Folio geografi 2009- Bentuk Muka Bumi dan Potensinya (by Hairul)
description
Transcript of Folio geografi 2009- Bentuk Muka Bumi dan Potensinya (by Hairul)
Senarai Kandungan
Bil. Perkara Halaman 1. Penghargaan
2. Pendahuluan
3. Objektif Kajian
4. Kawasan Kajian
5. Kaedah Kajian
6. Hasil Kajian
7. Rumusan
8. Lampiran
9. Rujukan
Penghargaan
Hasil laporan KGT yang saya hasilkan ini adalah berkat kerjasama bantuan serta
sokongan daripada pelbagai pihak.Tanpa bantuan mereka, hasil laporan KGT ini tidak
akan berhasil dengan baik. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
terima kasih kepada:
(a) ibu dan ayah saya yang banyak memberi sokongan, dorongan dan nasihatyang
tidak putus-putus sehingga saya mampu menyelesaikan tugasan ini.
(b) Puan. Fauzilah guru Geografi saya yang telah banyak memberi bimbingan
serta tunjuk ajar yang berguna kepada saya
(c) Pihak sekolah yang telah menganjur,menyokong serta memberi kebenaran
kepada kami untuk menjalankan kajian ini.
(d) Rakan saya iaitu Fajru Hanafi yang telah bersama-sama menjalankan kajian
ini.
(e) Penduduk tempatan Kampung Padang Mengkuang yang telah banyak
memberi maklumat
Pendahuluan
Saya menjalankan kajian untuk kerja kursus Geografi saya di Kampung Binjai
Rendah dan membandingkannya dengan Thailand. Saya memeilih kawasan ini kerana
ia merupakan tempat tinggal saya.Kawasan kajian ini juga mempunyai pelbagai
bentuk muka bumi yang saya akan tuliskan dalam kerja kursus saya.Saya mengambil
masa kira-kira 8 minggu untuk menyiapkan kajian mengumpul maklumat tentang
bentuk muka bumi di kawasan kajian saya.
Objektif Kajian
Saya mengkaji Bentuk Muka Bumi Kampung Binjai Rendah di bandingkan dengan
Thailand.
Antara objektif kajian saya:-
1. Mengkaji bentuk muka bumi dan cirinya
2. Mengenalpasti potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manuasia
3. Mengenalpasti halangan bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia
4. menerangkan kesan-kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
5. Menerangkan langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam
sekitar.
6. Bersyukur penduduk dapat menjalankan pelbagai pekerjaan di kawasan kajian
saya.
Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya ialah Kampung Binjai Rendah.Kampung ini mempunyai
penduduk yang menjalankan aktiviti pertanian seperti penanaman padi, sayur-
sayuran, getah dan menternak kambing, lembu dan kerbau.
Kawasan tanah pamah di bahagian timur sesuai bagi penduduk menjalankan kegiatan
pertanian. Kawasan bukit terdapat kilang pecah batu granit.Kawasan kajian ini
terletak di timur laut Bandar Kuala Terengganu ke Marang dan Kuala Berang.
Kawasan ini terletak kira-kira 25 km dari pusat Bandar Kuala Terengganu dan 30 km
dari Kuala Berang.
Peta lakar kampong binjai rendah
Peta daerah marang
Peta Thailand
Kaedah kajian
Saya mendapat maklumat:-
Pemerhatian
Saya membuat pemerhatian tentang kegiatan ekonomi yang terdapat di sekitar tempat
tinggal saya.saya juga membanci bilangan penduduk yang terlibat dalam pelbagai
jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan kajian.
Temu bual
Saya juga telah menemu bual beberapa orang kakitangan MAjlis Daerah Tuaran,
pegawai pelancongan, ketua kampong dan pegawai di jabatan Perancang Bandar &
Wilayah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kegiatan ekonomi yang
dijalankan di kawasan kajian. Saya juga menemu bual beberapa orang pengunjung
serta penduduk sekitar untuk mengetahui tentang kegiatan ekonomi setempat serta
sumbangannya.
Rujukan
Saya mendapat peta Negara Thailand dalam atlas dan merujuk buku teks Geografi
tingkatan 3 untuk mendapat lebih banyak maklumat
Hasil kajian
Di kampong Binjai Rendah ini terdapat 3 jenis bentuk muka bumi. Antaranya ialah
tanah tinggi, tanah pamah dan kawasan berpaya.
KAWASAN TANAH TINGGI
Tanah tinggi atau kawasan berbukit merupakan salah satu bentuk muka bumi yang
terdapat di kampong binjai rendah. Kawasan tanah tinggi yang terdapat di kawasan
binjai rendah ialah Bukit Batu penunggul, Bukit Belat dan Bukit Lada. Dari segi
saiznya bukit batu penunggul adalah bukit yang terbesar, bukit belat pula sedarhana
dan bukit lada yang paling kecil.Sambungan bukit-bukit ini membentuk rabung.
Ketinggian bukit batu penunggul,bukit belat dan bukit lada dari aras laut ialah
diantara 70-330 meter.Luas pula adalah antara 1 hektar.Kawasan tanah tinggi ini
terletak di selatan Bukit Batu Penunggul.Di tengah kampong binjai rendah ini pula
ialah bukit lada.Kawasan tanah tinngi juga merupakan kawasan tadahan hujan dan
jenis tanah yang ada di kawasan ini adalah tanah jenis laterit manakala batuan yang
terdapat disini pula ialah batuan jenis Igneus, Granit, Batu kelikir dan lain-lain lagi.
Disini juga terdapat cerun bukit yang landar.
KAWASAN TANAH PAMAH
Tanah pamah yang rendah dan rata adalah sangat sesuai untuk petempatan, pertanian
dan perindustrian.Majoriti tanah pamah disekitar ini adalah subur.Tanah pamah ini
juga terdapat beberapa batang anak sunagai.Sungai ini mengalir secara berlikur-likur
dan proses pemendapan sering berlaku di sekitar tebingnya. Air sungai ini mengalir
secar a perlahan. Arah sungai yang mengalir adalah dari sebelah timur. Jenis tanah
tanhih yang terdapat di kawasan tanah pamah ini ialah tanah jenis laterit, alluvium
dan tanah liat.
Di Thailand, tanah tinggi terdapat di utara menjadi punca sungai Menam Chou Praya.
Kawasan tanah pamah pula terdapat di sekitar bangkak.
Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia dan pembangunan
kawasan
KAWASAN TANAH TINGGI
Kawasan tanah tinggi di kawasan binjai rendah banyak memberi manfaat kepada
penduduk yang gigih mengusahakan tanah tersebut.
Antara sumbangan kawasan tanah tinggi kepada penduduk ialah terbentuk sebuah
kilang melebur batu-bata yang terdapat di kawasan tanah tinggi.
Batu yang dilebur dikilang ini seperti batu granit dan batu kapur. Kilang ini terdapat
di utara. Tujuan kilang ini dibina dikampung ini adalah untuk melebur batu-batan
yang kecil mahupun yang besar saiznya.Batu-batan lebur akan dijual kepada
pengguna untuk dijadikan salah satu binaan yang penting
Kilang ini dibuka oleh seorang penduduk kampong yang bernama Mohd bin
Yakkob,kilang ini dibuka pada tahun 1978.Bilangan pekerja di kilang ini lebih kurang
30 orang. Penduduk bersyukur dengan adanya kilang ini maka masalah penganguran
akan dapat diatasi di kampong ini.
Selain daripada kilang batu-batan, kegiatan pertanian juga dijalankan bagi
menampung pendapatan penduduk kampong.Tanaman utama ditanam bagi kawasan
ini ialah tanaman pokok durian yang ditanam secara meluas.
KAWASAN TANAH PAMAH
Kawasan tanah pamah sesuai dijadikan kawasan penempatan utama .Bilangan rumah
yang dibina di kawasan tanah pamah ialah kira-kira 236 buah rumah.Jenis rumah
seperti rumah kos rendah, rumah kedai ,teres dan rumah kampong. Bekalan elektrik
disalurkan untuk kemudahan penduduk kampong memandangkan kampong binjai
rendah terletak diantara jalan kuala berang dan kuala terengganu.
Kemudahan pengangkutan bas dan teksi memudahkan penduduk berulang alik
ketempat kerja dan sekolah. Pola penempatan yang terdapat di kampong binjai
rendah ialah pusat,berjajar dan terancang.
Kawasan tanah pamah sesuai dijadikan kawsan pertanian. Tanam-tanaman yang
sesuai ditanam ialah sayuran seperti sawi, ubi, kacang panjang dan lain-lain lagi.
Jenis tanah yang sesuai untuk kegiatan pertanian ialah Kampung Gelegoh lama.
Kawasan tanah pamah yang terletak ditebusguna adalah dianggarkan keluasan
sebanyak 5 hektar. Kawasan tanah pamah juga sesuai dijadikan tempat pembinaan
jalan raya dan kemudahan-kemudahan social. Kemudahan social yang disediakan
ialah seperti tempat perhentian bas dan satu lagi yang dibina oleh kerajaan ialah
dewan serbaguna.
Di Thailand, kawasan tanah pamah ditanam padi sawah. Di dataran Bangkok
terdapat penempatan Bandar dan menjadi tumpuan penduduk kerana terdapat
pelbagai jenis pekerjaan seperti kilang terdapat di sini. Saya rasa amat berbangga
penduduk hidup dengan aman kerana terdapat pelbagai jenis kerajaan.
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.
Masalah-masalah yang sering berlaku di kawasan tanah tinggi adalah seperti berikut:
HAKISAN
Hakisan sering berlaku di kawasan tanah tinggi di kampong binjai rendah. Halini
disebabkan oleh tadahan hujan yang dibina pada cerun bukit untuk kegiatan pertanian
dan pembinaan rumah.Kegiatan ini telah banyak mengakibatkan hakisan-hakisan
tanah serta tanih
Fenomena ini sering berlaku di bahagian utara selatan. Kegiatan pembalakan yang
berleluasa dan tiada sikap bertanggungjawab juga telah mengakibatkan kepupusan
beberapa jenis sepsis tumbuhan dan haiwan di kawasan ini. Masalh ini dapat diatasi
dengan membina benteng yang diperbuat daripada batu blok disekitar kawasan tanah
tinggi.
PENCEMARAN
Kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan ini telah menimbulkan pelbagai
masalah. Contohnya kegiatan memecah batu dibahagian selatan bukit batu penunggul
yang telah menyebabkan pencemaran udara yang berpunca daripada habuk yang
dilepaskan oleh kauri dan akibat daripada pengeboman batu. Getaran letupan di kauri
itu juga mengancam keselamatan penduduk yang tinggal berdekatan dengan bukit
tersebut kerana kemungkinan berlakunya keruntuhan tanih dan batu. Kegiatan kauri
juga menjejaskan keindahan semulajadi.
Di Thailand, kegiatan pertanian di kawsan kaki bukit juga meyebabkan berlakunya
masalah hakisan tanah.Keadaan rumah penduduk yang tidak tersusun sering berlaku
banjir.Sikap bertanggungjawab perlu disemai pada setiap orang supaya kesan pada
alam sekitar dapat dikurangkan
Rumusan
Melalui kajian yang telah saya jalankan dapatlah saya merumuskan bahawa kampong
binjai rendah adalah sebuah kampong yang mempunyai struktur bentuk muka bumi
yang sesuai dengan profesion atau pekerjaan penduduk kampong ini, misalnya
kawsan tanah tinggi yang sesuai bagi penduduk menanam pokok durian, salk dan
sebagainya. Ditanah pamah atau tanah rendah ada pula penduduk dapat menjalankan
aktiviti harian dan kemudahan –kemudahan asas dapat diadakan di kawasan tanah
pamah.Oleh itu, kampong ini sekarang sudahpun maju dan sentiasa berkembang
menuju kearah pemodenan. Penduduk hidup dengan aman dan harmoni.
Semasa menjalankan kerja ini saya telah melalui pelbagai pengalaman yang sebelum
ii saya tidak pernah lalui.Antara pengalaman yang saya lalui adalah semasa
melakukan pemerhatian pelbagai jenis tumbuhan saya lihat dimana saya tidak pernah
lihat sebelumnya.
Harapan saya semoga pecan Binjai Rendah dapat membangun dengan lebih pesat lagi
dimasa akan dating. Semua masalh seperti pencemaran dapat dikurangkan oleh
pengurusan kilang kauri.