Faktor Penghalang Perpaduan Di Malaysia

download Faktor Penghalang Perpaduan Di Malaysia

of 16

Transcript of Faktor Penghalang Perpaduan Di Malaysia

FAKTOR-FAKTOR DAN CABARAN YANG MENGHALANG PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

IPG KBM

PISMP 2011-2014

TAUFIQ JAMAL, AMIRUDDIN MUSA, FARID NANDARI.

DEFINISI: Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Satu proses menyatu padukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.

HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi :Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan.

Agama dan BudayaPendudukan Jepun

(KOMUNIS)

Dasar Penjajah

FaktorfaktorBeza PolitikAmalan EkonomiSistem

pendidikan

AGAMA DAN BUDAYA Setiap etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. (EGOSENTRIK) Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.

DASAR PENJAJAH BRITISH Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.

SISTEM PENDIDIKAN Laporan Razak menyebut: tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah ibunda masing-masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping tidak dapat mewujudkanwarga negara yang beridentitikan satu negara.

AMALAN EKONOMI Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam. Wujud ketidak stabilan yang akan menyebabkan perpecahan berlaku akibat perasaan terpinggir.

PERBEZAAN POLITIK. Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan

PENDUDUKAN JEPUN Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina. (MPAJA), sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu dan Cina.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969 Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan. Dasar pecah dan perintah dihapuskan dengan pengenalan program penyusunan semula masyarakat. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan. Pada Januari 1970, Majlis Perundingan Negara ditubuhkan bertujuan mengkaji isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikannya. Hasilnya lahirlah DEB dan RUKUN NEGARA.

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN PERPADUAN NEGARAPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN PERPADUAN NEGARA penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar. dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia

ACARA KEBUDAYAAN DAN KESENIAN Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan tradisi, boria, dikir barat, persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan lain-lain lagi yang disertai oleh anggota masyarakat. Selain dapat berhibur, semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan.

SEKIAN, TERIMA KASIH =)