Falsafah Pendidikan Kebangsaan

20
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) 1.0 Pengenalan Falsafah boleh diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logik. Tujuan falsafah ialah mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman , arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkait dengan pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau diluar institusi pendidikan. 2.0 Unsur-unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan terdapat empat belas unsur yang telah dikenalpasti. Kesemua unsur ini saling berkait rapat dan menjadi tunjang utama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Berikut ialah huraian dan penjelasan unsur- unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan kebangsaan. 2.1 Memperkembang potensi individu Potensi adalah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh manusia sejak dilahirkan. Bakat dan kebolehan ini yang merupakan anugerah Tuhan meliputi aspek-aspek seperti intelek, emosi dan jasmani seseorang individu.

description

ssaeae

Transcript of Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)1.0Pengenalan

Falsafah boleh diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logik. Tujuan falsafah ialah mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman , arah tuju ataupandangan terhadap perkara-perkara yang berkait dengan pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau diluar institusi pendidikan.2.0Unsur-unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan terdapat empat belas unsur yang telah dikenalpasti. Kesemua unsur ini saling berkait rapat dan menjadi tunjang utama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Berikut ialah huraian dan penjelasan unsur-unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan kebangsaan.

2.1Memperkembang potensi individu

Potensi adalah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh manusia sejak dilahirkan. Bakat dan kebolehan ini yang merupakan anugerah Tuhan meliputi aspek-aspek seperti intelek, emosi dan jasmani seseorang individu.

Potensi individu ini harus diperkembang dan dipertingkatkan secara berterusan melaui proses pendidikan.Bakat merupakan potensi individu yang dimiliki sejak lahir. Bakat merupakan anugerah Tuhan yang meliputi aspek seperti intelek, rohani, emosi dan jasmani seseorang individu. Bakat ini boleh diperkembangkan melalui perhubungan dan pergaulan dengan orang lain.Merujuk kepada murid disekolah, setiap murid mempunyai bakat yang tertentu dan tidak semua murid mempunyai bakat yang sama. Murid yang mempunyai bakat tertentu akan memberikan hasil yang lebih baik berbanding dengan murid yang kurang berbakat.Sebagai contoh dalam mata pelajaran Pendidikan Seni, tidak semua murid dapat menghasilkan lukisan yang cantik dan menarik. Murid-murid yang sudah mempunyai bakat hanya memerlukan bimbingan guru untuk memperkembangkan lagi bakat mereka, manakala murid yang tidak mempunyai bakat melukis menghasilkan lukisan yang kurang menarik.Untuk mencungkil bakat seseorang murid, peranan guru adalah amat penting. Ini adalah kerana tidak semua murid tahu bakat mereka sendiri. Peranan pendidikan disekolah dan peranan guru amat berguna dalam mencungkil bakat murid ini.Untuk mencungkil bakat murid ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan , peranan guru dan pihak sekolah amat penting dimana bakat murid boleh dikenalpasti dan dikembangkan dengan cara semasa pengajaran guru di dalam mahupun di luar kelas. Sebagai contoh , semasa guru mengajar, guru boleh meminta murid datang kehadapan untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan, di sini guru dapat mengenalpasti dan memperkembangkan bakat murid iaitu berani berkomunikasi di khalayak ramai.Kebolehan pula merupakan satu kemahiran yang boleh diajar kepada semua murid dan semua murid akan dapat menguasai kemahiran tersebut melalui pengajaran guru secara berterusan.Untuk membolehkan murid menguasai kebolehan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan , peranan guru secara berterusan dan juga pihak sekolah amat penting. Sebagai contoh disekolah murid akan diajar kebolehan untuk menulis dengan baik. Maka peranan guru mengajar dari tahun satu sehingga berterusan ke institut pengajian tinggi amat penting untuk membolehkan murid ini mempunyai kebolehan menulis dengan baik. Contoh lain di sekolah ialah semua murid mempunyai hak untuk kebolehan membaca dan bagi merealisasikan kebolehan murid ini peranan guru dan pihak sekolah amat penting dimana guru perlu memupuk, memperkembang dan mempertingkatkan kebolehan murid ini dengan cara yang terbaik selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Maka kebolehan bukanlah merupakan kemahiran yang terhad kepada murid-murid tertentu sahaja tetapi kebolehan adalah suatu yang boleh dipelajari oleh semua murid dan murid itu akan dapat menguasai sesuatu kebolehan itu dengan cara latihan secara berterusan dan tersusun serta menyeluruh.

2.2Menyeluruh dan bersepadu

Potensi individu tidak mungkin boleh dikembangkan secara berasingan. Setiap potensi yang dikembangkan itu harus dihubungkaitkan atau diselaraskan dengan potensi yang lain . Tujuannya adalah supaya perkembangan potensi itu tidak bertentangan di antara satu dengan lain. Malahan semua potensi akan berkembang secara bersepadu. Misalnya, perkembangan potensi intelek , rohani dan jasmani dalam permainanatau sukan tidak boleh dipisahkan dari segi aspek-aspek sosial seperti memperoleh pengetahuan yang betul , cekap dan tangkas serta mempunyai semangat kerjasama , kekitaan dan berbakti kepada negara.Contohnya semasa murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di padang dan di dalam kelas, murid bukan sahaja mendapat ilmu tentang kemahiran dan teknikmalahan nilai-nilai positif yang diterap semasa sesi pengajaran dan pembelajaran turutakan dikuasai oleh murid seperti mempunyai semangat kerjasama , kekitaan dan semangat untuk berbakti kepada negara. Hasilnya melalui penerapan unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini akan menghasilkan generasi yang amat positif dan maju.

2.3Insan yang seimbang dan harmonisInsan yang seimbang dan harmonis memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia , mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan. Matlamat ini boleh capai apabila semua potensi yang ada pada dirinya telah dikembangkan secara selaras ,menyeluruh dan harmonis. Seseorang individu yang seimbang dan harmonis adalah manusia yang telah memiliki sahsiah yang bersepadu , menikmati keseimbangan dan kesejahteraan dalam jiwanya. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa merasa bersyukur , bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi masalah yang dihadapinya dengan fikiran yang tenang.Contohnya di sekolah penerapan nilai-nilai ini amat ditekankan terutamanya bagi mata pelajaran Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaan, Pendidikan Jasmani dan kesihatan secara khususnya. Tetapi peranan guru untuk menerapkan nilai ini bukan sahaja pada matapelajaran tertentu sahaja tetapi peranan guru untuk mererapkan nilai ini bagi semua matapelajaran yang diajar dan sepanjang persekolahan murid. Persekitan murid juga memainkan peranan ini , dimana pihak sekolah dan guru memainkan peranan dengan menampal kata-kata yang baik di sekitar kawasan sekolah. Di sini murid akan senantiasa dihiaskan mata mereka dengan perkataan dan benda-benda yang baik dan positif sahaja sepanjang mereka berada di sekolah. Pihak sekolah juga memainkan peranan dengan menganjurkan aktiviti aktiviti di luar kelas seperti sambutan sambutan dan ceramah-ceramah yang yang berunsur keagamaan , kesihatan dan motivasi kepada murid-murid. Hasilnya murid akan hidup dalam suasana yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.2.4IntelekUnsur intelek merangkumi unsur hikmah iaitu ilmu yang sebenar, daya pemikiran yang inovatif , logik, analitis dan ilmu yang bermanafaat. Apabila memasuki ruang persekolahan melibatkan murid , terdapat beberapa ciri-ciri intelek yang harus guru tekankan.Murid seharusnya menguasai kemahiran asas membaca , menulis dan mengira. Disini peranan guru amat penting dengan memberi atau mengajar semua murid tidak kira tahap kecergasan untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ini. Ciri ini amat penting untuk pembangunan modal insan murid dan akan digunakan sepanjang hayat mereka. Jika murid gagal menguasai ciri ini maka guru harus bertindak sesuatu agar murid ini tidak tercicir, maka peranan kelas pemulihan amat penting untuk membantu murid agar dapat menguasai kemahiran ini.Ciri unsur intelek seterusnya yang harus dikuasai ialah sentiasa berusaha untuk mendapatkan ilmu, meningkatkan ilmu dan menyebarkan ilmu. Guru seharusnya menekankan kepada murid agar sentiasa berusaha untuk mencari ilmu sebanyak mungkin kerana bidang ilmu adalah sangat luas. Guru boleh galakan murid untuk mencari ilmu mengikut peredaran semasa contohnya dengan menggunakan perkhidmatan internet dan lain-lain. Sebagai contoh disekolah guru boleh membawa murid ini ke makmal computer untuk mencari maklumat berkaitan dengan pelajaran mereka. Tindakan guru ini akan membuatkan pengajaran guru akan lebih menarik dan maklumat yang akan dikumpulkan berkemungkinan lebih banyak dan lebih menarik dan tidak bergantungan hanya kepada buku teks dan rujukkan sahaja.Murid juga harus mempertingkatkan ilmu mereka, disini peranan guru adalah amat penting dimana guru harus mengajar atau memperkenalkan ilmu baharu kepada murid mahupun senantiasa mengikut peredaran semasa. Guru seharusnya lebih berpengetahuan dan mempunyai ilmu yang lebih baharu untuk disampaikan kepada murid. Contohnya semasa pengajaran dan pembelajaran guru seharusnya menggunakan teknologi terkini seperti penggunaan barangan ict untuk menarik minat murid dan seterusnya menggalakan murid untuk mempertingkatkan ilmu mereka. Menurut kajian bahan bantu mengajar yang menarik dan bersesuaian akan menambahkan lagi pemahaman murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain ini murid boleh meningkatkan ilmu mereka dengan cara menggalakan murid membuat perbincangan secara berkumpulan dimana perkongsian ilmu ini akan menambahkan lagi ilmu murid-murid ini. Guru-guru juga harus menekankan kepada murid semasa di sekolah agar senantiasa mencintai ilmu dan galakkan mereka untuk menuntut ilmu sepanjang hidup mereka.Murid juga seharusnya digalakkan untuk senantiasa meyebarkan ilmu mereka kepada semua. Contohnya di sekolah peranan guru untuk dimainkan kepada murid agar murid ini dapat menyebarkan ilmu mereka boleh dilakukan dengan beberapa cara. Perbincangan dan perbentangan dihadapan kelas adalah salah satu cara yang amat penting dan berkesan untuk melatih murid untuk menyebarkan pengetahuan yang mereka kuasai dan dapat dikongsi bersama dengan murid . Guru juga boleh menggalakkan murid untuk balik ke rumah dan bercerita tentang pelajaran yang telah mereka kuasai di sekolah kepada rakan-rakan mahupun penjaga mereka. Dengan cara ini , bukan sahaja murid dapat menyebarkan ilmu tersebut tetapi akan memperkuatkan daya ingatan murid tersebut terhadap ilmu itu.Ciri-ciri unsur intelek seterusnya ialah murid seharusnya berfikir secara kreatif dan kritis serta berusaha untuk mengembangkan daya pemikirannya supaya murid mampu menghurai, mencerakin, menaakul, merumus dan menghasilkan idea-idea yang bernas. Contohnya di sekolah peranan guru untuk memberi permasalahan yang bersesuaian akan menggalakkan murid untuk berfikir secara sebegini. Guru boleh menjadi sebagai fasilitator dan memandu arah murid kelandasan yang betul dan membiarkan murid untuk berfikir secara sebegitu. Contoh dalam matapelajaran sains , guru boleh mewujudkan permasalahan yang memerlukan murid berfikir secara kreatif dan kritis dan hasilnya kita akan dapat menghasilkan generasi murid yang mantap.Ciri unsur intelek seterusnya ialah murid akan berupaya memanfatkan ilmu untuk diri sendiri , orang lain dan alam sekitar. Sebagai contoh di sekolah ilmu pengetahuan yang telah dipupuk di sekolahseperti tidak membuang sampah merata-rata tempat di terapkan sepanjang mereka di sekolah dan penerangan akibat jika mereka membuang sampah telah mereka kuasai dan hasilnya apabila mereka berada di luar kawasan sekolah mahupun dimana-mana sahaja mereka tidak sewenang-wenangnya membuang sampah kerana mereka tahu akibat daripada perbuatan tersebut, maka unsur-unsur intelek daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah tercapai dengan jayanya.10. Rakyat Malaysia Berakhlak muliaAkhlak atau pekerti adalah kekuatan diri. Diri seseorang dinilai berdasarkan kepada akhlak yang menghiasi dan memperkuatkan jati dirinya. Sekiranya akhlak yang diamalkan baik, maka keseluruhan hidup menjadi baik dan begitulah sebaliknya.Sesungguhnya pembentukan akhlak dalam diri seseorang tidak boleh dilakukan dalam tempoh masa yang singkat. Proses itu melalui didikan, penghayatan dan amalan sepanjang hayat yang lahir dari asuahan ibu bapa, keluarga dan masyarakat.Untuk membentuk sebuah negara yang berjaya dan bertamadun, terlebih dahulu perlu dibentuk akhlak mulia dalam diri setiap rakyat. Ini perlu dijadikan matlamat utama dalam agenda pembangunan Negara. Negara maju tidak akan kekal lama jika akhlak rakyatnya rosak. Kejayaan dan kemakmuran negara akan runtuh bersama-sama runtuhnya akhlak rakyat. Kekuatan sesebuah negara bergantung kepada kekuatan, keterampilan dan kemuliaan akhlak rakyatnya. Oleh itu berakhlak mulia merupakan unsur yang terdapat dalam FPK.Sebagai seorang guru amat penting untuk memastikan pelajar mempunyai akhlak yang terpuji. Boleh dikatakan pelajar yang cemerlang merupakan pelajar yang berakhlak mulia.

