Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

27
1 HAZIQ AZREE BIN YAZID (2013) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 1.0 PENGENALAN Setiap hari merupakan episod baru dalam kehidupan dan kehidupan tidak dapat lari daripada interaksi. Ini kerana manusia memerlukan satu sama lain kerana manusia tidak dapat hidup sendiri. Namun, konflik sering kali timbul kerana manusia tidak mendapat apa yang mereka inginkan. Glasser (1998) melihat terdapat lima keperluan utama manusia yang sering didambakan iaitu keperluan  survival  yang merupakan keperluan fisiologi manusia seperti makan, minum dan tempat tinggal. Selain itu, terdapat empat lagi keperluan yang diklasifikasikan Glasser sebagai keperluan psikologi iaitu kasih sayang dan dimiliki, keinginan untuk bergembira, keinginan untuk bebas memilih dan keinginan untuk dihargai. Bagi membantu mereka yang dilanda konflik ini, maka perlunya kepada seorang  pembimbing yang boleh berkongsi dan mendengar segala yang dihadapi kerana pada waktu tersebut, individu tidak dapat berfungsi secara total. Maka, di sinilah kaunselor perlu memainkan  peranan bagi membantu individu mencapai ‘celik akal’. Kaunselor bertindak sebagai pembantu dan bukannya pengarah kerana setiap individu mempunyai potensi diri dan mampu untuk  berkembang. Atas kepercayaan ini, maka kaunselor telah dilatih bagi membantu klien dengan kemahiran tertentu supaya sesi yang dijalankan benar-benar memberikan makna pada klien. Dalam sesi ini, saya sebagai kaunselor pelatih, akan cuba membantu klien yang mengalami konflik yang berhubung dengan keinginan penghargaan kendiri. Dengan secubit ilmu di dada, saya akan cuba membantu klien semaksimum yang mungkin, berbekalkan kemahiran asas yang telah dipelajari sewaktu semester dua dan dipandu dengan Choice Theory Reality Therapy (CTRT). Sesi ini dijalankan sebanyak dua kali dengan harapan ia telah mampu memberikan sokongan pada klien untuk mencapai ‘celik akal’. Dalam penulis an ini, akan dihuraikan proses kaunseling yang tel ah dijalankan secara keseluruhan, membincangkan kemahiran-kemahiran yang digunakan serta mempersembahkan  bagaimana teori CTRT ini digunakan dalam sesi. Ia disusuli dengan diagnosis masalah klien  berdasarkan perspektif CTRT. Akhir sekali, saya akan membuat sedikit refleksi atas keseluruhan

description

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING DAN TEORI CTRT

Transcript of Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

Page 1: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 1/27

1

HAZIQ AZREE BIN YAZID (2013)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1.0 PENGENALAN

Setiap hari merupakan episod baru dalam kehidupan dan kehidupan tidak dapat lari daripada

interaksi. Ini kerana manusia memerlukan satu sama lain kerana manusia tidak dapat hidup

sendiri. Namun, konflik sering kali timbul kerana manusia tidak mendapat apa yang mereka

inginkan. Glasser (1998) melihat terdapat lima keperluan utama manusia yang sering

didambakan iaitu keperluan survival  yang merupakan keperluan fisiologi manusia seperti makan,

minum dan tempat tinggal. Selain itu, terdapat empat lagi keperluan yang diklasifikasikan

Glasser sebagai keperluan psikologi iaitu kasih sayang dan dimiliki, keinginan untuk bergembira,

keinginan untuk bebas memilih dan keinginan untuk dihargai.

Bagi membantu mereka yang dilanda konflik ini, maka perlunya kepada seorang

 pembimbing yang boleh berkongsi dan mendengar segala yang dihadapi kerana pada waktu

tersebut, individu tidak dapat berfungsi secara total. Maka, di sinilah kaunselor perlu memainkan

 peranan bagi membantu individu mencapai ‘celik akal’. Kaunselor bertindak sebagai pembantu

dan bukannya pengarah kerana setiap individu mempunyai potensi diri dan mampu untuk

 berkembang. Atas kepercayaan ini, maka kaunselor telah dilatih bagi membantu klien dengan

kemahiran tertentu supaya sesi yang dijalankan benar-benar memberikan makna pada klien.

Dalam sesi ini, saya sebagai kaunselor pelatih, akan cuba membantu klien yang

mengalami konflik yang berhubung dengan keinginan penghargaan kendiri. Dengan secubit ilmu

di dada, saya akan cuba membantu klien semaksimum yang mungkin, berbekalkan kemahiran

asas yang telah dipelajari sewaktu semester dua dan dipandu dengan Choice Theory Reality

Therapy (CTRT). Sesi ini dijalankan sebanyak dua kali dengan harapan ia telah mampu

memberikan sokongan pada klien untuk mencapai ‘celik akal’.

Dalam penulisan ini, akan dihuraikan proses kaunseling yang telah dijalankan secara

keseluruhan, membincangkan kemahiran-kemahiran yang digunakan serta mempersembahkan

 bagaimana teori CTRT ini digunakan dalam sesi. Ia disusuli dengan diagnosis masalah klien

 berdasarkan perspektif CTRT. Akhir sekali, saya akan membuat sedikit refleksi atas keseluruhan

Page 2: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 2/27

2

sesi dan juga refleksi daripada klien. Semoga sesi ini dapat membantu klien untuk berfungsi

kembali seperti sedia kala dan diharapkan laporan ini menepati kehendak penilai.

2.0 MASALAH KLIEN

Setelah tamatnya sesi pertama, saya dapat mengenal pasti masalah klien ialah masalah

komunikasi yang menyebabkan hubungannya dengan rakan-rakan terganggu setelah dilantik

mengendalikan sebuah program. Klien amat terkilan kerana dia tidak mendapat kerjasama yang

 baik dari rakan-rakan sebelum, semasa dan selepas program dilaksanakan. Klien sebenarnya

inginkan penghargaan dari rakan-rakannya setelah mereka melantik dirinya sebagai pengarah

 program. Namun, setelah dia dilantik timbul beberapa isu yang membuatkan dia rasa marah,

terkilan dan tertekan.

Antaranya faktor yang mendorong perasaan sedemikian dalam diri klien ialah sikap salah

seorang rakannya yang mencabar kewibawaannya kerana cemburu dan ingin menjadi pengarah

 program. Bukan itu sahaja, rakannya ini telah banyak mempersoalkan tindakannya serta enggan

menyokong segala usaha yang dilakukan sewaktu program berlangsung. Kedua, ramai dalam

kalangan rakan sekelasnya, tidak memberikan kerjasama untuk menghadiri mesyuarat dengan

 pelbagai alasan malah ada yang menggelarnya ‘ beruk monyet’  ketika diajak menghadiri

mesyuarat. Ketiga, rakan yang dipertanggungjawabkan meminjam board tidak melaksanakan

tanggungjawabnya hingga akhirnya klien sendiri terpaksa menyelesaikannya. Malah, selepas

 program dia tidak memulangkan board tersebut hingga pensyarahnya dimarahi oleh dekan

fakulti.

Keempat, klien rasa kecewa kerana sewaktu program dilaksanakan ramai rakan sekelas

tidak memberikan kerjasama dan ada yang tidak hadir. Malah ada dalam kalangan mereka yang

 balik awal ke kampung walhal mereka telah sebulat suara bersetuju memilih tarikh tersebutuntuk melaksanakan program. Kelima, pensyarah meminta klien untuk menyenaraikan nama

mereka yang tidak melaksanakan tugasan namun dia rasa serba salah kerana khuatir dimarahi

oleh rakan-rakan. Oleh itu, klien tidak berbuat demikian namun klien rasa terkilan dia

dipersalahkan walhal dia tidak melaporkan nama mereka pada pensyarah. Keenam, klien rasa

hubungannya dengan rakan yang mempersoalkannya kewibawaannya semakin renggang dan

Page 3: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 3/27

3

dingin kerana pelbagai peristiwa. Wujud rasa dendam yang mendalam dalam diri kerana

 pelbagai tohmahan yang diterima. Kesimpulannya, masalah klien adalah masalah komunikasi

dengan rakan-rakan dan dia ingin dihargai dengan cara mendapat kerjasama semua setelah

dilantik oleh mereka.

3.0 PROSES KAUNSELING YANG DIJALANKAN

Menurut Mizan Adiliah dan Halimaton Haliliah (1997), proses kaunseling merupakan suatu

keadaan formal dan sistematik berdasarkan cara pengendalian kaunseling yang melibatkan dua

 pihak iaitu kaunselor dan klien. Dalam menjalankan sesi kaunseling ini, terdapat beberapa proses

utama yang perlu dilaksanakan iaitu :

Page 4: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 4/27

4

Rajah 1 : Proses Kaunseling

3.1 Penyediaan pra-sesi

Dalam menjalankan sesi ini, saya telah memulakan pra-sesi dengan memberikan borang

maklumat diri serta borang persetujuan termaklum kepada klien. Hal penting bagi

mengetahui serba sedikit latar belakang klien serta mendapatkan persetujuan darinya kerana

Penyediaan prasesi

Membina hubungan

Penerokaan dan menge pasti masalah

Membuat keputusanPelan Tindakan

Penamatan

Susulan

Page 5: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 5/27

5

ia melibatkan etika kerahsiaan. Ia juga bertujuan bagi memudahkan sesi dijalankan kerana

saya dapat mengetahui latar belakang klien bagi memudahkan pembinaan hubungan rapport.

3.2 Membina hubungan

Saya cuba membina hubungan mesra dengan klien sebaik sahaja memulakan sesi pertama.

Ketika ini saya cuba berjenaka dengan bertanyakan nama yang selesa bagi klien. Bagi saya

ini merupakan asas dalam membina hubungan rapport kerana klien akan rasa dihargai

sekiranya kaunselor mengingati namanya [00:17]. Kontak mata, senyuman dan nada suara

 juga merupakan pergerakan non-verbal yang ditumpukan bagi membuatkan klien selesa dan

dihargai.

Seterusnya, saya telah memulakan penstrukturan dengan menerangkan sesi kaunseling

 pada klien memandangkan klien tidak pernah menjalani sesi sebelum ini. Saya menyatakan

dalam sesi ini peranan saya sebagai kaunselor yang akan mendengar curahan klien dan

segala-galanya termaktub di bawah etika kerahsiaan melainkan hal-hal yang berkaitan

dengan keselamatan klien [01:49]. Di sini, saya menyerahkan borang etika untuk

ditandatangani oleh klien sebagai bukti persetujuan. (Tujuan rakaman untuk dinilai oleh

 pensyarah).

3.3 Penerokaan dan mengenal pasti masalah

Penerokaan bermula dengan klien menceritakan bahawa dalam suatu program yang

dianjurkan oleh universiti dan beliau telah dipilih sebagai pengarah program atas persetujuan

ramai [03:36]. Mereka juga telah berikrar bagi memberikan kerjasama sepanjang program

 berlangsung. Klien telah menceritakan terdapat tiga fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas

 program. Klien rasa amat kecewa kerana ramai rakannya yang tidak hadir ketika mesyuarat

dilangsungkan dengan pelbagai alasan sedangkan sebelum beliau dilantik, semua telah

 bersetuju untuk memberikan kerjasama.

Klien rasa geram dan marah, kerana rasa tidak dihormati sedangkan beliau boleh

menerima, sekiranya dimaklumkan secara baik. Klien juga rasa kurang selesa kerana ada

seorang rakannya yang langsung tidak memberikan komitmen dengan memberikan pelbagai

alasan malah mengejeknya. Bukan itu sahaja, menurut klien dia diancam dengan kata-kata

Page 6: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 6/27

6

 berbaur ugutan dan mempersoalkan kemampuannya [0:18]. Klien sedar rakannya itu

cemburu kerana rasakan yang dia lebih layak mengendalikan program tersebut namun tidak

mendapat sokongan ramai kerana tidak lagi dipercayai. Ini kerana sebelum ini rakannya itu,

 pernah gagal dalam mendapatkan pengangkutan hingga program mereka terpaksa dibatalkan

sedangkan pada waktu itu semua telah membawa beg untuk bertolak.

Kemudian, saya meminta penjelasan klien sama ada sikap seorang rakannya ini

menyebabkan klien rasa tidak berpuas hati dengan semua rakan sekelas [10:22]. Namun,

klien menyatakan rakan yang lain melaksanakan tugas namun dari segi penglibatan dan

kualiti kerja sahaja yang kurang memuaskan. Klien menyatakan dia masih kurang berpuas

hati dengan seorang rakan yang dimaksudkan kerana baru-baru ini, rakan tersebut

mempersoalkan wang yang dikutip sedangkan ia telah digunakan untuk program tersebut

seperti makanan dan cenderahati. Ini membuatkan klien lebih marah kerana bukan sahaja

tidak menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan malahan mempersoalkan tanpa usul

 periksa.

Saya bertanyakan perasaan klien terhadap persoalan dilemparkan. Klien rasa tindakan

tersebut kurang ajar baginya [14:55]. Bukan itu sahaja, rakan tersebut enggan

 bertanggungjawab malah memerli klien. Klien dikonfrantasi sama ada dia melupakan rakan

tersebut hingga dia rasa diabaikan [15:38]. Klien menyatakan bukan tanggung jawabnya

untuk mengerahkan setiap perkara. Saya juga meneroka cara yang dilaksanakan klien untuk

 berbaik dengan rakannya. Klien menyatakan dia pernah bertanya melalui we-chat  namun dia

diperli oleh rakan tersebut.

Klien telah memohon untuk mencurahkan perasaannya untuk menceritakan mengenai

seorang lagi rakannya yang membuat kerja last minute. Klien rasa terkilan kerana ketika

sehari sebelum program, rakannya menyatakan board belum dapat dipinjam hingga akhirnya

dia terpaksa melakukannya sendiri. Klien mendapat tahu bahawa rakannya itu bermasalahdengan teman wanita. Klien menyatakan rasa tidak berpuas hati dan menganggap tindakan

tersebut tidak profesional.

Seterusnya, klien menyambung terdapat lagi seorang rakannya yang tidak menghadiri

mesyuarat sedangkan dia telah menghantar pesanan ringkas kepada semua. Klien juga

Page 7: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 7/27

7

terkejut kerana rakannya membalas binatang beruk. Klien juga menambah bahawa dia

kurang berpuas hati dengan hasil kerja rakan-rakannya. Selanjutnya, klien berkongsi bahawa

ketika program berlangsung ramai yang tidak menghadiri forum dengan pelbagai alasan

hingga pensyarahnya berasa berang.

Saya telah merumuskan terdapat empat masalah utama klien. Pertama, rasa tidak berpuas

hati dengan rakan yang mencabar kewibawaannya. Kedua, rakan yang tidak melaksanakan

tanggungjawabnya untuk meminjam board. Ketiga, ada rakan yang disuruh menghadiri

mesyuarat namun sering tidak hadir dan terakhir ramai dalam kalangan rakannya tidak hadir

ketika program dijalankan.

Saya, merasakan klien begitu stress dengan situasi yang dihadapi. Maka, saya terus

meneroka masalah yang seterusnya bagi membolehkan klien meluahkan perasaannya. Klien

menyambung, ketika pameran berlangsung ramai dalam kalangan rakan-rakannya tidak

 bertugas dan pulang ke kampung, sedangkan mereka sepatutnya menjalankan tanggungjawab

[22:48]. Klien meneruskan bahawa setelah selesai program rakannya tidak memulangkan

 board hingga menyebabkan dia dimarahi oleh pensyarahnya.

Saya meneroka, sama ada pensyarah menyalahkan klien atau tidak namun klien

menyatakan pensyarah tahu dia telah melaksanakan tanggungjawabnya. Namun, menurut

klien, pensyarahnya rasa kecewa dengan program yang dilaksanakan. Saya simpulkan

 bahawa masalah yang berlaku adalah sebelum, semasa dan selepas program. Kemudian, saya

meneroka hubungan klien selepas program. Klien menyatakan dia tidak mahu mengambil

 peduli namun dia masih rasa masih rasa kurang berpuas hati dengan rakan yang

mempersoalkan tanggungjawabnya. Klien kemudiannya, dipanggil oleh pensyarah namun dia

rasa serba salah untuk melaporkan nama mereka yang tidak melaksanakan tanggungjawab.

Saya telah merumuskan bahawa masalah klien adalah masalah berkaitan komunikasi

dengan rakan-rakan yang mempengaruhi hubungan mereka. Saya meneruskan penerokaan

sejauh mana hubungan dengan rakan yang sering mempersoalkan kemampuannya. Klien

menyatakan hubungannya kian tawar kerana tidak lagi banyak bercerita bersama dan rasa

wujud kejanggalan. Klien rasa terkilan kerana dipandang rendah dan sukar melupakan apa

Page 8: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 8/27

8

yang dilakukan padanya. Klien menganggap segala yang berlaku memberikan pengajaran.

Klien menyatakan dia menunggu untuk  post-mortem  yang akan dilaksanakan bagi melihat

sejauh mana mereka membela diri.

Saya telah menyimpulkan masalah yang berlaku adalah masalah hubungan dengan rakan-

rakan sebelum, semasa dan selepas program dilaksanakan. Sikap beberapa individu dilihat

merupakan punca utama klien rasa amat terkilan khususnya apabila ada yang mencabar

kewibawaannya.

3.4 Membuat keputusan

Pada sesi sebelum ini, klien ada menyatakan bahawa dia malas untuk memikirkan soal rakan-

rakannya selepas program berakhir kerana baginya yang lepas biarlah lepas. Walau

 bagaimanapun, kelihatan ada ‘unfinished business’  dalam diri klien khususnya dengan rakan

yang mencabar kewibawaannya. Ini terbukti melalui kenyataan klien dalam sesi pertama

yang menyatakan bila di ajak ke rumah rakannya dia rasa malas, tindak berbual lagi dengan

rakan tersebut dan hanya bercakap pada perkara yang perlu sahaja. Dalam hubungan dengan

rakan-rakan yang lain, klien sedar ketegangan yang wujud dan cuba mengajak rakan-

rakannya berbincang namun mereka menolak dengan alasan tiada apa yang perlu

dibincangkan.

Walau bagaimanapun, dalam sesi kedua ternyata keputusan klien berubah setelah satu

 perjumpaan diadakan oleh pensyarahnya. Pada pertemuan tersebut pensyarah telah

memanggil mereka untuk meluahkan perasaan. Antara yang dipanggil adalah dari kalangan

mereka yang diceritakan oleh klien. Pada awalnya mereka menolak untuk meluahkan

 perasaan namun setelah dipaksa tampil ke hadapan. Mereka telah memohon maaf atas tidak

memberikan bekerjasama sewaktu program dijalankan.

Saya meneroka adakah ini yang dimahukan oleh klien? Klien ternyata bersetuju dan

mengatakan bahawa inilah kehendaknya. Dia menyatakan dia berasa puas kerana mereka

mengaku segala kesilapan yang dilakukan, begitu jua dengan diri klien. Hasilnya, klien nyata

mengubah keputusan daripada membiarkan hubungan dingin tersebut dengan melepaskan

segala yang dendam yang dipendamkan selama ini hingga membuatkannya kembali ceria.

Klien juga telah mengambil keputusan untuk berbaik-baik semula dengan rakannya dan

Page 9: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 9/27

9

mereka telah bersetuju untuk mengadakan riadah di sungai sebagai usaha mengeratkan lagi

hubungan persahabatan mereka.

3.5 Pelan Tindakan

Saya juga telah mengajak klien untuk memikirkan pelan tindakan sekiranya dia dilantik

semula menjadi pengarah program. Hal ini bertujuan bagi mempersiapkan klien untuk

 berhadapan dengan situasi yang sama kelak.

Menurut klien, merasakan dia perlu menyediakan rancangan tambahan seperti pelan A

dan B atau lebih banyak lagi. Misalnya, klien menyatakan mungkin dia perlu menukar ahli

kumpulan dengan meletakkan beberapa individu yang boleh diharapkan dalam satu-satu

kumpulan dan juga menukar bahagian yang digemari oleh ahli.

Klien juga telah diajak untuk menilai semula sama ada kekurangan pengalaman sebagai

salah satu faktor pimpinannya sebagai pengarah program kurang mendapat sambutan.

Menurut klien pengalamannya memang kurang dan ini merupakan kali pertama dia menjadi

 pengarah program. Program ini juga telah memberikan klien satu pengalaman untuk

 berinteraksi dengan orang lain dan mengendalikan ahli kumpulan. Berdasarkan kenyataan ini

 jelas klien sendiri mengakui kelemahan dirinya, yang merupakan salah satu faktor kegagalan

 program ini berjalan seperti yang diharapkan.

Maka, saya telah mengajak klien untuk berbincang bagaimana rancangannya untuk

memperbaiki kelemahan yang ada. Menurut klien, antara kelemahannya yang dikatakan oleh

rakan-rakan adalah dia terlalu berlembut dalam memberi arahan. Pada klien, dia tidak mahu

memarahi rakan-rakannya, namun akhirnya rakan-rakannya tidak menghormatinya.

Klien menyatakan bahawa dia perlu belajar bagaimana untuk menjadi tegas dan dalam

masa yang sama tidak menyakiti hati orang lain. Saya telah meminta penjelasan kenyataan

klien ini bagi mendapatkan apa yang dimaksudkan oleh klien. Menurut klien, contohnya bila

ingin mengarahkan mereka bekerja, dia perlu menetapkan satu due date untuk melaksanakan

tanggungjawabnya. Ini kerana pada program tersebut, dia tidak menetapkan masa hingga

rakan-rakan lupa akan tanggungjawab mereka. Justeru, klien rasakan dengan menetapkan

tarikh misalnya, seminggu sebelum program berlangsung semua hendaklah membentangkan

hasil kerja masing-masing. Dengan itu segala kelemahan akan dapat diatasi bersama dan

 bukannya dengan cara marah-marah.

Page 10: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 10/27

10

Klien juga ditanya sama ada dirinya bermuhasabah diri. Klien menyatakan bahawa

mungkin dia perlu lebih bersabar dan berfikiran positif. Klien juga menyatakan bahawa dia

 perlu menyiasat sesuatu perkara terlebih dahulu kerana dikhuatiri dia menyalahkan

sedangkan rakannya ada hal peribadi ketika program berlangsung. Selain itu, dengan

mendekati rakan-rakannya dia dapat mengenal peribadi rakan-rakan dan hubungan rapport

mungkin akan memudahkan dia mendapat sokongan daripada rakan-rakannya.

3.6 Penamatan

Klien bersetuju untuk menamatkan sesi kerana baginya masalah berkaitan program ini telah

 berakhir dan hubungan dengan rakan-rakannya telah pun pulih. Di akhir sesi klien sedar

 bahawa malah dalam program ini lebih kepada miss communication. Klien juga sedar bukan

sahaja rakan-rakannya sahaja yang perlu dipersalahkan malahan dia sedar bahawa terdapat

kelemahan dalam kepimpinannya khususnya disebabkan oleh kurangnya pengalaman dalam

mengendalikan sesuatu program. Dengan ini unfinished business  klien telah dapat

diselesaikan dan klien merasakan lega dan tidak lagi kelihatan tertekan.

3.7 Susulan

Saya telah memaklumkan pada klien sekiranya dia memerlukan saya untuk berbincang

mungkin dia boleh berhubung dengan saya sebagai susulan. Setakat ini klien rasa kehidupan

nya berjalan seperti biasa.

Page 11: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 11/27

11

4.0 KEMAHIRAN ASAS YANG DITERAPKAN

4.1 Sesi Pertama

Kemahiran Masa Dialog

Unsur Humor 00:19 Haziq Azree, nak cikgu panggil, Haz ke, ree?

Panggil Ziq je sebab ramai kawan panggil ziq.

Betul lah cikgu cakap tadi?

Haha… 

Soalan Terbuka 00:42 Sebelum ini, ziq pernah datang ke sesi kaunseling?

Tidak, pernah ini kali pertama buat sesi kaunseling.

Membina

Penstrukturan

Peranan

Kaunselor

Peranan Klien

Etika

Kerahsiaan

00:55 Kalau, begitu cikgu terangkan sedikit berkenaan sesi kaunseling ini. Ia

melibatkan kita berdua..

Cikgu sebagai kaunselor akan berperanan mendengar segala yang Ziq

nak cerita kan pada hari ini.

Ziq boleh menceritakan soal diri Din atau perkara yang mengganggu

Ziq.

Tetapi, ia terletak di bawah etika kerahsiaan di mana cikgu tidak akan

memaklumkan pada sesiapa, walau bagaimanapun jika ia melibatkan

keselamatan Ziq, mungkin cikgu perlu memaklumkan pada pihak yang berkenaan.

06:10 Ada sahaja alasan dia nak pergi ke sana lah ke sinilah tapi dia tidak

 pernah minta maaf. Lepas tu macam tak tahulah malah kadang-kadang

dia ni macam mengejek macam dia cakap, tengoklah kau nanti tahulah

kau nak uruskan tugas ini macam mana susahnya nanti. Dia orang bukan

nak bagi sokongan malah dia orang tak bagi sokongan langsung macam

mengejek pula, macam saya tak tahu nak buat tugas.

Membuat

parafrasa

8: 38

Maksudnya, Ziq rasa terkilan ada rakan yang mula mempersoalkan

kemampuan Ziq

Ok, secara umumnya cikgu nampak dua perkara di sini, Ziq kata Ziq

tidak berpuas hati dengan rakan-rakan lain yang tak datang, yang

keduanya Ziq rasa agak kecewa dan terkilan juga kerana rakan Ziq

Page 12: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 12/27

12

Minta

Penjelasan

mengejek kerana dia rasa dia yang sepatutnya memegang pengarah

 program itu. Adakah kerana kawan Ziq yang mengejek ini menyebabkan

Ziq rasa tidak berpuas hati dengan keseluruhan rakan-rakan yang lain

ataupun dia sebenarnya punca?

Rasanya tidak… kawan-kawan lain ada juga yang membantu. Rasanya

kawan yang lain ok, cuma penglibatan mereka sahajalah… kawan saya

yang lagi seorang ini memang saya rasa tidak berpuas hati dia tidak

hadir dalam program tu

Refleksi Isi 09:56 So, masalahnya sekarang Ziq rasa tidak berpuas hati dengan rakan Ziq

seorang ni?

12: 27 Dekat situ dia komen saya tiada dalam senarai di atas, jadi dia tak perlu

 buatlah report tu.. Bagi saya macam kenapa dia ni, kenapa perlu cakap

macam tu..saya tiada dalam senarai buat report dalam slide show. Dia

cakap dia tak terlibatpun… 

Dorongan

Minimum

12:36 A’aha…

Saya rasa geramlah, malas nak gadohkan, dia cakap macam perli

lah..macam dia anggap program ini tidak berjaya sebab itulah bila minta

dia buat post mortem untuk program ini pun dia tak nak buat!

Konfrontasi 13:25 Tapi adakah Ziq meninggalkan nama dia dalam program itu?

19:33 Kebanyakannya saya tidak berpuas hati dengan kerja dia oranglah,

macam dia orang melambat-lambatkan kerjalah..tak tanya dahulu, apa

yang perlu dibuat, kalau tak tahu tanyalah balikkan, ada yang buat tugas

 bagus, ada yang setengah macam lasi minit nak buat jadi kerja

terbengkalai. Paling saya kecewa masa forum, pensyarah jemput seperti

hospital Slim River. Sepatutnya satu kelas kena pergi tapi hanya dalam

10 orang yang hadir. Jadi pensyarah macam kecewa padahal dah

diberitahu sejak awal lagi nak buat program lagi, bersetuju tak tarikh tu.

Tapi ada sahaja alasan tapi still tak boleh beri komitmen.

Refleksi

Perasaan

20:56 Jadi, situasi itulah membuat Ziq terkilan..

Page 13: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 13/27

13

Kesimpulan

Kecil

21:00 Maksudnya, kalau kita tengok balik masalah yang pertama Ziq ada

masalah dengan rakan pertama yang mengejek Ziq. Kedua, rakan ada

rakan din yang buta tak tahu, suruh pinjam board tapi tak pinjam.

Ketiga, ada rakan suruh pergi meeting   dia tak datang juga. Keempat,

sewaktu program tu ramai rakan-rakan din yang tak datang.

27:00 Selepas program tu, saya rasa dah lepas biarlah yang lepas dah tak ambil

kisah harap jadi pengajaran lecture pun macam sedih. Hubungan Ziq

dengan kawan-kawan ok. Cuma dengan kawan Ziq yang seorang yang

suka mengejek tu jelah Ziq rasa tak puas hati dengan dia. Ada seorang

kawan perempuan mengadu pada lecture yang dia tak buat kerja.

Lecture tanya dia buat kerja tak. Ziq pun cakap lah dia cakap tapi tak

 buat. Lepastu Ziq cakaplah macam dia orang buat kerja sedikit pun Ziq

kata buat kerja. Tak nak lah memburukkan lagi rakan sebab semua tu

markah. Markah itu pun 10 dia orang akan tentukan sendiri berapa yang

dia rasa penglibatan dan 10 markah lecture bagi.

Refleksi

Pengalaman

27:52 Nampaknya, lepas program ni lecture ada  follow-up, tanya siapa tak

 buat kerjakan. Ziq pun, bila nak bagi respons pun Ziq rasa serba salah..

31:52 Jadi pengarah program ini mungkin dapat mematangkan Ziq untuk kenal

orang tu, perangai dia macam mana, macam mana nak handle program

dengan perangai kawan yang ada macam ni lepas ni. Macam ada yang

tak nak buat kerja… 

Parafrasa

Kesimpulan

Besar

Kira, dengan program ni Ziq dah dapat kenal hitam putih perangai

rakan-rakan Ziq.

Kesimpulannya, cikgu simpulkan bahawa dalam program ini adalah

masalah dengan rakan-rakan, sebelum, semasa dan selepas program

dilaksanakan, ada tiga peringkat. Ada beberapa individu yang

menyebabkan Ziq rasa lebih terkilan yang cuba mengejek dan mencabar

kewibawaan Ziq dalam memimpin program itu. Pada sesi berikutnya,

Ziq nak tengok balik sejauh mana mereka nak buktikan mereka nak buat

kerja untuk post-mortem yang dilaksanakan.

Page 14: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 14/27

14

4.2 Sesi Kedua

Kemahiran Masa Dialog

Penstrukturan

Ringkasan sesi

pertama

01:00 Terlebih dahulu ingin saya terangkan apa yang kita buat pada sesi

terdahulu.. Ziq dah ceritakan ada empat masalah utama yang semuanya

 berkaitan dengan program. Pertama, ada dalam kalangan rakan-rakan

din yang mencabar kewibawaan Ziq sebagai pengarah program. Ramai

dalam kalangan rakan-rakan Ziq enggan memberikan kerjasama

sewaktu program berlangsung. Ketiga, ada rakan Ziq yang mencari

alasan masalah dengan teman wanita menyebabkan dia tidak dapat

menjalankan tanggungjawab meminjam board. Keempat, ada rakan Ziq

yang tidak memulangkan board selepas program yang menyebabkan

lecture marah.

2-3 minggu lepas tu mungkin ada rakan-rakan perempuan yang

mengadu pada pensyarah bahawa dia tidak berikan kerjasama pada

 program tu, pada minggu lepas pensyarah panggil kami satu

 perjumpaan. Pada perjumpaan pensyarah menyuruh semua rakan-rakan

meluahkan apa yang terbuku dalam hati masing-masing. Pensyarah

suruh orang yang saya katakan haritu meluahkan seorang demi seorang

meluahkan isi hati. Pada mulanya mereka tidak mahu keluar tetapi

 pensyarah memaksa seorang demi seorang tampil ke hadapan. Salah

seorang rakan yang saya beri tahu keluar. Dia minta maaf dia mengaku

dia buat salah. Namun, masih ada lagi yang dia nak pertahankan

contohnya, dia kata kita tidak boleh menilai dari mula pekerjaan

 bukannya daripada awal sahaja. Sebab ada yang mengadu tentang dia

tak buat kerja. Jadi, dia pun rasa kecewa dan minta maaf atas silap dia.

Ada rakan lain ada aktiviti lain dan hanya beritahu pensyarah dan dia

minta maaf dan dia mengaku salah. Dia minta semua bersatu balik dan

setiap orang menyatakan kami semua minta maaf dan akan

 bekerjasama selepas ini.

Page 15: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 15/27

15

Parafrasa/

Kemahiran

Berfokus

Soalan Terbuka/

K. berfokus

5: 45

07:19

Apa yang cikgu faham, pensyarah berikan satu peluang untuk semua

meluahkan isi hati. Adakah ini yang din mahukan?

Maksudnya dah lega dalam hati Ziq. Masa awal program apa kehendak

Ziq yang sebenar?

7:42 Mungkin harapan Ziq terlalu tinggi untuk semua orang buat kerja

Cuma din yang mengarah tapi sebaliknya bila Ziq tanya dah  proceed

 belum tapi dia orang cakap tak boleh nak pinjam dan banyak kali din

 beritahu proses ni. Last-last Ziq kena buat kerja. Mungkin Ziq terlalu

meletakkan harap tinggi untuk dia orang buat kerja.

Refleksi

Pengalaman

Kemahiran

Berfokus

Kesimpulan kecil

08:38

10:36

Apa yang cikgu nampak Ziq meletakan harapan yang tinggi untuk

mereka melaksanakan tanggungjawab mereka namun apa yang berlaku

sebaliknya.

Adakah Ziq memainkan peranan sebagai ketua?

Apa yang cikgu faham, Ziq tahu tanggungjawab Ziq dan Ziq harap

rakan-rakan tahulah tanggungjawab mereka. Sekiranya Ziq dilantik

menjadi pengarah program pada masa akan datang apa yang Ziq akan

 buat?

Bila Ziq tanya kebanyakan kawan-kawan Ziq cakap Ziq terlalu lembut

 bercakap dengan dia orang mungkin Ziq terlalu lembut dan tak terlalu

tegas itulah kelemahan Ziq.

K. Berfokus

Memberi

dorongan/

Parafrasa

13:00

14:00

Sepanjang program ini apa kelemahan Ziq sebagai ketua?

Ok, bagus! Apa yang cikgu nampak Ziq cuba bertanya kawan-kawan

apa kelemahan diri Ziq sendiri dan Zin rasakan elemen ketegasan tu

kurang dalam diri Ziq.

14:10 Mungkin kena tegas tapi tak menyakiti hati orang lain

Minta penjelasan 14:16 Apa yang Ziq maksudkan dengan tegas dan tak menyakiti hati orang

lain?

15:13 Lepas ni Ziq kena tegas dengan cara tetapkan tarikh seminggu sebelum

Page 16: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 16/27

16

 program dah kena siap dah bukan dengan cara marah-marah

Urutan Logik

K. Berfokus

15:43

16:00

Apa yang cikgu nampak Ziq dah nampak satu perkara yang Ziq kurang

seorang ketua perlu letak satu waktu untuk ahli mempersembahkan

tanggungjawab.

Ada lagi tak planning masa hadapan untuk memperbaiki diri Ziq?

16:15 Rasanya… 

Kesenyapan Kaunselor diam seketika..

Pelan lain lagi ya… 

Pendedahan

Kendiri/

Mengatasi

kesenyapan

16:32 Ziq ada muhasabah diri?

Saya kena siasat dahulu perkara yang sebaliknya, mungkin Ziq kena

kenal peribadi dan kenal rakan-rakan punya peranan

Kesimpulan kecil 17:23

28:42

Apa yang cikgu nampak, ada perkara Ziq tertinggal. Mungkin Ziq perlu

 bertanya jika ada masalah lain dan kedua mungkin dengan mengenal

rakan lebih dekat mungkin Ziq lebih faham.

Adakah Ziq benar-benar lega? atau masih terngiang-ngiang?

Din rasa dah lega mungkin dengan aktiviti luar bersama dapatmengeratkan lagi. Mungkin benda yang dah lepas perlu dibuang

Kesegeraan

Rumusan Besar

Penstrukturan

29:30

29:33

30:33

Maksudnya Ziq nak buka buku barulah..

Berdasarkan apa yang Ziq kongsikan dengan cikgu pada hari ini, cikgu

dapat lihat pertama, rupanya Ziq sedar sebagai pengarah program

 bukan sahaja rakan-rakan Ziq ada kelemahan tetapi Ziq juga ada

kelemahan yang perlu diperbaiki mungkin kerana kurang pengalaman

kepimpinan Ziq dipersoalkan. Ziq juga mungkin perlu bersifat tegas

dan kreatif. Mungkin sepanjang program Ziq sedar Ziq perlu lebih

 bersabar maklumlah sebagai seorang laki remaja biasa cepat marah.

Walau bagaimanapun Ziq dah muhasabah diri untuk berubah.

Cikgu ucapkan terima kasih kerana sudi datang bersama cikgu dan

ingin cikgu tekankan lagi kita masih tertakluk di bawah etika

Page 17: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 17/27

17

Persetujuan

bersama

30:45

kerahsiaan yang mana ia akan dirahsiakan oleh cikgu.

Setakat ini sahajalah sesi kita, atau Ziq perlu sesi yang lain?

Setakat ini sahajalah. Saya rasa masalah pun dah selesai, saya pun nak

ucapkan terima kasih pada cikgu sebab, saya dapat luahkan apa yang

saya rasa dan dapat suatu input dari cikgu dan cikgu membantu saya

untuk memahami orang lain.

Memberi

galakan

Susulan

31:16

31:29

Cikgu rasa Ziq sebenarnya ada kebolehan itu mungkin, bila kita

kadang-kadang dalam keadaan emosi, mungkin kita tak nampak.

Insya-Allah kita boleh berhubung lagi dan sekiranya ada apa Ziq boleh

hubungi cikgu.

5.0 ANALISIS PSIKOLOGI BERDASARKAN TEORI CTRT

Dalam menjalankan sesi kaunseling bersama klien ini, saya telah memilih untuk menganalisis

klien berdasarkan perspektif teori CTRT. Sepanjang sesi pertama ini, setelah penerokaan dibuat

dengan begitu mendalam, klien dilihat bermasalah kerana dia tidak mendapat apa yang

diimpikan iaitu dia mengharapkan rakan-rakan yang melantiknya sebagai pengarah program

memberikan kerjasama sepanjang program dijalankan. 

Hal jelas menunjukkan needs  klien adalah inginkan penghargaan dari rakan-rakannya

setelah dia diberikan power  sebagai pengarah program. Glasser (1998) menjelaskan kebanyakan

individu mencari  power   seperti kehendak untuk menang, mengejar apa yang kita hendak,

melaksanakan sesuatu mengikut cara kita, mengarah orang lain apa yang perlu dilaksanakan dan

melihat mereka melaksanakannya dan melaksanakan apa yang kita rasakan bagus. Dalam hal ini

klien ternyata inginkan  power   kerana dia apabila ditanya kehendaknya yang sebenar klien

menyatakan bahawa :

 Mungkin harapan Din terlalu tinggi untuk semua orang buat kerja Cuma Din yang

mengarah, tapi sebaliknya bila Din tanya dah proceed belum tapi dia orang cakap tak

boleh nak pinjam dan banyak kali Din beritahu proses ni. Last-last Din kena buat kerja.

 Mungkin din terlalu meletakkan harap tinggi untuk dia orang buat kerja. [7:42/ sesi2]

Page 18: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 18/27

18

Berdasarkan kenyataan klien, jelas menunjukkan klien inginkan rakan-rakannya

melaksanakan apa yang telah diarahkan sepanjang program tersebut dan dia ingin melihat apa

yang diarahkan dilaksanakan sebaiknya. Namun, apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas

 program dia berhadapan dengan konflik yang hebat kerana rakan-rakannya tidak memberikan

kerjasama seperti tidak hadir ke mesyuarat, tidak melaksanakan tugas meminjam dan

memulangkan board, tidak hadir sewaktu program dengan pelbagai alasan hingga ada yang

 pulang ke kampung, malah ada juga yang mempersoalkan kepimpinannya. Hal ini telah

menyebabkan konflik yang amat hebat dalam diri kerana dia rasa tidak dihargai hingga dia rasa

tidak berpuas hati, marah, geram dan terkilan hingga wujud tekanan dalam diri. Segala-galanya,

hanya terungkai apabila rakan-rakannya meminta maaf dan mengaku kesalahan mereka. Hal ini

 jelas dinyatakan oleh Glasser (1998) bahawa kebanyakan manusia akan berusaha keras untuk

mencapai kekuatan  power   walaupun terpaksa menjatuhkan orang lain. Namun, dalam hal ini

klien bukanlah ingin menjatuhkan orang lain tetapi dia inginkan pengakuan terhadap  power yang

dimiliki sudah cukup untuk melegakan hatinya.

Selain itu, jika ditinjau masalah klien dari terminologi  Real World   dan  Quality World  

 pula, timbul konflik kerana Quality World  klien inginkan semua rakan-rakannya menghargai dan

menghormatinya sebagai ketua dengan melaksanakan segala arahan yang telah diberikan sebagai

 pengarah program. Namun, dari segi  Perceive World   klien dia rasa kecewa, marah, sedih,

terkilan dan stress kerana dalam Real World , ternyata rakan-rakannya tidak melaksanakan arahan

seperti yang diingini dalam Quality World .

Kesannya telah mempengaruhi Total Behaviors  klien merangkumi aspek tindakan,

 pemikiran, perasaan dan fisiologi klien. Glasser (1990) dalam Sharf (2012) menggambarkan

 bahawa tingkah laku menggunakan diagram kereta. Dalam analoginya ini, keperluan asas

(needs) iaitu mandiri, dikasihi dan pemilikan, kekuasaan, kebebasan dan keseronokan manusia

diumpamakan sebagai enjin kenderaan. Kereta ini dipandu oleh kehendak manusia, roda

 belakang sebagai perasaan dan fisiologi. Bahagian ini kurang dikawal stereng tidak seperti

 bahagian roda hadapan yang dikawal oleh perbuatan dan pemikiran. Perbuatan dan pemikiran

inilah yang akan menentukan tingkah laku.

Page 19: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 19/27

19

Rajah 2 : Model kereta Glasser

Jika dirungkai masalah klien berdasarkan terminologi ini, sepanjang program ini klien

telah dipandu kehendak untuk memberikan yang terbaik sebagai pengarah program (power)

kerana inilah merupakan program pertama yang dilaksanakan olehnya. Perbuatan klien dengan

memberikan ‘arahan’ ini umpama tayar hadapan. K lien sering ‘berfikir’ cara untuk memastikan

agar setiap rakan yang terlibat untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan sebaik

mungkin. Namun, klien rasa ‘kecewa, marah, geram dan terkilan’ kerana mereka tidak

melaksanakan tanggungjawab seperti yang diharapkan. Akhirnya ia mempengaruhi fisiologi

klien sehingga dia kelihatan stress. 

Justeru, bagi mengubah situasi ini pada masa akan datang klien telah diajak untuk menilai

(E) kembali tindakannya sebagai pengarah program. Menurut Glasser (1998) kunci untuk

mengubah tingkah laku adalah mengubah perbuatan dan pemikiran terlebih dahulu kerana emosi

dan tindak balas fisiologi akan turut berubah. Dalam hal ini, klien telah didiagnosis bagaimana

untuk dia mengubah ‘arahan’ yang diberikan dalam cara yang lebih berkesan. Hal ini kerana

klien sendiri sedar sebagai pengarah program dia rasakan arahan yang diberikan kurang

dihormati kerana kurang tegas dan kurang jelas. Klien telah merancang sekiranya dia diberikan

 peluang untuk memegang jawatan sebagai pengarah program dia perlu memberikan arahan yang

lebih baik. Misalnya, meletakkan due date untuk melihat proses dijalankan oleh ahli serta lebih

tegas untuk ahli melaksanakan tanggungjawab mereka. Oleh itu, fikiran klien akan lebih tenang

sekiranya semua ahli faham atas arahan yang diberikan.

Page 20: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 20/27

20

Dengan itu, klien akan rasa gembira dan tidak stress jika sekiranya ia dijalankan seperti

yang diharapkan. Kerjasama rakan-rakan akan membuatkan klien rasa dihargai dan needs power  

tercapai. Perubahan ini juga difokuskan pada internal control  klien kerana perubahan dalam diri

adalah lebih mudah berbanding mengubah orang lain. Dengan ini barulah klien dapat mencapai

identiti berjaya.

6.0 APLIKASI TEORI KAUNSELING YANG DIJALANKAN

Dalam menjalankan sesi kaunseling bertunjangkan teori CTRT ini, terdapat empat prosedur

wajib yang perlu dilaksanakan iaitu kehendak, keinginan (want ), mengenal arah tuju klien

(direction), penilaian (evaluation) dan pelan bertindak ( planning ). Berikut merupakan aplikasi

WDEP yang telah dijalankan sepanjang sesi ini dilaksanakan.

Kemahiran Sesi Masa Dialog Kaunselor

W 1 04:25 Sepatutnya, dah lantik Ziq menjadi pengarah program ikutlah arahan

din. Adakah begitu Ziq? Namun yang berlaku sebaliknya?

2 07:25 Pada awal program ini, apa kehendak Ziq yang sebenar?

D 1 06:12 Maksudnya, Ziq terkilan bila rakan mempersoalkan kemampuan

Din?

1 05:27 Maksudnya, Ziq paling kecewa apabila ada seorang rakan din tidak

memberi komitmen?

1 09:00 Adakah kerana kawan Ziq yang mengejek ini menyebabkan Ziq rasa

tidak berpuas hati dengan keseluruhan rakan-rakan yang lain

ataupun dia sebenarnya punca?(dia punca tak puas hati)

1 11:36 Apa perasaan Ziq bila rakan mempersoalkan tindakan Ziq?

1 29:00 Adakah hubungan dingin Ziq dan rakan yang mengejek itu,

 berlanjutan hingga luar program?

1 26:23 Bagaimana hubungan Ziq dengan rakan-rakan selepas program itu?

1 30:31 Ada rasa terkilan dalam diri Ziq. Adakah terjejas nya hubungan Ziq

dengan dia mempengaruhi kehidupan seharian Ziq?

Page 21: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 21/27

21

E 1 11:17 Adakah lecture menyalahkan Ziq? Atau seluruh ahli kelas?

2 08:35 Apa yang cikgu nampak, Ziq sebenarnya meletakkan harapan yang

tinggi supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab mereka

namun apa yang berlau sebaliknya. Tapi Ziq, adakah Ziq rasa Ziqmemainkan peranan sebagai ketua?

2 11:56 Adakah disebabkan Ziq kurang pengalaman, Ziq kurang bersedia

dengan pelan-pelan tambahan?

2 13.00 Din anggap segala kelemahan tu, mungkin ada serba sedikit dengan

diri din sendiri. Sepanjang program ini, Ziq rasa apa kelemahan Ziq

sebagai pengarah program?

2 14:14 Macam mana dengan tegas dan tak menyakitkan hati orang lain?

Ada dua perkara cikgu nampak di situ..

2 15:00 Apa yang cikgu nampak ada dua perkara. Pertama, din kurang

ketegasan dalam masa yang sama nak jaga hati kawan-kawan din.

Kedua, seperti yang Ziq cakap Ziq perlu letak due date pada ahli

kumpulan. Ada lagi plan nak baiki diri Ziq? Ada Ziq muhasabah

diri?

2 20:02 Apa yang cikgu nampak din banyak bercakap soal ego. Ziq rasa

adakah diri din yang ego atau rakan din?

P 2 10:44 Apa yang Ziq faham din sebagai pengarah program faham

tanggungjawab din dan din harapkan rakan-rakan faham

tanggungjawab mereka. Jadi bila berlaku kejadian sebegini, jika

 pada masa hadapan din dipilih menjadi pengarah program lagi, apa

yang din akan buat?

Page 22: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 22/27

22

7.0 REFLEKSI

7.1 Kaunselor

Sebelum saya memberikan refleksi izinkan saya menyatakan terlebih dahulu bila rakaman sesi

 pertama dibuat dan sesi kedua. Ketika sesi pertama dibuat adalah pada 19 April 2013 dan sesi

kedua adalah pada 21 Mei 2013. Tarikh pelaksanaan sesi ini amat penting kerana setiap

 perbezaan tarikh ini membezakan proses pengetahuan yang saya berkenaan teori. Maksudnya,

 pada sesi pertama saya melaksanakan sesi tanpa kefahaman yang jelas mengenai teori kerana Dr.

Jazimin hanya mengajar CTRT pada 28 Mac 2013 hanya untuk mengenal teori dan belum

aplikasi. Oleh itu, setelah hampir 10 kali melihat sesi pertama dan berulang-ulang khususnya

ketika membuat tugasan ini baru saya sedar tidak banyak unsur CTRT yang saya masukkan

melainkan Doing and direction (D), khususnya perasaan klien.

Pada masa tersebut, saya merasakan sesi pertama perlu fokus pada  Needs (W) dan Doing

klien (D) sahaja kerana terlalu bimbang dengan kelemahan kaunselor CTRT yang dinyatakan Dr.

Jazimin iaitu terlalu ingin cepat hingga silap mencari klien sebenar. Namun, setelah berbincang

dengan Cik Faizura, dan Dr. Jazimin sendiri telah menonton rakaman dan memberikan komen

terhadap sesi saya, terdapat satu teguran yang sama iaitu “kurang fokus pada klien”. Pada

mulanya saya kurang faham apa yang tidak berfokus? Bagaimana untuk fokus? Kini baru saya

sedar, untuk fokus pada klien ialah dengan menggunakan jantung CTRT iaitu evaluation  (E).

Jika dilihat kembali sesi yang pertama, seolah-olah menyerupai PCC kerana saya melayan sahaja

cerita klien. Walau bagaimanapun, layanan saya juga banyak meneroka (D) iaitu total behaviors

A-T-F-P khususnya pada bahagian perasaan klien seperti rasa terkilan, marah dan tidak berpuas

hati. Seharusnya, untuk lebih cantik Dr. Jazimin mengatakan perlu evaluation  pada bahagian

tertentu. Contohnya :

   Apa perasaan anda ketika itu? 

 

 Adakah awak rasa dia patut faham perasaan awak? 

Inilah yang dikatakan evaluation dan barulah saya faham setelah Dr. Jazimin berkata

demikian. Maka, balik daripada kelas tersebut saya telah membuka kembali Modul kaunseling

kelompok CTRT untuk melihat apa yang dimaksudkan evaluation. Sebenarnya ada 20 jenis

evaluation  yang boleh digunakan menurut Wubbolding dan Ahmad Jazimin (2005) dalam

Page 23: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 23/27

23

Ahmad Jazimin (2012). Bermula di sinilah saya mula mengenal cara mengendalikan kaunseling

 berdasarkan CTRT yang sebenar.

Walau bagaimanapun, sesi pertama saya bukanlah sia-sia kerana banyak yang saya

 pelajari. Bermula dengan penstrukturan, saya dapat membina dengan baik namun saya rasa

kesilapan utama saya ialah terlupa menyatakan sesi selama 45 minit. Namun, Cik Faizura

memaklumkan tidak semua perlu dibuat pada awal sesi. Sekiranya teringat saya boleh

menambah pada mana-mana bahagian sesi. Ini merupakan idea baru buat saya dan saya rasa ini

adalah fleksibiliti yang perlu dimiliki kaunselor berkemahiran tinggi. Kemudian, beberapa

masalah teknikal seperti tidak perlu nampak muka klien dan borang sesi sepatutnya diserahkan

semasa pra-sesi merupakan antara aspek yang perlu saya baiki.

Dalam sesi pertama ini juga ada beberapa kekuatan yang masih boleh saya banggakan

sebagai semangat untuk memperbaiki kelemahan saya. Ketika tayangan dalam kelas pada 16 Mei

2013, Dr Jazimin memberikan respons positif pada saya khususnya kemahiran asas yang saya

tonjolkan dalam sesi.

1.  Kemahiran parafrasa

Klien :

Ada sahaja alasan dia nak pergi ke sana lah ke sinilah tapi dia tidak pernah minta maaf. Lepas tu

macam tak tahulah malah kadang-kadang dia ni macam mengejek macam dia cakap, tengoklah

kau nanti tahulah kau nak uruskan tugas ini macam mana susahnya nanti. Dia orang bukan nak

 bagi sokongan malah dia orang tak bagi sokongan langsung macam mengejek pula, macam saya

tak tahu nak buat tugas.

Parafrasa:

 Maksudnya, Ziq rasa terkilan ada rakan yang mula mempersoalkan kemampuan Ziq?

2.  Kemahiran Minta penjelasan 

Ok, secara umumnya cikgu nampak dua perkara di sini, Ziq kata Ziq tidak berpuas hati dengan

rakan-rakan lain yang tak datang, yang keduanya Ziq rasa agak kecewa dan terkilan juga

kerana rakan Ziq mengejek kerana dia rasa dia yang sepatutnya memegang pengarah program

Page 24: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 24/27

24

itu. Adakah kerana kawan Ziq yang mengejek ini menyebabkan Ziq rasa tidak berpuas hati

dengan keseluruhan rakan-rakan yang lain ataupun dia sebenarnya punca?

Sejujurnya, saya sendiri tidak mengetahui kemahiran ini ketika ditanya oleh Dr. Jazimin.

Saya hanya melakukan secara tidak sengaja dan barulah saya sedar ini adalah kemahiran

meminta penjelasan.

3.  Rumusan Kecil

 Maksudnya, kalau kita tengok balik masalah yang pertama Ziq ada masalah dengan rakan

 pertama yang mengejek Ziq. Kedua, rakan ada rakan Ziq yang buat tak tahu, suruh pinjam

board tapi tak pinjam. Ketiga, ada rakan suruh pergi meeting dia tak datang juga. Keempat,

 sewaktu program tu ramai rakan-rakan din yang tak datang.

Beberapa contoh dalam kemahiran asas ini merupakan yang dinilai oleh Dr. Jazimin sendiri dan

saya telah merekodkannya dari awal untuk saya terjemahkan dalam refleksi ini kerana saya rasa

ia akan menjadi kelebihan berbanding rakan-rakan tidak mahu menunjukkan sesi mereka.

Beberapa komen dari Dr. Jazimin dan Cik Faizura telah saya cuba perbaiki ketika sesi yang

kedua khususnya fokus pada klien dan meminta klien evaluation dan planning .

Dalam sesi yang kedua, saya telah cuba memperbaiki kelemahan utama iaitu dengan

memasukkan unsur (E) dan (P). Sebelum ini saya telah meneroka dengan mendalam dan saya

 pasti Wants klien adalah  Power atau penghargaan diri. Bagi memastikan kehendak klien saya

telah mengemukakan soalan Wants iaitu :

 Pada awal program ini, apa kehendak Ziq yang sebenar?

Jawapan klien mengesahkan keinginan penghargaan dari rakan-rakan membolehkan saya

meneruskan proses (E) dan (P). Memandangkan (D) iaitu total behaviors  telah banyak saya

teroka dalam sesi pertama, saya mula memasukkan seberapa banyak evaluation dalam sesi kedua

melalui beberapa soalan. Misalnya :

   Ziq rasa Ziq memainkan peranan sebagai ketua? [8:35]

   Adakah disebabkan Ziq kurang pengalaman, Ziq kurang bersedia dengan pelan-pelan

tambahan? [11:56]

Page 25: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 25/27

25

  Sepanjang program ini, Ziq rasa apa kelemahan Ziq sebagai pengarah program?

[13:00]

   Ada Ziq muhasabah diri? [15:00]

Kemudian, saya cuba memasukkan Planning  melalui soalan :

   Jika pada masa hadapan din dipilih menjadi pengarah program lagi, apa yang Ziq akan

buat? [10:44]

Secara keseluruhannya, saya rasakan sesi kedua ini adalah lebih baik berbanding sesi yang

 pertama dan ia turut diakui oleh Cik Faizura ketika berjumpa dengannya. Saya juga telah

mengubah dari sudut intonasi suara yang dikatakan oleh Cik Faizura ala Isim Debat. Intonasi

suara mungkin agak kasar sedikit kerana saya sudah terbiasa dengan persekitaran dan mungkin

 benar kata Dr. Jazimin ia personaliti kaunselor. Walau bagaimanapun saya akan cuba

memperbaiki dari semasa ke semasa dan terbukti saya berjaya pada sesi yang kedua.

Kesimpulannya, saya telah faham apa bagaimana untuk melaksanakan sesi kaunseling

 berdasarkan teori CTRT. Atas nasihat dan bimbingan Dr. Jazimin dan Cik Faizura saya telah

yakin 100 peratus untuk melaksanakan sesi yang sebenar. Saya akan cuba menggilap kemahiran

seperti membuat parafrasa, refleksi dan kesimpulan dengan lebih mantap. Terima kasih atas

 bimbingan dan teguran yang diberikan semoga saya dapat melaksanakan sesi lebih baik padamasa hadapan.

7.2 Refleksi Klien

Berakhirnya, sesi yang pertama klien telah membuat refleksi bahawa dia berasa lega kerana

dapat berkongsikan masalah yang dihadapi bersama kaunselor. Hal ini jelas dapat dilihat dari

raut wajah klien yang sedikit tenang berbanding di awal sesi. Pada sesi yang kedua klien telah

menyatakan bahawa :

Setakat ini sahajalah. Saya rasa masalah pun dah selesai, saya pun nak ucapkan terima

kasih pada cikgu sebab, saya dapat luahkan apa yang saya rasa dan dapat suatu input

dari cikgu dan cikgu membantu saya untuk memahami orang lain.

Page 26: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 26/27

26

Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa klien telah sedar bahawa masalah yang berlaku

dalam program lebih kepada miss communication sahaja. Jika dilihat pada sesi yang pertama

klien banyak bercakap soal salah orang lain, namun dalam sesi yang kedua kaunselor telah

membawa klien untuk menilai kelemahan dirinya. Klien juga telah belajar daripada kesilapannya

dan berharap dia dapat memperbetulkan tindakannya pada masa akan datang dengan beberapa

alternatif yang telah dibincangkan dalam sesi yang kedua.

8.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, tugasan kelas kaunseling individu ini banyak memberikan input berguna pada

saya khususnya dari segi teori dan aplikasi. Dari segi teori, dilihat memang mudah untuk

meneroka klien kerana apa yang perlu ialah meneroka needs klien sama ada  survival , kasih-

sayang dan pemilikan, kegembiraan, kebebasan memilih dan penghargaan diri. Walau

 bagaimanapun, dari segi aplikasi agak sukar untuk diterjemahkan dalam sesi kerana memerlukan

kemahiran yang tinggi serta kepantasan berfikir dalam menganalisis masalah klien untuk

dipulangkan semula pada klien dengan tepat seperti yang dinyatakan.

Dalam menjalankan dua sesi ini juga dapat dilihat dengan jelas, proses kemahiran saya

dibentuk. Hasil sokongan, kritikan dan teguran Cik Faizura khususnya ketika makmal banyak

mempertingkatkan kemahiran yang saya miliki. Beberapa cadangan dan pendapat Dr. Jazimin

 juga banyak membantu saya khususnya bagaimana untuk menyulam sesi saya dengan teori

CTRT. Jika dilihat pada sesi yang pertama saya tidak berfokus pada klien, namun pada sesi yang

kedua saya sudah mendapat ‘celik akal’ bagaimana untuk berf okuskan pada klien dan di situ

saya dapat melaksanakan jantung CTRT iaitu  evaluation. Penggunaan  evaluation  juga

membolehkan saya membantu klien melihat bagaimana untuk berhadapan dengan masalah yang

sebenar dan apa tindakan yang perlu dilakukan pada masa akan datang, kerana tindakannya akan

mempengaruhi total behaviors.

Tugasan ini juga telah memberikan saya keyakinan untuk menjalankan sesi kaunseling

individu yang sebenar dan terima kasih atas kedua tenaga pengajar yang banyak memberikan

tunjuk ajar hingga saya berjaya menyelesaikan tugasan ini sebaik mungkin.

Page 27: Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

7/17/2019 Laporan Sesi Kaunseling Haziq Azree

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-sesi-kaunseling-haziq-azree 27/27

27

9.0 BIBLIOGRAFI

Gerald Corey (2000). Theory & Practice of Group Counseling, Fifth Edition. United State of

America. Thomson Learning.

Ian R. Ridqway.  Reality Therapy : William Glasser (born 1925) 2007;5: 8-11. URL:http://www.myauz.com/ianr/articles/lect5realitytherapyglasser.pdf

James Archer & Christhopher (2007). Theories of Counseling and Psychotherapy. United State

of America. Pearson Education.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimaton Halaliah Mokhtar (2007).  Apa dan Bagaimana.

Kaunseling Individu. Shah Alam : Fajar Bakti

Mohd Aziz Shah dan Hazalizah Hamzah (2011).  Pengenalan Pembangunan Sahsiah. Kuala

Lumpur : Emeritus Publication Sdn. Bhd.

Mohd Aziz Shah Mohd Arip et. al (2009).  Kemahiran Bimbingan Dan Kaunseling . Kuala

Lumpur :PTS Profesional Publication.

Richard S. Sharf (2012). Theories of Psychotherapy and Counseling, Fifth Edition. United State

of America. Brooks/ Cole, Cingge Learning.

Robert E. Wubbolding (2011).  Reality Therapy. Washington. American Psychological

Association.

Sapora Sipon dan Hapshah (2008).  Penghantar Kaunseling Individu. Selangor : Arah

 publication.

William Glasser (1998). Choice Theory : A New Psychology of Personal Freedom. United State

of America. Harper Perennial Publisher.

10. LAMPIRAN

a.  Kontrak Persetujuan (Inform Consent)

 b.  Ulasan Cik Faizura Sesi 1 Dan 2

c.  Ulasan Dr. Jazimin Sesi Satu