FAQ.doc - Pengurusan MOSTI.doc - use this · PDF file• CyberSAFE merupakan satu program...

7
FAQ Ransomware Bil. Soalan Maklumbalas 1 Apakah yang dimaksudkan dengan Ransomware? Ransomware adalah perisian jahat atau malicious software (malware) direka khas untuk menjangkiti sebuah sistem komputer atau peranti mudah alih tanpa pengetahuan pengguna. Perisian jahat ini dicipta untuk melaksanakan fungsi tertentu bergantung kepada matlamat penciptanya, antara fungsi perisian jahat termasuk mengintip dan mencuri data (cyber espionage), memeras ugut (ransomware), memadam data (angkara cecacing) dan menjejaskan sistem komputer. 2 Bila Ransomware mula diketahui? Ransomware adalah satu ancaman yang wujud seawal tahun 1986 dan ianya semakin berleluasa sebagai ancaman siber bermula tahun 2005. Ancaman Ransonware bukan suatu ancaman baharu dalam keselamatan siber. Ianya berevolusi sejajar dengan perkembangan bidang keselamatan siber yang semakin sofistikated saban hari. 3 Bagaimana serangan Ransomware berlaku? Modus Operandi Serangan Ransomware berlaku apabila penjenayah siber mengunci maklumat atau fail penting milik mangsa sebelum memeras ugut mangsa dengan sejumlah wang tebusan bagi membolehkan mangsa mengakses semula maklumat atau fail mereka.

Transcript of FAQ.doc - Pengurusan MOSTI.doc - use this · PDF file• CyberSAFE merupakan satu program...

Page 1: FAQ.doc - Pengurusan MOSTI.doc - use this · PDF file• CyberSAFE merupakan satu program khas yang dibangunkan untuk memberi pendidikan dan ... Dikeluarkan oleh Jabatan Outreach &

FAQRansomware Bil. Soalan Maklumbalas 1 Apakah yang dimaksudkan

dengan Ransomware?

• Ransomware adalah perisian jahat atau

malicious software (malware) direka khas untuk

menjangkiti sebuah sistem komputer atau

peranti mudah alih tanpa pengetahuan

pengguna. Perisian jahat ini dicipta untuk

melaksanakan fungsi tertentu bergantung

kepada matlamat penciptanya, antara fungsi

perisian jahat termasuk mengintip dan mencuri

data (cyber espionage), memeras ugut

(ransomware), memadam data (angkara

cecacing) dan menjejaskan sistem komputer.

2 Bila Ransomware mula diketahui?

• Ransomware adalah satu ancaman yang wujud

seawal tahun 1986 dan ianya semakin

berleluasa sebagai ancaman siber bermula

tahun 2005. Ancaman Ransonware bukan

suatu ancaman baharu dalam keselamatan

siber. Ianya berevolusi sejajar dengan

perkembangan bidang keselamatan siber yang

semakin sofistikated saban hari.

3 Bagaimana serangan

Ransomware berlaku?

– Modus Operandi

• Serangan Ransomware berlaku apabila

penjenayah siber mengunci maklumat atau fail

penting milik mangsa sebelum memeras ugut

mangsa dengan sejumlah wang tebusan bagi

membolehkan mangsa mengakses semula

maklumat atau fail mereka.

Page 2: FAQ.doc - Pengurusan MOSTI.doc - use this · PDF file• CyberSAFE merupakan satu program khas yang dibangunkan untuk memberi pendidikan dan ... Dikeluarkan oleh Jabatan Outreach &

4 Bagaimana kaedah ia merebak ke

dalam komputer?

• Umumnya, perisian jahat menjangkiti sistem

komputer melalui kaedah muat turun sesuatu

program atau aplikasi dari sumber yang diragui.

• Jangkitan perisian jahat ini berlaku jika

pengguna memetik (klik) pautan yang dihantar

bersama e-mel menerusi kaedah yang

dipanggil phishing iaitu suatu kaedah di mana

penjenayah siber melakukan penipuan untuk

mendapatkan maklumat sulit/sensitif seperti

nama pengguna, katalaluan dan butiran

kewangan dengan menyamar sebagai entiti

yang boleh dipercayai pengguna.

• Apabila mangsa memetik (klik) pautan tersebut,

malware akan menyelinap masuk dan

menjangkiti sistem computer. Ia akan mengunci

komputer dan juga menyulitkan (encrypt) fail

yang terdapat di dalam komputer berkenaan

menyebabkan akses kepada komputer serta

fail-fail didalamnya tidak dapat dicapai.

• Dalam situasi ancaman Ransomware,

penghantar Ransomware akan menakutkan

mangsa dan mewujudkan suasana panik

melalui mesej yang dipaparkan pada skrin

komputer mangsa yang telah dijangkiti

menyebabkan mangsa terus klik pada paparan

mesej tersebut untuk membayar wang tebusan

(ransom) yang diminta bagi mendapatkan

kembali maklumat serta fail-fail.

• Dalam isu serangan Ransomware

‘WannaCry’, ia dikatakan merebak dengan

cepat kerana jangkitan tersebut berlaku melalui

cecaing (worm) yang dihantar melalui spam e-

mel yang mempunyai pautan berbahaya

Page 3: FAQ.doc - Pengurusan MOSTI.doc - use this · PDF file• CyberSAFE merupakan satu program khas yang dibangunkan untuk memberi pendidikan dan ... Dikeluarkan oleh Jabatan Outreach &

(malicious links) dan juga melalui dokumen

Words, PDF atau fail lain yang disebarkan

melalui e-mel.

• Cecacing ini akan menular di dalam rangkaian

sistem komputer dengan sendiri berlainan

kaedahnya dengan jenis Ransomware lain

yang hanya akan bertindak setelah mendapat

arahan dari penjenayah siber yang dibuat

secara ‘remote’.

5 Berapakah jumlah wang tebusan

yang sering dituntut?

• Jumlah wang tebusan yang dituntut berbeza

mengikut jenis varian Ransomware di antara

$100 (USD) hingga $300 (USD) dan

adakalanya mencecah $20,000 (USD).

Kebanyakkan wang tebusan yang diminta

dibayar menggunakan mata wang Bitcoin.

6 Adakah wang tebusan perlu

dibayar oleh mangsa?

• Dinasihatkan agar mangsa tidak membuat

sebarang pembayaran wang tebusan kerana

jika pembayaran dibuat, maklumat atau fail

yang telah dikunci tidak mungkin dikembalikan.

Justeru, dinasihatkan agar semua pihak

mengambil langkah pencegahan bagi

mengelakkan dari menjadi mangsa.

7 Siapakah sasaran Ransomware?

• Ancaman Ransomware mensasarkan

organisasi (sama ada kerajaan atau syarikat

perniagaan) serta pengguna internet individu.

8 Apakah impak kepada organisasi

dan juga individu?

• Antara impak atau kesan dari serangan ini

adalah:-

i. kehilangan sementara atau kekal maklumat,

data sensitif/sulit atau data peribadi;

ii. gangguan kepada operasi sesebuah

Page 4: FAQ.doc - Pengurusan MOSTI.doc - use this · PDF file• CyberSAFE merupakan satu program khas yang dibangunkan untuk memberi pendidikan dan ... Dikeluarkan oleh Jabatan Outreach &

organisasi;

iii. kerugian kewangan yang terpaksa

ditanggung untuk memulihkan sistem dan

fail;

iv. impak kepada reputasi sesebuah organisasi

dan juga individu.

9 Difahamkan bahawa Ransomware

juga mempunyai pelbagai nama,

adakah cara ia menjangkiti

komputer mengunakan kaedah

sama?

• Ransomware wujud dalam variant yang

berbeza dan mempunyai pelbagai nama.

Antara yang biasa disebut ialah Cryptolocker,

Cryptowall, CBT Locker, Teslacrypt dan Locky.

10 Adakah CyberSecurity Malaysia

pernah menerima laporan

berkaitan serangan Ransomware?

• CyberSecurity Malaysia menerima laporan

mengenai Ransomware.

• Ransomware dikategorikan di bawah Malicious

Code atau Kod Berbahaya di dalam senarai

insiden keselamatan siber di CyberSecurity

Malaysia. Melalui Pusat Bantuan Cyber999,

CyberSecurity Malaysia menerima pelbagai

laporan dari pengguna Internet berhubung

Ransomware. Statistik adalah seperti berikut:-

Tempoh Jumlah Insiden

2015 92

2016 83

2017 (Jan – April) 44

11 Bagaimana hendak bezakan email

yang mempunyai malware dengan

yang tulen?

• E-mel yang tulen pada kebiasaanya tidak

mengandungi lampiran malware dan

kandungan e-mel tidak berbentuk spam.

• Adalah dinasihatkan agar pengguna internet

membuat imbasan (scan) terhadap e-mel yang

diterima dengan menggunakan perisian anti-

virus terkini untuk mengesahkan ketulenan e-

Page 5: FAQ.doc - Pengurusan MOSTI.doc - use this · PDF file• CyberSAFE merupakan satu program khas yang dibangunkan untuk memberi pendidikan dan ... Dikeluarkan oleh Jabatan Outreach &

mel tersebut dan lampiran yang dihantar.

12 Apakah jenis komputer/perisian

yang senang dicerobohi oleh

malware begini?

• Komputer atau perisian Windows yang tidak

dikemaskini dengan patch terkini adalah antara

gajet yang mudah terdedah untuk dijangkiti

oleh malware. Oleh itu pengguna perlu sentiasa

mengemaskini komputer/perisian mereka dari

masa ke semasa.

13 Apakah nasihat kepada pengguna

internet (individu) dan juga

pentadbir rangkaian sistem

komputer untuk menghindar dari

menjadi mangsa Ransomware?

• Dinasihatkan agar pengguna internet dan

pentadbir sistem komuter mengambil langkah-

langkah berikut bagi tujuan melindungi dan

mencegah jangkitan Ransomware:-

i. Pastikan pengguna untuk membuat pautan

yang telah dikeluarkan oleh Microsoft:

o Newer Windows Version (Windows

Vista, 7-10, Windows Server 2008-

2016) pautan keselamatan MS17-

010

o Older Windows (Windows XP dan

Windows 2003) pautan ada

dikeluarkan oleh Microsoft pada

baru-baru ini.

ii. Lakukan backups secara berkala ke atas

semua maklumat kritikal bagi

mengurangkan kesan kepada data serta

sistem hilang, di samping dapat membantu

proses pemulihan. Adalah lebih baik

sekiranya data disimpan di dalam device

yang berasingan dan backups disimpan

secara offline;

iii. Sentiasa kemaskini perisian anti-virus yang

terkini;

iv. Pastikan sistem operasi komputer dan

perisian dikemaskini dengan patch terkini;

Page 6: FAQ.doc - Pengurusan MOSTI.doc - use this · PDF file• CyberSAFE merupakan satu program khas yang dibangunkan untuk memberi pendidikan dan ... Dikeluarkan oleh Jabatan Outreach &

v. Jangan ikuti pautan web dalam emel yang

tidak diminta;

vi. Berhati-hati apabila membuka lampiran

pada emel;

vii. Ikut amalan terbaik dan selamat semasa

menyemak imbas web.

14 Apakah inisiatif yang diambil oleh

CyberSecurity Malaysia dalam

menangani isu Ransonware?

• CyberSecurity Malaysia mengadakan pelbagai

program kesedaran keselamatan siber sama

ada secara persendirian atau dengan

kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain di

bawah inisitiaf CyberSAFE (www.cybersafe.my)

• CyberSAFE merupakan satu program khas

yang dibangunkan untuk memberi pendidikan

dan pendedahan kepada pengguna internet

mengenai informasi dan maklumat berkaitan

keselamatan siber serta penggunaan internet

secara positif dan beretika.

• Dari segi teknikal, CyberSecurity Malaysia

mengeluarkan hebahan berbentuk advisory

alert melalui laman web korporat di bawah

MyCERT (Pasukan Tindak Balas Kecemasan

Komputer Malaysia).

• Selain itu, CyberSecurity Malaysia sentiasa

bersedia untuk memberi sokongan dan bantuan

teknikal kepada semua pihak serta

menyediakan perkhidmatan latihan dalam

pengurusan krisis siber Negara.

• Dalam insiden Ransomware ‘WannaCry’,

CyberSecurity Malaysia telah mengeluarkan

tatacara serta nasihat kepada pentadbir sistem

rangkaian komputer agar melakukan patching

(tampungan) terhadap sistem rangkaian

komputer mereka.

Page 7: FAQ.doc - Pengurusan MOSTI.doc - use this · PDF file• CyberSAFE merupakan satu program khas yang dibangunkan untuk memberi pendidikan dan ... Dikeluarkan oleh Jabatan Outreach &

15 Apakah langkah yang perlu

diambil apabila terkena serangan

atau jangkitan Ransomware?

• Disarankan agar mangsa membuat laporan

kepada Pusat Bantuan Cyber999,

CyberSecurity Malaysia melalui saluran

berikut:-

o E-mel: [email protected] or

[email protected]

o Phone: 1-300-88-2999 (monitored

during business hours)

o Fax : +603 89453442

o Mobile: +60 19 2665850 (24x7 call

incident reporting)

o SMS : CYBER999 REPORT EMAIL COMPLAINT to 15888

~ Tamat ~

Dikeluarkan oleh Jabatan Outreach & Komunikasi Korporat, CyberSecurity Malaysia