faktor kebangkitan nasionalisme
Transcript of faktor kebangkitan nasionalisme
FAKTOR-FAKTOR KEBANGKITAN NASIONALISME
2.1 Pendudukan Jepun Dan Reaksi Masyarakat
Pendudukan Jepun merupakan suatu peristiwa penting dalam
sejarah negara kita. Pemerintahan tentera Jepun di negara kita
berlangsung selama kira-kira tiga tahun setengah iaitu dari 15 Februari
1942 hingga 12 September 1945. Perubahan besar yang berlaku
sepanjang tempoh tersebut telah menyemarakkan semangat
nasionalisme dalam kalangan masyarakat Tanah Melayu.
Kekalahan British di tangan Jepun bukan sahaja mengubah
suasana politik di Tanah Melayu bahkan memberi bukti bahawa bangsa
Asia mampu menentang kuasa Eropah. Selepas Perang Dunia Kedua,
kebangkitan semangat nasionalisme dan kesedaran politik dalam
kalangan orang Melayu amat ketara dan semakin kukuh sehingga
mewujudkan sikap anti-penjajah.
Namun begitu, kehadiran tentera Jepun telah memporak-
perandakan keadaan ekonomi dan politik Tanah Melayu sehingga
rakyat mengalami kesengsaraan. Walaupun Jepun mengutarakan satu
slogan yang berbunyi “Asia untuk Orang-Orang Asia” namun rakyat
Tanah Melayu telah mengalami penderitaan akibat keganasan tentera
Jepun. Jepun memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan dan ala
ketenteraan.
Pada zaman pemerintahan Jepun juga, Tanah Melayu
menghadapi berbagai-bagai masalah ekonomi. Industri getah dan bijih
timah musnah kerana pengurusan yang kucar-kacir. Penduduk-
penduduk Tanah Melayu pula menghadapi krisis kekurangan makanan.
Inflasi menyebabkan harga barangan melambung tinggi dan ekonomi
Tanah Melayu pada zaman Jepun terus lumpuh.
Konklusinya, zaman pendudukan Jepun merupakan satu tempoh
waktu yang sangat penting terhadap sejarah tanah air. Meskipun
Jepun hanya memerintah Tanah Melayu selama tiga setengah tahun,
tetapi ia telah meninggalkan pelbagai implikasi politik, ekonomi dan
sosial yang cukup penting kepada penduduk di tanah Melayu
khususnya kepada orang Melayu, Cina mahupun orang India.
2.1 Penubuhan Malayan Union
Rancangan dan pentadbiran Malayan Union yang diperkenalkan
pada tahun 1946 merupakan satu peristiwa yang sangat penting dalam
sejarah negara Malaysia kerana peristiwa ini telah membangkitkan dan
menyemarakkan semangat nasionalisme orang Melayu. Ia juga
merupakan titik permulaan perpaduan orang Melayu untuk
memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Penubuhan PEKEMBAR (UMNO) pada 11 Mei 1946 telah
menggabungkan suara pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk bangkit
menentang Malayan Union. Penentangan secara bersepadu ini telah
membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan. Maka,
Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Febuari 1948.
Ini merupakan kejayaan penting kepada orang Melayu untuk
mengembalikan semula kedudukan politik dan maruah mereka di
Tanah Melayu
2.3 Gerakan Pemulihan Islam Di Mesir
Gerakan ini dipelopori oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid
Jamaluddin Al-Afghani yang memperjuangkan konsep Pan-Islamisme
atau pemulihan Islam yang telah disebarkan dalam Majalah Al-Manar di
Kaherah, Mesir.
Akibat galakan daripada pemerintah Inggeris di Tanah Melayu,
kebanyakan pelajar Islam telah melanjutkan pelajaran ke luar negara
khususnya di Timur Tengah iaitu di Mesir. Di sana mereka telah
didedahkan dengan idea Pan-Islamisme yang diperjuangkan oleh
Syeikh Muhammad Abduh beserta golongan al-Manar di Kaherah.
Mereka telah mula menyebarkan idea ini melalui Gerakan Islah-
Islamiah untuk memperjuangkan kepentingan agama Islam dan bangsa
Melayu. Kemunculan gerakan Islah-Islamiah menandakan bermulanya
kebangkitan nasionalisme awal di Tanah Melayu yang diilhamkan oleh
Gerakan Reformis Islam di Mesir.
2.4 Pengaruh Gerakan Turki Muda
Kebangkitan nasionalisme Melayu juga dipengaruhi oleh
kebangkitan nasionalisme di Turki, kerana Sultan Turki dianggap
sebagai Khalifah iaitu pemimpin umat Islam di dunia. Gerakan Pan-
Islamisme di Timur Tengah berusaha menyatukan semua umat Islam di
dunia di bawah kekuasaan Empayar Turki atau Empayar Uthmaniah.
2.5 Perang Rusia-Jepun 1904-1905
Pada tahun 1904-1905, Jepun telah berjaya mengalahkan Rusia
dalam Perang Rusia-Jepun. Kekalahan Rusia (kuasa barat) di tangan
Jepun (kuasa timur) semakin jelas membuktikan kekuatan Jepun.
