Folio Al - Quran

25
FOLIO AL-Quran * nama anda * kelas * nama guru * nama sekolah

description

ini mengisahkan tentang para-para pejuang Al-Quran.

Transcript of Folio Al - Quran

Page 1: Folio Al - Quran

FOLIO

AL-Quran

* nama anda * kelas * nama guru * nama sekolah

 IBNU SINA

Riwayat Hidup1. Nama: Al-Husain bin Abdullah b Al-Hassan b Ali b Sina

2. Lahir: 370H/980M ( Afsyanah, Bukhara Turkistan )

3. Keturunan: Turki

Page 2: Folio Al - Quran

4. Gelaran: Ibnu Sina / aviecenna

5. Wafat: 428H/1037M ( Hamazan )

6. Usia: 57 Tahun

Sifat Peribadi1. Tekun mempelajari ilmu- membaca buku metafizik 40 kali  karangan Aristotle

2. Taat beragama-sentiasa berdoa kepada Allah SWT-sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk

3. Pintar- Ilmu Naqliah ketika berusia 18 tahun

4. Berinovatif- Membuat penyelidikan dan menghasilkan karya

 Pendidikan1. Mula belajar al-quran sejak umur 5 tahun

2. Menghafal al-Quran ketika berusia 10 tahun mempelajari ilmu tasawuf dan falsafah daripada Ismail az Zahid

3. Beliau mempelajari ilmu kedoktoran daripada Ibnu Yahya dan menguasainya ketika berusia 17 tahun

4. Belajar ilmu falsafah daripada Abu Abdullah An-Natili

5. Ilmu sains dan astronomi daripada Al-Biruni

6. Semasa berusia 16 tahun, beliau menguasai ilmu perubatan dan muncul sebagai pakar perubatan ulung

Ketokohan Ibnu Sina dalam bidang pendidikan1. Kepakarannya digunakan untuk merawat penguasa Bukhara Nuh b Mansur dan penguasa lain

2. Menghasilkan karya perubatan seperti al-Qanun Fi Al-Tibdan banyak lain karya telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa

3. Pencapaian yang dilakukan:-Penemuan penyakit baru dan puncanya-Penemuan dalam bidang farmasi-Membangunkan teknologi perubatan

 Pencapaian Ibnu Sina dalam bidang perubatan1. Penemuan penyakit baru dan puncanya:pengaruh kuman dalam penyakit, jangkitan virus TB, penyakit rubella, cacar dan alahan

2.Penemuan dalam bidang farmasi:Menghasilkan ubat dan preskripsi mujarab, menghasilkan ubat bius

3. Membangunkan teknologi perubatan:Mencipta benang untuk menjahit pembedahan, mencipta picagari.

Sumbangan Dalam Bidang Ilmu dan Pemikiran1. Menghasilkan 116 karya pelbagai bidang(falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik dan sains politik)

2. Tahun 1950 buku-bukunya diterjemahkan dalam bahasa arab dan dinamakan al-Muallafat Ibnu Sina (karya ibnu sina)

3. Ilmu perubatan berkembang maju hingga hari ini

4. Jasanya dihargai sehingga Universiti Pendidikan di Hungary telah mengambil namanya aviecenna collage

IBNU KHALDUN

RIWAYAT HIDUP1. Nama sebenar ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad

Page 3: Folio Al - Quran

2. Dilahirkan pada tahun 732H/1332M di Tunisia

3. Dikenali sebagai Ibnu Khaldun sempena nama tempat kelahirannya di kawasan Khalduniyah di Tunisia

4. Keturunan Arab Yaman

5. Meninggal dunia pada tahun 808H/1406M di Kaherah Mesir ketika berusia 87 tahun

6. Dikebumikan di luar Babun Nasr (Perkuburan ahli sufi)

SIFAT PERIBADI1. Tekun mencari ilmu- sejak kecil mempelajari pelbagai ilmu fardu ain dan fardu kifayah

2. Kuat ingatan- menghafal al-Quran sejak kecil serta menguasai pelbagai ilmu agam dalam usia belasan tahun

3. Berjiwa pemimpin- menjadi pegawai tertinggi Istana dan Ketua Hakim Negara

4. Kreatif- Berjaya mengenengahkan sejarah sebagai bidang ilmu tersendiri melalui karyanya al-Muqaddimah

5. Bijak Berpidato- aktif berdebat untuk menambahkan ilmu

PENDIDIKAN1. Mendapat pendidikan awal daripada bapanya dengan mempelajari asas-asas agama seperti al-Quran, Feqah, Hadis dan Tauhid di Masjid al-Quba Tunisia

2. Menghafal al-Quran sejak kecil

3. Setelah dewasa beliau belajar Linguistik Bahasa Arab ( Nahu dan Saraf ) Usuluddin dan kesusasteraan.

4. Mempelajari ilmu Mantik, Sains, Falsafah, Matematik dan Sejarah daripada beberapa orang ulamak terkemuka pada masa itu.

5. Ketika usia 18 tahun, terpaksa berhenti kerana Tunisia dilanda wabak taun

6. Melanjutkan pelajaran di Fez dengan beberapa orang ulamak yang terkenal

JAWATAN YANG PERNAH DISANDANG1. Anggota Majlis Ilmiah di Fez

2. Perdana Menter di Bougie

3. Ketua Hakim Negara di Mesir

 SUMBANGAN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN ISLAM

Page 4: Folio Al - Quran

1. Berjaya menganalisis aspek masyarakat, politik, ekonomi dan pendidikan dalam karyanya

2. Memberi idea dan panduan terbaik tentang asas pembinaan sesebuah tamadun iaitu mesti tertegak di atas kombinasi keunggulan rohani dan jasmani

3. Pelopor kepada pemikiran moden seperti sejarah, politik, ekonomi, sosialogi dan pendidikan

4. Karya beliau banyak mengaitkan sesuatu perkara dengan perkembangan rohani. Akal dan akhlak

5.Karya yang dihasilkan oleh beliau dalam pelbagai bidang telah dijadikan bahan rujukan dan kajian oleh para sarjana

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENGANALISIS LAPORAN SEJARAH BERDASARKAN PANDANGAN IBNU KHALDUN1. Membandingkan antara peristiwa berdasarkan kaedah sebab musabab

2. Mengkaji peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa yang sedang berlaku

3. Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku

4. Mengambik kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.

KARYA AGUNG IBNU KHALDUN1. Al- Muqaddimah

2. Al-Ibar

KEISTEMEWAAN KITAB AL-MUQADDIMAH1. Telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa asing seperti Perancis, Turki, Jerman, Inggeris, Spanyol dan Melayu

2. Hasil pemikirannya dijadikan asas panduan kepada perkembangan ilmu sosiologi di Eropah

3. Menjadi rujukan semua pelajar di dunia dan rujukan utama sehingga kini.

BUKTI IBNU KHALDUN TOKOH PELBAGAI ILMU1. SEJARAWAN-Beliau mampu menganalisis tamadun dari segi permulaan, factor kegemilangan serta kejatuhannya- Beliau member tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosiologi, alam sekitar dan geografi-Idea beliau dalam al-Muqaddimah telah menobatkan beliau sebagai tokoh sejarawan dan sarjana yang terunggul.

2. NEGARAWAN:- Menyandang banyak jawatan penting Negara selama 20 tahun- Antara jawatannya: Setiausaha Khas Bahagian Surat menyurat di Jabatan Kerajaan Tunisia ( 751H), Pegawai Jabatan Setiausaha Negara di Istana Abu Ishak

Page 5: Folio Al - Quran

dan Sultan Abu Annan, Anggota Majlis Ilmiah di Fez Maghribi, Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim dan Duta di Granada. Qistina dan Maghribi.

3. BUDAYAWAN- Mendalami pengajian kesusasteraan dengan Syeikh Muhammad bin Bahri di Tunisia- Menghasilkan banyak syair semenjak zaman kanak-kanak lagi- Kemahirannya dalam syair terbukti dalam perbahasannya tentang syair dalam kitabnya al-Muqaddimah.

 AS-SAYYED JAMALUDDIN AL-AFGHANI

RIWAYAT HIDUP1. Nama: al-Sayyid Jamaluddin bin Syafdar al-Afghani

2. Lahir: 1254H/1838M di perkampungan Asad Abad, Kabul

3. Keturunan: Bersambung dengan Imam at-Tarmizi

4. Gelaran: Al-Sayyid kerana bersambung keturunannya  dengan Ali bin Abi Talib

5. Wafat: 5 Syawal 1314H/9 Mac 1897M

6. Usia: 60 tahun

SIFAT PERIBADI1. Mencintai ilmu pengetahuan

2. Mempunyai akal fikiran yang cerdas dan tajamserta berpandangan jauh

3. Memiliki semangat jihad yang tinggi

4. Suka merantau mengkaji kedudukan umat Islam serta menyebarkan idea Islahnya

5. Boleh bertutur banyak bahasa dunia

 PENDIDIKAN1. Mendapat pendidikan awal daripada ayahnya dalam pelbagai bidang ilmu agama dan bahasa arab sehingga berusia 10 tahun