10.1 Kepentingan Akhlak muliaKegagalan membentuk pelajar atau masyarakat berakhlak mulia sama seperti mengakibatkan kehancuran pada bumi ini. Firman Allah bermaksud:Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. (Timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merosakkan mereka sebagai sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."(Surah ar-Rum, ayat 41)Dalam hubungan ini, kita seharusnya mengambil iktibar dengan mencontohi asas yang dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu dengan membentuk akhlak mulia. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:Sesungguhnya Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia."(Hadis riwayat Ahmad dan Al-Hakim).Dan penjelasan Baginda dalam hadis yang lain bermaksud: Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang baik."(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

10.2 Ciri-ciri pelajar atau rakyat Malaysia yang berakhlak mulia: Mempunyai pengetahuan dan keyakinan terhadap nilai murni Mempunyai kesedaran terhadap kesan daripada perbuatan yang baik danburuk Mengamalkan perlakuan yang baik dan Menghayati nilai mulia yang merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaandan kewarganegaraan.

10.3 Pembentukan akhlak di sekolah.Antara cara terbaik membentuk akhlak mulia ialah dengan teladan baik. Guru perlu memiliki sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga. Mereka juga perlu bersikap suka membantu dan membimbing serta berperanan sebagai role model kepada pelajar. Kehadiran alaf baru yang diwarnai dengan kebangkitan revolusi maklumat dan multimedia, amat besar pengaruhnya terhadap penyebaran sistem maklumat. Ia bukan saja memberi kesan terhadap pembinaan minda generasi muda, malah mencorakkan gaya hidup yang amat unik di kalangan mereka.Pendidikan tidak dibatasi dengan meletakkan guru sebagai fasilitator semata-mata. Konsep fasilitator dalam konteks budaya bestari mesti mampu menghubungkan kemajuan teknologi sebagai alat. Kandungan maklumat pula mesti mampu membangunkan sahsiah. Aspek keinsanan seperti hubungan guru dengan murid mesti dalam konteks guru sebagai model contoh yang memberikan imej teladan.

11. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawabTanggungjawab adalah kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.Tanggung jawab sesuatu yang harus kita lakukan agar kita menerima sesuatu yang di namakan hak.Tanggung jawab merupakan perbuatan yang sangat penting dilakukan dalam kehidupan harian.Jika masyarakat tidak bertanggungjawab, maka setiap perancangan, agenda, sebarang kerja akan bermasalah.

11.1 Ciri-ciri pelajar atau rakyat Malaysia yang bertanggungjawab: Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dandilaksanakan dengan sempurna Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap Sentiasa berusaha untuk meningkatkan daya pengeluaran Mematuhi peraturan dan undang-undang negara dan Berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dannegara.11.2 Jenis-jenis Tanggung Jawab

Tanggungjawab terhadap TuhanTanggung jawab terhadap diri sendiriTanggung jawab terhadap keluargaTanggung jawab terhadap masyarakatTanggungjawab terhadap Negara

11.3 Penerapan sikap bertanggungjawab di SekolahKita sedia maklum bahawa di sekolah guru-guru, kurikulum dan kokurikulum telah melatih pelajar-pelajar untuk bersikap bertanggungjawab. Dengan adanya jawatan-jawatan seperti pengawas, ketua kelas, ketua atau ajk persatuan dan sebagainya. Mereka telah dilatih untuk menjadi individu yang bertanggungjawab. Secara tidak sedar sikap bertanggungjawab murid sudah bermula dengan mengamalkan adab-adab berikut di sekolah.Memberi hormat ketika guru masuk ke kelas dengan memberi salam kepada guru kelas.Tumpuan dan perhatian ketika guru mengajar.Siapkan kerja sekolah yang diamanahkan oleh guru.Memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya ketika guru sedang memberi penerangan.Ucapan terima kasih kepada guru sebaik sahaja guru itu selesai mengajar.

