FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri...

25
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA PONTENG DIKALANGAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TASEK UTARA 2, JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA’ZIM SATU TINJAUAN. KAMALIA NOR BINTI ABU SAMAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri...

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA PONTENG

DIKALANGAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

TASEK UTARA 2, JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA’ZIM SATU

TINJAUAN.

KAMALIA NOR BINTI ABU SAMAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor
Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor
Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA PONTENG

DIKALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TASEK

UTARA 2, JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA’ZIM.SATU TINJAUAN

KAMALIA NOR BINTI ABU SAMAH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2007

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

ii

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

iii

Dedikasi

Kuabadikan dedikasi ini istimewa buat......

Ayahanda Abu Samah dan Ibunda Siti Halijah yang tercinta Doa, jasa dan pengorbananmu sumber kejayaanku….

Tunangku Sayang yang sentiasa memberi Inspirasi dan dorongan bagi membakar obor perjuanganku....

En. Mohd Rizal bin Mohd Said Jasa dan bakti tidak boleh ditukar ganti....

Teman – teman seperjuangan....4SPH Kenamgan bersama tak mungkin hilang dimemoriku....

Suka duka perjalanan telah kita lalui bersama.... Semoga Allah memberkati kejayaan kita semua.....

Kejayaan ini adalah milik bersama.............

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…..

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang dengan izin, taufik dan hidayahnya dapat

saya menyiapkan dan menyempurnakan penyelidikan ini dengan sebaik mungkin.

Penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penyelia yang dihormati, En. Mohd

Rizal bin Mohd Said di atas bimbingan, dorongan serta nasihat sepanjang menjalankan

penyelidikan ini.

Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada ibu bapa, tunang dan ahli keluarga

yang telah memberi semangat dan sokongan moral yang amat berharga sepanjang

menyiapkan kajian ini dan sepanjang belajar di bumi UTM ini.

Juga kepada rakan – rakan seperjuangan yang telah memberi panduan dan

pertolongan. Kenangan bersama tetap dalam ingatan dan terima kasih di atas segala

sokongan. Semoga Allah membalas jasa kalian.

Tidak mungkin dilupakan ucapan terima kasih setulusnya kepada Pengetua,

Penolong Kanan HEM, guru – guru dan pelajar – pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Tasek Utara 2, di atas bantuan dan kerjasama yang tidak ternilai harganya

sehingga penyelidikan ini selesai. Mudah–mudahan Allah memberikan sebaik–baik

ganjaran di dunia mahupun akhirat.

Wassalam...

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

v

ABSTRAK

Sejak kebelakangan ini, gejala ponteng adalah masalah yang semakin berleluasa

di kebanyakan sekolah dan menjadi isu yang hangat diperkatakan samada di akhbar –

akhbar tempatan, forum, seminar pendidikan dan sebagainya. Kajian ini bertujuan untuk

mendapatkan maklumat faktor – faktor yang menyumbang kepada gejala ponteng

dikalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2 Johor Bahru. Faktor –

faktor yang terlibat dalam kajian ini ialah faktor guru sekolah, faktor rakan sebaya dan

faktor prasarana sekolah. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif dengan

menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan

Dua dan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2 Johor Bahru. Data yang

diperolehi dianalisis dengan menggunakan program Perisian Statistical Packages For

Social Science ( SPSS 12 For Windows ). Keputusan kajian mendapati semua faktor

yang dikaji terlibat dalam menyumbang gejala ponteng dikalangan pelajar Sekolah

Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2. Faktor rakan sebaya mempunyai tahap yang

mempengaruhi manakala faktor prasarana sekolah dan guru sekolah mempunyai tahap

yang sederhana mempengaruhi. Dapatan kajian ini boleh memberi manfaat dan diambil

oleh pihak – pihak tertentu seperti pihak guru, pihak sekolah, pihak Kementerian

Pelajaran dan masyarakat supaya dapat mengambil langkah – langkah yang sewajarnya

supaya gejala ponteng dapat diselesaikan.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

vi

ABSTRACT

In recent years, the problem of truancy is on the increase in most school and it

has been a topic of discussion, especially over the media, forums, educational seminars

and conferences. This study is aimed at identifying factors influencing the students of

Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara Johor Bahru 2 to play truant. The factors

engaged in this study are teachers, peer group and school facilities. This study employs

the use of the descriptive method. The sample for this study consists of 70 form two and

four students of Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2, Johor Bahru. The data

obtained was analyzed by the used Statistical Packages For Social Science (SPSS 12 For

Windows).The result of this study shamed that the factors concerned has an influence

towards the truancy problem in the particular school. The students’ perceive that the

peer group factor has an influence towards the students playing truant. Whereas the

school facilities and teachers factor have a moderate level of influence. It is hoped that

these finding can draw joint efforts from teachers, schools, Ministry Of Education and

the public to act promptly and implementing appropriate strategies and actions among

the students especially students of Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2 , Johor

Bahru.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Skop Kajian 12

1.8 Batasan Kajian 13

1.9 Definisi Istilah 13

1.10 Penutup 16

1.11

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

viii

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Faktor – faktor Yang Menyumbang Kepada

Gejala Ponteng 18

2.2.1 Faktor Guru Sekolah 18

2.2.2 Faktor Rakan Sebaya 23

2.2.3 Faktor Prasarana Sekolah 26

2.3 Penutup 29

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Rekabentuk Kajian 31

3.3 Tempat Kajian 31

3.4 Instrumen Atau Kaedah Kajian 31

3.5 Populasi Dan Sampel Kajian 34

3.6 Prosedur mengendalikan kajian 35

3.7 Kebolehpercayaan Alat Kajian 36

3.8 Keesahan Instrumen 38

3.9 Penganalisisan Data 38

3.10 Penutup 41

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 42

4.2 Bahagian A (Latar Belakang Responden) 43

4.2.1 Taburan responden mengikut jantina 43

4.2.2 Taburan responden mengikut bangsa 44

4.2.3 Taburan responden mengikut agama 44

4.3 Bahagian B,C dan D (Analisis Data Berdasarkan

Persoalan Kajian) 45

4.3.1 Soalan Kajian 1 (Faktor Guru Sekolah) 47

4.3.2 Soalan Kajian 2 (Faktor Rakan Sebaya) 50

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

ix

4.3.3 Soalan Kajian 3 (Faktor Prasarana Sekolah) 53

4.4 Purata Keseluruhan Min 56

4.5 Kesimpulan 57

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 58

5.2 Perbincangan 59

5.2.1 Latar Belakang Responden 59

5.2.2 Persoalan Kajian 1 (Faktor Guru Sekolah) 60

5.2.3 Persoalan Kajian 2 (Faktor Rakan Sebaya) 62

5.2.4 Persoalan Kajian 3 (Faktor Prasarana Sekolah) 65

5.3 Rumusan Purata Keseluruhan Min 68

5.4 Cadangan 69

5.4.1 Cadangan Untuk Faktor Guru Sekolah 69

5.4.2 Cadangan Untuk Faktor Rakan Sebaya 71

5.4.3 Cadangan untuk Faktor Prasarana Sekolah 71

5.5 Cadangan Kajian Lanjut 72

5.6 Penutup 73

RUJUKAN 75-80

Lampiran A – G 81-90

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Statistik Kes Salah laku Pelajar ponteng Sekolah ( Kod 882 )

Daerah Johor Bahru. Johor Darul Ta’zim 5

3.1 Skala Pemeringkatan Likert 34

3.2 Agihan Soalan mengikut Persoalan Kajian. 34

3.3 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 40

3.4 Pengiraan Sela Diantara Min 41

3.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 41

4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 44

4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 45

4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Agama 45

4.4 Skala Pemeringkatan Likert Yang Telah Dikecilkan Skop 46

Kepada Tiga Pilihan Jawapan

4.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 47

4.6 Pengiraan Sela Diantara Min. 47

4.7 Pengkelasan Tahap Penilaian Min 48

4.8 Taburan Responden mengikut Min, Peratus Dan Frekuensi 49

Bagi Soalan Kajian 1a

4.9 Taburan Responden mengikut Min, Peratus Dan Frekuensi 52

Bagi Soalan Kajian 2a

4.10 Taburan Responden mengikut Min, Peratus Dan Frekuensi 55

Bagi Soalan Kajian 3a

4.11 Purata Keseluruhan Min 58

5.1 Purata Keseluruhan Min 70

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

4.1 Min Setiap Item Bagi Faktor Guru Sekolah 51

4.2 Min Setiap Item Bagi Faktor Rakan Sebaya 54

4.3 Min Setiap Item Bagi Faktor Prasarana Sekolah 57

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 81

B Surat Kebenaran Daripada Bahagian Perancangan 86

dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD), Kementerian

Pelajaran Malaysia

C Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor. 87

D Surat Kebenaran Universiti Teknologi Malaysia 88

E Surat Pengesahan Borang Soal Selidik 89

F Statistik Kes Salah laku Ponteng sekolah Kod 882 Daerah

Johor Bahru Bagi Tahun 2006 90-91

G Enrolmen Pelajar Bulan Januari 2007 92-93

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang berbentuk formal dimana ia boleh

membentuk pemikiran, tingkahlaku dan sikap murid-murid bagi melahirkan generasi

yang seimbang baik dari segi mental dan rohani (Mohd Salleh Lebar, 1997). Selain itu,

sekolah juga akan berperanan membentuk pola budaya generasi pada masa akan datang.

Ini kerana sekolah merupakan wadah pendidikan yang sentiasa berusaha untuk

memperkembang potensi individu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual serta

dapat memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan dan kesejahteraan

masyarakat dan negara. Semua pelaksanaan pendidikan yang mencakupi bidang

kurikulum, kokurikulum, khidmat tolong bantu, profesionalisme guru, pengurusan

tenaga kerja, kebajikan disiplin pelajar serta yang berkaitan adalah berpusat kepada

institusi pendidikan.

Untuk merealisasikan harapan, cita – cita dan matlamat negara iaitu untuk

membina sebuah negara maju tanpa mengabaikan nilai agama dan moral, institusi

pendidikan perlu menyediakan landasan disiplin yang berkesan kepada pelajar kerana

pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin

negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program

pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat

dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah

membawa bersama gejala sosial yang negatif dikalangan pelajar sekolah. Walaupun

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

2

pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua

hanya retorika semata-mata.

Jika dilihat antara idealisme masa depan negara dengan realiti masa kini,

wujudnya jurang yang besar di mana jumlah kes jenayah dikalangan pelajar kita pada

hari ini yang bakal menerajui negara kita adalah semakin meningkat. Nampaknya

semakin maju dan membangun negara kita, semakin luntur pula nilai moral masyarakat.

Justeru itu, dalam keghairahan merancang dan merencana pelbagai projek

raksasa agar negara kita seiring dengan era ledakan informasi dan pembangunan

industrialisasi yang mantap, kita seharusnya tidak meminggirkan projek raksasa dalam

pembinaan insan. Secara umum, kita mengetahui bahawa persekolahan, pembelajaran

dan pendidikan adalah rangkaian gerak kerja yang tidak boleh dipisahkan. Menurut

Hussein Hj Ahmad (1993) peranan sistem persekolahan sehingga akhir tahun 1980-an

bermotifkan 3 perkara utama, Pertama pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja

negara, kedua pendidikan sebagai asas perpaduan kaum, ketiga pendidikan adalah untuk

pembinaan displin dikalangan rakyat berbilang kaum.

Permasalahan ketandusan ilmu, keruntuhan moral serta akhlak dan salah laku

pelajar jika tidak dibendung dengan segera pastinya akan terus menular dan akhirnya

akan memusnahkan nilai – nilai murni dalam kehidupan. Sesuatu perlu dilakukan segera

untuk menangani permasalahan ini bagi membentuk sahsiah pelajar supaya menjadi

insan yang bermoral tinggi. Justeru, selaras dengan “Kempen Budi Bahasa Budaya

Kita”, bagaimanakah sekolah hendak menghasilkan pelapis generasi akan datang yang

berkualiti jika masalah disiplin seperti gejala ponteng sekolah, melawan guru, bergaduh,

membuli, merokok dan sebagainya semakin berleluasa dan sukar dikawal

Pada masa ini masalah displin pelajar dikatakan semakin meruncing bilamana

terdapat banyak laporan mengenai para pelajar yang seringkali melanggar peraturan

sekolah seperti ponteng, merokok, vandalisme, melawan guru dan sebagainya. Menurut

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

3

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar seramai 2,332 pelajar dibuang sekolah

diseluruh negara dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini kerana pelbagai kesalahan

displin, dan dalam tempoh yang sama 3,184 lagi pelajar digantung sekolah ( Harian

Metro : 30 Julai 2006 ). Sejak Januari hingga Mei 2005, pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) telah menerima 31 aduan adalah mengenai disiplin murid. Daripada

31 aduan ini, 30 telah selesai dan telah diambil tindakan. Hanya satu yang masih belum

diambil tindakan kerana turut melibatkan siasatan pihak polis. Sejak Januari hingga Mei

2005 juga, KPM telah melakukan pemantauan disiplin di 1,366 buah sekolah di seluruh

negara. Jumlah ini merangkumi 718 sekolah rendah dan 648 buah sekolah menengah.

