Falsafah solat

6
Falsafah solat

description

gpi

Transcript of Falsafah solat

Page 1: Falsafah solat

Falsafah solat

Page 2: Falsafah solat

Ketenangan Pergerakan dalam solat seperti berdiri, duduk antara sujud menggambarkan bahawa solat dapat memberikan ketenangan kepada kita. Dalam solat juga dibacakan ayat-ayat al-Quran yang dapat menenangkan fikiran kita.

Ibadat juga dapat membina kehidupan yang tenang, aman dan damai serta menjadi manusia sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t. Nabi s.a.w. bersabda:

Kami jadikan dia (solat) saat beristirahat, ya Bilal ‘.

(HR. Daraqutni dan Abu Daud)

Aku jadikan kesejukan mataku dalam solat.

(HR. Ahmad, Nasaee, Hakim dan Baihaqi)

Ibadat dalam Islam bukan hanya niat kerana Allah semata-mata tetapi mesti dibuktikan dengan pergerakan jasmani, tumpuan hati dan akal. Anda sendiri dapat lihat dalam ibadat solat, jasmani, hati dan akal mampu berfungsi secara serentak.

Page 3: Falsafah solat

Syukur Pergerakan dalam solat seperti sujud dan membacakan surah al-Fatihah menunjukkan kita ini bersyukur ketika melakukan solat.

Kita memulakan solat dengan takbiratul ihram iaitu dengan ucapan Allahu Akbar dengan memuji Allah. Selepas itu kita membacakan surah al-Fatihah dengan memuji Allah dan meminta pertolongan kepada Allah.

Page 4: Falsafah solat

Pengabdian Ibadat membolehkan anda berkomunikasi dengan Allah s.w.t. tanpa jurubicara dan jurubahasa. Hubungan yang akrab antara hamba dan Pencipta Alam Semesta amat indah sebagaimana yang diungkapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.:

Solat itu membahagi antara-Ku dan antara hamba-Ku dua bahagian dan bagi hamba-Ku apa yang dia pinta. Maka apabila hamba itu membaca: Allhamdulillah Rabbil Alamin; Allah s.w.t. menjawab: Hamba-Ku memuji-Ku. Apabila dia membaca Ar-Rahmanir Rahim, Allah menjawab: Hamba-Ku menyanjung-Ku. Apabila dia membaca: Maliki yuamiddin, Allah menjawab : Hamba-Ku memuliakan-Ku. Apabila dia membaca Iyyaka Na’budu Wa Iyyaka Nasta’inu, Allah menjawab: Ini antara-Ku dan hamba-Ku dan bagi hamba- Ku apa yang dia pinta. Apabila dia membaca: Ihdinash Sirathal Mustaaqim Shirathal Ladzina An amta Alaihim Ghairil Maghdhubi Alaihim Waladh dhallin, Allah menjawab: Ini untuk hamba-Ku dan bagi hamba-Ku apa yang dia pinta.

(HR. Muslim)

Page 5: Falsafah solat

Begitulah bentuk ibadat langsung antara orang yang beribadat dengan Allah s.w.t. Anda tidak memerlukan orang tengah untuk memohon pertolongan jika anda menghadapi masalah dalam hidup. Kuasa ibadat dalam Islam ialah menghubungkan manusia terus kepada Allah Yang Maha Perkasa.

Page 6: Falsafah solat

Keharmonian Untuk makluman anda, ibadat adalah daya pencegah maksiat dan penghapus dosa yang amat mujarab untuk manusia. Hal ini kerana manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan dosa. Maka ibadat seperti solat, puasa, haji dan perbuatan yang diredai Allah s.w.t. dapat menolong seseorang daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Malah Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Bacalah apa yang diwahyukan kepada-Mu iaitu al-Kitab (al-Qur’an) dan dirikanlah solat. Sesungguh solat itu mencegah daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. Dan mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaan) daripada ibadat-ibadat lain. Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

(Surah al-Ankabut: 45)

Jadi, matlamat ibadat adalah untuk membantu manusia agar sentiasa terpelihara daripada dorongan dan hasutan yang jahat yang boleh menghancurkan kebahagiaan hidup manusia.

Maka kehidupan kita akan menjadi harmoni dalam kehidupan seharian