FFVPM6 bermula esok - COnnecting REpositories · 2018. 4. 8. · FFVPM6 bermula esok REWIND dan...

2
FFVPM6 bermula esok REWIND dan Autisme: Namun Ku Punya Hati antara naskhah yang memeriahkan FFVPM6. Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT suzana. [email protected] MASUK edisi keenam, Festival' Filem/Video Pelajar Malaysia (FFVPM) yang singgah di Uni- versiti Putra Malaysia (UPM) tahun ini mencanai sesuatu yang banyak pembaharuannya berbanding lima pengan- juran terdahulu. Sesuatu yang ketara, kemunculan Anu- gerah Perdana mempertandingkan dua bentuk karya iaitu Video Pendek dan Do- kumentari Pelajar yang dipilih menerusi kaedah Super Pitch yang julung kali di- perkenalkan tahun ini.. Nyata kaedah ini memperlihat- kan satu eksperi- mental yang ham- pir sempurna di bawah acuan Fa- kulti Bahasa Mo- den dan Komuni- kasi (FBMK) UPM. "Mulanya kami agak risau, tapi sampai ke saat ter- akhir ini, penjuri- an untuk lima vi- deo terbaik dan dokumentari da- lam kategori Anu- gerah Perdana ke- lak akan menjadi satu proses yang sukar. Juri pada peringkat awal mengakui kar- ya-karya pembikin filem amatur ini setanding dan sebaris dengan karya pembikin filem arus per- dana," ujar Pengerusi Penjurian FFVPM6, Dr. Muhamad Sham Shahkat Ali selepas sidang media mengumumkan pencalonan akhir FFVPM6. Festival itu akan bermula esok. Sebagai pencetus semangat buat semua pelajar filem yang terbabit, buat pertama kali dalam sejarah penganjurannya, FFVP tahun ini juga menggandakan imbuhan kepada para pemenang kategori utama. Selain wang tunai keseluruhan seba- nyak RM33,000 dan trofi kemenangan, sebanyak lima buah kamera video digital berharga RM46,000 tajaan Panasonic me- nanti pemenang bagi kategori Anugerah Perdana untuk trofi Video Pendek Terbaik dan Dokumentari Terbaik serta satu anu- gerah terbaik dalam kategori Anugerah Cipta. -, Bagi kategori Video Pendek Terbaik dalam Anugerah Perdana sebanyak lima video terbaik telah disenarai pendek iaitu Kasih Mastura (UPM), Mengintai Kasih (ASWARA), Aidan Damia (UiTM Melaka), Rewind (UTAR) dan Let's Play A Game (Limkokwing). Karya berjudul Nabi Palsu (UiTM Me- laka), Autisme (UPM), Witty Wings (UTAR), Cunwai (ASWARA) dan Tagal Sungai Moroli (UMS) pula terpilih sebagai finalis dalam kategori Dokumentari Ter- baik. Antara yang tercalon untuk dinilai se- bagai Filem Pendek (C\"reka) Terbaik me- nerusi Anugerah Cipta ialah Satu (ASWA- RA) dan 1963 (ASWARA). Sesuatu yang mem- berangsangkan juga adalah peningkatan ketara yang dapat di- lihat menerusi pe- nyertaan pelajar yang mencapai angka 310 penyertaan merang- kumi 100 penyertaan bagi kategori Anu- gerah Per dana, manakala 210 penyertaan bagi Anugerah Cipta untuk bersaing da- lam 34 kategori anugerah yang diper- tandingkan secara keseluruhan. Tahun ini, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) muncul