di Malaysia.

Limitasi kajian yang kedua adalah soalan soal selidik adalah dibina sendiri dan tidak dapat

diuji dahulu sejaumana kebolehpercayaan dan ketepatan setiap soalan kerana kekangan masa, dan ini

menyebabkan hasil kajian yang diperolehi kurang boleh dipercayai.

Berdasarkan kepada batasan-batasan kajian, dicadangkan kepada para penyelidik yang ingin

melakukan penyelidikan dalam bidang yang sama untuk memperluaskan lagi liputan kajian sehingga

keseluruh negeri di Malaysia. Selain dari itu, kajian ini juga boleh diperluaskan kepada alat pengukuran

kadar pembayaran zakat dalam bentuk nilai yang boleh menunjukkan peningkatan dalam jumlah

pembayaran zakat.

Secara kesimpulan, walaupun hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman dan

pengetahuan agama memainkan peranan penting dalam peningkatan pembayaran zakat tetapi faktor-

faktor lain sepatutnya turut diambilkira. Di Malaysia fatwa yang mewajibkan zakat pendapatan telah

wujud selari dengan pewartaan fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada tahun

1997. Walaupun begitu hanya negeri Perak yang kekal tidak mewajibkan zakat pendapatan menurut

Wahid et al. (2006).

Walaubagaimanapun perlu diingatkan dan difahamkan di sini bahawa zakat pendapatan

mempunyai pelbagai manfaat dan faedah kepada seluruh masyarakat di dalam sesebuah negara bagi

menjamin sosio ekonomi negara sentiasa stabil dan bertumbuh selari dengan definisi perkataan ‘Zakat’

atau ‘Zakah’, ia sendiri membawa maksud ‘untuk bertumbuh’ dan ‘untuk meningkat’. Maka di sini

kajian ini diharap boleh memberikan gambaran dan kesedaran terhadap masyarakat Islam di Malaysia

yang tidak membayar zakat akan kepetingan zakat pendapatan ini supaya mereka turut sama membayar

zakat. Selain diharap juga kajian ini dapat memberi gambaran kepada pentadbiran negara dalam

menggubal dasar dan sistem percukaian di Malaysia supaya lebih berteraskan keislaman sekaligus

dapat mengaplikasikan sistem percukaian Islam di Malaysia dalam memacu dan membantu untuk

mentransformasikan negara Malaysia ke arah sebuah negara maju yang memilik rakyat yang

berpendapatan tinggi dengan melalui agihan pendapatan yang lebih baik menerusi sistem zakat

pendapatan ini.

RUJUKAN

Abdul Majid, M.Z. (1992). Syarat haul: Satu penilaian terhadap pandangan Al Qaradawi dalam

masalah zakat gaji dan pendapatan profesional. Medium 2.

Ahmad, S. & Wahid, H. (2004). Persepsi dan kesedaran terhadap perluasan sumber zakat harta yang

diikhtilaf. Dalam Prosiding Seminar Halatuju Zakat Korporat di Alaf Baru, Kumpulan Kajian

Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (pp 35-62).

Page 9: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat ... · PDF fileSebahagian besar sumber kutipan cukai dalam Islam dilaksanakan dalam sistem zakat. Di Malaysia, pembayaran zakat adalah

156 Eza Ellany Abdul Lateff, Mohd Rizal Palil

Ahmad, S. (2004). Kepatuhan bayaran zakat kepada institusi formal kutipan zakat. Laporan teknik

projek penyelidikan EP-003-2004, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Al Qaradawi, Y. (1987). Hukum zakat. Singapura: Pustaka Nasional.

Al Qaradawi, Y., Fiqh al Zakah (Volume 1), A Comparative Study Of Zakah, Regulations And

Philosophy In The Light Of Qur'an And Sunnah, translated By: Dr. Monzer Kahf, Scientific

Publishing Centre King Abdulaziz University Jeddah, Kingdom of Saudi Arabia.

Al Qaradawi, Y. (1973). Fiqh al Zakah, Mu’assasat al Risalah, Beirut, 2nd

edition.

Al Qaradawi, Y. (1998). Peranan nilai dan akhlak dalam ekonomi Islam. (terj). Kuala Lumpur.

Metacorp Bhd.

Al Mu'jam al Wasit, Vol.. 1 p. 398

At Mawardi, al Ahkam al Sultaniyah, the beginning of Chapter 11.

Atiyah, M. K. (1995). Perakaunan zakat, teori dan praktis. Terj. Mohd Nor Ngah. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al Majmu', Vol.. 5, p. 324

Dail, A.R. (1979). Zakat gaji dan pendapatan bebas. Islamiyyat 2.

Fah, L.Y. & Hoon, K.C. (2009). Pengenalan kepada analisis data komputer dengan SPSS 16.0 for

windows. Ed. Pertama. Selangor: Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

Hassan, A. H. M. (1988). Antara zakat dan cukai pendapatan satu analisis penyelarasan. Kertas kerja

Seminar Zakat dan Cukai Pendapatan. Pusat Matrikulasi Universiti Sains Malaysia, 5-6

November.

Ibrahim, H. (1989). Asas pengiraan zakat perniagaan, penggajian dan pendapatan bebas. Kuala

Lumpur: Persatuan Kebajikan Islam Lembaga Hasil dalam Negeri.

Lunn, J., Klay, R. & Douglass, A. 2001. Relationship among Giving, Church Attendance, and

Religious Belief: The Case of the Presbyterian Church (USA). Journal for the Scientific Study

of Religion, 40 (4), 765-775.

Malhotra N.K. (1993). Marketing research: an applied orientation. Switzerland. Prentice Hall.

Mohd Noor, M.A., Wahid, H., Ahmad & Md. Nor, N.G. (2004). Kesedaran Membayar Zakat

Pendapatan di Kalangan Kakitangan Profesional Universiti Kebangsaan Malaysia. ISLA-

MIYYA-T 26(2) (2004): 59 – 67

Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan Wilayah

Persekutuan.

Sekaran, U. (2003). Research methods for business: a skill building approach. Ed ke-4. San Francisco.

John Wiley & Son, Inc.

Al-Quran, terj. Surah at Tawbah, 9:34.

Al-Quran, terj. Surah al Baqarah, 2:267.

Spicer, M. W. & Lundstedt, S. B. (1976). Understanding tax evasion. Public Finance, vol. 31, iss. 2,

pp. 295-305.

Tarimin, M. 1995. Zakat penggajian satu penilaian terbaru di Malaysia. Tesis Ph.D. Universiti Malaya.

Umer Chapra, M. (1992). Islam and the economic challenge. Leicester: t.pt.

Wahid, H., Ahmad, S. & Mohd Noor, M.A. 2006. Kesedaran membayar zakah pendapatan di

Malaysia. Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Wkonomi & Perniagaan, Selangor: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Yusof, Z. (1994). Percukaian negara Islam: Perbandingan percukaian moden dengan Islam. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakat Pendapatan (2010). Retrieved 27 April 2011, from http://www.e-zakat.com.my/jenis-jenis-zakat-

2/zakat-harta/zakat-pendapatan/

Page 10: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat ... · PDF fileSebahagian besar sumber kutipan cukai dalam Islam dilaksanakan dalam sistem zakat. Di Malaysia, pembayaran zakat adalah

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 157

JADUAL 1: Statistik Kutipan & Pembayar Zakat Wilayah Persekutuan bagi Tahun 2007,

2008 dan 2009

Statistik Kutipan & Pembayar Zakat 2007 berbanding 2006

Perkara 2007 2006 Perbezaan +/-%

Pembayar Baru 13,838 11,025 2,813 26 %

Pembayar Lama 45,144 41,399 3,745 9 %

Jumlah Pembayar 58,982 52,424 6,588 13 %

Jumlah Kutipan (RM) 169,217,233.65 143,304,403.08 25,912,830.57 18 %

Purata Bayaran (RM) 2,869 2,734 135 5 %

Statistik Kutipan & Pembayar Zakat 2008 berbanding 2007

Perkara 2008 2007 Perbezaan +/-%

Pembayar Baru 16,380 13,838 2,542 18 %

Pembayar Lama 51,492 45,144 6,348 14 %

Jumlah Pembayar 67,872 58,982 8,890 15 %

Jumlah Kutipan (RM) 206,261,147.28 169,217,233.65 37,043,913.63 22 %

Purata Bayaran (RM) 3,039 2,869 170 6 %

Statistik Kutipan & Pembayar Zakat 2009 berbanding 2008

Perkara 2009 2008 Perbezaan +/-%

Pembayar Baru 18,522 16,380 2,172 13 %

Pembayar Lama 60,268 51,492 8,776 17 %

Jumlah Pembayar 78,820 67,872 10,948 16 %

Jumlah Kutipan (RM) 241,966,660.22 206,261,147.28 35,705,512.94 17 %

Purata Bayaran (RM) 3,070 3,039 31 1 %

Sumber: PPZ-MAIWP

JADUAL 2: Statistik Kutipan Mengikut Jenis Zakat Wilayah Persekutuan bagi Tahun 2007,

2008 dan 2009

Statistik Kutipan Mengikut Jenis Zakat 2007 berbanding 2006

Jenis 2007 (RM) 2006(RM) +/-%

Zakat Pendapatan 109,800,306.20 89,123,574.90 23 %

Zakat Perniagaan 23,326,234.39 22,790,507.33 2 %

Zakat Simpanan 13,670,863.27 11,987,893.12 14 %

Zakat Harta 21,500,920.34 18,758,590.82 15 %

Qadha Zakat 281,230.27 279,414.86 0.7 %

Lain-lain 637,679.18 364,422.05 7.5 %

Jumlah Kutipan 169,217,233.65 143,304,403.08 18 %

Statistik Kutipan Mengikut Jenis Zakat 2008 berbanding 2007

Jenis 2008 (RM) 2007(RM) +/-%

Zakat Pendapatan 137,571,807.25 109,800,306.20 25 %

Zakat Perniagaan 28,702,947.32 23,326,234.39 23 %

Zakat Simpanan 15,063,180.16 13,670,863.27 10 %

Zakat Harta 23,680,791.26 21,500,920.34 10 %

Qadha Zakat 545,092.67 281,230.27 94 %

Lain-lain 697,328.62 637,679.18 9 %

Jumlah Kutipan 206,261,147.28 169,217,233.65 22 %

Page 11: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat ... · PDF fileSebahagian besar sumber kutipan cukai dalam Islam dilaksanakan dalam sistem zakat. Di Malaysia, pembayaran zakat adalah

158 Eza Ellany Abdul Lateff, Mohd Rizal Palil

Statistik Kutipan Mengikut Jenis Zakat 2009 berbanding 2008

Jenis 2009 (RM) 2008(RM) +/-%

Zakat Pendapatan 16748368712 137,571,807.25 22 %

Zakat Perniagaan 29,114,257.40 28,702,947.32 1 %

Zakat Simpanan 18,373,003.78 15,063,180.16 22 %

Zakat Harta 25,689,049.19 23,680,791.26 8 %

Qadha Zakat 431,875.29 2545,092.67 -21 %

Lain-lain 874,787.44 697,328.62 25 %

Jumlah Kutipan 241,966,660.22 206,261,147.28 17 %

Sumber: PPZ-MAIWP

JADUAL 3: Kadar Respon / Maklumbalas

Keterangan Jumlah Peratusan(%)

Soal selidik yang diserahkan 40 100.00

Soal selidik yang dikembalikan 24 80.00

Soal selidik yang dikembalikan tetapi tidak dapat digunakan 12 6.67

Soal selidik yang digunakan 100 73.33

JADUAL 4: Profil Responden

Ciri Responden Jumlah Peratusan(%)

Jantina Lelaki 45.5

Perempuan 54.5

Umur < 25 Tahun 9.1

26 - 35 tahun 40.9

36 - 45 tahun 31.8

46 - 55 tahun 13.6

lebih 56 tahun 4.5

Status / Taraf Perkahwinan Bujang 18.2

Berkahwin 81.8

Pendidikan < SPM 22.7

Diploma 4.4

Ijazah Sarjana Muda/ Profesional 36.4

Ijazah Sarjana/ Master 36.4

Jenis Pekerjaan Tidak bekerja 4.5

Makan gaji 95.5

Pendapatan Sebulan RM2000 – RM4000 59.1

RM 4001– RM6000 27.3

RM 6001 – RM8000 13.6

Page 12: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat ... · PDF fileSebahagian besar sumber kutipan cukai dalam Islam dilaksanakan dalam sistem zakat. Di Malaysia, pembayaran zakat adalah

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 159

JADUAL 5: Ujian Analisis Deskriptif (Min dan Sisihan Piawai)

Keterangan Min Sisihan

Piawai

Faktor Keimanan 4.3750 0.99028

Faktor Kefahaman Agama 4.6439 0.67709

Faktor Maklumat Pendidikan Zakat 4.0795 0 .70028

Faktor Percaya Badan Kutipan Zakat 3.5455 0.91747

Faktor Kemudahan Pembayaran 4.0152 0.81310

Faktor Kesedaran Kepentingan Membayar Zakat 4.5985 0.55791

Faktor Insentif Rebat Cukai 4.1818 0.84030

Faktor Zakat Kurang Membebankan 4.5606 0.54807

Faktor Pengaruh Kawan Terhadap Pembayaran Zakat 4.3636 0.92816

JADUAL 6: Ujian Analisis Kebolehpercayaan

Keterangan Bil Item Cronbach Aplha

Faktor Keimanan 4 0. .897

Faktor Kefahaman Agama 6 0. .960

Faktor Maklumat Pendidikan Zakat 4 0 .785

Faktor Percaya Badan Kutipan Zakat 3 0.909

Faktor Kemudahan Pembayaran 3 0.7.92

Faktor Kesedaran Kepentingan Membayar Zakat 6 0.934

Faktor Insentif Rebat Cukai 3 0.878

Faktor Zakat Kurang Membebankan 3 0.8.12

Faktor Pengaruh Kawan Terhadap Pembayaran Zakat 2 0.912