2. Menghafal al-Quran ketika usia 12 tahun

3. Umur 18 tahun telah dapat mendalami dan menguasai pelbagai disiplin ilmu seperti hadis, falsafah, mantik , usuluddin, perubatan dan ilmu kalam

Page 6: Folio Al - Quran

4. Merantau ke India untuk mempelajari ilmu moden seperti matematik dan sains

SUMBANGAN1.Berusaha mengembalikan keyakinan umat Islam terhadap keupayaan mereka untuk menentang penjajah

2. Merantau kebeberapa Negara untuk menyatukan umat Islam

3. Menyebarkan gerakan Islah bersama-sama Syeikh Muhammad Abduh di Mesir untuk  mengubah pemikiran umat Islam kearah zaman kemajuanserta pembaharuan politik

4. Menghasil beberapa kitab ilmiah yang kreatif dan bermutu untuk menyokong gerakan islahnya

KARYA1. Berbentuk Ilmiah:-Al-Amal al-Kamilah-Ar-Radd Ala ad-Dahrain-Al-Kathirat-Tutimmah al-Bayan fi Tarikh Afghan al-Kathirat

2. Berbentuk Akhbar:- Al-Urwah al-Wusqa di Perancis- Akhbar Misr di Mesir- Akhbar at-Tijarah di Mesir-Akhbar al-Khafiqin di London.

IDEA ISLAH JAMALUDDINMaksud Islah:Pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik.

BENTUK ISLAH1. Mengembalikan kegemilangan umat Islam seperti zaman Khulafah ar-Rasyidin

2. Membina perpaduan tanpa mengira bangsa dan budaya melalui gagasan “Al-Jamiah Al-Islamiah”

3. Mengkritik taklid al-Amma iaitu mengikut secara membuta tuli tanpa landassan al-Quran dan as-Sunnah

4. Menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan sesuai disemua tempat dan masa

5. Menyedarkan umat Islam keburukan fanatic mazhab yang boleh memecahbelahkan kesatuan umat Islam

Page 7: Folio Al - Quran

KESAN ISLAH1. Umat Islam mula kembali kepada amalan ajaran Islam yang sebenar

2. Umat Islam mula mengkaji fahaman dan amalan mereka agar menepati tafsiran al-Quran dan as-Sunnah

3. Mengembalikan keyakinan umat Islam akan kemuliaan dan kekuatan yang ada pada diri mereka untuk mengusir penjajah dari tanah air

4. Menimbulkan kesedaran di kalangan umat Islam berjuang membebaskan tanah air daripada penjajahan barat.

SYEIKH MUHAMMAD ABDUH

RIWAYAT HIDUP1. Nama: Muhammad bin Abduh bin Hassan Khairullah

2. Lahir: 1266H/1849M di Mahallah Nasr di Tanta Mesir

3. Keturunan: Turki

4. Gelaran: Syeikh Muhammad Abduh

5. Wafat: 1314H/1905M di Dramel, Iskandariah Mesir

6. Umur: 56 tahun

SIFAT PERIBADI1. Kuat ingatan- hafal al-Quran umur 12 tahun

2. Memiliki keperibadian yang tinggi

3. Berpandangan luas

4. Seorang yang kreatif

5. Mempunyai pemikiran yang tajam

6. Kuat beribadat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam

7. Berani menyatakan idea Islahnya walaupun berhadapan dengan pancaroba

8. Tegas dan penyayang kepada anak-anak muridnya

 PENDIDIKAN1. Sejak kecil telah belajar membaca dan menulis dari bapanya

2. Umur 10 tahun, bapanya telah menyerahkannya kepada seorang guru untuk mengajar al-Quran dan Berjaya menghafal 2 tahun kemudian

3. Umur 13 tahun mempelajari bahasa Arab di Sekolah al-Jamik Al-Ahmadi di Tanta

4. Menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar Mesir

Page 8: Folio Al - Quran

5. Tahun 1877 memperolehi ijazah di Universiti Al-Azhar

6. Tahun1882 beliau pergi ke Paris, Perancis dan belajar bahasa Perancis dan ilmu kemajuan Barat

ALIRAN PEMIKIRAN1. Aspek Akidah- Menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenar serta menyesuaikan dengan kehendak semasa- Menolak taklid buta- Mengajak umat Islam mempelajari ilmu nakliah dan akliah bagi mempertingkatkan daya fikir-Berusaha keluar dari belenggu penjajah  samada fizikal dan pemikiran

2. Aspek Integrasi-Menyarankan agar bidang ilmu Fardu Kifayah seperti sains, matematik, falsafah dan geografi dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah dan universiti.

