FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA -...

30
1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK NO. KAD MATRIK : 751024026051001 MOHD SALANY AZLAN BIN MD. SALLEH NO. KAD PENGENALAN 751024-02-6051 NO. TELEFON 012-2260062 ALAMAT E-MAIL [email protected] TUTOR EN. MANAN BIN SARBANI PUSAT PEMBELAJARAN BATU PAHAT (J03) SEMESTER MEI 2012

Transcript of FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA -...

Page 1: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAE1203

PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

NO. KAD MATRIK

: 751024026051001

MOHD SALANY AZLAN BIN MD. SALLEH

NO. KAD PENGENALAN

751024-02-6051

NO. TELEFON

012-2260062

ALAMAT E-MAIL

[email protected]

TUTOR

EN. MANAN BIN SARBANI

PUSAT PEMBELAJARAN BATU PAHAT (J03)

SEMESTER MEI 2012

Page 2: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

2

Penghargaan

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya, saya

dapat menyiapkan tugasan yang ditetapkan untuk Perkembangan Seni dan Kanak-kanak ini

dengan jayanya.

Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak

terhingga kepada pensyarah saya iaitu En. Manan bin Sarbani di atas tunjuk ajar, nasihat dan

perangsang yang telah diberikan. Ini mendorong saya menyiapkan tugasan dengan semangat

yang tinggi dan berazam membuat yang terbaik.

Tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada pihak pentadbir dan guru-guru Sekolah

Kebangsaan Bukit Gambir, Ledang, Johor yang banyak membantu dalam penghasilan tugasan

ini. Begitu juga rakan-rakan seperjuangan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan.

Diharapkan tugasan ini memberikan sesuatu yang baik untuk saya manfaatkan dalam

kerjaya pada masa-masa akan datang. INSYAALLAH.

Page 3: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

3

KANDUNGAN MUKA SURAT

Penghargaan 2

Kandungan 3

Pengenalan 4

Kreativiti dan Kanak-kanak 7

Pengertian Kreativiti Dalam Perspektif Seni Kanak-kanak 7

Proses Aktiviti Tahap Perkembangan Kreativiti 8

Perkembangan Kreativiti Fisher 8

Ciri-ciri Kreativiti 9

Strategi Merangsang Kreativiti 10

Kaedah dan Contoh Proses Kreativiti Dijalankan 11- 22

Analisis Kepentingan Pemikiran Kreatif 23

Meningkatkan Motivasi 24

Menggunakan Model Proses Kreativiti 25

Kesimpulan 26 – 27

Penutup 28

Rujukan 29 - 30

Page 4: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

4

PENGENALAN

Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif

dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu

faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini

mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda

mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan

pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta

berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.

Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud“membuat”.

Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’.

Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta, menghasilkan dan

mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.Secara ringkasnya, kreativiti adalah kebolehandan kemampuanseseorang

menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli yang bermaksud penghasilan sesuatu yang tidak ada

sebelumnya.Terdapat beberapa cara untuk melihat kreativiti seseorang. Antaranya ialah seseorang dapat menghasilkan

ideayangbaru dan unik/asli, memberikan alternatifdalam menyelesaikan masalah ,memikirkan

kemungkinandaripada sesuatu tindakan, menyesuaikan diri atau sanggup menghadapi cabaran dengan positif dan

bersikap kegila-gilaan. Beberapa orang tokoh seni visual memberikan pandangan mengenai kreativiti.Paul Torrance

yangtersohor dalam bidang/kajian kreativitimencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya

intelektual seseorang. Beliau memperkenalkan “Torrence Test of Creative Thinking” untuk menguji

tahap kreativiti.

June KingMacfee mentakrifkan kreativiti sebagaikeupayaan seseorangmencipta sesuatu yang baru atau

mampu mengolah idea baru yang lebih bermakna. Carl Rogers mentakrifkan bahawaindividu yang bebasdan

mempunyai rasatanggungjawab akan cuba menyumbangkankreativitikepada insan sertamakhluk lain

dipersekitarannya. Lowenfeld menjelaskan bahawakreativiti seseorang murid itu bolehdiukur melalui empat

komponen utama iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan.

Page 5: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

5

Kreativiti juga boleh didefinisikan sebagai kemampuan seseorang untuk mencipta sesuatu

yang unik, asli, berguna dan bernilai. Kemampuan ini berkait rapat dengan kemahiran membuat

dan imaginasi. Bagi menghasilkan sesuatu yang kreatif, maka perlulah mempunyai kecerdasan

pemikiran untuk mencipta yang kreatif. Kecergasan pemikiran yang kreatif mengandungi empat

gaya iaitu inovatif, imaginatif, intuitif, dan ilham untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan

berbeza terutama bagi penghasilan sesebuah karya seni.

Kreativiti dan inovasi yang dikaitkan dengan kemahiran melukis dan mewarna

memainkan peranan penting bagi membina kreativiti seseorang pencipta. Pendedahan

penggunaan bahan dan teknik melukis serta mewarna yang terbaik bagi tujuan pembelajaran dan

pengajaran dalam studio. Pengenalan unsur-unsur seni dan prinsip rekaan merupakan proses

Page 6: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

6

kajian dari satu langkah ke satu langkah. Ianya dapat memberi pengetahuan yang mendalam

tentang unsur-unsur seni dan prinsip rekaan yang wujud di dalam sesuatu rekaan seperti model

industri atau landskap. Pelajar dilatih mengenai kemahiran melukis, mewarna, merekabentuk

serta kefahaman grafik dengan menggunakan pelbagai media bagi menyampaikan berkaitan

dengan proses rekaan seperti teknologi, media massadan sebagainya.

Setiap perkara yang dilakukan memerlukan disiplin kerana ia mementingkan sesuatu

aspek pendidikan seni yang berlainan tetapi pada keseluruhan, ia juga berolah ke satu arahan

yang sama iaitu mewujudkan sesuatu fahaman terhadap kaedah, amalan dan teori dalam

pemahaman aspek-aspek visual dan seterusnya menimbulkan kesedaran bahawa transformasi

mewujudkan bentuk-bentuk seni yang baru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah. Kursus-kursus dalam disiplin yang berlainan dikendalikan adalah untuk melahirkan daya

pemikiran kritis individu, meninggikan persepsi dan penghayatan nilai estetika. Oleh itu, para

pelajar berupaya untuk menterjemahkan idea-idea di dalam bentuk visual merupakan perkara

asas dan diutamakan bagi menghasilkan sesuatu karya yang kreatif dan inovatif.

Page 7: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

7

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

KREATIVITI

Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong

dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin

tahu.

PENGERTIAN KREATIVITI DALAM PERSPEKTIF SENI UNTUK KANAK-KANAK

Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”.

Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan,

(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif,

kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan

mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu

yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai

penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.

Page 8: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

8

PROSES AKTIVITI TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI

Perkembangan Kreativiti Fisher

(a) Peringkat Rangsangan

Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru

perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.

(b) Peringkat Penerokaan

Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang

dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.

(c) Peringkat Perancangan

Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti

dan merekodkan segala kemungkinan.

Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:

• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan,

pemerhatian, interaksi dan sebagainya.

• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.

(d) Peringkat Aktiviti

Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui

tindakan setelah merencana segala aktiviti.

Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti ‘’Bagaimana

harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?’’

Page 9: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

9

(e) Kajian Semula

Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan

selain melihat pencapaian objektif kerja.

Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui

sebagai satu bentuk refleksi diri.

CIRI-CIRI KREATIVITI

(a) Bersifat Fleksibel

Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan

situasi selain mempunyai keyakinan optimis.

(b) Sensitif dan Peka

Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk

gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.

(c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen

Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang

asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea

mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini

biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka

hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.

(d) Bersifat Terbuka

Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai

hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik.

(e) Logik

Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. Mereka tahu membezakan yang

baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa.

Page 10: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

10

(f) Berfikiran Bebas

Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu perkara

sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang

selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak

membuat keputusan.

STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI

Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)

(a) Kaedah Pertama

Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh

membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak

mampu dilaksanakan.

(b) Kaedah Kedua

Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan saranan

dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu

mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang

kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan

kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.

(c) Kaedah Ketiga

Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia

ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.

(d) Kaedah Keempat

Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan

sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid

mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja.

Page 11: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

11

KAEDAH DAN CONTOH PROSES AKTIVITI DIJALANKAN

Tahun : 2 Arif

Sek : SK Bukit Gambir, Ledang, Johor

Kemahiran Utama Indikator Amalan

1.0 Fasa Persediaan

1.1 Pemerhatian

Membuat

pemerhatian

aktif untuk

mengumpul

maklumat.

1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau

bau.

1.1.2 Menumpukan pemerhatian kepada objek,perkataan, ayat atau teks

secara menyeluruh.

1.1.3 Menggunakan alat, radas, bahan, instrumen atau spesimen yang

sesuai.

1.1.4 Mengendalikan alat, radas, bahan, instrumen atau spesimen dengan

betul.

1.1.5 Menggunakan pelbagai kaedah atau prosedur yang sesuai.

1.1.6 Mengenal pasti ciri objek, situasi atau fenomena dengan tepat.

1.1.7 Mendapatkan makna dengan betul.

1.1.8 Mengenal pasti objek, situasi atau fenomena sekeliling yang

berkaitan.

1.2 Analisis

Menganalisis

maklumat dengan

menghuraikan

bahagian kepada

yang lebih kecil bagi

memahami sesuatu.

1.2.1 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul.

1.2.2 Mengasingkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu.

1.2.3 Mengumpulkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu.

1.2.4 Menyusun maklumat mengikut kriteria tertentu.

1.2.5 Mengesan sebab berdasarkan maklumat berwibawa.

1.2.6 Mengkaji kesan baik dan kesan buruk

1.2.7 Mengimbas kembali idea.

1.2.8 Mencari banyak bukti yang diterima dan disokong berdasarkan fakta

dan maklumat.

Page 12: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

12

2.0 Fasa Imaginasi

2.1 Penjanaan

idea

Menghasilkan

ideaidea

yang berkaitan

dengan sesuatu

perkara.

2.1.1. Menghasilkan idea-idea baharu yang banyak (yang mungkin benar

atau tidak pasti tetapi logik).

2.1.2. Menghasilkan idea secara berterusan.

2.1.3. Menghasilkan idea yang bermakna.

2.1.4. Mencari hubung kait, gabung jalin atau corak berdasarkan maklumat

yang ada.

2.2 Sintesis idea

Menggabungkan

maklumat yang

berasingan untuk

menghasilkan dan

memilih sesuatu.

2.2.1 Membuat kesimpulan, membuat pengitlakan dan membina tajuk.

2.2.2 Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik –lukisan, kraf, binaan,

peta, rajah, puisi, muzik, lagu, karangan, laporan dan lakaran.

2.2.3 Menentukan maklumat diperoleh mencukupi dan memastikan sama

ada maklumat tambahan diperlukan.

2.2.4 Membuat keputusan tentang sintesis akhir.

2.2.5 Membincang kebaikan atau kelebihan dan keburukan atau kekurangan

yang menjurus kepada keputusan akhir.

2.2.6 Mencabar dan menilai maklumat baharu yang diperoleh sama ada

memerlukan tindakan susulan atau diketepikan.

2.2.7 Membuat refleksi yang berterusan.

4.0 Fasa Tindakan

4.1 Pelaksanaan

Menyampaikan dan

mempersembahkan

idea atau

menghasilkan

prototaip

4.1.1 Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan

khusus.

4.1.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami.

4.1.3 Menghasilkan idea tidak sama dengan orang lain, idea tidak seperti

yang biasa dan idea yang belum ada atau frekuensi ideanya kecil.

4.2 Amalan

berterusan

Peka kepada

perkara

di sekeliling dan

menjana idea untuk

berkreatif.

4.2.1 Peka kepada perkara di sekeliling.

4.2.2 Membuat pemerhatian untuk mengenal pasti masalah, kesilapan dan

kelemahan.

4.2.3 Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu secara

berterusan.

Page 13: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

13

Kaedah Mengikut Taksonomi Bloom

Di sini saya cuba buat beberapa lakaran yang boleh dijadikan rujukan anak2 murid.

