Fizik Blog: NOTA BAB 1 FORM...

download Fizik Blog: NOTA BAB 1 FORM 4fizikbloger.blogspot.com/p/nota-fizik-bab-1-tingkatan-4.html2017-10-31NOTA BAB 1 FORM 4. FIZIK T4 BAB 1 ... (physics) berasal dari ... alat yang sesuai.Magnitud

If you can't read please download the document

Transcript of Fizik Blog: NOTA BAB 1 FORM...

Fizik Blog: NOTA BAB 1 FORM 4

-->

PYZAM.COM

BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

skip to main | skip to sidebar

Fizik Blog

(Berkongsi maklumat tentang fizik)

Pages

Home

NOTA BAB 1 FORM 4

NOTA BAB 2 FORM 4

NOTA BAB 3 FORM 4

NOTA BAB 4 FORM 4

NOTA BAB 5 FORM 4

NOTA BAB 1 FORM 5

NOTA BAB 2 FORM 5

NOTA BAB 3 FORM 5

NOTA BAB 4 FORM 5

NOTA BAB 5 FORM 5

MOTIVASI

Video Fizik...

Ruang Download (Latihan)

NOTA BAB 1 FORM 4

FIZIK T4 BAB 1 - PENGENALAN FIZIK(Apa itu fizik)

-Apa itu fizik(What is physics)

Perkataan fizik (physics) berasal dariperkataan Greek'physikos' yang bermakna 'pengetahuantentang alam semula jadi'.

Tujuan pembelajaran fizik adalah untuk menjelaskan sifat asas alam semesta dengan menggunakanpenjelasan yang paling mudah.

Secara umum, fizik membantu kita untuk mencari jawapan kepada persoalan 'mengapa (why)?' dan'bagaimana (how)?' berhubung dengan misteri-misteri alam semesta.

Soalan 'mengapa?' memerlukan satu alasan atau sebab untuk diberikan. Soalan yang berbunyi'mengapa air mengalir?' adalah lebih sukar untuk dijawab berbandingdengan soalan 'bagaimana air mengalir?'.

Jawapan kepada soalan 'mengapa?' selalunya bermula dengan perkataan 'kerana (cause)', atau'disebabkan oleh (due to)'.

Soalan 'bagaimana?' memerlukan penjelasan cara fenomena itu berlaku. Sebagai contoh, 'bagaimanakomputer berfungsi?' dan 'bagaimana televisyen menghasilkan imej bergerak?'.

Manusia selalunya tidak sabar-sabar dalam memahami sesebuah fenomena semulajadi. Semenjak awallagi, manusia mempunyai minat yang mendalam terhadap keajaiban alam sekitar. Keadaan inimenerangkan tentang kepentingan manusia dalam memahami bagaimana suatu perkakas (appliance) ituberoperasi.

Kebanyakan fenomena semula jadi boleh diterangkan dengan menggunakan prinsip-prinsip fizik.Sebagai contoh:

Kita tidak boleh melihat sesuatu objek di sebalik dinding kerana cahaya bergerak dalam garislurus.

Rumput kelihatan hijau kerana daun rumput menyerap semua spektrum (spectrum) warna kecuali warnahijau. Cahaya hijau dibalikkan, oleh itu rumput kelihatan hijau.

FIZIK T4 BAB 1 - PENGENALAN FIZIK(Bidang Kajian Dalam Fizik)

1)Pada asalnya,fizik ialah kajian mengenai tenaga,kelakuan dan struktur jirim.

2)Bidang fizik dapat dibahagikan kepada fizik klasik dan fizik moden.

3)Fizik klasik termasuklah bidang daya & gerakan jasad,sifat bendalir,tenaga haba,bunyi,cahaya,elektrik dan keelektromagnetan.

4)Fizik moden pula meliputi kerelatifan,struktur atom,fizik nuklear,jirim asas dan fizik astro.

5)Penyiasatan fizik moden melibatkan kajian dari skala pemerhatian yang sangat besar seperti bintang dan planet di cakerawala hingga ke zarah-zarah seni yang terkandung dalam atom seperti proton dan neutron.

6)Ilmu fizik dibahagikan kepada bidang-bidang kajian yang berlainan.

-Daya dan gerakan------->Menyiasat tindakan daya dan tindakan.

-Haba------->Mempelajari kesan haba ke atas pelbagai jenis jirim.

-Cahaya------->Menerangkan pelbagai fenomena yang berkaitan cahaya.

-Gelombang------->Memahami sifat-sifat pelbagai jenis gelombang dan kegunaannya.

-Eletrik dan Keelektromagnetan------->Menyiasat saling tindakan antara medan eletrik dengan medan magnet.

-Elektronik------->Mempelajari kegunaan alatan elektronik dalam pelbagai bidang.

-Fizik nuklear------->Mempelajari tenaga nuklear dan aplikasinya.

FIZIK T4 BAB 1 - PENGENALAN FIZIK(Sumbangan Bidang Fizik Kepada Manusia) (Contribution of Physics to Mankind)

Berikut adalah beberapa penemuan utama dalam bidang fizik dan bagaimana ianya memberi manfaat kepada manusia.

1896-1898:Penemuan radioaktif.

Pada tahun 1896, ahli fizik Perancis Antoine Henri Becquerel telah menemui bahawa uraniummemancarkan radiasi yang boleh menembusi. Dua tahun kemudian, rakan-rakannya marrie dan PierreCurie pula menemui dua lagi unsur-unsur radioaktif, yang mereka namakan radium dan polonium.Pelepasan radioaktif, positif (alfa), negatif (beta) dan neutral (gamma) telah berjaya diasingkandaripada radium.

1897:Penemuan elektron.

Penyelidik British Joseph John Thomson menemui kehadiran zarah yang bercas negatif yang dipanggilelektron dalam tiub yang dipindahkan dibawah voltan tinggi. Elektron ini adalah penemuan pertamazarah yang benar-benar boleh dibahagikan.

1901:Gelombang elektromagnet merentasi Lautan Atlantik.

Seorang jurutera elektrik Itali, Guglielmo Marconi dengan gelombang radas 'wireless' menghasilkanradio yang dikesan merentasi Lautan Atlantik. Dalam masa beberapa tahun, radio telah digunakansecara meluas oleh kapal-kapal yang belayar di laut.

1903:Wright bersaudara telah membina dan berjaya menerbangkan kapal terbang berkuasa enjin yangpertama.

1905:Teori relativiti.

Albert Einstein menerbitkan teori khas berkenaan relativiti pada satu postulat bahawa kelajuancahaya adalah bebas (independent) daripada usul sumbernya dan gerakan pemerhati. Tiadaapa jua yang boleh bergerak lebih pantas dari cahaya. Einstein juga menunjukkan bahawa kuantitifizik bagi masa dan ruang tidak mutlak. Hubungan jisim-tenaga, E = mc2diterbitkan bagimenunjukkan bahawa jirim dan tenaga adalah bersamaan.

1911:Nukleus atom ditemui.

Untuk menerangkan serakan zarah alfa oleh kerajang emas nipis, ahli fizik New Zealand kelahiranBritish, Ernest Rutherford mencadangkan bahawa binaan atom adalah sama seperti sistem solar.Zarah yang berat dan bercas positif, dikenali sebagai nukleus, adalah pusat (centre) bagi setiapatom. Manakala, zarah yang bercas negatif, dikenali sebagai elektron, membentuk bahagian luarnya,yang kebanyakannya terdiri daripada ruang kosong.

1926-1928:Televisyen telah dibangunkan.

Imej objek bergerak televisyen yang pertama telah dihantar (transmitted) oleh jurutera elektrikBritish, John Baird.

1930:Jurutera aeronautikal British, Frank Whittle telah membangunkan konsep enjin turbojet.

1937:Radar (Radio Detection and Ranging), sistem elektronik yang digunakan untuk mengesan objekyang berada di luar julat penglihatan dibangunkan dengan meluas dan digunakan oleh sistempertahanan udara British.

1939:Stesen radio FM (frequency modulation) yang pertama telah dibina dan beroperasi sepertiyang dijadualkan oleh kelab radio di Universiti Columbia.

1939:Helikopter komersil yang pertama dibina dan berjaya diterbangkan oleh Igor Sikorsky,seorang jurutera penerbangan Rusia.

1942:Mikroskop elektron pertama yang dicipta oleh jurutera elektrik Jerman Ernst Ruska telahdigunakan untuk memeriksa virus.

