Faq Permohonan Sbp 2015

9
 FAQ PENGAMBILAN MURID SBP 1 BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SOALAN-SOALAN LAZIM 1. Bagaimanakah cara untuk memohon ke SBP?  JAWAPAN: Permohonan ke Tingkatan 1 & Tingkatan 4 :  Permohonan hanya secara ‘online’  sahaja melalui laman sesawang www.moe.gov.my . 1 Permohonan ke Tingkatan 1 SBP Dari 1- 30 Oktober 2014 2 Permohonan ke Tingkatan 4 SBP Dari 1- 30 November 2014  Murid mencetak sesalinan maklumat permohonan untuk tujuan simpanan dan rujukan. * Permohonan kemasukan ke SBP bagi tahun 2015 TIDAK MEMERLUKAN   pengesahan mana-mana pihak atau dihantar ke mana-mana SBP. Calon tidak perlu menghantar sesalinan permohonan beserta dokumen ke mana- mana SBP 2. “saya cuba memohon untuk anak ke SBP. Tetapi tiada maklumat SBP di Permohonan Sekolah Kawalan” Pohon bantuan.  JAWAPAN: Untuk makluman, Permohonan Kemasukan ke SBP bagi Tahun 2015 TIDAK menggunakan permohonan yang sama dengan Permohonan Sekolah Kawalan yang boleh dilayari di  http://public.moe.gov.my . Permohonan ke SBP secara ‘online’ boleh dilayari di  http://moe.gov.my  di menu e-Perkhidmatan.

description

ok

Transcript of Faq Permohonan Sbp 2015

  • 5/19/2018 Faq Permohonan Sbp 2015

    1/9

    FAQ PENGAMBILAN MURID SBP

    1

    BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH

    KECEMERLANGAN

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    SOALAN-SOALAN LAZIM

    1. Bagaimanakah cara untuk memohon ke SBP?

    JAWAPAN:

    Permohonan ke Tingkatan 1 & Tingkatan 4 :

    Permohonan hanya secara online sahaja melalui laman sesawang

    www.moe.gov.my.

    1 Permohonan ke Tingkatan 1 SBP Dari 1- 30 Oktober 2014

    2 Permohonan ke Tingkatan 4 SBP Dari 1- 30 November 2014

    Murid mencetak sesalinan maklumat permohonan untuk tujuan

    simpanan dan rujukan.

    * Permohonan kemasukan ke SBP bagi tahun 2015 TIDAK MEMERLUKAN

    pengesahan mana-mana pihak atau dihantar ke mana-mana SBP. Calon

    tidak perlu menghantar sesalinan permohonan beserta dokumen ke mana-

    mana SBP

    2. saya cuba memohon untuk anak ke SBP. Tetapi tiada maklumat SBP di

    Permohonan Sekolah Kawalan Pohon bantuan.

    JAWAPAN:

    Untuk makluman, Permohonan Kemasukan ke SBP bagi Tahun 2015 TIDAK

    menggunakan permohonan yang sama dengan Permohonan Sekolah

    Kawalan yang boleh dilayari dihttp://public.moe.gov.my.

    Permohonan ke SBP secara online boleh dilayari dihttp://moe.gov.mydimenu e-Perkhidmatan.

    http://www.moe.gov.my/http://www.moe.gov.my/http://public.moe.gov.my/http://public.moe.gov.my/http://public.moe.gov.my/http://moe.gov.my/http://moe.gov.my/http://moe.gov.my/http://moe.gov.my/http://public.moe.gov.my/http://www.moe.gov.my/
  • 5/19/2018 Faq Permohonan Sbp 2015

    2/9

    FAQ PENGAMBILAN MURID SBP

    2

    3. Bagaimana saya hendak memohon, keputusan percubaan anak tidak

    diperolehi dari sekolah?

    JAWAPAN:

    Tiada syarat permohonan. Pihak BPSBPSK tidak pernah memohon mana-

    mana keputusan Percubaan. Semua murid Tahun 6/ Tingkatan 3 2014

    bersekolah Kebangsaan / sekolah Kerajaan / sekolah bantuan kerajaan

    boleh memohon.

