Faktor-faktor Yg Mempengaruhi Lupaan

of 19 /19
Ahli Kumpulan: Noor Fadhilah bt Bakri Nur Fatin bt Zulkipli

Embed Size (px)

Transcript of Faktor-faktor Yg Mempengaruhi Lupaan

Ahli Kumpulan: Noor Fadhilah bt Bakri Nur Fatin bt Zulkipli

Maksud Lupaan Lupaan merupakan satu motif di mana maklumat

yang tertentu sengaja dilupai kerana dianggap tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan kesedaran mental seseorang Erikson (1963)

Lupaan boleh dirupakan sebagai kelenyapan atau kehilangan dalam persepsi seseorang terhadap maklumat-maklumat yang telah dipelajari.

Faktor-faktor Lupaan Tempoh masa Gangguan retroaktif Gangguan proaktif Motif lupaan Perubahan kuantiti Kualiti ingatan

1. Tempoh Masa Teori Kesanan (Trace Theory) yang diutarakan

oleh ahli-ahli psikologi gestalt, iaitu selepas aktiviti pembelajaran, imejnya akan tertinggal dalam otak. Jika latihan tidak diadakan dalam sesuatu tempoh masa, kesan yang tertinggal dalam otak akan beransur kabur, dan dengan peredaran masa semakin lama, kesan itu akan hilang dalam ingatan atau dilupai.

Teori Kesanan mendapat kritikan daripada ahli-

ahli psikologi yang lain. Mereka berpendapat banyak pengalaman membuktikan ingatan pengalaman yang lama tidak semestinya lebih mudah dilupai daripada ingatan pengalaman baru. Kajian Jenkins dan Dallenbach (1924) telah membuktikan bahawa aktiviti pembelajaran lain selepas pembelajaran pertama merupakan salah satu faktor penting yang mempengaruhi ingatan.

2. Gangguan Retroaktif dan Proaktif Gangguan merupakan salah satu faktor yang

mempengaruhi ingatan. Di bawah konteks psikologi pendidikan, gangguan ini boleh diertikan sebagai proses sesuatu jenis pembelajaran yang menggangu pembelajaran yang lain. Terdapat dua jenis gangguan ini, iaitu gangguan retroaktif (retroactive inhibition) dan gangguan proaktif (proactive inhibition).

(a) Gangguan Retroaktif Berlaku apabila pembelajaran baru mengganggu

pembelajaran yang lama hingga sebahagiannya hilang dalam ingatan, khasnya kedua-dua jenis pembelajaran diadakan dalam masa yang singkat. Berdasarkan beberapa hasil kajian gangguan retroaktif , maka beberapa rumusan boleh didapati seperti berikut:

Isi pelajaran yang hampir sama, tetapi konsep yang berlainan,

gangguan retroaktif adalah lebih ketara. Bagaimanapun, kedua-dua isinya yang sama iaitu

pembelajaran berikutnya merupakan ulangkaji pembelajaran pertama, gangguan retroaktif tidak akan berlaku, malah menjadi aktiviti sokongan yang membantu ingatan. Sekiranya penguasaan pembelajaran lebih baik daripada

pembelajaran yang berikutnya, kesan gangguan retroaktif terhadap pembelajaran sebelumnya adalah kurang.

Sebaliknya jika penguasaan pembelajaran yang berikutnya adalah lebih baik daripada pembelajaran sebelumnya, maka gangguan retroaktif adalah lebih ketara. Jika isi pelajaran dalam pembelajaran jauh lebih

banyak daripada pembelajaran yang berikutnya, kesan gangguan retroaktif dalah kurang. Sebaliknya kesan gangguan retroaktif adalah lbih ketara.

Jarak masa dia antara dua jenis pembelajaran pula

menyebabkan perbezaan kesan gangguan retroaktif. Semakin dekat jarak masanya di antara dua jenis pembelajaran, semakin ketara gangguan retroaktif ke atas pembelajaran sebelumnya.

(b) Gangguan Proaktif Mengikut Horton (1976), gangguan proaktif

berlaku apabila pelajar menghadapi kesulitan mengingat kembali bahan pembelajaran yang berikutnya. Dengan makna lain, gangguan proaktif berlaku apabila pembelajaran sebelumnya mengganggu pembelajaran yang berikutnya. Sebelum 1960, ramai ahli psikologi merujuk gangguan retroaktif sebagai faktor pengaruh yang utama. Selepas kajian Underwood (1957) dan Postman (1965), gangguan proaktif telah mengganti tempat sebagai faktor utamanya yang menyebabkan lupaan.

