Falsafah Pendidikan Guru

11
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU Falsafah pendidikan guru merupakan rentetan daripada falsafah pendidikan negara. Dalam falsafah pendidikan guru yang merangkumi tugas guru dan peranan seorang guru dalam membentuk sahsiah yang baik dan melahirkan standard guru yang baik dan berkualiti tinggi. Sekali gus guru jugalah yang dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan dapat berbakti kepada masyarakat kelak. Dalam falsafah ini telah merangkumi “ guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersepadu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Di sini dapat dilihat bahawa guru ini amat penting dalam pendidikan negara Malaysia. Tanpa seorang guru, manusia tidak mempunyai ilmu. Oleh itu, peranan guru teramat penting dalam organisasi pendidikan hari ini. Dalam falsafah guru yang menginginkan seorang guru yang bersifat dinamik adalah seorang guru yang sentiasa progresif dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan-perubahan dari semasa ke semasa. Hanya guru yang bersifat dinamik dapat menangani cabaran-cabaran baru yang sering timbul. Hanya sekolah yang dinamik dan berkebolehan dapat memainkan peranannya dengan berkesan demi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara. Di dalam konteks profesionalisme keguruan, pengetahuan yang diperoleh, kemahiran dan kefahaman tugas dan tanggungjawab serta sikap seseorang guru merupakan faktor-faktor penentu yang penting. Dengan faktor-faktor perkhidmatan ini, seseorang guru boleh memenuhi nilai profesionalisme keguruan dalam alaf erti kata sebenar. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, seseorang guru haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap serta mendalam, menguasai kemahiran mengajar, mempunyai kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan serta mempunyai sikap positif

Transcript of Falsafah Pendidikan Guru

FALSAFAH PENDIDIKAN GURUFalsafah pendidikan guru merupakan rentetan daripada falsafah pendidikan negara. Dalam falsafah pendidikan guru yang merangkumi tugas guru dan peranan seorang guru dalam membentuk sahsiah yang baik dan melahirkan standard guru yang baik dan berkualiti tinggi. Sekali gus guru jugalah yang dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan dapat berbakti kepada masyarakat kelak. Dalam falsafah ini telah merangkumi guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersepadu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Di sini dapat dilihat bahawa guru ini amat penting dalam pendidikan negara Malaysia. Tanpa seorang guru, manusia tidak mempunyai ilmu. Oleh itu, peranan guru teramat penting dalam organisasi pendidikan hari ini.Dalam falsafah guru yang menginginkan seorang guru yang bersifat dinamik adalah seorang guru yang sentiasa progresif dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan-perubahan dari semasa ke semasa. Hanya guru yang bersifat dinamik dapat menangani cabaran-cabaran baru yang sering timbul. Hanya sekolah yang dinamik dan berkebolehan dapat memainkan peranannya dengan berkesan demi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara. Di dalam konteks profesionalisme keguruan, pengetahuan yang diperoleh, kemahiran dan kefahaman tugas dan tanggungjawab serta sikap seseorang guru merupakan faktor-faktor penentu yang penting. Dengan faktor-faktor perkhidmatan ini, seseorang guru boleh memenuhi nilai profesionalisme keguruan dalam alaf erti kata sebenar.Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, seseorang guru haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap serta mendalam, menguasai kemahiran mengajar, mempunyai kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan serta mempunyai sikap positif terhadap pekerjaannya. Hanya guru yang telah memperoleh kualiti-kualiti tersebut barulah boleh menjalankan tugas dengan sempurna dan berkesan. Kualiti- kualiti seperti ini merupakan ciri-ciri profesionalisme keguruan dalam alaf baru. Bagi menjaga imej profesionalisme serta meningkatkan lagi mutu profesion, semua guru di Malaysia tertakluk kepada tatasusila profesion keguruan yang disertakan dalam bentuk ikrar. kami guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan yang menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan percaya akan demokrasi, kebebasan dan prinsip-prinsip rukun negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak muda memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini, kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk memperoleh sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke arah kesusilaan yang setinggi- tingginya iaitu tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap negara ,tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan dalam membentuk insan mencapai wawasan 2020 negara yang akan menjelang tiba.STANDARD GURU MALAYSIAKONSEP STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)Standard