Gejala Sosial - Vandalisme

Click here to load reader

  • date post

    23-Dec-2015
  • Category

    Documents

  • view

    114
  • download

    17

Embed Size (px)

description

blah blah blah

Transcript of Gejala Sosial - Vandalisme

Gejala Sosial : Vandalisme

Gejala Sosial : VandalismeKoh Calvin 4W

Apa yang dimaksudkan dengan vandalisme?Definisi vandalsime : tabiat seseorang membinasakan atau merosakkan harta benda awam dan harta benda orang lainPerkataan vandalisme ini berasal daripada nama sebuah puak di Eropah, iaitu Vandal.

Mengapakah Berlakunya Vandalisme?Motif utama : emosiVandalisme biasanya dianggap sebagai satu cara untuk melepaskan rasa geram, ataupun satu cara untuk menghilangkan kebosanan semata-mata. Walaupun motif mereka dianggap ringan, tetapi masyarakat awam terpaksa menanggung kerugian yang besar untuk memenuhi nafsu mereka yang hina ini.

Faktor-faktor Berlakunya VandalismePengaruh rakan sebaya - Golongan remaja biasanya lebih mudah terikut dan senang terpengaruh dengan rakan mereka. Rakan sebaya merupakan individu yang paling rapat selepas ibu bapa. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.

Ibu bapa dan keluarga sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme ini berasal daripada keluarga yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Kekurangan kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga mendorong remaja terjebak di dalam gejala negatif ini.

Jenis-jenis Vandalisme

Langkah-langkah Mengatasi VandalismePeranan ibu bapa dan keluarga - memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang kepentingan menjaga harta benda awam.Penguatkuasaan undang-undang - Di bawah Akta Kerajaan Tempatan (Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau dipenjara tidak melebihi setahun jika sabit kesalahan.

KesimpulanGejala vandalisme yang berlaku ini berpunca daripada kewujudan mereka yang suka melepak tanpa sebarang haluan sehingga menjadikan kemudahan awam seperti pondok menunggu bas, papan tanda dan telefon awam dijadikan sasaran.Pihak berkuasa seharusnya bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam usaha menangani masalah ini.