Folio Geografi

download Folio Geografi

of 20

Transcript of Folio Geografi

[Type text]

TAJUK KAJIAN: POTENSI BENTUK MUKA BUMI KAWASAN SUNGAI YAN,KEDAH DAN PERBANDINGAN DENGAN DATARAN BANGKOK, THAILAND.

[Type text]

SENARAI KANDUNGAN

KANDUNGAN 1. TAJUK KAJIAN 2. SENARAI KANDUNGAN 3. PENGHARGAAN 4. PENDAHULUAN 5. OBJEKTIF KAJIAN . 6. KAWASAN KAJIAN 7. KAEDAH KAJIAN 8. DAPATAN KAJIAN 9. HASIL KAJIAN 10. RUMUSAN 11. LAMPIRAN 12. RUJUKAN

MUKA SURAT . . . . . . . . . . . .

[Type text]

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengetua SMK XXXX yang telah memberi kebenaran untuk saya menjalankan Kerja Kursus Geografi PMR ini yang merupakan syarat wajib untuk Peperiksaan Menengah Rendah 2008. Ribuan terima kasih juga tidak dilupakan untuk Pn XXXXX yang juga merupakan guru Geografi yang tidak jemu memberi tunjuk ajar dan bimbingan untuk saya melengkapkan Kerja Kursus Geografi ini. Tidak lupa juga kepada ibu saya Pn Nurulhuda Bt Abu Talib dan bapa saya Encik Shukri bin Othman yang turut memberikan sokongan dan dorongan yang tidak hentihenti dalam melaksanakan tugasan ini. Juga untuk adik-beradik saya Adibah dan Najwa yang sanggup membantu menemani saya semasa menjalankan soal selidik di kawasan kajian. Juga untuk sepupu saya Ainsyah binti Ismail yang membawa saya menerokai kawasan kajian. Untuk rakan-rakan seperjuangan di kelas 3 Mujahidah 2009 juga terima kasih tidak terhingga kerana sudi berkongsi idea dan memberi teguran untuk sebarang kekurangan dalam menyiapkan tugasan ini. Juga ribuan terima kasih kepada penduduk Jalan Dulang, Sungai Yan kerana sudi temuramah dan memberikan kerjasama berbentuk maklumat yang amat berguna untuk mejadikan kajian ini lebih bermakna.

[Type text]

PENDAHULUAN

Saya Munirah binti Shukri dari kelas 3 MujahIdah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perwira, Yan Kedah telah memilih kawasan Sungai Yan sebagai kawasan kajian dan telah membandingkannya dengan Dataran Bangkok, Thailand dari aspek Bentuk Muka Bumi dan potensinya. Saya memlih kawasan Sungai Yan kerana kawasan ini merupakan kawasan tempat tinggal saya. Ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian geografi tempatan saya. Saya memilih Dataran Bangkok, kerana kawasan ini mempunyai fungsi yang hampir sama dengan kawasan Sungai Yan terutama dari aspek kawasan penanaman padi utama negara. Kajian ini mengambil masa selama 3 bulan untuk disiapkan.

[Type text]

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti bentuk muka bumi Sungai Yan dan Negara Thailand dan ciricirinya. 2. Mengenalpasti potensi bentuk muka bumi Sungai Yan dan Dataran Bngkok kepada kegiatan manusia. 3. Mengenalpasti halangan bentuk muka bumi Sungai Yan dan Dataran Bangkoko, Thailand terhadap kegiatan manusia. 4. Mengenalpasti kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Sungai Yan dan Dataran Bangkok. 5. Mengenalpasti langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Sungai Yan dan Dataran Bangkok. 6. Menerapkan unsur patriotisme sebagai warga penduduk Kawasan Sungai Yan , Kedah.

[Type text]

KAWASAN KAJIANSungai Yan juga dikenal sebagai Yan Kechil adalah sebuah pekan kecil di Daerah Yan. Dari aspek lokasi Daerah Yan berada di bhagian tengah negeri kedah di pantai barat dan berdekatan dengan laut Selt Melaka. Ia terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandar Guar Chempedak dan 50 kilometer ke selatan Bandaraya Alor Setar. Jaraknya dari Bandar Sungai Petani pula adalah kira-kira 45 kilometer. Sungai Yan mempunyai ketersampaian yang baik dengan bandar-bandar sekitarnya iaitu Alor Setar dan Sungai Petani. Ia juga mempunyai hubungan terus dengan Lebuh Raya Utara Selatan melalui Plaza Tol Gurun.

Di tengah Pekan Sungai Yan

Bentuk muka bumi kawasan kajian adalah tanah pamah beralun. Dibahagian Selatan Sungai Yan adalah kawasan bukit-bukau dan Gunung Jerai yang merupakan gunung tertinggi di Negeri Kedah. Manakala di bahagian baratnya adalah Selat Melaka. Kawasan ke utara Sungai Yan merupakan Dataran Kedah yang menjadi kawasan Jelapang Padi Malaysia. Sungai Yan di saliri oleh Sungai Yan Kechil yang mengalir dari Gunung Jerai ke Selat Melaka iaitu Kuala Sungai Yan. Walaupun ia hanya merupakan pekan kecil yang berfungsi sebagai pusat pengumpulan hasil pertanian padi dan perikanan ia turut dilengkapi dengan infrastruktur yang penting seperti Hospital Daerah, Pejabat Tanah Daerah dan Balai Bomba Daerah yang dalam proses pembinaan. Terdapat sebuah sekolah menengah dan dua buah sekolah rendah bantuan penuh kerajaan.

[Type text] Sebagai warga penduduk Sungai Yan saya merasa amat berbangga kerana kawasan saya merupakan kawasan penting yang memainkan peranan yang penting sebagai pengumpulan hasil pertanian hingga menyebabkan ia berkembang maju dan memainkan sebahagian peranan sebagai pusat pentadbiran Daerah Yan. Kawasan bandingan saya ialah Dataran Bangkok di Thailand. Kawasan ini adalah kawasan yang paling maju di Thailand. Ia juga dikenal sebagai Dataran Tengah .Di sini terletaknya Bangkok yang merupakan ibu negara Thailand. Bangkok juga berkembang pesat hasil dari aktiviti asalnya iaitu pertanian padi sawah yang diusahakan dengan skala besar hingga ia muncul sebagai pengeluar beras utama di dunia. Di bahagian timur nya ialah Kawasan pergunungan iaitu Dataran Tinggi Korat. Bahagian baratnya adalah kawasan banjaran yang memisahkan Thailand dengan Myanmar. Di bahagian selatannya adalah tanah sempit yang meliputi Wilayah Patani yang di kenal sebgai Segenting Kra yang menghubungkan ia dengan Semenajung Malaysia. Manakaal di utaranya pula ialah Wilayah Chiangmai. Bentuk Muka Bumi di Dataran Bangkok telah menjadikan ia penting untuk menjlankan segala kegiatan ekonomi sehingga maju dan menjadi kebanggaan warga Thailand.

[Type text] 6.1 Peta

Daerah Yan

Peta di atas menunjukkan Kawasan Yan Kecil

[Type text]

6.2 Peta Negara Malaysia

[Type text]

6.4 Peta Negara yang dibandingkan-Dataran Bangkok , Thailand.

[Type text]

KAEDAH KAJIAN

Terdapat beberapa kaedah kajian yang telah diguna pakai dalam menjalankan kajian ini. Pertamanya ialah kaedah pemerhatian yang dijalankan untuk meninjau keadaan bentuk muka bumi sekitar kawasan kajian dan mengenalpasti jenis-jenis guna tanah di kawasan Sungai Yan. Kaedah yang kedua adalah temu bual untuk mengenalpasti kegiatan penduduk Sungai Yan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dalam menjalankan kegiatan ekonomi mereka. Kaedah yang ketiga ialah rujukan bagi mendapatkan maklumat berkaitan faktorfaktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan serta langkah-langkah penyelesaiaan bagi kesan-kesan negatif yang timbul. Kaedah yang terakhir ialah melayari internet untuk mendapatkan peta kawasan kajian, peta Daerah Yan, peta Negeri Kedah, peta Negara Malaysia, dan peta Dataran Bangkok Thailand. Melalui kaedah rujukn perpustakaan pula fakta berkaitan Negara Thai khususnya Dataran Bangkok diperoleh.

[Type text]

HASIL KAJIAN1. Bentuk muka bumi Sungai Yan dan Negara Thailand dan ciri-cirinya.

Hasil kajian yang dijlankan Kawasan Sungai Yan mempunyai bentuk muka bumi tanah pamah beralun dan bertanih aluvium.Terdapat sebatang sungai yang mengalir. Di kawasan ini juga terdapat laut Selat Melaka dan di bahagian selatannya ialah kawasan bukit-bukau iaitu kaki Gunung Jerai iaitu gunung tertinggi di Kedah. Saya amat berbngga menjadi penduduk kawasasan yang terkenal di Negeri Kedah ini. Dataran Bangkok pula merupakan Tanah pamah yang rata. Di slairi oleh Sungai Chao Phraya dan sungai cawangannya. Di bahagian timur nya ialah Kawasan pergunungan iaitu Dataran Tinggi Korat.Bahagian baratnya adalah kawasan banjaran yang memisahkan Thailand dengan Myanmar. Di bahagian selatannya adalah tanah sempit yang meliputi Wilayah Patani yang di kenal sebgai Segenting Kra yang menghubungkan ia dengan Semenajung Malaysia. Manakala di utaranya pula ialah Wilayah Chiangmai yang terkenal dengan aktiviti pelancongan. 2. Potensi bentuk muka bumi Sungai Yan dan Dataran Bangkok kepada kegiatan manusia Bentuk muka bumi kawasan Sungai Yan yang merupakan tanah pamah beralun memainkan peranan yang penting sebagai kawasan pertanian Tanaman utamanya ialah tanaman padi yang dijalankan dua kali setahun hasil daripada bantuan pengairan Penanaman padi di sini dijalankan di bawah Rancangan Pengairan Muda.Hasil padi dibawa ke Kilang berdekatan iaitu Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN). Selain pertanian, kawasan Sungai Yan juga berfungsi dari aspek perikanan. Kuala Sungai Yan berfungsi sebagai pusat pendaratan ikan. Di bahagian barat Sungai Yan terdapat Laut Selat Melaka yang menjadi kawasan tangkapan ikan. Nelayan di kawasan ini menjalankan perikanan pinggir pantai. Mereka kelur ke laut pada waktu pagi dan pulang pada waktu petang. Hasil tangkapan dipasarkan di Pasar di Pekan Sungai Yan , pekan-pekan terdekat dan bandar-bandar seperti Sungai Petani dan Alor Setar.

[Type text]

PETA MINDA KEPELBAGAIAN POTENSI BENTUK MUKA BUMI KAWASAN SUNGAI YAN

Pertanian Perniagaan Perikanan

Pentadbiran

POTENSI

Pelancongan dan rekreasi

Perhubungan dan Pengangkutan (Sumber: Pemerhatian Kawasan Kajian 2009)

Sungai Yan Kechil yang mengalir ke laut memainkan peranan penting untuk aktiviti perikanan di Daerah Yan

[Type text]

Selain itu kawasan ini juga menjadi kawasan tarikan pelancongan hasil bentuk muka bumi berbukit-bukau dan terdapat Air Terjun Seri Perigi di bahagian selatannya. Ia adalah merupakan hulu Sungai Yan Kecil yang mana Gunung Jerai adalah legeh dan kawasan tadahan utamnya.Bentuk muk bumi tanah pamah beralun di sini juga menjadikan ia sesuai untuk pembinaan kawasan petempatan, kawasan perniagaan , jalan perhubungan dan pengangkutan dan pelbagai kemudahan infrastruktur. Saya merasa amat berbangga kerana menjadi penduduk SungaiYan yang maju seiring kemajuan Negeri Kedah menjelng 2010. Dataran Bangkok juga penting sebagai kawasan pertanian padi utama di Thailand. Bangkok yang merupakan ibu negara berkembang maju hasil pertanian padi . Bentuk Muka Buminya ialah tanah pamah Ini membolehkan segala presarana pembangunan dibina. Ini menyebabkan ia berkembang maju sebgai ibu negara.Pertanian padi di sini dijalankan dengan skala yangbesar dengan bantuan pengairan dari empangan seperti Empangan Chainat dan Yan Hee. Kawasan Dataran Bangkok yang juga adalah kawasan petempatan utama di Thailand dan di sinilah terletknya pusat pentadbiran Negara Thailand iaitu Bandaraya Bangkok.Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di sini selain pertanian seperti perindustrian, pusat perdagangan.Sungai Chao Phraya yang mengairi kawasan ini juga igunakan sebagai jalan pengangkutan, pengairan, penjanaan hidroelektrik dan kegunaan domestik. Sungai ini mempunyai banyak cawangan terusan atau klong ini juga digunakan sebagai Pasar Apung. Penduduk seharusnya berbangga dengan kewujudan kawasan Dataran Bangkok yang memainkan peranan penting dari pelbagai aspek terutma pertanian dan menjadikan Thailand sebagai pengeksport padi utama dunia. 3. Halangan Bentuk Muka Bumi terhadap kegiatan manusia Walaupun kawasan Sungai Yan berpotensi dan penting sebagai kawasan pertanian. Terdapat juga halangan bentuk muka bumi yang menghalang kegiatan penduduk di sini. Halangan pertama ialah kawasan ini agak rendah dan mudah dilanda banjir terutamanya bila musim hujan. Keadaan ini akan menyebabkan kawasan penanamn padi akan terjejas teruk kerana ditenggelami air. Ini berlaku lebih kerap dan ketara apabila ada kawasn sawah padi yang dibangunkan sebagai kawasan binaan kilang, taman perumahan dan kemudahan seperti pejabat tanah,hospital dan Balai bomba.

[Type text]

Kawasan sawah padi yang terancam kerana berdekatan dengan pinggir pantai

Halangan kedua yang dikenalpasti ialah hakisan pinggir pantai kerana hakisan ombak yang kuat. Hakisan ini juga lama kelamaan akan menyebabkan air laut masuk sehingga ke kawasan tanaman padi dan menyebabkan wujudnya pengaruh air masin yang tidak sesuai untuk tanaman padi. Walaubagaimanapun penduduk tempatan perlu menangani halangan-halangan ini dengan sebaik mungkin agar kegiatan ekonomi harian penduduk yang menjadi punca rezeki tidak akan terjejas. Dataran Bangkok juga mempunyai halangan bentuk muka bumi seperti kawasan tanah tinggi yang terdapat di timur dan barat Datran Bangkok . Ini menyebabkan pembinaan jalan perhubungan Bangkok dengan negara Myanmar di Barat dan Kemboja di timur agak terbatas. Bangkok mengalami masalah yang teruk berkaian kesesakan lalu lintas kerana halangan kawasan tanah tinggi dan tanah pamah yang terhad dan menyukarkan pelebaran dan naik taraf jalan raya. Kawasan tanah pamah di dataran ini juga semakin terhad kerana penggunan tanah yang semakin pelbagai untuk pmbangunan negara. Dataran Bangkok juga mengalami masalah apabila sungai utamanya yang tercemar akibat aktiviti penduduk sepanjang sungai dan kegiatan Pasar Apung. Pencemaran air akan mengganggu penggunaan air untuk kegunaan domestik dan aktiviti penjanaan kuasa hidroelektrik. Penduduk di Dataran Bangkok perlu bersyukur dengan kelebihan yang terdapat di negranya walaupun terdapat sesetenghnya yang menjadi halangan untuk aktiviti penduduk.

[Type text] 4. Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar dan langkah mengatasinya. Aktiviti penduduk di kawasan Sungai Yan yang semakin pelbagai pada hari ini telah memberi kesan terhadap alam sekitarnya.Ini dapat dilihat di pekan Sungai Yan di mana sungainya iaitu Sungai Yan Kechil mengalami pencemaran yang teruk.Penduduk yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sampah dan sisa air kumbahan . Sampah sarap ini akan menyebabkan aliran air sungai ke laut tidak lancar dan mudah berlaku banjir. Ia juga menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.

Pembinaan restoran di tepi Sungai Yan

Bagi mengatasi masalah ini kempen cintai sungai perlu dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Yan. Langkah kejuruteraan pula boleh dijalankan melalui pemasangan perangkap sampah di kawasan tertentu di dalam sungai. Perlaksanaan dua langkah ini sudah tentu dapat membuka mata dan memberi kesedaran terhadap penduduk kawasan Sungai Yan agar bersama-sama menjadi warisan yang berharga ini. Pembangunan di pinggir pantai seperti pembinaan kawasan perumahan pula menyebabkan pokok bakau di tepi pantai hilang habitatnya. Pembinaan pelabuhan carigali minyak di Pulau Bunting di perairan Daerah Yan di Selat Melaka telah memberi kesan terhadap ekosistem bakau di kawasan ini.. Akibatnya berlakulah hakisan pantai yang teruk . Habit hidupan akuatik juga telah musnah. Perubahan lanskap dari kawasan juga telah berlaku di sini iaiatu dari kawasan hutan Paya Bakau menjadi pantai yang tandus tanpa sebarang pokok bakau. Penduduk kawasan Sungai Yan ini sepatutnya lebih peka terhadap perubahan persekitaran yang berlaku dan berusaha menjaga alam sekitar kurniaan Tuhan ini agar ia terus lestari untuk generasi akan datang.

[Type text]

Habitat bakau yang semakin pupus

Pulau Bunting yang dibangunkan sebagai pelabuhan cari gali minyak

Bagi mengatasi masalah hakisan pinggir pantai pula , penanaman semula pokok bakau boleh dilaksanakan. Di kawasan yang berdekatan sawah padi telah dibina tembok batu untuk menhalang hakisan dari terus berlaku.

[Type text]

Tembok batu dibina untuk menghalang hakisan pantai

Pembanguan di Dataran Bangkok juga turut menghasilkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Sungai Chao Phraya telah mengalami kepupusan ekosistem sungai. Jika dahulu ia menjadi sumber rezeki hasil tangkapan ikan kini spesies ikanhidupan akuatik di situ semakin pupus. Ia tercemar dengan buangan sampah sarap dan pelepasan sisa bahan api diesel yang dihasilkan oleh bot-bot yang melaluinya.Ini kerana penduduk di Dataran Bangkok menggunakan jalan air ini sebagai jalan pengangkutan barangan pukal untuk ke Pelabuhan Bangkok. Bagi mengatasi masalah pencemaran sungai oleh penduduk Kerajaan Thailand perlulah menjalan kempen cintai sungai secara menyeluruh. Promosi kempen perlu dijalankan dengan besar-besaran memandangkan Sungai Chao Phraya mengairi hampir ke seluruh Negara Thailand amnya dan di Dataran Bangkok khusunya melalui sungaisungai cawangannya. Pertanian pindah giat dijalankan oleh puak-puak bukit di Dataran Tinggi Korat dan kawasan ini adalah pengeluar padi bukit atau padi huma yang utama di Thailand. Kegiatan ini mengganggu ekosistem hutan kerana ia memerlukan kawasan hutan diterangkan untuk aktiviti penanaman padi. Kegiatan ini juga menyebabkan berlaku hakisan tanih dan kawasan tadahan hujan turut terjejas. Lama kelamaan sungai akan mengalami pencemaran hakisan dan pemendapan butir-butir tanih pula boleh menyebabkan sungai menjadi cetak. Seterusnya ia mengganggu fungsi sungai yang

[Type text] menjadi jalan air utama Thailand. Penduduk Datran Bangkok patut memandang serius perkara ini kerana Sungai Chao Phraya menjadi nadi pengangkutan utama ke Pelabuhan Bangkok di selatan negara ini. Bagi mengatasi kesan pertanian pindah pula Kerajaan Thailand perlu mengambil kira amalan pertanian tetap. Kegiatan ini perlu dikawal kerana kadang-kala ia menyebabkan berlaku kes kebakaran hutan. Langkah penerangan hutan perlu dikawal agar ia tidak mengganggu ekosistem di kawasan tadahan. Perkara ini amat penting kerana ia akan mempengaruhi bekalan ir yang berterusan di negara monsun tropika ini. Puakpuak bukit yang mengamalkan kegiatan ini juga perlu didedahkan dengan kepentingan pengurusan kawasan tadahan yang baik dan lestari

Jadual Data Kajian Jenis pekerjaan penduduk di Sungai Yan Jenis Pekerjaan Penduduk Nelayan Pesawah Peniaga Kakitangan kerajaan Bil 10 15 3 2 (Sumber: Soal Selidik 2009)

[Type text]

RUMUSAN

Dari kajian yang telah dijalankan dapatlah dirumuskan bahawa kepelbagaian bentuk muka bumi di kawasan Sungai Yan mempunyai pelbagai potensi yang dapat memainkan peranan penting dalam kegiatan sosial dan ekonomi penduduk Sungai Yan. Kawasan ini adalah amat unik kerana mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang berbeza. Sejarah Daerah Yan yang berdekatan dengan tapak kawasan Kerajaan Kedah Tua dengan kesan petempatan Lembah Bujang turut menjadi tarikan pelancongan di daerah ini. Namun kajian juga telah memperlihatkan pelbagai kesan positif dan negatif. Langkah-langkah juga telah dikenlpasti bagi menangani kesan negatif terhadap alam sekitar yang wujud bagi membuktikan rasa tanggungjawab, semangat cintakan negara dan kesejahteraan kehidupan di bumi.