Falsafah Dan Kepentingan Solat - Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

download Falsafah Dan Kepentingan Solat - Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

of 12

Transcript of Falsafah Dan Kepentingan Solat - Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

  • 7/21/2019 Falsafah Dan Kepentingan Solat - Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

    1/12

    FALSAFAH DAN KEPENTINGAN SOLAT

    Mohammad Nidzam Abdul Kadir

    MUQADDIMAH

    Solat merupakan perkara yang paling penting dalam kehidupan setiap individu muslim.

    Perkara ini ditegaskan dalam pengulangan perintah melaksanakan solat yang wujud dalam

    nas-nas al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Tulisan ini cuba menjelaskan falsafah di sebalik

    perlaksanana solat dan kepentingan solat kepada individu dan masyarakat.

    FALSAFAH DI SEBALIK SOLAT

    Falsafah boleh difahami sebagai hikmah, kebaikan dan faedah. Falsafah di sebalik solat

    ialah rahsia, hikmah dan kebaikan yang boleh didapati hasil perlaksanaan ibadah solat.

    Falsafah di sebalik ibadah solat dibahagikan kepada tiga keadaan iaitu :

    i.

    Sebelum solat.

    ii. Semasa solat.

    iii.

    Selepas solat.

    Sebelum solat

    a)

    Kebersihan daripada hadas dan najis merupakan tuntutan sebelum solat

    dilaksanakan. Kaedah sebelum solat ialah :

    Kunci solat adalah penyucian....

    Sabda Nabi s.a.w. :

    Tidak diterima solat tanpa suci dan (tidak diterima) sedekah daripada khianat. (Riwayat

    Muslim, kitab al-Toharah, no hadis 224).

    Nabi s.a.w. juga membuat perumpamaan bagi seseorang yang mempunyai sungai di

    hadapan rumahnya. Dia membersihkan dirinya setiap hari sebanyak lima kali. Persoalan

    yang Nabi ajukan adakah ada lagi baginya kotoran dan daki? Jawabnya sudah tentu tidak.(Lihat Sahih Muslim, kitab al-Masajid wa Mawadi al-Solah, bab Fadl al-Solah al-Maktubah fi

    Jamaah, no hadis 668).

    Kentut juga dihukum sebagai tidak suci daripada hadas. Maka menjadi kewajipan untuk

    berwudhuk semula. Sabda Nabi s.a.w. :

    ()()

  • 7/21/2019 Falsafah Dan Kepentingan Solat - Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

    2/12

    Apabila seseorang kamu kentut di dalam solat maka )hendaklah dia beredar(, berwudhuk

    )dan mengulangi solatnya(. (Riwayat al-Tirmidhi, no hadis 1166).

    Kebersihan ini bukanlah sekadar kebersihan fizikal. Ia meliputi kebersihan fizikal dan juga

    kebersihan hati. Fizikal suci bersih daripada najis yang tidak dimaafkan. Fizikal suci bersih

    daripada hadas kecil dan hadas besar. Ini ialah kebersihan fizikal. Namun hati juga mestilahdisuci bersihkan daripada sifat-sifat yang keji. Contohnya sifat bakhil, sifat sombong, hasad

    dan sebagainya. Kesucian fizikal namun hati tidak suci boleh membatalkan pahala amalan

    sebagaimana pedoman nabawi :

    Sesungguhnya hasad memakan kebaikan-kebaikan sebagaimana api memakan kayu yang

    kering.

    Amalan baik yang kita lakukan bertujuan meraih redha Allah dan juga pahala. Bayangkan

    jika amalan baik kita sia-sia dan tidak diterima oleh Allah. Bagaimana kita dapat meraih

    redha Allah.

    Antara kaedah dalam ibadah ialah perlaksanaannya dalam tiga peringkat iaitu :

    i. Penyucian ii.

    Menghiasiiii.

    Kenampakan

    Peringkat yang pertama ini ialah peringkat penyucian. Ia adalah penyucian daripada

    kotoran luaran dan juga kotoran dalaman.

    b) Untuk lebih ingat kepada akhirat, terdapat beberapa doa yang boleh diamalkan.