Sebab Berlakunya Gangguan Dua teori yang utama digunakan untuk menerangkan sebab

berlakunya gangguan. Teori pertama, iaitu Teori Kontinuiti (Perseveration Theory) menyatakan bahawa selepas latihan atau pembelajaran, aktiviti saraf mental yang ditimbulkan kerana aktiviti pembelajaran masih diteruskan. Aktiviti saraf mental yang diteruskan ini akan membantunya mengukuhkan ingatan ke atas pembelajaran sebelumnya. Sekiranya pembelajaran itu diikuti dengan pembelajaran baru, ia akan mengganggu ingatan dalam masa pengukuhan. Akibatnya, gangguan retroaktif akan berlaku. Oleh itu, Teori Kontinuiti berdasarkan huraiannya pula dikenali sebagai Teori Pengukuhan (Consolidation Theory)

Teori kedua iaitu Teori Persaingan-Respons (Competition

Response Theory) , menyatakan bahawa gangguan yang berlaku adalah disebabkan hasil gangguan di antara dua tindak balas (respons) yang berlainan. Mengikut teori ini, rangsangan dalam pembelajaran baru memerlukan tindak balas yang baru. Sekiranya rangsangan baru hampir serupa dengan rangsangan pembelajaran sebelumnya, apabila tindak balas baru berlaku, tindak balas lama akan menunjukkan kecenderungan untuk bersaing dengan tindak balas baru, akibat berlakunya gangguan retroaktif atau gangguan proaktif, memandangkan yang mana penguasaan pembelajaran yang lebih kuat.

3. Motif Lupaan Sesetengah ahli psikologi berpendapat lupaan

adalah disebabkan oleh motif individu. Dengan perkataan lain, lupaan berlaku kerana individu tidak ingin mengingatinya dan mempunyai niat untuk melupai pengalaman yang telah diperolehi, khasnya pengalaman yang buruk, menghina, malu atau kurang manis. Pengalaman ini sebenarnya belum hilang, tetapi ditahan sedalam-dalam mindanya secara tidak sedar supaya tidak dapat diingati lagi.

4. Perubahan Kuantiti dan Kualiti Ingatan(a) Perubahan Kuantiti Ingatan

Kajian McGeoh (1942) , selepas 19 minit pembelajaran satu set suku kata yang tidak mempunyai erti, ujian ingatan menunjukkan 58.2% yang masih dikekalkan dalam ingatan, iaitu 41.8% telah dilupai. Selepas 31 hari kemudian, yang masih dikekalkan dalam ingatan ialah 21.1% iaitu 78.9% telah dilupai. Ahli-ahli psikologi yang lain pula berusaha mengkaji ke atas perubahan kuantiti ingatan selepas pembelajaran kurang 100% , misalnya 70% sahaja.

Mereka mendapati selepas satu tempoh pembelajaran berlaku,

terdapat tanda-tanda menunjukkan kuantiti ingatan tiba-tiba menambah. Tanda ini dikenali oleh ahli-ahli psikologi sebagai fenomena mengenang-ngenangkan (reminisecence phenomenon). Fenomena kuantiti ingatan ditambah secara tiba-tiba selepas sesuatu tempoh pembelajaran boleh diandaikan bahawa sebab dalam tempoh permulaan selepas pengajaran, keletihan yang berlaku menghadkan prestasinya, tetapi selepas berehat, keletihannya hilang, prestasinya mula dapat ditunjukkan secara penuhnya. Kesimpulannya , selain daripada faktor tempoh masa, faktor-faktor seperti jenis pembelajaran, masa rehat dan keletihan pula boleh mempengaruhi kuantiti ingatan dan lupaan.

(b) Perubahan Kualiti Ingatan Perubahan kualiti ingatan juga menjadi salah satu faktor yang

menyebabkan ingatan dan lupaan. Mengikut kajian, selepas pembelajaran pada peringkat permulaan, perkara yang baru dipelajari masih tertinggal dalam ingatan sebagai gambaran keseluruhan. Mengikut kajian Morris (1939), perubahan kualiti cerita daripada ulangan seorang kepada seorang lain merangkumi empat situasi yang dihuraikan seperti berikut: - Panjang cerita beransur dikurangkan. - Nama orang, tempat dan gelaran dalam cerita mudah sekali berubah serta hilang dalam ingatan.

-

bahagian plot cerita yang kurang diberi perhatian adalah pertama mula berubah ke arah menjadi plot

cerita yang munasabah. - bahasa yang digunakan berubah mengikut kebolehan yang bercerita, iaitu bertukar dengan gaya bahasa yang biasa digunakan olehnya. - fenomena ini biasanya dipengaruhi oleh faktor psikologikal seseorang, iaitu merangkumi faktor pengalaman, set mental, motif dan sebagainya.

Rumusan hasil kajian perubahan kualiti

ingatan yang berlandaskan faktor pengalaman lama merupakan faktor utama yang mempengaruhi perubahan kualiti ingatan, dan secara idak lengsung menyebabkan lupaan.

SEKIAN, TERIMA KASIH..