Pemantauan ini dilakukan bagi memastikan pihak sekolah mengambil langkah yang

telah disarankan bagi mengatasi masalah salah laku disiplin di kalangan murid mereka

(Berita Harian : 20 Mei 2003).

Di antara masalah dan isu yang mendapat perhatian hangat pada masa sekarang

ialah masalah ponteng dikalangan pelajar. Masalah ponteng adalah satu fenomena yang

tidak dapat diketepikan dalam sistem pendidikan negara. Laporan salahlaku pelajar

sekolah menunjukkan bahawa ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan salah laku

yang tertinggi peratusan penglibatan dikalangan pelajar ( Surat pekeliling Ikhtisas Bil 6 /

1995 ) .

Menurut Ismail (1980), perbuatan ponteng bukan masalah baru. Ia penyakit

lama yang masih wujud di sekolah. Ia telah berlaku sejak masyarakat mula mengenal

alam persekolahan. Masalah ponteng sekolah boleh memberi kesan kepada masalah –

masalah disiplin yang lainnya dan ia adalah petanda awal seseorang pelajar sebelum

terbabit dalam masalah disiplin yang lebih serius. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran,

Datuk Mahadzir Md. Khir, isu ponteng sekolah kini berada pada tahap yang kritikal dan

dianggap sebagai langkah pertama remaja memasuki dunia penuh masalah (Utusan

Malaysia: 17 Oktober 2005). Jika tidak dikawal, gejala ponteng akan terus menjadi satu

fenomena yang biasa dikalangan pelajar dan kemungkinan gejala ini akan terus memberi

kesan yang lebih buruk kepada pelajar, masyarakat dan negara.

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Kemerosotan disiplin dikalangan pelajar sekolah semakin hangat diperkatakan

oleh semua pihak samada pihak ibu bapa, pihak guru, pihak masyarakat dan juga pihak

yang berkuasa. Ia menjadi isu nasional yang perlu ditangani dengan segera oleh semua

pihak agar masa depan pelajar sekolah tidak terancam oleh kemerosotan disiplin

tersebut. Peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang

mendadak menimbulkan banyak persoalan dan tanda tanya serta membingungkan

pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Pelanggaran disiplin

boleh didefinisikan sebagai suatu kes salah laku terhadap peraturan – peraturan yang

ditetapkan untuk membentuk pelajar menjadi manusia yang baik, bertanggungjawab dan

berwibawa.

Merujuk kepada Panduan Pengurusan Salah Laku Pelajar Sekolah jenis-jenis

salah laku pelajar terbahagi kepada lapan unit:-

1. Tingkalaku Jenayah

2. Tindakan lucah

3. Kekemasan diri

4. Tingkahlaku tidak mementingkan masa

5. Tingkalaku kurang sopan dan biadab

6. Tingkah laku musnah

7. Tingkahlaku tidak jujur/menipu

8. Ponteng

Salah satu kemerosotan disiplin yang semakin menular pada masa sekarang ialah

masalah ponteng. Laporan salah laku pelajar sekolah menunjukkan bahawa ponteng

sekolah dan ponteng kelas merupakan salahlaku yang tertinggi peratusan penglibatan

dikalangan pelajar.( Surat Pekeliling Bil 6 / 1995 )

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

5

Jadual 1.1 : Statistik Kes Salah laku Pelajar Ponteng Sekolah Kod 882 Daerah johor

Bahru, Johor Darul Ta’zim 2006

Bil Sekolah Jumlah Pelajar

1 SMK Tmn Ungku Aminah 458

2 SMK Permas Jaya 217

3 SMK Saint Joseph 128

4 SMK ( Felda ) Ulu Tebrau 123

5 SMK Tasek Utara 2 119

Jadual 1.1 adalah statistik 5 buah sekolah yang tertinggi bilangan pelajar ponteng

sekolah. Ini menunjukkan bahawa masalah ponteng melibatkan ramai pelajar sekolah

menengah terutamanya dikawasan bandar. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan

Datuk Noh Omar pelajar dari bandar menduduki senarai teratas pelajar paling ramai

digantung dan buang sekolah,diantara faktor yang menyebabkan mereka mudah ponteng

kerana banyak tempat untuk mereka ponteng ( Harian Metro : 30 Julai 2006). Pelajar

sekolah menengah terutamanya di peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun telah

dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng. Menurut

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Md. Khir, masalah disiplin ini memang

dikesan lebih ketara berlaku dikalangan pelajar peringkat menengah, lebih – lebih lagi

mereka yang bersekolah di kawasan bandar dan pinggir bandar (Berita Harian: 6 April

2001). Menurut Sufean Hussin (1993) pula, salah laku ponteng masih berlaku dengan

ketara walaupun Kurikulum Bersepadau Sekolah Menengah (KBSM) telah digubal dan

dilaksanakan sejak 1989 sehingga sekarang.

Ponteng sekolah merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan

jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah sehingga menjadi amalan dan tabiat, ia boleh

membawa kesan negatif terhadap diri pelajar itu sendiri, keluarganya dan juga sekolah.

Seterusnya perlakuan tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat

tanggungjawab, akan ketinggalan dalam pelajaran dan yang paling dikhuatiri mereka

akan melibatkan diri dengan kegiatan – kegiatan negatif (Surat Pekeliling Ikhtisas

Bil.6/1995). Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mustafa Abdullah, dipetik

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

6

sebagai berkata, walaupun ponteng bukanlah masalah serius sehingga boleh dianggap

sebagai jenayah, mesyuarat itu berpendapat bantuan polis perlu kerana gejala berkenaan

jika tidak dibendung boleh mendorong pelajar terjebak ke kancah jenayah lebih serius

(Berita Harian:22 April 2004). Menurut Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk

Mahadzir Md. Khir pula, ponteng tidak harus dianggap sebagai masalah remeh kerana

gejala itu adalah antara kes salah laku dan boleh menjurus pelajar ke arah amalan

kehidupan negatif seperti budaya lepak dan berfoya – foya.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Letchumy (2005), beliau berpendapat bahawa

ponteng juga akan mendorong kepada pembentukan peribadi pelajar yang suka menipu,

berpeleseran, penglibatan dalam pergaulan bebas dan sebagainya. Keadaan ini akan

membawa kepada kemerosotan disiplin pelajar dan juga pelajaran mereka. Menurut

Hamdan Bin Mis (1999) pula dalam kajiannya, gejala ponteng juga boleh menggagalkan

sistem persekolahan dan memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran

kerana pelajar tidak hadir ke sekolah dan tidak menyertai segala aktiviti yang dilakukan

oleh rakan, guru dan pihak sekolah. Contohnya, ponteng kelas. Apabila pelajar tidak

masuk ke kelas, mereka tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran

dan pembelajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah, tidak mendapat nota edaran

daripada guru dan akan tercicir dari mengambil ujian dan peperiksaan. Ponteng

daripada menjalani aktiviti kokurikulum yang dibuat oleh pihak sekolah juga akan

menyebabkan pelajar tidak dapat menyertai rakan – rakan mereka menyertai aktiviti di

luar bilik darjah dan ini seterusnya akan mendedahkan pelajar tersebut kepada gejala

negatif.

Hal ini seterusnya akan menyebabkan prestasi akademik pelajar itu merosot

malahan dikhuatiri pelajar akan terjebak dalam salah laku yang lebih serius seperti

merokok, membuli,mencuri dan sebagainya sehingga kadangkala akan mengakibatkan

kecederaan kepada pelajar lain.. Dan ini secara tidak langsung ia telah menjejaskan imej

dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan kerana sekolah tidak

lagi dianggap sebagai tempat yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran

dan tempat untuk menjalankan aktiviti yang berfaedah.