Walaubagaimana pun, bukan kesemua soalan yang smpat dibuat. Jika ada kesempatan

insyaALLAH akan disusul kemudian.

soalan 1

Page 14: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

14

Soalan 2

Persembahan daripada buah-buahan. Sekadar contoh. Guna kreativiti bagi mencipta bentuk-

bentuk yang kreatif dan asli. Walaubagaimana pun, anda jangan lupa yang lukisan ini hendaklah

dilukis suasana malam. Oleh itu cahaya dan bayang adalah sangat penting....

Soalan 3

Anak kucing sedang berebut untuk minum susu. Hendaklah dilukis dari jarak yang dekat.

Pastikan penekanan kepada jalinan bulu kucing. Siapkan bentuk kucing dahulu dengan ton dan

warna yang sesuai, barulah diwarnakan bulu kucing dengan berus yang halus.

Page 15: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

15

soalan 4

Beberapa batang pokok yang tumbang menyekat aliran sungai. Anda bolehlah menggunakan

teknik menggaris aliran sungai tersebut dengan lilin atau krayon putih sebelum mula mewarna.

soalan 5

Contoh lakaran pelbagai peralatan pertukangan di atas kotak. Anda memerlukan kemahiran

prspektif agar peralatan yang disusun tidak kelihatan terawang-awangan. Kadar banding setiap

objek dan elipse (bentuk mulut tin) juga hendaklah betul. Cahaya dan bayang diperlukan bagi

menampilkan setiap objek berada dalam ruang.

Page 16: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

16

soalan 6

Kita memerlukan kreativiti dan daya imaginasi bagi memikirkan suasana fantasi seperti yang

dikehendaki. Boleh menggunakan apa sahaja spesis serangga, contoh di sini ialah semut dan

rama-rama. Fokus (penegasan) hendaklah pada serangga yang sedang bermain guli semasa

mewarna. Sebahagian istana bolehlah diletakkan sebagai latar belakang.

Page 17: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

17

KAEDAH DAN CONTOH PROSES AKTIVITI DIJALANKAN 2

Tahun : 3 Bestari

Sek : SK Bukit Gambir, Ledang, Johor

Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi

mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahan air.

Walau bagaimanapun, faktor cuaca dan perilaku manusia semakin menggugat

kestabilan alam dan menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Kerajaan kita sangat

prihatin terhadap penjagaan hutan di negara ini. Pelbagai program dilaksanakan

termasuk memperuntukkan hutan simpan kekal supaya dapat menyeimbangi suasana

alam sekitarnya. Walau bagaimanapun, tanggungjawab ini bukan hanya dipikul oleh

kerajaan. Semua pihak seharusnya memainkan peranan masing-masing. Sehubungan

dengan itu, pengetahuan tentang penjagaan tumbuhan atau hutan perlulah ditekan

sejak dari awal kanak-kanak lagi supaya sikap cintakan tumbuh-tumbuhan dan hutan

dapat dibentuk.

Hasil Pembelajaran:

1. Kanak-kanak dapat menyebut kepentingan tumbuh-tumbuhan kepada manusia dan

haiwan.

2. Kanak-kanak dapat menyebut barang-barang yang diperbuat daripada

tumbuhan/kayu.

3. Kanak-kanak dapat menyebut jenis-jenis pokok yang terdapat di sekeliling mereka.

4. Kanak-kanak dapat menyebut bahagian-bahagian pokok dengan betul.

5. Kanak-kanak dapat menyebut jenis pokok buah-buahan yang mereka pernah lihat.

6. Kanak-kanak mengetahui cara-cara yang boleh dilakukan bagi memelihara tumbuh-

tumbuhan.

Page 18: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

18

Aktiviti 1 : Kepentingan Tumbuh-tumbuhan

1. Guru menunjukkan gambar dan menyoal kanak-

kanak seperti “Apakah yang kamu lihat dalam

gambar ini?”

2. Guru meminta kanak-kanak bercerita tentang

apa yang dilihat dalam setiap gambar.

