Falsafah Revised
-
Upload
sabariahshafiee -
Category
Documents
-
view
275 -
download
4
Transcript of Falsafah Revised
-
7/30/2019 Falsafah Revised
1/16
Falsafah & Konsep Pendidikan - 1
-
7/30/2019 Falsafah Revised
2/16
Falsafah & Konsep Pendidikan - 2
Pendahuluan
Dalam falsafah berkaitan pendidikan, ianya melibatkan 2 pihak utama iaitu, guru dan
murid. Manakala sekolah pula ialah tempat di mana proses pendidikan pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berlaku. Pihak kementerian bertindak sebagai penaungnya.
Falsafah pengkritik yang akan digunakan di dalam penulisan ini adalah dalam bentukyang jamak(general).
Merujuk tajuk jurnal (Zakaria dan Habsah, 2005) Falsafah pegangan pelajar bakal
guru, penulis mengenalkan falsafah umum barat kepada pembaca sebagai satu panduan
untuk digunapakai dalam pembentukan sesuatu dasar terutamanya pendidikan. Secara
amnya, falsafah yang cuba diperkenalkan itu ialah 2 falsafah moden barat dan 2 falsafah
klasik barat.
Penulis telah menegaskan keutamaan falsafah dari sudut metafizik dengan mengatakan
berpegang kepada kepercayaan bahawa alam kerohanian adalah sesuatu yang kekaldan benar, seorang perancang kurikulum misalnya, akan menekankan aspek kerohanian
dan usaha mendisiplin akal sebagai elemen paling penting dalam kurikulum (m.15,
p.4). Di samping itu, penulis telah mengetengahkan pandangan pragmatisme untuk
dijadikan teras pendidikan masa kini bagi menyediakan pelajar dengan apa yang berlaku
sekarang. Pragmatisme adalah suatu konsep falsafah moden barat. Moden berasal dari
perkataan Latin modo yang bermaksudjust now - sekarang.
Apa yang cuba di utarakan oleh penulis sebenarnya ialah falsafah yang dijadikan panduan
boleh mempengaruhi bukan sahaja guru tetapi ia juga boleh mempengaruhi perancangan
dan pelaksanaan sesuatu dasar tertentu, seperti perancangan kurikulum yang digubal oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan sebab yang demikian, maka wajarlah kita
membuat persepsi awalan dan persediaan yang lebih terdahulu sebelum melibatkan
mereka yang mempunyai falsafah atau pegangan yang berbeza terutamanya fahaman
barat dalam mewacanakan perubahan dasar pelajaran, contohnya.
Secara keseluruhannya, penulis jurnal telah jelas membentangkan objektif umum dan
khususnya seperti mana yang ditulisnya iaitu objektif kajian ini ialah untuk
mengenalpasti falsafah yang menjadi pegangan pelajar Universiti Putra Malaysia
(UPM) yang bakal menjadi guru. Secara khususnya objektif(m.15, p.7). Penulismenyasarkan objektifnya kepada perancang kurikulum dan pensyarah kursus, serta
golongan pelajar secara tidak langsung.
Batasan kajian penulis telah dijelaskan di muka surat 16 dalam perenggan ke 2 (m.16,
p.2). Walau bagaimanapun, penulis tidak mendefinasikan dengan lebih khusus apakah
bentuk, sifat dan ciri-ciri 4 falsafah umum barat (pragmatisme, eksistensialisme,
-
7/30/2019 Falsafah Revised
3/16
Falsafah & Konsep Pendidikan - 3
idealisme, realisme) yang menjadi pegangan pelajar UPM tersebut dengan jelas di awal
penulisan. Mendefinasikan intipati khusus makna 4 falsafah umum tersebut boleh
membantu kefahaman pembaca dari sudut falsafahnya dengan lebih jelas tentang
persoalan yang dimaksudkan dalam konteks penulisan.
Ini adalah kerana terdapat kepelbagaian falsafah dari barat. Asal usul lokasi setiap
falsafah yang dimaksudkan juga harus disentuh secara tidak langung. Penulis hanya
membentangkan falsafah pragmatisme secara khusus dari Amerika Syarikat dan yang
lainnya secara umum.
Kefahaman Falsafah
Falsafah pula secara umumnya boleh merupakan satu doktrin seperti falsafah Karl Marx
(1818-1883) dan Nietzsche (1844-1900). Ia juga boleh merupakan suatu bentuk
pandangan, pendapat, fahaman, mazhab atau persepsi atau cuma satu ideologi sekular
yang dianggap oleh minda yang menerima seolah-olah ianya adalah satu falsafah kepada
individu tersebut. Sesuatu yang dianggap falsafah oleh seseorang individu
berkemungkinan tidak dianggap falsafah oleh individu yang lain. Secara amnya, falsafah
itu walaupun wujudnya bersifat universal dan sejagat, namun pemahaman dan
aplikasinya adalah bersifat individu dan peribadi. Keperibadian individu pula bukanlah
melambangkan kefalsafahan kehidupannya, walaupun falsafah itu boleh dinilai dari sudut
aksiologinya, iaitu nilai etika dan estetikanya. Ini adalah kerana keperibadian bukan
hanya bersifat semulajadi, tetapi ia juga boleh dicipta dan dilakonkan semula sepertimanayang boleh dilakukan oleh pelakon filem popular.
Penulis jurnal juga tidak menjelaskan mengapa falsafah umum barat menjadi pilihan dan
dijadikan sumber pegangan. Kenapa tidak falsafah Islam? Pengkritik boleh menerima
batasan kajian ini tetapi harus dinyatakan sebab kenapa dan mengapa fahaman barat itu
lebih diutamakan. Walaupun ia hanya satu skop atau batasan kajian, adalah amat penting
ianya dihuraikan kerana latarbelakang (pegangan) agama pelajar UPM tersebut juga
perlu di ketengahkan selari dengan matlamat kajian beliau dengan ciri dan sifat populasi
terkini pelajar. Penulis juga telah lebih maklum akan perkara ini seperti yang telah
dinyatakan di atas dalam keutamaan falsafahnya dari sudut metafizik di muka surat 15perenggan 4 yang menyentuh tentang cara mendisiplinkan akal sebagai elemen penting.
Berdasarkan latarbelakang agama pelajar UPM tersebut melalui kepercayaan sedia ada
mereka, maka tajuk penulisan jurnal adalah agak menyimpang. Pengkritik berpendapat
bahawa perkataan panduan adalah lebih sesuai digunakan daripada perkataanpegangan
kerana perkataan pegangan itu lebih bersifat terikat dan tidak bebas berbanding dengan
-
7/30/2019 Falsafah Revised
4/16
Falsafah & Konsep Pendidikan - 4
perkataan panduan. Ini jelas ditunjukkan di dalam isi penulisan iaitu Ini menunjukkan
majoriti responden perempuan berpegang kepada falsafah ini. Ini menunjukkan majoriti
responden perempuan berpegang kepada falsafah moden(m.18, p.3). Penggunaan
perkataan panduan bersifat lebih bebas dan tidakmenyatakan keterikatannya.
Jadi tajuk penulisan jurnal yang dicadangkan ialah Falsafah panduan pelajar bakal
guru adalah lebih tepat, kerana pengkritik percaya bahawa kebanyakan pelajar UPM
tersebut berpegang kepada agama mereka masing-masing. Hal yang demikian
menjadikan 4 falsafah umum barat tersebut hanyalah sebagai salah satu panduan
kehidupan sahaja dan bukan pegangan pelajar bakal guru. Ini adalah kerana agak
mustahil pegangan atau kepercayaan asal agama mereka sejak kecil lagi akan ditukar
kepada pegangan berbentuk falsafah umum barat tersebut. Walau pun mungkin boleh
terjadi menukar pegangan agama kepada pegangan falsafah, saya percaya jumlahnya
adalah agak kecil dan minima. Perkataan pegangan juga mengatakan seolah-olah pelajar
UPM tersebut sudah lebih meyakini fahaman kebaratan dan moden. Ini menunjukkansecara tidak langsung pegangan agama mereka tiba-tiba menjadi semakin menipis dan
menyebabkan mereka boleh berpegang kepada salah satu daripada 4 cabang falsafah
umum barat tersebut. Pada pendapat pengkritik, kepercayaan dan pegangan asal
manusia adalah berasaskan ilmu agama (sila rujuk lampiran Rajah 1). Ilmu agama ini
telah diturunkan pada awal zamannya secara tradisi. Pengaruh falsafah Yunani {Socrates
(470-399SM), Plato (427-347SM) dan Aristotle (384-322SM)} telah menyebabkan
kepercayaan barat terbahagi kepada dua iaitu kepercayaan agama dan kepercayaan
falsafah. Bagi negara di Asia pula seperti benua India, Cina, dan Asia Tenggara,
kepercayaan mereka adalah berasaskan kepercayaan agama yang akhirnya menjadi
kepercayaan tradisi (bukan kepercayaan falsafah) seperti yang berlaku di India, Cina danMalaysia. Hal yang demikian menyebabkan kepercayaan falsafah sebagai bersifat agak
kebaratan. Hanya selepas penjajahan dan kesan daripada pengaruh penjajahan
(kolonialisme Tanah Melayu: 1511-1957) seperti Portugis, Belanda, Sepanyol, Perancis
dan oleh Inggeris maka bermulalah era kebaratan (moden) di negara Asia Selatan dan
Asia Tenggara. Hal yang demikian terjadi tidak terkecuali Malaysia - di mana falsafah
kehidupan kaum pada suatu waktu terdekat dahulu telah bertukar dengan menganggap
bahawa sesuatu yang datang dari barat itu adalah bagus, elok, baik dan mendahului
zaman sehingga menganggap produk sedia ada buatan sendiri sebagai tidak maju, tidak
mengikuti era kemodenan, tidak berdaya saing dan ketinggalan zaman.
Kaedah Pembuktian
Dari sudut metodologi pula, penulis menyatakan bahawa penulisannya adalah satu kajian
deskriptif-korelasi. Dalam bab ini, penulis jurnal menggunakan kaedah yang bersesuaian
-
7/30/2019 Falsafah Revised
5/16
Falsafah & Konsep Pendidikan - 5
dengan kehendak analisisnya. Penulis telah menggunakan formula Cochran, skala indeks
1-10 dan pekali kebolehpercayaan Cronbrach Alpha. Cuma terdapat sedikit kelemahan
di dalam Cronbach Alpha, di mana pengujikajiannya hendaklah dilakukan seeloknya 2
kali untuk menggalakkan pembuktian dan menyatakan kesahihannya. Penulis tidak
menyatakan cara perlaksanaan Cronbach Alpha samada dilakukan sekali atau dua kali.
Ini perlu ditegaskan kerana formula Spearman Brown juga adalah satu alternatif yang
boleh digunapakai bersama-sama Cronbach Alpha dan dipertimbangkan untuk
menguatkan lagi metodologi dan hasil dapatan kajian. Tambahan pula kajian ini adalah
kajian deskriptif-korelasi seperti yang dinyatakan.
Borang soal selidik penulis yang siap telah dihalusi oleh panel pakar Fakulti Pengajian
Pendidikan UPM. Cuma adalah lebih wajar sekiranya borang kaji selidik tersebut dapat
dipaparkan sebahagiannya jika tidak kesemuanya di dalam penulisan. Ini penting untuk
meningkatkan kebarangkalian kebolehpercayaan pembaca. Sebarang maklumat yang
terkini hendaklah disertakan bersama sebagai kata penguat kepada keadaan atau sifatyang hendak diperkata atau diterjemahkan.
Seterusnya, penulis juga menggunakan perisian SPSS dan pekali korelasi Phi dan
Cramers V bagi melaksanakan cara yang berkesan. Metodologi penulis jelas
menunjukkan bahawa beliau amat faham tentang tatacara pelaksanaan yang diperlukan
untuk membuktikan hujah penulisan beliau. Pembuktian (empirical) adalah amat perlu
terutama di zaman globalisasi ini.
Zaman global adalah zaman di mana pembuktian ialah kenyataan. Pembuktian adalah
hakikat realiti masa kini (moden). Segala hal yang tidak dapat dibuktikan, maka ianyaadalah tidak termasuk ke dalam akal pemikiran dan harus dibuang dan disisihkan. Ini
adalah kerana api perubahan barat telah menjilat sistem pemikiran Orang Timur. Kesan
penjajahan dan falsafah baru barat telah menyerap ke dalam peradaban zaman timur.
Minda ganas manusia bertindak menerajui peradaban sehingga ada yang menganggap
hal-hal yang berkaitan keagamaan sebagai sesuatu yang orthodokyang juga ketinggalan
zaman. Tanggapan atau dogma sebegini membentuk falsafah demi falsafah dari zaman ke
zaman.
Sehubungan dengan pemilihan sampel pula, penulis tidak menekankan aspek keadilan
bagi sampel data yang dipilih. Ini jelas di dalam tulisannya iaitu 68 pelajar (34.4%)adalah lelaki dan 116 pelajar (58.6%) adalah perempuan (m.17, p.4). Pengkritik
berpendapat bahawa adalah lebih sahih sekiranya jantina yang dijadikan bahan ujikaji
sama bilangannya, yakni jumlah sampel lelaki dan wanita perlu sekata. Contohnya, jika
sampel lelaki 100 maka wanita juga perlulah 100 atau sekurang-kurangnya hampir 100.
Ini adalah penting kerana dalam menjelaskan perbezaan pedoman (pegangan) antara
jantina, persamaan bilangan responden lelaki dan wanita akan meningkatkan nilai
-
7/30/2019 Falsafah Revised
6/16
Falsafah & Konsep Pendidikan - 6
pembuktian (empirical) penulisan. Apa yang paling penting sekali di dalam penulisan
dan pembuktian ialah untuk tidak menimbulkan sebarang bentuk keraguan kepada
pembaca. Keraguan akan menurunkan nilai kebolehpercayaan minda.
Bagi tujuan persamaan sampel ini juga, pengkritik mencadangkan supaya jumlah
bilangan responden mengikut umur 19-25 tahun (golongan muda) dan 26-43 tahun
(golongan tua) diseimbangkan, yakni jumlah sampel golongan muda haruslah sama
banyaknya dengan sampel golongan tua. Hal yang demikian boleh meningkatkan
kebolehpercayaan data. Dari sudut falsafah yang melibatkan realiti atau hakikat
kewujudan, ilmu dan nilai, perbahasan dan alasan juga amatlah penting dalam
menyampaikan falsafah atau konsep pemikiran kepada pembaca. Ia bertujuan supaya
pembaca menjadi lebih prihatin emosinya (daya rasa) dan peka mindanya (daya fikir)
dengan ketepatan maklumat dan fakta yang disogokkan.
Bagi tujuan ini maka mengaplikasikan perjumpaan bersemuka (face to face interview)
adalah cara yang lebih sesuai berbanding dengan memberi borang kaji selidik untuk diisi
oleh responden. Penglibatan emosi dan minda akan lebih bersepadu sekiranya ada
interaksi dua hala dari pihak yang menguji dan pihak yang diuji. Ini adalah kerana
penggunaan borang kaji selidik tidak memberikan personaliti (impersonal). Ianya kaku.
Penglibatan emosi boleh melahirkan lebih banyak nilai-nilai positif dari sudut aksiologi
(etika dan estetika). Ini boleh meningkatkan nilai pembuktian. Seperti yang telah
disebutkan, pembuktian adalah asas sains tulen, dan sains tulen pula adalah asas kepada
pemikiran moden. Disebabkan tiada penglibatan emosi, pengkritik berpendapat
berlakunya penurunan penglibatan (participation) responden sebanyak 20% iaitu 184
analisis berbanding 230 sampel awal yang diharapkan. Berkemungkinan juga faktormasa adalah sebab utama di mana penulis tidak sempat melakukan temuduga bersemuka.
Selain menggunakan pelajar UPM, pengkritik juga mencadangkan supaya bahan ujikaji
(responden) seharusnya dibuat di sebuah institusi pengajian yang berlainan seperti UPSI
untuk dijadikan asas perbandingan dapatan (hasil kajian). Ini hanyalah cadangan
pengkritik. Ianya juga sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan nilai pembuktian dan
kebolehpercayaan serta menyisihkan lebih banyak keraguan pembaca. Apabila hal ini
berlaku, maka penulis akan berjaya mempengaruhi pemikiran (minda) pembaca.
Mempengaruhi fikiran adalah salah satu tujuan asal atau agenda utama untukberfalsafah. Kita perlu menerima hakikat umum iaitu secara kasarnya, pada masa kini,
tiada manusia yang akan berfalsafah untuk kepentingan sejagat. Tidak semua manusia
dilahirkan sebagai ketua atau pemimpin yang berjiwa rakyat atau berfalsafah untuk
kepentingan semua umat manusia lagi. Ego semulajadi manusia yang lahir dari daya
pemikiran dan daya gerak emosi akan menjadikan falsafah sebagai alat untuk
memartabatkan diri demi kepentingan peribadi atau segelintir umat. Akhirnya manusia
-
7/30/2019 Falsafah Revised
7/16
Falsafah & Konsep Pendidikan - 7
akan berfalsafah untuk mempengaruhi fikiran orang lain. Mempengaruhi fikiran orang
lain secara tidak langsung akan menterjemahkan kuasa kita ke atasnya.
Dengan menggunakan asas perbandingan sebagai penambahan pembuktian, maka secara
tidak langsung falsafah (penulis) penulisan akan boleh terserap ke dalam jiwa pembaca
kerana pembuktian menyokong ketepatan fakta (hasil kajian) dan maklumat dapatan.
Penulis juga tidak membentangkan perincian hasil kajian (dapatan). Sepatutnya bilangan
responden lelaki, peratusan lelaki, bilangan reponden wanita, peratusan wanita, jumlah
reponden lelaki dan wanita yang berpedomankan idealisme, realisme, pragmatisme dan
eksistensialisme, dan peratusannya, hendaklah dibentangkan sebagai isi utama dapatan.
Hal ini kelak akan menimbulkan keraguan kepada minda pembaca. Kenapa dirahsiakan?
Keraguan, was-was dan syak wasangka akan menggagalkan tujuan untuk mempengaruhi
minda secara tidak langsung.
Falsafah: satu pendekatan
Mempengaruhi minda adalah tujuan asal minda pihak yang lain. Orang yang dipengaruhi
dan orang yang mempengaruhi adalah dua unsur (konstituen) utama dalam berfalsafah.
Falsafah tidak akan terjadi sebelah pihak sahaja. Falsafah memerlukan perhubungan dua
minda. Persepsi penerima akan menjadikan falsafah itu benar, wujud, sahih atau salah
dan tidak boleh diterima pakai sama sekali.
Dengan sebab dan tujuan untuk mempengaruhi minda ini maka sains dengan jelas
pembuktiannya telah dapat mempengaruhi minda manusia. Maka kerana ini jugalah sains
telah dianggap sebagai cabang falsafah, manakala falsafah pula dikategorikan sebagai
cabang sains sosial dan bukan sains tulen. Dengan pembuktian sains yang banyak
dipelopori oleh Orang Barat maka sains secara tidak langsung akan dikaitkan dengan
barat dan oleh itu juga sains agak kebaratan sifatnya.
Falsafah juga melalui proses evolusi. Asal dahulunya manusia zaman Yunani berfalsafah
untuk menggerakkan daya fikir (minda) dan daya rasa (emosi). Mereka berfalsafah
kerana ramai yang tidak boleh menulis dan membaca. Maka bahasa dan lisan adalahsumber utama penyampaian kebijaksanaan dan ilmu, yakni secara berfalsafah.
Selepas ZamanRenaissance banyak hasil karya terbentuk dan dihidupkan semula. Hasil
dari ledakan kesusasteraan bangsa tersebut maka keluarlah Orang Barat dari Zaman
Kegelapan (Dark Ages) mereka kepada Zaman Reformasi dan Zaman Revolusi Industri
(Age of Enlightment) lalu merevolusikan pemikiran dunia moden termasuk Orang
-
7/30/2019 Falsafah Revised
8/16
Falsafah & Konsep Pendidikan - 8
Timur. Kuasa yang dahulunya di tangan Pope dan Cathedral telah bertukar haluan, jatuh
ke tangan orang yang bijaksana membuktikan. Ini bermula apabila Martin Luther
mencabar kuasa Gereja Katolik pada 1517 dengan Ninety Five Thesesnya. Kejatuhan
kuasa Pope di Eropah telah menjejaskan kuasa ketua-ketua agama lain di serata tempat di
dunia secara tidak langsung. Semakin ramai cerdik pandai yang boleh menulis dan
membaca melahirkan kesusasteraan mereka sebagai perangsang minda dan pencetus
perasaan.
