Falsafah Pendidikan Guru by Haziq

14
1 BAGAIMANA FALSAFAH PENDIDIKAN GURU MAMPU MENJADI LANDASAN KEPADA PEMBENTUKAN GURU YANG UNGGUL? FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) BY : HAZIQ AZREE BIN YAZID 2012 PENGENALAN Dalam menjelaskan bagaimana Falsafah Pendidikan Guru (FPG) menjadi landasan kepada pembentukan guru yang unggul, perlu diketahui terlebih dahulu apakah kata kunci bagi menghuraikan persoalan ini. Beberapa kata kunci yang dilihat penting dalam merungkai persoalan ini ialah ‘landasan’ dan ‘unggul’. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, landasan bermaksud alas, pengalas atau asas sementara unggul bermaksud mengatasi yang lain, terutama dan teristimewa. Dengan ini dapatlah difahami bahawa persoalan yang perlu dirungkaikan ialah kaedah atau cara-cara untuk menjadi guru yang terbaik berasaskan FPG. Oleh itu, dalam penulisan ini telah dihuraikan terlebih dahulu persoalan berkaitan ilmu falsafah khususnya dalam falsafah pendidikan bagi mendalami apa yang dikonotasikan dengan falsafah pendidikan. Seterusnya, disusuli dengan penerangan sejarah falsafah pendidikan yang dilihat turut menjadi elemen penting untuk dihuraikan. Hal ini demikian kerana ilmu falsafah adalah ilmu yang mempunyai kronologi dan bersinambung dari satu tamadun hinggalah tamadun kini. Di samping itu, sebelum menghuraikan FPG dengan lebih lanjut, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) turut dikaji terlebih dahulu kerana ia adalah ibu kepada kelahiran FPG dan saling bertaut antara satu sama lain. Seterusnya, bagi mendalami FPG, ia turut dianalisis dari sudut ilmu falsafah itu sendiri bagi mengetahui pengkategorian elemen FPG berdasarkan cabang falsafah. Selanjutnya, matlamat FPG ini turut dirungkaikan bagi melihat apakah hasrat yang ingin dicapai melalui pembentukan falsafah ini. Rentetan itu, model konseptual FPG turut disertakan bagi menerangkan lagi elemen-elemen penting yang disulam bersama yang mewarnai membentuk FPG. Akhir sekali, barulah dihuraikan secara terperinci kaedah untuk menjadi guru

description

FALSAFAH DAN DASAR

Transcript of Falsafah Pendidikan Guru by Haziq

Page 1: Falsafah Pendidikan Guru by Haziq

1

BAGAIMANA FALSAFAH PENDIDIKAN GURU MAMPU MENJADI LANDASAN

KEPADA PEMBENTUKAN GURU YANG UNGGUL?

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

BY : HAZIQ AZREE BIN YAZID 2012

PENGENALAN

Dalam menjelaskan bagaimana Falsafah Pendidikan Guru (FPG) menjadi landasan kepada

pembentukan guru yang unggul, perlu diketahui terlebih dahulu apakah kata kunci bagi

menghuraikan persoalan ini. Beberapa kata kunci yang dilihat penting dalam merungkai

persoalan ini ialah ‘landasan’ dan ‘unggul’. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, landasan

bermaksud alas, pengalas atau asas sementara unggul bermaksud mengatasi yang lain, terutama

dan teristimewa. Dengan ini dapatlah difahami bahawa persoalan yang perlu dirungkaikan ialah

kaedah atau cara-cara untuk menjadi guru yang terbaik berasaskan FPG.

Oleh itu, dalam penulisan ini telah dihuraikan terlebih dahulu persoalan berkaitan ilmu

falsafah khususnya dalam falsafah pendidikan bagi mendalami apa yang dikonotasikan dengan

falsafah pendidikan. Seterusnya, disusuli dengan penerangan sejarah falsafah pendidikan yang

dilihat turut menjadi elemen penting untuk dihuraikan. Hal ini demikian kerana ilmu falsafah

adalah ilmu yang mempunyai kronologi dan bersinambung dari satu tamadun hinggalah tamadun

kini.

Di samping itu, sebelum menghuraikan FPG dengan lebih lanjut, Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) turut dikaji terlebih dahulu kerana ia adalah ibu kepada kelahiran FPG dan

saling bertaut antara satu sama lain. Seterusnya, bagi mendalami FPG, ia turut dianalisis dari

sudut ilmu falsafah itu sendiri bagi mengetahui pengkategorian elemen FPG berdasarkan cabang

falsafah.

Selanjutnya, matlamat FPG ini turut dirungkaikan bagi melihat apakah hasrat yang ingin

dicapai melalui pembentukan falsafah ini. Rentetan itu, model konseptual FPG turut disertakan

bagi menerangkan lagi elemen-elemen penting yang disulam bersama yang mewarnai

membentuk FPG. Akhir sekali, barulah dihuraikan secara terperinci kaedah untuk menjadi guru

Page 2: Falsafah Pendidikan Guru by Haziq

2

yang unggul berlandaskan elemen-elemen yang dibentuk dalam Falsafah Pendidikan Guru.

Begitulah serba sedikit mengenai gambaran awal dalam menghuraikan penulisan ilmiah ini.

KONOTASI FALSAFAH PENDIDIKAN

Falsafah Pendidikan Guru (FBG) merupakan sebahagian daripada Falsafah Pendidikan. Oleh itu,

sebelum menghuraikan FBG dengan lebih lanjut adalah elok kiranya ditinjau terlebih dahulu

kornotasi Falsafah Pendidikan.

Menurut Sufean Hussin (2004), falsafah atau dalam bahasa inggerisnya philosophy

bermakna cinta akan kebijaksanaan dan kebenaran. Walau bagaimanapun, kebanyakkan

pengarang ‘cinta akan kebijaksanaan’ ini tidak memberi gambaran yang tepat kerana

kebijaksanaan tidak semestinya memberikan gambaran yang tepat kerana kebijaksanaan tidak

semestinya memberi implikasi tentang kebenaran sedangkan falsafah sendiri berusaha mencari

kebenaran melalui tinjauan tentang pertalian segala pengalaman hidup dan fenomena. Menurut

beliau lagi, falsafah bukannya sains kerana tidak menambah ilmu fakta baharu tetapi falsafah

berusaha mengabungkan fakta-fakta khusus kepada satu keseluruhan. Dengan ini dapatlah

difahami bahawa falsafah merupakan disiplin ilmu yang cuba menghuraikan kebenaran melalui

rangkuman pendapat dan tanggapan para ilmuan yang dilihat mencapai kebenaran yang hakiki.

Dalam memahami disiplin ilmu melalui pendekatan falsafah terdapat tiga pendekatan

yang boleh digunakan iaitu deskriptif, normatif dan analitik. Pendekatan deskriktif memberikan

tumpuan kepada perkembangan pemikiran tokoh-tokoh filsuf dari sejak zaman dahulu kala

hingga masa kini untuk memahami apa telah diperkatakan dan apa yang telah dilakukan oleh ahli

filsuf yang muncul dalam masyarakat timur dan barat. Sementara, pendekatan normatif memberi

perhatian terhadap nilai atau aksiologi, sama ada dalam nilai estetika atau nilai etika dengan

berpandukan pencapaian sesuatu matlamat yang difikirkan perlu sambil menjelaskan sebab-

musabab keperluan itu. Pendekatan ini turut memberi tumpuan kepada ‘apa yang sepatutnya?’

dan bukan ‘untuk apa’?. Pendekatan analitik pula digunakan untuk berhujah bagi mencari

Page 3: Falsafah Pendidikan Guru by Haziq

3

pertalian untuk mendapatkan gambaran menyeluruh melalui analisis bahasa (etimologi), konsep,

prinsip dan teori. Perlu diketahui bahawa pendekatan ini berbentuk spekulatif atau andaian.

Berdasarkan tiga pendekatan asas yang dikemukakan ini, pendekatan analitik telah

digunakan dalam memahami pendidikan dengan lebih dekat kerana pendidikan merupakan

konsep yang amat rumit untuk dijelaskan kerana pendidikan ini tidak boleh ditakrifkan dari satu

dimensi, aspek atau segi. Oleh itu, pendidikan harus dilihat dari pelbagai sudut seperti sosial,

politik, ekonomi, agama, peringkat, jenis, pembelajaran, pengajaran, kurikulum, institusi bahan,

organisasi, matlamat, objektif, nilai dan disiplin pengajian.

Penemuan bidang falsafah juga dilihat tidak terpisah dengan bidang pendidikan kerana

penemuan tentang manusia, kemanusiaan dan kemasyarakatan sudah pasti boleh mengubah

orientasi dan matlamat sistem pendidikan. Secara spesifiknya lagi, penemuan dalam bidang

falsafah boleh dijadikan panduan utama dalam menggubal kurikulum, kaedah penilaian, usaha

penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan sistem organisasi. Contohnya, jika falsafah

pendidikan bercorak liberal, maka secara total kurikulum dari peringkat akar umbi hinggalah ke

tahap tertinggi akan turut menjadi liberal. Walau bagaimanapun, falsafah tidak mengusulkan cara

spesifik untuk melakukan sesuatu tetapi mempersoalkan rasional setiap komponen utama iaitu

tidak mempersoalkan ‘cara mana?’ tetapi mempersoalkan ‘untuk apa’?. Analoginya, falsafah

tidak menunjukkan cara nak buat sekolah tetapi untuk apa sekolah dibina. Begitulah yang

dinamakan falsafah pendidikan iaitu ilmu yang membincangkan mengenai keperluan pendidikan.

SEJARAH FALSAFAH PENDIDIKAN

Sejak awal abad hingga merdeka masih tiada dokumen formal yang menyatakan secara eksplisit

tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah tersirat dalam kenyataan tentang Dasar

Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara. Rentetan itu, wujud pelbagai

interpretasi mengenai falsafah pendidikan walaupun matlamat dan objektif pendidikan

dinyatakan dengan jelas dan eksplisit. Sehubungan dengan itu, interpretasi yang berlainan ini

menyebabkan setiap peringkat pendidikan ada falsafah yang tersendiri. Ada antaranya bersifat

humanistik, perkembangan, liberalisme, pragmatisme dan utlitarian. Kewujudan pelbagai

falsafah ini telah menyebabkan model dan amalan yang tidak seragam. Ini membuktikan bahawa

Page 4: Falsafah Pendidikan Guru by Haziq

4

tiada falsafah pendidikan kebangsaan yang jelas yang seharusnya menjadi pegangan atas segala

tindakan dalam sistem pendidikan.

Atas kesedaran ini, satu inisiatif telah diambil bagi menggubal dan menyatakan secara

eksplisit bermula pada akhir tahun 1988. Ekoran itu, pelbagai seminar dan perdebatan telah

diadakan bagi mencari satu falsafah atau aliran fahaman pemikiran yang ideal bagi bidang

pendidikan bersesuaian dengan konteks pembangunan individu, masyarakat dan negara yang

bersifat holistik dan bersepadu. Namun, timbul persoalan mengapa falsafah yang jelas begitu

penting? Analoginya, falsafah yang jelas umpama tongkat bagi si buta. Jika dia hilang tongkat

maka deria imbangan dan keyakinannya hilang serta menyebabkan pemikiran dan sanubari serta

anggotanya teraba-raba. Begitu jua halnya, jika lima orang buta memegang seekor gajah pada

bahagian yang berlainan, setiap antara mereka sudah pasti memberikan interpretasi dan

persepektif yang berbeza mengenai gajah tersebut.

Demikian jua dengan sistem pendidikan yang tidak mempunyai falsafah untuk dijadikan

pegangan asas dalam segala program tindakan bagi tempoh jangka panjang. Oleh itu, banyak

kritikan yang menyatakan bahawa sistem pendidikan sering kali dijalankan secara ad hoc kerana

sering berubah mengikut trend tertentu dalam suatu masa. Contohnya, sekitar tahun 1980-an

pendidikan ditinjau daripada perspektif perkembangan dan humanistik, maka kurikulum sekolah

menekankan perkembangan individu manusia yang menyeluruh. Sekitar tahun 2003 Dasar

Pendidikan Malaysia mula menetapkan Bahasa Inggeris menggantikan Bahasa Kebangsaan

melalui dasar Pengajaran Dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

(PPSMI). Namun, kini PPSMI diubah semula dalam Bahasa Kebangsaan.

Perlu diketahui bahawa falsafah pendidikan memberikan perspektif makro untuk sistem

dan bidang pendidikan kerana setiap komponen tidak dilihat secara berasingan tetapi ditinjau

dari segi pertalian antara komponen yang ada secara holistik. Jika bidang dan sistrem

pendidikan tidak mencapai apa yang dihasratkan maka falsafah pendidikan boleh disorotkan

kepada perspektif mikro untuk mengesan halangan dan masalah bagi memperbetulkan sesuatu

atau beberapa komponen. Pembetulan ini bertujuan bagi mencapai ketekalan dan keseragaman

dalam sistem dan bidang pendidikan. Sebenarnya terdapat pertautan antara FPK dengan FPG

namun terdapat juga perbezaan antara keduanya. Boleh dikatakan FPK berlandaskan fahaman

integratif atau kesepadanan yang menelaah perspektif hubungan individu dengan unsur-unsur

Page 5: Falsafah Pendidikan Guru by Haziq

5

persekitaran sosial, semula jadi dan tuhan. Sementara, FPG menekankan aspek modenisasi

individu dan budaya hidup masyarakat. Oleh itu FPG dilihat bersifat realisme-pragtisme.

Kesimpulannya, FPG tidak mengahayati fahaman dan pemikiran dalam falsafah pendidikan

negara kerana gagasan tanggapan falsafah pendidikan guru tidak memegang teras yang sama.

FPG lebih bersifat realistik dan praktis dalam konteks masyarakat.

PERTAUTAN FPK DAN FPG

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) merupakan sebuah falsafah yang bersifat mikro yang cuba

menyempurnakan lagi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK yang dibina mempunyai

hasrat dan matlamat ke arah pembangunan manusia dengan matlamat:

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan,berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan tehadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara.

Bagi menyempurnakan matlamat ini, adalah mustahil jika tidak ada guru yang berkaliber

dan berwawasan. Analoginya, sesuatu tanaman tidak akan dapat hidup subur tanpa penjagaan

dan baja yang baik. Begitu jua halnya dengan FPK tidak akan dapat disempurnakan tanpa guru

yang unggul. Ini kerana pelajar dengan guru ibarat isi dengan kuku yang mustahil untuk

dipisahkan. Oleh itu, Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dibina sebagai salah satu cabang bagi

menyempurnakan lagi FPK dan melahirkan jenis guru yang dihasratkan. FPG ini bermatlamat

melahirkan:

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung

aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan

individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu-padu, demokratik, progresif dan

berdisiplin.

Page 6: Falsafah Pendidikan Guru by Haziq

6

Senario ini jelas menunjukkan terdapatnya pertautan yang erat yang saling memerlukan

antara satu sama lain antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Falsafah Pendidikan Guru.

FPG akan menghasilkan guru yang unggul berdasarkan ciri-ciri yang diharapkan sementara FPK

pula akan memperlihatkan hasil tuaian iaitu dengan lahirnya pelajar yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek.

ANALISIS FALSAFAH PENDIDIKAN GURU DARI PERSPEKTIF FALSAFAH

Cabang Falsafah Ciri FBG Analisis

Metafizik

(Spekulasi perkaitan sebab

dan akibat)

• Menjamin perkembangan

individu

• Memelihara masyarakat

yang bersatu, demokratif,

progresif dan berdisiplin

• Peranan guru sebagai agen

perubahan dalam dunia

pendidikan yang dinamik-

realiti bidang pendidikan

Epistemologi

(Ilmu dan kepercayaan)

• Berpandangan progresif

dan saintifik

• Ilmu sentiasa berkembang

lanjutan penemuan baru

dalam inovasi

Aksiologi

(Etika dan Estetika)

• Berpekerti mulia

• Menjunjung aspirasi

negara

• Menyanjung warisan

kebudayaan negara

• Guru sebagai role model

dan teladan yang baik,

bermoral, beretika, bersifat

profesional dan sebagai

Logik

(Penaakulan membezakan idea

yang sah dan yang

mengelirukan)

• Berpandangan progresif

dan saintifik

• Amalan penaakulan logik

dalam menjalankan tugas

profesioanal demi

menjamin mutu profesion

perguruan dan kualiti guru

Jadual 1 : Analisis FPG dari Perseptif Falsafah

Page 7: Falsafah Pendidikan Guru by Haziq

7

MATLAMAT FPG

Matlamat Falsafah Pendidikan Guru ialah membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu,

kreatif dan berdaya tahan sekaligus mampu mendidik pelajar dengan cekap dan berkesan. Selain

itu, matlamatnya ialah untuk mengembangkan Maktab Perguruan atau kini dikenali sebagai

Institut Pendidikan Guru (IPG) sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan. Maka di sini

membuktikan bahawa profesion perguruan bukanlah satu bidang yang boleh dipandang sebelah

mata sahaja.

Seorang insan yang bergelar guru tidak dapat lari dari tiga aspek utama yang tersebut

ialah aspek ketuhanan, kendiri dan kemasyarakatan. Dalam aspek ketuhanan, guru mestilah

mendidik pelajar dan mengembangkan ilmu mereka serta mendidik mereka supaya taat dan

patuh kepada agama masing-masing. Daripada aspek kendiri pula, guru perlu memupuk budaya

ilmu, pembentukan sahsiah serta daya ketahanan dalam diri pelajar. Aspek kemasyarakatan pula

memetingkan guru supaya menyedari bahawa sebagai seorang agen perubahan, guru boleh

mendidik dan memimpin anak muridnya. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan yang

sangat penting dalam usaha memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Guru.

Page 8: Falsafah Pendidikan Guru by Haziq

8

MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU

Ketuhanan

Kendiri Kemasyarakatan

Rajah 1: Model Konseptual Pendidikan Guru

Jasmani Intelek

Emosi Rohani

Kemahiran

Nilai

Pengetahuan

Page 9: Falsafah Pendidikan Guru by Haziq

9

Berdasarkan Model Konseptual Pendidikan Guru di atas, terdapat tiga dimensi utama iaitu

ketuhanan, kemasyarakatan dan kendiri. Pertama, ketuhanan bermaksud peningkatan ilmu,

penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.

Kedua, kemasyarakatan pula menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen

perubahan. Ketiga, kendiri iaitu penekanan peranan guru sebagai pembinaan daya kefahaman

dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.

Dalam dimensi utama tersebut pula mengandungi tiga aspek asas iaitu pengetahuan,

kemahiran dan nilai. Pengetahuan bermaksud segala yang berkait dengan perkembangan dan

kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Kemahiran pula ialah keperluan kemahiran ikhtisas

yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran bertujuan meningkatkan

kualiti pengajaran dan pembelajaran. Nilai pula merujuk kepada amalan nilai-nilai murni,

pelakuan guru yang penyanyang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan

patuh kepada etika profesion perguruan. Ketiga-tiga aspek ini pula akan disepadukan dan

merentasi semua disiplin dan pogram perguruan yang dirancangkan. Di samping itu, model

tersebut turut menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan

bersepadu dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Berdasarkan matlamat FPG, terdapat enam ciri yang boleh dicerakinkan dan perlu dipenuhi

dalam melahirkan guru yang unggul. Pertama, berpekerti mulia. Kedua, berpandangan pogresif

dan intersik. Ketiga, bersedia menjunjung aspirasi negara. Keempat, menyanjung warisan

kebudayaan negara. Kelima, menjamin perkebangan individu dan yang terakhir memelihara

suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Dalam melahirkan guru yang unggul, berlandaskan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

elemen pertama dilihat sebagai asas utama iaitu berpekerti mulia. Pekerti yang mulia merujuk

kepada sahsiah seseorang guru. Sebagai role model atau agen perubahan, guru terlebih dahulu

perlu menunjukkan contoh yang baik supaya pelajar dapat mencontohi keperibadian guru. Antara

sahsiah yang boleh ditonjolkan ialah seperti berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin dan bermoral.

Sekiranya sesorang guru tidak menunjukkan disiplin yang mantap contohnya merokok dalam

Page 10: Falsafah Pendidikan Guru by Haziq

10

kawasan sekolah, sudah pasti ia akan mendatangkan imej yang negatif pada guru tersebut. Imej

kendiri inilah yang akan menentukan rasa hormat pada guru tersebut dalam kalangan pelajar.

Selain itu, para pelajar yang remaja ini juga sebenarnya sedang mencari identiti diri. Menurut

teori tingkah-laku Skinner, tindakan seseorang turut dipengaruhi oleh persekitaran. Justeru, jika

guru terbabit merokok dalam kawasan sekolah, adalah tidak mustahil jika pelajar turut merokok

dalam kawasan sekolah. Situasi ini, dilihat sesuai dengan peribahasa bagaimana biduk, begitulah

pengayuh. Hal ini membuktikan setiap individu yang bergelar guru sewajibnya menonjolkan

pekerti yang mulia agar nilai ini dapat diresapi oleh anak didiknya.

Elemen kedua, berpandangan progresif dan saintifik. Merujuk Kamus Dewan Edisi

Keempat, progresif bermaksud sentiasa bergerak maju dan bertujuan untuk mencapai kemajuan

sementara saintifik pula bermaksud kaedah yang teratur dan bersistem. Elemen ini dilihat

merupakan elemen yang sejajar denagn matlamat Wawasan 2020 yang kemukakan oleh Tun

Mahathir Mohammad iaitu bagi mewujudkan masyarakat saintifik yang progresif, masyarakat

yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan berpandangan ke depan yang bukan sahaja

menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamaduan sains dan teknologi

masa hadapaan. Oleh itu, seseorang guru hendaklah bergerak maju dan bersistem iaitu mengikut

peradaran zaman yang memfokuskan kepada sains dan teknologi. Contohnya, dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru perlu lebih kreatif dengan menggunakan alat bantu

mengajar (ABM) yang lebih menarik seperti menggunakan power point sewaktu pengajaran

dalam kelas. Dengan pengunaan teknologi ini, guru tidak lagi perlu menyalin berjela-jela

dihadapan dan murid juga perlu menyalin dalam tempoh yang lama. Kaedah ini hanya akan

membazirkan masa pengajaran untuk menyalin nota tanpa memahami apakah kandungan yang

hendak disampaikan. Kaedah pengajaran ini juga akan menyebabkan ramai pelajar cepat bosan

dan mengantuk ketika sesi penerangan disampaikan. Berbeza dengan penggunaan teknologi

misalnya power point. Guru tidak lagi perlu menyalin nota pada waktu P&P kerana nota boleh

disediakan terlebih dahulu di rumah dan ia turut boleh dicetak untuk para pelajar. Dengan itu,

masa P&P lebih jimat kerana pelajar hanya perlu memahami apa yang disampaikan di samping

mencatat butiran penting sahaja. Penggunaan kaedah sains ini sudah pasti akan memberikan

lebih banyak masa untuk sesi soal jawab serta silibus dapat dihabiskan dalam masa yang singkat

dan berkesan. Hal ini menunjukkan seorang guru yang pogresif dan saintifik perlu bergerak

seiring dengan kemajuan agar tidak ketinggalan teurtamanya dari segi profession keguruan. Ini

Page 11: Falsafah Pendidikan Guru by Haziq

11

bermakna guru perlu berinisiatif untuk berfikiran maju dan berani dalam inovasi bagi menjadi

guru yang unggul.

Elemen yang ketiga iaitu bersedia menjunjung aspirasi negara. Menurut Kamus Dewan

Edisi Keempat, aspirasi bermaksud keinginan atau kehendak yang kuat dalam mencapai sesuatu.

Dalam konteks menjunjung aspirasi negara, guru sebagai agen bertindak untuk menjayakan

aspirasi negara ini. Guru berperanan untuk mendidik generasi muda supaya dapat menyumbang

kepada pembangunan dan kemajuan negara. Dalam hal ini, guru perlulah benar-benar

menghayati aspirasi negara yang dihasratkan supaya pembentukan modal insan kelas pertama

dapat dilahirkan. Misalnya, salah satu aspirasi negara dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

ialah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis. Bagi melahirkan pelajar yang seimbang

antara jasmani, emosi, rohani dan intelek ini bukanlah mudah kerana guru bukan sahaja perlu

bersungguh-sungguh dalam kukurikulum di sekolah malahan kokurikulum juga perlu

diutamakan. Oleh itu, guru perlu sanggup berkorban contohnya berkorban waktu hari sabtu

untuk ke sekolah bagi melaksanakan kokurikulum dengan bersungguh-sungguh agar pelajar

mendapat kemahiran nilai tambah. Bayangkan sekiranya guru sendiri tidak menghayati aspirasi

negara dengan melakukan tabiat negatif seperti guru ponteng kelas, tidak berada dalam kelas atas

tanpa sebab relevan dan menyalahgunakan kuasa yang diberikan. Sekiranya, isu begini

berterusan, di mana kredibiliti seorang guru yang menjunjung aspirasi negara?. Maka, FPG

inilah yang perlu dijadikan sebagai garis panduan dan pegangan untuk setiap guru bagi

menjunjung aspirasi negara.

Elemen keempat ialah bersedia menjunjung warisan kebudayaan kita. Negara kita kaya

dengan pelbagai budaya yang unik. Oleh itu, sebagai guru-guru haruslah peka dengan

kepelbagaian dan keunikan yang ada. Keunikan ini termasuklah dari sudut asat resam, kesenian,

pakaian, peralatan tradisional, permainan tradisional perubatan, sastera, seni bina dan juga seni

halus. Keunikan ini seharusnya dipelihara untuk generasi akan datang supaya mereka tidak lupa

akan asal usul mereka. Justeru, sudah menjadi kewajipan seorang guru memupuk sifat bangga

terhadap kepelbagaian yang ada dalam sanubari pelajar-pelajar. Bagi menyemai perasaan bangga

terhadap budaya yang pelbagai ini, para guru boleh mengambil inisiatif seperti membuat aktiviti

atau pogram berkaitan dengan kebudayaan. Antaranya, mewujudkan malam kebudayaan dan

warisan pelbagai kaum yang terdapat di negara ini. Contohnya, persembahan seni silat, berzanji

Page 12: Falsafah Pendidikan Guru by Haziq

12

dan marhaban bagi yang islam, tarian naga dan pesta tanglong bagi yang cina serta tarian

hindustan bagi yang beragama hindu. Aktiviti seperti ini sudah pasti akan merapatkan semangat

perpaduan antara kaum serta sikap saling menerima perbezaan yang ada sebagai keunikan antara

satu sama lain. Bayangkan sekiranya kita bertelagah dan memperbesarkan jurang yang ada.

Sudah pasti detik hitam 13 Mei 1969 akan berulang kembali iaitu pertumpahan darah antara

kaum melayu dan cina yang hampir meragut kemerdekaan yang dibina. Para guru juga harus

sedar bahawa pendidikan merupakan tunjang utama yang menyatukan perpaduan kaum sejak

mencapai kemerdekaan. Oleh yang demikian, para guru harus mengekalkan tunjang yang dibina

sejak berkurun lamanya agar perpaduan semakin utuh serta pelajarnya tetap menyanjung warisan

kebudayaan negara.

Elemen kelima ialah menjamin perkembangan individu. Guru juga bertanggungjawab

dalam melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis seperti mana yang terkandung dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini kerana menurut Galemen (1995) dalam Suffean Hussin

(2004), kecerdasan intelek semata-mata tidak menjamin kebahagiaan hidup seseorang individu.

Malah, menurut Muhamad Mahyudin Nafis (2007) dalam Suffean Hussin (2004), kecerdasan

intelektual yang diberi penumpuan tidak mampu untuk melahirkan insan yang matang, tabah,

berani, kuat, teguh dan rendah diri. Justeru, individu yang seimbang perlu memenuhi

keseimbangan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam hal ini, guru seharusnya

memainkan peranan dalam membentuk perkembangan pelajar secara menyeluruh dalam semua

aspek yang dinyatakan. Sungguhpun begitu, bukan sahaja perkembangan murid perlu dititik

beratkan malahan guru sendiri hendaklah seimbang dari segi jamani, emosi, rohani dan intelek.

Sesuai dengan perkembangan kini, para guru jua haruslah berusaha mengembangkan

kemampuan dan potensi mereka dalam pelbagai bidang khususnya pengetahuan terhadap

kemahiran teknologi, penguasaan Bahasa Inggeris dan mempunyai kreativiti serta inovasi yang

tinggi. Hal ini kerana teknologi kian menjadi asas utama untuk menjadi lebih maju serta

memudahkan urusan harian. Contohnya, penggunaan pembentangan menggunakan power point

dan penyebaran maklumat seperti nota menggunakan blog akan memudahkan lagi perkembangan

ilmu pengetahuan. Sementara, pemantapan Bahasa Inggeris juga dilihat semakin penting kerana

banyak sumber ilmu dalam pelbagai bidang adalah dalam Bahasa Inggeris. Hal ini menunjukkan

Bahasa Inggeris bukan sahaja bahasa komunikasi tetapi kian menjadi bahasa ilmuan. Sekiranya

guru-guru mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Inggeris yang baik sudah pasti ilmu tersebut

Page 13: Falsafah Pendidikan Guru by Haziq

13

dapat diterjemahkan kepada para pelajar dengan lebih mudah dan berkesan. Di samping itu,

kreativiti dan inovasi juga hendaklah dipertingkatkan dalam penyampaian agar para pelajar tidak

mudah bosan dan jemu untuk memahami apa yang cuba disampaikan. Contohnya, aktiviti

pengajaran dan pembelajaran (P&P) perlu divariasikan dan tidak hanya tertumpu di dalam kelas.

Para guru, mungkin boleh menjadikan taman-taman, surau dan perpustakaan sebagai tempat

belajar supaya para pelajar dapat merasai keseronokan dalam menimba ilmu pengetahuan.

Wahananya, perkembangan individu bukan sahaja tertumpu pada perkembangan pelajar malahan

guru-guru sendiri hendaklah meningkatkan potensi diri mereka agar mampu menjadi guru yang

unggul.

Elemen yang terakhir ialah memelihara masyarakat yang bersatu pada, demokratif,

progresif dan berdisiplin. Guru sebenarnya memainkan peranan yang amat besar dalam

pembentukan sesebuah masyarakat kerana setiap individu tanpa mengira pangkat dan martabat

sudah pasti mempunyai guru. Ini kerana sejak Laporan Razak diperkenalkan kerajaan telah

mewajibkan semua kanak-kanak berhak mendapat pendidikan awal. Oleh itu, guru telah

memainkan peranan utama dalam pembentukan masyarakat kerana merekalah yang membentuk

perkembangan individu. Apabila individu yang dibentuk ini membesar dan berhubung dengan

individu lain akhirnya akan terbentuk masyarakat. Justeru, segala didikan guru ini akan

mempengaruhi pembentukan masyarakat. Dalam hal ini, guru perlu memupuk anak didiknya

dengan nilai-nilai perpaduan dan cintakan tanah air. Elemen perpaduan masih dititik beratkan

kerana perpaduan kaum akan menentukan kemanan negara. Sekiranya negara aman dan damai

sistem politik negara juga akan bergerak lancar mengikut perlembagaan. Sekiranya politik

terurus dengan baik, para pelabur luar juga akan berminat untuk melabur di negara ini. Hasilnya

ekonomi negara akan bertambah kukuh dan mantap. Apabila politik dan ekonomi negara berada

pada tahap yang baik, maka rakyat akan hidup aman dan demokratik tanpa ada protes yang

menunjukkan rasa tidak puas hati. Justeru, negara akan menjadi lebih progresif dan maju kerana

masyrakatnya telah dibentuk penuh berdisiplin hasil didikan guru-guru yang unggul. Hal ini jelas

menunjukkan kepentingan guru memelihara masyarakat yang demokratik, progresif dan

berdisiplin.

Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Guru mampu menjadi landasan dalam melahirkan

guru yang unggul dengan syarat ia haruslah dihayati, difahami dan diterjemahkan oleh setiap

Page 14: Falsafah Pendidikan Guru by Haziq

14

individu yang bergelar guru sepajang hayatnya. Hal ini demikian kerana, elemen yang

terkandung dalam falsafah ini lebih bersifat realistik dan praktis jika dibandingkan dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang agak subjektif. Justeru, Falsafah Pendidikan Guru perlu

disemai dalam diri setiap individu yang ingin atau telah bergelar ‘cikgu!’.

BIBLIOGRAFI

Afiza (2011). Diperoleh pada Oktober 8, 2012 daripada

http://cikguafiza.blogspot.com/2011/03/kepentingan-elemen-elemen-yang.html

Cikgu Donut (2011). Diperoleh pada Oktober 7, 2012 daripada

http://pasarnota.blogspot.com/2011/12/falsafah-pendidikan-guru.html

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka

Suffean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, sistem dan Falsafah Edisi Kedua. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

USM (2007). Diperoleh pada Oktober 8, 2012 daripada

http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php

UTHM (2012). Diperoleh pada Oktober 10, 2012 daripada

http://www.slideshare.net/mdnorihk/falsafah-pendidikan-guru