    4. Saya difahamkan tahun lepas, satu permohonan cetakan perlu dihantar

    ke sekolah asal dan sesalinan perlu dihantar ke SBP. Apakah ianya perlu

    dilakukan?

    JAWAPAN:

    Permohonan kemasukan ke SBP bagi tahun 2015 TIDAK MEMERLUKAN

    pengesahan mana-mana pihak atau dihantar ke mana-mana SBP. Hanya

    cetak satu salinan sahaja untuk tujuan simpanan dan rujukan di kemudianhari.

    5. Apakah syarat pemilihan murid ke SBP?

    JAWAPAN:

    Pemilihan Murid Tingkatan 1:

    Murid mestilah warganegara Malaysia.

    Murid Sekolah Kebangsaan (SK)

    Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Ujian Penilaian

    Sekolah Rendah (UPSR) 2014

    Aktif dalam kokurikulum.

    Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4

  • 5/19/2018 Faq Permohonan Sbp 2015

    3/9

    FAQ PENGAMBILAN MURID SBP

    3

    Murid mestilah warganegara Malaysia.

    Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.

    Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam PBS

    Aktif kokurikulum

    6. Saya berminat untuk memohon untuk ke SMAP Bentong yang

    menawarkan Tahfiz Model Ulul Albab. Apakah syaratnya agar saya terpilih

    ke sekolah tersebut?

    JAWAPAN:

    Bagi calon-calon memohon secara online yang memenuhi syarat-syarat

    pemilihan ke Tingkatan Satu, memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi

    layak dipertimbangkan. Calon-calon layak yang telah dikenalpasti akan

    dipanggil untuk temuduga selepas keputusan UPSR diumumkan.

    7. Murid yang gagal/tidak membuat permohonan secara online pada pada

    tarikh yang ditetapkan ingin memohon. Bagaimanakah caranya?

    Makluman, murid yang tidak membuat permohonan / terlepas memohon

    pada tarikh yang ditetapkan, tidak akan terpilih dalam pemilihan ambilan

    pertama.

    Murid tersebut akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan ke-dua

    sekiranya membuat e-Rayuansecara online.

    e- Rayuan akan mula dibuka bersamaan tarikh pengumuman penawaran

    kepada murid yang berjaya. (dalam masa 27 hari dari tarikh keputusan

    UPSR dan PBS diumumkan.)

    8. Bagaimanakah mengisi permohonan e-Rayuan secara online dan cara

    menyemak e-Rayuan?

  • 5/19/2018 Faq Permohonan Sbp 2015

    4/9

    FAQ PENGAMBILAN MURID SBP

    4

    JAWAPAN:

    Calon yang telah membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi

    Tidak Berjaya:

    Masuk ke laman sesawang:www.moe.gov.my

    Klik semakan ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4

    Masukkan angka giliran UPSR/PBS

    Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.

    Klik pada e-rayuan

    Hantar.

    Calon yang tidak membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi

    ingin memohon:

    Masuk ke laman sesawang:www.moe.gov.my

    Klik semakan ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4

    Masukkan angka giliran UPSR/PBS

    Masukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatan

    Klik pada e-rayuan

    Hantar.

    9. Bolehkah pemohon yang gagal mendapat tempat menukar SBP pilihan

    apabila membuat e-Rayuan?

    JAWAPAN:

    Ya, dibolehkan. Ianya bergantung pada kekosongan tempat.

    10.

    Bilakah keputusan pemilihan SBP diumumkan?

    JAWAPAN:

    Keputusan pemilihan Tingkatan 1:

    Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari

    setelah keputusan UPSR diumumkan.

    http://www.moe.gov.my/http://www.moe.gov.my/http://www.moe.gov.my/http://www.moe.gov.my/http://www.moe.gov.my/http://www.moe.gov.my/http://www.moe.gov.my/http://www.moe.gov.my/
  • 5/19/2018 Faq Permohonan Sbp 2015

    5/9

    FAQ PENGAMBILAN MURID SBP

    5

    Keputusan pemilihan Tingkatan 4:

    Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari

    setelah keputusan PBS diumumkan.