    Walau bagaimanapun, kebanyakan riwayat hadis berkaitan doa ketika mengambil wudhuk

    adalah bertaraf dhaif menurut pendapat para ulama hadis seperti al-Hafiz al-Iraqi. Namun

    kita bertoleransi dalam mengamalkan riwayat ini bagi sesiapa yang ingin beramal. Yang

    lebih penting, setiap doa mengingatkan kita kepada akhirat. Contohnya doa ketika

    membasuh muka agar muka diputihkan dengan cahaya pada hari putihnya wajah-wajah.

    Doa ini bertepatan dengan nas al-Quran yang menyebut tentang hari putihnya wajah iaitu

    hari Akhirat. Keputihan wajah bukan sekadar dengan basuhan air di muka sahaja tetapi ia

    datang dengan kejernihan hati. Manakala ketika basuhan tangan kanan, doanya ialah agar

    diberikan buku catatan amalan dengan tangan kanan. Doa ini juga mempunyai asal dalamnas al-Quran.

    c) Wudhuk mesti dilaksanakan tanpa pembaziran.

    Maka wudhuk bertujuan untuk melatih diri kita agar tidak membazir. Nabi s.a.w. bersabda :

  • 7/21/2019 Falsafah Dan Kepentingan Solat - Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

    3/12

    Sesungguhnya akan ada dalam umat ini satu kelompok yang melampau dalam kesuciandan doa.(Riwayat Abu Dawud, kitab al-toharah, no hadis 96).

    Pembaziran berlaku tanpa kita sedar dan tanpa kita berusaha untuk mengawalnya. Dalam

    wudhuk, air dicurahkan dengan begitu banyak atas nama ibadah. Air paip dibuka

    sepanjang masan sedangkan kita sedang menggosok muka. Apakah tidak wajar kitamenutup paip ketika itu? Dalam riwayat hadis, kuantiti air yang digunakan oleh Nabi s.a..w.

    untuk mengambil wudhuk hanya sekitar satu cupak sahaja. Kita boleh andaikan bahawa

    satu cupak ini sekadar botol kecil air mineral. Bayangkan bezanya kita dengan amalan Nabi

    s.a.w.

    d)

    Anggota wudhuk juga mesti dibasuh dengan baik dan sempurna.

    Nabi s.a.w. melihat satu kelompok manusia yang tidak membasuh kaki mereka dengan

    sempurna, maka Nabi s.a.w. pun bersabda :

    Celakalah bagi buku-buku lali daripada azab api neraka. (Riwayat Abu Dawud, kitab al-toharah, no hadis 97).

    Falsafah di sebalik perintah ini agar kita melakukan sesuatu urusan dengan sebaik

    mungkin. Kalau difikirkan, apakah patut ancaman yang begitu besar dengan azab api

    neraka terhadap sedikit anggota wudhuk yang tidak dibasuh? Tidak sepatutnya begitu. Ini

    pada fikiran sebahagian daripada kita. Namun kerja yang tidak sempurna tetap tidak

    sempurna. Maka basuhlah anggota wudhuk dengan sempurna. Tidak sewajarnya basuhan

    anggota wudhuk sekadar cincai dan sambil lewa sahaja. Begitu juga dalam aplikasi

    kehidupan yang lain mestilah ia dilakukan dengan sebaik mungkin dan sesempurna

    mungkin.

    e)

    Waktu solat merupakan ketetapan yang sabit dengan nas syarak.

    Dalam al-Quran disebut tentang tiga waktu manakala dalam riwayat hadis diperincikan

    tentang lima waktu. Dalam Sunan Abi Dawud, terdapat lebih daripada tiga puluh hadis

    tentang waktu solat (Lihat riwayat Abu Dawud, kitab al-Solat, no hadis 391 424).

    Penjagaan waktu amat penting. Al-Quran menyebut tentang sumpah Allah terhadap masa.

    Apabila Allah bersumpah dengan masa, ia menggambarkan bahawa masa sangat penting

    dan besar. Falsafah di sebalik waktu solat adalah agar kita sentiasa waspada dengan waktu.

    Sesungguhnya waktu yang berlalu tidak akan kembali lagi.

