fiqh bab3

download fiqh bab3

of 2

Transcript of fiqh bab3

  • 8/13/2019 fiqh bab3

    1/2

    Bab 3 : Tujuan H ukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir

    Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyahadalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnyalima perkara:

    1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dariaqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruhbertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuhakan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

    "Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari)

    2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjagaanggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yangmembunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengansengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t.

    yang bermaksud:

    "Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yangberakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)

    3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkanminum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arakwajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimanayang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:

    "Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali

    sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan

    Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .

    4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supayanasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhanharam itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebatdan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkandaripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:

    "Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah

    telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannyadisebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda

    dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan

    direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

    5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompakdengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkanhukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri keatas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukansebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

    "Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya)

    potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telahusahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah

    maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)

    Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

    Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

    http://www.go2pdf.com/http://www.go2pdf.com/
  • 8/13/2019 fiqh bab3

    2/2

    "Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta

    melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas danmembunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh

    sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh danmerampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau merekamerampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman

    awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan diakhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." ( Surah Al-Ma'idah: 33)

    Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

    http://www.go2pdf.com/http://www.go2pdf.com/