FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI · tajuk penyelidikan kepada yang lebih mudah dilaksanakan....

12
Terhad - Edaran Dalaman Kepada Pensyarah Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi 1 FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI GARIS PANDUAN PENSYARAH BAGI PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN PENILAIAN PELAJAR DI FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI SEMASA PENULARAN WABAK COVID-19 DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN SEPANJANG SEMESTER MAC JULAI 2020 1.0 TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan kepada semua pensyarah di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi termasuk di kampus cawangan berkaitan dengan perkara- perkara yang berikut: i. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ii. Penilaian dan pentaksiran pembelajaran iii. Latihan Industri (LI) iv. Projek Penyelidikan Tahun Akhir v. Etika Penyelidikan vi. Projek Penyelidikan Pascasiswazah 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Ekoran dengan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berserta dengan arahan-arahan semasa yang diterima di peringkat negara, Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Universiti Teknologi MARA, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi melalui Jawatankuasa Akademik Fakulti (JAF) Bil 3/2020 bertarikh 6 April 2020 telah membuat beberapa ketetapan bagi semua program akademik untuk memastikan aktiviti pengajian bagi Sesi II dan Sesi III 2019/2020 dapat berjalan dengan lancar. 2.2 Semua staf akademik di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi adalah tertakluk untuk mematuhi keperluan universiti dan fakulti. 3.0 PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) 3.1 Semua sesi penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) perlu dijalankan secara atas talian dan jarak jauh (Open and Online Distance Learning, ODL) sepanjang sesi II 2019/2020 mulai pada 13 April 2020 (Kuliah 2). 3.2 Aktiviti PdP secara ODL disaran untuk dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi yang lazimnya mudah diakses oleh pelajar. Oleh kerana keupayaan akses pelajar kepada talian internet adalah berbeza, maka pensyarah hendaklah mengenalpasti kaedah yang sesuai supaya penglibatan semua pelajar di dalam kelas yang terlibat adalah tinggi. Antara aplikasi mudah dan “Internet bandwidth” yang rendah yang boleh digunakan adalah seperti WhatsApp dan Telegram. Jika

Transcript of FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI · tajuk penyelidikan kepada yang lebih mudah dilaksanakan....

Page 1: FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI · tajuk penyelidikan kepada yang lebih mudah dilaksanakan. Contoh, penyelidikan menggunakan kaedah soal selidik atas talian, menggunakan data asli

Terhad - Edaran Dalaman Kepada Pensyarah Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi

1

FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI

GARIS PANDUAN PENSYARAH BAGI PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN PENILAIAN PELAJAR DI FAKULTI SAINS SUKAN DAN

REKREASI SEMASA PENULARAN WABAK COVID-19 DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN SEPANJANG SEMESTER MAC – JULAI 2020

1.0 TUJUAN

Garis panduan ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan kepada semua pensyarah di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi termasuk di kampus cawangan berkaitan dengan perkara-perkara yang berikut:

i. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ii. Penilaian dan pentaksiran pembelajaran iii. Latihan Industri (LI) iv. Projek Penyelidikan Tahun Akhir v. Etika Penyelidikan vi. Projek Penyelidikan Pascasiswazah

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Ekoran dengan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berserta dengan arahan-arahan semasa yang diterima di peringkat negara, Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Universiti Teknologi MARA, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi melalui Jawatankuasa Akademik Fakulti (JAF) Bil 3/2020 bertarikh 6 April 2020 telah membuat beberapa ketetapan bagi semua program akademik untuk memastikan aktiviti pengajian bagi Sesi II dan Sesi III 2019/2020 dapat berjalan dengan lancar.

2.2 Semua staf akademik di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi adalah tertakluk untuk

mematuhi keperluan universiti dan fakulti. 3.0 PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

3.1 Semua sesi penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) perlu dijalankan

secara atas talian dan jarak jauh (Open and Online Distance Learning, ODL) sepanjang sesi II 2019/2020 mulai pada 13 April 2020 (Kuliah 2).

