Strategi Lain

download Strategi Lain

of 20

description

dw vAW

Transcript of Strategi Lain

USAHA-USAHA MEMPERKUKUH PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA USAHA-USAHA MEMPERKUKUH PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA

Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidupbagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawarambut sama hitam, hati lain-lain, namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakniBersekutu Bertambah Mutuuntuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di Malaysia seyogianya menjadi kebanggaan Negara kita.

Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi keranatak kenal maka tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawabulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; perpaduan merupakan kekuatan negara. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa jika kita mengamalkan prinsipberat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama.

Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikapbuang yang keruh , ambil yang jernihternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.

Seterusnya, pihak kerajaan sentiasamembuat anjakan paradigmademi memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia. Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat mendengarrintihan hatirakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai agen perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum.

Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaa . Dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah keranamelentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak kecil.

Tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat berkembang maju dengan lebih lancar bawah dasar1Malaysiayang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasake bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan kaum. Ingatlah wahai rakyatku bahawa semangat perpaduan harus disemai dan diingati sampai bila-bila agarWawasan 2020 menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata.

Oleh;Tai Wen Liang,SMK USJ12http://jombelajar-skfskf.blogspot.com/2011/01/usaha-usaha-memperkukuh-perpaduan-kaum.htmlusaha & strategi yg diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan & integrasi negara

PENGENALAN

Malaysiasebuahnegarayangmempunyaimasyarakatnyayangberbilang-bangsadanmajmukdan terunggul dimana dunia. Disebabkanmasyarakat berbilang bangsa, masalah perpaduan dan integrasi merupakan satu masalah besar. Perubahan yang wujud di antara kaum dari segi pemikiran, tingkah laku telah menimbulkan pertelingkahanatauketegangandalamnegara.Inidapat di lihat melalui peristiwa 13Mei1969 yang mengugat keselamatandan keharmoniannegara. Selepastragediini,sedarbahawa perpaduan tidakdapatdicapai secara semulajadidan telah mengaturpelbagai langkah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat. Perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang berkait rapat dan digunakanbersilih-ganti. Namun demikian, perpaduan danintegrasi merujuk kepada dua proses yang berbeza. Perpaduan negara ialah satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagaisatu bangsayang bersatudengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Manakala integrasi nasional merupakan satu proses dinamik yang merapatkan masyarakat negeri-negeridalam masyarakat bagimembentuk satubangsaMalaysia yang mempunyai identitinyasendiriberteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Pada masa kini ramai yang prihatin terhadap perpaduan dan integrasi nasional.DalambukuMalaysiaKitaintegrasi nasional bermaksudproses penyatu padukanberbagai-bagaikumpulanyangmempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identity nasional. Disamping itu, terdapat juga pendapat lain yang mengatakan integrasi nasionalsebagaisatu bentuk integrasisosial bersama dengan mengetepikan perbezaan-perbezaan besar tetapi dalam masa yang sama tidak menghilangkan identitiasasmasing-masing.Sarjanatempatan HajiIshakbinSaatdalam bukunya SejarahSosialMasyarakatMalaysiaintegrasilebih merupakan penerapanciri-ciriluaratau ciri-ciri budayakaum lainkedalam sesuatubudayahinggaciri-ciriitu dapat disebatikan denganbudayayang menerimanya.

2. USAHA DAN STRATEGI KERAJAANEkoran dari peristiwa 13 Mei 1969 iaitu rusuhan kaum yang menjadi titik hitam negara, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah ataudasar sosial,ekonomidanpolitikkearahpewujudandan pengukuhan perpaduan dan integrasi nasional. Usaha yang diambil oleh kerajaan telah memberi kesedaran diantaramasyarakat tentang kepentinganperpaduandanintegrasinasional. Proses pemantapan perpaduan serta integrasi nasional yang dilaksanakan oleh kerajaan meliputi pelbagai bidang, di antaranya ialah:

2.1 RUKUNEGARARukunegaramerupakandokumenawalyangmenanamkansemangat kesetiaan, kesopanan dan kesusilaan bagi mewujudkan pelbagai kaum. Menurut Tengku Anuardalam bukunya Pengetahuan KenegaraanMalaysia mengatakan rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang bertujuan untuk menyatukan fikiran, pendapat danperasaanrakyattanpamengiraperbezaanyang berdasarkan asalketurunan,bahasa, agama danbudaya. Tercetusnyamasalah perpaduan pada 13 Mei 1969 telah mendesak kerajaan menjalankan dasar yang lebih tegas. Rukunegara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 dan digubal oleh Majlis Perundangan Negara untuk memupuk integrasi nasional. Secara terperinci, objektif rukunegara diperkenalkanadalah untuk mencapai perpaduan yang lebiherat dikalangan masyarakatiaitu menghapuskanperasaankedaerahandanperkauman. Seterusnyaialah membentuk sebuah negara yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama, memelihara dan mengekalkan prinsipdemokrasi,membentuksebuah masyarakat Malaysia yang liberal dan membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Rukunegara melaksanakan dasar dan garispanduansupayaprosesperpaduandapatdipercepatkan.Iajuga menggariskan prinsip-prinsip yang harus diikuti dan diamalkan oleh rakyat. Tidak dilupakan ia menyedarkan rakyat tentang kesan buruk yang menimpa Negara akibat tragedi tersebut. Rukunegara membolehkanrakyat mengamalkantoleransi dan tatasusila yang mulia.

2.2 WAWASAN 2020Wawasan 2020 satu pandangan jauh yang diasaskan oleh bekas mantan PerdanaMenteri kita, Dato Sri Dr. Mahathir bin Mohamad. Wawasan 2020 termaktub dalamcabaranpertamabagimembentuksatu BangsaMalaysiayang bersatu-padusertamenyanjung masahadapan yangdikongsi bersama. Sebenar nya Wawasan 2020 bukan satu dasar tetapi satu tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan 2020berobjektifuntuk membentuk sebuahnegarayangbenar-benar maju menjelang tahun 2020 bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi merangkumi segala aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Terdapat sembilan cabaran yang perlu ditangani oleh semua pihak untuk mencapai wawasan 2020. Antaranya ialah:Cabaran pertamaialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuh- nya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.Cabaran keduaialah cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.Cabaran ketigayang sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.Cabaran Keempatialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi.Cabaran kelimayang selalu kita alami adalah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.Cabaran Keenamialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.Cabaran ketujuhuntuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.Cabaran Kelapanialah cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.Cabaran kesembilanialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

2.3 DASAR EKONOMI BARU (DEB)DasarEkonomiBarudiperkenalkanpadatahun1970hingga1990 sebagaitindakbalas kepada peristiwa 13Mei1969,rusuhankaumyang dikatakan terjadi kerana jurang perbezaan dari segi ekonomi. Dasar ini digubal untukmencapaiperpaduannegaramelaluipenghapusankemiskinandan struktur sosio-politik dan ekonomi masyarakat yang tidak seimbang. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Strategi serampang dua mata diperkenalkan iaitu mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkanpendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; mempercepatkan proses penyusunan semulamasyarakat Malaysia untukmemperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Peranan dan penyertaan kerajaan dalam kegiatan pembangunan ekonomi negara melalui DEB amat jelas dimana DEB dijalankan bagi mencapai matlamat mengimbangi perbezaan kedudukan ekonomi antara kaum DEB dan secara jelas menetapkan kadar kuantitatif minimum 30 peratus sebagai matlamat pekuiti di sektor korporat dan dalam penyusunan semula guna tenaga supaya mencerminkan komposisi penduduk. Berbagai usaha yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah sosial ekonomi dan pelan pembangunan telah dirangka supaya dapat mengatasi beberapa masalah.Antaranya ialah:

Mewujudkan peluang pekerjaan

Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di antara kaum dan di antarakawasan bandar dan luar bandar.

Memodenkan kehidupan di luar bandar

Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputra.

Memperbaiki taraf dan kualitihidup rakyat.

Meningkatkan kemudahan infrastruktur

Pada pandangan saya, DEB perlu dipertahankan oleh kerajaan demi menjamin kaum bumiputera mendapat pembelaan yang sepatutnya. DEBadalah satu dasaryang masih releven dan harus dipertahankan, cuma cara pelaksanaannya perlu diperbaiki agar bersesuaian dengan cabaransemasa. Melalui pegangan ekonomi yang kukuh, kaum bumiputera dapat bersaing dengan kaum lain. DEB perlu mensasarkan golongan peringkat bawahan seperti golongan petani dannelayan agar turut merasai limpahan ekonomi negara. Bagi golongan atasan kaumbumiputera, mereka perlu bersaing secara adil bersama kaum bukan bumiputerabagi mendapat syer di dalam pasaran. DEBmasih releven.

2.4 DASARPEMBANGUNAN NASIONALSelepasDasarEkonomiBaruberakhir,DasarPembangunanNasional telah dilancarkan pada 17 Jun 1991 hingga 2000 oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dasar Pembangunan Nasional juga berfokus kepada perpaduan negara seperti Dasar Ekonomi Baru kerana masyarakat yang bersatu-padu penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yangberterusan. Salahsatu daripada DasarPembangunanNasionaladalah menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasionaldengan mengurangkanjurang ketidak-seimbangan ekonomi berasaskan prinsippembangunanseimbangdanpengagihanyangsaksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

2.5 DASARKEBUDAYAAN KEBANGSAANPengaruh kebudayaan amat penting dalam memupuk dan mewujudkan perpaduan negara. Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan sebagai satu langkah untuk mencapai integrasi nasional. Terdapat tiga ciri utama dalam DasarKebudayaan Kebangsaan iaitu:

i.Kebudayaankebangsaannegaramestilahberasaskankepadakebudayaan penduduk asal atau asli atau peribumi negara ini.

ii.Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai, wajar dan munusabah diterima dan digabungkan dalam kebudayaan kebangsaan.iii.Islamakanmenjadiunsurpentingdalampembentukkan kebudayaan kebangsaan. Padaawalnya, komponen kebudayaankebangsaanmerujukkepada aspek-aspek kesenian dan pakaian. Malah kebudayaan kebangsaan tidak hanya penyataan-penyataan artistikdan simbolik (kesenian danpakaian) tetapi bahasa serta norma dan nilai. Dari segi bahasa, dalam kebudayaan kebangsaan Bahasa Melayu / Malaysia dijadikan bahasa pengantar dan digunakan secara meluas. Normadannilaipelbagai etnik sepertiCinadanIndiaditerapkankedalam kebudayaan kebangsaan dan ini telah menjadi nilai sejagat yang positif yang boleh mewujudkan kesatuan dan kesetiaan kepada negara. Penerimaan unsur-unsur kebudayaan lain telah membolehkan wujudnya perpaduan serta integrasi nasional.

2.6 DASARPENDIDIKAN KEBANGSAANDasar adalah fundamental bagi sesuatu perkara. Namun apabila kita membicarakan tentang Dasar Pendidikan Malaysia, frasa dasar tidak lagi hanya membawa makna asas, tapak atau falsafah semata-mata. Sebaliknya, dasar di sini membawa makna yang lebih luas dan holistik. Hal-hal yang berkaitan dengan dasar yang lahir daripada Penyata Razak (1956) dan Ordinan Pelajaran 1957 ini telah mengalami pelbagai revolusi dan penambahbaikan setelah melalui beberapa era pasca-merdeka. Cabaran atau tuntutan semasa yang semakin kompleks menyebabkan wujud respons dinamik pada Dasar Pendidikan Kebangsaan.Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, generasi yang mahu dihasilkan daripada sistem pendidikan negara adalah generasi bersatu-padu yang seimbang dan harmonis daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Nilai-nilai murni dan integriti cuba disemai, kemahiran cuba dicanai agar mendatangkan keupayaan dalam diri para pelajar untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan ke arah kemakmuran dan keharmonian masyarakat dan negara. Beberapa strategi pelaksanaan telah dikenal pasti dan dijalankan bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini diwujudkan. Pada awalnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan lebih menumpukan kepada pemupukan perpaduan inter-kaum di Malaysia.