    Manakala waktu subuh yang awal memberi isyarat agar muslim sentiasa cergas dan

    memulakan kerja lebih awal. Kita dapati kebanyakan insan yang berjaya adalah insan yang

    sentiasa bangun pada awal pagi. Waktu solat fardhu Subuh mempunyai falsafah agar kitab

    bangun pada awal pagi. Bahkan terdapat doa keberkatan untuk umat ini pada awal waktu

    paginya.

  • 7/21/2019 Falsafah Dan Kepentingan Solat - Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

    4/12

    f)

    Selepas daripada wudhuk dan kebersihan yang lain, muslim akan mengenakan

    pakaian yang bersih untuk bersolat.

    Pakaian ini melambangkan kewajipan menutup aurat. Ketika ketika mengadap Allah dalam

    keadaan menutup aurat, malangnya kita sanggup mendedahkan aurat ketika di luar solat.

    Sewajarnya falsafah penutupan aurat diteruskan walaupun di luar solat. Oleh itu, pedomannabawi juga menetapkan agar tidak bersolat dengan memakai satu kain sahaja. Sabda Nabi

    s.a.w. :

    Janganlah seseorang daripada kamu bersolat dalam satu pakaian sahaja, di mana tidak adadi atas bahunya sesuatu daripadanya. (Riwayat al-Bukhari, kitab al-Solah, no hadis 359).

    Kebiasannya golongan lelaki bersolat seorangan dengan hanya memakai kain pelikat

    sahaja. Ada yang memakai seluar sahaja. Biarpun aurat ditutup, namun pedoman nabawi

    wajar menjadi asas untuk berpakaian dengan sopan di dalam dan di luar solat.

    g)

    Ketika berdiri untuk solat, digalakkan untuk meminta perlindungan kepada Allah

    daripada syaitan. Inilah yang disebut oleh Imam al-Ghazali dalam karya Ihya.

    Syaitan berusaha untuk menyesatkan insan. Apatah lagi ketika ingin melaksanakan

    perintah Allah yang besar iaitu solat. Dalam hadis, dinyatakan :

    ... Bersin, mengantuk dan menguap dalam solat ... daripada syaitan. (Riwayat al-Tirmidhi,

    kitab al-Adab, no hadis 2748).

    Ketika ketika hampir untuk solat, doa dipohon agar Allah memelihara kita daripada

    gangguan syaitan. Ia satu gambaran yang amat jelas bahawa syaitan berusaha untuk

    merosakkan iman dan amal.

    Semasa solat

    a)

    Kepatuhan melaksanakan perintah solat setiap hari sebanyak lima waktu

    merupakan satu keimanan dan ketaatan kepada Allah.

    Keimanan bukan sekadar kepercayaan sahaja tetapi dibuktikan dan disuburkan dengan

    perlaksanaan perintah Allah. Maka sewajarnya iman yang bertapak dalam hati terus

    disuburkan dengan amalan-amalan.

    Ramai yang bercakap tentang iman, tetapi amalan dan kehidupannya tidak

    menggambarkan sebagai seorang yang beriman. Jika perlaksanaan solat yang perlu

    sentiasa dilakukan setiap hari, maka sudah sewajarnya amalan dalam kehidupan seharian

    kita tidak lari daripada kompas iman dan solat.

  • 7/21/2019 Falsafah Dan Kepentingan Solat - Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

    5/12

    b)

    Ibadah dalam Islam bukanlah sekadar ibadat khusus sahaja tetapi ia juga meliputi

    ibadat umum.

    Ibadat umum adalah segala kehidupan kita menjadi ibadat selagi mana ia berteraskan

    keimanan dan menurut syariah. Inilah yang diungkapkan dalam doa pembukaan solat iaitu

    doa iftitah. Antaranya disebutkan :

    Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah Tuhan sekelian

    alam.

    Jika falsafah ibadat ini dihayati dengan baik, kita akan dapati bahawa umat Islam hari ini

    adalah sebaik-baik umat. Malangnya ada yang memakai jubah dan serban, menyimpan

    janggut kerana sunnah namun akhlaknya jauh daripada sunnah Nabi s.a.w. Ada yang kaki

    penipu tetapi apabila solat nampak khusyuk dan tekun. Barangkali zahirnya sekadar

    kosmetik untuk menarik perhatian manusia.

    c)

    Solat mempunyai ketetapan hukum.

