faktor meramal hujan

download faktor meramal hujan

of 8

Transcript of faktor meramal hujan

  • 7/27/2019 faktor meramal hujan

    1/8

    1.0 AWAN

    Awan terbentuk apabila udara sejuk yang mengembang apabila udara naik ke atas. Maka

    terhasillah beberapa jenis awan yang boleh dilihat di langit seperti Stratus, Cirrus dan

    Cumulus. Awan-awan ini adalah awan asas dan mempunyai kata nama di awal mengikut

    jenis dan bentuk awan.

    1.1Jenis Awan dan Ciri-cirinya

    1.1.1 Jenis Awan Cumulus

    a)Awan Cumulus

    Cumulus berasal dari perkataan latin yang bermaksud longgokan. Awan Cumulus ini boleh

    dijumpai pada ketinggian 15.2 km daripada tanah. Awan jenis Cumulus ini terdapat beberapa jenis yang boleh dilihat di langit seperti cumulus, cirrocumulus,stratocumulus,altocumulus,

    cumulonimbus

    Gambarajah 1.1.1 (a): Awan Cumulus

    Awan jenis ini lebih padat dan seperti dilonggokkan ke atas dengan permukaan bawah yang

    seperti rata dan kembung di puncak nya. Awan seperti ini selalunya memberi petunjuk untuk

    cuaca yang baik dan hilang pada waktu malam.

  • 7/27/2019 faktor meramal hujan

    2/8

    1.1.2 Awan Cirrocumulus

    Gambarajah 1.1.1 (b): Awan cirrocumulus

    Awan Cirrocumulus ialah awan yang mempunyai kembung yang lebih kecil. Awan kelihatan

    lebih bulat dan lebih tinggi altitude nya di langit serta seolah-olah kelihatan seperti sirip ikan

    sardine dan ada yang memanggil awan ini langit Mackerel. Awan ini mem beri petunjuk

    bahawa perubahan cuaca akan berlaku bergantung pada kelajuan dan arah angin.

    Kedudukan awan jenis ini adalah di langit tinggi iaitu 20000 kaki hingga ke udara stabil.

    1.1.3 Altocumulus

    (a) (b)

    Gambarajah 1.1.1 (c): Awan Altocumulus

    Awan altocumulus dapat dilihat di atas langit dengan bentuk kembung yang memanjang ataubulat-bulat. Ianya kelihatan seperti membentuk satu garisan putih bengkok yang panjang di

    atas langit atau bertompok-tompok yang padat seperti dalam rajah. Awan a ltocumulus jenis

    jenis (a) ini sama seperti cirrocumulus namun dapat dibezakan dengan melihat awan

    stratocumulus ini seolah-olah berolek dan terbentuk akibat perolakan yang tidak stabil.

    Kedudukan awan ini ialah di langit tengah dengan ketinggian antara 6500 hingga 20000 kaki

  • 7/27/2019 faktor meramal hujan

    3/8

  • 7/27/2019 faktor meramal hujan

    4/8

    1.1.2 Jenis Awan Stratus

    Awan stratus ialah daripada perkataan latin yang bermaksud serakan. Awan jenis ini juga

    digelar sebagai selimut awan kerana awan ini menutupi langit hingga jauh berkilometer

    merentasi langit. Awan jenis stratus ini terdapat 3 jenis lagi iaitu stratocumulus,altostratus

    dan cirrostratus.

    a)Awan stratocumulus

    Gambarajah 1.1.2 (a) : Awan stratocumulus

    Awan stratocumulus ialah awan di langit rendah bawah dari 6000 kaki dari permukaan tanah.

    Awan ini dapat dikenal pasti dengan melihat cirinya yang berketul-ketul dan seperti berlapis-

    lapis melitupi awan. Awan stratocumulus ini berwarana putih atau pun kelabu dan sering

    mempunyai bahagian hitam. Awan ini juga boleh menghasilkan hujan.

    b) Awan altostratus

    Gambarajah 1.1.2 (b) : Awan altostratus

    Awan altostratus ialah awan tahap sederhana yang berada di antara 6000 hingga 20000 kaki

    dari permukaan tanah. Awan ini selalunya nipis dan seperti mempunyai kesan riak

    dipermukaan langit. Kadang-kadang awan ini cukup telus untuk menampakkan kedudukan

    matahari atau bulan. Awan jenis ini boleh membawa hujan atau salji.

