Faktor kecergasan

4
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kecergasan 1. Genetik. Setiap manusia dianugerahkan oleh Allah dengan kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Oleh itu genetik boleh digunakan sebagai panduan untuk menilai kekauatan dan kelemahan seseorang. Gunakan kelebihan pada diri anda untuk menonjolkan keupayaan pada tahap yang sebenarnya dan memperbaiki kelemahan setelah kita mengenalpasti kelemahan berdfasarkan maklumat-makluamt genetik. 2. Persekitaran. Ia menentukan peluang-peluang yang boleh diperolehi oleh seseorang. Sebagai contohnya keluarga Haji Sidek boleh menakluki dunia badminton di peringkat dunia. Mengapa Australia yang mempunyai bilangan penduduk yang sedikit boleh menjadi kuasa bvesar dalam bidang sukan. 3. Tingkahlaku. Faktor ini merupakan faktor penentu di antara ketiga-tiga faktor di atas. Sebagai contohnya seseorang individu yang mempunyai genetik dan persekitaran yang baik tidak berupaya menghasilkan kecergasan yang baik disebabkan tingkahlakunya yahng negatif seperti merokok, minum arak dan mengamalkan tabiat-tabiat buruk. Sebaliknya walau pun seseorang yang mempunyai genetik dan persekitaran yang kurang baik tetapi mempunyai tingkahlaku yang baik berupaya meningkatkan tahap kecergasan apabila mengamalkan gaya hidup sihat. Kecergasan Fizikal Masyarakat Greek percaya bahawa kecerdasan dan kemahiran hanya akan berfungsi dikemucak keupayaan mereka apabila badan sihat dan kuat manakala Presiden Kennedy (1960) menyatakan "hardy spirits and tough minds usually inhibit sound bodies". Kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama:- 1. Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan a. Daya Tahan Kardiovaskular. Keupayaan melakukan kerja dalam jangka masa yang lama yang melibatkan keseluruhan badan contohnya berjogging.

Transcript of Faktor kecergasan

Page 1: Faktor kecergasan

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kecergasan

1. Genetik. Setiap manusia dianugerahkan oleh Allah dengan kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Oleh itu genetik boleh digunakan sebagai panduan untuk menilai kekauatan dan kelemahan seseorang. Gunakan kelebihan pada diri anda untuk menonjolkan keupayaan pada tahap yang sebenarnya dan memperbaiki kelemahan setelah kita mengenalpasti kelemahan berdfasarkan maklumat-makluamt genetik.

2. Persekitaran. Ia menentukan peluang-peluang yang boleh diperolehi oleh seseorang. Sebagai contohnya keluarga Haji Sidek boleh menakluki dunia badminton di peringkat dunia. Mengapa Australia yang mempunyai bilangan penduduk yang sedikit boleh menjadi kuasa bvesar dalam bidang sukan.

3. Tingkahlaku. Faktor ini merupakan faktor penentu di antara ketiga-tiga faktor di atas. Sebagai contohnya seseorang individu yang mempunyai genetik dan persekitaran yang baik tidak berupaya menghasilkan kecergasan yang baik disebabkan tingkahlakunya yahng negatif seperti merokok, minum arak dan mengamalkan tabiat-tabiat buruk. Sebaliknya walau pun seseorang yang mempunyai genetik dan persekitaran yang kurang baik tetapi mempunyai tingkahlaku yang baik berupaya meningkatkan tahap kecergasan apabila mengamalkan gaya hidup sihat.

Kecergasan Fizikal

Masyarakat Greek percaya bahawa kecerdasan dan kemahiran hanya akan berfungsi dikemucak keupayaan mereka apabila badan sihat dan kuat manakala Presiden Kennedy (1960) menyatakan "hardy spirits and tough minds usually inhibit sound bodies". Kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama:-

1. Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan

a. Daya Tahan Kardiovaskular. Keupayaan melakukan kerja dalam jangka masa yang lama yang melibatkan keseluruhan badan contohnya berjogging.

b. Kelembutan. Kebolehan meregang otot atau ligamen bagi membolehkan sendi bergerak dengan bebas dalam julat pergerakan yang maksimun. Contohnya aktiviti split.

c. Kekuatan Otot. Daya yang dapat dikenakan kepada otot atau sekumpulan otot dalam satu pengecutan maksimun. Contohnya mengangkat objek besar.

d. Daya Tahan Otot. Keupayaan otot bekerja dalam jangka masa yang lama tetapi kurang dari keupayaan maksimun. Contohnya melakukan aktiviti bangkit tubi.

e. Komposisi Badan. Ia merujuk kepada peratus lemak dalam badan.