Kemenangan Jepun pada tahun 1905 telah membuka mata dan
minda orang-orang Melayu serta mencetuskan ilham untuk menentang
penjajahan kuasa barat. Kejayaan ini sekali gus telah menghapuskan
tanggapan bahawa orang-orang timur lemah dan orang-orang barat
kuat dan sukar dikalahkan. Kemenangan Jepun ini telah menyedarkan
orang Asia terutamanya orang-orang Melayu bahawa negara yang
maju dalam bidang pendidikan dan teknologi barat serta bersatu-padu
seperti jepun dapat menjadi kuat untuk menentang penjajahan barat
jika Jepun dapat menewaskan Rusia, maka tidak mustahil bagi orang
Melayu untuk menewaskan pemerintah Inggeris serta menuntut
kebebasan dan kemerdekaan bagi Tanah Melayu daripada Inggeris.
2.6 Pengaruh Dari Indonesia
Kemunculan nasionalisme Melayu juga dipengaruhi oleh
nasionalisme yang berlaku di Indonesia. Ini kerana Tanah Melayu dan
Indonesia mempunyai hubungan yang rapat serta mempunyai ciri-ciri
persamaan dalam banyak perkara. Kedua-dua negara mempunyai
persamaan dari segi agama, bahasa, keturunan darah dan nilai-nilai
budaya.
Oleh yang demikian, perkembangan nasionalisme Melayu telah
berkembang sejajar dengan pergerakan nasionalisme Indonesia.
Kedua-dua negara saling mempengaruhi di antara satu sama lain untuk
menjayakan impian politik masing-masing. Yang jelas, perkembangan
nasionalisme di Indonesia telah berjaya menyuntik semangat baharu
dan mencetuskan pemikiran politik yang lebih optimis di Tanah Melayu
untuk menggerakkan wawasan nasionalisme.
2.7 Agama
Agama Islam banyak memberi sumbangan penting dalam
membangkitkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan orang-orang
Melayu. Di Tanah Melayu, isu agama Islam digunakan sebagai alat
kemajuan yang bertanggungjawab menyedarkan masyarakat Islam
tentang punca kemunduran orang-orang Melayu. Sebagai contoh,
gerakan reformis Islam seperti yang diperjuangkan oleh Syed Sheikh
Ahmad al-Hadi telah menjadikan agama Islam sebagai asas
perjuangan dalam Gerakan islah-Islamiah. Golongan ini menegaskan
bahawa punca kemunduran orang-orang Melayu disebabkan gagal
mengikut ajaran agama Islam yang sebenar. Selain itu, beliau juga
menyeru masyarakat Islam supaya kembali kepada ajaran Islam yang
sebenar berasaskan al-Quran dan al-Hadis.
Kesimpulannya, dalam konteks agama yang menjadi faktor
kebangkitan nasionalisme ini, isu agama telah berjaya membangkitkan
kesedaran dan memberi perangsang kepada umat Islam untuk
menerima perubahan. Di samping itu, melalui agama Islam juga,
semua suku kaum di Tanah Melayu dapat disatukan dan dari sinilah
lahirnya kekuatan dan semangat untuk menentang pihak penjajah di
Tanah Melayu berdasarkan ungkapan ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.
2.8 Bahasa Dan Kesusasteraan
Golongan nasionalis di Tanah Melayu menggunakan karya
penulisan sebagai medan utama untuk memperjuangkan nasib bangsa
Melayu. Pena merupakan alat penting untuk membangkitkan
kesedaran perjuangan bagi menuntut keadilan dan kebebasan dari
penjajah Inggeris. Hasil karya sastera bukanlah untuk hiburan semata-
mata, tetapi yang lebih penting ialah menimbulkan sentimen
nasionalisme untuk membela nasib bangsa Melayu. Antara hasil-hasil
karya sastera yang diterbitkan ialah novel, cerpen dan puisi seperti
syair, sajak, pantun dan lain-lain.
Malahan itu, bidang kesusasteraan telah menyedarkan orang
Melayu tentang perjuangan golongan intelektual untuk melindungi
agama Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Matlamat ini tidak
akan tercapai tanpa bantuan dan kerjasama dari seluruh rakyat di
Tanah Melayu.
2.9 Kewartawanan
Bidang kewartawanan juga tidak kurang pentingnya dalam
membangkitkan kesedaran dalam kalangan orang Melayu di Tanah
Melayu. Penerbitan akhbar dan majalah telah membuka minda orang-
orang Melayu agar memperjuangkan hak mereka dalam aspek politik,
ekonomi mahupun dari aspek sosial. Sebagai contoh yang boleh kita
lihat ialah melalui akhbar Majlis yang memainkan peranan penting
dalam membangkitkan kesedaran dan mendesak orang Melayu agar
bergiat cergas dalam pergerakan politik.
Umumnya, bidang kewartawanan memainkan peranan penting
dalam mencetuskan kesedaran dan idea nasionalisme dalam kalangan
bangsa Melayu di Tanah Melayu sepanjang abad ke-20.
2.10 Sistem Pendidikan dan Kebangkitan Golongan Intelektual
Pemerintahan Inggeris telah memberi satu perkembangan
baharu dalam bidang pendidikan di Tanah Melayu. Masyarakat Melayu
terutamanya golongan bangsawan digalakkan melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi sama ada di dalam atau luar negara.
Akibatnya, telah lahir satu golongan intelektual yang merupakan
golongan menengah Melayu yang berpelajaran tinggi. Mereka
memberi sumbangan penting dalam membangkitkan gerakan
nasionalisme di Tanah Melayu.
3.0 REAKSI MASYARAKAT TERHADAP PENJAJAH