fonetik

29
1 PENGENALAN Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan; bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara. Menurut Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul ’Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, menurut Dr. Lufti Abas (1985). Daripada pendapat beberapa tokoh di atas, jelaslah bahawa fonetik merupakan fenomena yang menghasilkan bunyi-bunyi bahasa melalui fungsi organ- organ sebutan manusia. Konsep penting sesuatu bahasa yang dipersetujui oleh ramai ahli bahasa ialah bunyi. Aspek kajian bunyi dalam bahasa diwakili oleh dua komponen utama linguistik deskriptif, iaitu fonetik dan fonologi. Bidang kajian ilmu bahasa ini juga sebagaimana kajian linguistik yang

description

1312

Transcript of fonetik

Page 1: fonetik

1

PENGENALAN

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini

sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj

Omar (1986) mengatakan; bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-

alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit

dan pita suara. Menurut Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul ’Kajian Bahasa Untuk Pelatih

Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau

pertuturan manusia sejagat. Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-

bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan

memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala

sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi

kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.

Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan

melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi-bunyi marginal,

dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, menurut Dr. Lufti Abas (1985). Daripada

pendapat beberapa tokoh di atas, jelaslah bahawa fonetik merupakan fenomena yang

menghasilkan bunyi-bunyi bahasa melalui fungsi organ-organ sebutan manusia.

Konsep penting sesuatu bahasa yang dipersetujui oleh ramai ahli bahasa ialah bunyi.

Aspek kajian bunyi dalam bahasa diwakili oleh dua komponen utama linguistik deskriptif, iaitu

fonetik dan fonologi. Bidang kajian ilmu bahasa ini juga sebagaimana kajian linguistik yang lain,

melibatkan banyak teori, prinsip, konsep dan unsur-unsur linguistik. Fokus kajian fonetik dan

fonologi sebagai salah satu daripada cabang ilmu linguistik adalah meneliti dan menganalisis

pelbagai sudut dan selok-belok bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia dalam pertuturan

dan berkaitan fungsinya dalam sistem bahasa. Asal usul perkataan fonetik menurut Siti Hajar

Abdul Aziz (2011), adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone

yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia.

Page 2: fonetik

2

1.0 KONSEP FONETIK

Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu

bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang

menunjukkan sebutannya. Bunyi-bunyi yang seakan- akan bunyi bahasa atau bunyi-bunyi

lain ataupun bunyi-bunyi selain bunyi bahasa yang dihasilkan oleh bukan manusia tetapi

menyerupai bunyi bahasa manusia, termasuk bunyi yang dihasilkan oleh manusia yang

bukan daripada organ-organ sebutan manusia ataupun bunyi-bunyi lain yang cara

penghasilannya bukan diucapkan oleh alat pertuturan manusia ataupun bunyi mungkin

dihasilkan oleh alat artikulasi tetapi tidak digunakan dalam pertuturan, misalnya bunyi batuk,

bunyi siulan, bunyi berdehem, bunyi dengkuran, sendawa dan yang seakan dengannya

bukanlah dalam penelitian fonetik.

Justeru itu, fonetik bermaksud meneliti bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh

organ sebutan manusia dalam pertuturan mengikut cara pengeluarannya, daerah

pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat untuk menghasilkan bunyi bahasa.

Fonetik juga merangkumi penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Fonetik merangkumi

tiga aspek iaitu penelitian penghasilan bunyi bahasa yang diucapkan oleh alat-alat

pertuturan manusia atau lebih dikenali sebagai fonetik artikulasi. Aspek yang kedua ialah

penelitian penyampaian bunyi bahasa atau juga dikenali sebagai fonetik akustik. Aspek

yang ketiga ialah penerimaan bunyi bahasa dalam proses pendengaran, termasuk nada,

kelantangan, kepanjangan dan kualiti bunyi serta tindak balas pendengar untuk mengetahui

rangsangan fizikal yang didengarinya yang juga dikenali sebagai fonetik auditori.

1.1 FONETIK ARTIKULASI

Fonetik artikulasi merujuk kepada kajian yang mendeskripsikan cara-cara

sesuatu bunyi dilafazkan. Ia melibatkan daerah dan organ artikulasi yang berfungsi

melafazkan bunyi-bunyi dalam bahasa. Daerah artikulasi ialah bahagian saluran udara

yang tidak bergerak tetapi disentuh oleh organ artikulasi  sewaktu berlakunya sesuatu

lafaz. Manakala organ artikulasi pula ialah organ ujaran dalam saluran suara yang

terlibat dalam pengeluaran bunyi bahasa.