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

7

Selain itu juga, pelajar sering menghadapi masalah konflik kendiri di mana

mereka kurang jelas dengan peranan diri sendiri sebagai seorang pelajar terutama yang

mempunyai masalah pelajaran dan peribadi. Terdapat pelajar yang sukar untuk

menyesuaikan diri dengan persekitaran di sekolah. Mereka akan lari dan keluar dari

sekolah dan akan bergiat di dalam sesuatu aktiviti yang tidak berfaedah sebagai salah

laku untuk mengatasi masalah tersebut seperti penagihan dadah, mencuri, vandalisme

dan sebagainya (Tan Soo Hooi, 2002). Selain itu, menurut Hamdan Bin Mis (1999) pula,

ponteng akan mempengaruhi sikap dan perlakuan pelajar terhadap sekolah serta

mendorong kepada ketidakstabilan emosi mereka. Justeru, ia akan mempengaruhi

pelajar untuk terlibat di dalam masalah – masalah disiplin yang lain juga.

Gejala ponteng ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia boleh

mewujudkan ancaman yang besar terhadap aset yang tidak ternilai itu. Dan lambat laun

ia boleh meruntuhkan keagungan sistem pendidikan negara kerana tidak dapat

melahirkan generasi yang berkualiti secara berterusan. Sungguhpun pelbagai langkah

telah diambil, tetapi masalah ini masih berterusan dan semakin bertambah. Oleh itu,

gejala ponteng harus ditangani dari semasa ke semasa kerana gejala ponteng memberi

sumbangan kepada perbuatan salah laku yang lain juga.

1.3 Penyataan Masalah

Ponteng berlaku di semua peringkat samada peringkat sekolah rendah, sekolah

menengah dan peringkat universiti. Merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan

Menangani salah Laku di Sekolah antara faktor yang dikenalpasti menyebabkan pelajar

ponteng sekolah adalah :-

i. Faktor individu.

- Malas

- Bekerja

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

8

- Tiada minat belajar

ii. Faktor persekitaran

- Pengaruh rakan sebaya

- Tinggal dalam komuniti tidak prihatin

- Ikatan kejiranan yang longgar

- Tarikan kafe siber/pusat membeli belah.

iii. Faktor Keluarga

- Kurang prihatin

- Kurang pengawasan gaya hidup dalam keluarga

iv Faktor sekolah

- Kurang pengawasan pentadbiran.

- Persekitaran dan iklim sekolah

- Pengurusan displin kurang cekap

- Kurang intervensi terhadap kes ponteng kokurikulum

Melalui pengalaman pengkaji semasa melakukan latihan mengajar,

sememangnya terdapat faktor – faktor yang menyebabkan berlakunya gejala ponteng

dikalangan pelajar sekolah samada ponteng kelas, ponteng sekolah dan ponteng akibat

datang lewat. Faktor yang menjadi pendorong kepada masalah ini mempunyai arah

aliran atau trend yang menjadi pola kepada salah laku ponteng.

Walaubagaimanapun, dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji permasalahan

gejala ponteng berdasarkan tiga faktor sahaja iaitu faktor guru sekolah, faktor rakan

sebaya dan faktor prasarana sekolah. Pengkaji ingin mengkaji adakah faktor – faktor

tersebut mempengaruhi gejala ponteng di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2

Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim.

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

9

Dalam konteks ini, pengkaji akan cuba melihat faktor yang menyumbang

berlakunya gejala ponteng sekolah sama ada faktor guru sekolah, faktor rakan sebaya

atau faktor prasarana sekolah.

Selain mengkaji tentang ketiga-tiga faktor tersebut, pengkaji juga ingin cuba

mengemukakan cadangan dan langkah – langkah yang perlu di ambil bagi mengatasi

gejala ponteng dari akar umbi.

1.4 Objektif Kajian

Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji mengenalpasti beberapa objektif yang

perlu dicapai iaitu :

1.4.1 Mengenalpasti samada faktor guru sekolah menyumbang kepada

gejala ponteng dikalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2

1.4.2 Mengenalpasti samada faktor rakan sebaya menyumbang kepada

gejala ponteng dikalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2

1.4.3 Mengenalpasti samada faktor prasana menyumbang kepada

gejala ponteng dikalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA … · menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan ... 2.1 Pengenalan 17 2.2 Faktor – faktor

10

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan kajian adalah seperti berikut :

1.5.1 Adakah faktor guru sekolah menyumbang kepada gejala ponteng di

kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2?

1.5.2 Adakah faktor rakan sebaya menyumbang kepada gejala ponteng

dikalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2?

1.5.3 Adakah faktor prasarana sekolah menyumbang kepada gejala ponteng di

kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2?