Fine
-
Upload
lidyamundugayu -
Category
Documents
-
view
215 -
download
0
description
Transcript of Fine
Laporan Pengajaran
Antara kelebihan semasa saya mengendalikan pengajaran tempoh hari ialah,
saya dapat menarik minat murid untuk terus mengikuti pengajaran dan
pembelajaran pada hari tersebut. Hal ini demikian kerana, pada bahagian set
induksi, saya telah membuat permainan yang digabungkan dengan muzik. Murid-
murid telah melakukan aktiviti dengan bersungguh-sungguh dalam keadaan yang
terkawal. Pada masa yang sama juga, murid banyak bertanya tentag kemahiran
yang bakal dijalankan. Selain itu, murid juga ingin meneruskan permainan bola
baling tersebut walaupun masa telah mencukupi.
Selain itu, ansur maju yang telah saya gunakan pada pengajaran tempoh
hari juga sesuai dengan tahap kemampuan murid. Murid dapat mengikuti setiap
perkembangan atau ansur maju yang telah dijalankan dengan perasaan yang
gembira. Mereka juga mudah faham dengan demontrasi yang telah saya tunjukkan
sebelum murid melakukan sesuatu kemahiran. Ansur maju yang telah dijalankan
juga berlangsung secara teratur tanpa gangguan. Hal ini demikian kerana, ansur
maju yang telah dijalankan bermula daripada aras yang rendah kepada aras yang
tinggi. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa ansur maju yang telah dijalankan
memang sesuai dengan tahap kemampuan murid.
Tambahan pula, saya telah menggunakan peneguhan positif dalam pdp
saya pada tempoh hari. Keadaan ini telah membuatkan murid-murid bersemangat
untuk berlajar sepanjang pdp berlangsung. Hal ini demikian kerana, murid-murid
yang tidak dapat melakukan kemahiran dengan betul saya telah memberikan
mereka peluang untuk mencuba lagi sehingga mereka berjaya melakukan
kemahiran tersebut dengan betul. Walaupun terdapat juga murid yang kurang
memberikan fokus semasa pdp berlangsung, saya akan lebih melibatkan mereka
dengan aktiviti. Oelh itu, peneguhan positif yang telah digunakan memberikan impak
yang positif terhadap pengajaran yang telah saya lakukan.
Walaubagaimanapun, terdapat juga kelemahan yang telah saya lakukan
semasa proses pdp tempoh hari. Antara kelemahan yang telah saya lakukan ialah,
masa pengajaran adalah terhad. Hal ini demikian kerana, masa yang telah
ditetapkan hanyalah selama 30 minit sahaja membuatkan masa untuk melakukan
aktiviti terpaksa dipercepatkan agar kemahiran-kemahiran yang lain dapat dijalankan
pada masa yang sama. Keadaan ini telah membuatkan murid-murid tidak dapat
melakukan aktiviti menjaring dengan kerap.
Selain itu, tidak menggunakan wisel dengan kerap. Seperti yang kita sedia
maklum, penggunaan wisel dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani amatlah penting. Hal ini demikian kerana, bunyi wisel digunakan untuk
mengalihkan perhatian murid-murid. Semasa pdp yang lepas, saya lebih kerap
memanggil nama murid untuk mengalihkan perhatian mereka dengan cara
meninggikan suara tanpa menggunakan wisel. Oleh itu, murid kurang fokus dengan
nada suara saya kerana keadaan di padang adalah bising. Oleh kerana pasif
menggunakan wisel, saya terpaksa menjerit dan memberikan arahan dengan nada
yang tinggi sepanjang proses pdp tempoh hari.
Tambahan pula, arahan yang telah saya berikan kurang jelas. Keadaan ini
telah membuatkan terdapat segelintir murid tidak faham dengan rahan yang telah
diberikan. Sebagai contoh, saya menyuruh murid menjaring dengan cara melompat
agar bola tersebut melantun depan tiang gol. Namun segelintir murid tidak dapat
memahami arahan tersebut. Mereka telah menjaring dengan cara merejam,
menjaring sisi dan sebagai lagi. Dengan itu, saya terpaksa membuat demontrasi
dengan kerap agar murid faham dengan objektif utama pembelajaran tersebut. Oleh
itu, terbuktilah bahawa arahan yang telah saya sampaikan kepada murid kurang
jelas.
Seterusnya, saya juga kurang bersedia semasa mengendalikan pdp pada
hari tersebut. Hal ini membuatkan terdapat beberapa alatan yang tidak mencukupi
disediakan. Sebagai contoh, penyediaan skitel dan bola. Keadaan ini sedikit
sebanyak telah menganggu proses pengajaran dan pembelajaran pada hari
tersebut. Murid terpaksa menggunakan bola secara bergilir-gilir sementara
menunggu rakan yang lain melakukan jaringan. Selain itu, saya juga tidak sedia
dengan rph yang telah saya rancang. Hal ini demikian kerana, sebelum mengajar
dalam kelas, saya tidak membuat pembacaan kali kedua rph yang telah saya
rancang. Keadaan ini telah membuatkan sesi permulaan keadaan kelas agak kelam-
kabut.
Oleh itu, penambahbaikan perlulah dilakukan agar pengajaran dan
pembelajaran pada masa akan datang lebih lancar dan berkesan. Antara
penambahbaikan pengajaran yang akan saya lakukan ialah, saya akan membuat
persediaan mengajar dengan awal. Hal ini demikian kerana, guru yang bersedia
dengan pengajara awal akan membuatkan proses pdp pada masa tersebut lebih
lancar dan berkesan. Kita juga tidak akan membazirkan masa untuk memikirkan
aktiviti yang bakal dijalankan. Dengan itu, melakukan persediaan mengajar dengan
awal banyak mendatangkan kebaikan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
kita.
Pada masa yang sama juga, saya akan menggunakan wisel untuk
menarik perhatian murid semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani berlangsung. Hal ini demikian kerana, dalam Pendidikan Jasmani setiap
guru sepatutnya memiliki satu wisel. Selain itu, saya juga akan memastikan alatan
mestilah cukup sebelum saya melakukan pengajaran dan pembelajaran. Keadaan
ini akan membuatkan murid lebih bersemangat lagi melakukan kemahiran dengan
semua peralatan atau alatan yang mencukupi. Oleh itu, alatan yang mencukupi
amatlah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru.