falsafah pendidikan timur.docx

5
KONSEP, PRINSIP DAN FUNGSI Falsafah Pendidikan Timur boleh digolongkan dalam tiga aliran fahaman yang utama, iaitu konfusianisme (China), nasionalisme dan internasionalisme (India), dan falsafah pendidikan Islam. Konfusianisme Falsafah pendidikan konfusianisme adalah berasas daripada pemikiran Confucius (551-479 SM) dan pengikut-pengikutnya seperti Mengzi (372- 289 SM), Xunzi (313-238 SM) dan Hanyu (768-824) dan negeri China. Dan pandangan tokoh-tokoh pendidikan konfusianisme, ramai di antara mereka berpendapat peranan utama pendidikan ialah membina tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia, mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara Confucius, seorang tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkemuka di negeri China, menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih mudaserta taat dan cinta kepada pemerintah dan Negara. Confucius mengakui bahawa setiap induvidu mempunyai potensi yang berbeza, dan oleh itu, beliau mengajar muridnya mengikut kebolehan individu. Beliau pula menggunakan strategi perbincangan untuk

Transcript of falsafah pendidikan timur.docx

Page 1: falsafah pendidikan timur.docx

KONSEP, PRINSIP DAN FUNGSIFalsafah Pendidikan Timur boleh digolongkan dalam tiga aliran fahaman

yang utama, iaitu konfusianisme (China), nasionalisme daninternasionalisme (India), dan falsafah pendidikan Islam.

KonfusianismeFalsafah pendidikan konfusianisme adalah berasas daripada pemikiranConfucius (551-479 SM) dan pengikut-pengikutnya seperti Mengzi (372-289 SM), Xunzi (313-238 SM) dan Hanyu (768-824) dan negeri China.

Dan pandangan tokoh-tokoh pendidikan konfusianisme, ramai diantara mereka berpendapat peranan utama pendidikan ialah membina

tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia,mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara

Confucius, seorang tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkemuka

di negeri China, menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk

kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan

tingkah laku yang bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati,

sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih

mudaserta taat dan cinta kepada pemerintah dan Negara.

Confucius mengakui bahawa setiap induvidu mempunyai potensi yang

berbeza, dan oleh itu, beliau mengajar muridnya mengikut kebolehan

individu. Beliau pula menggunakan strategi perbincangan untuk

menyampaikan pelajaran.

Didalam zaman dinasti Sung, Chenghao (1032-1085), Chengyi (1033-

1107), dan Zhuxi (1130-1200), memperkenalakan unsur rasionalisma

dalam falsafah pendidikan konfusianisme. Mereka berpendapat, untuk

memperolehi ilmu yang sebenar, pelajar hendaklah menggabungkan

pemikiran rasional dengan mentalnya. Sehubungan ini, mereka

menyarankan kaedah inkuiri untuk memperolehi ilmu pangetahuan.

Mereka menghuraikan tujuan pendidikan sebagai perkembangan

kecerdasan individu, pembentukan individu bermoral tinggi dan berbudaya

sempurna.

Page 2: falsafah pendidikan timur.docx

Wang Shouren (1472-1528), seorang ahli falsafah dalam dinasti Ming,

berpendapat ilmu intuitif adalah terkandung dalam jiwa mental setiap individu.

Oleh itu, beliau menentang penggunaan kaedah inkuiri untuk memperolehi

ilmu. Sebaliknya, pelajar hendaklah menggunakan ilmu inkuitif yang berada

dalam jiwa mentalnya untuk mengkaji perkara-perkara alam sekitar. Beliau

pula menentang hukum dera dan mengurungkan kanak-kanak sebagai

pendekatan pengajaran. Sebaliknya, beliau menyarankan teknik peneguhan

dan motivasi digunakan untuk menimbulkan minat terhadap aktiviti dalam

pembelajaran.

Sehingga tahun 1911, aliran fahaman konfucianisme menjadi falsafah

pendidikan yang berpengaruh di dalam sistem pendidikan di negeri China.

Sejak tahun 1911, iaitu masa Koumintang mengambil alih tempat perintahan,

falsafah pendidikan barat mula mempengaruhi sistem pendidikan China,

terutama apabila Hushi (1891-1962), seorang pengikut Dewey,

memperkenalkan idea-idea pragmatyisme dan progresivisme dalam

kurikulum sekolah negeri China. Beliau menyarankan kaedah induktif

digunakan untuk mengkaji tatabahasa dan mengutarakan pendekatan

”berani membentuk hipotesis, berhati mencari bukti”. Beliau pula

menyarankan persepaduan matapelajaran kemanusian dengan sains supaya

mengembangkan potensi individu secara keseluruhan.

Sharifah Alwiyah Alsagoff, dalam bukunya falsafah pendidikan (1984),

menyenaraikan idea-idea penting yang terkandung dalam falsafah

pendidikan Rabindranath Tagore untuk membentuk kesempurnaan manusia

seperti berikut:

Pendidikan tubuh badan adalah bertujuan melatih deria dan kecerdasan

fizikal secara am, cekap, dan berkemahiran.

Pendidikan intelek adalah bertujuan supaya fikiran sentiasa ingin tahu dan

cergas, berpandangan saintifik, jelas, berani, dan bebas.

Pendidikan kerohanian adalah bertujuan menyedarkan diri melalui

bersimpati sepenuhnya, iaitu kesedaran kerohanian universal yang paling

Page 3: falsafah pendidikan timur.docx

tinggi dan menempusi semua kehidupan, tumbuhan, haiwan, dan manusia.

Pendidikan realistik ialah pendidikan yang tidak semata-mata terikat

kepada buku dan berhubung dengan hidup

Pendidikan harus hidup dan dinamik, bukan mekanik dan tidak bermaya.

Pendidikan dalam perkara-perkara semulajadi adalah bertujuan membentuk

perkembangan kayak-kanak yang menyeluruh dan sempurna dalam tahun-

tahun awal formatif.

Pendidikan untuk nasionalisme yang tulen adalah bertujuan menanamkan

idel-ideal dan tradisi negara dan pendidikan ini harus berlandaskan

pengetahuan sejarah, geografi, kesusasteraan, dan keadaan serta

keperluan negara pada masa kini, termasuk juga masalah serta kesilapan

dan pencapaian negara, kegagalan dan kejayaannya.

Pendidikan untuk internasionalime adalah bertujuan memupuk perhubungan

baik, persahabatan, dan keamanan di antara semua negara di dunia, dan

pendidikan ini harus berlandaskan pengetahuan yang tepat dan tidak berbelah

bagi yang diperolehi dengan cara pengkajian dan perhubungan langsung

dengan adat-istiadat dan tradisi, sejarah dan kebudayaan orang-orang di

negara lain.

Pendidikan untuk perkembangan individu adalah bertujuan membentuk kuasa

dan sikap individu sepenuhnya.

Pendidikan untuk perkhidmatan social dan kecekapan adalah bertujuan

mengarahkan tenaga-tenaga dan kebolehan individu kepada kebajikan

masyarakat dan negara, dan juga untuk membolehkan individu tersebut agar

hidup dalam masyarakat dan berpegang kepada prinsip bekerjasama, berbaik-

baik dan menghormati antara satu sama lain.