Final tugasan 1 ulasan

7
TUGASAN 1 : ULASAN JURNAL ROSLINA BINTI DAUD [M20111000754] Sarjana Pendidikan Khas Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Sultan Idris, Tanjung Malim,Perak Pendahuluan Tugasan ini lebih memfokuskan kepada aliran kajian terkini berhubung dengan aspek kajian bidang reka bentuk instruktional dan teknologi. Pengkaji akan membuat ulasan analisa kajian berkisar kepada aspek e-pembelajaran dari sumber jurnal yang berkaitan dengan pendidikan teknologi instruktional. Berikut merupakan bahan artikel dan jurnal yang telah dikenalpasti. TAJUK JURNAL Pembangunan dan Penilaian Perisisan Kursus Multimedia Interaktif “Analisis Kualiti Garam” dalam Subjek Kimia 2 nd International Malaysian Educational Technology Convention Oleh: Dr. Rosnaini Mahmud & *Norsiati Bt Razali @ Mohd Ghazali Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia *SM Sains Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuantan Rumusan Jurnal 1 : Metodologi Kaedah penyelididkan (Model ADDIE) Kesimpulan Terdapat kesan yang signifikan terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam mempersiapkan diri mendalami dunia ICT dalam trend pembelajaran masa Pembangunan dan Penilaian Perisian Kursus Multimedia Interaktif “Analisis Kualiti Garam” dalam

description

 

Transcript of Final tugasan 1 ulasan

Page 1: Final tugasan 1  ulasan

TUGASAN 1 : ULASAN JURNAL

ROSLINA BINTI DAUD [M20111000754]Sarjana Pendidikan Khas

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan ManusiaUniversiti Sultan Idris, Tanjung Malim,Perak

Pendahuluan

Tugasan ini lebih memfokuskan kepada aliran kajian terkini berhubung dengan

aspek kajian bidang reka bentuk instruktional dan teknologi. Pengkaji akan membuat ulasan

analisa kajian berkisar kepada aspek e-pembelajaran dari sumber jurnal yang berkaitan

dengan pendidikan teknologi instruktional. Berikut merupakan bahan artikel dan jurnal yang

telah dikenalpasti.

TAJUK JURNAL

Pembangunan dan Penilaian Perisisan Kursus Multimedia Interaktif“Analisis Kualiti Garam” dalam Subjek Kimia

2nd International Malaysian Educational Technology Convention

Oleh:

Dr. Rosnaini Mahmud & *Norsiati Bt Razali @ Mohd GhazaliFakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

*SM Sains Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuantan

Rumusan Jurnal 1 :

MetodologiKaedah

penyelididkan (Model ADDIE)

InstrumenSoal Selidik (skala

Likert 5 mata), berbentuk skrin

templat dan papan cerita, temubual

dan senarai semakAnalisa DataSPSS v11 (min,

frekuansi, sisihan piawai, kekerapan)

dengan kebolehpercayaan

0.9116

Dapatan Min skor yang dicatat oleh pelajar

berada pada tahap yang sangat baik dan bersetuju dengan penggunaan

perisian PPBK dapat meningkat persepsi minat dan motivasi pelajar

terhadap pembelajaran kimia.

Sampel30 orang pelajar

tingkatan 4 yang dipilih secara rawak dari

kategori cemerlang, sederhana dan lemah

KesimpulanTerdapat kesan yang signifikan terhadap

pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam mempersiapkan

diri mendalami dunia ICT dalam trend pembelajaran

masa kini

Pembangunan dan

Penilaian Perisian Kursus

Multimedia Interaktif

“Analisis Kualiti Garam”

dalam Subjek Kimia

Page 2: Final tugasan 1  ulasan

Pendahuluan

Perkembangan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penggunaan

komputer dalam pendidikan telah dikenal pasti dapat menjadikan ilmu lebih mudah diakses,

disebar dan disimpan. Konsep pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer secara

bestari perlu diimplementasikan oleh para guru dalam memupuk minat dan kesungguhan

pelajar terutama dalam bidang sains dan matematik. Kenyataan ini boleh dibuktikan melalui

kajian yang diperolehi oleh pengkaji yang mana berdasarkan kepada kajian perbandingan

menunjukkan bahawa pelajar yang menerima PPBK berkombinasikan pengajaran guru

boleh mengingati kembali fakta matematik 73% lebih daripada pelajar yang diajar guru

sahaja (Hasselbring et al. 1988). Strategi penggunaan PPBK amat sesuai sebagai salah

satu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum kimia yang mengutamakan

pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah suatu proses pemerolehan dan

penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda

seseorang murid ke tahap optimum. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berfikrah

boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran antaranya

kaedah eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan dengan

penggunaan sumber luar bilik darjah dan penggunaan teknologi seperti simulasi dan

animasi berkomputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pernyataan Masalah

Berdasarkan penghuraian oleh pengkaji didapati masalah berhubung kurang minat untuk

mempelajari dan mengingat fakta antara punca kepada pelajar menghadapi kesukaran

untuk menjawab soalan yang dikemukakan dalam ujian atau peperiksaan terutama bagi

soalan yang melibatkan carta aliran berbentuk eksperimen di dalam proses pembelajaran.

Tujuan Analisis

Tujuan pengkaji kajian ini ialah untuk membangun dan menilai perisian kursus pengajaran

dan pembelajaran multimedia interaktif yang bertajuk ‘Analisis Kualitatif Garam’ bagi

membantu meningkatkan minat dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran kimia.

Persoalan Kajian

Terdapat beberapa persoalan kajian yang telah dibentuk oleh pengkaji berhubung dengan

permasalahan yang telah dikenalpasti. Antaranya :

i. Bagaimanakah perisian kursus multimedia interaktif Analisis Kualitatif Garam yang

dibangunkan dapat meningkatkan persepsi minat dan motivasi pelajar dalam

mempelajari tajuk garam?

Page 3: Final tugasan 1  ulasan

ii. Adakah perisian kursus multimedia interaktif Analisis Kualitatif Garam yang

dibangunkan dapat meningkatkan persepsi minat dan motivasi pelajar dalam

mempelajari tajuk garam?

iii. Adakah terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar dalam

mempelajari tajuk garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif

Analisis Kualitatif Garam mengikut jantina?

viii. Adakah terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar dalam

mempelajari tajuk garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif

Analisis Kualitatif Garam mengikut tahap pencapaian kimia?

Hipotesis Kajian

Hipotesis nol 1

Tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk

analisis kualitatif garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif kimia

yang dibangunkan mengikut jantina.

Hipotesis nol 2

Tidak perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk analisis

kualitatif garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif kimia yang

dibangunkan mengikut tahap pencapaian kimia.

Kaedah Kajian

Pengkaji menggunakan pendekatan kaedah penyelidikan dalam menjawab persolan dan

mengenalpasti kesahihan hipotesis yang telah dibentuk.Model ADDIE telah dipilih oleh

pengkaji untuk menjadi panduan dalam membangunkan perisian ini yang mana

mengandungi lima fasa iaitu fasa pertama ialah fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa

pembangunan, fasa perlaksanaan dan fasa penilaian.

Instrumen Penilaian

Pengkaji telah melibatkan pelbagai instrumen dan responden bagi kajian ini. Instrumen

kajian adalah dalam bentuk skrin templat dan papan cerita, soal selidik, protokol temubual

dan senarai semak. Nilai pekali alpha Cronbach bagi instrumen soal selidik yang diperolehi

adalah tinggi iaitu 0.9116. Borang soal selidik bagi penilaian sumatif pelajar dibahagikan

kepada 2 bahagian utama iaitu Bahagian I dan Bahagian II. Soalan Bahagian I melibatkan

latar belakang responden iaitu jantina dan gred kimia peperiksaan akhir tahun tingkatan 4.

Manakala Bahagian II pula terdiri daripada soalan berkaitan minat dan motivasi pelajar

selepas meneroka perisian kursus.

Page 4: Final tugasan 1  ulasan

Populasi dan Sampel Kajian

Secara keseluruhannya, pengkaji telah melibatkan beberapa kategori dalam pelaksanaan

kajian ini seperti jadual di bawah.

Jadual 1: Instrumen dan responden kajian

FASA INSTRUMEN RESPONDENFASA ANALISA KEPERLUAN

i. Protokol Temubual Guru

i. 5 orang guru kimia (termasuk guru pakar kimia)

ii.Soal selidik i. 30 orang pelajar tingkatan 4FASA REKA BENTUK i. Skrin Templat i. Pembangun perisian

FASA PEMBANGUNAN

i. Perisian Kursus i. Pembangun perisian

FASA PELAKSANAAN i. Senarai semak i. 2 orang guru kimia ii. 1 orang Pegawai Teknologi Pendidikan iii.Pembangun perisian

FASA PENILAIAN i. Soal selidik pelajar i. 30 orang pelajar tingkatan 4

Dapatan kajian

Persoalan kajian 1

Reka bentuk skrin perisian menarik dan bersesuaian, gabungan teks, imej, warna dan suara

menambah minat dan membantu proses pembelajaran, penggunaan muzik latar

memberikan rangsangan untuk belajar, interaksi yang baik meningkatkan minat untuk

meneroka perisian, persembahan yang mudah diikuti, maklumat yang dipersembahkan

adalah padat dan menarik, soalan uji minda sebelum memulakan topik menarik minat untuk

memulakan pembelajaran, skrin-skrin ulang kaji, tips belajar dan informasi tahukah anda

menambahkan keseronokan belajar, kata-kata motivasi yang sesuai diberikan pada setiap

jawapan yang betul dan salah meningkatkan semangat saya untuk meneruskan penerokaan

maklumat dan membuat ulang kaji antara elemen yang diberi penekanan untuk

meningkatkan persepsi pelajar dan motivasi pelajar.

Persoalan kajian 2

Ciri-ciri interaktif dalam perisian yang dibangunkan diakui sendiri oleh pelajar dan guru

bahawa melalui butang navigasi yang disediakan dan interaksi dua hala dengan perisian

dapat menambahkan minat untuk belajar tajuk ini.

Persoalan kajian 3 dan 4

Berdasarkan keputusan hipotesis nol yang menilai aspek minat dan motivasi jelas

menunjukkan bahawa faktor jantina dan tahap pencapaian pelajar tidak mempengaruhi

minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk Analisis Kualitatif Garam. Semua jantina pelajar,

lelaki dan perempuan menunjukkan minat yang setara terhadap perisian yang dibangunkan.

Page 5: Final tugasan 1  ulasan

Ini menunjukkan bahawa perisian kimia ini mampu menarik minat kedua-dua jantina untuk

mempelajari tajuk garam selepas menggunakan perisian. Begitu juga dengan faktor tahap

pencapaian pelajar dalam subjek kimia menunjukkan tiada perbezaan ketara antara

kumpulan pelajar cemerlang, sederhana dan lemah terhadap persepsi minat dan motivasi

terhadap tajuk Analisis Kualitatif Garam selepas menggunakan perisian yang dibangunkan.

Secara keseluruhannya, samada pelajar lelaki atau perempuan, pelajar cemerlang,

sederhana atau lemah, semuanya menunjukkan minat dan motivasi yang sangat baik

terhadap tajuk Analisis Kualitatif Garam selepas meneroka dan menggunakan perisian yang

dibangunkan.

Hipotesis 1

Kedua-dua kumpulan jantina adalah sama iaitu 1.42 dan menghampiri skor 1 sangat setuju.

Sisihan piawai bagi pelajar lelaki ialah 0.334 dan pelajar perempuan 0.363. Oleh itu dapat

dibuat kesimpulan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat dan

motivasi pelajar terhadap tajuk analisis kualitatif garam selepas menggunakan perisian

kursus multimedia interaktif kimia yang dibangunkan mengikut jantina.

Hipotesis 2

Berdasarkan dapatan pengkaji, ujian F yang dijalankan memberikan nilai F=0.367 dengan

aras signifikan p<0.05 dengan 2 arah. Oleh kerana nilai F > 0.05/2, maka hipotesis nol 2

adalah diterima. Oleh itu dapat dibuat kesimpulan bahawa tidak terdapat perbezaan

signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk analisis kualitatif garam

selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif kimia yang dibangunkan

mengikut tahap pencapaian pelajar dalam subjek kimia.

Perbincangan

Secara kesluruhannya, dapat disimpulkan bahawa maklum balas terhadap minat dan

motivasi pelajar terhadap kajian ini adalah sangat baik. Implikasi penggunaan reka bentuk

instruksi bersistem ini dapat digunakan untuk membangunkan sebuah perisian kursus

pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan bermutu tinggi bagi manfaat pelajar dan

guru khususnya untuk mencapai matlamat pendidikan. Implikasi ke atas minat dan motivasi

terhadap pembelajaran kimia amat penting kerana mata pelajaran kimia merupakan

program dua tahun untuk murid tingkatan empat dan lima sekolah menengah atas.

Perbincangan Ulasan Jurnal

Secara keseluruhannya saya berpendapat bahawa implikasi dari penyelidikan ini dapat

memberi persediaan kepada guru-guru mengenalpasti keperluan pembelajaran melalaui E-

Page 6: Final tugasan 1  ulasan

learning dalam membantu memotivasikan murid ke arah yang lebih kreatif dan mampu

mempertingkatkan tahap kelemahan diri dalam mengikuti proses pengajaran dan

pembelajaran. Di samping itu, melalui pembelajaran berkonsep E-learning juga dapat

membantu pengurusan berhubung data dan rekod pembelajaran murid dengan baik dan

bersistematik.dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan

bersistematik bagi rujukan pelajar, guru, mentor atau fasilitator. Menurut Resernberg (2001),

menyatakan bahawa pembelajaran elektronik sebagai penggunaan teknologi internet terkini

dalam menyampaikan satu pameran umum berhubung penyelesaian yang dapat

meningkatkan pengetahuan dan prestasi seseorang. Selain itu, penggunaaan sumber ICT

yang terancang, menarik dan isi pelajaran yang berkesan akan menghasilkan pelajar yang

mempunyai ciri-ciri yang berikut:

i. Pelajar yang lebih bertanggungjawap terhadap pelajarannya

ii. Pelajar yang boleh menentukan keperluan bahan untuk pembelajarannya

iii. Pelajar yang bebas melakukan carian maklumat mengikut keperluan, tahap

pencapaian dan pengetahuan

iv. Pelajar yang dapat membina pengetahuan baru berasaskan kepada carian

maklumat, komunikasi dua hala dan penemuan kendiri.

Secara keseluruhannya, melalui ciri-ciri menarik yang terdapat pada ‘E-learning’ sekaligus

dapat menarik minat pelajar terhadap fungsi- fungsi komponen pada perisian di dalam

pembelajaran secara maya dan peningkatan percambahan dan kreativiti pelajar dapat

dibentuk dengan lebih meluas bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran secara efektif dan

efisien.