Folio Sejarah Tingkatan 2 -Perpaduan Kaum

10
PENDAHULUAN Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata “Satu Malaysia’’ yang menjadi pegangan wazir negara kita, Dato’ Seri Najib Abdul Razak merupakan satu langkah yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia. Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan – Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, Alumni, tokoh- tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka 1

Transcript of Folio Sejarah Tingkatan 2 -Perpaduan Kaum

Page 1: Folio Sejarah Tingkatan 2 -Perpaduan Kaum

PENDAHULUAN

Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata “Satu Malaysia’’ yang menjadi pegangan

wazir negara kita, Dato’ Seri Najib Abdul Razak merupakan satu langkah yang jelas

bagi memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian

kerana, banyak kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum

di Malaysia. Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan –

Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati

hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah

ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling,

Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar.

Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, Alumni, tokoh-tokoh dan sejarawan,

Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan.

Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar

berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran ”Jalur Gemilang”,

hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran,

melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik

kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh

pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak

dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah

berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat

patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara.

1

Page 2: Folio Sejarah Tingkatan 2 -Perpaduan Kaum

1. KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DALAM MASYARAKAT KAUM DI

MALAYSIA.

Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan

negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat

dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan

bersama di kalangan mereka. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu

kestabilan & kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat

perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk

mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai

untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama

diperlukan untuk menjana kemajuan. Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia

adalah:-

1. Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang

harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya

masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan

sebagainya. Peribahasa “ rambut sama hitam, hati lain-lain” jelas menunjukkan

walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan

manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan

masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat

tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah

mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa,

“ bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

2

Pelbagai Kaum di Malaysia

Page 3: Folio Sejarah Tingkatan 2 -Perpaduan Kaum

2. Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan

ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan

ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa

sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang

berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan

peribahasa, “ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” nescaya rakyat juga dapat

bersama-sama memajukan ekonomi negara.

3

Kemajuan yang dicapai oleh Malaysia

Page 4: Folio Sejarah Tingkatan 2 -Perpaduan Kaum

2. SEJARAH MEMBUKTIKAN KEJAYAAN-KEJAYAAN DI MALAYSIA

TERCAPAI HASIL DARIPADA PERPADUAN KAUM.

Perpaduan 1

Rakyat Malaysia tidak seharusnya lupa bahawa perpaduan semua bangsa di

negara ini telah menjadikan sebuah negara Malaysia berdaulat seperti hari ini. Banyak

perkara yang boleh dipelajari daripada apa yang pernah diperjuangkan oleh para

pejuang kemerdekaan negara dan "jangan kita lupa bahawa ia adalah hasil daripada

perpaduan antara masyarakat Melayu, Cina serta India terdahulu dan tidak ada satu

bangsa pun di negara ini yang menyokong perjuangan komunis.

Kita juga tidak seharusnya lupa bahawa kejayaan ini adalah hasil perpaduan kita

dengan etnik Sabah dan Sarawak seperti Iban, Dayak dan Kadazan Dusun, tatkala

negara bangkit daripada kesan penjajahan.

Perpaduan 2

. Bagi kestabilan politik,ekonomi, dan keharmonian masyarakat maka British telah

memberi syarat supaya kerjasama kaum diadakan jika tanah Melayu ingin mendapat

kemerdekaan

a) Penubuhan Jawatankuasa hubungan antara kaum.(CLC) dan keanggotaannya

terdiri:-

i Umno - diketuai oleh Dato’ Onn Ja’afar

ii) MCA - diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock

iii) Seorang wakil kaum India,Ceylon,Serani dan Eropah.

iv) Pemgerusi ialah Dato’ E.E.C Thuraisingam dan penasihat Sir Malcolm Mac Donald

(Gabenor Jeneral Asia Tenggara)

4

Perarakan Menyambut Hari Kemerdekaan 1957

Page 5: Folio Sejarah Tingkatan 2 -Perpaduan Kaum

3. CARA-CARA PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA DAPAT DIPERKUKUH DAN

DIMANTAPKAN.

Perisytiharan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi kebangsaan

negara adalah bertujuan agar fikiran, pendapat dan perasaan rakyat pelbagai kaum

dapat dipersatukan secara pemuwafakatan dan bijaksana tanpa membangkitkan isu-isu

sensitif yang boleh mencetuskan keadaan yang tidak diingini. Antara cadangan yang

memantapkan perpaduan kaum di Malaysia adalah:

.

1. Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah

Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di

Melaka, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hají Ahmad Badawi

selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya

Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun

Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000 yang

dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab

Rukun Negara Di Sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan

warga sekolah terutamanya golongan relajar terhadap prinsip-prinsip Rukun

Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat

dan diperkukuhkan..

5

Page 6: Folio Sejarah Tingkatan 2 -Perpaduan Kaum

2. Program Pemuafakatan Masyarakat –

Program pemuwafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan melalui

program- program ilmiah seperti ceramah motivasi, aktiviti keagamaan, Makan

Beradab, gotong royong, majlis perkahwinan dan sebagainya.

3. Hari Keluarga dan Sukan Rakyat –

Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan. Pelbagai

acara dijalankan melibatkan semua peserta. Selain dapat menghilangkan

perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat membina

persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam

kalangan seluruh warga masyarakat.

4. Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan –

Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati

hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat

sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan

Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-

persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, Alumni,

tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan

6

Permuakatan Kaum dalam Masyarakat

Malaysia

Sukan Rakyat

Page 7: Folio Sejarah Tingkatan 2 -Perpaduan Kaum

dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah

kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa,

pentomen, kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato,

forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara,

perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga

terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat

daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan

program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan

pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat

patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan

negara.

7

Pertandandingan Mewarna

Page 8: Folio Sejarah Tingkatan 2 -Perpaduan Kaum

Penutup:

Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan

kemajuan negara. Sejak merdeka lagi kerajaan telah memupuk semengat perpaduan

dalam memakmurkan Negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai

proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan Negara yang ingin dicapai untuk

wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan

untuk menjana kemajuan.

8