3. BENTUK HALANGAN DAN CARAMENGATASINYA3.1 Halangan Yang Wujud

3.1.1 DASAR PECAH DAN PERINTAH

Sejakawallagi,menjadidasarInggerisyangtersiratbahawamerekaperlu mengekalkan hubungan baik dengangolonganistanadan aristokratMelayudengan cara mengekalkan institusi tradisional dan seboleh-bolehnya menggelakkan gangguan ke atas fungsi,struktur sosial dancara hidupBumiputera. Olehitu penduduk Bumiputera tidakdiberi peluang dalam perkembangan ekonomi eksport, sebaliknya keutamaan diberikan kepadagolonganimigran. Inidibuktikandaripada pengimportan buruh asinguntukmengisi keperluan tenaga buruh.Kerajaan kolonial Inggeris telah mentadbir penduduk Bumiputera dan imigran secaraberasingan. Dasarinidikenalisebagai sistem `Pecahdan Perintah (Divide and Rule) satu kaedah imperialisme penjajah Eropah yang digunakan di tanahjajahan untuk `melemahkanBumiputeradanpadamasayangsamamemberikan keutamaan kepada kaum imigran dan sekaligus memisahkan mereka daripada pendudukBumiputera. Golongan imigrandibiarkan mengekalkan identiti danbudaya masing masingdantidak digalakkan berhubung secara langsung dengankaumBumiputera. Merekadiberikesempatan dankemudahanuntuk terlibat dalam per kembangan perusahaan bijih, getah dan aktiviti perniagaan. Penduduk Bumiputera sebaliknya disisih dari corak kegiatan ekonomi komersial yang diwujudkan. Kaum bumiputera, walaupun tidak ditindas secarakekerasansepertiyangdilakukanolehpenjajahBelandadi Indonesia ataupun penjajah Sepanyol di Filipina, mereka tetap mahu dikekalkan dengan cara hidup tradisi mereka-menjadi petani sara-diri atau nelayan miskin. Dengan cara inipihak Inggeris berharap dapat membentuk keadaan yang stabil dan terus menjajah negara.

Kesanpengamalandasar`PecahdanPerintahInggerispadazamansebelum merdeka.i.Terlepasnya penguasaan para pembesar Melayu terhadap perusahaan melombongbijih.ii.Pengabaian bidang pertanian kecil-kecilan seperti tanaman padi yang melibatkanpenduduk Bumiputera.iii.Proses pembandaran terjadi di pusat-pusat tumpuan aktiviti ekonomi eksport.iv.Di pusat aktiviti ekonomi eksport seperti lombong bijihdan ladang getah telah wujud kelas buruh dan pekerja yang kebanyakkanya orang Cina dan India.v.Darisegisosial,kedatanganimigranCinadanIndiayangmelimpah-limpah menjelangawalabadke-20,telahmenimbulkanfenomenaasingdalam masyarakat tempatan. Masalah sosial seperti aktiviti kongsi gelap, pelacuran danpenagihan candu banyak berlaku.vi.Orang Melayukehilangan tanah akibat tarikan terhadap tanaman getah,yang menyebabkan penjualandanpindahmiliktanahberleluasakepadapengusaha ladang asing.vii.Bumiputera kekal sebagai petani dan nelayan akibat dasar Inggeris dalam bidangpelajaran.

3.1.2 PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN

Sebab sistem pendidikan kolonial ini memberikan kesan negatif kepada hubungan etnik kerana beberapa sebab yang telah dikenal pasti iaitu satu agen pembekuan yang mengongkong pertumbuhan idea masyarakat untuk mengetahui sesuatu ilmu. Kesan negatifnya pula dapat dilihat dari dari pelbagai sudut iaitu dari segi politik, undang-undang, pendidikan, ekonomi, pemikiran dan lain-lain. Semasa zaman pemerintahan British, masyarakat Tanah Melayu terpinggir dari arus pembangunan ekonomi, politik dan sosial serta ketinggalan dalam arus pendidikan.Pada zaman penjajahan Inggeris berbagai jenis sekolah yang telah diwujudkan seperti sekolah Melayu, sekolah Agama, sekolah Cina, dan sekolah Tamil telah menjadi pemisah yang besar kepada hubungan etnik di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana setiap sekolah tersebut khusus untuk kaum tertentu sahaja. Beliau menegaskan yang situasi begini merupakan penyebab utama kanak-kanak Melayu, Cina, dan India sukar bergaul antara satu dengan yang lain. Tanpa pergaulan dan persefahaman, perpaduan kaum tidak mungkin akan tercapai jika sistem pendidikan kolonial ini terus dikekalkan. Ketiga -tiga kaum iaitu orang Melayu, Cina dan India hanya berkesempatan bergauljika mereka belajar di sekolah Inggeris yang terdapat di bandar-bandar sahaja. Walau bagaimanapun sekolah ini hanyalah lebih kepada orang Cina dan India sahaja dan mengenetepikan peluang bagi anak-anak orang Melayu yang tinggal di desa.Sekolah begini juga tidak ada dasar tentang bahasa pengantar yang tunggal. Sekolah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris, sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu, sekolah Agama menggunakan bahasa Arab di samping bahasa Melayu, sekolah Cina pula menggunakan bahasa Cina dan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil. Natijahnya, telah mewujudkan kompenan-kompenan masyarakat yang berasingan tapi berdampingan. Tambahan juga kemunculan kota-kota kolonial ini yang menerapkan kepentingan sesuatu kaum tertentu.Disebabkan setiap jenis sekolah khusus untuk kaum tertentu, maka sekolah-sekolah itu terpisah diantara satu dengan yang lain. Mengikut kedudukan geografinya serta taburan penduduk kita dapat mengetahui yang kebanyakannya sekolah Melayu telah ditubuhkan di desa kerana adalah dasar British untuk mengekalkan orang Melayu di kampung kerana orang Inggeris menganggap orang Melayu pemalas dan tidak mahu melakukan kerja. Sekolah Cina pula terdapat di kawasan perlombongan, perniagaan dan perindustrian kerana sebilangan besar orang Cina bergiat di bidang-bidang tersebut pada zaman kolonial. Manakala sekolah Tamil pula terdapat di kawasan ladang getah kerana penoreh getah merupakan pekerjaan utama mereka apabila mereka sampai di Tanah Melayu.Kurikulum bagi kelima-lima jenis sekolah ini adalah berbeza dan tidak sehala. Masing-masing mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Inggeris mengikut corak kurikulum dan sukatan pelajaran serta buku-buku teks yang digunakan oleh kanak-kanak di England.Sekolah Melayu menitik beratkan kemahiran membaca, menulis dan mengira selain diajar pertukangan tangan tradisi. Sekolah Cina dan India mengikut corak kurikulum yang ada di Negara China dan India,bahkan untuk sekolah Cina, guru-guru juga didatangkan dari negara asal mereka. Sekolah agama dan madrasah pula menggunakan bahan bacaan dan buku teks serta sukatan pelajaran yang diubahsuaikan daripada amalan di sekolah Timur Tengah dan diajar oleh guru-guru yang terlatih diTanah Arab. Hubungan etnik pada zaman kolonial semakin hari semakin menjadi renggang sehinggalah akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1963.