3. Guru boleh menceritakan kepentingan tumbuh-

tumbuhan kepada manusia. Contohnya:

a. Sumber makanan kepada manusia dan haiwan.

b. Tempat tinggal atau habitat haiwan.

c. Kayu untuk dibuat perabot.

d. Kayu untuk dibuat kertas, pagar dan sebagainya.

4. Guru boleh terus menyoal kanak-kanak tentang barang-barang atau benda yang ada di

sekeliling mereka yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan terutama daripada kayu.

Contohnya:

a. Peralatan dalam bilik darjah.

b. Makanan/buah-buahan.

Nama haiwan yang tinggal dalam hutan.

Rumusan :

1. Kanak-kanak dapat menyebut kepentingan tumbuh-tumbuhan kepada manusia danhaiwan.

2. Kanak-kanak dapat menyatakan kepentingan tumbuhan sebagai sumber makanan.3. Kanak-kanak dapat menyebut barang-barang yang diperbuat daripada

tumbuhan/kayu.

Page 19: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

19

Aktiviti 2: Mari Mewarna

1. Guru bersoaljawab dengan kanak-kanak tentang

nama jenis-jenis pokok-yang terdapat di

sekeliling mereka.

2. Guru meminta kanak-kanak menamakan

bahagian-bahagian pokok seperti yang terdapat

dalam gambarajah.

3. Kanak-kanak berbincang dengan guru tentang kegunaan setiap bahagian pokok

4. Kanak kanak cuba mengeja perkataan yang terdapat dalam gambar dengan bantuan guru.

5. Kanak-kanak mewarna setiap bahagian pokok dengan cara yang betul dengan bantuan guru.

6. Guru digalakkan membawa kanak-kanak membuat “nature walk” bagi melihat sendiri

bahagian-bahagian pokok dalam keadaan sebenar.

Rumusan :

1. Kanak-kanak dapat menyebut jenis-jenis pokok yang terdapat di sekeliling mereka.2. Kanak-kanak dapat menyebut bahagian-bahagian pokok dengan betul.

Page 20: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

20

Aktiviti 4: Mari Mengeja

1. Guru boleh menunjukkan gambar buah- buahan

kepada kanak-kanak

2. Guru bersoaljawab dengan kanak-

kanak tentang jenis buah-buahan yang

pernah dimakan.

3. Guru mengajak kanak-kanak bermain mengeja dan membaca gabungan suku kata yang

mudah:

Contoh: e + pal

ka + yu

da + un

4. Kanak-kanak diminta menyambungkan titik supaya menjadi perkataan lengkap.

5. Guru boleh menyanyikan lagu berikut dengan kanak-kanak

There’s so many fruits all around us

So many fruits that we see

All different shapes

From bananas to grapes

Just waiting for you and me.

Rumusan :

1. Kanak-kanak dapat menyebut nama buah-buahan.2. Kanak-kanak dapat mengeja dan menulis perkataan yang diberi dengan betul.

Page 21: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

21

Aktiviti 5: Sudut Kreatif

1. Guru menunjukkan kepada kanak-kanak bahan-

bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk

membuat cop daun.

2. Guru menggalakkan kanak-kanak untuk

mendapatkan pelbagai bentuk daun yang terdapat di

sekeliling mereka untuk dibuat corak mengikut

kreativiti masing-masing.

3. Guru menunjukkan contoh corak daun yang telah siap.

4. Guru mengaitkan aktiviti ini dengan kepelbagaian jenis pokok yang terdapat di persekitaran.

Rumusan :

1. Kanak-kanak dapat mengikut arahan yang diberi dengan betul.2. Kanak-kanak menyedari tentang kepelbagaian pokok di sekeliling mereka.

Page 22: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

22

Aktiviti 7: Siapa Saya?

1. Guru meminta kanak-kanak

mewarnakan titik-titik yang terdapat dalam

gambar mengikut arahan guru.

2. Kanak-kanak menyambung dan

mewarnakan titik-titik bagi

menghasilkan gambar yang lengkap.

3. Guru menyoal kanak-kanak tentang gambar yang terhasil.

4. Guru mengajak kanak-kanak mengeja perkataan ‘daun’.

Jika ada masa, minta kanak-kanak lukis pelbagai jenis gambar daun.