3.2 Aktiviti PdP secara ODL disaran untuk dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi yang lazimnya mudah diakses oleh pelajar. Oleh kerana keupayaan akses pelajar kepada talian internet adalah berbeza, maka pensyarah hendaklah mengenalpasti kaedah yang sesuai supaya penglibatan semua pelajar di dalam kelas yang terlibat adalah tinggi. Antara aplikasi mudah dan “Internet bandwidth” yang rendah yang boleh digunakan adalah seperti WhatsApp dan Telegram. Jika

Page 2: FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI · tajuk penyelidikan kepada yang lebih mudah dilaksanakan. Contoh, penyelidikan menggunakan kaedah soal selidik atas talian, menggunakan data asli

Terhad - Edaran Dalaman Kepada Pensyarah Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi

2

ada pelajar yang berkeperluan khas (tiada capaian internet), mohon menyediakan sesi berasingan, atau dilaksanakan secara jarak jauh (pos bahan pengajaran). Pelajar yang tidak mempunyai akses kepada talian internet juga perlu dikenalpasti oleh pensyarah dan dimaklumkan kepada KPP untuk dibenarkan mengikuti kuliah secara maya di kampus bermula 4 Jun 2020 (Tertakluk kepada kelulusan JAF dan tempoh PKP).

3.3 Resourse Person (RP) perlu berbincang dengan Lecturer in Charge (LIC) di

kampus cawangan untuk merangka bersama kaedah PdP dan penilaian secara ODL dan memastikan proses penyampaian yang seragam.

3.4 Terdapat pelbagai aplikasi PdP secara ODL yang boleh digunakan seperti di

Lampiran 1. Pensyarah juga boleh rujuk laman sesawang https://sites.google.com/uitm.edu.my/covid19uitmhea/home

3.5 Pensyarah juga boleh mendapat panduan dan merujuk kepada beberapa laman sesawang yang disediakan oleh UiTM seperti:-

i. Center for Innovative Delivery and Learning Development (CIDL)

https://sites.google.com/uitm.edu.my/covid19uitmhea/home

ii. Institute of Continuing Education & Professional Studies (iCEPS) https://padlet.com/iceps/uitm

iii. atau mana – mana rujukan bersesuaian yang disediakan oleh UiTM dan

pihak luar.

3.6 Pensyarah akan melaksanakan sesi kuliah seperti berikut:

AKTIVITI TARIKH TEMPOH

KULIAH 2 (bagi semua kursus)

13 April – 24 Mei 2020 6 MINGGU

CUTI KHAS PERAYAAN

25 Mei – 3 Jun 2020 10 HARI

KULIAH 3a 4 Jun – 1 Julai 2020 4 MINGGU

KULIAH 3b (bagi kursus yang berkaitan sahaja)

4 Jun – 9 Ogos 2020 10 MINGGU

MINGGU ULANGKAJI (bagi

kursus 3a)

2 – 4 Julai 2020 3 HARI

TARIKH AKHIR PENILAIAN

BERTERUSAN

21 Julai 2020 (bagi kursus 3a)

23 Ogos 2020

(bagi kursus 3b)

- -

CUTI SEMESTER 22 Julai – 11 Oktober 2020 (Tertakluk kepada pembelajaran dan pengajaran kursus berkaitan)

12 MINGGU

3.7 Penetapan sesi akademik FSR ini termasuk semua program FSR di semua Kampus Cawangan.

Page 3: FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI · tajuk penyelidikan kepada yang lebih mudah dilaksanakan. Contoh, penyelidikan menggunakan kaedah soal selidik atas talian, menggunakan data asli

Terhad - Edaran Dalaman Kepada Pensyarah Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi

3

3.8 Sehubungan itu, semua RP diminta mengisi templat Perubahan Course Information (CI) bagi kelulusan pelaksanaan penyampaian pengajaran dan penilaian pentaksiran ODL.

3.9 Ketua Pusat Pengajian (KPP) bagi Program Pengurusan Sukan dan Sains Sukan

telah membentangkan templat berkaitan Perubahan Penyampaian Pengajaran dan Penilaian Pembelajaran bagi semester ini daripada Resource Person (RP) dan telah mengenalpasti kod-kod kursus yang terlibat bagi Kuliah 3a dan 3b.