    11.Bagaimanakah semakan keputusan boleh dibuat?

    JAWAPAN:

    Semakan boleh dibuat melalui:

    Laman sesawang KPMwww.moe.gov.my

    Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah

    Kecemerlangan, (BPSBPSK) KPM

    Talian hotlineBPSBPSK 03-8321 7400

    Kaunter JPN/PPD yang berhampiran.

    Makluman melalui SMS

    12.Apa yang perlu dibuat sekiranya murid berjaya mendapat tempat di SBP?

    JAWAPAN:

    Murid yang berjaya perlu mencetak surat tawaran beserta lampiran yang

    disertakan. Kesemua lampiran yang telah lengkap diisi beserta sesalinan

    surat tawaran perlu diserahkan kepada pihak sekolah sewaktu pendaftaran.

    Sekiranya maklumat tidak lengkap/tidak benar, pihak sekolah berhak

    tidak mendaftarkan/menolakpendaftaran tersebut.

    13.Apakah maksud status Projek Khas dalam surat Tawaran?

    JAWAPAN:

    Status ini melayakkan murid mendapat bantuan persekolahan dengan

    syarat murid mengemukakan bukti pendapatan ibu bapa/penjaga yang

    telah disahkan semasa pendaftaran (Rujuk lampiran tawaran)

    http://www.moe.gov.my/http://www.moe.gov.my/http://www.moe.gov.my/http://www.moe.gov.my/
  • 5/19/2018 Faq Permohonan Sbp 2015

    6/9

    FAQ PENGAMBILAN MURID SBP

    6

    14.Bagaimana menyemak keputusan permohonan melalui Laman sesawang

    KPMwww.moe.gov.my?

    JAWAPAN:

    Sila layari laman sesawang KPM www.moe.gov.my. Klik pada Semakan

    Tawaran Ke Tingkatan 1/Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh, KPM.

    Ikut langkah selanjutnya dari arahan yang diterima di skrin.

    15.Apakah syarat sah tawaran kemasukan ke SBP?

    JAWAPAN:

    Tawaran ke SBP hanya sah sekiranya murid tersebut memenuhi syarat-

    syarat berikut:

    Murid mestilah warganegara Malaysia

    Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh

    badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, lelah (asthma)

    atau penyakit berjangkit

    Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan danmenerima aliran yang ditetapkan

    Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SBP

    yang berkaitan.

    16.Adakah pertukaran murid antara SBP dibenarkan?

    JAWAPAN:

    Murid yang telah ditawarkan tidak dibenarkan untuk bertukar ke SBP yang

    lain. Perkara ini telah dinyatakan dalam surat tawaran perenggan 2

    (tawaran ini adalah muktamad. Sebarang permohonan untuk bertukar ke

    Sekolah Berasrama Penuh lain tidak akan dipertimbangkan).

    http://www.moe.gov.my/http://www.moe.gov.my/http://www.moe.gov.my/http://www.moe.gov.my/http://www.moe.gov.my/http://www.moe.gov.my/
  • 5/19/2018 Faq Permohonan Sbp 2015

    7/9

    FAQ PENGAMBILAN MURID SBP

    7

    17.Bolehkah murid menukar aliran?

    JAWAPAN:

    Murid yang telah ditawarkan tidak dibenarkan menukar aliran. Perkara ini

    dinyatakan dalam kertas dasar pengambilan murid tingkatan 4 SBP. (9.6Sebarang pertukaran aliran mata pelajaran yang ditawarkan adalah tidak

    akan dipertimbangkan).

    18.Apakah prosedur untuk murid memohon bertukar dari SBP ke sekolah

    harian?

    JAWAPAN:

    i) Ibu bapa / penjaga menghantar surat permohonan bertukar ke sekolah

    harian kepada pihak sekolah (SBP).

    ii) Murid perlu menjalani sesi kaunseling sekurang-kurangnya 3 kali.

    iii)Pihak sekolah akan menghantar borang permohonan pertukaran ke

    BPSBPSK.

    iv)Pihak Pengurusan Tertinggi BPSBPSK akan mempertimbangkan sama ada

    permohonan diluluskan atau tidak diluluskan.