Page 3: fonetik

3

Kajian ini melibatkan prosedur bunyi tuturan oleh organ vokal manusia,iaitu cara

penutur menghasilkan bunyi dengan menggunakan organ tuturan bagi menghasilkan

bunyi yang digunakan dalam tuturan dan cara bunyi tersebut diklasifikasikan dan

dideskripsikan. Bunyi-bunyi dalam bahasa mempunyai daerah dan organ artikulasi

masing-masing. Semuanya berbeza dan setiap satu menghasilkan perbezaan bunyi-

bunyi yang diucapkan. Organ artikulasi ialah organ yang digunakan untuk menghasilkan

bunyi manakala daerah artikulasi ialah kawasan yang menghasilkan sesuatu bunyi.

Perbezaan daerah dan organ dalam proses menghasilkan bunyi-bunyi bahasa inilah

yang menimbulkan penamaan binyi-bunyi seperti letupan bibir bersuara atau tak

bersuara,sengauan bibir, geseran lelangit keras bersuara atau tak bersuara, geseran

gusi dan sebagainya. Secara terperinci, kita dapat melihat grafik saluran vokal seperti

berikut :

1.2 FONETIK AUDITORI

Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar

melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses

yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang

bersifat mujarad. Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang paling

diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua cabang

lagi, iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana

tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.

   

1.3 FONETIK AKUSTIK

Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di

sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini

dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara sifat

yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan

amplitud.

Page 4: fonetik

4

2.0 KONSEP FONOLOGI

Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji

sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas

daripada pendapat Henderson yang menyatakan “the study of the systematic organization

of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been

called phonology”.

Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem

bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam tradisi

barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu

bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan

pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa

yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Sehubungan itu dengan kata lain,

fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa.

Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah teknikal ketika menjelaskan sesuatu

bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada bunyi-bunyi vokal, konsonan

dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu

unit bunyi fonetik dinamakan fon dan diberi lambang tertentu dalam kurungan siku.

Contohnya [o]. Satu unit bunyi fonem diberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis

dalam garis miring. Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh

sebarang tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih besar daripada fon dan

mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa.) Lazimnya fonetik dikaji secara

berasingan. Hal ini demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan bersifat teknikal

Page 5: fonetik

5

3.0 ALAT ARTIKULASI

Alat artikulasi atau alat atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunti bahasa.

Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat yang

terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi

bahasa. Bunyi bahasa yang dihasilkan ialah vokal, konsonan dan diftong. Setiap alat

artikulasi mengeluarkan bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran bunyi bahasa yang

tertentu. Alat-alat artikulasi utama terdiri lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit, rongga hidung dan

pita suara.

1 Hidung 11 Tengah lidah

2 Bibir bawah 12 Belakang lidah

3 Gigi atas 13 Akar lidah

4 Gigi bawah 14 Epiglotis

5 Gusi 15 Pita suara

6 Lelangit keras 16 Rongga tekak

7 Lelangit lembut 17 Rongga Hidung

8 Anak tekak 18 Rongga mulut

9 Hujung lidah 19 Rahang

10 Hadapan lidah 20 Tenggorok

Page 6: fonetik

6

3.1 FUNGSI ALAT ARTIKULASI

3.1.1 Lidah

Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting paling aktif dan digelar

tulang belakang kepada pertuturan manusia.Lidah terbahagi kepada lima

bahagian iaitu belakang lidah,tengah lidah,hadapan lidah,daun lidah dan hujung

lidah serta pembahagian ini membolehkan lidah menghasilkan pelbagai bunyi.

Belakang lidah : bahagian lidah yang paling belakang dan bertentangan

dengan lelangit lembut ·        

Tengah lidah : bahagian lidah yang  bertentangan antara pertemuan

langit keras dan lelangit lembut ·        

Hadapan lidah : bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras         

Daun/akar lidah : bahagian lidah sepanjang garisan menghadap gusi.

Hujung lidah : bahagian lidah yang paling akhir dan bertemu dengan gigi.

3.1.2 GIGI

Selain lidah, Gigi juga berperanan penting dalam penghasilan bunyi

bahasa meskipun peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan

sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi.