Walaupun falsafah adalah salah satu jenis kesusasteraan, namun sastera berbeza dengan
falsafah. Sastera menekankan aspek keindahan, manakala falsafah ialah tentang
kebijaksanaan. Hal ini juga berkaitan dengan fahaman falsafah Cina di mana mereka
mengaitkan falsafah itu dengan cara orang bijaksana, kerana falsafah itu juga adalah
tentang kebijaksanaan. Sastera mempunyai lebih banyak nilai estetika, manakala
falsafah cenderung kepada nilai etika. Persamaannya, sastera dan falsafah bersatu dalam
bahasa dan tulisan dan mempunyai satu tujuan yang sama, begitu juga sastera danfalsafah barat.
Di zaman pasca moden, hasil kebijaksanaan dan keindahan ini diterjemahkan dalam
bentuk kecanggihan teknologi komunikasi maklumat (ICT). Audio (muzik), video
(filem), sms, mms, iphone, ipad,facebook, twitter, youtube, skype dan viber adalah
contoh aplikasi yang digunakan untuk berfalsafah dan bersastera di zaman pasca moden.
Berbalik kepada tajuk asal dan bagi tujuan penyeragaman sampel pula, pengkritik
mencadangkan supaya responden di tahap tahun pertama, tahun kedua, tahun ketiga dan
tahun keempat juga disekatakan. Jumlah bilangan sampel di semua tahap perlu samabanyak. Ini untuk membuktikan bahawa falsafah barat pelajar baru dan lama tiada
mengalami perubahan ketara dari segi fahaman falsafah pelajar bakal guru tersebut
mengikuti tahap pembelajaran mereka. Secara majoritinya pula, responden ujikaji adalah
pelajar yang bijaksana iaitu mempunyai Purata Nilai Gred Timbunan (PNGT) 3.00 ke
atas.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden didapati berfahaman
barat moden iaitu pragmatisme (60.1%) dan eksistensialisme (17.2%). Hasil dapatan
juga mendapati bahawa falsafah barat lama iaitu realisme (13.1%) dan idealisme (9.6%)
mendapat sambutan yang sedikit. Falsafah barat moden ini menolak prinsip danpandangan falsafah tradisional barat samada fahaman idealisme atau realisme. Fahaman
barat moden secara tidak langsung mengatakan bahawa persoalan hakikat, ilmu dan nilai
bukan ditentukan oleh sesuatu sumber mutlak dan hakiki. Fahaman barat moden juga
mengatakan bahawa manusia berupaya membuat perubahan dalam menentukan cara dan
matlamat yang telah ditentukan oleh Tuhan atau kuasa autoriti tertentu. Pernyataan ini
sejajar dengan konsep pemikiran Islam mengikuti Firman Allah yang bermaksud
-
7/30/2019 Falsafah Revised
9/16
Falsafah & Konsep Pendidikan - 9
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri (Surah (ke-13) Ar-Rad: Ayat
11).
Mengikut penulisan, falsafah pragmatisme yang dipopularkan oleh Willian James (1842-
1910) dan John Dewey (1859-1952) dari Amerika ini menganggap bahawa pengetahuan
dan kebenaran diperoleh hanya melalui pengalaman dan proses penyelesaian masalah
(m.19, p.3). Pengalaman dan persoalan sensori ini pada asalnya pernah dikupas oleh
John Locke (1632-1704) yang mengasaskan teori empirisme yang dikembangkan dari
penulis lain seperti Descartes (1596-1650) yang mengenalkan konsep rasionalisme.
Penulis juga mengatakan bahawa falsafah moden pragmatisme ini seterusnya telah
membawa kepada kemunculan dan kelahiran falsafah progessivisme (m.19, p.4).
Progressivisme berpendapat pendidikan haruslah berpusatkan pelajar. Guru hanyalah
fasilitator. Ilmu pengetahuan mestilah yang terkini dan boleh diaplikasikan dalam
kehidupan seharian. Falsafah ini menekankan konsep bekerjasama dan dilakukan secara
konsensus.
Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan dalam falsafah progressivisme. Ini dinyatakan
di dalam pernyataan yang berbunyi Mereka juga menganggap pendidikan adalah untuk
kegunaan pada hari ini dan bukannya persediaan untuk hari esok(m.19, p.4). Ini
berlawanan sama sekali dengan konsep idealisme dan realisme. Pemikiran dan anggapan
bahawa pendidikan adalah untuk kegunaan hari ini sahaja melanggar logik dan
ketatasusilaan kemanusiaan dari sudut Islam.
Intipati falsafah
Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang membawa maksud
bahawa bekerjalah kamu untuk hari ini seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun
lagi dan beribadatlah kamu hari ini seolah olah kamu akan mati keesokan harinya.
Falsafah ini sudah tentunya bukan falsafah umum barat. Ianya adalah kata-kata dari
sabda Rasullullah s.a.w.. Malahan falsafah yang diujarkan oleh Rasullullah s.a.w. lebih
mudah iaitu melalui sunnah besarnya yang 4 yakni siddiq, amanah, tabligh dan fatonah.Fatonah bermaksud bijaksana. Bijaksana adalah salah satu unsur dalam berfalsafah.
Maka apa yang diucapkan Rasulluh s.a.w. tadi sebenarnya adalah satu kata-kata yang
datang dari sifatnya yang bijaksana. Kebijaksanaan perlakuan ini akan memberi rahmat
atau kebaikan kepada pelakunya. Apabila hal yang demikian terjadi, maka tinggilah
nilai falsafah tersebut kepada manusia sejagat.
-
7/30/2019 Falsafah Revised
10/16
Falsafah & Konsep Pendidikan - 10
Oleh sebab itu, maka pengkritik tidak sehaluan pendapat dengan pragmatisme di
cabangannya. Pengkritik berpendapat bahawa apa yang kita lakukan hari ini adalah hasil
dari pemikiran minda semalam, dan apa yang bakal kita lakukan esok hari adalah hasil
dari pemikiran minda kita hari ini. Justeru itu, pendidikan adalah untuk kegunaan pada
hari inidan juga persediaan untuk hari esok. Pengkritik juga tidak sehaluan dengan idea
eksistensialisme yang menyatakan kebebasan mutlak adalah milik pelajar sehinggakan
tidak perlu adanya sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Dari sudut
yang lain, pengkritik akur bahawa P&P itu boleh berlaku di mana-mana sahaja.
Perbezaannya ialah dilakukan secara rasmi (di sekolah) atau tidak rasmi.
Berbanding dengan falsafah tradisional barat pula, pengkritik lebih suka menjuruskan
penekanan kepada ilmu dan bukan kepada guru seperti apa yang diujarkan. Oleh sebab
itu, P&P perlulah berfokuskan kepada ilmu - bukan berfokuskan kepada pelajar mahupun
guru. Membina fokus minda adalah sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran
di sekolah. Fokus minda pelajar sepatutnya ialah belajar untuk menuntut ilmu. Fokusguru mengajar pula ialah untuk memberi ilmu. Fokus sekolah pula untuk menyediakan
sumber dan jenis ilmu melalui pengajaran dan pembelajaran. Tugas Kementerian
Pelajaran pula ialah untuk menyediakan pusat kesinambungan ilmu. Pengajaran dan
pembelajaran yang berpaksikan ilmu bersifat kekal. Sifat ilmu itu ialah ianya tidak akan
pernah habis untuk dipelajari. Sifat pelajar berubah mengikut minda dan umurnya.
Sikap guru pula boleh berubah dengan kuasa dan autonominya. Maka dengan sebab
inilahpengajaran dan pembelajaran perlu berpaksikan ilmu. Hanya dengan cara ini kita
boleh mencetuskan keikhlasan untuk belajar. Pelajar tidak seharusnya belajar hanya
untuk lulus ujian dan peperiksaan. Pendidik pula tidak seharusnya mengajar hanya untuk
memenuhi tuntutan peribadi harian dan bulanan. Ibu bapa pula mestilah berharap supayaanaknya mewarisi kemantapan ilmu dan bukan hanya fokus untuk menjawat kerja yang
bergaji besar.
Oleh sebab itu, sebagai penambahan kepada cadangan penulis, kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai disyorkan hendaklah merangkumi aspek JERI (Jasmani,
Emosi, Rohani dan Intelek) sepertimana yang telah digariskan di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aspek-aspek ini
mestilah mencakupi:
i. Daya fikir (minda (intellectual)-akal dan pemikiran)ii. Daya rasa (emosi (emotional)-hati dan perasaan)iii. Daya gerak (fizikal (physical)-pergerakan/pemotoran/luaran)iv. Daya dalaman (rohani (spiritual) kewujudan, semulajadi, tenaga, nur)
Kesatuan kesemua aspek di atas akan mampu menerobos segala halangan, cabaran,
ancaman dan masalah yang mendatang untuk menghasilkan kejayaan yang cemerlang,
-
7/30/2019 Falsafah Revised
11/16
Falsafah & Konsep Pendidikan - 11
gemilang dan terbilang sepertimana yang telah cita-citakan di dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Daya dalaman yang berasal dari sifat ingin tahu itu
akan mengerakkan daya fikir, daya rasa dan juga daya gerak secara serentak atau pada
masa yang berlainan. Contohnya daya fikir atau berfikir sebenarnya merupakan suatu
bentuk tenaga (Nur). Tenaga tidak boleh dicipta dan ia juga tidak boleh dihapuskan.
Tenaga hanya bertukar bentuk. Dalam proses berfikir, kita hanya menukar bentuk daya
(tenaga) tersebut dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Dari berfikir (daya fikir)
kepada perlakuan atau tindakan (daya gerak fizikal) atau penyataan perasaan (daya
emosi) bagi memenuhi tuntutan kerohanian kita (daya dalaman).
Dari satu sudut yang lain, pengkritik bersetuju supaya pelajar mempelajari sesuatu mata
pelajaran itu samada mereka suka ataupun tidak. Walaupun ia berasal dari falsafah lama
barat, tetapi mata pelajaran yang boleh menjadi intipati ini sebenarnya akan menjadi asas,
tunjang, pendokong dan tunggak utama kepada kesinambungan ilmu yang mana akan
membentukmedula oblongata keilmuan pelajar tersebut. Keterpaksaan dalam menerimapengajaran dan pembelajaran tersebut boleh membuatkan murid belajar erti
kesinambungan hidup. Di dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di California State
Universiti, Fresno, USA misalnya, terdapat subjek intipati atau dasar yang dipanggil
breadth yang diwajibkan kepada semua penuntutnya. Pelajaran breadth adalah
matapelajaran wajib di kebanyakan universiti di Amerika. Ianya telah menular ke semua
institusi pengajian tinggi lain di serata dunia, termasuk Malaysia. Dengan sebab ini
jugalah maka kita melihat dari hasil dapatan kajian masih ada pelajar yang berfahaman
realisme dan idealisme walaupun fahamannya agak kuno.
Falsafah Global
Penulis walaubagaimanapun tidak membezakan dengan jelas falsafah idealisme dan
realisme di dalam catatan jurnalnya. Ini berkemungkinan kerana falsafah ini tidak
popular sehingga ianya menjadi tidak penting untuk dihujahkan. Untuk pengetahuan,
Josiah Royce (1855-1916) adalah pengasas kepada idealisme manakala A.O. Lovejoy
(1873-1962) adalah pengasas fahaman realisme.
Perlu kita akui bahawa sebahagian besar penjajahan dan dominasi Orang Barat sangathebat lebih-lebih lagi pada zamanpasca modenisme ini. Kuasa kini tidak lagi berada di
tangan pemerintah atau pihak kapitalis sahaja. Kuasa kini menjadi milik jagoan wacana
sosial seperti facebook, twitter dan youtube. Perubahan zaman membawa bersama-
samanya perubahan kepelbagaian yang lain samada diingini atau tidak. Dunia menjadi
kecil. Tidak kira samada anda berfahaman idealisme, realisme, barat moden, fahaman
Buddha atau Hindu, segala maklumat sekarang berada di hujung jari anda sahaja. Hakikat
-
7/30/2019 Falsafah Revised
12/16
Falsafah & Konsep Pendidikan - 12
dunia global sedang mengecil di dalam pemikiran dan komunikasi menyebabkan
kepelbagaian fahaman juga tradisi saling menembusi antara satu dengan yang lain.
Ledakan maklumat sebegini berjaya dalam wacananya merentas waktu dan zaman yang
akhirnya menghasilkan silang budaya.
Kelahiran kuasa ekonomi baru dunia pula seperti Cina dan India sekarang telah
menyedarkan kita bahawa falsafah kehidupan Orang Timur juga amat berkesan dalam
menangani cabaran kehidupan kepelbagaian. Negara Cina menduduki tempat pertama,
kedua India, ketiga Brazil dan keempat barulah Amerika di tangga ekonomi dunia.
Kejatuhan ekonomi Eropah yang secara tidak langsung membawa ekonomi Barat
menjunam secara perlahan-lahan telah membuka mata kita bahawa terdapatnya
kelemahan dalam sistem dan falsafah kehidupan Orang Barat yang menyebabkan
penurunan nilai matawang dollar, pound dan euro secara keseluruhannya.
Maka sudah tentunya kita hampir sampai ke suatu zaman dalam sejarah dunia yang
memerlukan suatu teori tentang cara untuk kita hidup bersama dijelaskan. Kita belum
lagi tinggal di dalam syurga atau berada di dalam neraka, tetapi kita sekarang tinggal di
alam realiti, dan realiti itu putih dan hitam sifatnya. Terdapat sudut pandangan yang
bercanggah dalam kepelbagaian dunia masa kini dan semuanya ini perlu diatasi. Dalam
era globalisasi dan pasca modenisme ini garisan hitam dan putih itu sudah tidak jelas.
Oleh kerana itu, masing-masing meletakkan garis mereka sesuka hati. Inilah falsafah
global dunia sekarang hasil dari ledakan maklumat dunia tanpa sempadan. Hakikatnya,
tidak wujud kaedah falsafah yang tunggal kerana apa jua pandangan tentang cara
membuat falsafah itu sendiri dapat dibahaskan. Dunia majmuk yang mempunyai
kepelbagaian intelektual sentiasa mengecam kepercayaan ortodoks yang ekstrem (apatahlagi dalam situasi seperti sekarang dengan pertemuan silang budayanya kerana masing-
masing akan menunjukkan kehebatan sendiri). Oleh itu, pengkritik berpendapat konsep
falsafah samada dalam bentuk tunggal atau jamak akan sentiasa terbuka dan berubah-
ubah mengikut masa dan kesesuaian zamannya.
Penutup
Menyorot kembali kepada bab akhir penulisan jurnal berkenaan 5 cadangan yangdikemukakan, pengkritik bersetuju ianya adalah satu bentuk kolektif usul yang boleh
dipertimbangkan untuk perlaksanaan. Bagi melaksanakan cadangan tersebut, ianya
memerlukan perancangan, pendekatan, perlakuan dan pemurnian yang perlu
diaplikasikan dalam visi dan misi yang berterusan.
-
7/30/2019 Falsafah Revised
13/16
Falsafah & Konsep Pendidikan - 13
Sebagai pelengkap kepada 5 cadangan tersebut, tatacara pelaksanaan pula hendaklah
meliputi skop yang berikut iaitu ianya perlulah dilakukan samada:
i. Secara serta merta (bersegera)ii. Secara berperingkat (beransur-ansur)iii. Secara menyeluruh (holistik)iv. Secara berterusan (bagi membentuk kesinambungan warisan)
Dengan mengaplikasikan metodologi yang tepat, wajar dan sesuai dalam kajian,
sekurangtidaknya kita akan dapat:
i. Meningkatkan nilai pembuktian (empirical) terhadap hasil dapatan kajianii. Meningkatkan keyakinan dan kebolehpercayaan minda kita dan pembacaiii. Menyisihkan sebarang keraguan, kekeliruan, was-was, syak dan wasangkaiv. Meningkatkan nilai-nilai sahsiah atau hubung kait kemanusian dengan
penglibatan emosi - seperti pendekatan temuduga secara peribadi
Akhirnya pengkritik amat bersetuju sekali supaya satu kajian mendalam dibuat sebelum
melaksanakan sesuatu kaedah atau dasar pengajaran atau pembelajaran yang melibatkan
kurikulum, guru atau pensyarah, para pelajar dan pihak kementerian. Ini adalah kerana
keseluruhan falsafah umum barat itu samada baru dan lama, secara tunggal atau
jamaknya tidak dapat menjawab kesemua persoalan kehidupan. Pernyataan ini sebagai
menyimpul cadangan terakhir penulis.
Secara keseluruhannya penulis telah menyampaikan falsafahnya dalam jurnal secara
berhemat dan tertib. Hujahannya juga pintar, tidak kosong dan mengandungi sokongan
fakta. Walaupun terdapat sedikit kelemahan, ianya adalah sesuatu yang boleh diperbaiki
dan dimurnikan. Josiah Royce (Ninian, 2008) pernah menyatakan bahawa kesilapan
hanyalah suatu pemikiran yang tidak lengkap dalam mencari arah kebenaran.
Kesimpulannya jika dikaji dari sudut metafizik, epistemologi, logik dan aksiologi,
falsafah itu sebenarnya hanyalah satu bentuk ilmu yang pada pendapat pengkiritik boleh
dihuraikan dalam 4 bentuk yang lebih mudah difahami (sila lihat lampiran Rajah 2).
Secara ringkasnya, ada ilmu yang semua orang tahu, maka ianya bersifat umum. Ada
ilmu yang hanya kita sahaja tahu, dan ini bersifat peribadi. Ada ilmu yang kita tidak tahutetapi diketahui oleh orang lain, maka sifatnya istimewa kerana kita harus belajar
daripadanya. Yang terakhir adalah ilmu yang kita tidak tahu dan tidak pula diketahui
oleh orang lain jua, yang ini bersifat rahsia dan perlu diteroka bersama. Adakalanya kita
harus melihat falsafah itu dari kacamata kita sendiri dan bukannya dari kacamata barat
atau pihak lain.
-
7/30/2019 Falsafah Revised
14/16
Falsafah & Konsep Pendidikan - 14
Rujukan Utama:
Zakaria Kasa dan Habsah Ismail (2005). Falsafah pegangan pelajar bakal guru.Jurnal
Penyelidikan Pendidikan Guru (Jilid 1, ms.14 -21).
Rujukan Lain:
Bennett, Jonathan (2007).An Essay Concerning Human Understanding: Book I: Innate
Notions by John Locke. Dipetik 27hb November 2012 daripada
http://www.earlymoderntexts.com/pdf/lockess1.pdf
Global Islamic Software Co. (GISCO) (2005). Terjemahan Al-Quran Dalam Bahasa
Melayu: Ar-Rad. Dipetik 29hb November 2012 daripada
http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) (2007). Portal Rasmi Kementerian Pengajian
Tinggi: Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dipetik 29hb November 2012 daripada
http://www.mohe.gov.my/portal/dasar-kpt/205-falsafah-pendidikan-kebangsaan.html
Ninian Smart (2008). Falsafah dunia (world philosophies). Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad
Y.A.B. Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, KPM (2012).Laporan Awal
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dipetik 29hb November 2012
daripadahttp://www.moe.edu.my/btp/wp-content/uploads/2012/Blueprint/Preliminary-
Blueprint-BM.pdf
Lampiran :
Rajah 1: The chronicles of knowledge
Rajah 2: Ringkasan ilmu (dari persepsi pengkritik)
Salinan jurnal asal: Falsafah pegangan pelajar bakal guru
http://www.earlymoderntexts.com/pdf/lockess1.pdfhttp://www.earlymoderntexts.com/pdf/lockess1.pdfhttp://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/http://www.mohe.gov.my/portal/dasar-kpt/205-falsafah-pendidikan-kebangsaan.htmlhttp://www.mohe.gov.my/portal/dasar-kpt/205-falsafah-pendidikan-kebangsaan.htmlhttp://www.moe.edu.my/btp/wp-content/uploads/2012/Blueprint/Preliminary-Blueprint-BM.pdfhttp://www.moe.edu.my/btp/wp-content/uploads/2012/Blueprint/Preliminary-Blueprint-BM.pdfhttp://www.moe.edu.my/btp/wp-content/uploads/2012/Blueprint/Preliminary-Blueprint-BM.pdfhttp://www.moe.edu.my/btp/wp-content/uploads/2012/Blueprint/Preliminary-Blueprint-BM.pdfhttp://www.moe.edu.my/btp/wp-content/uploads/2012/Blueprint/Preliminary-Blueprint-BM.pdfhttp://www.moe.edu.my/btp/wp-content/uploads/2012/Blueprint/Preliminary-Blueprint-BM.pdfhttp://www.mohe.gov.my/portal/dasar-kpt/205-falsafah-pendidikan-kebangsaan.htmlhttp://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/http://www.earlymoderntexts.com/pdf/lockess1.pdf -
7/30/2019 Falsafah Revised
15/16
Falsafah & Konsep Pendidikan - 15
Lampiran Rajah 1: The chronicles of knowledge
-
7/30/2019 Falsafah Revised
16/16
Falsafah & Konsep Pendidikan - 16
Lampiran Rajah 2: Ringkasan ilmu (dari persepsi pengkritik)
We make a living by what we get, we make a live by what we give