  • 7/27/2019 faktor meramal hujan

    5/8

    c) Awan cirrostratus

    Gambarajah 1.1.2 (c) : Awan cirrostratus

    Awan cirrostratus mempunyai cirri yang sama dengan awan stratus dan cirrus. Awan jenis ini

    seperti berjumbai dan berserak. Sekiranya awan ini tebal dan gelap guruh akan berdentum

    serta hujan renyai akan turun.

    d) Awan nimbostratus

    Gambarajah 1.1.2 (c) : Awan nimbostratus

    Awan nimbostratus ialah awan rendah, tebal dan tiada bentuk. Kebiasaanya awan ini

    ditemani dengan hujan atau salji.

  • 7/27/2019 faktor meramal hujan

    6/8

    1.1.3 Awan Cirrus

    Gambarajah 1.1.3 : Awan cirrus

    Awan cirrus merupakan awan yang berada di ketinggian atas 18 000 kaki. Awan jenis ini

    seperti kabus dan telus. Awan ini boleh dilihat seperti berjumbai ataupun seperti melekung

    tetapi tidak bulat namun seperti lurus. Kebiasaanya awan cirrus ini membawa kepada cuaca

    yang elok tanpa kerpasan. Namun begitu, sejumlah awan cirrus boleh membawa kepada

    ribut.

    Rumusan

    Berikut merupakan rumusan bagi jenis awan yang telah diterangkan di atas.

  • 7/27/2019 faktor meramal hujan

    7/8

    1.2 Faktor-faktor meramal hujan

    Hujan adalah sesuatu yang tidak dirancang namun boleh dijangkakan dengan mengetahui

    faktor bagaimana hujan akan berlaku. Terdapat beberapa faktor yang boleh membantudalam meramal hujan seperti :

    a) Melihat pada jenis awan

    Sekiranya langit mendung dan gelap lihat pada langit sekiranya terdapat awan

    cumulonimbus atau nimbostratus. Ini kerana awan cumulonimbus ini merupakan awan

    gelap yang membawa banyak jumlah hujan kerana awan nya yang lebih besar. Awan

    yang besar seperti ini membawa banyak partikel air di dalamnya dan hujan lebat akanturun.

    Awan cumulonimbus Awan nimbostratus

    Serta warna hitam pekat di bawah awan cumulonimbus ini membawa makna awan ini

    sangat berat dan akan hujan serta guruh dan kilat bersama. Manakala awan

    nimbostratus juga awan yang membawa hujan yang mantap dengan saiz awan yang

    tebal dan hitam pekat.

    Selain daripada itu, awan stratocumulus dan altocumulus juga boleh

    menghasilkan hujan renyai. Ini kerana terdapat awan hitam yang memberat namun

    saiz awan yang kecil menyebabkan tidak banyak hujan yang akan turun. Ini kerana

    kurang partikel air yang telah dikondensasi oleh awan.

    Awan altocumulus Awan stratocumulus

  • 7/27/2019 faktor meramal hujan

    8/8

    b) Suhu persekitaran

    Selain itu,kita boleh meramal hujan dengan merasa suhu panas dan angin panas

    dengan tiba-tiba sebelum awan mendung kelihatan. Ini kerana udara panas naik keatas untuk mengalami proses kondensasi supaya partikel air lebih banyak di dalam

    awan. Partikel ini akan disejukkan dan turun menjadi air hujan.

    c) Tekanan udara

    Tekanan udara juga memainkan peranan yang penting. Ini di mana sebelum hujan

    tekana udara di bawah rendah menjadi kan udara lebih ringan untuk naik ke atas. Dan

    ini menyebabkan cuaca mendung dan angin yang kuat.

    d) Kelajuan angin

    Sekiranya angin laju dan panas tiba-tiba akan menunjukkan bahwa hujan akan turun.

    Ini kerana awan hujan bergerak bersama dengan tiupan angin. Ini bergantung kepadaarah mata angin untuk menunjukkan dari mana hujan itu akan dating.