    19.Adakah murid boleh mendaftar selepas tujuh (7) hari dari tarikh

    pendaftaran?

    JAWAPAN:

    TIDAK. Tawaran penempatan itu akan terbatal dengan sendirinya.

    Ianya ada dinyatakan dalam surat tawaran perenggan 4. (Tawaran ini akan

    terbatalsekiranya anda tidak mendaftar dalam masa tujuh (7) hari bekerja

    dari tarikh pendaftaran.)

  • 5/19/2018 Faq Permohonan Sbp 2015

    8/9

    FAQ PENGAMBILAN MURID SBP

    8

    17. Betulkah seorang murid hanya akan ditawarkan satu tempat sama ada

    SBP atau MARA?

    JAWAPAN:

    Ya. Ianya merupakan (MOU) atau Perjanjian Persefahaman di antaraBahagian ini dan pihak MARA. Setiap calon akan menerima hanya satu

    tawaran permohonan sahaja sama ada dari BPSBPSK atau MARA.

    18. Apakah pakej aliran dan mata pelajaran yang ditawarkan di SBP?

    JAWAPAN:

    Pakej aliran mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid-murid

    Tingkatan Satu (1) SBP adalah seperti berikut :

    Jenis Aliran Sains Agama

    Pakej Mata

    Pelajaran

    Bahasa Melayu

    Bahasa Inggeris

    Matematik

    Sains

    Sejarah

    Geografi Kemahiran Hidup

    Pendidikan

    Islam/Moral

    Bahasa

    Antarabangsa:

    (*Pilihan; Bahasa

    Arab/ Bahasa

    Jepun/ Bahasa

    Perancis/Bahasa Jerman/

    Bahasa Mandarin)

    Bahasa Melayu

    Bahasa Inggeris

    Bahasa Arab

    Matematik

    Sains

    Sejarah

    Geografi

    Kemahiran Hidup

    Pendidikan Islam

    Bahasa Antarabangsa

    (*Pilihan; Bahasa Jepun/

    Bahasa Perancis/ Bahasa

    Jerman / Bahasa

    Mandarin)

    Jenis SBP Yang

    Ditawarkan

    SBP Terawal

    (Premier)

    Sekolah Menengah

    Agama Persekutuan

    (SMAP)

  • 5/19/2018 Faq Permohonan Sbp 2015

    9/9

    FAQ PENGAMBILAN MURID SBP

    9

    Jenis Aliran Sains Agama

    Sekolah

    Menengah Sains

    (SMS)

    Sekolah Berasrama

    Penuh Integrasi (SBPI)

    Pakej aliran mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid-murid

    Tingkatan Empat (4) SBP adalah seperti berikut :

    aliran matapelajaran (T4-T5) sbp

    Sains Tulen

    BM

    BI

    Sejarah

    PendidikanIslam /

    PendidikanMoral

    Matematik

    MatematikTambahan

    Fizik

    Kimia

    Biologi

    Sains TulenAgama

    BM

    BI

    Sejarah

    Matematik

    Bahasa Arab

    Pendidikan Al-Quran danSunnah

    PendidikanSyariahIslamiah

    MatematikTambahan

    Fizik

    Kimia

    Biologi

    Sains Teknikal

    BM

    BI

    Sejarah

    PendidikanIslam /

    PendidikanMoral

    Matematik

    LukisanKejuruteraan

    TeknologiKejuruteraan/AsasKelestarianKejuruteraan*

    MatematikTambahan

    FizikKimia

    Agama Ikhtisas

    BM

    BI

    Sejarah

    Matematik

    Sains

    Bahasa ArabPendidikan Al-

    Quran danSunnah

    PendidikanSyariahIslamiah

    PrinsipPerakaunan

    Ekonomi Asas

    MatematikTambahan

    Sains Sosial

    BM

    BI

    Sejarah

    PendidikanIslam

    MatematikSains

    PrinsipPerakaunan

    Ekonomi Asas

    MatematikTambahan

    IntakeT42015