3. Aspek kecekapan Pentadbiran-Menyarankan sistem pentadbiran kehakiman diislahkan kerana tidak sistematik-Pengislahan yang dilakukan diabadikan dalam karyanya at-Tahrir Fi Islah al-Mahakimis Syariyyah.

METHOD ISLAH SYEIKH MUHAMMAD ABDUH1. Melalui proses pengajaran di Masjid al-Husain, Darul Ulum dan Universiti al-Azhar

2. Melalui media massa seperti Majalah al-Urwatul Wusqa dan Akhbar al-Waqaie al- Misriyyah

3. Melalui karya ilmiah seperti Risalah at-Tauhid dan Tafsir Juz’I Amma

4. Melalui jawatan yang disandang seperti Hakim Mahkamah Rayuan Mesir dan Mufti Kerajaan Mesir

FAKTOR YANG MENDORONG BELIAU MELAKUKAN ISLAH DALAM PENDIDIKAN1. Inspirasi daripada gerakan Islah yang dibawa oleh gurunya Sayyid Jamaluddin yang menjurus ke arah integrasi ilmu

2. Kesedarannya terhadap keperluan islah di dalam kurikulum sekolah dan university di Mesir yang ketinggalan zaman

3. Sistem pendidikan pada masa itu yang lebih menjuruskan ke arah taklid buta dan jumud ( pasif)

4.  Kekurangan prasarana pendidikan serta bantuan kerajaan menyebabkan golongan miskin terpinggir

 IDEA ISLAH SYEIKH MUHAMMAD ABDUH DALAM PENDIDIKAN1.  Mewujudkan matapelajaran matematik, geomatri, algebra, geografi, sejarah dan seni khat.2. Mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil.

3. Mewujudkan farmasi khusus untuk pelajar universiti al-Azhar.

Page 9: Folio Al - Quran

4. Menyediakan peuntukan gaji guru dari perbendaharaan Negara dan wakaf Negara,

5. Memperbaiki asrama pelajar dan menekankan aspek keselamatan dan kesihatan.

PEMBAHARUAN SYEIKH MUHAMMAD ABDUH TERHADAP MASYARAKAT ISLAM1. Mengubah pandangan umat Islam terhadap Islam yang terikut-ikut dengan sebahagian sarjana muslim yang jumud dan pasif

2. Menganjurkan umat Islam berijtihad dan berijmak iaitu mengkaji dan mentafsir berdasarkan al-quran dan as-Sunnah

3. Menggalakkan umat Islam mempelajari ilmu moden dan memasukkan ilmu tersebut ke dalam kurikulum Universiti al-Azhar.

KARYA SYEIKH MUHAMMAD ABDUH1. Risalah at-Tauhid

2. Tafsir Juz Amma.

3. Tafsir Suratul Asr.

4. Risalah Al-Rad Ala Al-Dahriyyin

SYEIKH TAHIR JALALUDDIN

RIWAYAT HIDUP1. Nama: Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad bin Ahmad Jalaluddin

2. Lahir: 7 Nov.  1869M di Ampek Angkek, Bukit Tinggi Sumatera Barat

3. Keturunan: Melayu Minangkabau

4. Meninggal Dunia: 26 Okt. 1956 di Kuala Kangsar

5. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Baru, Kuala Kangsar

SIFAT PERIBADI1. Seorang yang menepati masa

2. Seorang yang mencintai ilmu

3. Seorang yang suka membaca

4. Jiwanya sebati dengan semangat jihad

PENDIDIKAN

Page 10: Folio Al - Quran

1. Umur 12 tahun dihantar oleh ibubapanya belajar di Mekkah

2. Di Mekah beliau tinggal bersama Syeikh Ahmad al-Khatib ( Mufti Mazhab Syafie di Masjidil Haram)

3. Usia 24 tahun beliau menyambung pelajaran ke Universiti al-Azhar dalam bidang ilmu Falak

4. Setelah tamat belajar beliau pulang ke Mekah dan mengajar di Masjidil Haram selama 2 tahun  JAWATAN YANG PERNAH DISANDANG1. Guru di Masjidil Haram selama 2 tahun

