FLORIA DIRAjA PutRA2014jAyA -...

download FLORIA DIRAjA PutRA2014jAyA - impiana.karangkraf.comimpiana.karangkraf.com/polopoly_fs/1.318193.1415699362!/menu... · bahan tanaman, baja, ... bunga dan rekabentuk taman oleh pereka-pereka

If you can't read please download the document

Transcript of FLORIA DIRAjA PutRA2014jAyA -...

  • Diraja

    EDISIKhas

    FLORIA DIRAjA PutRAjAyA2014

    Diraja

  • 02 | www.ppj.gov.my

    Edisi Khas

    Floria Diraja Putrajaya atau juga dikenali sebagai Festival Bunga Dan Taman Putrajaya 2014 telah mengambil tempat sebagai salah

    satu program pelancongan, yang melakar kalendar acara gemilang Malaysia pada setiap tahun. Pada 2014 ini, sekali lagi melakar sejarah apabila mempunyai tapak kekalnya sendiri di Presint 4, Putrajaya. apa yang lebih mengagumkan ialah apabila ia mempunyai keluasan hampir sekali ganda berbanding tahun sebelumnya iaitu lebih kurang 29 ekar. Dengan wujudkan tapak kekal ini, Floria dijangka akan lebih diperkasa dengan pelbagai penambahbaikan infrastruktur dari masa ke semasa.

    Kemeriahan warna-warni selama 9 hari berturut-turut yang bertemakan Begonia Pesona Warna telah berjaya menggamit pengunjung dari dalam dan luar negara. Di samping menghimpunkan ratusan ribu pokok bunga yang disusun dalam taman dengan pelbagai konsep dan reka bentuk, Floria Diraja Putrajaya 2014 telah menyajikan konsep dan format persembahan yang lebih tersusun dan menarik terutama menerusi 99

    lot tapak pameran taman bunga dan landskap pelbagai kategori.

    lebih kurang 200 orang pengusaha industri landskap serta bungaan tempatan dan antarabangsa telah mengambil bahagian dalam pameran, demonstrasi, jualan

    tanaman bunga dan tanaman hiasan, hasil seni dan kraf tangan, bahan tanaman, baja, peralatan ladang dan perabot taman. Floria Diraja 2014 telah merekodkan jumlah jualan kasar terkumpul bagi bunga-bungaan, produk kraftangan, makanan dan minuman melebihi rM2.9 juta.

    Festival kali ini juga telah melibatkan 1,950 orang penuntut, dan pensyarah universiti tempatan serta pelajar sekolah menengah dan rendah sekitar Putrajaya, Selangor dan Kuala lumpur dalam pameran dan pelbagai pertandingan landskap taman serta seni flora. Tahniah diucapkan kepada Dewan Bandaraya Kuala lumpur kerana laman yang berkonsep Taman raja Sehari Celebrate love telah dianugerahkan anugerah utama sempena Floria Diraja Putrajaya 2014 iaitu Floria Garden Prime award bagi taman terbaik di kalangan semua agensi.

    SyuKur ke hadrat ilahi di atas kejayaan

    Floria Diraja Putrajaya 2014 yang dianjurkan

    oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk kali ketujuh ini. acara gilang-gemilang yang berlangsung dengan jayanya menyaksikan

    kematangan pengisian tahun demi tahun, berjaya membawa

    Floria Diraja Putrajaya 2014 ke satu tahap yang begitu membanggakan.

    Jutaan tahniah diucapkan kepada

    pasukan yang berdiri teguh di sebalik tabir acara berprestij ini, di

    atas komitmen dan usaha gigih mereka.

    Semangat yang ditunjukkan tanpa

    berbelah bagi menjadi pencetus kejayaan penganjuran untuk

    tahun 2014 apabila ia turut menerima gelaran anugerah Diraja dan sijil daripada Malaysia Book

    of records.

    "Kemeriahan warna-warni selama 9 hari berturut-turut

    yang bertemakan Begonia Pesona

    Warna telah berjaya menggamit

    pengunjung dari dalam dan luar

    negara. "

    Tan Sri Dato Seri (Dr.) aseh Bin Hj Che MatPresiden, Perbadanan Putrajaya

    SekalungPenghargaan

    Dato Rogaizat Abdullah

    Sashikala G.R. Nathan

    Baharuddin Aziz

    Mohd Syuhada Md Rashid

    Haris Embong

    Ariff Yunus

    Asmawati Samsul

    Abd Aziz Buang

    Mohd Azmi Saperi

    Aida Farisa Ibrahim

    Faridz Amli Shaharudin

    Nur Nisha Mohd Idrus

    JamalludinBudin

    Haslinda Khalid

  • buat pengunjung

    Menjanjikan pameran yang lebih besar dan lebih menarik kali ini, Floria Diraja Putrajaya 2014 yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) bersama

    Kementerian Wilayah Persekutuan di Persisiran Tasik, Presint 4 mendapat sambutan hangat daripada pengunjung yang menantikan gubahan bunga dan rekabentuk taman oleh pereka-pereka terkemuka dari 23 buah negara,

    Bertemakan Pesona Warna, Floria Diraja Putrajaya 2014 menyajikan pameran bunga-bungaan dari pelbagai spesies yang disusun atur di dalam taman-taman yang direka khas dengan bunga BEGoNia atau aSaM BaTu yang berasal dari iklim lembap subtropika dan tropika dipilih sebagai bunga tema festival kali ini.

    Dianjurkan buat kali ketujuhnya, hasrat PPj untuk mengadakan kerjasama pintar (smart partnership) dengan lain-lain agensi dan syarikat swasta menjadi kenyataan pada tahun ini apabila 31 agensi dan badan korporat menyajikan kepelbagaian pengisian dan aktiviti sepanjang 9 hari Floria Diraja Putrajaya 2014 berlangsung. Perkongsian pintar ini berfungsi sebagai platform terbaik bagi memberi kesedaran serta pendidikan mengenai pemuliharaan alam semulajadi serta untuk mengenali dan menyayangi flora dan alam sekitar kepada pengunjung terutamanya generasi muda yang akan mempelajari betapa pentingnya pemuliharaan alam semula jadi agar ia kekal bagi generasi-genarasi akan datang.

    FLORIA DIRAjA PutRAjAyA 2014

    Perasmian yang disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

    Janjikan KelainanTapak baharu FLOrIa

    DIraja puTrajaya DI presInT 4 DITranFOrmasIkan

    menjaDI hamparan bunga Terbesar sepanjang 9 harI

    FLOrIa DIraja puTrajaya Dengan perasmIan yang

    DIsempurnakan OLeh serI paDuka bagInDa

    yang DI-perTuan agOng aLmuTasImu bILLahI

    muhIbbuDDIn Tuanku aLhaj abDuL haLIm muaDzam

    shah IbnI aL-marhum suLTan baDLIshah Dengan DIIrIngI serI paDuka bagInDa raja

    permaIsurI agOng, Tuanku hajah hamInah.

    Diraja

    03

    Perarakan Magic of the Night menyaksikan keindahan persembahan kapal berhias daripada Perbadanan Putrajaya.

    Maskot FLORIA DIRAjA PUTRAjAYA 2014 iaitu Flo dan Ria yang turut menjadi daya penarik acara tahunan ini.

  • Begonia atau asam Batu, spesies tanaman yang tidak asing buat penggemar tumbuhan di Malaysia. ia antara

    tanaman yang sering menghiasi halaman di kampung-kampung dan tidak ketinggalan kediaman di bandar.

    Pesona daun dan bunganya yang terdiri daripada pelbagai spesies, menghasilkan bunga menarik untuk tatapan peminatnya. uniknya tentang tanaman ini ialah ia begitu indah dipamerkan sebagai tanaman hiasan berpasu dan renek pengisi ruang di antara tumbuhan lain. Kesannya akan lebih dominan sekiranya ditanam dalam kuantiti yang banyak dan dalam bentuk hamparan.

    Sesuai di kawasan teduh, pukauan Begonia tidak pernah menghampakan para pengumpul koleksi ini sejak dahulu hingga kini.

    Pikat Hati Pengunjung

    Terdapat 60 spesies hybrid Asam Batu dipamerkan di FloriA Diraja Putrajaya 2014.

    Terdapat 2,000 spesies dan hybrid Asam Batu di seluruh dunia dan jenis berdaun adalah paling popular di Malaysia.

    Pesona Begonia

    04 | www.ppj.gov.my

    Edisi Khas

  • Floria Diraja Putrajaya 2014 iaitu festival bunga berprestij yang di anjurkan oleh Perbadanan Putrajaya mencatat kejayaan dalam kelasnya yang tersendiri apabila menerima pelbagai pengiktirafan pada tahun ini. antaranya ialah dianugerahkan sijil Malaysian Book of records (MBor)

    bagi penyertaan antarabangsa terbanyak iaitu 43 penyertaan daripada pereka kebun dan bunga antarabangsa mewakili 23 buah negara.

    Floria Diraja Putrajaya 2014 telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri dengan penyertaan 43 orang international garden designers dan florists yang mewakili 23 buah negara serta penglibatan beberapa pihak korporat yang kini bergelar rakan pintar atau smart partners kepada PPj, kata Tan Sri (Dr.) aseh Che Mat.

    Dalam masa yang sama, Floria Diraja Putrajaya 2014 turut mencatat sejarah apabila diberikan penganugerahan status Diraja oleh yang Di-Pertuan agong, Tuanku abdul Halim Muadzam Shah dengan nama Floria Diraja bermula tahun ini. ia adalah satu pencapaian terbaik buat Perbadanan Putrajaya (PPj) di atas usaha dan komitmen menganjurkan festival bunga dengan persembahan cemerlang saban tahun.

    Turut membanggakan apabila Floria Diraja Putrajaya menerima anugerah Best Brand pada majlis The Brandlaureate 2014. ia adalah satu penanda aras dalam mengiktiraf penjenamaan festival

    Pengiktirafan disampaikan oleh Pengarah Urusan MBOR, Tan Sri Danny Ooi (berbaju merah) kepada Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri (Dr.) Aseh Che Mat.

    di Persada Antarabangsa

    FLORIA DIRAjA PutRAjAyAHarumkan Malaysiaini sepanjang tujuh kali ia dianjurkan. Perbadanan Putrajaya (PPj) akan terus mengorak langkah membawa acara gah ini ke tahap lebih tinggi dalam melakar nama Floria Diraja Putrajaya di peringkat antarabangsa.

    Timbalan Pengarah, Bahagian Seni Taman, Puan Haslinda

    Khalid turut menerima anugerah The Brandlaureate 2014.

    Diraja

    05

  • Payung berwarna-warni seolah terapung di awangan menyambut kedatangan pengunjung di pintu masuk.

    06 | www.ppj.gov.my

    Edisi Khas

  • Keunikkan Floria Diraja Putrajaya 2014 ialah ia mempamerkan pelbagai idea kreatif terbaik daripada pereka-pereka tempatan juga antarabangsa. Sentuhan kreativiti memalit kanvas

    acara ulung tahunan ini berjaya menggamit perhatian pengunjung.

    Tidak hanya mempamerkan idea berbeza dari tahun ke tahun, Floria Diraja Putrajaya 2014 turut mengetengahkan pendekatan dan tema berbeza saban tahun dalam menobatkan imej tersendiri acara berprestij ini.

    Warna-warni Floria berjaya menjadi daya tarikan ribuan pengunjung menjejakkan kaki ke sini tanpa jemu setiap tahun serta menjadi acara yang dinanti-nanti oleh peminat seni taman di Malaysia.

    Hamparan pin wheel a

    ntara daya tarikan yang

    menjadi

    perhatian pengunjung di

    FLORIA Diraja Putrajaya

    2014.

    Reka bentuk menarik yang terdapat di Taman Tergantung milik Perbadanan Putrajaya (PPj).

    Idea Kreatif taruhanFLORIA DIRAjA PutRAjAyA 2014

    Diraja

    07

  • Komitmen kerajaan dalam melahirkan sebuah negara dalam taman, direalisasikan apabila kursus-kursus seni bina landskap dan hortikultur diperkenalkan di sekolah dan juga institusi pengajian tinggi.Wawasan yang dibawa oleh genarasi muda ini diperlihatkan dalam karya-karya binaan landskap mereka di Floria Diraja Putrajaya 2014. Penyertaan memberansangkan setiap tahun ini menjadi platform terbaik buat generasi muda ini mengasah bakat.

    Penyertaan dari IPTA/IPTS buah

    Visi Generasi MudaBakal Melakar Landskap Negara

    Kehebatan para pelajar begitu terserlah dengan kreativiti mereka bermain dengan

    cahaya.

    SENARAI PEMENANG FLORIA GARDEN AWARD

    KATEGORI UNIVERSITI: KolEJ riSDa (GolD)

    KATEGORI SEKOLAH MENENGAH: SMK SEri iNDaH (GolD)

    KATEGORI SEKOLAH RENDAH: SK PuTraJaya PrESiNT 18 (1)-GolD

    Kolej Risda membolot

    anugerah emas dengan idea menarik yang

    diketengahkan.

    Botol-botolterbuang digubah

    menjadi lampu-lampu unik dan

    menarik.

    08 | www.ppj.gov.my

    Edisi Khas

  • Tanpa yang lama, tidak akan ada yang baru. Menghargai yang lama, raikan inovasi baru maka lahirlah sebuah bangsa maju yang sentiasa bergerak ke hadapan. Pameran

    taman di Floria Diraja Putrajaya 2014 turut memuatkan barangan nostalgia sebagai daya tarikan tema yang diketengahkan. Malah ada diantaranya mempunyai nilai sentimental tinggi mengimbaukan pengunjung akan sejarah Tanah Melayu.

    Merentas ZamanKenangan

    Diraja

    09

  • Raikan Cinta penyaTuan cInTa Dua haTI DIzahIrkan Dengan DekOrasI InDah perkahwInann DaLam Taman.

    Taman-taman perkahwinan dipamerkan di plot-plot Floria Diraja Putrajaya 2014 memberi inspirasi yang bukan sedikit kepada pengunjung. Malah pengunjung begitu terpesona dengan reka bentuk garden wedding yang diketengahkan. Penataan

    idea dekorasi perkahwinan dalam taman

    memberi dimensi baru konsep majlis perkahwinan

    di Malaysia.

    Si uda & Dara

    Edisi Khas

    10 | www.ppj.gov.my

  • Garden wedding oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai juga tidak kurang hebatnya menarik perhatian pengunjung. Gerbang

    indah menyambut

    tetamu menambah

    pesona kepada

    dekorasi taman.

    Diraja

    11

  • tAMAN-tAMAN teRBAIk taruhan Perbadanan Putrajaya (PPj)

    Perbadanan Putrajaya (PPj) tidak ketinggalan dalam mempamerkan reka bentuk taman menarik buat tatapan pengunjung Floria Diraja Putrajaya 2014. antaranya seperti Taman Diraja, Taman Tergantung, Taman inovasi dan juga Taman PPj. Sentuhan pasukan ini dalam memberi hanya yang terbaik dapat dilihat pada garapan idea dan hasil rekaan pada taman-taman ini.

    Taman Tergantung gabungan ranting-

    ranting kayu dan kontena kelihatan unik dan berbeza.

    Replika kapal yang terdapat di Taman Diraja menonjolkan keunikan reka bentuk kapal tradisional serta mempamerkan kehalusan seni pertukangan Melayu.

    Edisi Khas

    12 | www.ppj.gov.my

  • Taman PPj menarik minat pengunjung dengan

    keunikan terowong yang berbentuk ulat bulu yang

    menjadi laluan pintu masuknya.

    Diraja

    13

  • FLORAL PAvILION Pamer kreativiti Gubahan

    Bunga orkid digubah indah pukau tumpuan pengunjung.

    Penggunaan bunga-bunga segar dibentuk kreatif.

    Pemenang FLORIA Diraja Putrajaya Cup 2014, Win Chan Weng Leong

    pamerkan hasil seni terbaik.

    Bunga Segar

    Edisi Khas

    14 | www.ppj.gov.my

  • Senarai Pereka ANtARABANGSA

    Mirwansyah Iewan, INDONESIA

    jeoung Hun-Young, KOREA

    Orchid Society of South East Asia,

    OSSEA Poo Chesdmethee, THAILAND

    Hans Christiansen, DENMARK

    Hamidah Abdul Karim, SINGAPURA

    Petra Konrad, GERMANY john Haines Aifd

    Liao Wen Hao, TAIWAN

    Ringo Wong Shing, HONG KONG

    joseph Ven Dumadag, FILIPINA

    To Duy Kha VIETNAM

    Sun Liang Yin, CHINA

    Peter Chin, SINGAPURA

    Haruhiko Nagata jAPAN

    Lawrence (Chong aGe Sun) - CHINA

    Xiao Ming Gui, CHINA

    Mohafairul Rafiq, MALAYSIA

    jan van Doesburg NETHERLANDS

    joo, Hung Mo,KOREA

    Rudy T.mintartoINDONESIA

    Chen Zhao Mei, TAIWAN

    Francesc Porres PORRES

    Chng Cheng HOON, MALAYSIA

    Alice Amber RUSSIA

    Anson Low AIFD, CFDSINGAPORE

    Win Chan, MALAYSIA

    Wong Vui, BRUNEI

    Ha Minh Khoi, VIETNAM

    Alessandro Valenza ITALY

    Kuo Cheng-Ho (TFDA, TAIWAN)

    Suwan Hirunworawutkul

    President of the Royal Horticultural Society of

    Thailand

    Diraja

    15

  • Haslinda Khalid

    Timbalan Pengarah Bahagian Seni Taman

    Baharuddin Aziz

    Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan & Kawalan Landskap

    Abd Aziz Buang

    Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan & Kawalan Landskap

    Haris EmbongKetua Penolong Pengarah

    Bahagian Seni Taman

    Aida Farisa IbrahimKetua Penolong Pengarah

    Bahagian Seni Taman

    Encik Ariff Bin YunusPenolong Pengarah Kanan

    Bahagian Seni Taman

    Jamalludin BudinPenolong Pengarah Kanan

    Bahagian Pengurusan & Kawalan Landskap

    Nur Nisha Mohd Idrus

    Penolong Pengarah KananBahagian Seni Taman

    Faridz Amli Shaharudin

    Penolong Pengarah Kananjabatan Kejuruteraan & Penyelenggaraan

    FeStIvAL FLORIADIRAjA PutRAjAyA2015

    Jumpa Kami Di

    Mohd Syuhada Md RashidPenolong Pengarah Kanan

    jabatan Kejuruteraan & Penyelenggaraan

    Mohd Azmi SaperiPenolong Pengarah Kanan

    jabatan Kejuruteraan & Penyelenggaraan

    Sashikala G.R. NathanPenolong Pegawai Penerangan

    Bahagian Seni Taman

    Asmawati SamsulPenolong jurutera

    Bahagian Seni Taman

    Tan Sri Dato Seri (Dr.) Aseh Bin Hj. Che MatPresiden Perbadanan Putrajaya

    Dato Rogaizat Abdullah

    Naib Presiden (Landskap & Taman)