Terjemah al-Quran

7
TERJEMAHAN AL-QURAN

Transcript of Terjemah al-Quran

Page 1: Terjemah al-Quran

TERJEMAHAN AL-QURAN

Page 2: Terjemah al-Quran

TAKRIF TERJEMAHAN

• Sudut bahasa ialah: penerangan dan penjelasan. 

• Sudut istilah ialah: penjelasan sesuatu kata-kata dalam bahasa lain. 

•  Terjemahan al-Quran ialah: penjelasan erti al-Quran dalam selain bahasa Arab.

Page 3: Terjemah al-Quran

Terjemahan al-Quran terbahagi dua:

Terjemahan harfiyah: iaitu menukar perkataan dengan perkataan.

Terjemahan ma’nawiyah atau tafsiriyah: iaitu penjelasan erti percakapan dengan bahasa lain tanpa menghiraukan susunan tertib perkataan.

Page 4: Terjemah al-Quran

Hukum Terjemahan Al-Quran

 Di sisi kebanyakan ulama, terjemahan harfiyah adalah mustahil kerana ianya mempunyai syarat-syarat yang tidak boleh dipenuhi iaitu:

1. Mempunyai perbendaharaan kata yang serupa dalam dua bahasa.

2. Mempunyai alat-alat yang membawa erti-erti tertentu yang serupa antara dua bahasa.

3. Mempunyai persamaan antara dua bahasa dalam susunan perkataan daripada konteks ayat, sifat dan sandaran.

Page 5: Terjemah al-Quran

Sesetengah ulama pula mengatakan bahawa terjemahan harfiyah 

boleh dilaksanakan pada sesetengah ayat. Akan tetapi, walaupun

ianya boleh dilaksanakan, hukumnya tetap haram kerana ianya

tidak mungkin dapat menyampaikan maksud dengan sempurna,

tidak memberi kesan pada jiwa-jiwa seperti kesan al-Quran yang

berbahasa Arab yang jelas dan tiada keperluan (darurat) kepadanya

kerana terjemahan ma‘nawiyah sudah mencukupi.

Dengan itu, walaupun terjemahan harfiyah dapat dilaksanakan pada

sesetengah perkataan, ianya tetap dilarang oleh Syarak kecuali

sekiranya diterjemahkan sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa untuk

difahami orang yang mendengar dan bukannya diterjemahkan

keseluruhan konteks ayat.

Page 6: Terjemah al-Quran

Terjemahan ma‘nawiyah dibenarkan kerana tidak terdapat

perkara yang melarangnya. Bahkan ianya wajib apabila

merupakan perantaraan untuk menyampaikan al-Quran

dan Islam kepada orang yang tidak bertutur dalam bahasa Arab.

Ini kerana menyampaikan al-Quran dan Islam adalah wajib,

dan apa yang tidak sempurna satu kewajipan kecuali dengannya,

ianya juga menjadi wajib.

Page 7: Terjemah al-Quran

Akan tetapi, terjemahan ma‘nawiyah mestilah dengan

syarat-syarat berikut:

1. Ianya tidak boleh dijadikan pengganti kepada al-Quran dengan

menggunakannya sahaja sehingga meninggalkan al-Quran.

Oleh itu, hendaklah ditulis terjemahan di sebelah teks Arab al-Quran

supaya menjadi sebagai tafsiran kepadanya.

2. Orang yang menterjemah mestilah mengetahui erti lafaz-lafaz dan

tuntutannya dalam dua bahasa yang digunakan dalam perterjemahan.

3. Orang yang menterjemah mestilah mengetahui

erti lafaz Syarak dalam al-Quran.

4. Di samping itu, terjemahan al-Quran tidak boleh diterima kecuali

daripada orang yang dipercayai iaitu muslim yang teguh agamanya.