11.4 Sikap pelajar yang bertanggungjawab di sekolah

Sekolah ialah rumah kedua bagi murid-murid dan guru-guru sebagai pengganti ibu bapa. Murid yang bertanggungjawab akan dapat :

Mematuhi dan menghormati peraturan sekolahMenjaga dan meningkatkan kebersihan sekolahMenjaga dan memelihara harta benda sekolahMenjaga keceriaan sekolahMenimbulkan suasana pembelajaran dan sayang akan sekolahMemahami susun lapis masyarakat sekolah

Secara kasar sekolah mempunyai susun lapis yang dianggotai oleh Guru Besar, Penolong Kanan, Penyelia Petang, Guru- Guru, KakitanganBukan Guru,Pengawas - Pengawas, Ketua Kelas, dan murid-murid. Setiap anggota masyarakat sekolah mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing yang saling berhubung kait antara satu sama lain. Kejayaansekolah bergantung sepenuhnya kepada kerjasama erat dalam kalanganwarganya.Menghormati bendera, lagu kebangsaan, lagu negeri, dan lagu sekolahi) Menghormati bendera Murid sedar bahawa bendera adalah lambang kemegahan bagi negara,negeri dan juga sekolah

Muridmengetahui dan memahami pengertian lambang dan warnabendera-bendera tersebut.

Murid menghormati bendera negara, bendera negeri danbenderasekolah terutama ketika bendera-bendera tersebut sedangdikibarkan.

Murid merasa bangga dengan bendera negara, bendera negeri, danbendera sekolah.

ii) Menghormati lagu kebangsaan, lagu negeri, dan lagu sekolah

Murid mengetahui seni kata lagu Negaraku, Lagu Negeri,dan lagu sekolahnya. Murid juga memahami serta menghayati senikatalagu- lagutersebut. Murid berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa lagu-lagu tersebutdinyanyikan atau diperdengarkan dalam perhimpunan dan majlis-majlisrasmi. Murid hendaklah menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan betul danbersemangat.

iii) Perhimpunan sekolah Murid yang bertanggungjawab akan hadir semasa perhimpunan sekolahdan ketika menghadirinyamurid mereka bertatatertib, teratur, hormat serta patuh kepada peraturan-peraturan perhimpunan yang ditetapkan.

11.3 Kepentingan atau kesan pelajar atau individu yang Bertanggungjawab

Seorang pelajar, guru atau individu yang cemerlang semestinya memiliki sikap bertanggungjawab yang tinggi. Menjadi seorang individu bertanggungjawab bukanlah satu perkara yang luar biasa. Banyak usaha diperlukan. Individu yang memiliki tanggungjawab akan menampakkan sifat-sifat berikut:Bersemangat dan dedikasi. Dalam setiap perkara yang dilakukan, seorang pelajar atau individu yang bertanggungjawab amat bersemangat tanpa mengenal penat dan jemu.Amanah. Satu lagi sikap yang mulia adalah amanah atau jujur dalam setiap tindakan.Sikapnya sentiasa bercakap benar, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain.Kita sedar tindakan tidak jujur akan mengundang lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.Mempunyaidisiplin yang tinggi. Ciri ini adalah asas dalam segalanya. Seorang individu bertanggungjawab tahu membahagikan masanya untuk belajar, bekerja, beriadah, beribadah dan bersosial.Segalanya diatur dengan rapi. Hasilnya, keseimbangan dalam kehidupan dapat dicapai dengan sempurna.Cergas dan cerdassepanjang masa. Pelajar atau individu yang bertanggungjawab akan sentiasa memastikan dirinya sentiasa cergas dari segi fizikal seperti sihat tubuh badan tanpa sebarang masalah kesihatan. Begitu juga cerdas dari segi mental, emosi dan minda.Berdoa dan bertawakkal. individu yang bertanggungjawab akan mendekatkan dirinya dengan agama. Mereka juga akan sentiasa berdoa dan bertawakal agar setiap usaha mendapat keberkatan oleh Tuhan.

