FCE 3400 TEKNOLOGI PENDIDIKAN PERINCIAN · PDF filemenggunakan papan tulis atau lain-lain...

5
FCE 3400 TEKNOLOGI PENDIDIKAN PERINCIAN TUGASAN KUMPULAN SENARIO (BOLEH SESUAIKAN IKUT PROGRAM PELAJAR) Anda merupakan seorang guru baru di sebuah sekolah yang terpencil, tetapi mempunyai segala kemudahan asas seperti bekalan elektrik, telefon dan air. Majoriti pelajar berasal daripada keluarga yang berpendapatan sederhana. Pengetua sekolah memaklumkan kepada anda bahawa para pelajar agak kurang berminat dengan mata pelajaran yg anda ajari . Pencapaian para pelajar untuk mata pelajaran tersebut dalam peperiksaan juga amat mengecewakan, yang mana peratus calon yang lulus tidak sampai 50%. Justeru, anda sebagai seorang guru yang amat berdedikasi dalam mendidik anak bangsa, mengambil keputusan untuk berusaha menarik minat serta memupuk perasaan sukakan mata pelajaran tersebut melalui penggunaan pelbagai media pengajaran dalam bilik darjah. Antara media pengajaran yang anda rasakan paling sesuai digunakan ialah bahan pameran, bahan manipulatif dan Pakej Pengajaran Berasaskan Komputer (PPBK). TUGASAN Berdasarkan senario di atas, setiap kumpulan dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran lengkap yang mengintegrasikan penggunaan sekurang-kurangnya tiga jenis media pengajaran iaitu (i) bahan pameran, (ii) bahan manipulatif dan (iii) Pakej Pengajaran Berasaskan Komputer (PPBK). Setiap kumpulan dikehendaki mengadakan satu sesi pengajaran selama 15 20 minit yang mengintegrasikan 3 jenis media pengajaran yang dihasilkan. Pengajaran ini perlu dirakam dalam bentuk CD dan dihantar sebagai sebahagian daripada tugasan. Semasa pembentangan kumpulan anda boleh juga menggunakan papan tulis atau lain-lain media pengajaran sekiranya perlu. Semua tugasan (bahan pameran, bahan manipulatif & PPBK) perlu dihantar secara serentak pada masa yang ditetapkan (pada minggu ke 12). Selain itu, setiap kumpulan perlu menghasilkan satu laporan berkaitan tugasan projek integrasi teknologi berdasarkan format yang disediakan. PERINCIAN PENILAIAN TUGASAN PROJEK INTEGRASI TEKNOLOGI 1. Rancangan pengajaran (5%) 2. Bahan pameran (10%) 3. Bahan manipulatif (10%) 4. PPBK (15%) 5. Pembentangan projek (10%) (CD) 6. Laporan Projek Integrasi Teknologi (10%)

Transcript of FCE 3400 TEKNOLOGI PENDIDIKAN PERINCIAN · PDF filemenggunakan papan tulis atau lain-lain...

Page 1: FCE 3400 TEKNOLOGI PENDIDIKAN PERINCIAN · PDF filemenggunakan papan tulis atau lain-lain media pengajaran sekiranya perlu. ... Bahan pameran ini mengandungi elemen visual ... Kualiti

FCE 3400 TEKNOLOGI PENDIDIKAN

PERINCIAN TUGASAN KUMPULAN

SENARIO (BOLEH SESUAIKAN IKUT PROGRAM PELAJAR)

Anda merupakan seorang guru baru di sebuah sekolah yang terpencil, tetapi mempunyai

segala kemudahan asas seperti bekalan elektrik, telefon dan air. Majoriti pelajar berasal

daripada keluarga yang berpendapatan sederhana. Pengetua sekolah memaklumkan

kepada anda bahawa para pelajar agak kurang berminat dengan mata pelajaran yg anda

ajari . Pencapaian para pelajar untuk mata pelajaran tersebut dalam peperiksaan juga

amat mengecewakan, yang mana peratus calon yang lulus tidak sampai 50%. Justeru,

anda sebagai seorang guru yang amat berdedikasi dalam mendidik anak bangsa,

mengambil keputusan untuk berusaha menarik minat serta memupuk perasaan sukakan

mata pelajaran tersebut melalui penggunaan pelbagai media pengajaran dalam bilik

darjah. Antara media pengajaran yang anda rasakan paling sesuai digunakan ialah bahan

pameran, bahan manipulatif dan Pakej Pengajaran Berasaskan Komputer (PPBK).

TUGASAN

Berdasarkan senario di atas, setiap kumpulan dikehendaki menyediakan satu rancangan

pengajaran lengkap yang mengintegrasikan penggunaan sekurang-kurangnya tiga jenis

media pengajaran iaitu (i) bahan pameran, (ii) bahan manipulatif dan (iii) Pakej

Pengajaran Berasaskan Komputer (PPBK). Setiap kumpulan dikehendaki mengadakan

satu sesi pengajaran selama 15 – 20 minit yang mengintegrasikan 3 jenis media

pengajaran yang dihasilkan. Pengajaran ini perlu dirakam dalam bentuk CD dan dihantar

sebagai sebahagian daripada tugasan. Semasa pembentangan kumpulan anda boleh juga

menggunakan papan tulis atau lain-lain media pengajaran sekiranya perlu. Semua

tugasan (bahan pameran, bahan manipulatif & PPBK) perlu dihantar secara serentak pada

masa yang ditetapkan (pada minggu ke 12).

Selain itu, setiap kumpulan perlu menghasilkan satu laporan berkaitan tugasan projek

integrasi teknologi berdasarkan format yang disediakan.

PERINCIAN PENILAIAN TUGASAN PROJEK INTEGRASI TEKNOLOGI

1. Rancangan pengajaran (5%)

2. Bahan pameran (10%)

3. Bahan manipulatif (10%)

4. PPBK (15%)

5. Pembentangan projek (10%) (CD)

6. Laporan Projek Integrasi Teknologi (10%)

Page 2: FCE 3400 TEKNOLOGI PENDIDIKAN PERINCIAN · PDF filemenggunakan papan tulis atau lain-lain media pengajaran sekiranya perlu. ... Bahan pameran ini mengandungi elemen visual ... Kualiti

2

1. Rancangan Pengajaran (5%)

Konsep

Menyediakan satu rancangan pengajaran lengkap yang mengintegrasikan penggunaan

sekurang-kurangnya tiga jenis media pengajaran iaitu bahan pameran, bahan

manipulatif dan PPBK. Rancangan pengajaran ini meliputi aspek-aspek induksi set,

perkembangan, kesimpulan dan penutup.

Syarat

(i) Mata pelajaran serta topik yang dipilih adalah berdasarkan major atau minor

ahli kumpulan.

(ii) Kumpulan sasaran dan hasil pembelajaran dinyatakan dengan jelas.

(iii) Jenis media pengajaran yang diintegrasikan dinyatakan.

(iv) Guna format rancangan pengajaran yang diberikan.

(v) Ditaip guna fon 12, Times New Roman, format Landscape.

(vi) Maklumat ahli kumpulan dinyatakan pada muka surat hadapan

a. Nama, nombor matrik, semester dan program pengajian

b. Kumpulan amali

(vii) Rancangan pengajaran dipersembahkan pada waktu amali yang ditetapkan.

2. Bahan Pameran (10%)

Konsep

Menyediakan satu bahan pameran yang akan digunakan sebagai salah satu media

pengajaran dalam pengajaran anda. Bahan pameran ini mengandungi elemen visual

(yang sebahagian besarnya terdiri daripada gambar foto) dan teks. Anda boleh

memilih untuk menghasilkan sebuah CARTA atau BUKU SKRAP.

Syarat Bagi Carta

(i) Setiap kumpulan perlu menyediakan sekeping carta atau poster menurut

syarat-syarat yang ditetapkan.

(ii) Carta perlu disediakan di atas mounting board berukuran lebih kurang 75 cm

x 50.5 cm. Saiz ini boleh diubah jika ia dikehendaki oleh objektif pengajaran

anda. Anda juga bebas memilih format membujur atau menegak. Anda juga

dibenarkan untuk membentuk carta anda dalam bentuk lain seperti tiga segi,

bulat, bujur dan sebagainya.

(iii) Tajuk carta adalah berkaitan dengan topik pengajaran yang diajar.

(iv) Gambar foto menjadi bahan utama penghasilan carta atau poster ini. Anda

boleh menggunakan kamera SLR atau kamera jenis lain spt, digital, compact

atau Polaroid bagi menghasilkan visual tertentu.

(v) Tampalkan maklumat kumpulan anda pada bahagian belakang carta.

(vi) Hantar carta pada waktu amali yang ditetapkan.

Page 3: FCE 3400 TEKNOLOGI PENDIDIKAN PERINCIAN · PDF filemenggunakan papan tulis atau lain-lain media pengajaran sekiranya perlu. ... Bahan pameran ini mengandungi elemen visual ... Kualiti

3

Syarat Bagi Buku Skrap

(i) Unsur penceritaan, penerangan, prosidur atau lain-lain boleh digunakan dalam

pembinaan buku skrap.

(ii) Sediakan 10 muka surat saiz A4. Ini tidak termasuk kulit depan dan belakang,

isi kandungan dan maklumat kumpulan anda.

(iii) Semua syarat lain sama dengan carta.

Penilaian

Carta atau buku skrap berdasarkan:

1. Kesesuaian dengan objektif dan kumpulan sasaran (3 markah).

2. Kualiti visual (4 markah).

3. Penggunaan carta/ buku skrap dalam pengajaran (3 markah).

3. Bahan manipulatif (10%)

Konsep

Menyediakan bahan manipulatif (contoh transparensi) yang sesuai sebagai salah

satu media pengajaran dalam pengajaran anda di bilik darjah. Bahan tersebut perlu

ditayangkan menggunakan projektor overhead/ IEE scanner. Penyediaan dan teknik

persembahan bergantung kepada keperluan pengajaran anda.

Syarat

(i) Setiap kumpulan perlu menyediakan satu bahan manipulatif yang boleh

digunakan untuk pengajaran di bilik darjah.

(ii) Bahan manipulatif yang digunakan adalah berkaitan dengan tajuk pengajaran

yang diajar.

(iii) Nyatakan maklumat ahli kumpulan.

(iv) Hantar tugasan pada waktu amali yang ditetapkan.

Penilaian

Bahan manipulatif:

1. Kesesuaianya dengan objektif dan kumpulan sasaran (3 markah)

2. Kualiti visual (4 markah)

3. Penggunaan bahan manipulatif dalam pengajaran (3 markah)

Page 4: FCE 3400 TEKNOLOGI PENDIDIKAN PERINCIAN · PDF filemenggunakan papan tulis atau lain-lain media pengajaran sekiranya perlu. ... Bahan pameran ini mengandungi elemen visual ... Kualiti

4

4. Pakej Pengajaran Berasaskan Komputer (15%)

Konsep

Menyediakan Pakej Pengajaran Berasaskan Komputer (PPBK) menggunakan

perisian persembahan seperti PowerPoint. Pakej perlu mengandungi manual

penggguna yang mengandungi maklumat seperti objektif pengajaran, deskripsi

kumpulan sasaran, sinopsis, arahan-arahan khusus menggunakan pakej, cadangan

aktiviti pembelajaran dan aktiviti susulan.

Syarat

(i) Setiap kumpulan perlu menyediakan PPBK menurut syarat-syarat yang

ditetapkan.

(ii) Tajuk slaid mesti mempunyai perkaitan dengan tajuk pengajaran anda.

(iii) 15 slaid yang lengkap dengan kesan bunyi, rakaman suara (penceritaan) dan

lain-lain kesan (effect) yang sesuai.

(iv) Majoriti imej untuk slaid dihasilkan sendiri menggunakan kamera digital.

(v) Kad cerita.

(vi) Manual Panduan Pengguna.

(vii) Hantar dan persembah tugasan PPBK pada waktu amali yang ditetapkan.

Penilaian

PPBK berdasarkan:

1. Kesesuaian dengan objektif dan kumpulan sasaran (3 markah)

2. Kualiti visual dan audio (5 markah)

3. Penggunaan PPBK dalam pengajaran (5 markah)

4. Penghantaran bahan - Slaid lengkap dalam CD, kad cerita, Manual Panduan

Pengguna. (2 markah)

5. Pembentangan Projek (10%) (Rakaman video dalam bentuk CD)

Penilaian pembentangan berdasarkan:

1. Isi pengajaran (2 markah)

2. Gaya persembahan (3 markah)

3. Integrasi media pengajaran (5 markah)

Page 5: FCE 3400 TEKNOLOGI PENDIDIKAN PERINCIAN · PDF filemenggunakan papan tulis atau lain-lain media pengajaran sekiranya perlu. ... Bahan pameran ini mengandungi elemen visual ... Kualiti

5

(B) LAPORAN PROJEK INTEGRASI MEDIA PENGAJARAN (10%)

Setiap kumpulan diperlukan menulis satu laporan berkaitan dengan pelaksanaan tugasan

projek integrasi media pengajaran daripada pelbagai aspek khususnya (a) proses

perancangan dan pelaksanaan, (b) tarikh serta keputusan mesyuarat, (c) pengagihan kerja

bagi setiap ahli kumpulan, (d) masalah yang dihadapi serta penyelesaian, (e) refleksi dan

(f) kesimpulan.

Format Laporan

1. Fon 12 Times New Roman, double spacing

2. Panjang laporan maksimum 10 muka surat (tidak termasuk muka surat hadapan)

3. Muka surat hadapan - sertakan nama ketua serta ahli kumpulan, no. matrik dan

program

- daftar isi kandungan & muka surat

4. Hantar pada waktu amali yang ditetapkan

Penilaian laporan berdasarkan:

1. Isi Laporan (5 markah)

2. Organisasi Laporan (2 markah)

3. Kerja Berpasukan (3 markah)