    Seorang lelaki bersin ketika solat berjamaah. Seorang sahabat Nabi bernama Muawiyah

    ibn al-Hakam r.h. segera menjawab bersin tadi dengan lafaz ( ). Selesai solat, Nabi

    s.a.w. menegur perbuatannya dan bersabda :

    Sesungguhnya solat ini tidak patut baginya sesuatu daripada kalam manusia. Hanya

    sesungguhnya ia adalah tasbih, takbir dan bacaan Quran.

    Maka riwayat ini memberi arah panduan bahawa solat mempunyai ketetapan hukum. Solatbukan boleh dilaksanakan mengikut akal fikiran dan kehendak kita sahaja. Ia adalah ibadah

    dan asas kepada ibadah adalah nas syarak. Nas syarak pula merujuk kepada al-Quran dan

    sunnah Nabi s.a.w.

    Dalam solat berjamaah, adalah ditegah bagi makmum untuk mendahului akan imam dalam

    pergerakan solat. Sabda Nabi s.a.w. :

    !...Wahai manusia! Sesungguhnya aku adalah imam kamu (dalam solat) maka janganlahkamu mendahului daku ketika rukuk, sujud, berdiri dan beredar.... (Riwayat Muslim, kitab

    al-Solah, no hadis 426).

    Falsafahnya agar wujud sikap kepatuhan kepada arahan ketua dan kepimpinan.

    Sesungguhnya Allah mewajibkan mentaati Allah, mentaati rasulNya dan pemegang urusan

    umat Islam daripada kalangan umat Islam.

    Oleh itu, dalam sesuatu perkara, ada peraturan yang wajib dan wajar diikuti. Jika tidak, ia

    akan merosakkan perkara tersebut.

  • 7/21/2019 Falsafah Dan Kepentingan Solat - Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

    6/12

    d) Dalam bacaan surah al-Fatihah, riwayat hadis menjelaskan tentang dialog antara

    hamba dan Allah.

    Dalam solat, kita bercakap atau bermunajat dengan Allah. Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w.

    :

    Sesungguhnya orang beriman apabila dia di dalam solat maka sesungguhnya diabermunajat akan Tuhannya.... (Riwayat al-Bukhari, kitab al-Solah, no hadis 413).

    Manakala untuk surah al-Fatihah, terdapat riwayat hadis yang menerangkan bentuk

    munajat tersebut.

    Falsafah di sebalik riwayat ini agar kita sentiasa bermunajat kepada Allah. Sesungguhnya

    Allah maha mendengar apa yang kita ucapkan dan apa yang terlintas di dalam hati. Bacaan

    al-Quran sewajarnya dibaca dengan kefahaman. Kefahaman diperolehi dengan tadabbur.Alangkah ruginya kerana ramai yang tidak memahami bacaan al-Quran yang dibaca dalam

    solat.

    Munajat pula mestilah disertai dengan hati. Bayangkan percakapan kita secara acuh tak

    acuh. Sudah tentu insan yang bercakap dengan kita akan terasa hati. Oleh itu, percakapan

    dengan gaya bahasa badan menunjukkan kesungguhan hati. Kita bercakap dengan melihat

    mata orang yang berada di hadapan kita tidak sama dengan kita melihat tempat yang lain.

    Bayangkan kita bermunajat dengan Allah namun hanya gerakan bibir sahaja tetapi hati dan

    fikiran kita tidak ke arah itu. Ini bermakna kita tidak bersungguh-sungguh.

    e)

    Zikir-zikir yang dibaca mempunyai maksud yang tersirat.

    Contohnya perbezaan zikir ketika rukuk dan sujud. Dalam rukuk, zikirnya ialah :

    (

    (

    Maha suci tuhanku yang maha agung.

    Manakala ketika sujud, zikirnya ialah :

    (

    (

    Maha suci tuhanku yang maha tinggi.

    Ketika rukuk, kita mengagungkan Allah. Namun ketika sujud, kita berada dalam keadaan

    yang amat rendah. Kepala kita sebagai satu tempat yang dihormati diletakkan di atas lantai.