Guru Malaysia (SGM) boleh diertikan sebagai pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru di Malaysia (standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (keperluan). Berdasarkan huraian standard guru Malaysia tersebut, maka perkataan Standard boleh diertikan sebagai kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru terlatih di sekolah, guru yang sedang mengikuti kursus dalam perkhidmatan, serta guru pelatih yang sedang mengikuti kursus pra perkhidmatan di institut latihan perguruan.Manakala, perkataan keperluan pula merupakan aspek yang patut disediakan dan dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan. Agensi latihan perguruan ialah organisasi yang menggubal dasar dan memantau pelaksanaan program latihan perguruan, misalnya bahagian pendidikan guru (BPG) dan kementerian pendidikan pengajian tinggi. Institusi latihan perguruan ialah institusi yang melaksanakan program latihan perguruan seperti institut pendidikan guru Malaysia (IPGM) di bawah kementerian pelajaran Malaysia. Keperluan yang disediakan dan dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan merupakan sokongan dan bantuan kepada para guru agar membolehkan mereka mencapai tahap kompentensi amalan nilai profesion keguruan, ilmu pengetahuan dan kefahaman, termasuk kemahiran pengajaran dan pembelajaran.Penggubalan Standard Guru Malaysia (SGM) adalah berlandaskan kepada matlamat pembangunan model insan yang berupaya untuk memberi sumbangan ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Oleh sebab pembangunan modal insan berkualiti adalah bergantung kepada pendidikan berkualiti, maka standard guru Malaysia yang menggariskan kompentesi profesion yang patut dicapai oleh guru yang membolehkan mereka memberi pendidikan berkualiti, demi membina modal insan berkualiti, khasnya celik teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), progresif dan mampu bersaing di dalam pasaran kerja global.Untuk melahirkan guru yang berkualiti, kementerian pelajaran Malaysia dan kementerian pendidikan tinggi telah mengambil beberapa langkah yang sesuai termasuk menyediakan instrumen pemilihan MTeST dan MEdSI yang masing- masing dan diikuti dengan temu duga untuk mengesahkan prestasi calon bakal guru dalam keputusan ujian MTeST atau MEdSI. Di samping itu, latihan perguruan juda dimantapkan dan kecemerlangan institut latihan perguruan dilonjakkan, serta kerjaya dan kebajikan guru ditambahbaikkan, demi memberi sumbangan pendidikan berkualiti ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti.TUJUAN PENGGUBALAN STANDARD GURU MALAYSIAPenggubalan standard guru Malaysia merangkumi dua tujuan utama. Tujuan pertama adalah mengenal pasti tahap kompetensi profesion guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. (kompentesi guru yang bermaksud kemahiran profesional guru berlandaskan amalan nilai profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme, pengetahuan dan kefahaman dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran).Di samping itu, tujuan utamanya juga untuk mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang di tetapkan akan tercapai. Keperluan latihan merangkumi program latihan merangkumi kursus pengajian kurikulum latihan perguruan termasuk aktiviti kokurikulum, program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), Minggu Orientasi Sekolah (MOS), dan Praktikal, di samping infranstruktur, infrastruktur, pengurusan kualiti dan pendidik guru (pensyarah) yang bertauliah disediakan oleh bahagian pendidikan guru.KOMPONEN STANDARDKomponen standard adalah pernyataan kompetensi profesional yang patut di capai oeh guru. BPG telah menetapkan tiga standard utama guru Malaysia iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. BPG telah mensasarkan bahawa amalan nilai profesionalisme keguruan adalah usaha untuk membentuk guru yang berwatak dan ke arah memiliki towering personality dan mempunyai world view. Nilai ini sangat penting kerana peranan guru bukan sahaja sekadar menyampaikan pengetahuan dan maklumat, tetapi berperanan dalam membimbing dan mendidik murid supaya menjadi insan yang berpekerti mulia. Hal ini selaras untuk memenuhi fungsi sekolah sebagai tempat pembentukan warga yang akan menunjangi pembangunan modal insan. Seseorang guru yang unggul akan dapat melahirkan menerusi tiga paksi utama iaitu ketuhanan, kemasyarakatan dan kenegaraan. a) AMALAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUANBerdasarkan tiga paksi tersebut melahirkan tiga domain yang menjadi fokus untuk membina amalan nilai profesionalisme keguruan iaitu domain diri, domain profesional dan domain sosial. Domain diri merujuk kepada nilai diri positif guru yang sedia ada seperti kepercayaan kepada tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan tahan lasak, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela dan efisien. Nilai diri ini perlu dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.

Domain profesional pula memperihalkan tentang pegangan nilai yang diperoleh dan dikembangkan semasa mengikuti latihan keguruan. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini meliputi imej profesion dan menjaga integriti profesion keguruan semasa menjalankan tugas. Secara keseluruhan guru perlu mempunyai nilai- nilai profesional seperti kecintaan terhadap profesial yang melambangkan status dan standard guru Malaysia kini. Ini telah melambangkan betapa pentingnya seseorang guru dalam mencorakkan masa depan negara. Nilai berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja berpasukan, proaktif dan kreatif dan inovatif.Domain sosial pula dititikberatkan dalam amalan nilai profesional keguruan ketika guru berinteraksi dengan masyarakat dan persekitaran. Oleh itu, guru perlu berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai- nilai yang merangkumi domain sosial adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.b) PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN Dalam usaha untuk mencapai misi nasional iaitu modal insan kelas pertama, peranan guru adalah sangat penting. Untuk mencapai misi ini menerusi bidang pendidikan, guru patut memiliki dan menguasai ilmu pengetahuan yang mantap dalam bidang pendidikan dan keguruan. Adalah dipercayai penguasaan ilmu pengetahuan dalam pendidikan dan keguruan, guru dapat meningkatkan kuasa profesional, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovasi. Elemen pengetahuan dan kefahaman ilmu keguruan dan pendidikan yang perlu dikuasai oleh guru adalah seperti mempunyai matlamat, falsafah, objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Kedua, falsafah , matlamat, objektif, kurikulum sekolah, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Ketiga, kandungan mata pelajaran yang diajar. Keempat, kandungan ilmu pengetahuan. Kelima, teknologi maklumat dan komunikasi, media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum. Keenam, strategi untuk membina persekitaran pembelajaran yang kondusif. Ketujuh, kaedah pentaksiran dan penilaian dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran. Kelapan, potensi murid dan cara mengembangkan secara menyeluruh dan bersepadu.c) KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKemahiran pengajaran dan pembelajaran adalah merangkumi aspek perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Proses ini juga melibatkan dan pemilihan, penyusunan, dan pemanipulasian sumber untuk membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan, pentaksiran dan penilaian pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah dan kokurikulum. Hal ini banyak menetapkan terhadap ketepatan tugas dan tanggungjawab seorang dalam menggalas tugas dalam mendidik anak bangsa untuk menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Menurut BPG, standard ini tercapai apabila guru dapat menguasai semua elemen yang akan diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing- masing nanti. Elemen tersebut termasuklah menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang ingin dilaksanakan dalam bilik darjah. Kedua, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Ketiga, memantau, mentafsir dan menilai. Keempat, mengurus bilik darjah dalam keadaan baik.Kemahiran pengajaran dan pembelajaran ini harus dilaksanakan oleh setiap guru di Malaysia. Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran ini berdasarkan sukatan pelajaran dan takwim sekolah dengan mengambil perbezaan kebolehan individu, pengetahuan seia ada, serta jangkaan pencapaian murid. Kemahiran ini juga perlu dicapai melalui pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat. Komunikasi pemudahcaraan dan mentafsir serta menilai. Kemahiran memantau, tafsir dan nilai amatlah berkesan untuk tujuan memperbaik dan menambahbaikkan pengajaran guru, demi meningkatkan pencapaian murid. Selain itu, guru seharusnya pandai mengurus bilik darjah dengan sebaik-baiknya dengan melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna serta berkesan.KOMPONEN KEPERLUAN Menurut BPG, komponen keperluan termasuk keperluan agensi dan institusi latihan perguruan perlu bagi menyediakan keperluan latihan dengan mengambil kira dasar kerajaan, peruntukkan kewangan ,pekeliling am dan arahan pentadbiran , tuntutan serta perkembangan semasa damai mencapai objektif sebenar dalam pelaksanaan standard guru Malaysia. Lima keperluan yang sangat penting perlu ada ialah latihan perguruan yang telah dikenal pasti bagi memastikan guru mencapai tahap kompetensi yang diharapkan iaitu kelayakan masuk dan prosedur dalam kemasukan program latihan, penaksiran, penilaian program yang berunsurkan latihan perguruan, kolaborasi, infranstruktur dan infostruktur seta jaminan kualiti. Tujuan utama kelayakan masuk latihan perguruan adalah untuk memastikan hanya calon guru yang berpotensi, layak dan sesuai sahaja akan dipilih memasuki program latihan perguruan. Ini kerana ia dipilih yang betul- betul layak sahaja selepas menjalani beberapa ujian dan sesi temu duga. Di samping itu, panduan ini bertujuan untuk membantu agensi dan institusi latihan perguruan serta pihak berkepentingan menjamin keberkesanan , ketekalan, kesamarataan dan kesaksamaan produser pengambilan calon guru institusi latihan perguruan. Proses pengambilan ini dapat menyumbangkan ke arah pengambilan guru yang berkualiti. Aspek kesamarataan dan kesaksamaan peluang juga sangat penting dalam pemilihan guru. Prosedur pemilihan yang diamalkan juga hendaklah bebas daripada unsur diskriminasi dari segi ras, jantina, lokasi dan berkeperluan khas. Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja ditawarkan mengikuti program latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut memenuhi syarat dan prosedur yang telah ditetapkan dalam melahirkan standard guru bermutu tinggi.Keperluan ini adalah untuk memastikan guru pelatih yang dilatih diberikan latihan , tafsir dan nilai yang secukupnya dalam diri setiap bakal guru. Setiap elemen yang ditetapkan adalah untuk memperoleh penganugerahan kelayakan ikhtisas keguruan. Oleh itu, agensi dean institusi latihan perguruan perlu membentuk kurikulum latihan perguruan serta menyediakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi. Di samping itu, sekolah berperanan penting bagi memastikan guru pelatih mendapatkan peluang menjalani praktikal dan intership. Bagi memenuhi keperluan latihan, petafsiran dan penilaian latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan kurikulum latihan. Kedua, sumber manusia berkelayakan, kompeten,dan mencukupi. Ketiga, program terancang bagi latihan guru pelatih yang memperoleh pengetahuan dan pengalaman. Keempat, pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian yang sedang berkuat kuasa.Kolaborasi adalah permuafakatan antara agensi dan institusi latihan guru dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta institusi-institusi lain yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan. Tujuan keperluan ini adalah untuk menjalin kerjasama kepakaran dalam bidang praktikal, amalan baik, penanda aras untuk menjamin kualiti, pensyarah pelawat, fellowship, program berkembar, penyelidikan pendidikan dan pengantarabangsaan. Bagi meningkatkan kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti sekolah, pengajian tempatan atau luar negara dan badan bukan kerajaan termasuk persatuan, uniform, permaian.Latihan perguruan yang berkesan memerlukan insfranstruktur dan infostruktur yang lengkap dan terkini untuk mewujudkan iklim belajar dan bekerja yang kondusif bagi menjamin kecemerlangan latihan perguruan. Kemudahan ini adalah asas yang menyokong keberkesanan aktiviti pengajaran seta pengurusan dan pentadbiran organisasi. Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini. Pertama, menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi dan kos. Kedua, menyediakan rangkaian yang bersepadu.

KESIMPULANSeperti yang semua sedia maklum, falsafah pendidikan guru adalah ke arah pemantapan pemikiran dan amalan profesian keguruan dalm melahirkan guru yang seba boleh sekali gus dapat melahirkan pelajar yang berguna. Berdasarkan kepada falsafah pendidikan guru, yang telah dinyatakan adalah sangat berpatutan dan bijak sekali dalam melahirkan guru yang berkaliber. Sesungguhnya, misi kementerian pelajaran Malaysia adalah selaras dengan matlamat pendidikan kebangsaan iaitu mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu serta membangunkan sistem pendidikan negara supaya menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan bertaraf dunia. Bagi mencapai guru yang berkualiti tinggi, penggubalan standard guru Malaysia telah dibuat dalam melahirkan sahsiah dan etika guru yang sebenar. Guru adalah insan kedua selepas ibu bapa. Oleh itu pengorbanan dan tanggungjawab guru sangat penting. Seseorang guru yang cekap merupakan guru yang kaya dengan ilmu pengetahuan dalam mata pelajaran yang di ajar dan dapat menyampaikan ilmu tersebut dengan kaedah pengajaran yang bersesuaian . dengan kecekapan guru sebegitu, mereka mampu mengawal kelas. Gugu-guru yang mempunyai cara sebegitu dikatakan sebagai guru yang sangat bersahsiah tinggi dan mampu menyempurnakan didikannya secara holistik kepada para pelajarnya. Oleh itu, peranan guru amatlah penting dalam melahirkan modal insan kelas pertama.