faktor2 bhs slanga

5
Faktor- Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Bahasa Slanga Dalam Kalangan Remaja. Penggunaan bahsa slanga ini telah menular dengan begitu meluas sekali dalam kalangan remaja penutur Melayu. Penggunaan bahasa slanga telah menjadi gaya pertuturan dalam penutur jati Melayu itu sendiri. Penggunaan bahasa slanga bukanlah fenomena baru yang melanda bahasa Melayu. Golongan remaja yang mempopularkan bahasa slanga selalunya memanipulasikan ungkapan atau perkataan dengan memberi makna baharu kepada perkataan tersebut. Bahasa slanga telah mula digunakan lebih 30 tahun dahulu yang dipopularkan oleh penyanyi rock, Ungkapan-ungkapan popular yang menjadi ikutan para remaja pada ketika itu ialah tangkap cintan, tangkap leleh di samping ganti nama lu dan gua. Pada hari ini, penggunaan bahasa slanga semakin popular terutama pada era teknologi maklumat dan juga melalui penggunaan SMS. Melalui ruang ‘chatting’ dalam internet pula pelbagai bentuk bahasa slanga terhasil, antaranya, slanga yang terbentuk daripada percantuman dua perkataan seperti pekabor (apa khabar,) askum (assalamualaikum) dan banyak lagi. Dalam bentuk tulisan, bahasa

Transcript of faktor2 bhs slanga

Page 1: faktor2 bhs slanga

Faktor- Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Bahasa Slanga Dalam Kalangan Remaja.

Penggunaan bahsa slanga ini telah menular dengan begitu meluas sekali dalam kalangan

remaja penutur Melayu. Penggunaan bahasa slanga telah menjadi gaya pertuturan dalam penutur

jati Melayu itu sendiri. Penggunaan bahasa slanga bukanlah fenomena baru yang melanda bahasa

Melayu. Golongan remaja yang mempopularkan bahasa slanga selalunya memanipulasikan

ungkapan atau perkataan dengan memberi makna baharu kepada perkataan tersebut. Bahasa

slanga telah mula digunakan lebih 30 tahun dahulu yang dipopularkan oleh penyanyi rock,

Ungkapan-ungkapan popular yang menjadi ikutan para remaja pada ketika itu ialah tangkap

cintan, tangkap leleh di samping ganti nama lu dan gua.

Pada hari ini, penggunaan bahasa slanga semakin popular terutama pada era teknologi

maklumat dan juga melalui penggunaan SMS. Melalui ruang ‘chatting’ dalam internet pula

pelbagai bentuk bahasa slanga terhasil, antaranya, slanga yang terbentuk daripada percantuman

dua perkataan seperti pekabor (apa khabar,) askum (assalamualaikum) dan banyak lagi. Dalam

bentuk tulisan, bahasa slanga bukan sahaja digunakan dalam bahan bacaan ringan seperti komik,

malah majalah hiburan turut mempopularkan bahasa slanga ini.

Pengaruh bahasa slanga yang semakin berkembang penggunaannya mendatangkan

kerisauan bukan sahaja dalam kalangan pakar linguistik atau pejuang bahasa Melayu, malah ibu

bapa juga tidak begitu setuju dengan pengaruh bahasa slanga ini. Walaupun perkembangan

bentuk bahasa slanga tidaklah begitu membimbangkan, namun penggunaannya akan menular

daripada bentuk lisan kepada bentuk penulisan.

Page 2: faktor2 bhs slanga

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan remaja mudah terpengaruh dengan

penggunaan bahasa slanga ini. Antaranya faktor-faktor yang menyebabkan bahasa slanga ini

makin ramai peminatnya ialah :-

1. Menunjukkan identiti kumpulan

Remaja pada masa kini jika kita lihat sudah hilang nilai budi bahasa. Susah untuk kita

mendengar anak-anak muda zaman ini menyebut perkataan saya dan awak. Yang kerap

kita dengar terutama di negeri-negeri moden seperti Selangor, Johor dan Kuala Lumpur

ialag gua dan lu. Bagi golongan yang berpendidikan pula istilah yang selalu digunakan

ialah I dan you. Perkataan-perkataan ini seolah-olah menunjukkan identiti remaja

mengikut kumpulan iaitu golongan remaja yang kita sering katakan remaja liar dan juga

remaja kelas atasan. Identiti mereka dapat kita kenal pasti melalui penggunaan bahasa

slanga ini.

2. Menghilangkan tekanan emosi atau stress

Kebanyakan remaja yang menggunakan bahasa slanga ini terdiri daripada remaja yang

menghadapi masalah dan sering berkumpul dengan kawan-kawan seusia untuk

melupakan atau menghilangkan tekanan emosi yang dihadapi. Jadi, tidak hairanlah

apabila kita sering terdengar remaja-remaja yang menghabiskan masa dengan melepak

sering menggunakan perkataan ‘kacang je’ (mudah sahaja), ‘ayam’ (gadis), ‘jambu’

(cantik) dan sebagainya dengan suara yang kuat seolah-olah ingin masyarakat di

sekeliling mereka mendengar apa yang mereka bualkan.

3. Mewujudkan kerahsiaan dalam kumpulan

Page 3: faktor2 bhs slanga

Bahasa slanga sering digunakan oleh golongan remaja untuk berkomunikasi sesame

mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja. Kadang-kadang bahasa slanga

yang digunakan menjadi kod rahsia kumpulan remaja tersebut.

4. Rakan sebaya

Masyarakat selalu menyalahkan pengaruh rakan sebaya apabila berlakunya sesuatu

masalah yang melibatkan remaja. Sebenarnya, apa yang masyarakat tidak sedar ia adalah

kehendak seseorang itu sendiri sama ada ingin dirinya dipengaruhi ataupun tidak. Bagi

faktor rakan sebaya, betapa mudahnya seseorang remaja mempengaruhi remaja yang lain

kerana mereka sendiri tidak pasti akan identiti mereka sendiri. Maka, mereka lebih

mudah menerima dan mengulang kembali apa yang dilakukan oleh kebanyakan rakan

mereka. Ingin mengikut arus, trend supaya tidak dikatakan kuno atau berada di zaman

ais.

5. Masa

Ternyata rata-rata pencemaran bahasa berlaku di alam siber adalah gara-gara penulisnya

ingin menjimatkan masa. Pastinya kerana telah terbiasa dengan cara komunikasi dalam

telefon bimbit, melalui sistem pesanan ringkas. Walaubagaimanapun, mesej di telefon

bimbit adalah berlainan dengan mesej di alam siber. Ini kerana, mesej di telefon hanya

dibaca dan difahami oleh penerimanya sahaja. Lain pula dengan perbualan di Internet

yang pastinya akan dilihat dan dibaca oleh generasi yang sedangbelajar seperti adik-adik

di sekolah rendah. Kadang-kadang kekeliruan boleh berlaku apabila terdapat pelbagai

versi ejaan perkataan.

Page 4: faktor2 bhs slanga

6. Pengetahuan bahasa yang lemah.

Kebanyakan mereka yang menggunakan bahasa slanga dan sebagainya adalah mereka

yang mempunyai pengetahuan cetek dan kurang teliti dan peka dengan bahasa yang

digunkan dalam berkomunikasi. Mereka ini selalunya mempunyai tahap akademik yang

rendah dan tahapm pembacaan mereka juga lemah. Biasanya remajasering menggunakan

bahasa mereka yang hanya difahami oleh mereka.