Feqah Tahun 2 - Najis

5
PELAJARAN PERTAMA: NAJIS ERTI NAJIS: NAJIS adalah benda yang kotor , iaitu TIDAK SAH SOLAT SEKIRANYA terdapat padabadan, pakaian atau tempat solat. NAJIS ADALAH: Benda yang keluar dari qubul atau dubur seperti AIR KENCING dan TAHI. Benda yang bukan dari kedua-duanya seperti MUNTAH danAIR LIUR. Benda –benda lain seperti NANAH,BANGKAI,ANJING danBABI. NAJIS ADALAH: Benda yang keluar dari qubul atau dubur seperti AIR KENCING dan TAHI. Benda yang bukan dari kedua-duanya seperti MUNTAH danAIR LIUR. Benda –benda lain seperti NANAH,BANGKAI,ANJING danBABI. INFO….. Bangkai yang tidak NAJIS: Bangkai belalang Bangkai ikan Bahagian- bahagian najis: Najis terbahagi kepada TIGA bahagian: Najis Mughallazah - Najis Berat Najis Mutawasitah - Najis Pertengahan Najis Mukhoffafah - Najis Ringan Najis yang pertama: Najis Mughallazah - Najis Berat Najis Mughallazah ialah najis berat yang datang pada segala apa yang terdapat pada tubuh badan, najis, air liur, bulu dan darah anjing serta babi.. info.... Najis Mughallazah (Berat)

description

Nota

Transcript of Feqah Tahun 2 - Najis

Page 1: Feqah Tahun 2 - Najis

PELAJARAN PERTAMA: NAJIS

ERTI NAJIS:

NAJIS adalah benda yang kotor , iaitu TIDAK SAH SOLAT SEKIRANYA   terdapat padabadan, pakaian atau tempat solat.

NAJIS ADALAH:       Benda yang keluar dari qubul atau dubur seperti AIR KENCING  dan TAHI.       Benda yang bukan dari kedua-duanya seperti MUNTAH danAIR LIUR.       Benda –benda lain seperti NANAH,BANGKAI,ANJING danBABI.

NAJIS ADALAH:       Benda yang keluar dari qubul atau dubur seperti AIR KENCING  dan TAHI.       Benda yang bukan dari kedua-duanya seperti MUNTAH danAIR LIUR.       Benda –benda lain seperti NANAH,BANGKAI,ANJING danBABI.

INFO…..Bangkai yang tidak NAJIS:

  Bangkai belalang  Bangkai ikan

Bahagian- bahagian najis:

Najis terbahagi kepada TIGA bahagian: Najis Mughallazah      - Najis Berat Najis Mutawasitah      - Najis Pertengahan Najis Mukhoffafah      - Najis Ringan 

Najis yang  pertama: Najis Mughallazah - Najis Berat

 Najis Mughallazah  ialah najis berat yang datang pada segala apa yang terdapat pada tubuh badan, najis, air liur, bulu dan darah anjing serta babi..

info....

Najis Mughallazah (Berat)Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya.

Cara menyucikan najis mughallazah:

1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.

Page 2: Feqah Tahun 2 - Najis

3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.4. Merujuk kepada Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2004-2007 Hukum Melakukan Samak terhadap Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat adalah dibolehkan (Muzakarah ke 76 pada 21-23 November 2006) ianya seperti yang tercatat dalam teks keputusan berikut:

"Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak."

Alatan yang digunakan untuk menyucikan najis mughallazah

Sedikit tanah air Mutlak.

Cara menyucikannya:

Jika terkena najis maka campurkan sedikit tanah ke dalam segayung air mutlak. Siram air tersebut ke tempat terkena najis, kemudian siram air tersebut ke tempat terkena najis, kemudian siram gayung air mutlak.

Najis yang kedua : Najis Mutawasitah - Najis Pertengahan

Najis Mutawasitah iaitu selain daripada najis Mukhoffafah dan najis mughallazah seperti darah, muntah, nanah, najis manusia, bangkai dan lain-lain.

info....Najis Mutawassitah (Pertengahan)

Najis mutawassitah ialah najis sederhana, iaitu segala sesuatu yang keluar dari dubur/qubul manusia atau binatang, cecair yang memabukkan, bangkai (kecuali bangkai manusia, ikandan belalang), serta susu, tulang dan bulu dari haiwan yang haram dimakan.

Najis mutawassitah terbahagi dua iaitu:

"Najis Ainiyah" yaitu najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat), misalnya kotoran manusia atau binatang; dan

"Najis Hukmiyah" iaitu najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat), seperti air kencing yang kering.

Cara menyucikan najis mutawassitah:

Page 3: Feqah Tahun 2 - Najis

1. Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut.2. Basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.

Najis-najis lainSelain tiga jenis najis di atas, masih terdapat satu najis lagi iaitu "Najis Ma'fu" (najis yang dima'afkan), contohnya nanah atau darah yang cuma sedikit, debu atau air kotor yang memercik sedikit dan sulit dihindarkan.

Cara membasuh yang betul najis mutawassitah

Membasuh semua benda-benda yang najis ialah dengan cara dijirus atau dilalukan air padanya. Cara Membasuh Yang Salah

Sediakan satu bekas air mutlak yang sedikit. Celupkan benda yang najis itu berkali-kali di dalamnya seperti membasuh ikan atau daging dan sebagainya.

Najis Mutawasitah - najis pertengahanMuntah, darah, nanah atau benda-benda yang keluar dari Qubul atau dubur manusia

Alatan yang digunakan untuk menyucikan najis mutawassitah:

Air mutlak

Cara menyucikannya:

Najis tersebut dihilangkan dahulu kemudian dibasuh tempat yang terkena najis hingga hilang warna, bau dan rasanya.

INFO PENTING:

SEBAIK-BAIKNYA DIBASUH TIGA KALI DENGAN AIR MUTLAK.

Najis yang ketiga : Najis Mukhoffafah - Najis Ringan

Page 4: Feqah Tahun 2 - Najis

Najis Mukhoffafah iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur dua tahun ke bawah yang hanya minum susu ibunya sahaja.

Info....Najis mukhaffafah ialah najis ringan. Najis mukhoffafah ialah air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibu.

CARA MENYUCIKAN NAJIS:

Najis Mukhoffafah - najis ringan

Air kencing bayi lelaki sahaja yang tidak lebih daripada dua tahun dan hanya makan dan minum susu ibunya sahaja.

Alatan yang digunakan untuk menyucikan najis mukhoffafah

Air mutlakCara menyucikannya:

Basuh bahagian yang terkena najis dan lapPercikkan air di tempat yang terkena najisLap dengan kain bersih sehingga kering.

Memadai dengan memercikkan air mutlak ke atas tempat ini setelah dilap terlebih dahulu.