3.1.3 KEMISKINANKemiskinan merupakan salah satu halangan untuk mencapai perpaduan.Kadar kemiskinan di kalangan penduduk pada zaman penjajahan adalah tinggi kerana fungsi ekonomi yang berbeza. Terdapat jurang perbezaan pendapatan yang ketara di antara penduduk di bandar dan di luar bandar. Kemiskinan ini telah menyebabkan berlakunya masalah sosial di kalangan rakyat. Keadaan ini telahmenjadisalah satu faktoryangmenyebabkanberlakunyamasalah perpaduan dan seterusnya gagal mencapai integrasi nasional.

3.2 CARA MENGATASINYA

3.2.1 KERAJAANPerpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. Kerajaan menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.

Strategi PelaksanaanDasar Pembangunan Negara (DPN) akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:(i) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama;

(ii) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan;

(iii) Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia;

(iv) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidak seimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar;

(v) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara;(vi) Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat;(vii) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan

(viii) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2% dalam tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar pengangguran pula dijangka berkurangan ke tahap 4% dalam tahun 2000. Dalam melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan,DPN akan mengambil kira beberapa perubahan dibuat terhadap peranan sektor awam. Oleh kerana kadar kemiskinan yang terlalu tinggi di kawasan luar bandar pada akhir tahun 1960-an, pelaksanaan DEB (1971 - 90) telah memperlihatkan penglibatan terus perkhidmatan awam melalui pembukaan tanah-tanah dan pemberian subsidi besar-besaran kepada petani-petani kecil untuk mewujudkan pekerjaan dan membantu meningkatkan pendapatan mereka.

3.2.2 MASYARAKAT

KONSEP GAGASAN 1 MALAYSIAMatlamat 1 Malaysia adalah melahirkan sebuahnegara bangsaMalaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang harus menganggap diri mereka sebagai satu keluarga besar dalam satu negara bangsa Malaysia, malah berfikir dan bertindak ke arah mencapai perpaduan yang jati antara berbilang kaum. Gagasan 1Malaysia berhasrat mewujudkan sebuah kerajaan yang berpaksikan kepada hasrat Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.Gagasan 1 Malaysia menekankan sikap penerimaan kelainan yang wujud dikalangan rakyat sebagai satu realiti hidup rakyat Malaysia. Rakyat berbilang keturunan dan etnik di Malaysia perlu menerima keunikan kaum yang lain, mengutamakan kesetiaan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Malah, bersedia hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati nilai-nilai dan kepercayaan kaum yang lain. Ringkasnya, rakyat Malaysia sedia hidup sebagai satu keluarga besar dalam satu negara hak milik bersama.Sesungguhnya, Gagasan 1 Malaysia lebih bertekad memfokuskan kepada aspek psikologi atau jiwa rakyat Malaysia dalammenerimadanmenerapnilai-nilai murni sepertikekitaan, memikirdan bertindak sebagaisatu bangsa Malaysia,malahmengapuskan pemikiran yang bersandarkan satu kaum atau etnik tertentudi kalangan rakyat. Ini mendorong rakyat lebih mementingkan kepentingan negara dalam perjuangan masing-masing daripada memenuhi kepentingan dan keperluan sesuatu kaum tertentu yang tidak terhad.NILAI-NILAI YANG DIMAJUKAN DALAM GAGASAN 1MALAYSIAGagasan 1 Malaysia adalah pemangkin kepada kelahiran sebuahnegara bangsayang mementingkan sikapkesamaandankekitaandi kalangan rakyat. Malah perlu memahami dan menghayati lapan nilai yang digolongkan dalam nilai teras 1Malaysia, iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaandanbudaya inovasi.Sesungguhnya, semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah rakyat jati Malaysia di mana segala hasil pembangunan perlu dinikmati secara bersama. Rakyat Malaysia perlu menganggap Malaysia sebagai negara ibunda atau negara kita bersama, di mana tidak ada satu kumpulan kaum atau masyarakat yang merasa mereka terpinggir daripada menikmatipembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.Gagasan 1 Malaysia mendukung prinsipkeadilan sosialuntuk semua kaum. Ini bermakna, nasib dan kepentingan semua kaum akan terbela agar mana-mana kaum atau kumpulan masyarakat pun meresa mereka dipinggirkan. Malah, kaum dan golongan masyarakat yang memerlukan bantuan kerajaan akan diberikan keutamaan dalam menerima bantuan yang sewajarnya. Dengan itu, Gagasan 1 Malaysia menegaskan bahawa tidak siapapun rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka sebagai rakyatkelas 2atau dipinggirkan dalam arus pembangunan perdana negara ini. Malah setiap kaum, bumiputra ataupun bukan bumiputra, yang memerlukan bantuan untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup masing-masing akan dibantu oleh kerajaan.

PERANAN KAUM MASING-MASING DALAM MENJAYAKAN GAGASAN 1MALAYSIASejajar dengan hasrat kerajaan untuk membina negara bangsa, semua kaum perlu berusaha memperkasakan Gagasan 1Malaysia dengan menumpukan perhatian kepada penerapan nilai-nilai murni dan teras 1 Malaysia sebagai amalan hidup mereka.Pertubuhan-pertubahan yang mewakili kepentingan kaum masing-masing boleh menjalankan pelbagai aktiviti seperti ( contoh: menubuhkan Kelab 1 Malaysia-Rukun Negara di kawasan masing-masing) dalam menyemarak dan melestarikan 1Malaysia dan Falsafah Rukunegara.Penghayatan semangat Rukun Negara perlu diteruskan dikalangan rakyat Malaysia. Kupasan prinsip-prinsip Rukun Negara melalui pelbagai aktiviti sosial harus diteruskan supaya rakyat dapat menerapkan semangat kenegaraan, bersama-sama dengan teras-teras 1Malaysia. Usaha ini diharapkan akan melahirkan rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik serta cintakan negara.Lima prinsip penting yang terdapat dalam Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 selepas peristiwa 13 Mei 1969 iaituPrinsip Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaantidak sepatutnya dilupakan oleh rakyat Malaysia. Di dalamnya terkandung semangat yang berupaya menerapkan nilai murni ke arah pemupukan perpaduan tanpa mengira usia atau latar belakang bangsa dan budaya.

RUMUSANSebagai kesimpulan dasar pembangunan ekonomi dan sosial telah digunakan dalam usaha membina negar Malaysia yang bersatu padu, aman dan sejahtera. Kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan negara akan dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan negara. Kerjasama dan tolak ansur antara kaum yang wujud adalah asas kepada negara untuk lebih maju lagi. Wawasan 2020 yang di ilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad akan terus memacu kemajuan negara setanding negara-negara Barat.Rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan,etnik, agama malah kefahaman politik harus memahami, menghayati dan menerapkan teras-teras perpaduan seperti penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial dan nilai-nilai aspirasi seperti budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu , integriti , ketabahan , kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi, yang dimajukan dalam Gagasan 1 Malaysia supaya negara bangsa Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, aman,damai dan sejahtera dipersada dunia.http://yaniez9691.blogspot.com/2012/09/usaha-strategi-yg-diambil-oleh-kerajaan.htmlArticlesLangkah Mengukuhkan Perpaduan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia September 15th, 2014Setiap tahun menjelang sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan, rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan tema sambutan yang silih berganti. Jika slogan tersebut dibaca dan diteliti, ia akan membawa satu mesej yang sama iaitu kepentingan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama di negara ini agar hidup bersatu-padu, saling menghormati antara satu sama lain serta saling membantu sesama jiran tetangga.Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh yang demikian, perpaduan dan keharmonian adalah elemen yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.Anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik.Selain itu, ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian sains, persembahan, dan sambutan-sambutan majlis di sekolah.Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama satu kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.Di samping itu, golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.Langkah tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Mengetahui dan memahami peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969, sudah tentu golongan muda dan belia akan lebih menghargai perpaduan dan keharmonian yang dikecapi selama ini. Pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah tanah air dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri mereka.Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Walaupun rakyat diberi hak kebebasan bersuara, mereka haruslah tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu-isu sensitif dan kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan perpaduan.Masyarakat setempat juga boleh memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, dengan membuka ruang dan peluang komunikasi antara jiran tetangga berlainan bangsa.Credit:Noor Hidayah Yusufhttp://www.1malaysia.com.my/en/affiliates/langkah-mengukuhkan-perpaduan-dalam-kalangan-rakyat-malaysia-0Langkah-Langkah Untuk Mantapkan Perpaduan Kaum Di Malaysia Sejarah PT3 2014 Rossa Calla PANDUAN, PENDIDIKAN, PT3, SEJARAH