Rumusan :

1. Kanak-kanak dapat mewarnakan titik-titik yang terdapat dalam gambar mengikut carayang betul.

Page 23: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

23

ANALISIS KEPENTINGAN PEMIKIRAN KREATIFproses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.

(a) Penyoalan

Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.

(b) Penemuan

Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru

kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian.

(c) Pemerhatian

proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata malahan proses

pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya.

(d) Percubaan

Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu yang

kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki.

(e) Penerokaan

Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan

alat yang terdapat di sekeliling.

(f) Memanipulasi

murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan

seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan

mengelakkan pembaziran.

(g) Aktiviti/Bermain

Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masa bermain merupakan

masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan

melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti

seperti membuat mural di sekolah.

Page 24: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

24

MENINGKATKAN MOTIVASI

Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses kreativiti.

(a) Memilih Bahan dan Alat

Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan

untuk pelbagai aktiviti seni visual.

(b) Masa

Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk

berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka.

(c) Rangsangan

Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil karya

murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual.

(d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel

Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk

mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid.

(e) Hormat-menghormati

Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai

sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan

(f) Memberikan Galakan dan Motivasi

Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat

untuk meneruskan penghasilan karya.

(g) Penghargaan

Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka

berikan di dalam kelas

Page 25: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

25

MENGGUNAKAN MODEL PROSES KREATIVITI

GRAHAM WALLAS(1926)

1. PENYEDIAAN (PREAPARATION)

Minda difokuskan kepada isu atau masalah dan dianalisis atau di teroka.

Kriteria dibina untuk mengenal pasti penyelesaian yang boleh diterima.

Peringkat ini melibatkan langkah-langkah seperti membina rangka kasar,

mendrafkan soalan dan idea-idea awal

2. PENGERAMAN (INCUBATION)

Individu menangguhkan proses kreativiti buat seketika dan melakukan

perkara-perkara lain terlebih dahulu. Idea dibiarkan mengeram dalam minda.

3. ILUMINASI (ILLUMINATION)

Idea-idea yang kreatif tercetus secara tiba-tiba dalam keadaan

sedar.Mereka tiba-tiba mendapat idea bagaimana menyelesaikan sesuatu

masalah. Pada peringkat ini, individu melalui proses mengenal pasti

karekter.

4. VERIFIKASI (VERIFICATION)

Ini merupakan peringkat terakhir. Pada peringkat ini, idea tersebut telah

disahkan, dihuraikan dan diaplikasikan. Aktiviti atau demonstrasi akan

dijalankan untuk melibatkan apa yang terdapat pada peringkat persediaan.

Amalan Kreativiti bagi Proses Kreatif

Setiap fasa dalam model Proses Kreatif Terarah melibatkan kemahiran utama sebagai asas bagi

fasa tersebut. Kemahiran utama itu pula diperincikan melalui indikator amalan kreativiti seperti

yang diperlihatkan dalam Jadual di bawah. Indikator dalam amalan kreativiti tersebut dapat

dijadikan rujukan dan diaplikasikan oleh guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Page 26: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

26

KESIMPULAN

Perbincangan di atas jelas sekali menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan merupakan komponen

yang penting dalam kreativiti. Penjelasan mengapa individu A mampu menghasilkan inovasi

manakala individu B tidak, boleh dihuraikan dengan kenyataan bahawa individu A tadi

mempunyai ilmu pengetahuan yang tidak dimiliki oleh individu B. Walau bagaimanapun, tidak

dinafikan bahawa ilmu pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang mungkin juga

menjadikan pemikiran seseorang itu tertutup dan terbatas. Pemikiran yang tertutup

inimembataskan kemampuannya untuk melihatsesuatu

masalah dari perspektif yang berbeza dan baru. Iniseterusnyamenyukarkannnya

untukmenyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, individu perlumemastikan bahawa ilmu

pengetahuan yang dimiliki boleh menjadi pembantu dan bukannya penghalang untuk melahirkan

idea-idea kreatif.

Membudayakan pemikiran kreatif memberi maksud menjadikan kreatif adalah gaya hidup.

