[FIRST - 3] BH/DALAM NEGERI/PAGES 18/11/13

1
“Mula-mula 20 hingga 25 kanak-kanak prasekolah hadir yang diadakan di kolong blok itu, tetapi sesudah itu hanya lima hingga enam orang saja yang datang. Bagaimanapun, kami tak berputus harap, dan ingin memperkenalkan projek sudut membaca ini pula... Jadi, pengajarannya bagi saya ialah tidak menyerah kalah. Program membaca pertama untuk kanak-kanak tidak begitu berjaya, tetapi kami cuba cara yang lain.” – Dr Intan Azura Mokhtar, mengenai kegagalan projek membaca terdahulu. WAWANCARA BERSAMA DR INTAN AZURA MOKHTAR EDEWANI ABBAS [email protected] MEMBANTU kanak-kanak me- miliki kemahiran membaca akan lebih diberi tumpuan oleh Dr Intan Azura Mokhtar sebagai projek-pro- jek yang akan dilaksanakan di ka- wasan undinya pada tahun baru mendatang. Di samping itu, beliau ingin mem- perluas semangat menolong di kala- ngan penduduknya dengan me- ningkatkan projek berkongsi maka- nan dengan penduduk susah dan mengadakan sesi berkongsi kepaka- ran. Ditemui baru-baru ini, Dr Intan, Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, memberitahu bahawa beliau merancang menubuhkan sudut mem- baca di sebuah pusat Jawatankuasa Penduduk (RC)-nya. SUDUT MEMBACA Apa yang istimewa mengenai sudut ini, katanya, ialah ia akan dimuatkan dengan buku-buku yang tidak diperlukan lagi yang diderma- kan oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB). “Kanak-kanak boleh ambil buku-buku ini secara percuma untuk membacanya. Mereka tidak perlu pinjam, ia tidak perlu dicop, tiada re- kod dibuat. “Mereka boleh membawanya ke rumah dan tidak perlu memulang- kannya, tapi jika mereka mahu pulangkan, ia baik juga, agar kanak- kanak lain boleh membaca buku itu,” terang Dr Intan. Projek ini diharap dapat dimula- kan Januari depan dengan kerja- sama NLB dan akan lebih ditumpu- kan pada kanak-kanak daripada ke- luarga berpendapatan rendah di flat-flat sewa di Buangkok Crescent. Terdapat dua blok flat sewa di ka- wasan tersebut – lebih 50 peratus di- huni penduduk Melayu. Di kawasan itu, kanak-kanaknya sering dilihat masih berkeliaran pada lewat malam. Jadi, mengadakan sudut membaca dilihat baik untuk mereka agar mereka tidak membuang wak- tu, sebaliknya mengisi masa dengan membaca. Sebenarnya projek itu adalah lan- jutan daripada program membaca terdahulu bersama NLB yang dilan- carkan Dr Intan untuk kanak-kanak prasekolah dengan bimbingan sukarelawan. “Mula-mula 20 hingga 25 kanak-kanak prasekolah hadir yang diadakan di kolong blok itu, tetapi sesudah itu hanya lima hingga enam orang saja yang datang. “Bagaimanapun, kami tak ber- putus harap, dan ingin memperkenal- kan projek sudut membaca ini pu- la,” kata Dr Intan lagi. PANDAI BACA SEBELUM MASUK DARJAH SATU Selain itu, katanya, beliau gem- bira dapat bekerjasama dengan se- kumpulan rakan kerjanya seramai lima hingga enam orang, untuk men- gadakan satu lagi projek membaca. Kumpulan pendidik kanan ini, antara mereka pengetua sekolah dan bekas pengetua, akan menjalan- kan satu projek kajian yang ber- tujuan membantu kanak-kanak prasekolah memiliki kemahiran membaca sebelum mereka masuk sekolah. Mereka akan mendapatkan se- kumpulan kanak-kanak berusia lima tahun daripada keluarga berpen- dapatan rendah di kawasan undi Jalan Kayu dan membimbing mere- ka memiliki kemahiran membaca se- belum mereka memasuki darjah satu pada 2015. Untuk memaksimumkan kesan- nya, jumlah kanak-kanak itu akan di- hadkan kepada 12 orang saja. Anggota keluarga mereka, khususnya ibu bapa, akan dilibatkan sama. Mereka perlu membaca ber- sama kanak-kanak itu setiap hari. “Jadi, pengajarannya bagi saya ialah tidak menyerah kalah. Pro- gram membaca pertama untuk kanak-kanak tidak begitu berjaya, tetapi kami cuba cara yang lain,” ujar Dr Intan, seorang penolong pro- fesor di Institut Pendidikan Nasional (NIE)-Universiti Teknologi Nanyang (NTU). KONGSI BERSAMA PENDUDUK Mengenai projek berkongsi ma- kanan yang diberi nama ‘Care and Share’ (Prihatin dan Berkongsi), ia bertujuan menanamkan semangat berkongsi di kalangan penduduk. Di bawah projek itu, penduduk digalak menderma makanan mereka sebulan sekali, sama ada makanan kering atau dalam tin, kepada pen- duduk susah. Para sukarelawan akan mem- bungkus makanan itu dan menyerah- kannya kepada penduduk susah dalam acara-acara khusus. “Melalui projek ini, penduduk susah dapat ditolong bukan sahaja melalui derma daripada pemerintah dan badan-badan, tetapi daripada penduduk sendiri. “Biarpun derma itu merupakan satu tin kecil makanan, tetapi kalau ia dikumpulkan, lama-lama jadi bu- kit,” kata Dr Intan. Projek itu telah diperkenalkan se- tahun setengah lalu dan mendapat sambutan hangat. “Seterusnya kami akan meluas- kannya dan menggalakkan pen- duduk berkongsi barang lain pula seperti pakaian. “Malah, kami ingin dapatkan kanak-kanak daripada keluarga susah memberikan senarai per- mintaan mereka seperti perkakas un- tuk belajar yang tidak dapat mereka miliki kerana tidak mampu, dan kami akan memberikannya sebagai hadiah,” ujar Dr Intan lagi. Dari segi perkongsian kepakaran di antara penduduk pula, beliau ber- harap dapat mengadakan sesi atau ceramah di mana penduduk yang mahir dalam bidang tertentu seperti pendidikan atau kewangan, berkong- si ilmu itu dengan penduduk dalam satu bengkel. “Jadi, seorang guru, misalnya, boleh membimbing penduduk lain mengenai cara-cara berkesan menga- jar matematik untuk anak-anak,” be- liau memberi contoh. KELAS TULISAN JAWI Dr Intan juga memberitahu ingin memperkenalkan kelas tulisan Jawi bagi penduduk kerana ada yang ber- minat mempelajarinya. Ini akan dijalankan dengan kerja- sama Jawatankuasa Eksekutif Kegia- tan Melayu (MAEC) Jalan Kayu dan Persatuan Rakyat (PA). Bacalah... antara projek tumpuan TIDAK PUTUS ASA: Dr Intan tidak putus asa walaupun program membaca untuk kanak-kanak yang dilancarkannya dahulu dengan kerjasama NLB, kurang mendapat sambutan. Justeru, beliau akan memperkenalkan satu program baru – sudut membaca di sebuah pusat RC di kawasanundinya. – FOTO TAUFIK A. KADER. ERancang ‘Sudut Membaca’ yang disasar bagi kanak-kanak golongan susah EMahu perluas semangat bantu-membantu, kongsi makanan di kalangan penduduk KONGSI REZEKI: Dr Intan (bertudung) semasa acara pembahagian makanan di bawah projek ‘Care And Share’ untuk penduduknya tidak lama dahulu. Beliau akan meluaskan projek itu dengan mengajak penduduk mendermakan barangan lain seperti pakaian pula untuk penduduk susah. – Foto fail

