39294128 Asgmt Laras Bhs

28
SKMB 2033. Suraya Hanis Ilias G 75841 PENGHARGAAN Pertamanya, marilah kita panjatkan kesyukuran kita ke hadrat Allah s.w.t kerana masih lagi memanjangkan umur kita dan dapat kita mengecapi nikmat yang tidak terhingga. Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga Baginda serta para Sahabat dan pengikutnya. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat tutor, iaitu Dr. Shahidi Abd Hamid dan Pn.Saadiah Maalip yang juga merupakan pensyarah subjek, di atas tunjuk ajar dan nasihat serta kritikan yang amat berguna dalam saya menyiapkan kerja kursus yang tidak seberapa ini. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih ini di tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang juga telah banyak membantu saya. Kertas kerja ini adalah merupakan salah satu syarat bagi melengkapkan kursus Variasi Sosial Bahasa Melayu ( SKMB 2033 ) . Tajuk yang dipilih oleh saya ialah Peranan Laras Bahasa Dalam Perlakuan Sosial. Tugasan ini sedikit sebanyak membuatkan saya lebih faham betapa pentingnya Variasi Bahasa dalam masyarakat pada dewasa ini. Akhir kata, saya berharap kertas kerja ini dapat memberi sedikit sumbangan kepada alam pendidikan untuk

description

laras bahasa

Transcript of 39294128 Asgmt Laras Bhs

SKMB 2033.

Suraya Hanis Ilias

G 75841

PENGHARGAAN

Pertamanya, marilah kita panjatkan kesyukuran kita ke hadrat Allah s.w.t kerana masih lagi memanjangkan umur kita dan dapat kita mengecapi nikmat yang tidak terhingga. Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga Baginda serta para Sahabat dan pengikutnya.Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat tutor, iaitu Dr. Shahidi Abd Hamid dan Pn.Saadiah Maalip yang juga merupakan pensyarah subjek, di atas tunjuk ajar dan nasihat serta kritikan yang amat berguna dalam saya menyiapkan kerja kursus yang tidak seberapa ini. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih ini di tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang juga telah banyak membantu saya.Kertas kerja ini adalah merupakan salah satu syarat bagi melengkapkan kursus Variasi Sosial Bahasa Melayu ( SKMB 2033 ) . Tajuk yang dipilih oleh saya ialah Peranan Laras Bahasa Dalam Perlakuan Sosial. Tugasan ini sedikit sebanyak membuatkan saya lebih faham betapa pentingnya Variasi Bahasa dalam masyarakat pada dewasa ini.Akhir kata, saya berharap kertas kerja ini dapat memberi sedikit sumbangan kepada alam pendidikan untuk perkongsian bersama. Setiap yang kurang itu datangnya dari kelemahan saya sendiri dan yang apa yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. Semoga usaha ini mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.Sekian.KANDUNGAN

HALAMAN

Pengenalan

1 - 2

Hubungan laras bahasa dengan masyarakat

3 4

Ciri ciri laras

4 7Jenis laras bahasa

8 11

Peranan Laras Dalam Perlakuan Sosial

12- 14

Kesimpulan

15

Rujukan

16Peranan Laras Bahasa Dalam Perlakuan Sosial.Menurut Dell Hymes, sosiolinguistik adalah merupakan bidang yang mengkaji bahasa daripada segi hubungan antara latar, peserta, tajuk perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan sesama sendiri.

Bidang ini juga boleh dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistik sosial, iaitu bidang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan masyarakat. Lazimnya bidang ini menumpukan kajian bahasa itu dan topik atau konteks pengujarannya, seperti bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, laras bahasa, pidgin, kreol, bilinguisme, multilinguisme, dialek, ideolik, ragam bahasa, sikap terhadap bahasa dan kesetiaan terhadap bahasa juga perancangan bahasa.

Sosiolinguistik juga merupakan cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dan masyarakat penuturnya. Ilmu ini merupakan kajian kontekstual terhadap variasi penggunaan bahasa masyarakat dalam sebuah komunikasi yang alami. Variasi dalam kajian ini merupakan masalah asal yang dipengaruhi atau mempengaruhi perbezaan aspek sosiokultural dalam masyarakat. Transformasional yang dipelopori Chomsky tidak mengakui realiti sosial dalam masyarakat. Bagi Chomsky dan pengikutnya, status sosial yang berbeza, umur, jantina, latar belakang sesuatu bangsa, pendidikan, dan sebagainya diabaikan sebagai faktor yang sangat berpengaruh dalam menentukan pilihan-pilihan berbahasa. Berpijak dari paradigma ini Sosiolinguistik berkembang ke arah pembelajaran yang melihat bahawa bahasa tidak dapat dijelaskan secara memuaskan tanpa melibatkan aspek-aspek sosial yang mencirikan sesuatu masyarakat.

Variasi bahasa merupakan salah satu cabang dalam bidang sosiolinguistik. Variasi bahasa didefinisikan sebagai kelainan bahasa iaitu perbezaan bentuk bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu. Halliday(1968 ),menjeniskan bahasa bahasa kepada dua aspek iaitu pengguna ( orang yang mengguna sesuatu bahasa dan penggunaan ( kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan. Perbezaan bahasa pengguna berdasarkan daerah atau disebabkan faktor geografi yang dipanggil dialek daerah. Kelainan bahasa juga disebabkan oleh perbezaan sebutan antara individu dengan individu yang lain yang dipanggil idiolek. Variasi bahasa yang terhasil berdasarkan aspek penggunaan pulaialah dialek social.Dialek sosial yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah bahasa baku, bahasa formal,bahasa tidak formal, bahasa halus dan bahasa kasar, bahasa istana dan bahasa biasa serta bahasa pasar dan bahasa slanga.Laras pula merupakan satu daripada kelainan sosial secara umum kerana penghasilannya berkait rapat dengan satu faktor sosial, judul dan tema. Disebabkan tema sesuatu perkara berbeza dengan tema perkara yang lain, maka wujud laras yang berbeza. Contoh perbezaan penggunaan kosa kata. Laras umum digunakan dalam situasi kebahasaan umum.( Noriah Muhammad : 24 )

Laras bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud sesuatu variasi bahasa yang boleh dipilih dari sekumpulan variasi yang ada pada bahasa tersebut. Halliday ( 1968 ) mendefinisikan sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Menurut beliau, apabila kita mengamati perlakuan bahasa, yang wujud dalam pelbagai konteks , kita dapati perbezaan dalam jenis jenis bahasa yang digunakan disesuaikan dengan situasi yang berbeza beza.

Menurut Halliday lagi, beliau meninjau persoalan variasi bahasa berdasarkan dua faktor, pengguna dan penggunaannya, iaitu tempat asal seseorang, ialah dialek, variasi yang berkaitan dengan penggunaan, iaitu berbeza mengikut kumpulan sosial yang menggunakannya iaitu laras. Setiap jenis laras terpisah dari segi pilihan dan susunan kta serta frasanya yang tersendiri. Bagi faktor faktor penentu jenis laras ialah peranan pembicara, bilangan dan status pandangan dan latar pertuturan tajuk tersebut. Faktor faktor penentu ini juga akan menghasilkan tiga kategori laras yang ditinjau dari aspek teknikaliti ( tajuk ), formaliti ( gaya ) dan bentuk penyampaianHubungan laras bahasa dengan masyarakat.

Laras adalah satu konvensi sosial. Sesuatu laras digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Apabila laras yang berbeza untuk situasi yang berbeza, masyarakat sedar situasi sosial yang berlainan wujud di persekitaran mereka. Jumlah laras seseorang itu menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasanya serta peranan yang dimainkan dalam masyarakat. Bahasa merupakan satu lambang bunyi yang arbitrari yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung. Pengguna yang menggunakan satu bahasa berbeza daripada segi dialek dan ideoleknya. Penggunaan bahasa merujuk kepada bentuk bahasa yang digunakan dalam pelbagai media berdasarkan kesesuaian suasana. Bentuk bahasa yang lebih khusus sifatnya bagi membincangkan sesuatu bidang itulah yang dianggap sebagai laras. Kemampuan seseorang menggunakan laras yang betul dan tepat mengikut situasi dan keadaan membolehkan segala maklumat yang ingin dinyatakan lebih mudah difahami dan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan.

Bahasa mempunyai fungsi fungsi tersendiri iaitu sebagai penyampai maklumat, penyataan mental (emosi ), pengikat kumpulan social, lambing kumpulan sebaya dan lain lain. Laras ditentukan untuk membolehkan bahasa digunakan dengan betul dan menepati fungsinya. Menurut Halliday, variasi bahasa yang timbul berkaitan dengan penggunaannya iaitu melibatkan tempat asal seseorang ialah dialek dan variasi bahasa yang berkaitan dengan penggunaannya, iaitu mengikut kumpulan sosial yang menggunakannya ialah laras.

Bahasa

Pengguna

Penggunaan

Dialek

Laras

Manakala Dr.Nik Safiah Karim menegaskan , laras bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap tiap penutur.( 1989 : 2). Asmah Hj Omar pula menyatakan laras bahasa merupakan kelainan bahasa yang digunakan menurut bidang ilmu dan bidang sosial.Bahasa dan ilmuan tertentu memperlihatkan beberapa perbezaan daripada bahasa yang digunakan dan ilmu yang lain.Perbezaan yang wujud bukanlah perbezaan sistem bahasa tetapi kesukaran bahasa wujud dalam pemahaman konsep konsep yang didukung oleh istilah - istilah khas yang digunakan pada ilmu berkenaan.

Raminah Hj Sabran ( 1989 ) menjelaskan setiap bahasa mempunyai beberapa laras yang tersendiri yang digunakan dalam situasi atau konteks yang berbeza.Contohnya , disebabkan faktor geografi , terdapat beberapa dialek daerah dalam Bahasa Melayu dan dialek daerah ini termasuk dalam laras bahasa tidak formal, iaitu yang digunakan dalam hubungan tidak rasmi seperti untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga dan rakan rakan.Ciri ciri laras.

Kajian terhadap laras bahasa memberi pertimbangan kepada dua faktor utama iaitu ciri ciri keperihalan peristiwa bahasa itu, dan ciri ciri linguistik. Bagi ciri ciri keperihalan, Ure & Ellis ( 1977 ) mengkategorikan kepada dua jenis iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran. Situasi luaran bermaksud latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan perlakuan anggota masyarakat. Contohnya huraian tentang bahasa Melayu lama perlu dikaitkan dengan situasi istana dan tradisi sastera lisan. Situasi persekitaran pula mencakupi aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa. Terdapat banyak aspek situasi persekitaran yang menimbulkan laras yang berbeza.

Di antaranya ialah cara penyampaian. Cara penyampaian ialah bentuk perhubungan yang digunakan, termasuk jenis bahasa, peserta yang terlibat dalam sesuatu peristiwa bahasa, serta jangka masa yang digunakan untuk penggunaan bahasa itu. Bahasa lisan amat berbeza dengan bahasa tulisan. Di kalangan jenis bahasa tulisan pula, pelbagai variasi dapat diwujudkan. Contohnya laporan, ucapan, esei, novel dan cerpen.

Seterusnya ialah perhubungan sosial dan peribadi. Perhubungan itu ialah perhubungan dalam penggunaan sesuatu bahasa. Perhubungan peribadi ialah perhubungan antara individu dengan individu secara terus manakala perhubungan sosial ialah perhubungan yang berlaku antara penghasil dan pembaca buku, majalah dan alat media yang lain. Penggunaan bahasa dalam perkara ini berlaku secara tidak formal. Dalam perhubungan peribadi, kata ganti nama diri seperti `saya`, `aku` dan `awak` digunakan.

Selain itu ialah bahan yang diperkatakan. Sesuatu bahan yang diperkatakan atau dibincangkan menggunakan laras bahasa yang berlainan sifatnya dan ini bergantung kepada isi yang ingin disampaikan. Aspek ini meliputi perkara biasa dalam rutin harian seperti makan, minum, bekerja dan sebagainya, sehinggalah kepada bidang yang khusus yang memerlukan kemahiran yang tertentu seperti bidang sains dan teknologi.

Perlakuan bahasa diperlukan kerana bahasa merupakan alat utama dalam perlakuan sosial. Contohnya bahasa digunakan untuk menghasilkan sesuatu maksud atau perasaan , bahasa dalam sesuatu majlis , bahasa yang digunakan untuk member pertolongan, permintaan,arahan dan sebagainya. Dalam setiap situasi sosial terdapat penggunaan bahasa yang berbeza bergantung kepada faktor faktor seperti jenis perbualan, orang yang terlibat dalam perbualan dan peranan situasi tersebut dalam masyarakat.

Faktor faktor di atas menerangkan aspek situasi persekitaran yang menimbulkan laras yang berbeza. Hubungan erat antara susunan bahasa dengan situasi tertentu akan menghasilkan laras yang tersendiri.

Di samping itu ciri ciri linguistik juga dapat membentuk sesuatu laras . Sesuatu ciri ciri linguistik berkait rapat dengan faktor sosial seperti latar belakang orang yang berkomunikasi atau menulis, hubungan dengan pembaca dengan penulis atau pendengar dengan tajuk yang dibicarakan. Sifat sifat bahasa itu sendiri yang memberi perubahan iaitu mencakupi aspek aspek kehadiran atau ketidakhadiran sesuatu ciri, kekerapan kehadiran dan susunan struktur tertentu.

Secara amnya, terdapat dua perkara utama yang menunjukkan pemisahan antara laras iaitu tatabahasa dan perbendaharaan kata. Contohnya:(a) Mereka ke Perak minggu lalu.

(b) Minggu lalu mereka ke Perak.

(c) Ke Perak, mereka minggu lalu.

Ketiga tiga ayat di atas memberi penekanan berbeza yang ditimbulkan oleh susunan stuktur ayat yang berlainan. Ini dicapai dengan menggunakan susunan ayat yang berlainan. Ini dicapai dengan menggunakan susunan ayat biasa dalam (a), dan susunan songsang dalam ayat (b) dan (c). Berbeza pula dengan contoh di bawah ini.

( a ) Polis menangkap perompak itu.

( b ) Perompak itu ditangkap oleh polis itu.

( c ) Perompak itu tertangkap.

Ketiga tiga ayat tersebut member penekanan berbeza, yang ditimbulkan oleh susunan struktur ayat yang berbeza. Ini dicapai dengan menggunakan struktur pasif biasa dalam ayat ( b ) dan struktur pasif yang digugurkan konstituen agentifnya dalam ayat ( c). Ini merupakan satu aspek pengggunaan struktur pasif.Struktur pasif juga digunakan untuk situasi yang memerlukan bahasa yang tidak formal dan ini menunjukkan jarak formalitinya yang jelas. Contohnya:( a ) Dilarang memijak rumput ini.

( b ) Awas. Jalan sedang dibaiki.

Susunan frasa dan ayat juga membawa kelainan dalam penggunaan bahasa. Contohnya ;

Begitu juga negara negara jiran yang lain, ekonomi mereka berkembang dengan pesat dan membangun.Cara penyampaian sama ada bentuk lisan atau ditulis , memperlihatkan kelainan dalam bahasa. Bahasa lisan mempunyai ciri ciri tertentu yang berbeza daripada struktur bahasa bertulis. Pilihan, bentuk kata ,susunan ayat memberi variasi tertentu. Contohnya :( a ) Dia menunggu anaknya yang telah lama tidak pulang.

( b ) Adik tidak tahu berapa lama lagi ingin menunggu abangnya.

Jenis Laras Bahasa

Laras bahasa dapat dibahagikan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus. Laras biasa ialah laras yang digunakan atau diaplikasikan untuk masyarakat umum seperti laras dalam atau untuk bidang hiburan, laporan sukan, berita sukan, pengetahuan dan penerangan, syarahan, rencana, penyampaian maklumat dan pemujukan (yang berbentuk rencana atau iklan). Sementara laras khusus pula ialah yang merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus, seperti atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana berkenaan bidang sains, laporan dan ulasan buku).