12. Rakyat Malaysia yang keupayaan mencapai kesejahteraan diriCabaran yang dihadapi pada masa kini tidak sahaja bersifat kebendaan, tekanan berkaitan pelajaran, pekerjaan, keluarga dan lain-lain yang akan menguji kesejahteraan diri. Kesejahteraan diri bermaksud ada keupayaan berfikir yang baik dan keupayaan menyaring sumber pemikiran dari luar.Selain dari memiliki tubuh yang sihat, kesejahteraan diri berkait rapat dengan ketahanan mental seseorang. Dalam tradisi Islam, ketahanan mental seimbang dengan ketahanan rohaniah. Sebab itu, ilmuwan Islam dalam menghadapi kerenah zaman utuh dengan daya intelektualnya dan dicermin akhlaknya yang baik.Kesejahteraan diri menuntut penguasaan ilmu dan keupayaan berfikir berkembang menghadapi cabaran globalisasi, justeru para pelajar atau setiap individu harus mempunyai persiapan ke arah ini. Al-Quran juga memberi asas kepada kemahiran dan kedalaman berfikir Asas ini menjadi landasan kepada ilmuwan Islam pada masa silam memiliki jiwatadabbur(memerhati, mengetahui, memahami). Jiwatadabburini sangat penting bagi individu kerana ia adalah landasan kepada kesejahteraan diri. Dalam FPK sudah termaktub kepercayaan kepada Tuhan adalah satu elemen yang terpenting.Untuk mencapai kesejahteraan diri kita haruslah mendekatkan diri kepada tuhan.Memiliki kesejahteraan diri juga mempunyai hubungandengan kemahiran berfikir yang perlu ada pada seseorang. Kemahiran berfikir seperti berfikir kritikal, kreatif, lateral, reflektif dan strategik adalah sangat penting kepada kita semua.

12.1 Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri:

Mempunyai fikiran yang waras, jiwa yang tenang dan badan yang sihat Mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup Sentiasa dapat mewujudkan perhubungan yang baik dengan orang lain.

12.2 Contoh-contoh sikap individu yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Jika di peringkat sekolah pelajar itu sentiasa menjaga kesihatan dirinya. Mereka akan aktif dalam bidang sukan dan kokurikulum selain rajin dalam mengulangkaji pelajaran.Setiap tugasan yang diberi oleh guru akan diseselaikan dengan sempurna.Jika tidak dapat menyelesaikannya, pelajar tersebut akan berjumpa dengan kawan-kawan dan meminta bantuan daripada mereka. Ini kerana pelajar tersebut tidakmempunyai masalah perhubungan dengan kawan-kawan lain. Dengan ayat yang lebih mudah pelajar tersebut sentiasa menjaga hubungan baik dengan orang lain.

Seorang pelajar yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri juga tidak ada masalah disiplin.Mereka tidak akan menyakiti hati orang dan mencari masalah dengan sesiapa sahaja.Mereka mudah didampingi oleh rakan-rakan lain.Setiap masalah yang datang akan diselesaikan dengan cara yang terbaik.Mereka juga merupakan pelajar yang bijak membahagi masa antara belajar dan bersukan.Tidak hairanlah jika pelajar-pelajar ini sentiasa meraih pingat, hadiah dan pujian dari pihak sekolah.

Perkara ini bukan sahaja berlaku di sekolah malah akan berpanjangan sehingga mereka menempuh alam pekerjaan, berkeluarga dan bermasyarakat. Seseorang yang memiliki sikap ini akan sentiasa menjadi rujukan kepada orang lain. Selain menjadi tempat untuk meminta nasihat dan sebagainya. Semua ini tidak mustahil kerana mereka memiliki jiwa yang tenang dan memiliki kesejahteran diri yang mantap.

13. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan

Rukun Negara adalah salah satu alat dan doktrin yang sepatutnya mampu menjadikan warganegara Malaysia yang sentiasa menyumbangkan untuk negara. Sekiranya Rukun Negara dapat dihayati oleh setiap individu rakyat Malaysia maka sudah pasti mereka akan mempunyai rasa dan kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab mereka kepada negara. Dengan adanya kesedaran ini maka mereka akan menjadi produktif dan berinovatif. Oleh yang demikian, Rukun Negara mempunyai peranan yang sangat besar dalam melahirkan modal insan yang sangat diperlukan oleh negara dalam memastikan pembangunan Negara Malaysia berterusan, mapan, dan mampu mencipta sesuatu yang baru, bukan sekadar menggunakan sesuatu produk dan perkhidmatan yang diimport semata-mata, tetapi juga mampu mengeksport produk dan perkhidmatan buatan Malaysia.

