Faktor nature dan nurture

3
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: Baka dan Persekitaran (Nature and Nurture) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada 5 aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula adalah berasakan kepada 2 faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran. BAKA (NATURE) Baka ialah pewarisan keturunan. Ianya juga dianggap sebagai perhubungan genetik di antara generasi manusia. Pengaruh genetik atau baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel(1822-1889). Menurut Ee Ah Meng (2005) baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Amran Schienfed mengatakan bahawa baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga . Faktor baka (nature) lebih dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Kedudukan nukleoprotein terletak di atas lokus kromosom, yang berupa benang halus yang terdapat dalam nukleus sel sperma (jantan) juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengadungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Gen akan memberi sifat unik kepada setiap manusia. Tidak dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan individu dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut. Sebagai contoh ialah saiz badan, ketinggian dan rambut.

Transcript of Faktor nature dan nurture

Page 1: Faktor nature dan nurture

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: Baka dan Persekitaran (Nature and Nurture)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan

kepada 5 aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima

aspek ini pula adalah berasakan kepada 2 faktor yang utama iaitu  dipengaruhi oleh

faktor baka dan faktor persekitaran.

 BAKA (NATURE)

Baka ialah pewarisan keturunan. Ianya juga dianggap sebagai perhubungan

genetik di antara generasi manusia.

Pengaruh genetik atau baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini

sebenarnya dipelopori oleh Johann  Gregor Mendel(1822-1889). Menurut Ee Ah

Meng (2005) baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada

anak-anaknya melalui gen.  Amran Schienfed mengatakan bahawa baka

menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli

dalam satu kumpulan keluarga .

Faktor baka  (nature) lebih dikenali sebagai gen yang terdiri daripada

nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Kedudukan nukleoprotein

terletak di atas lokus kromosom, yang berupa benang halus yang terdapat dalam

nukleus sel sperma (jantan) juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom

mengadungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang

mengandungi sifat-sifat baka. Gen akan memberi sifat unik kepada setiap manusia.

Tidak dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan individu dipengaruhi oleh

faktor genetik individu tersebut. Sebagai contoh ialah saiz badan, ketinggian dan

rambut.

Page 2: Faktor nature dan nurture

3.2 PERSEKITARAN (NURTURE)

     Menurut Kamaruddin Hj Husin (1998), Normal L Munn telah mengatakan

persekitaran ialah segala benda yang ada di sekeliling unit-unit kebakaan.

Sementara itu W. Edgar Vinacke mengatakan persekitaran adalah segala kuasa

yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku individu. Menurut Amram

Schienfield, persekitaran merujuk kepada luaran individu dan faktor bakanya yang

bermula daripada peringkat persenyawaan.Faktor ini merujuk kepada keadaan

semasa proses perkembangan kanak-kanak. Secara umumnya, faktor persekitaran

ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:

a)    Kategori Pralahir

Antaranya faktor yang mempengaruhi bayi ketika berasa dalam kandungan

ialah faktor  usia.  Usia ibu yang lanjut boleh mengakibatkan kecacatan mental bayi

atau tahap kecedasannnya kurang.  Faktor kedua ialah faktor pemakanan. Semasa

mengandung ibu perlulah menjaga pemakanan kerana makanan yang seimbang

akan menjamin kesihatan dan pertumbuhan yang normal setelah bayi dilahirkan.

Begitu juga dengan emosi ibu ketika mengandung.  Ibu yang berada dalam keadaan

tertekan, takut dan sebagainya berkemungkinan melahirkan bayi yang kurang sihat.

Antara lain, penggunaan dahah turut mengakibatkan bayi terjejas dan kemungkinan

juga akan mengalami kecacatan. Pendedahan kepada x-ray yang berlebihan juga

boleh mengakibatkan bayi cacat jasmani dan mental.

b)    Kategori Selepas Lahir

Kategori di mana bayi sudah dilahirkan.  Keluarga, rakan sebaya, status sosio-

ekonomi, kebudayaan, guru dan sekolah dan banyak lagi merupakan faktor

perkembangan kanak- kanak selepas lahir. Perbezaaan gaya hidup sesebuah

institusi keluarga seperti suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-

ekonomi keluarga akan melahirkan individu yang mengikut perbezaan kadar

perkembangannya. Keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik akan

membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana

keluarga ini berupaya memberi makanan yang berzat dan seimbang serta

kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak. Ibu bapa perlu

memastikan keperluan kasih sayang anak- anak dipenuhi dengan baik. Gaya hidup

Page 3: Faktor nature dan nurture

yang sihat yang diamalkan oleh setiap ahli keluarga seperti sentiasa menjaga

kesihatan, bersenam, tidak merokok akan membentuk sebuah keluarga yang proaktif

dan sempurna.Selain itu, faktor pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan

kanak-kanak. Perkembangan ini meliputi fizikal, mental dan kerohanian kanak-

kanak.  Teori Ekologi Bronfenbrenner menjelaskan perkembangan kanak-kanak

sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut.