Folio

4
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS Kurangnya perhatian dan didikan agama daripada ibu bapa terhadap a mereka Seringkali kita mendengar tentang permasalahan ini apabila ditanya kepada para remaja bagaimana mereka boleh terjebak dalam pergaulan bebas. Dan jawapan yang sering diberi adalah kurangnya perhatian dan juga didikan agama daripada kedua ibu bapa mereka. Apabila sesebuah keluarga telah terlepas pandang tentan perkembangan hidup anak mereka, maka bermulalah di saat itu seorang mencari perhatian dengan bergaul bersama- sama kawan yang dapat memahami masalah dan kehendak mereka. Maka apabilaseseorang remaja perempuan berasakan rakan lelaki lebih memahami hidupnya dan memenuhi kehendakny maka di situlah bermulanya pergaulan secara bebas di antara remaja perempuan i dan lelaki itu tanpa memikirkan soal batasan dalam pergaulan mereka. Kurangnya didikan agama yang diberi oleh ibu bapa kepada anak mereka juga menjadi punca berlakunya pergaulan bebas. Walaupun remaja tersebut di hantar k sekolah agama dan diajar tentang agama, tetapi penekanan yang kurang daripada ibu bapa menyebabkan mereka rapuh dalam soal membabitkan pergaulan bersama jantina yang berlainan. engaruh rakan sebaya. engaruh rakan sebaya juga menjadi !aktor berlakunya pergaulan bebas batasan. ara remaja yang lemah imannya dan kurang cerdik akalnya akan mudah dipengaruhi oleh rakannya yang mempunyai ahklak yang buruk. Apabila r tersebut mempunyai si!at seperti di atas, memang tidak mustahil akan berlakuny

description

izzat

Transcript of Folio

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS Kurangnya perhatian dan didikan agama daripada ibu bapa terhadap anak merekaSeringkali kita mendengar tentang permasalahan ini apabila ditanya kepada para remaja bagaimana mereka boleh terjebak dalam pergaulan bebas. Dan jawapan yang sering diberi adalah kurangnya perhatian dan juga didikan agama daripada kedua ibu bapa mereka. Apabila sesebuah keluarga telah terlepas pandang tentang perkembangan hidup anak mereka, maka bermulalah di saat itu seorang anak mencari perhatian dengan bergaul bersama- sama kawan yang dapat memahami masalah dan kehendak mereka. Maka apabila seseorang remaja perempuan berasakan rakan lelaki lebih memahami hidupnya dan memenuhi kehendaknya maka di situlah bermulanya pergaulan secara bebas di antara remaja perempuan itu dan lelaki itu tanpa memikirkan soal batasan dalam pergaulan mereka.Kurangnya didikan agama yang diberi oleh ibu bapa kepada anak mereka juga menjadi punca berlakunya pergaulan bebas. Walaupun remaja tersebut di hantar ke sekolah agama dan diajar tentang agama, tetapi penekanan yang kurang daripada ibu bapa menyebabkan mereka rapuh dalam soal membabitkan pergaulan bersama jantina yang berlainan. Pengaruh rakan sebaya.Pengaruh rakan sebaya juga menjadi faktor berlakunya pergaulan bebas tanpa batasan. Para remaja yang lemah imannya dan kurang cerdik akalnya akan mudah dipengaruhi oleh rakannya yang mempunyai ahklak yang buruk. Apabila remaja tersebut mempunyai sifat seperti di atas, memang tidak mustahil akan berlakunya pergaulan bebas dan mempunyai akhlak yang buruk disebabkan tiadanya pegangan iman yang kukuh dan juga tidak mahu dianggap kolot oleh rakannya yang lain.

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Hibban yang berbunyi : Manusia itu ( diukur) atas kelakuan temannya, sebab itu hendaklah seseorang kamu meneliti siapa orangnya yang diambil menjadi teman. Pengaruh media massa.Media massa memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan para remaja. Media massa seperti televisyen yang menayangkan adegan pergaulan secara bebas menjadi faktor pendorong para remaja terjebak dalam gejala pergaulan bebas.

ADAB ADAB DALAM PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN Ucapan yang makruf dan sopanFirman Allah : Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, merekaditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangansusila atau berbentuk sendaan dan sia-sia. Menundukkan pandangan.Dalam surah an-Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandanganmasing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah. Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak.Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah(s.a.w.) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberipeluang kepada wanita keluar dulu.-Ibnu Syiahab az-Zuhri. Tidak berkhalwat (berdua-duaan).Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w.)bersabda : Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian denganseorang wanita yang bukan mahramnya. Menghindari tempat shubhah.Sabda Rasulullah (s.a.w.). Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu(Riwayat Bukhari)

PENGHARGAANKami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru pendidikan Islam kami iaitu Ustazah Nashitah kerana telah memberi tunjuk ajar kepada kami bagi menyiapkan kerja kursus ini Kami juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada teman-teman yang sanggup berkongsi ilmu,maklumat dan segala bentuk bantuan yang kami dambakan khususnya dalam menghasilkan kerja kursus ini.Ketahuilah segala bantuan yang disalurkan amat kami hargai.Sebelum menutup bicara kami ingin menyampaikan sekalung terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembikinan kerja kursus ini secara sulit atau tidak.Kesudian mereka amat kami hargai.