13.1 Ciri-ciri rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap masyarakatdan Negara.

Sentiasa berusaha ke arah memupuk perpaduan rakyat melalui semangatkerjasama, toleransi, kekitaan dan hormat menghormatiSentiasa berusaha memajukan ekonomi ke arah perkembangan bangsa dannegara dengan menggunakan sains dan teknologi.Sentiasa membantu dan memberi apa sahaja yang diperlukan oleh masyarakat dan Negara.Memberi idea, tunjuk ajar, pengalaman yang diperlukan.Mempunyai daya cipta dan menghasilkan produk sendiri dalam bidang masing-masing.Sentiasa berusaha dengan gigih dalam apa juga kedudukan, keadaan untuk memperbaiki diri dan masyarakat.

Kesan atau implikasi terhadap sumbangan yang diberikan.

Jika di sekolah, maka akan harumlah nama sekolah kerana terdapat pelajar yang mampu menyumbangkan kebolehan mereka. Sumbangan yang diberikan seperti:

Mewakili sekolah dalam bidang sukan.Menyumbangkan pingat untuk sekolah dalam bidang olahraga dan sebagainya.Menaikkan nama sekolah kerana mendapat pencapaian terbaik dalam bidang akademik.Menghasilkan ciptaan atau rekaan dalam pertandingan rekacipta dan sebagainya.

Dengan kemampuan untuk memberisumbangan-sumbangantersebut guru-guru serta ibu bapa akan berasa bangga dan bersemangat dalam mendidik.Mereka juga dengan keadaan tidak sedar telah memberi galakan dan dorongan kepada pelajar lain untuk lebih bersemangat.

Jika dalam konteks bermasyarakat dan menjadi rakyat Malaysia khususnya kemampuan seseorang untuk menyumbang dalam apa jua bidang amatlah dihargai dan disanjung tinggi.Pencapaian negara dalam bidang ekonomi, pendidikan, sukan, kesihatan dan sebagainya akan melonjak naik dan akan memberi impak yang besar kepada rakyat. Individu ini akan dapat menggunakan teknologi dengan cekap bagi meningkatkan daya pengeluaran kea arah pembangunan negara. Kesimpulannya individu yang mampu memberi sumbangan adalah aset yang amat bernilai untuk sekolah, masyarakat dan negara.

14. Keharmonian, dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Kita semua sedia maklum bahawa Malaysia terkenal dengan keunikannya yang mempunyai penduduk berbilang kaumnamun hidup rukun damai sejak kemerdekaannya52 tahun lalu. Inilah yang menjadiresepi dan pemangkin ke arah pencapaian kejayaan negara. Sebagai rakyat yang prihatin,di bahu kitalah tergalasnya tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuranini.Memiliki semangat saling menghormati dan memahami antara satu sama lain amat penting kerana mampu mengelak sebarang perasaan negatif seperti hasad dengki, pentingkan diri sendiri dan lain-lain. Hubungan baik yang terjalin eratbukan sahaja menjadi asas kehidupan yang tenteram dan harmoni bahkan juga memakmurkan negara.

14.1 Kepentingan keharmonian dan kemakmuranKehidupan yang harmoni dan makmur juga merupakan jambatan utama menuju kemajuan. Negara yang sejahtera membolehkan rakyatnya mengambil peluang meningkatkan taraf hidup. Semua pihak dapat berganding bahu memikul tugas masing-masing tanpasebarang perasaan syak wasangka. Hasilnya, negara kita akan membangun denganstabil merangkumi segenap aspek kehidupan. Pembangunan pesat negara kitasetandingdengan negara-negara maju di dunia.Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan negara..Sebaliknya, jika keharmonian dan kemakmuran terancam maka amat sukarlah kerajaanmengatur agenda mencapai kemajuan negara. Kesannya negara akan ketinggalan dan rakyat menderita kemiskinan.

14.2 Ciri-ciri rakyat Malaysia yang dapat memberikan keharmonian dan kemakmuran keluargamasyarakat dan negara:

Sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan Negara. Sentiasa berusaha mematuhi serta mempertahankan peraturan danperlembagaan Sanggup mempertahankan maruah diri, agama, bangsa dan negara dan Sentiasa mengamal dan menghayati Prinsip- Prinsip Rukun Negara.

14.3 Sikap individu yang mampu memberi keharmonian dan kemakmuran.

14.3.1 Menjaga maruah diri dan keluarga.Setiap orang sudah pasti mengimpikan kejayaan dalam setiapapa yang dilakukan. Tetapi untuk berjaya tidak berolehhanya berpeluktubuh atau mengharapkan kepada takdir semata-mata.Setiap orang yang ingin mencapai kejayaan hidup perlu menghadapipelbagairintangansebelummencapaikejayaan.Sepertikata pepatah; jika tidak dipecahkan ruyung masakan akan dapat sagunya. Sesungguhnya hanya individu yang cekal, bijak, dan mempunyai cita-cita yang tinggi sahaja mampu melepasi rintangan untuk menuju ke puncak kejayaan.Sebenarnya kejayaan dalam bidang apa sekalipun adalah nilaidiri atau maruah diri seseorang. Individu yang berjaya, sentiasamementingkan harga diri agar seiring dengan kejayaan yang dicapai.Sebaliknya, individu yang gagal mempertahankan maruah diri dan keluarga akan berdepan dengan pertentangan nilai hidup antara kejayaan yang dicapai, dan maruah yang tercalar yang secara langsung memberi kesan kepada keharmonian dan kemakmuran hidupnya, keluarga, masyarakat dan negara . Sebab itu kerajaan amat menekankan kepada kecemerlangan yang seimbang dalam semua aspek. Falsafah Pendidikan Negaramenetapkan matlamat untuk melahirkan individu-individu pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek, dan emosi.

14.3.2 Menghormati orang lain.Sehebat mana kita, , secantik mana kita, sekaya mana kita, hormatilah orang lain walaupun orang yang tidak sama taraf dengan kita. Apabila kita menghormati orang lain, biasanya secara automatik mereka juga akan menghormati kita.Menghormati di sini bukanlah bermaksud tunduk hormat. Tetapi antara contohnya adalah seperti menegur sapa, peramah dan memberi salam. Dengan melakukan perkara ini, secara automatik menunjukkan kita tidak pilih kasih (tidak sombong) di dalam berkawan atau berinteraksi dengan manusia di mana semua manusia sama sahaja walaupun pada fizikal dan materialnya ada perbezaan.Formula mudah di sini ialah Untuk dihormati, maka kita perlu hormati orang lainJika wujud budaya saling menghormati antara satu sama lain maka akan harmonilah keluarga ,masyarakat dan makmurlah negara.

14.3.3 Mempertahankan agama.Individu yang sentiasa menjaga agamanya pasti tidak akan melakukan kejahatan dan kerosakan apa lagi mengeruhkan sesuatu keadaan.Individu yang melaksanakan tuntutan agama pasti dipandang mulia oleh masyarakat. Individu seumpama ini dengan sedaya upaya akan mempertahankan agamanya jika diganggu gugat oleh pihak-pihak tertentu.Oleh kerana mereka tidak suka agama mereka diganggu maka sudah semestinyalah mereka tidak akan mengganggu agama lain.Oleh itu Keharmonian dan kemakmuran akan wujud dengan sendirinya.14.3.4 Menghayati Prinsip-prinsip rukun Negara.Penghayatan Rukun Negara juga mampu menjadikan keluarga, masyarakat dan Negara harmoni dan makmur.Seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik dan progresif selain bersifat terbuka terhadap cara hidup rakyat pelbagai keturunan. Selain itu, Rukun Negara dapat mencipta satu masyarakat yang adil, supaya kemakmuran Negara dapat dinikmati bersama. Dalam pada itu, lima prinsip Rukun Negara sebenarnya saling berkait rapat antara satu dengan lain.Satu lagi kepentingan menghayati Rukun Negara ialah prinsip kepercayaan kepada Tuhan mampu menerapkan kepercayaan beragama yang boleh mengukuhkan ikatan pelbagai kaum di Malaysia serta mempunyai jati diri yang padu. Rukun Negara juga mendidik kita mempunyai kesetiaan tinggi yang diberikan kepada raja dan negara kerana raja adalah lambang perpaduan negara. Selain itu, Rukun Negara mendidik kita supaya menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Negara. Lima prinsip Rukun Negara yang merangkumi pelbagai aspek dalam masyarakat dengan jelas membuktikan Rukun Negara dapat melahirkan keamanan dan kerharmonian negara dapat dikekalkan .