    Dalam keadaan hina dan rendah itu, kita bertasbih memuji ketinggian Allah. Kita adalah

    hamba manakala Allah adalah tuhan sekelian alam.

    f)

    Dalam solat, rukun solat merupakan perkara yang menentukan sah atau tidaknya

    sesuatu solat. Rukun qawliialah bacaan yang menjadi rukun dalam solat.

  • 7/21/2019 Falsafah Dan Kepentingan Solat - Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

    7/12

    Penghayatan kepada rukun qawli akan menimbulkan dua perkara :

    i.

    Setiap perkara yang disebut dalam rukun qawliamat penting.

    ii. Keutamaan hendaklah diletakkan terhadap perkara tersebut.

    Contohnya, antara doa yang diamalkan oleh Nabi s.a.w. ketika duduk tahiyyat ialah doameminta perlindungan daripada dajjal, azab kubur, fitnah hidup dan fitnah kematian. Maka

    ia merupakan perkara yang amat penting sebenarnya.

    Manakala rukun filibertujuan untuk mengagungkan Allah azza wa jalla. Imam al-Ghazali

    menjelaskan :

    Dan adapun rukuk dan sujud maka maksud dengan keduanya ialah mengagungkan (Allah)

    secara pasti. (Ihya Ulumiddin, kitab Asrar al-Solah, h. 235).

    g)

    Semasa solat, setiap pergerakan mestilah dilakukan dengan cermat dan teliti.

    Sikap terlalu cepat semasa bersolat hingga tidak wujud tomakninah merupakan sikap yang

    tercela. Solat ini seperti gerakan patuk ayam sahaja. Sesungguhnya solat tanpa tomakninah

    adalah solat yang tidak sah. Sabda Nabi s.a.w. :

    Sejahat-jahat manusia dalam kes mencuri ialah manusia yang mencuri daripada solatnya.(Riwayat Ahmad dan al-Hakim. Al-Hakim mensahihkan sanadnya. Lihat Ihya Ulumiddin, al-

    Ghazali, juz. 1, kitab Asrar al-Solah, h. 218).

    Ketelitian semasa solat mendidik agar kita memperhalusi tindakan dan gerak kerja kita.

    Ketekunan merupakan asas amalan yang mulia. Oleh itu, pedoman nabawi memuji insan

    yang tekun :

    Sesungguhnya Allah kasih kepada hamba yang apabila ia melakukan sesuatu maka ia

    melakukannya dengan tekun.

    Oleh itu, sikap berlari-lari ketika sang imam hampir rukuk atau sedang rukuk dengan

    tujuan mendapatkan rakaat merupakan sikap yang mungkin membawa kepada

    perlaksanaan yang tidak cermat. Sepatutnya seorang muslim hadir dengan tenang dan

    tidak perlu berlari-lari. Ini selaras dengan sabda nabawi :

    Apabila diiqamatkan solat maka janganlah kamu datang untuk solat dengan berlari-lari,

    sebaliknya datanglah untuk solat dengan berjalan hal keadaan kamu tenang. Maka apa

    yang kamu dapat maka bersolatlah dan apa yang kamu ketinggalan maka

    sempurnakanlah. (Riwayat Muslim, kitab al-Masajid wa Mawadi al-Solah, no hadis 6020).

    Selepas solat

  • 7/21/2019 Falsafah Dan Kepentingan Solat - Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

    8/12

    Antara amalan Nabi s.a.w. selepas solat ialah istigfar memohon keampunan. Zikir istighfar

    ini menjelaskan satu konsep agar muhasabah dilakukan selepas selesai sesuatu perkara.

    Solat adalah amalan yang mulia. Tujuannya adalah bagi mengingati Allah. Kemungkinan

    besar banyak kekurangan dan kelompangan ketika solat. Maka sebagai muhasabah,

    istighfar diucapkan.

    Terdapat juga riwayat zikir selepas solat. Walaupun solat itu sendiri adalah zikir, namun

    penyempurnaan dilakukan dengan amalan zikir selepas solat. Ibn Abbas r.h. menyatakanbahawa beliau mengetahui meninggikan suara dengan zikir berlaku apabila manusia

    selesai daripada solat fardhu. Bahkan terdapat pelbagai pesanan Nabi s.a.w. untuk bacaan

    zikir selepas solat fardhu.