Transcript of [FIRST - 3] BH/DALAM NEGERI/PAGES 18/11/13

Page 1: [FIRST - 3] BH/DALAM NEGERI/PAGES 18/11/13

“Mula-mula 20hingga 25kanak-kanakprasekolah hadiryang diadakan dikolong blok itu,tetapi sesudah ituhanya lima hinggaenam orang saja yangdatang.Bagaimanapun, kamitak berputus harap,dan inginmemperkenalkanprojek sudutmembaca ini pula...Jadi, pengajarannyabagi saya ialah tidakmenyerah kalah.Program membacapertama untukkanak-kanak tidakbegitu berjaya, tetapikami cuba cara yanglain.”

– Dr Intan AzuraMokhtar, mengenaikegagalan projekmembaca terdahulu.

WAWANCARA BERSAMA DR INTAN AZURA MOKHTAR

PEMBACA akhbar ter-bitan Singapore PressHoldings (SPH) kini bolehmendapatkan akhbaryang digemari pada hargayang lebih rendah.

Mulai hari ini hingga 1Disember, pembacaboleh membeli:

E Satu set akhbar TheNew Paper (TNP) danThe Straits Times (ST)pada harga $1.20;

E Satu set TNP danBerita Harian (BH) padaharga $1; dan

E Satu set TNP danTamil Murasu (TM) padaharga $1.

Tawaran itu turut me-liputi edisi Ahad, yangharganya lebih tinggi.

Harga biasa ST ialah90 sen senaskhah, semen-tara TNP berharga 70 sensenaskhah pada hari biasadan 80 sen pada Ahad.

Harga BH ialah 50 sendari Isnin hingga Jumaat,dan 60 sen pada Sabtudan Ahad.

TM dijual pada harga50 sen senaskhah padahari biasa dan 60 senpada Ahad.

Dengan tawaran itu,pembaca berpeluang men-jimatkan 20 sen hingga 70sen bagi setiap pem-belian.

Jurucakap jabatanpengedaran SPH berkataada persamaan antarapembaca BH dan TNP ke-

tika dikaji gaya pem-belian mereka. PembeliBH juga sering membeliTNP pada masa yang sa-ma, menurut beliau.

Oleh itu, bagi me-rakam penghargaan kepa-da pembaca, SPH me-nawarkan pakej tersebut,yang harganya lebihrendah daripada biasa.

“Kami ingin memberiganjaran kepada pem-baca atas kesetiaan mere-ka selama ini. Kami ber-harap mereka membacabukan satu, tetapi duaakhbar terbitan SPHdalam dua bahasa ber-beza.

“Jika mereka beli duaakhbar pada hari-haridalam tempoh tawaranitu, mereka dapat men-jimatkan wang. Selalunyaakhbar lebih mahal padahari-hari luar tawaran.

“Tawaran ini mem-bolehkan pembaca setiakami berjimat,” ujar juru-cakap itu.

Di samping itu, pro-mosi tersebut diadakansempena ulang tahunke-25 TNP berada di pasa-ran Singapura.

Pakej dua akhbar ituboleh didapatkan di kedai7-11, farmasi Guardian,pasar raya Cold Storage,NTUC FairPrice danCheers serta kedai mi-nyak Caltex serata Singa-pura.

EDEWANI [email protected]

MEMBANTU kanak-kanak me-miliki kemahiran membaca akanlebih diberi tumpuan oleh Dr IntanAzura Mokhtar sebagai projek-pro-jek yang akan dilaksanakan di ka-wasan undinya pada tahun barumendatang.

Di samping itu, beliau ingin mem-perluas semangat menolong di kala-ngan penduduknya dengan me-ningkatkan projek berkongsi maka-nan dengan penduduk susah danmengadakan sesi berkongsi kepaka-ran.

Ditemui baru-baru ini, Dr Intan,Anggota Parlimen GRC Ang MoKio, memberitahu bahawa beliaumerancang menubuhkan sudut mem-baca di sebuah pusat JawatankuasaPenduduk (RC)-nya.

SUDUT MEMBACAApa yang istimewa mengenai

sudut ini, katanya, ialah ia akandimuatkan dengan buku-buku yangtidak diperlukan lagi yang diderma-kan oleh Lembaga PerpustakaanNegara (NLB).

“Kanak-kanak boleh ambilbuku-buku ini secara percuma untukmembacanya. Mereka tidak perlupinjam, ia tidak perlu dicop, tiada re-kod dibuat.

“Mereka boleh membawanya kerumah dan tidak perlu memulang-kannya, tapi jika mereka mahupulangkan, ia baik juga, agar kanak-kanak lain boleh membaca bukuitu,” terang Dr Intan.

Projek ini diharap dapat dimula-kan Januari depan dengan kerja-sama NLB dan akan lebih ditumpu-kan pada kanak-kanak daripada ke-luarga berpendapatan rendah diflat-flat sewa di Buangkok Crescent.

Terdapat dua blok flat sewa di ka-wasan tersebut – lebih 50 peratus di-huni penduduk Melayu. Di kawasanitu, kanak-kanaknya sering dilihatmasih berkeliaran pada lewatmalam. Jadi, mengadakan sudutmembaca dilihat baik untuk merekaagar mereka tidak membuang wak-tu, sebaliknya mengisi masa denganmembaca.

Sebenarnya projek itu adalah lan-jutan daripada program membacaterdahulu bersama NLB yang dilan-carkan Dr Intan untuk kanak-kanakprasekolah dengan bimbingansukarelawan.

“Mula-mula 20 hingga 25kanak-kanak prasekolah hadir yangdiadakan di kolong blok itu, tetapisesudah itu hanya lima hingga enamorang saja yang datang.

“Bagaimanapun, kami tak ber-putus harap, dan ingin memperkenal-kan projek sudut membaca ini pu-la,” kata Dr Intan lagi.

PANDAI BACA SEBELUMMASUK DARJAH SATUSelain itu, katanya, beliau gem-

bira dapat bekerjasama dengan se-kumpulan rakan kerjanya seramailima hingga enam orang, untuk men-gadakan satu lagi projek membaca.

Kumpulan pendidik kanan ini,antara mereka pengetua sekolahdan bekas pengetua, akan menjalan-kan satu projek kajian yang ber-tujuan membantu kanak-kanakprasekolah memiliki kemahiranmembaca sebelum mereka masuksekolah.

Mereka akan mendapatkan se-kumpulan kanak-kanak berusia limatahun daripada keluarga berpen-dapatan rendah di kawasan undiJalan Kayu dan membimbing mere-ka memiliki kemahiran membaca se-belum mereka memasuki darjahsatu pada 2015.

Untuk memaksimumkan kesan-nya, jumlah kanak-kanak itu akan di-hadkan kepada 12 orang saja.

Anggota keluarga mereka,khususnya ibu bapa, akan dilibatkansama. Mereka perlu membaca ber-sama kanak-kanak itu setiap hari.

“Jadi, pengajarannya bagi sayaialah tidak menyerah kalah. Pro-gram membaca pertama untukkanak-kanak tidak begitu berjaya,tetapi kami cuba cara yang lain,”ujar Dr Intan, seorang penolong pro-fesor di Institut Pendidikan Nasional(NIE)-Universiti Teknologi Nanyang(NTU).

KONGSI BERSAMAPENDUDUKMengenai projek berkongsi ma-

kanan yang diberi nama ‘Care andShare’ (Prihatin dan Berkongsi), iabertujuan menanamkan semangatberkongsi di kalangan penduduk.

Di bawah projek itu, pendudukdigalak menderma makanan merekasebulan sekali, sama ada makanankering atau dalam tin, kepada pen-duduk susah.

Para sukarelawan akan mem-bungkus makanan itu dan menyerah-kannya kepada penduduk susahdalam acara-acara khusus.

“Melalui projek ini, penduduksusah dapat ditolong bukan sahajamelalui derma daripada pemerintahdan badan-badan, tetapi daripadapenduduk sendiri.

“Biarpun derma itu merupakansatu tin kecil makanan, tetapi kalauia dikumpulkan, lama-lama jadi bu-kit,” kata Dr Intan.

Projek itu telah diperkenalkan se-tahun setengah lalu dan mendapatsambutan hangat.

“Seterusnya kami akan meluas-kannya dan menggalakkan pen-duduk berkongsi barang lain pulaseperti pakaian.

“Malah, kami ingin dapatkankanak-kanak daripada keluargasusah memberikan senarai per-mintaan mereka seperti perkakas un-tuk belajar yang tidak dapat mereka

miliki kerana tidak mampu, dankami akan memberikannya sebagaihadiah,” ujar Dr Intan lagi.

Dari segi perkongsian kepakarandi antara penduduk pula, beliau ber-harap dapat mengadakan sesi atauceramah di mana penduduk yangmahir dalam bidang tertentu sepertipendidikan atau kewangan, berkong-si ilmu itu dengan penduduk dalamsatu bengkel.

“Jadi, seorang guru, misalnya,boleh membimbing penduduk lain

mengenai cara-cara berkesan menga-jar matematik untuk anak-anak,” be-liau memberi contoh.

KELAS TULISAN JAWIDr Intan juga memberitahu ingin

memperkenalkan kelas tulisan Jawibagi penduduk kerana ada yang ber-minat mempelajarinya.

Ini akan dijalankan dengan kerja-sama Jawatankuasa Eksekutif Kegia-tan Melayu (MAEC) Jalan Kayu danPersatuan Rakyat (PA).

Tawaran khasset akhbar

BH dan TNP

Bacalah... antara projek tumpuan

TIDAK PUTUS ASA: Dr Intan tidak putus asa walaupun program membaca untuk kanak-kanak yang dilancarkannya dahulu dengan kerjasama NLB, kurang mendapat sambutan.Justeru, beliau akan memperkenalkan satu program baru – sudut membaca di sebuah pusat RC di kawasanundinya. – FOTO TAUFIK A. KADER.

CLA/AUG06/gCATS Recruit

The first door to your world of opportunities

ERancang ‘Sudut Membaca’ yang disasarbagi kanak-kanak golongan susah

EMahu perluas semangat bantu-membantu,kongsi makanan di kalangan penduduk

KONGSI REZEKI: Dr Intan (bertudung) semasa acara pembahagian makanan di bawah projek ‘Care And Share’ untukpenduduknya tidak lama dahulu. Beliau akan meluaskan projek itu dengan mengajak penduduk mendermakan barangan lainseperti pakaian pula untuk penduduk susah. – Foto fail

Berita Harian | Isnin, 18 November 2013 3

Berita SETEMPAT

wxjlow
Highlight