2. Kecergasan Fizikal Berlandaskan Perlakuan Motor

Ianya bermaksud kualiti yang memolehkan individu melakukan tugasan yang spesifik.

a. Kordinasi. Kebolehan menyesuaikan deria dengan otot bagi menghasilkan ketepatan, kelicinan dan keharmonian pergerakan.

b. Ketangkasan. Keuapyaan menukar arah dengan cepat dan berkesan.

Page 2: Faktor kecergasan

c. Kelajuan. Keupayaan bergerak dari satu titik ke titik berikut dengan cepat.d. Imbangan. Jenis kordinasi yang melibatkan penglihatan reflek dan sistem otot rangka

yang mana dapat mengekalkan keseimbangan.e. Masa Tindakbalas. Masa yang diperlukan untauk bergerakbalas/memulakan pergerakan

setelah diberikan rangsangan.f. Kuasa. Keupayaan melakukan kerja dalam masa yang singkat.

Prinsip Latihan Fizikal

Semasa merangka program latihan beberapa prinsip latihan perlu diikuti untuk memperolehi hasil yang maksimun. Prinsip-prinsip ini adalah:-

a. Ansur Maju

Ia merujuk kepada peningkatan kesukaran latihan yang beransur-ansur. Kadar peningkatan hendakalha berdasarkan kepada keupayaan individu. Individu adalah berbeza maka peningkatan intensiti latihan hendaklah sesuai dengan keupayaan setiap individu.

b. Tambah Beban

Mempunyai perkaitan yang rapat dengan ansur maju. Sistem latihan yang direkabentuk hendaklah mengenakan tekanan dalam jangka masa yang sesuai supaya dapat mengadaptasi dengan beban kerja yang berlebihan. Oleh itu latihan perlu mengenakan beban melebihi had biasa untuk meningkatkan prestasi komponen kecergasan fizikal yang hendak ditingkatkan.

c. Perbezaan Individu

Program latihan mestilah bersifat individu kerana terdapa perbezaan individu dari segi matlamat, fisiologi, motivasi, genetik dan persekitaran. Oleh itu program latihan yang sama tidak akan memberikan kesan yang sama ke atas semua individu.

d. Kekhususan

Program latihan yang dirancang hendaklah menjurus kepada matlamat yang hendak dicapai. Sebagai contohnya dalam fasa persedian program latihan perlulah menumpukan kepada peningkatan daya tahan otot, kekuatan otot dan daya tahan kardiovaskular.

e. Kebolehbalikan

Latihan yang dihjalankan hendaklah konsisten kerana kesan dan hasil latihan tidak kekal. Penurunan ke atas prestasi akan berlaku sekiranya latihan dijalankan tidak berterusan dan umumnya penurunan berlaku lebih cepat daripada masa yang dimabil untuk membinanya.

Page 3: Faktor kecergasan

f. Kepelbagaian Latihan.

Mempelbagaikan latihan dapat menghilangkan kebosanan dan rasa jemu atlit. Aplikasi penyliangan latihan adalah salah satu cara dapat mengurangkan kebosanan dari mental dan fizikal.

g. Penyesuaian Latihan atau Adaptasi.

Apabila sistem badan didedahkan kepada tekanan dan beban latihan yang berubah-ubah maka ia akan mengadaptasi secara perlahan-lahan untuk mengatasi keperluan yang dikenakan ke atas latihan tersebut. Penyesuaian dapat dilakukan dengan memanipulasikan angkubah-angkubah berikut:-

o Kekerapan (frequency)o Intensitio Masa (time)o Jensi (type)

Latihan perlu dijalankan dengan berterusan. Umumnya latihan bersifat aerobik perlu dijalankan sebanyak tiga kali seminggu dan dijalankan sekurang-kurangnya 20 minit bagi setiap sesi latihan. Intensiti latihan boleh ditafsir sebagi kualiti latihan. Intensiti latihan pada kadar nadi 60-90% akan memberi kesan kepada latihan. Jenis aktiviti yang digunakan akan menentukan kesan latihan sebagai contohnya senamrobik sesuai untuk meningkatkakn keupayaan aerobik. Jangkamasa latihan pentong unatuk menentukan kesan latihan yang optimun. Sekiaranya terlalu singkat iaitu kurang dari 20 minit tidak akan memeberi kesan ke atas peningkatan keupayaan aerobik manakala jangkamasa terlalu lama pula akan mengakibatkan kelesuan.