Fonetik Dan Fonologi

12
Pengenalan. Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa. Kebanyakan kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan.Berbeza dengan kebolehan berjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada disekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan tetapi tidak bertutur. Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan,seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya.Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda.Pada aspek keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dan sebagainya dalam bahasa yang puitis.Bagi menyampaikan ilmu, bahasa memerlukan alat yang berkuasa merakamnya.Sesungguhnya ilmu yang kita miliki dan peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa. Fonetik Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Raminah Haji Sabran (1984) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa UntukPelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa 1 |

description

Fonetik dan fonologi

Transcript of Fonetik Dan Fonologi

Pengenalan.

Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa. Kebanyakan kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan.Berbeza dengan kebolehan berjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada disekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan tetapi tidak bertutur. Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan,seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya.Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda.Pada aspek keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dan sebagainya dalam bahasa yang puitis.Bagi menyampaikan ilmu, bahasa memerlukan alat yang berkuasa merakamnya.Sesungguhnya ilmu yang kita miliki dan peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa.FonetikMenurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Raminah Haji Sabran (1984) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa UntukPelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat..Manakala mengikut pendapat Dr.Lufti Abas (1985) fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yangdiucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa,maupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi.Fonologi

Menurut Abdullah Hassan ( 1993) fonologi adalah suatu bidang bahasa dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya yang dikeluarkan oleh organ-organ ujaran manusia. Fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Fonologi adalah sebahagian daripada linguistik deskriptif yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Parker( 1974:112 ) menjelaskan bahawa ilmu fonologi ialah suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa iaitu yang berkaitan rumus-rumus atau peraturan yang menentukan sebutan. Menurut Kamus Dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Websters College Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages.

Bunyi-bunyi bahasa.

Bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara yang bergerak keluar dari paru-paru melalui tengkorak, pita suara, rongga tekak dan mulut atau hidungatau kedua-duanya.Udara yang keluar ituakan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasadi seluruh dunia dan merupakan bunyi yang berfungsi dalam pertuturan secara lisan. Proses pertuturan akan mengeluarkan bunyi-bunyi yang bermakna.Sebagai contoh, apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi. Alat-alat artikulasi adalah sebagaimana rajah di bawah:

Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam Bahasa Melayu iaitu vokal, konsonan dan diftong.Golongan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut.Bunyi tersebut dikenali sebagai bunyi vokal. Vokal ialah bunyi yang dihasilkan apabila udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa tersekat atau terhimpit.Bunyi tersebut hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.

Manakala, golongan kedua ialah bunyi konsonan. Bunyi konsonan dihasilkan apabila terdapat gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidungSelain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran vokal yang dikenali sebagai diftong.Bunyi diftong terhasil bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan meluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].Vokal.

Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan gangguan.Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Daniel Jones (1930) dalam bukunya Outline of English Phonetic mengatakan, Vokal adalah bunyi bersuara yang terhasilkan apabila udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan,sekatan atau himpitan yang boleh menimbulkan bunyi-bunyi geseran.

Berdasarkan pentakrifan tersebut dapatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyi-bunyi bahasa yang keluar daripada paru-paru melalui pita suara yang digetarkan.Penggetaran pita suara itu tidak menghalang arus udara yang keluar melalui rongga mulut. Bunyi bersuara yang dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonan. Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

a. Vokal hadapan b. Vokal tengah c. Vokal belakang Yunus Maris (1964) berpendapat, terdapat lapan buah vokal dalam Bahasa Melayu iaitu, empat vokal depan, iaitu: [ i ], [ e ], [ ], dan [ a ]dan tiga vokal belakang, iaitu: [ u ], [ o ], dan [ ] dan satu vokal tengah, iaitu [ ].

Dari segi tulisan dan penyebutan standard,vokal bahasa Melayu terbahagi kepada enam jenis, tetapi didalam pertuturan, terdapat sembilan jenis vokal yang sering dihasilkan.Jenis-jenis vokal itu boleh dilihat melalui carta vokal yang disediakan di bawah :

Jenis vokalNama vokal

Vokal hadapanVokal hadapan sempit

Vokal hadapan separuh sempit

Vokal hadapan luas

Vokal tengahVokal tengah pendekVokal tengah panjang

Vokal belakangVokal belakang sempitVokal belakang separuh sempit

Vokal belakang separuh luas

Kriteria yang menentukan jenis vokal yang terhasil ialah lidah, sama ada bahagian depan lidah, tengah lidah atau belakang lidah seperti dalam jadual di bawah.Dalam bahasa Melayu, terdapat enam fonem vokal atau bunyi vokal yang standard. Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o dan u. Contoh penggunaan fonem-fonem tersebut adalah seperti berikut:

HurufFonemDepanTengahBelakang

a/a/abutalambola

e//

/e/emak

elaunlemang

kejunasionalisme

tauge

i/i/itufirmankeli

o/o/orangkopisoto

u/u/ulibutangbiru

Jadual 2.1 Huruf-huruf vokal yang terdapat dalam bahasa Melayu

Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem, iaitu:

a. Fonem e pepet yang ditulis secara fonetik //.

b. Fonem e taling yang ditulis secara fonetik /e/.

Bahagian lidah yang terlibatBahagian vokal yang terlibat.

Depan lidahVokal depan

Tengah lidahVokal tengah

Belakang lidahVokal belakang

Konsonan.

Konsonan ialah bunyi-bunyi yang mungkin bersuara atau tidak bersuara.Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.Ketika mengeluarkan bunyi konsonan, udara yang keluar dari paru-paru akan menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Konsonan juga boleh mempengaruhi vokal dalam sebutan bunyi. Ini berlaku dalam konsonan sengau,iaitu vokal disengaukan oleh konsonan itu.

Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur.

Huruf-huruf konsonan dalam Bahasa Melayu.Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan menyekat arus pernafasan menggunakan organ-organ pertuturan. Dalam bahasa Melayu, terdapat 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf konsonan. Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli serta sembilan konsonan pinjaman.

Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l.

Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konsonan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Huruf-huruf tersebut ditunjukkan seperti dalam jadual berikut:

Bil.FonemHurufDepanTengahBelakang

1/b/bbasahsabunkelab

2/c/ccekapbacaMac

3/d/ddadudadaabad

4/f/ffahamkafiralaf

5/g/ggulungsagubeg

6/gh/ghghaibmaghribmubaligh

7/h/hhatisahamsusah

8/j/jjanjikejupakel

9/k/kkakibakikotak

10/kh/khkhalifahakhirtarikh

11/l/llembubalusesal

12/m/mmakanjaminpohon

13/n/nnagaenakpapan

14/ng/ngngilusingabising

15/ny/nynyalapunya-

16/p/pperutupihsiap

17/q/qQuranwuqufburaq

18/r/rrabungaramgegar

19/s/ssusahaslikebas

20/sy/sysyarikatisytiharQuraisy

21/t/ttiketmatasesat

22/v/vviolinuniversity-

23/w/wwayanghawa-

24/y/yyakinpayah-

25/z/

/x/z

xzaman

xenonlazat

--

-

Bincangkan pasangan minima dalam Bahasa Melayu.Pasangan minimal adalah satu cara bagi mengenal pasti bunyi-bunyi fonem berdasarkan perkataan-perkataan berpasangan minimal. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran kerap menghadapi masalah dalam menyebut bunyi-bunyi konsonan tertentu. Mereka kerap tersalah menyebut konsonan yang mempunyai perbezaan bunyi yang paling minimum dalam perkataan sehingga menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh, misalnya d dalam perkataan ladang disebut sebagai l sehingga bertukar menjadi perkataan lalang. Oleh itu guru perlu menyediakan senarai perkataan yang mengandungi konsonan d dan l dan meminta murid menyebutnya berulang-ulag kali sehingga mahir.

Dengan menggunakan bahan pasangan minimal ini, kita dapat pelbagai kebaikan kepada pelajar. Antaranya ialah dapat melibatkan murid secara langsung dalam aktiviti pembelajaran selain murid dapat membunyikan perkatan itu dengan bunyi fonem yang betul. Ini dapat mengelakkan daripada salah faham dalam membunyikan sesuatu perkataan terutamanya perkataan yang membawa maksud yang berbeza. Selain itu, bahan ini mudah alih selain dapat membantu pelajar dengan melihat gambar seterusnya menyebut nama gambar tersebut. Tambahan pula, bahan pasangan minimal ini sesuai untuk kanak-kanak pemulihan yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.

Guru boleh membuat bahan dengan menyediakan beberapa perkataan yang hampir sama bunyinya dan setiap perkataan itu disertakan dengan gambar. Kemudian, murid diminta untuk menyebut perkataan tersebut sehingga mendapat bunyi fonem yang betul. Aktiviti ini diulang sehingga murid dapat menyebut perkataan yang diberikan dengan bunyi yang betul sehingga murid tidak keliru dengan perkataan tersebut.

Sistem Keselarasan Huruf vokal.Menurut Siti Hajar Abdul Aziz 2008, keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara dua huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku suku kata akhir tertutup. Di samping itu, prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat-syarat yang berikut.

Syarat-Syarat Prinsip Keselarasan Vokal

Keselarasan adalah antara dua huruf vokal pada kata dasar.

Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.

Bagi kata yang berikut mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.

Antara berikut merupakan 18 pola keselarasan vokal dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu.

BilSuku kata praakhirSuku kata tertutupContoh perkataan

1a-aasah, balak, halaman

2a-ialih, balik, sumbangsih

3a-uasuh, datuk, lembayung

4e pepet-aemas, kelam, tembeling

5e pepet-ilebih, betik, sembelih

6e pepet-utelur, tempuh, temenggung

7e taling-aelak, dewan, belerang

8e taling-e talingleceh, gelek, selekeh

9e taling-oesok, telor, selekoh

10i-aingat, kilang, selinap

11i-iintip, sisih, belimbing

12i-uriuh, tidur, tembeliung

13o-aotak, borang, selekoh

14o-e talingoleh, boleh, celoteh

15o-oobor, borong, kelompok

16u-aubat, tumbang, ketupat

17u-iusik, kuih, gerusih

18u-uuntuk, tunduk, tengkujuh

Di samping itu, bagi memudahkan untuk mengenalpasti, mengingat dan memahami kesemua 18 pola tersebut. Antara berikut merupakan empat penjelasan sistem keselarasan huruf vokal.

Rajah 1 sistem kelarasan huruf vokal.

Pertama sekali, garisan segi tiga yang berhubungan menunjukkan vokal-vokal yang boleh dipasangkan antara satu sama lain, maka terbentuklah pola yang berikut.

a - iu i

i - ui a

u - ie o

a - uo e

Seterusnya, huruf yang berada di dalam bulatan dan separuh bulatan menunjukkan bahawa setiap vokal tersebut boleh dipasangkan dengan vokal itu sendiri, maka terbentuklah pola berikut.

a a

i i

u u

e e

o o

Selanjutnya, huruf yang berada di dalam separuh bulatan menunjukkan vokal e taling dan o berada bersetentangan dan masing-masing mempunyai anak panah yang menghala ke atas, maka terbentuklah bentuk pola berikut.

e a

o a

Tambahan lagi, huruf vokal e pepet yang berada dalam segi empat mempunyai tiga anak panah yang menghala ke huruf a, i dan u, maka terbentuklah pola berikut.

- i

- u

- a

Daripada 18 pola itu, ada lapan pola yang merupakan pola yang berubah daripada ejaan lama. Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf i atau u pada suku akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir menggunakan huruf vokal a, e pepet, i atau u seperti berikut.

Bil Ejaan lamaEjaan baharu

PolaContohPola Contoh

1.a e talingaleha - iAlih

2.a - obatoka - uBatuk

3.e pepet e talinglebehe - iLebih

4.e pepet - otempohe - uTempuh

5.i e talingpilehi - iPilih

6.i - otidori - uTidur

7.u e talinguseku - iUsik

8.u - ountongu - uUntung

Perkataan yang terlibat biasanya mengandungi huruf konsonan yang berakhir dengan h, k, ng dan r.

Bagi pola yang tidak berubah daripada sistem ejaan lama, maka digunakan huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup jika suku kata praakhir menggunakan huruf vokal e taling atau o juga. Contohnya.

BilpolaContoh Perkataan

1.e taling e talingleceh, gelek, teleng, selekeh

2.e taling - otempoh, belok, telor, selekoh

3.o e talingoleh, boleh, ponteng, celoteh

4.o - opokok, boron, kelompok, seloroh

1 |