    KEPENTINGAN SOLAT

    Keselamatan daripada neraka

    Sabda Nabi s.a.w. :

    Seorang insan tidak akan masuk neraka apabila dia melakukan solat sebelum terbit

    matahari dan sebelum terbenam matahari. (Riwayat Abu Dawud, kitab al-Solah, no hadis

    428).

    Adakah memadai dua solat ini sahaja setiap hari dan tidak perlu lagi solat lima waktu?

    Tidak sebenarnya. Sebaliknya insan yang mampu melaksanakan dua jenis solat ini sudah

    tentu akan mampu melaksanakan solat fardhu lima waktu. Oleh itu, dalam riwayat yang

    lain, disebut tentang solat lima waktu. Sabda Nabi s.a.w. :

    Lima perkara yang mana sesiapa melakukannya beserta iman maka dia masuk dalamsyurga; sesiapa yang memelihara solat lima waktu dengan wudhuknya, rukuknya,

    sujudnya, waktunya, dan sesiapa yang berpuasa Ramadhan, dan menunaikan haji jika ada

    kemampuan, dan memberi zakat dengan rela hati dan menunaikan amanah. (Riwayat Abu

    Dawud, kitab al-Solah, no hadis 430).

    Solat pencegah daripada amalan keji dan munkar

    Akhlak dan perangai yang buruk dapat dikawal dengan solat. Ini kerana solat seperti

    vaksin yang mencegah daripada virus akhlak yang keji. Solat juga bertindak sebagai ubat

    kepada penyakit akhlak. Firman Allah :

  • 7/21/2019 Falsafah Dan Kepentingan Solat - Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

    9/12

    Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlahsolat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan

    mungkar.... (Surah al-Ankabut (29) : 45).

    Malangnya kita dapati ada golongan yang melakukan solat tetapi masih lagi terlibat dengan

    dosa-dosa besar. Ada yang bersolat tetapi masih menerima dan memberi rasuah,

    melanggan pelacur, berzina dan sebagainya. Namun mereka tetap patuh bersolat. Ada

    masanya cukup lima waktu, dan ada masanya tidak cukup. Kenapa begitu?

    Dalam hal ini, solat yang bertindak sebagai vaksin dan ubat bukanlah solat sekadar

    menjaga pandangan masyarakat. Sebaliknya solat tersebut mestilah solat yang mempunyai

    penghayatan. Dalam beberapa athar, disebutkan bahawa solat yang sebenar mestilah

    mampu menghalang daripada amalan keji. Antaranya daripada Ibn Abbas r.h. :

    Sesiapa yang mana solatnya tidak mencegah daripada perbuatan keji dan munkar maka

    dia tidak bertambah dengannya kepada Allah melainkan semakin jauh.(Tafsir al-Quran al-Azim, Ibn Kathir, Mansurah: Maktabah Iman, 1996, jld. 3, juz. 6, h. 180).

    Maka solat yang sebenar dapat diperhatikan daripada akhlak. Kalau akhlaknya masih lagi

    keji dan jahat, dibimbangi solatnya tidak diterima oleh Allah.

    Walau bagaimanapun, ada riwayat menjelaskan tentang kemampuan solat untuk menjadi

    ubat kepada akhlak yang buruk. Diceritakan bahawa seorang lelaki melakukan solat pada

    waktu malam. Namun apabila hari siang, dia mencuri pula. Mungkin benda yang dicuri

    adalah benda yang kecil dan tidak cukup nisab dalam kes mencuri. Mungkin juga tiadabukti. Peristiwa bahawa lelaki ini solat dan mencuri diajukan kepada Nabi s.a.w. lalu

    bersabda :

    Apa yang kamu ceritakan tentang dia (melakukan solat) akan mencegahnya (daripada

    amalan mencuri. (Tafsir al-Quran al-Azim, Ibn Kathir, Mansurah: Maktabah Iman, 1996,jld. 3, juz. 6, hh. 180 - 181).

    Berdasarkan riwayat ini, adalah amat baik jika kaedah solat sebagai terapi dapat

    diamalkan. Perlaksanaan solat dengan penghayatan insyaAllah akan mencegah daripada

    akhlak buruk.

    Penghapus dosa

    Setiap solat akan menghapuskan dosa-dosa sebelumnya. Dosa mata, dosa telinga, dosa

    tangan dan sebagainya. Barangkali dosa berlaku tanpa kita sedari bahawa ia adalah dosa.

    Kita lalai dan sudah terbiasa dengan dosa. Maka perlaksanaan solat akan memadam dosa-

    dosa. Sabda Nabi s.a.w. :

  • 7/21/2019 Falsafah Dan Kepentingan Solat - Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

    10/12

    Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke ramadhan mengkaffarah bagi

    antaranya selagi mana dihindari dosa-dosa besar. (Riwayat Muslim, kitab al-Toharah, nohadis 233).

    Dalam riwayat yang lain, Nabi s.a.w. menerangkan tentang amalan yang Allah akan

    menghapuskan dengannya akan kesalahan dan mengangkat darjat :

    Penyempurnaan wudhuk walaupun ada kepayahan (sejuk, luka dan sebagainya), banyaklangkah ke masjid dan menanti solat selepas solat. Riwayat Muslim, kitab al-Toharah, no

    hadis 251).

    Neraca keislaman

    Beberapa hadis menceritakan tentang dasar perlaksanaan solat sebagai bukti keislaman.

    Oleh itu, hak sebagai muslim mesti dipelihara. Antaranya sabda Nabi s.a.w. :

    Sesiapa yang bersolat akan solat kita, mengadap ke arah qiblat kita dan makan haiwan

    sembelihan kita maka itulah muslim....(Riwayat al-Bukhari, kitab al-Solah, no hadis 391).

    Imam Ibn Hajar al-Asqalani menjelaskan hadis ini dalam Fath al-Bari :

    Maka sesiapa yang menzahirkan syiar agama, di perlakukan terhadapnya hukum-hakam

    ahlinya selama mana tidak zahir daripada perbuatan yang menyalahi demikian.

    Terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam menentukan hukum terhadap insan yang

    meninggalkan solat samada kafir atau tidak. Menurut satu pendapat, meninggalkan solat

    dihukum sebagai kafir. Ini berdasarkan zahir hadis. Walau bagaimanapun, sebahagian para

    ulama menjelaskan bahawa meninggalkan solat adalah perbuatan yang berdosa. Kekufuran

    berlaku apabila mengengkari kewajipan solat.

    Memupuk sikap sederhana dan bertoleransi

    Walaupun solat merupakan rukun Islam yang kedua dan diamalkan oleh Nabi s.a.w. di

    hadapan para sahabat r.hm., namun masih wujud pelbagai perbezaan pendapat dalamperlaksanaan solat.

    Pelbagai buku disusun menjelaskan tatacara solat yang diamalkan oleh Nabi s.a.w.

    Kesemuanya adalah buku yang baik. Walau bagaimanapun, satu sikap yang sewajarnya

    dipupuk dalam ibadah solat ialah sifat sederhana dan toleransi. Toleransi terhadap

    perbezaan pendapat. Apa yang penting, rangka kasar solat seeperti berdiri, bacaan al-

  • 7/21/2019 Falsafah Dan Kepentingan Solat - Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

    11/12

    Quran, rukuk, sujud dan duduk tahiyyat masih nampak dalam ibadah solat. Sedikit

    perbezaan tidak sepatutnya merenggangkan hubungan persaudaraan sesama umat Islam.

    Sesungguhnya perbezaan pendapat tentang aspek solat bukanlah terbit daripada hawa

    nafsu para ulama silam. Mereka berijtihad berdasarkan nas-nas syarak. Ada hadis yang

    sampai kepada mereka dan ada hadis yang tidak sampai. Kemungkinan hadis yang sampaiada yang diterima dan ada yang ditolak berdasarkan neraca ilmu hadis. Ijtihad yang betul

    mendapat dua pahala manakala ijtihad yang salah mendapat satu pahala.