2. Mudir (Guru Besar) di Madrasah Haji Taib Parit Jamil, Muar Johor

3. Pendidik dan Pengetua di Madrasah al-Masyhor, Pulau Pinang selama 3 tahun

4. Hakim Besar Mahkamah Syariah di Taiping

5. Mufti Negeri Perak selama 3 tahun

6. Nazir sekolah-sekolah Agama Johor

7. Mufti Negeri Johor.

MESEJ ISLAH SYEIKH TAHIR1. Mengamalkan ajaran Islam yang sebenar berteraskan al-Quran dan as-sunnah

2. Meninggalkan adat lama yang masih dipengaruhi dari agama Hindu

3. Menghindari daripada kongkongan khurafat dan syirik yang menyesatkan

4. Menjauhi perkara negative dari luar khususnya barat

5. Mempelajari pelbagai ilmu fardu ain dan Kifayah

CARA SYEIKH TAHIR DALAM MENYAMPAIKAN IDEA ISLAH1. Melalui penerbitan majalah “al-Imam” bersama Syeikh al-Hadi di Singapore

2. Melalui jawatan Mufti di Perak dan Johor yang disandangnya

3. Melalui proses pengajaran sebagai seorang guru di Madrasah al-Mansyhur, Pulau Pinang dan Madrasah Hj Taib di Johor.  RINTANGAN YANG DIHADAPI DALAM MEMPERJUANGKAN IDEA ISLAH1. Mendapat penentangan hebat daripada kalangan ulamak tradisional terutama di Malaysia

Page 11: Folio Al - Quran

2. Mendapat kekangan daripada pihak penjajah Belanda yang berasa kedudukan semakin terancam akibat kebangkitan orang melayu

3.  Akibatnya pada tahun 1927M, beliau telah dipenjara oleh pihak Belanda selama 6 bulan kerana dituduh menentang Belanda

SUMBANGAN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN1. Bidang Pemikiran:-Berusaha menyalur idea Islah serta maklumat intelektual Islam melalui majalah al-Imam sehingga mencetus semangat kemerdekaan daripada cengkaman penjajah- Berusaha membebaskan umat Melayu dari sebarang unsure penjajahan fizikal dan pemikiran- Pelopor gerakan Islam yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah dan berusaha membebaskan pemikiran sempit umat Islam

2. Bidang Pendidikan:-Menubuhkan “Madrasah Al-Iqbal Islamiah” di Singapura bersama rakannya Raja Ali bin Ahamad bagi memperkembangkan pendidikan Islam-Menerbitkan majalah al-Umm yang telah disebarkan ke seluruh Tanah Melayu dan Indonesia-Memegang jawatan sebagai guru dan mudir-Nazir  sekolah-sekolah Agama Johor

3. Bidang Ilmu Falak-Pengembang Ilmu Falak di Malaysia-Digelar Al-Falaki  disebabkan kemahirannya dalam ilmu Falak

4. Bidang Sastera-Merupakan penggiat sastera-Kemahirannya dalam bidang sastera terserlah dalam penulisannya seperti majalah al-Imam.

HAMKA

RIWAYAT HIDUP1. Nama : Abdul Malik Bin Sheik Abdul Karim Bin Sheikh Muhammad Amrullah.

2. Lahir : 13 Muharram 1362 Hijrah bersamaan 16 Februari 1980 M.

3. Tempat Lahir : Sumatera Barat, Indonesia.

4. Bapanya : Sheik Abdul Karim seorang ulama terkenal yang membawa perubahan di Minangkabau.

5. Usia : 73 tahun.

Page 12: Folio Al - Quran

6. Meninggal : 24 Julai 1981M

SIFAT PERIBADI1. Petah berpidato

2. Berjiwa seni

3. Bersikap berani

4. Suka berpakaian kemas

5. Seorang yang pintar dan bijak  PENDIDIKAN1. Mempelajari al-Quran dan asas agama daripada bapanya.

2. Pendidikan rendah di sekolah Desa Padang Panjang di sekolah Agama at-Tawalib yang didirikan oleh bapanya.

3. Mengikuti pengajian di masjid-masjid dan surau.

4. Guru-gurunya: Sheikh Ibrahim Musa, Sheikh Ahmad Rasyid.

5. Masa lapang dihabiskan di perpustakaan.  KEGIGIHAN HAMKA MENYEBARKAN DAKWAH DI NUSANTARA1. Sejak 17 tahun melibatkan diri dalam kegiatan dakwah dengan menerbitkan majalah “Hatibul Ummah”.

2. Mengasaskan Persatuan Hindia Timur untuk mengajar haji kepada jemaah Indonesia pada tahun 1927.

3. Mengasaskan kuliah ‘al-Mubaligh’ pada tahun 1935M.

4. Menerbitkan majalah ‘Pedoman Masyarakat’ pada tahun 1936M.

5. Mengasaskan beberapa majalah seperti Menara, Merdeka, Perundangan Panji Masyarakat dan Gema Islam.

6. Tahun 1953 dilantik sebagai anggota pimpinan pusat Muhamadiyah.  

ANUGERAH YANG DITERIMA OLEH HAMKA1. Anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti al-Azhar Mesir tahun 1959M.

2. Anugerah Guru Besar (Profesor) oleh Universti Moestopo, Jakarta pada tahun 1960M.

3. Anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1974M.

SUMBANGAN HAMKA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRANTokoh ulamak yang telah membawa pembaharuan yang besar kepada umat Islam khususnya di Nusantara-Tokoh reformasi Islam yang terkenal dalam bidang falsafah dan tasawuf-Penerus idea Islah yang dibawa oleh Sayyed Jamaluddin dan Muhammad Abduh di Nusantara

Page 13: Folio Al - Quran

-Hasil karya beliau dalam bidang agama, kesusasteraan dan falsafah menyentuh secara langsung kehidupan umat Islam di rantau ini-Banyak berjasa dalam penyebaran Islam dalam bahasa Indonesia

SEJARAH PERJUANGAN HAMKA1. Mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia.

2. Melancarkan penentangan terhadap khurafat, bidaah, dan tarekat kebatinan yang sesat/mendirikan pusat latihan dakwah Muhammadiyah.

3. Menyampaikan ajaran Islam tanpa rasa takut dan gentar.

4. Lantang mengkritik pentadbiran kerajaan Indonesia yang menyebabkan beliau dipecat daripada jawatan Ketua Umum Majlis Ulama’ Indonesia. (MUI).

5. Beliau pernah dipenjara bersama tokoh-tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia.  RINTANGAN DIHADAPI OLEH HAMKA DALAM GERAKAN ISLAHNYA1. Dipecat dari jawatan Ketua Umum Ulamak Indonesia kerana kelantangannya mengkritik kepincangan pentadbiran kerajaan Indonesia2. Pernah dipenjara bersama tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia atas hasutan komunis

HASIL KARYA1. Dalam Bidang Agama-Tafsir al-Azhar.-Tasawuf Moden.-Pedoman Membanding Islam.-Arkanul Islam.-Sejarah Umat Islam.-Revolusi Agama

2. Dalam bidang Falsafah-Falsafah Hidup-Lembaga Hidup-Falsafah Ideologi Islam-Expensi Ideologi-Pandangan Hidup Muslim

3. Dalam bidang Sastera-Tenggelamnya kapal Van Der Wijck-Di bawah Lindungan Kaabah-Laila Majnun-Mandi Cahaya Tanah Suci-Menunggu Beduk Berbunyi.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Page 14: Folio Al - Quran

Penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa sedang dijalankan..

Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.

Page 15: Folio Al - Quran

 Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk “membangkitkan semula “Temple of Solomon.” iaitu Kuil Sulaiman.

Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan “Kuil Sulaiman” terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.

Page 16: Folio Al - Quran

 Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan.

Mereka begitu bangga dengan hasil kerja mereka (gambar di bawah Masjid)

 Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!

Page 17: Folio Al - Quran

Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-AqsaBerbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman”. Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.

Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.

Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.

Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.

Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui

Page 18: Folio Al - Quran

para imam dan pendeta tinggi, bahawa ‘kuasa’ itu adalah Allah yang nyata.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.

Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat “all seeing eye” yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra danMata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.

Tuhan Ra

Page 19: Folio Al - Quran

Tuhan Osiris

 Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”.

Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.

2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.

Page 20: Folio Al - Quran

3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.

4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak “bermata satu”. Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar “kedatangan” Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah “Master of Deception”.

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan”. Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.

Gambaran Temple of Salomon oleh pelukis

Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa.

Page 21: Folio Al - Quran

 Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.