1947:Ahli fizik Amerika, John Bardeen, William Shockley dan Walter Brattain, telah menciptatransistor, penguat elektronik yang diperbuat dari kepingan kecil bahan semi konduktor. Ianyamenjadi pelopor kepada litar bersepadu (integrated circuits) dan cip memori (memory chips) yangada didalam peralatan elektrik moden hari ini.

1951:Komputer elektronik komersial yang pertama telah diperkenalkan.

1954:Sel solar photovoltaic telah dicipta oleh ahli-ahli sains di 'Bell Telephone Company'.Ianya menggunakan cahaya matahari untuk menjana arus elektrik.

1954-1956:Gentian optik telah dibangunkan.

Gentian optik adalah sangat nipis, mempunyai rod yang fleksibel yang diperbuat daripada kaca khasatau plastik telus (transparent). Gentian optik digunakan dalam sistem komunikasi untukmenghantar alur cahaya termodulat yang boleh membawa lebih banyak maklumat kerana frekuensigelombang cahaya yang tinggi. Gentian optik juga digunakan dalam bidang perubatan.

1957:Sputnik I, satelit pertama mengorbit ke bumi, telah dilancarkan oleh USSR. Pencapaian besarini mencetuskan revolusi dalam penerokaan angkasa di dunia barat.

1960:Laser (Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation) pembedahan yang pertamatelah dibina oleh ahli fizik Amerika Theodore Maiman. Pembangunan laser adalah berdasarkan TeoriKuantum dan ianya mempunyai banyak kepentingan aplikasi dalam pembedahan dan perubatan.

1969:Manusia mendarat di bulan. Angkasawan Amerika, Neil Armstrong menjadi manusia pertama yangmenjejakkan kaki di bulan.

1989-1991:World-Wide Web (dikenali sebagai 'www') telah dilancarkan.

Jurutera British Tim Berners-Lee dan rakan-rakannya telah mencipta Hypertext Transfer Protocol(http), mod standard komunikasi bagi rangkaian komputer yang memudahkan perkongsian maklumatmelalui komputer dengan menggunakan 'internet'.

FIZIK T4 BAB 1 - PENGENALAN FIZIK(KUANTITI SKALAR )

Kuantiti skalar ialah kuantiti fizik yang mempunyai magnitud sahaja.

ContohKuantiti Skalar:-Panjang

-Luas

-Jarak

-Kerja

-Suhu

-Masa

-Isi padu

-Laju

-Tenaga

-Ketumpatan

FIZIK T4 BAB 1 - PENGENALAN FIZIK(Kuantiti Vektor)

Kuantiti vektor ialah kuantiti fizik yang mempunyai kedua-dua magnitud dan arah.

ContohKuantiti Vektor: -Sesaran

-Halaju

-Daya

-Pecutan

-Momentum

FIZIK T4 BAB 1 - PENGENALAN FIZIK(Pengukuran)

Menggunakan Alat yang sesuai untuk mengukur

Adalah amat penting bagi kita memilih alat yang sesuai untuk mengukur sesuatu kuantiti fizik.Contohnya,pelbagai jenis alat yang digunakan untuk mengukur panjang objek-objek yang berlainan.

Antara alat-alat tersebut ialah :>-Tolok skru mikrometer digunakan untuk mengukur diameter sebiji guli.

-Angkup vernier digunakan untuk mengukur lebar sebongkah kayu.

-Pembaris meter digunakan untuk mengukur panjang sebuah buku.

-Pita pengukur digunakan untuk mengukur lebar sehelai kain.

Apabila mengukur sesuatu kuantiti fizik,kita perlu mengambil kira magnitudnya dan kemudian,memilih alat yang sesuai.Magnitud kuantiti tersebut tidak boleh melebihi had maksimum alat tersebut dan alat itu mestilah peka untuk mengesan dan memberi pengukuran yang bermakna bagi kuantiti itu.

Kejituan dan kepersisan dalam pengukuran

Dalampengukuran,kita perlu sentiasa menitikberatkan kepersisan dan kejituan.Kepersisan ialah kebolehan alat pengukur mengukur sesuatu kuantiti secara konsisten dengan sedikit atau tiada sisihan relatif antara bacaan yang diperolehnya.Kepersisanboleh dipengaruhi oleh ketidakseragaman kuantiti yang diukur(contohnya diameter sekeping duit syiling mungkin berbeza apabila diukur dari arah yang berlainan)atau ralat yang disebabkanoleh prosedur yang tidak betul.Selain itu,apabila kita mengukur suatu kuantiti fizik,kita harus sentiasa mengukurnya seberapa jitu yang mungkin.Kejituanpengukuranialah betapa hampirnya suatu nilai pengukuran kepada nilai sebenar.

Kepekaan dalam Pengukuran

Kepekaan suatu alat ialah kebolehannya untuk mengesan perubahan yang kecil dalam kuantiti yang diukur.Semakin kecil perubahanyang dapat dikesan oleh alat itu,semakin peka alat itu.

Alat pengukur yang berlainan mempunyai aras kepekaan yang berbeza.kita mestilah memilih suatu alat dengan kepekaan yang sesuai untuk mengukur kuantiti tertentu sepadan dengan saiz perubahan yang dijangka dalam kuantiti yang diukur.

Ralat dalam pengukuran

Apabila kita mengukur,ralat mungkin berlaku.Ralat ialah perbezaan antara nilai pengukuran dengan nilai sebenar.Ralat boleh dikategorikan kepada ralat bersistem dan ralat rawak.

Ralat bersistem mungkin berlaku disebabkan oleh kecacatan pada alat.Ralat ini juga mungkin disebabkan oleh ralat sifar alat itu,iaitu penunjuk alat tidak kembali ke senggtan sifar apabila tidak digunakan.Ralat bersistem sukar dikesan kerana semua bacaan kelihatan persis.Ralat-ralat ini selalunya disebabkan oleh masalah yang sentiasa berlaku semasa eksperimen dijalankan.Ralat bersistem akan mengurangkan kejituan sesuatu pengukuran.

Ralat rawak berlaku disebabkan oleh kecuaian pemerhati apabila membuat pengukuran.Kesilapan yang biasa dilakukan ialah kedudukan mata yang salah apabila mengambil bacaan bagi pengukuran.Hal ini akan menyebabkan ralat paralaks.Ralat rawak juga boleh disebabkan oleh perubahan faktor persekitaran secara tiba-tiba seperti suhu dan pergerakan udara.Ralat rawak akan mengurangkan kepersisan suatu pengukuran.

Ralat bersistem yang disebabkan oleh kecacatan pada alat boleh diatasi jika kita memeriksa alat-alat tersebut dengan teliti sebelum menggunakannya.Ralat sifar boleh diatasi dengan membetulkan bacaannya.

Bagi mengelakkan ralat Paralaks,garis penglihatan mesti berserenjang dengan skala bacaan semasa membuat pengukuran.Kaedah paling sesuai untuk mengurangkan ralat rawak ialah dengan mengulangi pengukuran untuk mendapatkan bacaan purata.Kita perlu menyingkirkan sebarang bacaan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah sebelum mengira purata bacaan..

LATIHAN FIZIK BAB 1

1-Antara kejadian yang berikut,yang menakah bukan fenomena semula jadi?

a)Letusan gunung berapi

b)Hujan

c)Pergerakan kereta

2-Berikut ialah bidang kajian dalam fizik,kecuali

a)Daya dan gerakan

b)Cahaya

c)Struktur sel

d)Gelombang

3-Antara unit yang berikut,yang manakh unit SI?

a)Sentimeter

b)Minit

c)Gram

d)Kelvin

4-Kuantiti skalar ialah kuantiti yang mempunyai

a)Magnitud sahaja

b)Arah sahaja

c)Kedua-dua magnitud dan arah

5-Antara yang berikut,yang manakah kuantiti vektor?

a)Jisim

b)Masa

c)Suhu

d)Sesaran

6-Hipotesis ialah kenyataan yang

a)Mesti benar

b)Mesti palsu

c)Sama ada benar atau palsu

0comments

Home

Subscribe to:Posts (Atom)

Recent Comments Widget by Fizik Blog

Blog Archive

2013 (1)

September (1) Salam Pengenalan!!

MASA ITU EMAS!!

About Me

VIRAL TV

View my complete profile

Jerit Sini !!

Jangan Lupa!!

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Countdown

Follow jom !!!

tomcat hosting | jsp hosting