Langkah-Langkah Untuk Mengekal Dan Memantapkan Perpaduan Kaum Di Malaysia( pilih 3 sahaja )

Beberapakempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaanmampu mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini.

Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan(RIMUP)sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar, kursus motivasi, kem perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran kebudyaan dan persembahan pentas.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara(PLKN).Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melaluiaktiviti kemasyarakatanyang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama

Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya padahari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,Slogan 1Malaysiaatau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan olehPerdana Menteri Malaysiakeenam, Datuk SeriNajib Tun Razakpada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menujuWawasan 2020serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun DrMahathir Mohamaddan TunAbdullah Ahmad Badawi

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Oleh yang demikian slogan ini sudah tentu menjadi satu pemangkin kepada perpaduan rakyat di negara ini.

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melaluipenggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

(f) Rumusan

PengetahuanKeamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktorutama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain.Berdasarkan peristiwa13 Mei 1969kita wajarmemperkuat semula perpaduan kaum di negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai ini.Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara negara ini yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku .

IktibarKita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

HarapanSaya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih bermakna akhirnya.

SUMBER : Cikgu Razak

Read more: http://www.panduanmalaysia.com/2014/07/langkah-langkah-untuk-mantapkan-perpaduan-kaum-malaysia.html#ixzz3ixJcdlWC Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebookhttp://www.panduanmalaysia.com/2014/07/langkah-langkah-untuk-mantapkan-perpaduan-kaum-malaysia.html#axzz3ixJHlhwyUsaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia. Karangan Bahagian B. SPM

Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak.Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya.Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang kembali.

Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong.Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain.Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan sloganNegara Bersih Rakyat Sihat. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya.Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasayang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjingsertake bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.

Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai denganmeraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama.Melalui amalan kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum.Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain.Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan perpaduan apabila kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia.Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar atau masyarakat antarabangsa, ibarat kata peribahasabulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatsertabersatu kita teguh, bercerai kita roboh

Seterusnya,aktiviti sukan dan permainanyang dijalankan juga boleh mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia.Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia.Dalam hal ini, satu perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian bola keranjang, ping pong, sepak takraw dan sebagainya.Kita berharap pada suatu masa nanti pasukan bola keranjang negara misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja dimonopoli oleh kaum Cina sahaja.Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki dapat dijadikan contoh dan teladan.Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa, akan dapat menanamkan semangat cinta akan negara.Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama negara sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara.Sambutan Hari Kebangsaansesungguhnya membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia.Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun.Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnyaKeranamu Malaysiadiharap dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus mengukuhkan amalan peribahasadi mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tiadak ada duanya.Peribahasahujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di negeri sendiriperlu direnungi oleh setiap warganegara Malaysia agar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.

Intihanya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita.Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya keranaterlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya.Kini,kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi.Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai.Dicatat oleh keligit97lense http://keligit97lense.blogspot.com/2014/04/usaha-usaha-mewujudkan-perpaduan-kaum.html