    Cubalah kita mengkaji isu menggerakkan jari ketika tasyahhud dengan dua buku yang

    berbeza. Satu buku menyokong gerakan jari dan satu lagi buku menyokong isyarat jari.

    Sudah tentu kita akan pening kepala kerana tarjih pendapat yang berbeza. Namun jika kita

    mempunyai kejelasan dalam aspek penting dalam solat, insyaAllah kita mampu berlapang

    dada menerima perbezaan.

    Malangnya kita hari ini tidak mampu bertoleransi. Dalam aspek solat pun kita masih

    bertelingkah apatah lagi persoalan yang mempunyai kepentingan diri sendiri.

    Membentuk kesatuan jamaah umat Islam

    Jamaah umat Islam disebut dalam hadis Nabi s.a.w. ketika menghadapi zaman fitnah. Ia

    disebut sebagai . Antara jamaah umat Islam ialah jamaah ketika solat

    berjamaah. Apatah lagi solat berjamaah di masjid. Oleh itu, antara pedoman Nabi s.a.w.

    ialah bersolat sekali lagi. Sabda Nabi s.a.w. kepada dua orang sahabat baginda :

    Apabila kamu bersolat di tempat kamu kemudian kamu datang ke masjid yang

    dilaksanakan solat berjamaah maka bersolat bersama mereka maka sesungguhnya iaadalah sunat bagi kamu berdua. (Riwayat al-Tirmidhi, kitab al-Solah, no hadis 219).

    Oleh kerana itu, adalah ditegah dua imam yang melaksanakan solat berjamaah serentak

    dalam satu masjid. Apabila imam ratib sedang mengimamkan solat di ruang utama, tidak

    seharusnya ada kumpulan umat Islam yang lain memingggirkan solat berjamaah dengan

    membuat solat berjamaah yang lain. Ini merosakkan kesatuan umat Islam.

    Segera kepada kebaikan

    Antara tipu daya syaitan ialah dengan memberi alasan-alasan kepada kebaikan. Ungkapan

    sekadar manis di mulut sahaja sedangkan hati bertekad tidak mahu melakukan

    sesuatu kebaikan yang diajak. Orang yang bersolat adalah orang yang menjaga waktu

    dengan baik.

    Orang yang bersolat pada awal waktu termasuk dalam golongan yang mendapat pahala

    yang besar. Malah untuk mendapat pahala saf pertama, sudah tentu perlu kepada sifat

    ingin segera melakukan kebaikan. Sabda Nabi s.a.w. :

  • 7/21/2019 Falsafah Dan Kepentingan Solat - Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

    12/12

    Sebaik-baik saf lelaki adalah di hadapannya.... (Riwayat al-Tirmidhi, kitab al-Solah, no

    hadis 224).

    Untuk bangun solat Subuh dan Isyak merupakan waktu yang amat susah. Waktu solat Isyak

    adalah waktu perdana untuk menonton tv dan berehat. Waktu solat Subuh adalah waktu

    dibuai mimpi. Hanya insan terpilih sahaja mampu menghadapi cabaran dua waktu perdana

    ini. Mereka ini adalah insan yang suka kepada kebaikan. Sabda Nabi s.a.w. :

    Sesiapa yang hadir solat Isyak secara berjamaah maka baginya pahala qiyam separuh

    malam, dan sesiapa yang solat Isyak dan Subuh secara berjamaah maka baginya pahala

    qiyam seluruh malam.(Riwayat al-Tirmidhi, kitab al-Solah, no hadis 221).

    Ingat kepada Allah

    Solat penting sebagai kaedah untuk ingat kepada Allah. Orang yang bersolat merupakan

    tanda ingatnya kepada Allah. Maka orang yang tidak bersolat adalah orang yang putus

    hubungan dengan Allah.

    PENUTUP

    Apa yang dibicarakan dalam tulisan hanya sebahagian daripada falsafah dan kepentingan

    solat. Terdapat banyak lagi falsafah dan kepentingannya. Namun apa yang lebih penting

    ialah memahami bahawa falsafah dan kepentingan ini menggambarkan bahawa solat

    merupakan satu perkara yang amat penting. Oleh itu, penghayatan solat dengan sempurna

    mesti terus dipertingkatkan.