Penampan aliran udara inilah yang seterusnya menghasilkan bunyi.

3.1.3 BIBIR

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga

mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan

dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Selain

itu,Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga

berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

Page 7: fonetik

7

3.1.4 GUSI

Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke

bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan

dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

3.1.5 LELANGIT

Lelangit dapat dipecahkan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan

lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga

ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian

hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka

saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut

akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila

diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui

rongga hidung.

3.1.6 RONGGA HIDUNG

Rongga Hidung terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh

lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan

sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

3.1.7 PITA SUARA

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting

dalam penghasilan bunyi.Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara

memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping

selaput nipis berkenaan. 

Page 8: fonetik

8

3.2 DAERAH ARTIKULASI

Daerah artikulasi ialah kawasan tempat sentuhan alat artikulasi semasa menghasilkan

bunyi. Pelbagai bunyi bahasa dapat dihasilkan apabila daerah sebutan dan alat sebutan

dimanipulasi. Alat artikulasi yang sama menghasilkan bunyi bahasa yang berlainan apabila

menyentuh daerah artikulasi yang berlainan. Penamaan bunyi-bunyi bahasa adalah

berdasarkan kepada cara sesuatu bunyi itu dihasilkan. Ini melibatkan alat dan daerah yang

disentuh oleh alat artikulasi tersebut. Sebagai contoh, jika hujung lidah menyentuh bahagian

belakang atas gusi dan lelangit lembut pula menyentuh rongga belakang tekak, maka bunyi

yang dihasilkan adalah bunyi [t]. Bunyi ini dilabelkan sebagai letupan gusi tak bersuara

kerana udara yang tersekat di belakang lidah dilepaskan secara serta merta dengan tidak

menggetarkan pita suara. Dalam hal ini, pita suara menentukan sama ada bunyi yang

dihasilkan itu diklasifikasikan sebagai bersuara sebaliknya pula jika tidak bergetar, maka

bunyi yang dihasilkan itu dinamakan sebagai tidak bersuara.

Page 9: fonetik

9

4.0 BUNYI BAHASA DAN BUKAN BAHASA

Bunyi merupakan gelombang udara yang keluar daripada paru-paru seterusnya ke pita

suara, rongga tekak dan keluar rongga mulut atau hidung. Pada umumnya bahasa dapat

dikaji dalam tiga bentuk, iaitu dalam bentuk bahasa pertuturan, bahasa tulisan dan bahasa

isyarat. Ketiga-tiga bentuk bahasa tersebut mempunyai cara penyampaian dan sistem yang

berbeza. Bahasa pertuturan digunakan kebanyakan orang, yang mana didominasikan oleh

sistem bunyi. Manakala bahasa tulisan pula berasaskan kepada sistem tulisan satu-satu

bahasa. Bahasa isyarat adalah bahasa yang berasaskan pada sistem bahasa isyarat iaitu

berbentuk visual yang digunakan oleh masyarakat yang mempunyai kecacatan

pendengaran. Memahami perbezaan antara bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa akan

memudahkan manusia untuk mentaksir sebarang bentuk bunyi yang dikeluarkan sama ada

mempunyai makna tertentu atau pun tidak.

Berdasarkan kepada pemahaman mengenai bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa

telah memudahkan urusan komunikasi manusia. Hal ini adalah kerana, sebarang bunyi

yang dihasilkan dan mempunyai makna tertentu membolehkan manusia memahami hasrat

yang cuba disampaikan oleh penutur yang lain. Manakala bukan bunyi bahasa yang tidak

memgambarkan apa-apa makna tidak akan ditafsir oleh manusia dan hanya dianggap

sebagai lumrah kejadian alam. Perbezaan pemahaman antara bunyi bahasa dan bukan

bunyi bahasa juga dapat mengelakkan kejadian salah tafsiran dan sebagainya.

4.1 BUNYI VOKAL

Vokal ialah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar

berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau

sekatan (Abdul Hamid Mahmood, 2007). Arbak Othman, 1983 pula menyatakan

bahawa vokal adalah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru

keluar berterusan tanpa mengalami gangguan, sekatan auat himpitan yang boleh

menimbulkan bunyi-bunyi geseran.

Berdasarkan pengertian tersebut dapatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan

bunyi-bunyi bahasa yang keluar daripada paru-paru melalui pita suara yang

digetarkan. Penggetaran pita suara ini tidak menghalang arus udara yang keluar

melalui rongga mulut. Bunyi bersuara yang dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas

daripada bunyi konsonen. Dengan ini peranan pita suara, bibir atas dan bawah,

lidah, rongga korongkong dan rongga mulut mencirikan sesuatu bunyi vokal dengan

frekunsi yang tertentu.

Page 10: fonetik

10

Rajah 4.0 : Kedudukan vokal

Berdasarkan rajah 4.0, keratan rentas lidah manusia boleh dibahagikan kepada

tiga bahagian iaitu lidah depan, lidah tengah dan lidah belakang. Berdasarkan rajah

di atas, bahagian sebelah kiri merupakan bahagian depan lidah, manakala bahagian

di sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah. Bahagian tengan rajah pula

adalah bahagian tengan lidah. Garis melintang yang terdapat pada rajah merupakan

gambaran ketinggian lidah apabila membunyikan vokal-vokal tersebut. Hal ini kerana

bunyi vokal dapat dibezakan mengikut tinggi atau tendah lidah diangkat ketika

membunyikan vokal tersebut.

4.1.1 VOKAL DEPAN

Vokal depan ialah bunyi [i], [e], [a] . Alat rtikulasi yang terlibat

dalam menghasilkan bunyi ini ialah lidah dan saiz rongga mulut

dan bentuk bibir. Manakala daerah artikulasi yang terlibat ialah

lelangit keras.

Vokal depan sempit [ i ]

Lidah, rongga mulut dan bibir merupakan alat artikulasi yang

terlibat dalam menghasilkan bunyi ini. Manakala lelangit keras

merupakan daerah artikulasi yang terlibat.

Page 11: fonetik

11

Bibir dalam keadaan terhampar. Depan lidah dinaikkan setinggi

mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit

keras. Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut

dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Oleh itu,

udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.

awal tengah akhir

Ikan [ #ˀikan# ] Bila [ #bila# ] Tali [ #tali# ]

Iman [ #ˀiman# ] Sila [ #sila# ] Padi [ #padi# ]

4.1.2 VOKAL TENGAH

Vokal tengah dihasilkan dengan meletakkan lidah pada lantai

rongga mulut. Bibir terbuka, tetapi tidak luass. Udara melalui rongga mulut

menghasilkan bunyi vokal [ ə ].

Page 12: fonetik

12

Bibir berada dalam keadaan hampar dan bundar. Tengah lidah

dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lalangit

keras. Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut

dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Oleh itu,

udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.

awal tengah

Emak [ #ˀəmak# ] Lelah [ #ləlah# ]

4.1.3 VOKAL BELAKANG

Bunyi vokal belakang adalah [u], [o]. Alat artikulasi yang terlibat

semasa menghasilkan bunyi ini adlah lidah dan lelangit lembut. Rongga

mulut dan saiz bukaan mulu menentukan kadar bukaan luas. Daerah

artikulasi yang terlibat ialah lelangit keras.

Bibir berada dalam keadaan bundar. Belakang lidah dinaikkan

separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh

lelangit lembut. Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit

lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui hidung. Oleh itu,

udara keluar melaui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.

awal tengah Akhir

Ombak [ #ˀombaɁ# ] Sorak [ #wsoraɁ# ] Soto [ #wsowto# ]

Page 13: fonetik

13

4.2KONSONAN

Konsonan ialah bunyi selain bunyi vokal. Bunyi konsonan dihasilkan dengan

melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru.

Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian

atau hentian sekejap-sekejap. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan seperti

sekatan, sempitan dan geseran oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Ada

konsonan yang bersuara dan ada konsonan yang tidak bersuara, bergantung sama

ada pita suara digetarkan atau tidak. Dalam Bahasa Melayu konsonan terbahagi

kepada dua iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli Bahasa

Melayu merupakan konsonan sedia ada dan diguna oleh penutur Bahasa Melayu

tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam Bahasa Melayu terdapat

lapan belas bunyi konsonan asli dan sembilan konsonan pinjaman. Cara-cara

menghasilkan bunyi-bunyi konsonan dapat diklasifikasikan mengikut cara dan

daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut

Carta Konsonan Melayu

Daerah Sebutan

Cara

Sebutan

Bibir Gigi-gusi Lelangit

keras

Lelangit

lembut

Glottis

Letupan p b t d - k g -

Letusan - - c j - -

Sengau M N (ny) (ng) -

Geseran f v s - - H

Getaran - r - - -

Sisian - l - - -

Separuh

vokal

w - y - -

Page 14: fonetik

14

4.2.1 KONSONAN LETUPAN

Letupan ( plosif ) merupakan bunyi yang terhasil kerana udara

yang disekat itu dilepaskanserta merta. Konsonan yang dihasilkan oleh

letupan ini terdiri daripada bersuara dan tidak bersuara, letupan tidak

bersuara menunjukkan keadaan pita suara yang terbuka dan

tidak tersekat, manakala letupan bersuara pula menunjukkan keadaan pita

suara yang dirapatkan.  Antara bunyi letupan ialah [p, b, t, d, k, g] 

Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara[ p ] 

Untuk menghasilkan letupan dua bibir tidak bersuara ialah dengan

merapatkan dua bibir untuk menghalang udara daripada paru-paru yang

keluar ke rongga mulut, kemudianlelangit lembut dan anak tekak dinaikkan

dan dirapatkan ke dinding tekak supaya udaradapat disekat dan tidak

keluar melalui rongga hidungada keadaan ini kedudukan pitasuara adalah

di renggangkan, kemudian udara dari paru-paru keluar ke rongga

mulut tanpa menggetarkan pita suara, dengan itu terhasillah bunyi

konsonan letupan bibir tidak bersuara [ p ] 

Awalan Tengah Akhiran

padat, pukau, pusing tapai, tepuk, tepat Dakap, suap,gelap

 

Page 15: fonetik

15

4.2.2 KONSONAN GESERAN

Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada

arus udara. Ketika ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke

belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung.

Pita suara direnggangkan. Arus udara melalui rongga mulut tanpa

menggetarkan pita udara lalu terhasillah bunyi [s]. Bunyi [h] yang

dinamakan bunyi geseran glotis tak bersuara akan dihasilkan apabila

udara keluar melalui pita suara yang renggang dan rongga mulut

berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal. Rajah di bawah

menunjukkan konsonan geseran [h].

4.2.3 KONSONAN GETARAN

Apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui

antara lidah dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu

dinaikkan. Bunyi yang terhasil dinamakan bunyi getaran gusi

bersuara.Rajah 2.4 menunjukkan konsonan getaran [r].

Page 16: fonetik

16

4.2.4 KONSONAN SISIAN

Bagi menghasilkan bunyi sisian gusi bersuara [l] hujung lidah

dinaikkan ke gusidan lauan udara tersekat. Lelangit lembut dinaikkan dan

pita suara bergetar. Udara keluar melalui bahagian tepi lidah.Rajah di

bawah menunjukkan konsonan sisian [l].

4.2.5 KONSONAN SENGAUAN

Ada empat bunyi nasal dalam Bahasa Melayu. Bibir bawah

dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak

dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Kemudian, udara yang

dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung

sambil pita suara digetarkan.

Awalan pertengahan akhiran

mantan semak selam

Page 17: fonetik

17

4.2.6 KONSONAN LETUSAN

Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit

lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak.Kemudian,

udara daripada paru-paru melalui bahagian rongga mulut dan dibiarkan

tersekap di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dan

lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta

dengan menggetarkan pita suara.

Awalan Pertengahan Akhiran

[jambu] [laju] [kolej]

4.2.7 SEPARUH VOKAL

Bunyi ini dinamakan separuh vokal kerana bunyi vokal ini tidak

dapat dihasilkan dalam keadaan yang sempurna. Bunyi ini tidak

dapat dikatakan sebagai bunyi vokal kerana semasa ia dilafazkan

berlaku sekatan kepada aliran udara. Semasa pengucapannya,

kedudukan lidah sama seperti ketik melafazkan bunyi vokal tetapi

keadaan ini berlaku separuh jalan sahaja. Dua bunyi separuh

vokal ialah [w], [y]

[W] [y]

kawan yang

wayang tayang

Page 18: fonetik

18

5.0 KEPENTINGAN ILMU FONETIK DAN FONOLOGI

Kaedah fonetik dianggap sebagai kaedah pengajaran bahasa yang

saintifik. Kaedah ini dikenali juga sebagai kaedah ’Reform’ atau ’Kaedah Lisan’.  (Raja

Mukhtaruddin, 1980).  Melalui kaedah ini guru-guru boleh memulakan pengajaran

dengan latihan mendengar, kemudian bergerak kepada latihan sebutan menurut

susunan iaitu bunyi kepada perkataan, kemudian kepada rangkaikata, dan seterusnya

kepada ayat.  Kemudian, semua ini digabungkan menjadi dialog-dialog dan cerita-

cerita.  Melalui kaedah fonetik, tatabahasa disampaikan secara induktif, dan penulisan

karangan pula berdasarkan bahan-bahan yang telah didengar dan dibaca.

Kaedah fonetik ini membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh

pelajar dalam pembelajaran bahasa baharu.  Kaedah ini membandingkan persamaan

dan perbezaan bahasa yang telah diketahui oleh pelajar dengan bahasa yang telah

dipelajari daripada segi bentuk-bentuk, fungsi, bunyi, struktur ayat, dan makna tetapi

perbandingan daripada segi bentuk dan fungsilah yang lebih diutamakan.  Kaedah ini

menggunakan bahasa yang diketahui oleh pelajar untuk mempelajari bahasa baharu

daripada segi bunyi dan menerangkan perihal nahu berdasarkan perbandingan antara

tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang diketahui.

Kaedah ini mengutamakan sebutan dan bahasa yang diajar ialah bahasa

pertuturan.  Isi dan bahan pengajaran dipilih, dikawal, dan disusun berdasarkan

penyelidikan dan perbandingan antara bahasa ibunda pelajar dengan bahasa yang

diajar.  Perbendaharaan kata dan ayat-ayat yang diajar kepada pelajar disesuaikan

dengan keperluan, peringkat umur, jenis, dan latar belakang pelajar. (Nik Hassan Basri

Nik Ab. Kadir)

Oleh sebab kaedah fonetik ini mementingkan perbandingan bentuk dan fungsi-

fungsi bahasa kandung dengan bahasa kedua, maka dapatlah guru-guru menyediakan

bahan-bahan pengajaran yang diajar dengan lebih tersusun dan teratur.  Oleh kerana

penyediaan bahan-bahan pengajaran disediakan lebih awal oleh guru, maka kanak-

kanak dapat dilatih dengan lebih sempurna bagi mengenal atau memahirkan bentuk-

bentuk atau corak-corak ayat yang tertentu.  Dengan demikian, murid-murid mendapat

Page 19: fonetik

19

asas bahasa yang kukuh.  Justeru, mereka dapat memahami tatabahasa yang dipelajari

dengan jelas dan tepat.  

Selain itu, murid-murid akan cepat bertutur dan membuat ayat dalam bahasa

yang dipelajari dengan mengikut bentuk-bentuk ayat bahasa ibunda mereka sendiri.

Dalam bidang pendidikan, ilmu fonetik dan fonologi ini dapat membantu guru-

guru untuk membetulkan sebutan bunyi sesuatu bahasa terutamanya melatih murid

yang gagap semasa bertutur. Terapi pertuturan merupakan salah satu aktivti yang

membantu murid untuk mempunyai masalah dengan alat artikulasi mereka seperti

gagap, sengau, sumbing dan sebagainya. Terdapat beberapa kepentingan terapi

pertuturan ini, antaranya ialah, pertama melatih murid menguasai kemahiran

tertentu.  Sebagai contoh, jika terapi pertuturan dijalankan, kita dapat membantu murid

menguasai kemahiran bertutur khususnya.  Murid akan dapat bertutur dengan lebih baik

dari semasa ke semasa jika terapi ini terus dijalankan.Ia  membantu murid

menghasilkan bunyi bahasa.  Hal ini bermaksud, terapi pertuturan ini dapat membantu

murid mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa yang lebih bermakna. Kebanyakkan murid

yang mengalami masalah pertuturan akan mengeluarkan bunyi yang kurang difahami

oleh orang lain.  Dengan pelaksanaan terapi pertuturan, murid dapat menghasilkan

bunyi bahasa yang lebih bermakna

Page 20: fonetik

20

REFLEKSI

Setelah selesai melaksanakan tugasan ini, banyak faedah dan manfaat yang saya dapat

daripadanya. Melalui penghasilan kerja kursus ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut

dan terperinci tentang cara menghasilkan bunyi konsonan bahasa Melayu. Apabila selesai

membuat tugasan ini, barulah saya mengetahui bahawa terdapat banyak cara untuk

menghasilkan bunyi dalam bahasa Melayu.