sebagai institusi yang paling banyak meng- hantar penyertaan. Tidak sekadar pesta untuk pembikin filem yang bakal dinobatkan sebagai ter- baik menjelang Malam Anugerah FFVPM pad a malam 10 Januari nanti, festival yang bermula esok juga menyenaraikan pel- bagai atur cara bagi menepati tema kali ini, Memperkasakan Modal lnsan lndustri Per- fileman. Antara yang menarik untuk mengisi masa santai orang awam, peminat filem, khalayak UPM dan pelajar filem sendiri adalah sesi tayangan dan apresiasi filem yang membariskan filem-filem menarik untuk diperbahaskan, antaranya Mualaj, Antoo Fighter, Budak Kelantan dan Kami. Tidak hanya disajikan dengan tayangan filem percuma, sesi diskusi filem-filem yang ditayangkan turut menampilkan pe- ngarah, pelakon serta orang filem sebenar bagi memberikan ulasan lanjut berhubung falsafah at au impak filem terhadap ma- syarakat. Setiausaha festival filem itu, Mohd. Sa- rizi Jamaluddin memberitahu, sehingga kini semua panel dan pelakon yang terlibat dengan filem yang dipilih untuk tayangan dan apresiasi filem sepanjang tiga hari festival sudah pun memberi kata putus untuk hadir. "Misalnya, untuk tayangan dan apre- siasi filem Antoo Fighter, bukan sahaja pengarah dan beberapa pelakon utama sudah sedia memberikan kerjasama, bah- kan produksi tilem berkenaan juga sang- gup membuat demonstrasi kesan khas yang digunakan untuk penghasilan imej komputer grafik filem berkenaan," kata Salizi kepada Kosmo!. Bagi malam kemuncak pada 10 Januari nanti, Pengerusi Malam Anugerah FFVPM, Aiman Mustakim Roslan pula sudah bersedia menyahut cabaran me- mastikan malam anugerah itu kelak keluar daripada kepompong pelajar. "Konsep memperingati yang lama dan memperkenalkan yang baru akan saya persembahkan. Seperti mana kita semua tahu, pembikinan filem ketika ini banyak mengaplikasikan teknologi Definisi Tinggi (HD), tapi sedarkah kita semua bahawa penggunaan reI filem mempunyai sejarah yang tidak boleh disangkal. "Satu lagi penampilan yang saya kira unik menjelang malam anugerah nanti adalah pertembungan antara gambus dan gitar dalam arena muzik tanah air. "Harapan saya agar malam anugerah itu akan setaraf dengan anugerah hiburan lain di peringkat nasional. Kami betul-betul merancang untuk meraikan penglibatan pelajar dalam arena perfileman, jadi itulah fokus kami," ujar Aiman yang menjang- kakan seramai 3500 yang terdiri daripada pelajar, artis dan orang ramai akan me- menuhi Dewan Banquet UPM menjelang malam kemuncak itu. Sebagai tuan rumah, Aiman mahu imej UPM sebagai penganjur tidak tercalar sepanjang festival berlangsung. "Sebab itu kami buat sehabis baik dan lebih RMlO,OOOdigunakan untuk melan- carkan strategi promosi seperti poster serta hebahan media termasuklah heba- han di Selangor.FM dan Radio Putra.FM sendiri," katanya.

Transcript of FFVPM6 bermula esok - COnnecting REpositories · 2018. 4. 8. · FFVPM6 bermula esok REWIND dan...

  • FFVPM6 bermula esok

    REWIND dan Autisme: Namun Ku Punya Hati antara naskhah yangmemeriahkan FFVPM6.

    Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMATsuzana. [email protected]

    MASUK edisi keenam, Festival'Filem/Video Pelajar Malaysia(FFVPM) yang singgah di Uni-versiti Putra Malaysia (UPM)

    tahun ini mencanai sesuatu yang banyakpembaharuannya berbanding lima pengan-juran terdahulu.

    Sesuatu yang ketara, kemunculan Anu-gerah Perdana mempertandingkan duabentuk karya iaitu Video Pendek dan Do-kumentari Pelajar yang dipilih menerusikaedah Super Pitch yang julung kali di-perkenalkan tahun ini..

    Nyata kaedahini memperlihat-kan satu eksperi-mental yang ham-pir sempurna dibawah acuan Fa-kulti Bahasa Mo-den dan Komuni-kasi (FBMK)UPM.

    "Mulanya kamiagak risau, tapisampai ke saat ter-akhir ini, penjuri-an untuk lima vi-deo terbaik dandokumentari da-lam kategori Anu-gerah Perdana ke-lak akan menjadisatu proses yangsukar. Juri padaperingkat awalmengakui kar-ya-karya pembikinfilem amatur ini setanding dan sebarisdengan karya pembikin filem arus per-dana," ujar Pengerusi Penjurian FFVPM6,Dr. Muhamad Sham Shahkat Ali selepassidang media mengumumkan pencalonanakhir FFVPM6. Festival itu akan bermulaesok.

    Sebagai pencetus semangat buat semuapelajar filem yang terbabit, buat pertamakali dalam sejarah penganjurannya, FFVPtahun ini juga menggandakan imbuhankepada para pemenang kategori utama.

    Selain wang tunai keseluruhan seba-nyak RM33,000 dan trofi kemenangan,sebanyak lima buah kamera video digitalberharga RM46,000 tajaan Panasonic me-nanti pemenang bagi kategori AnugerahPerdana untuk trofi Video Pendek Terbaikdan Dokumentari Terbaik serta satu anu-gerah terbaik dalam kategori AnugerahCipta. -,

    Bagi kategori Video Pendek Terbaikdalam Anugerah Perdana sebanyak limavideo terbaik telah disenarai pendek iaituKasih Mastura (UPM), Mengintai Kasih(ASWARA), Aidan Damia (UiTM Melaka),Rewind (UTAR) dan Let's Play A Game(Limkokwing).

    Karya berjudul Nabi Palsu (UiTM Me-laka), Autisme (UPM), Witty Wings(UTAR), Cunwai (ASWARA) dan TagalSungai Moroli (UMS) pula terpilih sebagaifinalis dalam kategori Dokumentari Ter-baik.

    Antara yang tercalon untuk dinilai se-bagai Filem Pendek (C\"reka) Terbaik me-nerusi Anugerah Cipta ialah Satu (ASWA-RA) dan 1963 (ASWARA).

    Sesuatu yang mem-berangsangkan jugaadalah peningkatanketara yang dapat di-lihat menerusi pe-nyertaan pelajar yangmencapai angka 310penyertaan merang-

    kumi 100 penyertaan bagi kategori Anu-gerah Per dana, manakala 210 penyertaanbagi Anugerah Cipta untuk bersaing da-lam 34 kategori anugerah yang diper-tandingkan secara keseluruhan.

    Tahun ini, Akademi Seni Budaya danWarisan Kebangsaan (ASWARA) munculsebagai institusi yang paling banyak meng-hantar penyertaan.

    Tidak sekadar pesta untuk pembikinfilem yang bakal dinobatkan sebagai ter-baik menjelang Malam Anugerah FFVPMpad a malam 10Januari nanti, festival yangbermula esok juga menyenaraikan pel-bagai atur cara bagi menepati tema kali ini,Memperkasakan Modal lnsan lndustri Per-fileman.

    Antara yang menarik untuk mengisimasa santai orang awam, peminat filem,khalayak UPM dan pelajar filem sendiriadalah sesi tayangan dan apresiasi filemyang membariskan filem-filem menarikuntuk diperbahaskan, antaranya Mualaj,Antoo Fighter, Budak Kelantan dan Kami.

    Tidak hanya disajikan dengan tayanganfilem percuma, sesi diskusi filem-filemyang ditayangkan turut menampilkan pe-ngarah, pelakon serta orang filem sebenarbagi memberikan ulasan lanjut berhubungfalsafah at au impak filem terhadap ma-syarakat.

    Setiausaha festival filem itu, Mohd. Sa-rizi Jamaluddin memberitahu, sehinggakini semua panel dan pelakon yang terlibatdengan filem yang dipilih untuk tayangandan apresiasi filem sepanjang tiga harifestival sudah pun memberi kata putusuntuk hadir.

    "Misalnya, untuk tayangan dan apre-siasi filem Antoo Fighter, bukan sahajapengarah dan beberapa pelakon utamasudah sedia memberikan kerjasama, bah-kan produksi tilem berkenaan juga sang-gup membuat demonstrasi kesan khasyang digunakan untuk penghasilan imejkomputer grafik filem berkenaan," kataSalizi kepada Kosmo!.

    Bagi malam kemuncak pada 10 Januarinanti, Pengerusi Malam AnugerahFFVPM, Aiman Mustakim Roslan pulasudah bersedia menyahut cabaran me-mastikan malam anugerah itu kelak keluardaripada kepompong pelajar.

    "Konsep memperingati yang lama danmemperkenalkan yang baru akan sayapersembahkan. Seperti mana kita semuatahu, pembikinan filem ketika ini banyakmengaplikasikan teknologi Definisi Tinggi(HD), tapi sedarkah kita semua bahawapenggunaan reI filem mempunyai sejarahyang tidak boleh disangkal.

    "Satu lagi penampilan yang saya kiraunik menjelang malam anugerah nantiadalah pertembungan antara gambus dangitar dalam arena muzik tanah air.

    "Harapan saya agar malam anugerah ituakan setaraf dengan anugerah hiburan laindi peringkat nasional. Kami betul-betulmerancang untuk meraikan penglibatanpelajar dalam arena perfileman, jadi itulahfokus kami," ujar Aiman yang menjang-kakan seramai 3500 yang terdiri daripadapelajar, artis dan orang ramai akan me-menuhi Dewan Banquet UPM menjelangmalam kemuncak itu.

    Sebagai tuan rumah, Aiman mahu imejUPM sebagai penganjur tidak tercalarsepanjang festival berlangsung.

    "Sebab itu kami buat sehabis baik danlebih RMlO,OOOdigunakan untuk melan-carkan strategi promosi seperti posterserta hebahan media termasuklah heba-han di Selangor.FM dan Radio Putra.FMsendiri," katanya.

  • 8 Januarie Perasmian FFVPM6 oleh

    Pengerusi FINAS (Dewan ZaabaFakulti Bahasa Moden dan

    Komunikasi UPM - 9 pagi)

    eTayangan/Penjurian AnugerahPerdana (Dewan Zaaba - 11 pagi)

    eTayangan/Apresiasi FilemKaml (Dewan Zaaba - 8 malam)9 JanuarieWacana Perfileman

    (Memperkasakan ModallnsanPerfileman Penyiaran) (DewanZaaba FBMK - 9 pagi)

    eTayangan/Apresiasi FilemBudak Kelantan (Dewan Zaaba - 3petang)

    10 JanuarieTayangan/Apresiasi FilemMualaf (Dewan Zaaba - 9.30pagi)

    .eTayangan/Apresiasi FilemAntoo Fighter (Dewan Zaaba - 2petang)eMah~mAnugerah FFVPM6(Dewan Banquet UPM - 8malam)

    Antara Pencalonan AnugerahCipta:1. Anugerah Filem Cereka

    (Pendek) Terbaik:

    eSatu (ASWARA)e1963 (ASWARA)

    2. Anugerah Video (Pendek)Cereka Terbaik:

    eBurp (ASWARA)e"usl (MUM)eThe Last Exit (UTAR)eAku (ASWARA)eKopltlam Kurang Manis

    (UiTM)

    3. Anugerah Filem/VideoEksperimental Terbaik:ePleasure (UiTM)eThe Artifact (MMU)eThe Weather Man (MMU)eWlnd(MMU)eAlr (UiTM Shah Alam)

    4. Anugerah Video MuzikTerbaik:

    eJatuh Clnta Lagi (MUM)eSln (UTAR)ePuteri Natya Shatra (UiTM

    Shah Alam)eHatl (UiTM Shah A/am)eSemangat Humlnodun

    (ASWARA)

    5. Anugerah Iklan/PromosiTerbaik:eUtamakan Keselamatan

    (UIA)eMenjahit Katarsis (UKM)eKehldupan Yang Positlf

    (UKM)eCanon (Segi College)eOur Hope (UTAR)