Untuk membudayakan pemikiran kreatif di kalangan pelajar kita perlu mendalami kriteria-

kriteria yang seharusnya ada pada diri orang yang kreatif. Membudayakan pemikiran kreatif dan

inovatif di kalangan pelajar menjadikan pelajar sentiasa menghasilkan sesuatu yang baru dalam

pembelajaran mereka sendiri dan menjadikan diri mereka biasa dengan menghasilkan sesuatu

yang baru sama ada baru secara mutlak atau relatif. Pelajar yang kreatif dan inovatif adalah hasil

didikkan dan bimbingan berterusan serta tunjuk ajar daripada pendidik yang juga memiliki ciri-

ciri kreatif dan inovatif.

Memperkatakan tentang kreatif bererti perbincangan menghasilkan sesuatu yang baru pada

unsur-unsur yang telah sedia ada atau baru hendak diadakan. Tidak dapat tidak ianya berkait

rapat dengan soal penghargaan. Di kalangan pelajar saya memberikan dorongan dan galakkan

untuk memajukan diri. Memberi input baru terhadap diri mereka sendiri dalam dunia pendidikan.

Mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran tanpa mengharapkan anugerah. Soal pengurniaan

biarlah difikirkan oleh pihak lain. Begitu juga dalam menyertai pertandingan, bertujuan untuk

Page 27: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

27

menghasilkan inovasi yang kreatif dalam kumpulan dan bukan untuk merebut tempat

kemenangan tetapi memupuk pemikiran kreatif.

Kreatif dan Inovatif akan terus terpancar dari dalam diri seseorang sama ada mereka menerima

anugerah atau tidak. Orang yang sememangnya mempunyai budaya begini dalam hidup mereka

anugerah bukanlah menjadi keutamaan dalam agenda kejayaan dalam bidang yang diceburi dan

meraih pelbagai anugerah. Kepuasan dalam memperoleh hasil karya adalah sasaran kepada apa

juga yang mereka hasilkan. Anugerah adalah kurniaan pihak lain terhadap mereka. Contoh

tempatan yang beginilah yang harus diketengahkan secara berulangkali agar ianya menjadi

inspirasi kepada setiap pelajar.

Page 28: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

28

PENUTUP

Pelajar yang mempunyai pemikiran kreatif dinilai oleh guru-gurunya terhadap karya yang

dihasilkannya ketika mereka belajar. Menjurus kepada sumbangsaran, mengikut keupayaan

mereka mempersembahkan jawapan. Justeru itu saya sebagai pendidik harus memberi

kepercayaan dan peluang bersuara serta memberi pendapat dalam pengajaran dan pembelajaran

kepada pelajar berkaitan dengan apa yang mereka baca. Menghormati dan mempercayai ini

penting dalam memupuk pemikiran kreatif seperti yang dicatat oleh Mc Kinnon (1962) yang

menyatakan anak-kanak yang diberi kebebasan dengan mengambil tanggungjawab sendiri telah

mendorong anak menjadi orang yang berdikari yang mempunyai ciri-ciri orang dewasa seperti

seorang dewasa yang bekerja sebagai jurutera yang kreatif.[5]Oleh yang demikian saya

membantu pelajar-pelajar saya mengeluarkan pendapat, mengutarakan hujah-hujah berkaitan apa

yang dipelajari, mengikut kebolehan masing-masing, disamping membuat hubungkait dengan

isu-isu semasa yang berkaitan.

Kajian-kajian sepakat mengatakan bahawa di antara ciri-ciri orang kreatif adalah sifat berdikari,

kebebasan dan kelenturan. Inilah tiga ciri yang dianggap pokok dalam karya kreatif. Barangkali

yang paling penting dalam bahawa orang kreatif itu bersifat bebas dalam pemikirannya dan tidak

tunduk kepada apa yang terkenal dan dibiasakan. Ini terbukti berkhasil dengan apa yang lakukan

apabila saya memberi peluang kedua untuk menyuarakan pendapat.

Sikap keterbukaan seorang pendidik akan menyebabkan pelajar mengalirkan atau menyalurkan

pendapat untuk dikongsi dan dibincangkan sewaktu sessi pengajaran dan pembelajaran. Sikap

terbuka sebenarnya akan dirasai sebagai seorang yang diberi penghargaan oleh gurunya. Ini akan

terus menggalakkan pertumbuhan perbincangan. Sebagaimana pendapat Suria Baba (2007)

dalam dapatan kajiannya bahawa pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar secara kendiri, akan

menyimpan maklumat tersebut untuk jangka masa yang lama, malah dengan keterbukaan

menerima pendapat pelajar akan membuatkan mereka untuk terus menyumbang idea lalu

maklumat diproses secara aktif dan berfokus. Suasana keterbukaan melatih dan membudayakan

kemahiran interpersonal dan ada dorongan untuk aktifberfikir. Pelajar terlibat secara aktif dalam

perbincangan kerana pelajar sudah ada celik akal (insight) dalam isu yang sedang dibincangkan.

Begitulah pentingnya daya pemikiran kreatif terhadap pembangunan dan sahsiah diri pelajar.

Page 29: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

29

RUJUKAN

Amabile, T.M. 1983. The Social Psychology of Creativity. NewYork: SpringerVerlag.

Amabile,T.M. 1987. The Motivation to be Creative. Dalam Isaksen, S.G.,

Frontiers of Creative Research Beyond the Basic,(m.s. 223-254). NewYork:BearlyLimited.

Amabile, T.M. 1996. Creativity in Context, Update to The Social Psychologyof Creativity. Colorado: Westview Press, Inc.

Amabile, T.M. 1997. Entrepreneurial CreativityThrough Motivational Synergy.Journal of Creative Behavior, 31 (1), 18-26.

Amabile,T.M., Hill, K.G., Hennessey,B.A., Tighe, E.M. 1994.TheWork PreferenceInventory:Assessing Intrinsic and ExtrinsicMotivational Orientations, Journalof Personality and Social Psychology, 56 (5), 950-967.

Arieti, S. 1976. Creativity: The magic synthesis. NewYork: BasicBooks.

Csikszentmihalyi, M. 1994. Creativity: Flowand the Psychology of Discoveryand Invention. NewYork: HarperPerennial.

DeBono, E. 1968. NewThink: The use of lateral thinking in the generation ofnewideas. NewYork: Basic.

Feldhusen,J.F. 1995. Creativity: AKnowledge Base, Metacognitive Skills, andPersonality Factors. Journal of Creative Behavior. 29(4), 255-268.

Feldhusen,J.F. 2002. Creativity: the knowledge base and children. High AbilityStudies,Vol 13, No.2. 179-183.

Guilford,J.P. 1950. Creativity. American Psychologist, 5, 444-454.

Hayes, J. R. 1989. Cognitive processes in creativity. Dalam J.A. Glover, R.RRonning, & C.R. Reynolds (Eds). Handbook of Creativity (ms.135-145).NewYork: HenryHolt.

Hennessey, B.A., &Amabile, T.M. 1988. The Conditions ofCreativity. DalamR.J. Sternberg, The Nature of creativity: Contemporary psychologicalperspectives. (ms.11-38). Cambridge: Cambridge University Press.

Page 30: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7510240260… · memainkan peranan penting bagi membina kreativiti ... Peringkat rangsangan telah

30

Hennessey, B. A., & Amabile, T.M. 1998. Reward, Intrinsic Motivation, andCreativity. American Psychologist, 674-675.

Howe, M.J.A. 1999. Prodigies andCreativity. . Dalam R.J. Sternberg, Handbookof Creativity (ms. 431-446). Cambridge: Cambridge UniversityPress.

James,W. 1908. Talks to Teachers on Psychology. NewYork: HenryHolt.

Julismah, J. 2005. Pengenalan Ilmu Konten Pedagogi dalam PendidikanJasmani dan Sains Sukan. Tanjong Malim: Penerbit UPSI.

Ng. A.K. 2001. Why Asians are Less creative than Westerners. Singapore:Prentice Hall.

Ng, A. K. 2004. Liberating The Creative Spirit In Asian Students. Singapore:Prentice Hall.