Di samping itu, tugasan ini juga turut menekankan kepada aspek keilmuan. Saya berkata

begitu kerana melalui tugasan ini saya dapat menimba ilmu pengetahuan baru tentang

maklumat-maklumat yang saya perolehi semasa membuat kerja kursus. Contohnya, saya dapat

banyak ilmu dalam membincangkan tentang alat artikulasi, daerah artikulasi , bunyi vokal dan

konsonan. Ini kerana tugasan yang diberikan berpandukan peringkat-peringkat tersebut. Ianya

juga dapat mencungkil idea daripada minda saya sendiri untuk menghurai setiap aspek

tersebut. Tugasan ini dapat membiasakan saya dengan pencabahan ilmu atau idea yang baru

dalam melaksanakan sesuatu tugasan pada masa yang akan datang. Sebelum ini saya tidak

mengetahui secara mendalam tentang fonetik dan artikulasi, tetapi sekarang ianya menebal di

dalam minda saya. Maksudnya di sini, saya dapat menerangkan semula tanpa merujuk buku

untuk menerangkan kepada orang lain tentang hal-hal yang berkaitan dengan perlembagaan.

Secara tidak langsung, saya dapat memperbaiki dan menambah baik dari segi pengetahuan am

saya dan seterusnya dapat menjadi seorang individu minda kelas pertama.

Di samping itu, manfaat yang saya perolehi sepanjang proses menyiapkan tugasan ini ialah

saya dapat merancang masa yang ada dengan baik. Hal ini demikian kerana, saya perlu

menggunakan masa yang diberikan dengan baik supaya dapat menyiapkan tugasan pada

masa yang ditetapkan dan dapat menghasilkan tugasan dengan lebih berkualiti. Oleh itu, saya

perlulah menggunakan masa yang diberikan dengan sebaiknya dan alhamdullillah kerana saya

mempunyai masa yang mencukupi hasil daripada perancangan masa yang dilakukan. Malah,

dengan masa yang diberikan ini juga memberikan saya peluang untuk mencari maklumat yang

pelbagai dari berbagai bahan sumber seperti pusat sumber, internet, buku rujukan dan

sebagainya. Tambahan lagi, pensyarah dan rakan-rakan banyak membantu saya dalam

menyiapkan tugasan ini. Melalui kolaborasi dengan pensyarah, saya dapat gambaran dan cara-

Page 21: fonetik

21

cara untuk menghasilkan tugasan yang terbaik yang mengikut format-format yang telah

ditetapkan.

Tugasan ini juga turut mengajar saya untuk menghargai masa yang ada dan tidak

membazirkan masa yang ada untuk perkara yang tidak berfaedah. Ini penting terutamanya saya

sebagai seorang bakal guru pada masa akan datang agar menepati masa yang telah ditetapkan

dan selalu bersikap berdisiplin agar dapat menjadi contoh kepada murid-murid.

Akhir sekali, cadangan saya, sebagai bakal cikgu Bahasa Melayu. Saya perlu mengetahui

secara lebih mendalam dalam bidang fonetik dan fonologi ini. Hal ini kerana, sebagai seorang

guru, ilmu inilah yang akan menjadi panduan saya ketika mengajar di sekolah kelak. Secara

tidak langsung, ketika bertungkus-lumus dalam menyiapkan kerja kursus ini, saya juga telah

mendapat ilmu yang bermanfaat terutamanya ilmu falsafah pendidikan itu sendiri yang bakal

saya jadikan panduan ketika turunkan ilmu kepada anak murid saya pada masa akan datang.

Secara keseluruhannya, tugasan ini membawa banyak faedah kepada saya dalam

pelbagai aspek dan menjadikan saya seorang yang lebih peka dalam pembelajaran. Tambahan

lagi, tugasan ini amat berjaya bagi saya. Ini kerana saya telah faham sepenuhnya tentang isi

tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Saya harap ilmu yang saya perolehi ini tidak saya

persia-siakan begitu sahaja. Saya akan menfaatkan ilmu ini untuk di curahkan kepada bakal

anak-anak murid saya kelak.

Page 22: fonetik

22

RUJUKAN

Indirawati bt. Zahid & Mardian Shah bt. Omar (2006),Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur:

PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Paitoon M.Chaiyanara (2006). Pengenalan Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka,

Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam ,(1985),Kajian Bahasa. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd