FITRAH 1

24
FITRAH KEJADIAN MANUSIA EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK- KANAK

description

1

Transcript of FITRAH 1

  • FITRAH KEJADIAN MANUSIA

    EDU3102PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

  • PENGERTIAN FITRAH MANUSIAPengertian fitrah berasal dari Bahasa Arab yang bererti sifat, asal kejadian, kesucian, bakat atau tabiat.

    Aa Gym(2005) mendefinisikan fitrah sebagai tabiat yang suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahir, dan belum pernah disentuh atau diubah.

    Ini bererti fitrah merupakan;suatu pemberian atau anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia sama ada dalam bentuk fizikal atau mental;suatu ketetapan Tuhan sejak manusia itu belum dilahirkan, yang merangkumi aspek potensi, bakat semula jadi, keupayaan mental dan fizikal.

  • setiap makhluk di muka bumi ini mempunyai bakat atau sifat semula jadi, yang disifatkan sebagai anugerah yang perlu disalurkan sepenuhnya ke arah kesejahteraan kehidupan di dunia dan di akhirat.Manusia dilahirkan di muka bumi ini cenderung ke arah kebaikan. Menurut Rogers (1951), manusia berkeupayaan untuk menjadi positif dan baik. Oleh itu, manusia sentiasa berusaha kepada penyempurnaan diri.Sifat semulajadi manusia seperti ingin tahu, suka menolong, mendorong manusia untuk meneroka persekitarannya dan ini membantu manusia untuk mencapai kemajuan sejajar dengan perubahan yang berlaku di persekitarannya.

  • Pandangan Tokoh Islam..Menurut tokoh Islam, fitrah manusia merujuk kepada satu ketetapan dan pemberian Tuhan sejak lahir, berlandaskan aspek-aspek seperti bakat, mental, emosi, dan fizikal.Kesejahteraan fitrah manusia akan dapat dicapai apabila jasmani, akal, dan rohnya berada dalam keadaan seimbang.

  • FITRAH KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT PERSPEKTIF AGAMAManusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah S.W.T di muka bumi ini.semua agama di dunia ini percaya bahawa manusia dilahirkan ke dunia dengan sifat-sifat yang baik.Akal dianugerahkan oleh Tuhan, membezakan kejadian manusia dengan makhluk-makhluk lain yang ada di muka bumi ini.menurut Ragib Al Isfahami ( dalam pikiran rakyat 2005), fitrah merujuk kepada kekuatan manusia untuk mengetahui agama yanag benar dan Tuhan yang menciptakannya.ini disokong oleh Al-Ghazali(1971) yang mengatakan, setiap insan wajib mengenali Allah S.W.T. yang merupakan fitrah manusia dalam usaha mengenali diri untuk menjadi insan yang bertakwa.

  • Al Ghazali (1971) turut menyatakan tentang dua unsur berkaitan dengan keperluan manusia iaitu unsur roh dan jasad.ini bereti agama islam percaya manusia yang dijadikan di dunia ini mempunyai keperluan-keperluan tertentu mengikut fitrah kejadiannya iaitu:kehidupan beragamakehidupan beragama merupakan fitrah dalan diri setiap manusia di muka bumi ini. dengan mengenali pencipta-Nya, manusia akan mensyukuri akan keunikan kejadian manusia, dan ini akan menyebabkan manusia menghargai setiap bakat, kebolehan dan keistimewaan yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada setiap hambanya.ini bermakna kehidupan beragama, merupakan fitrah manusia yang sangat penting dalam kehidupan seseorang individu.

  • manusia diciptakan Allah S.W.T. agar beribafat kepada-Nya dan melakukan perbuatan yang sesuai dengan suruhan dan menjauhi larangan-Nya.kehidupan beragama dapat mengawal emosi dan dapat menguasai diri sejajar dengan tuntutan arus kemodenan untuk kemajuan masyarakat dan negara ( Hassan Langgulung, 2005).ini bererti manusia diciptakan Allah S.W.T . agar ia beribadat kepada-Nya dan melakukan perbuatan yang sesuai dengan suruhan dan menjauhi larangan-Nya. Oleh itu, kehidupan beragama;merupakan suatu yang penting dalam kehidupan manusia sekiranya mereka ingin mencapai kemajuan yang menyeluruh dari segi kerohanian dan kebendaan.nerupakan naluri kepercayaan kepada agama, seterusnya mengesakan kewujudan AllahS.W.T. dalam keseluruhan kehidupannya.

  • manusia sebagai Khalifah Allahstatus khalifah Allah di muka bumi ini ,endorong manusia menyedari bahawa terdapat banyak pilihan dalam kehidupan ini, tetapi manusia mestilah bertanggungjawab terhadap setiap perbuatan dan pekerjaan yang dilakukan.pemberian akal kepada manusia menjadikan darjat manusia lebih tinggi berbanding dengan makhluk lain yang diciptakan Allah s.w.t. di muka bumi ini.justeru itu, islam telah diturunkan untuk membimbing manusia ke arah kesempurnaan.sumber bersifat maknawi,iaitu hati, akal, emosi, dan nafsu juga yang bersifat lahiriah seperti pancaindera, kebijaksanaan, hasil bumi, dan sebagainya, mendorong manusia mengembangkan potensi ke tahap yang maksimum.asas-asas ajaran yang wajib diamalkan oleh manusia menurut islam ialah;

  • Manusia wajib beriman, yakni mempercayai keesaan Allah s.w.t.Manusia wajib beribadat kepada Tuhan Yang Maha Esa.Manusia wajib berakhlak dalam setiap perbutannya.Manusia perlu kepada masyarakat yang berasaskan kepada ajaran yang dianuti.

    kesimpulannya , manusia mempunyai dua sifat iaitu sebagai makhluk jasmani dan makhluk rohani.

  • FITRAH KEJADIAN MANUSIA DAN KAITANNYA DENGAN POTENSIPotensi merujuk kepada keupayaan dan kebolehan manusia yang terpendam dalam diri seseorang yang membolehkan manusia berkembang maju ke hadapan.potensi seseorang individu itu berkembang sejak manusia itu dilahirkan.persekitaran keluarga dan masyarakat turut menyumbang kepada perkembangan potensi seseorang individu;ini bereti potensi berkaitan dengan fungsi hidup seseorang manusia yang normal untuk berkembang, selaras dengan fitrah manusia dijadikan di muka bumi ini.merangkumi ke semua aspek dalam kehidupan iaitu aspek intelektual, rohani, emosi dan jasmani.

  • lima aspek potensimanusiaperkembangan RohaniperkebanganIntelekperkembangansosialperkembanganemosiperkembanganJasmani

  • Potensi semula jadi yang terpendam dan tersembunyi pada seseorang individu sama ada fizikal, intelektual, sosial @ emosi perlu dikenalpasti dan perlu diperkembangkan ke tahap optimum.Intelektual (akal): Tahap kecerdasan mental.Kebolehan mendapatkan maklumat, berfikir secara kreatif dan rasional.Emosi :Sikap,nilai dan kebolehan individu mengawal perasaan sendiri.Fizikal :Kemampuan dalam bentuk kemahiran psikomotor dalam sukan dan permainan.Kerohanian :Bertanggungjawab, peka, percaya, dan mempunyai pegangan agama yang kuat.

  • KEKUATAN DAN KELEMAHAN FITRAH DARI PANDANGAN ISLAM

  • Kekuatan FitrahBerupaya maju penggunaan akal fikiranBersikap terbuka Keupayaan berfikir secara rasionalPendidikan dapat diberi kerana pertimbangan dan sikap keterbukaan manusiaBebas dalam bertindak dan berfikirBoleh diasuh dan dididik Oleh sebab manusia bersifat sejagat sebarang pendidikan boleh disalurkan kepada fitrah manusia.

  • Kelemahan FitrahPerlu didedah dan dididikPerlu didedah kepada pengalaman

    Dikuasai oleh emosi dan hawa nasuKemahuan diri manusia yang tidak terbatas dan sentiasa mencari keseronokan dan kepuasan dalam hidup.

    Sentiasa terdedah dan mudah terpengaruh dan dipengaruhi.

  • FITRAH KEJADIAN MANUSIA DARI ASPEK AGAMA KRISTIAN

  • Penganut Kristian percaya bahawa Tuhan hanya satu yang mencipta alam semesta.Penganut Kristian percaya bahawa manusia adalah bayangan Tuhan.Christianity believes that human created in the image of the God.Perbezaan ketara antara Tuhan dengan manusia adalah, manusia yang mempunyai tubuhnya dan Tuhan sebaliknya.Persamaan antara Tuhan dengan manusia adalah kedua-duanya boleh berfikir secara rasional, boleh mengkaji antara baik dan buruk sesuatu perkara serta membuat keputusan dan dapat menjalinkan hubungan antara satu sama lain.

  • PERSPEKTIF BIOLOGIPROSES KEJADIAN MANUSIAsetiap manusia yang dilahirkan mempunyai keunikan yang tersendiri, anugerah yang tidak ternilai daripada pencipta-Nya.keunikan manusia adalah meliputi seluruh bidang kehidupan-daripada aspek ekonomi, sosial, pendidikan, agama, budaya dan sebagainya.Ini bermakna manusia berkemampuan untuk menyumbankan potensi yang ada dalam diri mereka ke tahap maksima.

  • fitrah manusia dari perspektif biologi memperlihat- kan asas-asas genetik seperti baka dan faktor persekitaran, yang menyumbang kepada pembentukan diri seseorang.ini sekaligus telah membawa kepada pembentukan personaliti dan tingkah laku seseorang.BAKAFitrah kejadian manusia adalah berbeza. Ini merujuk kepada ketidaksamaan yang dimiliki oleh seseorang.Baka mempenagruhi perbezaan individu, daripada beberapa aspek.

  • aspek-aspek yang mempengaruhi perbezaan individu:Mental-tahap kecerdasaan fikiran seseorang.Fizikal- warna rambut, mata, kulit, tinggi, rendah, dan sebagainya.Emosi- temperamen atau tahap kesabaran dalam menghadapi cabaran.

  • PERSEKITARANPersekitaran turut menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah kejadian manusia dari aspek:Latar belakang keluarga merupakan faktor utama yang mempengaruhi perbezaan individu. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibubapa untuk mendidik dan mengasuh anak-anak dengan cara yang betul bagi membantu perkembangan tumbesaran yang sempurna. ini termasuk suasana isi rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang serta makanan yang berzat dan seimbang.

  • pengaruh rakan sebaya turut mendorong kepada perkembangan intelek dan potensi diri individu. Ini kerana rakan sebaya yang baik akhlaknya dan tinggi kecerdasan dapat membantu membentuk keperibadian positif.Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat menyumbang kepada pembentukan falsafah hidup yang berbeza. Ia turut melahirkan perbezaan cara hidup. Masyarakat yang sihat, anggotanya menjadi lebih bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, kuat agama dan mempunyai pegangan nilai keharmonian yang tinggi.

  • Sumber teknologi turut menyumbang kepada perbezaan individu. Ia merujuk kepada maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan seperti surat khabar, majalah, televisyen, radio dan internet.Guru dan sekolah turut menyumbang kepada perbezaan individu. Ini kerana guru yang penyayang, cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

  • SEKIAN..

    ************************