3.10 Bagi kod kursus yang boleh dilaksanakan secara ODL sepenuhnya, opsyen Sesi

Kuliah 3a disarankan mengikut kaedah pengajaran yang telah dicadangkan oleh RP.

3.11 Sepanjang sesi Kuliah 2 (bermula 13 April 2020) dan 3a (bermula 4 Jun – 1 Julai 2020), pelajar perlu berada sama ada di rumah keluarga, di kolej kediaman atau di rumah sewa masing-masing mengikut keberadaan semasa PKP.

3.12 Bagi kursus yang memerlukan interaksi secara bersemuka (face-to-face, F2F)

seperti bengkel/studio/makmal/padang/lapangan dan seumpamanya, pihak fakulti menyarankan untuk opsyen Sesi Kuliah 3b (bermula 4 Jun – 9 Ogos 2020). Semasa Sesi Kuliah 3b, pelajar akan dibenarkan pulang ke kampus untuk meneruskan pengajian dan penilaian secara bersemuka (tertakluk kepada pindaan UiTM dan PKP).

3.13 Sila rujuk Lampiran 2, Jadual 1 untuk senarai kursus – kursus yang akan

dilaksanakan mengikut opsyen Sesi Kuliah 3b (tertakluk kepada pindaan dan kelulusan BHEA, UiTM)

3.14 Walaupun pensyarah adalah tidak tertakluk pada Jadual Waktu Kuliah (JWK) asal,

namun bagi mengelakkan pertindihan kelas, pensyarah perlu menggunakan jadual waktu kuliah asal sebagai asas memulakan pembelajaran ODL dengan pelajar masing – masing.

3.15 Semua kaedah yang digunakan bagi aktiviti pengajaran dan penyertaan pelajar

dalam sesi pembelajaran perlu didokumenkan (templat CI, Scheme of Work, Course Assessment Plan, Kedatangan Pelajar, Rubrik Penilaian) bagi tujuan pemantauan dan pelaporan.

4.0 PELAKSANAAN PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

4.1 Berikutan pelaksanaan PdP dan penilaian secara ODL, TIADA Peperiksaan Akhir akan dijalankan. Semua penilaian perlu diolah kepada Penilaian Berterusan (Continuous Assessments). Semua kaedah penilaian juga adalah secara atas talian kecuali penilaian yang melibatkan bengkel/studio/makmal/padang/ lapangan dan seumpamanya.

4.2 Diantara saranan pelaksanaan Penilaian Berterusan secara ODL adalah seperti ujian/kuiz dan pembentangan secara maya, penghasilan video sesi praktikal kerja lapangan, penulisan laporan projek makmal menggunakan data terdahulu, dan sebagainya.

4.3 Bagi mengekalkan kualiti proses penilaian pelajar, penilaian akhir mesti mematuhi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)/ Jadual Spesifikasi Ujian Berterusan (JSUB) yang

Page 4: FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI · tajuk penyelidikan kepada yang lebih mudah dilaksanakan. Contoh, penyelidikan menggunakan kaedah soal selidik atas talian, menggunakan data asli

Terhad - Edaran Dalaman Kepada Pensyarah Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi

4

telah ditetapkan. RP perlu menentukan perubahan penilaian dan pentaksiran akhir. Sebagai contoh, untuk kursus yang asalnya menetapkan 60% penilaian berterusan. 40% peperiksaan akhir, maka 40% peperiksaan akhir tersebut boleh diubah menjadi Ujian1 (20%) dan Ujian 2 (20%), atau lain-lain tugasan tambahan yang memenuhi kerperluan kursus.

4.4 Proses semakan soalan atau bahan Penilaian Akhir perlu diselaraskan oleh RP dan JK Peperiksaan Fakulti (tertakluk kepada pindan Bahagian Penilaian Akademik UiTM). RP boleh menentukan kaedah dan masa Penilaian Akhir yang bersesuaian dengan kursus masing-masing.

4.5 Jadual Waktu Peperiksaan (JWP) tidak akan dikeluarkan. Pensyarah boleh memulakan Penilaian Akhir secara ODL setelah tamat silibus. Walaubagaimanapun, RP perlu memastikan tiada pertindihan waktu atau jadual penilaian yang boleh membebankan pelajar.

4.6 Penilaian Berterusan dan Penilaian Akhir boleh dijalankan sebelum tarikh akhir memuatnaik markah (Kursus 3a: 21 Julai 2020; kursus 3b: 23 Ogos 2020) dalam sistem Result Entry System (RES).

4.7 Kaedah penghantaran markah dalam template RES dan tarikh – tarikh

aktiviti/operasi akademik yang perlu dipatuhi akan dimaklumkan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA).

4.8 Semua kaedah yang digunakan bagi aktiviti penilaian dan pentaksiran perlu

didokumenkan bagi tujuan pemantauan dan pelaporan. 5.0 PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI

5.1 Latihan Industri (LI) akan bermula pada 4 Jun 2020 (masa sesi kuliah 3b)

bergantung pada tempoh PKP dan kelulusan majikan.

5.2 Pendekatan ini mengambilkira isu kesihatan dan keselamatan pelajar serta risiko dijangkiti wabak COVID-19 jika dibenarkan menyambung LI sejurus selepas tamat tempoh PKP (dijangka bulan April atau Mei 2020).

5.3 Jika PKP masih belum berakhir selepas tarikh 4 Jun 2020, tarikh baharu untuk LI

akan dimaklumkan kelak. Pemakluman kepada Majikan mengenai tarikh baru dan tempoh LI akan dilaksanakan oleh Penyelaras LI.

5.4 Hanya LI dengan cara berkerja dari rumah (work from home, WFH) dan mendapat

kebenaran majikan sahaja dibenarkan meneruskan LI sepanjang tempoh PKP.

5.5 Bagi mengurangkan risiko pelajar terdedah dengan wabak COVID-19 semasa menjalankan LI, Fakulti telah menyarankan untuk memendekkan tempoh LI. MQA telah menetapkan bagi pelajar yang mencapai minima 70% kehadiran tempoh latihan praktikal adalah mencukupi untuk Lulus.

5.6 Pelajar mempunyai baki tempoh praktikal mengikut program adalah seperti berikut:

Page 5: FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI · tajuk penyelidikan kepada yang lebih mudah dilaksanakan. Contoh, penyelidikan menggunakan kaedah soal selidik atas talian, menggunakan data asli

Terhad - Edaran Dalaman Kepada Pensyarah Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi

5

Program Tempoh LI Asal

Tempoh LI Baharu

Baki Tempoh LI*

SR111

8 minggu 6 minggu 4 minggu

SR113 SR241 SR243

12 minggu 9 minggu 7 minggu

*Pelajar telah memulakan LI selama 2 minggu sebelum PKP bermula.

6.0 PROJEK PENYELIDIKAN TAHUN AKHIR PELAJAR SARJANA MUDA

6.1 Semua pensyarah yang ditugaskan menjadi penyelia projek penyelidikan pelajar

Sarjana Muda adalah perlu meneruskan tugasan penyeliaan dan penilaian secara ODL.

6.2 Penyelia perlu berbincang dengan pelajar untuk membuat sebarang perubahan (jika perlu) terhadap tajuk dan rekabentuk projek penyelidikan untuk semester ini.

6.3 Penyelia dan pelajar yang telah bercadang untuk melaksanakan penyelidikan

menggunakan peralatan makmal / intervensi manusia. disarankan untuk menukar tajuk penyelidikan kepada yang lebih mudah dilaksanakan. Contoh, penyelidikan menggunakan kaedah soal selidik atas talian, menggunakan data asli penyelidikan yang masih belum digunakan untuk mana-mana projek penyelidikan, menggunakan data video (analisa prestasi atlet semasa latihan/pertandingan), data pelaporan keputusan pertandingan sukan, data GPS atlet semasa latihan/pertandingan dan dapatan jurnal atas talian (systematic review).

6.4 Pembentangan hasil projek penyelidikan pelajar Sarjana Muda kepada penyelia juga perlu dibuat secara atas talian.

6.5 Tarikh akhir penilaian projek penyelidikan pelajar adalah pada 23 Ogos 2020 (sama seperti kursus 3B). Pelajar yang tidak dapat menyiapkan projek penyelidikan Tahun Akhir akan diberi status G atau TL.

7.0 ETIKA PENYELIDIKAN

7.1 Bagi projek penyelidikan pelajar peringkat Sarjana Muda, tiada keperluan untuk

mendapatkan kelulusan Etika Penyelidikan pada semester ini.

7.2 Pelajar pascasiswazah peringkat Sarjana (Kerja Kursus, Penyelidikan) dan PhD, perlu mendapatkan kelulusan JK Etika Penyelidikan UiTM (Research Ethics Committee, REC) sebelum memulakan projek penyelidikan. Borang permohonan kelulusan etika hendaklah dihantar melalui emel kepada Koordinator Penyelidikan.

7.3 Pelajar yang telah mendapat kelulusan REC, tetapi mahu menukar tajuk penyelidikan atau hanya menggunakan sebahagian dari data yang diperolehi perlu memaklumkan semula dan memohon kelulusan yang baru dari REC.

Page 6: FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI · tajuk penyelidikan kepada yang lebih mudah dilaksanakan. Contoh, penyelidikan menggunakan kaedah soal selidik atas talian, menggunakan data asli

Terhad - Edaran Dalaman Kepada Pensyarah Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi

6

8.0 PROJEK PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH 8.1 Bagi pelajar Sarjana (Penyelidikan) dan PhD, kebanyakan aktiviti penyelidikan

termasuklah bengkel IGS ditangguhkan. Pelajar yang tidak dapat meneruskan pengumpulan data sepanjang tempoh PKP boleh memohon Cuti Khas. Walaubagaimanapun permohonan Cuti Khas adalah tertakluk kepada JKAPS/JAF.

8.2 Bagi pelajar yang akan membuat pembentangan cadangan penyelidikan,

kelulusan etika penyelidikan dan viva voce, boleh dilaksanakan melalui atas talian (Google Meet, Skype) dan lain-lain platform yang sesuai serta mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh IPSis.

8.3 Semua penyelia pelajar pascasiswazah boleh meneruskan penyeliaan sepanjang

semester ini dengan melakukan secara ODL. Aktiviti dan perlaksanaan lain adalah tertakluk kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak IPSis.

8.4 Tarikh akhir penilaian disertasi pelajar pascasiswazah adalah pada 23 Ogos 2020.

9.0 PANDUAN KEPADA PENSYARAH 9.1 Garis panduan ini terpakai kepada semua pensyarah di Shah Alam termasuk di

kampus cawangan. Pensyarah diminta untuk merekodkan segala maklumat penyampaian pengajaran dan pembelajaran, penilaian dan penyeliaan yang dibuat bagi tujuan MyATP dan lain-lain keperluan diperingkat fakulti mahupun pengurusan universiti.

9.2 Kehadiran pensyarah ke fakulti atau kampus adalah tertakluk kepada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan oleh Kerajaan Malaysia. Garis Panduan Bekerja Dari Rumah (BDR) juga boleh dirujuk.

9.3 Keberadaan pensyarah semasa pembelajaran dalam talian dan ODL adalah bersifat fleksibel berasaskan Pekeliling Akademik Bil. 4 Tahun 2019 – Pelaksanaan Penyampaian Fleksibel di UiTM.

9.4 Pensyarah juga berperanan untuk membantu pelajar bagi memastikan Learning

Outcome adalah tercapai. 10. PENUTUP Berhadapan dengan wabak COVID 19 dan PKP ini merupakan cabaran dan situasi baharu dan pihak BHEA UiTM telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran serta pentaksiran pelajar UiTM dapat diteruskan. Justeru, semua pensyarah diminta untuk memberi kerjasama menyokong dan menjayakan usaha ini demi kebaikan bersama. PROF. MADYA DR. MOHAD ANIZU MOHD NOOR Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Tarikh Garis Panduan di keluarkan: 15 April 2020

Page 7: FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI · tajuk penyelidikan kepada yang lebih mudah dilaksanakan. Contoh, penyelidikan menggunakan kaedah soal selidik atas talian, menggunakan data asli

Terhad - Edaran Dalaman Kepada Pensyarah Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi

7

LAMPIRAN 1

Page 8: FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI · tajuk penyelidikan kepada yang lebih mudah dilaksanakan. Contoh, penyelidikan menggunakan kaedah soal selidik atas talian, menggunakan data asli

Terhad - Edaran Dalaman Kepada Pensyarah Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi

8

Page 9: FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI · tajuk penyelidikan kepada yang lebih mudah dilaksanakan. Contoh, penyelidikan menggunakan kaedah soal selidik atas talian, menggunakan data asli

Terhad - Edaran Dalaman Kepada Pensyarah Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi

9

Page 10: FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI · tajuk penyelidikan kepada yang lebih mudah dilaksanakan. Contoh, penyelidikan menggunakan kaedah soal selidik atas talian, menggunakan data asli

Terhad - Edaran Dalaman Kepada Pensyarah Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi

10

Page 11: FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI · tajuk penyelidikan kepada yang lebih mudah dilaksanakan. Contoh, penyelidikan menggunakan kaedah soal selidik atas talian, menggunakan data asli

Terhad - Edaran Dalaman Kepada Pensyarah Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi

11

LAMPIRAN 2

Jadual 1: Senarai Kursus – Kursus Yang Akan Dilaksanakan Mengikut Opsyen Sesi Kuliah 3b

*Tertakluk kepada Kelulusan TNC (A&A)

Program Nama Kursus Kod Kursus

SR111 Outdoor Recreation

SPS133

Swimming

SEL352

Sport Safety and Emergency Care

SPS321

SR113 Professional Activity (Swimming and Track and Field)

SPS147

Injury Prevention and Sport Safety

SPS270

SR241 Conditioning for Sport

SPS262

Outdoor and Recreational Management

SRT501

Leadership in Recreation

SRT505

Prevention and Care of Sport Injuries

SPS350

SR243 Prevention and Care of Sport Injuries

SPS462

Fitness Testing and Evaluation

SPS475

Sport Injury Care and Safety

SPS523

Physiology of Sport and Exercise II

SPS584

Applied Exercise Rehabilitation SPS554

Advanced Conditioning

SPS564

Applied Sport Coaching

SPS615

Performance Analysis

SPS625

SR770 Sports Physiology SPS742

High Performance Conditioning SPS760

Dissertation SPS790

Page 12: FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI · tajuk penyelidikan kepada yang lebih mudah dilaksanakan. Contoh, penyelidikan menggunakan kaedah soal selidik atas talian, menggunakan data asli

Terhad - Edaran Dalaman Kepada Pensyarah Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi

12

RUJUKAN

a. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020 di

seluruh Negara (Perutusan YAB Perdana Menteri, 16 Mac 2020).

b. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 (Perutusan YAB Perdana Menteri, 26 Mac 2020) atau tertakluk kepada sebarang perubahan.

c. Pekeliling Naib Canselor (Bil. 08, 2020 bertarikh 25 Mac 2020) dan Pekeliling TNC

A&A (Bil. 01, 2020 bertarikh 25 Mac 2020).

d. Kalendar Akademik terkini: Pindaan Kalendar Akademik Sesi II 2019/2020 yang dikeluarkan oleh pihak HEA UiTM pada 20 Mac 2020.

e. Kenyataan Media Kementerian Pengajian Tinggi: Pengendalian Program Akademik di

Universiti Awam (UA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikeluarkan oleh pihak KPT pada 28 Mac 2020.

f. Panduan Pengendalian Program Pendidikan Tinggi Semasa dan Pasca Perintah

Kawalan Pergerakan Covid-19 yang dikeluarkan oleh pihak MQA pada 29 Mac 2020.

g. Pekeliling Naib Canselor (Bil. 09, 2020 bertarikh 1 April 2020).

h. Pindaan Kalendar Akademik bagi Sesi II 2019/2020 Mac – Julai 2020 yang dikeluarkan pada 3 April 2020.

i. Keputusan Mesyuarat Senat pada 3 April 2020.

j. Keputusan Mesyuarat JAF bertarikh 26 Mac 2020.

k. Keputusan JAF Bil 3/2020 bertarikh 6 April 2020.