Namun demikian, terdapat tiga pembeza utama yang dapat membezakan antara laras biasa dengan laras khusus, iaitu kosa kata, tatabahasa dan gaya laras-laras itu. Laras Bahasa Biasa.Formal dan Tidak Formal

Seperti yang diterangkan di atas, laras biasa ialah laras bahasa yang digunakan untuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti hiburan, pengetahuan dan penerangan dan maklumat dan pemujukan. Dari segi teknik wacananya, gaya ayat dalam laras ini adalah sederhana, ringkas dan padat. Erti kata lain, struktur ayat yang digunakan adalah mudah, contohnya laras yang tertera di papan keterangan: "Dilarang Masuk", "Dilarang Merokok", "Untuk Kakitangan Sahaja", "Jangan Membuang Sampah Di Sini".

Laras bahasa biasa dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu formal dan tidak formal. Laras bahasa biasa yang berbentuk formal atau rasmi biasanya digunakan dalam majlis-majlis rasmi, dalam surat kiriman dan sebagainya, seperti laras bahasa yang digunakan juruacara majlis sambutan hari kebangsaan, dan dalam penulisan surat memohon pekerjaan atau rayuan. Manakala, laras bahasa biasa yang berbentuk tidak formal merujuk kepada bahasa yang tidak formal yang digunakan sehari-hari, di mana banyak berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan baik pengguguran subjek, predikat atau objek. (Seperti yang terdapat dalam perbualan santai remaja atau bahasa di pasar ).Laras Bahasa BiasaLaras bahasa biasa tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan, encana) dan maklumat dan pemujukan (rencana, iklan). Gaya ayatnya juga mudah dan ringkas.Struktur ayatnya juga mudah. Contohnya: Di larang merokok.Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.Laras formal digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya. Manakala laras tidak formal pula berlaku proses pengguguran ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat dan objek..

Laras Bahasa PerniagaanMempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan melakukan tindkan.Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.

Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:

(a) slogan: Kami Ada Cara

(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual (c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Katil Jenama Y

(D) Perisytiharan: Vios dengan Aksesori Lengkap

(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu

(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.

(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama

(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai

(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin X.

Laras Bahasa AkademikLaras bahasa akademik meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan.Ia bersifat teknikal.Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan tesis, penulis perlu mengikut forrmat tertentu seperti perlu ada catatan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab.Ia juga menggunakan istilah-istilah yang khusus kepada sesuatu bidang, dan biasanya perlu dihafal. Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, pendebungaan dan sebagainya.

Laras Bahasa Undang-UndangLaras bahasa undang undang tidak ada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan sebagainya. Ia mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum, habeas corpus dan sebagainya.Laras bahasa mediaBerita sebagai satu wacana mempunyai truktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilanganbesar pemvbaca akhbar.

Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah, bahasa yang digunakan mudah, gaya tulisan yang jelas dan isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orang ramai.Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klaausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya perlulah dielakkan.

Laras Bahasa SasteraLaras bahasa sastera memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.Antara beberapa ciri bahasa sastera ialah :a kreatif dan imaginatif: kabur mesej

b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata

c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasa dan sebagainya.

d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.

e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

Laras Bahasa AgamaLaras bahasa Agama mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab. Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab. Laras bahasa ini adakalanya diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.

Peranan Laras dalam perlakuan sosial.

Laras yang digunakan pada umumnya mempunyai strukturnya yang tersendiri. Oleh kerana terdapat variasi dalam masyarakat ,maka penggunaan bahasa juga memperlihatkan laras yang tidak sama. Laras yang berbeza ditentukan oleh beberapa faktor. Antaranya perbendaharaan kata, susunan ayat, frasa dan perkataan, pemilihan tajuk, cara penyampaian, gaya, tatabahasa dan sebagainya. Laras bahasa yang berbeza mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam perlakuan sosialnya. Penutur bahasa Melayu perlu mengenali laras utama bahasa Melayu. Mereka perlu membezakan antara laras formal dengan laras tidak formal. Ia penting agar tidak timbul penggunaan laras yang tidak sesuai dengan situasi tertentu. Dalam konteks perlakuan sosial , laras yang berbeza beza berfungsi sebagai medium penyampai maklumat, penyataan emosi, pengikat kumpulan sosial, lambang kumpulan sebaya dan sebagainya.

Penggunaan laras yang berbeza beza dalam pelbagai perlakuan sosial sangat penting. Ia penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan jelas. Penggunaan laras yang berbeza berdasarkan bidang tertentu sangat penting dalam penyampaian maklumat. Sesuatu maklumat itu akan dapat disampaikan dengan tepat dan jelas melalui penggunaan laras yang betul. Contohnya jika sesebuah agensi iklan ingin mempromosikan sesuatu produk, mereka akan menggunakan laras iklan.Contohnya ;

( a) Beli satu,percuma satu !

( b) Dapatkan pembelian percuma hari ini!Jangan tunggu lagi!

Selain dari itu, ia juga mencerminkan latar belakang penutur. Kepekaan seseorang penggunaan bahasa menggunakan laras yang berbeza beza mengikut situasi tertentu sama ada formal atau tidak formal,sesuai dengan tajuk perbincangan , faktor orang yang dilawan berbicara atau sebagainya akan mencerminkan latar belakang penutur bahasa tersebut. Contohnya dalam situasi formal seperti menemuramah seseorang tokoh, perlu menggunakan laras bahasa formal dan tidak sesuai menggunakan bahasa rojak atau bahasa pasar. Ini akan menggambarkan taraf akademik serta latar belakang status sosial individu berkenaan. Jelaslah bahawa pemilihan dan penggunaan laras yang sesuai adalah penting dan dapat mencerminkan identiti penutur bahasa tersebut.

Ia juga dapat memupuk nilai penyesuaian diri dengan persekitaran. Sebarang perlakuan sosial yang melibatkan aktiviti bahasa harus menekankan nilai nilai penyesuaian diri dengan persekitaran dan situasi agar timbul perasaan hormat di kalangan orang yang dilawan berinteraksi. Contohnya jika seseorang itu diminta memberi ceramah dalam sesuatu program, beliau perlu mempunyai pengetahuan tentang laras untuk memulakan ucapan dan peka terhadap khalayak yang hadir di majlis itu.Laras memberi ucapan berubah apabila melibatkan kehadiran orang istana.Unsur unsur pemulukan dan pendinaan sebagai satu daripada ciri laras bahasa istana seperti ; Ampun tuanku beribu ribu ampun,sembah patik harap diampun.

Keperluan terhadap pemilihan laras yang sesuai dalam situasi perlakuan sosial yang berbeza, sangat penting difahami oelh seseorang pengguna bahasa agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran secara berkesan. Di samping itu, ia dapat mengeratkan perhubungan sosial dan peribadi. Jika bersesuaian dengan larasnya, hubungan sosial dan peribadi seseorang pengguna bahasa itu akan menjadi lebih erat. Contohnya apabila seseorang berinteraksi dengan majikan menggunakan ayat yang sopan, laras bahasa yang formal, isi perbincangan yang sesuai, ayat yang tersusun, nescaya akan menjamin hubungan sosial yang erat dan menimbulkan perasaan hormat menghormati antara satu sama lain. Begitu juga jika berhubung dengan ahli keluarga dan rakan sebaya,ia perlu juga menggunakan laras yang sesuai agar menjamin hubungan peribadi yang erat antara satu sama lain. Contohnya penggunaan perkataan saya,awak,anja,sayang dan sebagainya. Ia dapat menggambar perhubungan yang sangat erat antara individu itu sendiri di samping membina hubungan yang selesa apabila berinteraksi antara satu sama lain.

Isu yang dibincangkan lebih jelas jika penggunaan laras yang berbeza. Pemilihan dan penggunaan laras bahasa yang bertepatan dengan sesuatu isu atau tajuk perbincangan yang akan dihuraikan dengan penting bagi memudahkan khalayak memahami isu isu tersebut. Setiap laras mempunyai memiliki ciri ciri yang tersendiri dalam mengungkapkan persoalan atau permasalahannya. Oleh itu ciri ciri tersebut berperanan mewujudkan kejelasan dalam pengutaraan sesuatu isu yang berkaitan dengan bidangnya. Contohnya jika seseorang ingin membincangkan bidang sains, laras sains akan digunakan. Begitu juga dengan bidang yang lain, laras bahasa tersebut perlu bersesuaian dengan isu yang diutarakan.Contoh laras bahasa sains ;

( a) Sebatian itu sesuai diindekskan di bahagian yang lebih besar iaitu naftalena.

( b ) Cecair itu sudah didewarnakan.

Penggunaan laras bahasa yang berlainan dalam perlakuan sosial penting dalam menggambarkan situasi, sama ada situasi formal atau tidak formal. Contohnya peniaga di pasar akan menggunakan laras bahasa tidak formal kerana situasi di tempat tersebut memerlukan penggunaan bahasa tidak formal untuk menarik perhatian pelanggan.Laras bahasa tersebut perlu digunakan oleh peniaga kerana mereka perlu melariskan barangan mereka untuk mendapatkan keuntungan hasil perniagaan mereka. Sekiranya mereka malu menggunakan laras bahasa tersebut, perniagaan mereka akan rugi kerana tiada unsur unsur mempromosikan barangan yang dijual. Justeru itu, jelaslah penggunaan laras yang berbeza memberi gambaran terhadap situasi perlakuan sosial.

Penutur bahasa yang mempunyai pengetahuan dan mahir dengan penggunaan laras bahasa, akan menggunakan laras yang betul apabila berdepan dengan khalayak bagi meninggalkan kesan tumpuan minat yang mendalam. Contohnya jika seseorang yang bertanding dalam pidato,beliau harus menggunakan laras pidato untuk menarik perhatian minat pendengardan para hakim pertandingan. Ini kerana laras pidato pidato mempunyai ciri ciri seperti pemilihan kata, susunan ayat dan unsur yang berlainan dengan laras yang lain.Kesimpulan.

Laras merupakan satu daripada kelainan sosial secara umum kerana penghasilannya berkait rapat dengan satu faktor sosial, judul dan tema. Disebabkan tema sesuatu perkara berbeza dengan tema perkara yang lain, maka wujud laras yang berbeza.

Laras bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud sesuatu variasi bahasa yang boleh dipilih dari sekumpulan variasi yang ada pada bahasa tersebut. Apabila kita mengamati perlakuan bahasa, yang wujud dalam pelbagai konteks , kita dapati perbezaan dalam jenis jenis bahasa yang digunakan disesuaikan dengan situasi yang berbeza beza.

Penggunaan laras yang berbeza beza dalam pelbagai perlakuan sosial sangat penting. Ia penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan jelas. Penggunaan laras yang berbeza berdasarkan bidang tertentu sangat penting dalam penyampaian maklumat. Sesuatu maklumat itu akan dapat disampaikan dengan tepat dan jelas melalui penggunaan laras yang betul.

Penggunaan laras bahasa yang berlainan dalam perlakuan sosial penting dalam menggambarkan situasi, sama ada situasi formal atau tidak formal. Ia penting supaya masyarakat tidak salah menggunakan laras bahasa mengikut kesesuaian situasi dan keadaan tertentu.Oleh yang demikian kita perlu mengetahui jenis laras dan penggunaannya dalam dunia moden hari ini. Ilmu ini penting kita praktikkan kerana ia melambangkan kemajuan dalam mempelajari sesuatu laras bahasa. Setiap laras bahasa mempunyai fungsinya tersendiri di samping penggunaannya dalam konteks perlakuan sosial.Rujukan :

Asmah Hj Omar. 1987.Bahasa Laporan.Serdang : Dewan Bahasa dan Pustaka &

Universiti Pertanian Malaysia.Asmah Hj Omar.1993.Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu.Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pelajaran Malaysia.Dr.Nik Safiah Karim.1986.Bahasa Melayu Persoalan dan Pengolahan.Kuala Lumpur :Gathery

Publishing House Sdn.Bhd.Kamaruddin Haji Husin.1995. Laras Bahasa.Serdang :Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd.Noriah Mohamed. 1998.Sosiolinguistik Bahasa Melayu di Malaysia.Universiti

Sains Malaysia : Kuala Lumpur.Rahman Shaari .1993.Memahami Gaya Bahasa. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa

dan Pustaka. S.Nathesan1995..Laras Bahasa Ilmiah. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa

dan Pustaka .