FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti...

22
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2012 HBMT 1203 PENGAJARAN MATEMATIK PRA-SEKOLAH NO. MATRIKULASI : 810407135041001 NO. KAD PENGENALAN : 810407-13-5041 NAMA : JASNI BIN EHWAN NO. TELEFON : 013-8415439 E-MEL : [email protected] : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PPT SIBU

Transcript of FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti...

Page 1: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei 2012 hbmt 1203 pengajaran matematik pra-sekolah

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2012

HBMT 1203

PENGAJARAN MATEMATIK PRA-SEKOLAH

NO. MATRIKULASI : 810407135041001

NO. KAD PENGENALAN : 810407-13-5041

NAMA : JASNI BIN EHWAN

NO. TELEFON : 013-8415439

E-MEL : [email protected]

: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PPT SIBU

Page 2: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei 2012 hbmt 1203 pengajaran matematik pra-sekolah

810407135041001 HBMT1203

ISI KANDUNGAN

Bil.

Kandungan

Muka Surat

1

1.0 Pengenalan

2

2

2.0 Konsep Pendidikan Prasekolah

2.1 Konsep Awal Matematik

3

3

3

3.0 Konsep Pra Nombor

4

4

4.0 Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

8

5

5.0 Aktiviti Pembelajaran Prasekolah

5.1 Aktiviti Memadankan Objek

5.2 Aktiviti Membanding Objek

12

12

13

6

6.0 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

6.1 Tahap-Tahap Perkembangan Kognitif Jean Piaget

6.2 Implikasi Teori Kognitif Piaget Kepada Pengajaran

14

14

16

7

7.0 Teori Pembelajaran Bruner

7.1 Implikasi Teori Bruner Ke Atas Pengajaran Dan Pembelajaran

17

18

8

8.0 Kesimpulan

20

Rujukan

21

Page 3: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei 2012 hbmt 1203 pengajaran matematik pra-sekolah

810407135041001 HBMT1203

2

1.0 Pengenalan

Pendidikan prasekolah adalah asas kepada pendidikan di sekolah. Ia merupakan

pendedah awal murid kepada perkembangan individu selepas pendidikan awal di rumah.

Oleh itu, guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan

prasekolah yang merangkumi pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak, strategi

pengajaran dan pembelajaran dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan

prasekolah. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru prasekolah perlu menggunakan

pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya

pengajaan dan pembelajaran guru berkesan dan dapat difahami oleh kanak- kanak. Dalam

pendidikan prasekolah, guru prasekolah perlu mengendalikan pengajaran dan

pembelajaran dalam bentuk aktiviti kumpulan, individu dan kelas. Guru perlu sentiasa

menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

supaya mereka berasa lebih seronok semasa belajar.

Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah berdasarkan beberapa

prinsip teori pembelajaran. Antara teori tersebut ialah teori pembelajaan kognitif. Teori

pembelajaran kognitif merupakan salah satu teori yang sangat penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di pra sekolah. Teori ini menekankan proses

kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku murid dalam pembelajaran. Teori

pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa pengalaman sedia ada kanak-kanak dapat

membantu mereka dalam menyelesaikan masalah.

Teori pembelajaran kognitif juga memberikan beberapa implikasi terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Selain itu, teori tersebut juga memberi

penekanan kepada penyusunan isi pelajaran hendaklah disediakan berdasarkan peringkat

perkembangan kanak-kanak. Ini kerana pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak adalah

berbeza mengikut umur atau tahap masing-masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan

dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak tersebut

agar pembelajaran lebih bermakna.

Page 4: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei 2012 hbmt 1203 pengajaran matematik pra-sekolah

810407135041001 HBMT1203

3

2.0 Konsep Pendidikan Prasekolah

Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman

pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau

lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.

Ia bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan,

menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk

ke alam sekolah rendah.

2.1 Konsep Awal Matematik

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dibangunkan dengan

matlamat untuk memperkembang dan menyuburkan potensi kanak-kanak yang secara

menyeluruh dan seimbang meliputi segenap aspek perkembangan sama ada fizikal,

emosi, rohani, intelek dan sosial. Proses ini berupaya dicapai melalui persekitaran

pembelajaran yang kondusif, selamat dan ceria serta disokong oleh pelaksanaan aktiviti

yang kreatif, menyeronokkan dan bermakna. Dalam konteks ini, peluang yang sama rata

akan diberikan kepada semua kanak-kanak untuk memperkembangkan potensi diri

melalui penglibatan aktif dalam aktiviti yang dirancangkan.

Prinsip utama yang diguna pakai dalam KSPK adalah berdasarkan kepada

pendekatan dan kandungan pembelajaran yang relevan dengan peringkat perkembangan

kanak-kanak serta turut mengambil kira perbezaan potensi antara individu. Adalah

diharapkan melalui pelaksaaan KSPK akan memberi kesempatan kepada kanak-kanak

memperoleh konsep dan kemahiran asas secara holistik yang berupaya menjana asas

yang kukuh dalam proses kesinambungan pembelajaran di sekolah rendah kelak.

Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak

berumur 4 hingga 6 tahun. Pengalaman matematik awal adalah penting kerana ia

merupakan asas untuk membantu murid menjalani kehidupan seharian dengan lebih

sistematik dan memudahkan murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi.

Page 5: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei 2012 hbmt 1203 pengajaran matematik pra-sekolah

810407135041001 HBMT1203

4

Pengalaman yang diberikan adalah merangkumi pengetahuan tentang konsep pra nombor,

nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang.

Guru hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara tersusun bagi

mencapai standard pembelajaran yang dihasratkan dan memastikan pengalaman

pembelajaran yang bermakna, menggembirakan, berkesan serta memberi motivasi kepada

murid untuk belajar.

3.0 Konsep Pra Nombor

Kemahiran pranombor merupakan kemahiran yang paling awal yang perlu

diperkenalkan kepada kanak- kanak sebelum memperkenalkan murid dengan konsep

nombor. Pendedahan awal konsep pra nombor pada seawal usia kanak-kanak adalah

penting bagi membina sikap positif terhadap Matematik. Pendekatan yang dirancang rapi

sesuai untuk membantu kanak-kanak untuk membina kemahiran numerasi. Kanak- kanak

memerlukan banyak pengalaman “hands-on” dan “menyebut” sebelum kemahiran

menulis nombor. Seawal umur 2 tahun, kanak-kanak telah mula mengajuk patah-patah

kata yang didengar di sekelilingnya. Contohnya “satu”, “dua”, “tiga” dan seterusnya.

Konsep pranombor dalam pendidikan prasekolah terbahagi kepada beberapa bahagian

iaitu :-

i. Pengelasan

ii. Perbandingan

iii. Seriasi

iv. Padanan satu dengan satu

v. Pola

vi. Keabadian

Page 6: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei 2012 hbmt 1203 pengajaran matematik pra-sekolah

810407135041001 HBMT1203

5

3.1 Pengelasan

Pengelasan merupakan pengumpulan objek konkrit dan semi konkrit berdasarkan

ciri-ciri yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan

mengumpul objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek tersebut boleh

dilakukan berdasarkan kepada :-

a) Satu ciri ( contohnya : warna, saiz, bentuk)

b) Dua ciri ( contohnya : warna dan bentuk, warna dan saiz )

c) Tiga cirri ( contohnya : warna, bentuk dan saiz )

d) Negatif ( contohnya : objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu )

Aktiviti pengelasan adalah proses yang penting bagi membentuk konsep nombor. Oleh

itu, prses pengelasan perlu melalui beberapa tahap iaitu :-

a) Memilih dan membanding

b) Mengumpul

c) Memilih semula

d) Mengasingkan kumpulan

e) Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep

3.2 Perbandingan

Proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas

perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975). Perbandingan berlaku apabila kita

membandingkan ciri- ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek. Tujuannya adalah untuk

memastikan murid- murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan

seperti banyak, lebih kurang dan lebih tinggi. Contoh perbandingan digunakan ialah :-

� Ukuran ( Panjang : Pendek , Tinggi : Rendah , Tebal : Nipis )

� Saiz ( Besar : Kecil )

� Berat ( Berat : Ringan )

� Bilangan ( Banyak : Sedikit )

Page 7: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei 2012 hbmt 1203 pengajaran matematik pra-sekolah

810407135041001 HBMT1203

6

3.3 Seriasi

Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan

berdasarkan kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk membolehkan murid mencari

pertalian antara satu objek dengan objek yang lain atau antara konsep matematik yang

lain. Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan

pengelasan. Ini menjadikan proses pembelajaran yang mereka lalui akan lebih bermakna.

Contoh seriasi yang biasa dilakukan adalah seperti berikut:

i) Menyusun mengikut pola urutan

Kecil � Besar , Nipis � Tebal , Rendah � Tinggi

Pendek � Panjang , Sempit � Luas

ii) Menyusun objek mengikut cirri bentuk, saiz, warna dan sebagainya.

3.4 Padanan Satu Dengan Satu

Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara

objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada :

i) konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk,

bilangan, pasangan dan sebagainya.

ii) konsep objek dengan nombor.

iii) konsep nombor dengan nombor.

Contoh padanan satu dengan satu adalah seperti berikut:

a. Memadan benda yang berpasangan yang sama (kasut)

b. Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama (sudu dan garpu)

c. Memadan bilangan yang sama

d. Memadan bilangan objek dengan simbol nombor

Page 8: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei 2012 hbmt 1203 pengajaran matematik pra-sekolah

810407135041001 HBMT1203

7

3.5 Pola

Salah satu aspek dalam Matematik adalah mengkaji pola. Contohnya dalam

kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan ada waktu malam. Terdapat empat cara

bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid:

a) Meniru pola

b) Menyambung pola

c) Melengkapkan pola

d) Membina pola sendiri

3.6 Keabadian

Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim,

isipadu dan keluasan. Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan

murid- murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau

diatur di tempat atau keadaan yang berbeza.

Page 9: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei 2012 hbmt 1203 pengajaran matematik pra-sekolah

810407135041001 HBMT1203

8

4.0 Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dipelajari oleh

kanak-kanak prasekolah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai

pembelajaran Matematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak

memahami perkembangan kanak-kanak dan asas dalam perkembangan Matematik

dengan terus mengajar kanak-kanak simbol nombor 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa

mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek di sekeliling (Rohani et. al, 2004). Ini

menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar.

Aktiviti bermain adalah asas dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Frobel

(1805) percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu yang berlaku

dalam keadaan yang menggembirakan. Bermain adalah suatu aktiviti pilihan bagi kanak-

kanak. Pembelajaran berbantukan komputer dapat meningkat keyakinan dan semangat

ingin tahu yang tinggi kepada kanak-kanak (Van Horn et. al., 2007). Ini mendorong

kanak-kanak mencari penyelesaian tanpa merasa takut. Selaras dengan itu suatu sistem

pembelajaran bagi tajuk konsep nombor dibangunkan berasaskan pendekatan permainan

bagi kanak-kanak prasekolah.

Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik

melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak

memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan, penjenisan, dan

susunan atur. Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan.

Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentuk-bentuk.

Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran

bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh

dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya.

Page 10: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei 2012 hbmt 1203 pengajaran matematik pra-sekolah

810407135041001 HBMT1203

9

Dalam memahami konsep nombor pula, kanak-kanak perlu menguasai kemahiran

serasi dan padanan satu dengan satu secara logik. Konsep nombor melibatkan tujuh aspek

pembelajaran iaitu mengetahui konsep nombor 1 hingga 5, mengetahui konsep nombor 1

hingga 10, mengetahui konsep dan nilai sifar, mengetahui konsep nombor 10 hingga 20,

mengetahui konsep siri 20, 30, 40, dan 50, operasi tambah dan akhir sekali ialah operasi

tolak. Contohnya, guru menjalankan aktiviti dalam mengetahui konsep dan nilai sifar, di

mana guru tersebut meletakkan 5 biji limau ke dalam bakul dan menyuruh mereka

mengeluarkan kesemua limau tersebut, setelah kesemua limau tersebut dikeluarkan maka

guru memberikan penerangan bahawa baki yang tinggal di dalam bakul tersebut adalah

sifar.

Konsep pra nombor perlu dipelajari oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh

menggunakankonsep nombor keseluruhannya dengan betul. Konsep ini penting untuk

membolehkan kanak-kanak memperoleh sebahagian gambaran yang berkesan tentang

nombor keseluruhannya. Kebolehan mengelaskan objek atau benda mengikut warna ,

bentuk dan saiz. Kebolehan mengenal kuantiti melaluiperbandingan, banyak atau sedikit,

sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang.

Pada peringkat ini, instruksi yang boleh digunakan oleh guru ialah menunjukkan

mereka benda-benda maujud. Guru boleh membawa bahan seperti buah-buahan dan

benda-benda yang menarik ke dalam kelas agar kanak-kanak mengenali bahan tersebut

dengan lebih dekat. Mereka boleh memegang, mengenali bentuk dan merasa bahan-bahan

tersebut serta mengingatinya. Melalui kaedah ini para pelajar akan dapat mengetahui

bahawa kuantiti objek adalah berbeza. Hal ini boleh digunakan oleh guru kerana pada

tahap ini pelajar sudah boleh mengingati sesuatu dengan lebih lama dan suka bertanya

serta cuba memahami konsep.Mereka mula menggun akan bahasa secara sedikit demi

sedikit dan berfikir menggunakan bentuk-bentuk simbol.

Page 11: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei 2012 hbmt 1203 pengajaran matematik pra-sekolah

810407135041001 HBMT1203

10

Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya

kreativiti dan memupuk minat terhadap Matematik . Ianya juga akan dapat

mengurangkan rasa bosan dan jemu, khusus semasa menyelesaikan pelbagai masalah

Matematik. Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran

dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar.

Penyelesaian bagi beberapa masalah dalam matematik boleh ditunjukkan melalui aktiviti

permainan dan simulasi, khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan

seharian. Simulasi juga sering digunakan untuk menerangkan jawapan atau penyelesaian

dalam rekreasi Matematik. Flansburg (1994) telah menyatakan bahawa pembelajaran

Matematik bukanlah dengan mengingat tetapi merupakan aktiviti yang kreatif seperti

melukis, menulis atau bermain.

Berlainan pula dengan Bruner, beliau juga tidak menafikan mungkin satu lagi

jenis kecerdasan wujud iaitu kecerdasan naturalis dan menjadikan jumlah keseluruhan

kecerdasan yang ada ialah lapan. Setiap murid di dalam kelas bukan hanya tertakluk

kepada satu jenis kecerdasan sahaja. Seseorang itu mungkin memiliki dua atau lebih

kecerdasan dan ini adalah tugas guru untuk mencari cara pembelajaran yang sesuai

dengan seseorang pelajar itu berdasarkan jenis kecerdasan mereka.

Pengetahuan Matematik tidak wujud dalam objek atau realiti luaran, tetapi ia

adalah perkaitan (Kamii, 1982). Sebaliknya proses mengira sebenar hanya berlaku

sekiranya kanak-kanak faham maksud satu dengan satu benda, dua dengan dua benda dan

seterusnya (Fuson, 1988).

Selain itu, guru juga perlu sedar bahawa pada peringkat awal kanak-kanak di

prasekolah perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri daripada objek-

objek besar iaitu yang senang dilihat dan disentuh. Pelbagai jenis alat bantu mengajar

diperlukan untuk mengajar kanak-kanak disebabkan perkembangan kognitifnya yang

terhad. Murid-murid di peringkat ini juga masih belum bersedia menyelesaikan masalah

abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, banyak contoh konkrit dan analogi

diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid-murid.

Page 12: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei 2012 hbmt 1203 pengajaran matematik pra-sekolah

810407135041001 HBMT1203

11

Guru memainkan peranan penting dalam merancang aktiviti-aktiviti yang

menyeronokkan dan bermakna bagi kanak-kanak. Aktiviti yang dirancang haruslah

bervariasi kerana kanak-kanak mempunyai pelbagai jenis kecerdasan. Antara cadangan

lain aktviti yang boleh dilaksanakanialah :-

a) Aktiviti di dalam bilik darjah

Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan semua murid dalam aktiviti yang sama.

Kebiasaannya aktiviti berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh guru melalui

penerangan, arahan, penceritaan, pertanyaan dan menjawab soalan di akhir sesi

pembelajaran menunjukkan aktiviti bermain secara berkumpulan dalam bilik darjah.

b) Aktiviti berkumpulan

Aktiviti berkumpulan sangat penting kerana melalui aktiviti ini kanak- kanak belajar

berkongsi dan menanti giliran untuk mengambil bahagian. Apabila bermain dalam

aktiviti berkumpulan, guru hendaklah memastikan setiap kumpulan melibatkan jantina,

agama dan bangsa yang berlainan. Kumpulan hendaklah dalam jumlah ahli yang kecil

supaya setiap kanak- kanak mendapat peluang yang sama rata. Objektif sampingan

adalah supaya kanak-kanak dapat bekerjasama antara satu sama lain.

c) Aktiviti individu

Di samping aktiviti di dalam bilik darjah dan berkumpulan, guru juga hendaklah

mengadakan aktiviti perseorangan. Ada ketikanya aktiviti perseorangan sesuai kepada

kanak- kanak kerana ia memberi peluang kepada kanak- kanak untuk berdikari dan

membenarkan guru memberi arahan secara perseorngan kepada kanak- kanak.

Page 13: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei 2012 hbmt 1203 pengajaran matematik pra-sekolah

810407135041001 HBMT1203

12

5.0 Aktiviti Pembelajaran Prasekolah

Bagi mencapai matlamat pembelajaran, guru seharusnya merancang dan

melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang positif kepada kanak-kanak.

Kejayaan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat dipengaruhi oleh sejauh

mana tahap pemahaman dan penghayatan guru dalam merealisasikan hasrat dan matlamat

yang terkandung dalam KSPK. Dalam masa yang sama, tahap pengetahuan, kemahiran,

sikap dan komitmen guru untuk merencanakan pendidikan di peringkat prasekolah yang

berkualiti menjadi sebahagian daripada elemen yang perlu diberi perhatian yang serius.

5.1 Aktiviti Memadankan Objek

Objektif pembelajaran bagi aktiviti ini ialah murid dapat memadankan dua

kumpulan objek yang mempunyai bilangan sama. Berikut ialah contoh langkah

pengajaran bagi aktiviti tersebut :-

a) Guru menunjukkan tiga kuntum bunga tiruan dan tiga helai daun tiruan.

b) Guru meminta murid memadankan dua kumpulan objek tersebut .

Rajah 1 : Memadan dua kumpulan objek

c) Guru ulangi aktiviti di atas dengan objek dan bilangan yang lain.

(Contoh : 5 batang pensel dengan 5 batang pembaris)

Page 14: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei 2012 hbmt 1203 pengajaran matematik pra-sekolah

810407135041001 HBMT1203

13

5.2 Aktiviti Membanding Objek

Objektif pembelajaran bagi aktiviti ini ialah murid membuat perbandingan dua

kumpulan objek dengan menyatakan sama banyak, lebih atau kurang. Berikut ialah

contoh langkah pengajaran bagi aktiviti tersebut :-

a) Semua murid diminta mengambil gula-gula yang disediakan.

b) Murid mengira dan memberitahu bilangan gula-gula masing-masing.

c) Guru memanggil 2 orang murid ke hadapan dan bandingkan gula-gula yang

dikumpul. (seorang mempunyai lebih dan seorang lagi kurang)

d) Guru bersoal jawab dengan murid.

Gula-gula siapa lebih banyak?

Gula-gula siapa kurang?

e) Guru membimbing murid-murid menyebut.

Contoh : 1) Gula-gula Abu lebih banyak daripada gula-gula Ali.

2) Bilangan B lebih banyak daripada bilangan A

Rajah 2 : Membanding dua kumpulan objek

f) Aktiviti diulang dengan menggunakan objek yang

berlainan sehingga murid-murid boleh membuat perbandingan.

A

B

Page 15: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei 2012 hbmt 1203 pengajaran matematik pra-sekolah

810407135041001 HBMT1203

14

6.0 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Terdapat beberapa konsep penting yang terkandung dalam teori kognitif ini.

Antara konsep-konsep tersebut adalah skema, asimilasi, akomodasi dan adaptasi. Teori

ini menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu merujuk kepada aktiviti-

aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep,

menyelesaikan masalah dan sebagainya. Menurut Piaget (1983), perkembangan kognitif

seseorang kanak-kanak adalah mengikut siri urutan yang berperingkat-peringkat. Teori

perkembangan kognitif ini dibahagikan kepada empat peringkat seperti berikut :-

i) Peringkat deria motor ( 0 – 2 tahun )

ii) Peringkat praoperasi ( 2 – 7 tahun )

iii) Perinkat operasi konkrit ( 7 – 11 tahun )

iv) Peringkat operasi formal ( 11 tahun dan keatas )

6.1 Tahap-Tahap Perkembangan Kognitif Jean Piaget

6.1.1 Peringkat deria motor ( 0 – 2 tahun )

Pada peringkat ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan

persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi

tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di

sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali

sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning), Mussen dan Kagan

(1974).

Page 16: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei 2012 hbmt 1203 pengajaran matematik pra-sekolah

810407135041001 HBMT1203

15

6.1.2 Peringkat praoperasi ( 2 – 7 tahun )

Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku

yang ketara seperti kebolehan mengira. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian

tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah

laku yang stabil. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi

mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku. Selain itu, Piaget juga mengatakan

bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting

iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana

kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Ingatan pula

ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai

peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi

yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian

mental. Tahap ini bahagikan kepada dua sub tahap iaitu tahap pra-konseptual (2-4 tahun)

dan tahap pra-operasi (4-7 tahun).

6.1.3 Perinkat operasi konkrit ( 7 – 11 tahun )

Tahap operasi konkrit berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun.

Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku

pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan

gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.

Perkembangan semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima

pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-

rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman

persekolahan. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak

pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak

boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

Page 17: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei 2012 hbmt 1203 pengajaran matematik pra-sekolah

810407135041001 HBMT1203

16

6.1.4 Peringkat operasi formal ( 11 tahun dan keatas )

Pada peringkat ini kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa

pertimbangan bagi satu satu masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak.

Justeru, mereka boleh menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang

melibatkan operasi abstrak.

6.2 Implikasi Teori Kognitif Piaget Kepada Pengajaran

Berikut adalah beberapa implikasi teori kognitif Piage terhadap pengajaran :-

� Memahami perkembangan kognitif pelajar. Oleh itu pengajaran hendaklah

dilaksanakan berpandukan tahap pemahaman pelajar.

� Pelajar memerlukan aktiviti “hands on” dan explorasi aktif.

� Pelbagai bahan bantu mengajar digunakan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran.

� Pengajaran hendaklah diperingkatkan dimana setiap topik perlu disusun dari

aras yang senang ke susah.

� Contoh-contoh konkrit dan analogi digunakan bagi memudahkan pemahaman

murid terhadap isi pembelajaran.

Page 18: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei 2012 hbmt 1203 pengajaran matematik pra-sekolah

810407135041001 HBMT1203

17

7.0 Teori Pembelajaran Bruner

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan

kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran

berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana

tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha

sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi

mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada

perubahan pada seseorang.

Jerome Bruner (1966), menyatakan bahawa pembelajaran merupakan proses yang

aktif. Ini bermaksud pelajar membina pengetahuannya sendiri atau konsep baru

berasaskan pengalaman. Pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar berhadapan

dengan tugasan atau masalah yang telah biasa ditemui. Pelajar akan memahami dan

mengingati sesuatu konsep dengan mudah serta kekal melalui pembelajaran yang

bermakna, Abu Hassan Kassim (2003).

Teori Perkembangan Kognitif oleh Bruner berpendapat bahawa perkembangan

kognitif kanak-kanak adalah melalui tiga peringkat iaitu peringkat enaktif, peringkat

ikonik dan peringkat simbolik. Pada peringkat awal, kanak-kanak kebiasaannya belajar

melalui peringkat enaktif. Peringkat ini adalah serupa dengan peringkat deria motor iaitu

untuk memahami berinteraksi dengan persekitarannya. Banyak aktiviti yang dilakukan

adalah berdasarkan kepada pergerakan anggota kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak

mudah mempelajari apa sahaja pada peringkat ini. Pada peringkat ini, kanak-kanak

haruslah diberi pengalaman yang kukuh tentang sesuatu pembelajaran supaya semua

aktiviti yang dipelajarinya tersimpan dalam jangka masa yang panjang.

Pada peringkat ikonik pula merupakan peringkat seterusnya dalam perkembangan

kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak belajar memikirkan sesuatu melalui imej dan

gambarajah. Menurut Richard Overbaugh (2004), kanak-kanak dapat menyatakan

bilangan objek yang ditunjukkan. Sebagai contoh, nombor 3 dikaitakan dengan objek

yang mempunyai nilai 3.

Page 19: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei 2012 hbmt 1203 pengajaran matematik pra-sekolah

810407135041001 HBMT1203

18

Manakala dalam peringkat simbolik pula kanak-kanak boleh memahami dan

belajar melalui simbol dan konsep yang lebih meluas. Bruner (1966) berpendapat bahawa

ketiga-tiga peringkat perkembanagan kognitif itu tidak boleh terpisah antara satu sama

lain, tetapi terus berkembang dalam kehidupan seseorang.

7.1 Implikasi Teori Bruner Ke Atas Pengajaran Dan Pembelajaran

Murid-murid belajar melalui pengalaman. Dengan itu guru perlu menyediakan

peluang untuk murid-murid meneroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman

seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna. Bagi murid-murid

prasekolah, bahan pengajaran dan pembelajaran seperti gambar, carta dan objek perlu

digunakan bagi memudahkan pembentukan konsep.

Bruner juga menekankan pembelajaran yang terhasil daripada interaksi murid

dengan guru, interaksi dengan murid-murid lain dan interaksi dengan bahan pengajaran.

Maka kerja berkumpulan dan sesi perbincangan perlu diadakan dari masa ke semasa.

Penglibatan murid-murid penting agar mereka dapat menikmati pembelajaran bermakna.

Pengetahuan juga perlu disusun dan diperingkatkan agar pembentukan konsep bermula

daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang rumit. Ini bermakna guru perlu

memeringkatkan isi pelajaran.

Bruner juga menekankan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Ini bermakna

guru perlu memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu tingkahlaku yang diingini

dilakukan. Kesediaan belajar juga ditekankan oleh Bruner. Dengan itu, guru perlu

mengambil kira kesediaan belajar murid-murid ketika merancang proses pengajarannya.

Sementara itu, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-menolong

akan dapat dipupuk dalam aktiviti pengumpulan maklumat projek dan perbincangan.

Page 20: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei 2012 hbmt 1203 pengajaran matematik pra-sekolah

810407135041001 HBMT1203

19

Berikut adalah antara lain beberapa implikasi teori ini kepada pengajaran di bilik

darjah :-

� Guru hendaklah menyediakan peluang untuk pelajar meneroka seperti projek,

lawatan dan kajian luar.

� Gunakan gambar, carta dan objek bagi memudahkan pembentukan konsep.

� Hukum dan prinsip hendaklah ditekankan supaya pelajar berupaya

mengaplikasikan dalam menyelesaikan masalah.

� Kerja kumpulan dan perbincangan hendaklah dikendalikan.

� Pengetahuan perlu disusun dan dipertingkatkan agar pembentukan konsep

bermula dari yang mudah kepada yang susah.

� Mengambil kira kesediaan pelajar untuk belajar.

� Mewujudkan peluang untuk pelajar menyusun, menganalisis dan membuat

sintesis.

Page 21: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei 2012 hbmt 1203 pengajaran matematik pra-sekolah

810407135041001 HBMT1203

20

8.0 Kesimpulan

Oleh itu, dapat dirumuskan perkembangan kognitif kanak-kanak pada usia 4

hingga 6 tahun adalah amat penting kerana proses ini akan mempengaruhi kehidupan dan

masa depan seseorang kanak-kanak tersebut. Ini disebabkan oleh perkembangan kognitif

merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak

dan ianya sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Sekaligus

melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran

berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya.

Komponen perkembangan kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan awal

kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran.

Selain itu juga, kanak-kanak dapat berfikir secara logikal matematik melalui manipulasi

objek secara konkrit dan pemperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat serta

memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah dalam kehidupan harian kanak-

kanak tersebut. Selain itu, murid juga dapat menguasai kemahiran kognitif melalui

interaksi sebenar dengan menggunakan pelbagai jenis bahan yang mudah didapati di

sekeliling mereka bagi meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut.

Page 22: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMT1203_V2SMP/... · fakulti pendidikan dan bahasa semester mei 2012 hbmt 1203 pengajaran matematik pra-sekolah

810407135041001 HBMT1203

21

RUJUKAN

Abdul Aziz Abdul Shukor, Suppiah Nachiappan & Ramlah Jantan. (2008).

Psikologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Gibbs dan Castadena. (1975). Konsep Awal Matematik di Pra Sekolah. Dicapai pada 16

Jun 2012, daripada http://nzamy15.blogspot.com/2010/12/konsep-awal-

matematik-di-prasekolah.html

Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (2004). Pedagogi Asas

Pendidikan. Selangor : Penerbitan Kyazano Enterprise.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. (2010). Bahagian Pembangunan

Kurikulum : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Konsep Awal Matematik Di Prasekolah. (2010). Dicapai pada 16 Jun 2012, daripada

http://nzamy15.blogspot.com/2010/12/konsep-awal-matematik-di-

prasekolah.html

Lee Shok Mee. (1997) Psikologi Pendidikan 2 : Teori Dan Aplikasi Psikologi Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Luthfis. (2008). Teori Perkembangan Kognitif. Dicapai pada 16 Jun 2012, daripada

http://luthfis.wordpress.com/2008/04/20/perkembangan-kognitif-dalam-

persprektif-piaget/.

Nor Azira Zakaria. (2008). Teori Perkembangan Kognitif. Dicapai pada 16 Jun 2012,

daripada http://www.scribd.com/doc/5517475/teori-perkembangan-kognitif.

Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. (2010). Dicapai pada 16 Jun 2012, daripada

http://allaboutpemulihan.blogspot.com/2011/10/kemahiran-asas-

matematik.html

Prinsip Teori Pembelajaran Kognitif. (2010). Dicapai pada 16 Jun 2012, daripada

http://syufaal.blogspot.com/2010/08/prinsip-teori-pembelajaran-kognitif.html

Sulaiman Ngah Razali. (1997). Pedagogi Teori dan Praktik. Selangor : Dewan

Bahasa & Pustaka.