Fonetik Dan Fonology
-
Upload
tondutosuau -
Category
Documents
-
view
357 -
download
1
Transcript of Fonetik Dan Fonology
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
1/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
1.0 PENGENALAN
Konsep penting sesuatu bahasa yang dipersetujui oleh ramai ahli bahasa ialah bunyi.
Aspek kajian bunyi dalam bahasa diwakili oleh dua komponen utama linguistik deskriptif,
iaitu fonetik dan fonologi. Bidang kajian ilmu bahasa ini juga sebagaimana kajian
linguistik yang lain, melibatkan banyak teori, prinsip, konsep dan unsur-unsur linguistik.
Fokus kajian fonetik dan fonologi sebagai salah satu daripada cabang ilmu linguistik
adalah meneliti dan menganalisis pelbagai sudut dan selok-belok bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh manusia dalam pertuturan dan berkaitan fungsinya dalam sistem
bahasa.
Asal usul perkataan fonetik menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), adalah daripada
bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi
(suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan
tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu
dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.
Manakala bagi istilah fonologi, Abdul Chaer (2003:102)[1] menjelaskan secara etimologi
istilah fonologi ini dibentuk dari kata fon yang bermakna bunyi dan logi yang
berarti ilmu. Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa fonologi pada umumnya
merupakan ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa. Objek kajiannya adalah fon atau
bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat ucap manusia.
Sementara itu, menurut Verhaar (1983:36) istilah fonologi adalah berpadanan dengan
phonology di dalam bahasa Inggeris. Ia merupakan satu bidang khusus dalam
linguistik. Pada masa lampau, di Amerika istilah fonologi ini lebih dikenali dengan
sebutan phonemics tetapi lewat belakangan ini mereka telah mengubahnya dengan
menggunakan istilah phonology.[2]
Bunyi bahasa yang menjadi tumpuan ilmu fonetik hanyalah bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh organ sebutan manusia dalam pertuturan, iaitu dari segi kaedah
pengeluarannya, daerah pengeluarannya, dan alat pertuturan yang terlibat dalam
1
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
2/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
menghasilkan bunyi bahasa. Sementara
bunyi lain yang dikeluarkan dari organ pertuturan tetapi bukan sebagai bunyi bahasa
pertuturan manusia seperti bunyi batuk, bersiul, sendawa, berdaham dan berdengkur
bukanlah dalam ruang lingkup kajian ilmu fonetik dan fonologi.
1.1 Definisi Fonetik Dan Fonologi
1.1.1 Fonologi
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:414), fonologi ialah kajian tentang bunyi
sebutan dalam sesuatu bahasa.
Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) pula memberikan definisi fonologi
sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut
fungsinya.
Dalam Merriam Websters Collegaite Dictionary tenth edition (1996:874) fonologi
dihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the history and
theory of sound changes in a language or in two or more related languages.
Dalam World Book of Dictionary (C.L. Barnhart & R.K. Barnhart, 1981:1567), fonologi
didefinisikan sebagai the systems of sounds used in a language.
Kamus A Dictionary of Linguistics and Phonetics 6th Edition. (David Crystal, 2008:365)
mendefinisikan fonologi sebagai A branch of linguistics which studies the sound
systems of languages.
Manakala fonologi dalam The Penguin Dictionary (2004:1045) ditakrifkan sebagai the
study of the sound systems of a language.
Encyclopedia Britannica[1] dalam talian di laman sesawangnya memberi phonology,
study of the sound patterns that occur within languages. Some linguists include
phonetics, the study of the production and description of speech sounds, within the study
of phonology."
Universiti Pennsylvania, Bahagian Linguistik melalui laman sesawangnya menjelaskan
fonologi ialah Phonology is the study of the mental representations of the sound units of
2
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
3/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
language and the rules that govern how
mental phonemes are realized in various contexts. Phonology is also concerned with
metrical and syllable structure.[2]
Sementara itu, menurut Arbak Othman (1983) fonologi merupakan bahagian daripada
linguistik deskriptif yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui
mulut manusia.
Menerusi bukunya, Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia, Abdullah Hassan
(1993:40) menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam
sesuatu bahasa itu.
Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007:17) memberi definisi fonologi
ialah kajian terhadap fungsi bunyi bahasa.
Di samping itu, sarjana tersohor Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula
menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa
sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi
kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-
bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.
Menurut Kamarudin Hj. Husin & Rakan (1997) dalam bukunya Pengajian Melayu 1: Ilmu
Bahasa Dan Kecekapan Berbahasa, bidang fonologi ialah bidang yang mengkaji satu
daripada aspek terpenting dalam bahasa iaitu bunyi.
Definisi lain antaranya adalah yang dihuraikan oleh F. Parker (1974:112), iaitu fonologi
merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus
yang menentukan aspek sebutan. Manakala P. Roach dalam bukunya Phonetics,
menjelaskan fonologi sebagai the study of the distinctive sound units of a language, the
patterns they form, and the rules which regulate their use (2001:111).
Rumusan yang boleh dibuat dari berbagai contoh definisi di atas, fonologi ialah
sebahagian dari cabang linguistik yang mengkaji fonem (bunyi bahasa) dalam sistem
sesuatu bahasa. Bunyi bahasa yang dinamakan fon, mempunya dua representasi, iaitu
representasi fonetik dan representasi fonemik. Fonologi bahasa Melayu merupakan inti
kepada sistem bunyi bahasa Melayu. Tujuan utama kajian fonologi adalah untuk
3
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
4/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
menemui prinsip-prinsip yang mendasari sistem bunyi sesuatu bahasa itu di samping
menemui jumlah fonem di dalamnya. Pada umumnya, penyelidikan fonologi adalah
terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam konteks fonem, fitur distingif atau unit
fonologi yang lain, yakni mengikut kerangka teori yang digunakan. Justeru bidang
fonologi dapat menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-
jenis bunyi sama ada bunyi itu distigtif atau tidak distigtif.
1.1.2 Fonetik
Untuk mengenali fonetik secara lebih mendalam, langkah meneliti dan memahami takrif
dan pengertiannya disyorkan. Terdapat banyak definisi yang diberikan oleh ramai ahli
bahasa tentang fonetik. Berikut beberapa dapatan definisi fonetik:
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:414), mendefinisikan fonetik (fontik) sebagai ilmu
bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang
menunjukkan sebutannya.
Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) fonetik didefinisikan
sebagai ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi
bahasa.
Sementara Kamus Oxford Advanced Learners Dictionary of current English (1992:671)
menyatakan fonetik adalah the study of speech sounds and their production.
Menurut Merriam Websters Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik
dihuraikan sebagai the system of speech sounds of a language or group of languages.
Kamus The World Book of Dictionary (C.L. Barnhart & R.K. Barnhart, 1981:1566) pula
menyatakan fonetik sebagai the science dealing with sounds made in speech and the
art of pronunciation. concerned with the production of these speech sounds by the
articulating organs of the speaker, the sound waves in which they result, and the
auditory effect they produce on the hearer.
4
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
5/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Di samping itu menurut kamus A Dictionary of Linguistics and Phonetics 6th. Edition
(David Crystal, 2008:363), fonetik dihuraikan sebagai The science which studies the
characteristics of human soundmaking, especially those sounds used in speech, and
provides methods for their description, classification and transcription.
Dalam kamus Collins Shorter English Dictionary (1990:858) menjelaskan fonetik sebagai
the science that deals with pronunciation and therepresentation of the sounds of
speech.
The Penguin Dictionary (2004:1046) pula menjelaskan fonetik sebagai the study and
classification of speech sounds.
Encyclopedia Britannica dalam talian di laman sesawangnya memberi makna fonetik
adalah phonetics, the study of speech sounds and their physiological production and
acoustic qualities. Manakala Encyclopedia Americana (1994:955) mendefinisikan
fonetik ialah the science that investigates the sounds made by the speech organs,
seeking to describe them, account for their production, and classify them.
Fonetik menurut Universiti Pennsylvania, Bahagian Linguistik melalui laman
sesawangnya ditakrifkan sebagai Phonetics is the science of speech. It studies the
articulation, acoustics, and perception of speech sounds.
Menurut sarjana bahasa Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007:16),
fonetik adalah kajian bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji
bunyi- bunyi bahasa daripada segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan
alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
Terdahulu, definisi yang dibuat oleh Raminah Haji Sabran (1984) menyatakan bahawa
fonetik merupakan kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat.
Dalam hal yang sama, Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1985:1) berpendapat
bahawa fonetik ialah suatu bidang ilmu mengenai satu aspek penting daripada bahasa,
iaitu pertuturan.
5
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
6/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Abdullah Hassan (1993:40), antara ahli bahasa terkemuka berpendapat bahawa fonetik
mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya ... Fonetik
amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi.
Sementara, Arbak Othman (1983) menyatakan fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi
ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan
memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya,
manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik
ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.
Definisi fonetik ini juga turut diberikan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2000:2) yang
berpendapat bahawa fonetik ialah ilmu yang mengkaji bagaimana bunyi bahasa
dihasilkan.
Tidak ketinggalan Marsono menerusi bukunya, Fonetik (1986:1) memberikan definisi
fonetik ialah ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi bunyi itu
sebagai pembeda makna dalam sesuatu bahasa.
Pakar bahasa Nik Safiah Karim dan rakannya Wan Malini Ahmad (2006) pula
mentakrifkan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan
oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.
Lufti Abas, (1975) menjelaskan bahawa fonetik juga boleh didefinisikan sebagai
mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia,
bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik
untuk setiap bunyi.
Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006:1) berpandangan bahawa
fonetik merupakan kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia.
Manakala Siti Hajar Abdul Aziz (2011) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang
yang mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia yang direalisasikan melalui
lambang-lambang tertentu.
6
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
7/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Kenneth Lee Pike (1947) seorang ahli linguistik Amerika mendefinisikan fonetik
Phonetics: A critical analysis of phonetic theory and a technique for the practical
description of sounds University of Michigan Press.
Dapatan dari kutipan definisi-definisi di atas, dapat disimpulkan bahawa bidang fonetik
bahasa khususnya bahasa Melayu, merupakan ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu
ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi
seperti berdengkur, batuk, berdehem, bersiul, dan sebagainya. Secara lebih khusus,
fonetik mengkaji unsur-unsur bunyi bahasa yang digunakan dalam pertuturan. Setiap
bunyi yang terhasil juga diberikan lambang tertentu yang membolehkan manusia untuk
menulis dan mencatat setiap bunyi bahasa. Ruang liput fonetik merangkumi antara lain
proses pertuturan atau penghasilan bunyi, anatomi, pengelasan dan persepsi bunyi
bahasa. Dalam aspek disiplin ilmu, kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon
atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar
dan diinterpretasikan.
1.2 Jenis-Jenis Fonetik
Kamus A Dictionary of Linguistics and Phonetics 6th Edition. (David Crystal, 2008:363)
mengkategorikan fonetik seperti berikut:
Three branches of the subject are generally recognized: (a) articulatory phonetics is the
study of the way speech sounds are made (articulated) by the vocal organs; (b)
acoustic phonetics studies the physical properties of speech sound, as transmitted
between mouth and ear; (c) auditory phonetics studies the perceptual response to
speech sounds, as mediated by ear, auditory nerve and brain.
Encyclopedia Britannica pula menghuraikan cabang kajian fonetik sebagaimana di
bawah:
7
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
8/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
It deals with the configurations of the vocal tract used to produce speech sounds
(articulatory phonetics), the acoustic properties of speech sounds (acoustic phonetics),
and the manner of combining sounds so as to make syllables, words, and sentences
(linguistic phonetics).
Menurut buku Pengenalan Fonetik dan Fonologi, (Paitoon M. Chaiyanara, 2006) bidang
fonetik dapat dipecahkan kepada dua cabang, iaitu fonetik fisiologi dan fonetik akustik.
Verhaar (1983:12) menerusi bukunya Pengantar Linguistik berpendapat bahawa dengan
berdasarkan aspek bunyi bahasa, fonetik dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu
fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori, fonetik akustik dan fonetik auditori.
1.2.1 Fonetik Artikulasi
Dalam bidang fonetik artikulasi, daerah artikulasi ialah titik penyentuhan di mana
berlakunya halangan dalam saluran vokal antara artikulator aktif (bergerak, biasanya
sebahagian lidah) dan artikulator pasif (pegun, biasanya sebahagian lelangit mulut)
untuk menghasilkan konsonan. Bersama cara artikulasi dan pembunyian, inilah yang
menentukan bunyi tersendiri sesebuah konsonan.
Contohnya, bibir bawah yang aktif boleh menyentuh bibir atas yang pasih (dwibibir,
seperti [m]) atau gigi atas (bibir-gigi, seperti [f]). Lelangit keras boleh disentuh oleh
bahagian depan atau belakang lidah. Jika depan lidah digunakan, maka daerahnya
dipanggil gelungan; juga belakang lidah ("dorsum") pula, maka lelangit (palatal)
namanya.
Terdapat lima artikulator aktif yang asas, iaitu: bibir ("labial"), depan lidah yang lentur
("koronal"), bahagian tengah/belakang lidah ("dorsal"), akar lidah bersama epiglotis
("radikal"), dan larinks ("glotis"). Artikulator-artikulator ini boleh bertindak sendirian, atau
dua daripadanya boleh bertindak serentak.
8
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
9/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Artikulasi pasif pula tidak jelas sempadan daerahnya, iaitu berlakunya pertindanan
antara daerah lidah-bibir dan antargigi, antargigi dan gigi, gigi dan gusi, gusi dan
lelangit, lelangit dan velar, dan velar dan uvular, yang boleh disentuh oleh mana-mana
konsonan.
Selain itu, apabila bahagian depan lidah digunakan, itupun sama ada permukaan atas
atau daun lidah ("laminal"), ataupun hujung lidah ("apikal"), atau permukaan bawahnya
("sub-apikal"), yang melakukan sentuhannya; ketiga-tiganya bertindan menjadi satu
tanpa sempadan yang jelas.
Kelompok konsonan yang berkongsi daerah artikulasi yang sama, seperti konsonan-
konsonan gusi n, t, d, s, z, l dalam bahasa Melayu, dikatakan merupakan homorganik.
Wujudnya satu hukum sengauan homorganik, iaitu daerah artikulasi sesuatu bunyi
terawal berasimilasi dengan bunyi terakhir dalam imbuhan awalan. Contohnya: baca
diimbuhkan dengan awalan me(n) menjadi membaca; kutip dengan imbuhan yang sama
menjadi mengutip.
Daerah artikulasi (pasif dan aktif):
1. Ekso-labial; 2. Endo-labial; 3. Gigi (Dental); 4.
Gusi (Alveolar); 5. Belakang gusi (Postalveolar);
6. Pra-lelangit (Pre-palatal); 7. Lelangit (Palatal);
8. Velar; 9. Uvular; 10. Farinks; 11. Glotis; 12.
Epiglotis; 13. Akar (Radikal); 14. Postero-dorsal;
15. Antero-dorsal; 16. Laminal; 17. Hujung lidah
(Apikal); 18. Sub-apikal
Fonetik artikulasi atau artikulator ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa, iaitu alat
yang menerbitkan bunyi setelah udara dari paru-paru dipam ke organ-organ yang
terlibat. Perbuatan ini asalnya adalah untuk keperluan pernafasan, iaitu untuk menyedut
oksigen bagi membersihkan darah. Di samping itu, aliran udara juga digunakan untuk
mengeluarkan bunyi bahasa. Dalam ujaran bunyi bahasa ini tercakup semua organ
dalam sistem pernafasan dan organ sebutan. Organ-organ ini penting dalam sistem
aliran udara yang menyebabkan penghasilan bunyi.
9
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
10/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
2.0 PENGHASILAN BUNYI-BUNYI VOKAL DAN KONSONAN BAHASA
MELAYU
2.1 Bunyi Vokal
Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami
sekatan atau himpitan. Bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara iaitu ketika
menghasilkan bunyi tersebut, pita suara digetarkan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh
pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Bunyi-bunyi vokal mempunyai
ciri-ciri kelantangan dan berpanjangan dalam erti kata bunyi itu dapat didengar dengan
jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.
Terdapat lapan bunyi vokal, iaitu enam vokal asli { a, e, i ,o dan u } dan dua vokal
yang terdapat dalam kebanyakan dialek { ,dan }. Terdapat empat vokal depan,
iaitu [ i ] , [ e ], [ ], dan [ a ], satu vokal tengah [ ] dan tiga vokal belakang [ u ], [ o ]
dan [ ] .
Walaupun dari segi tulisan dan penyebutan standard, vokal-vokal di dalam bahasa
Melayu terbahagi kepada enam jenis, tetapi di dalam pertuturan, terdapat sembilan jenis
vokal yang sering dihasilkan. Vokal-vokal itu dapat digambarkan melalui carta vokal
yang disediakan.
Kata depan, tengah dan belakang lidah merujuk kepada bahagian pada lidah. Rajah di
bawah ini menunjukkan keratan rentas lidah. Garis-garis melintang menunjukkan
ketinggian lidah. Rajah tersebut juga menunjukkan kedudukan lidah semasa bunyi
vokal dihasilkan. Bibir dalam keadaan terhampar semasa bunyi vokal depan dihasilkan,
manakala bibir dalam keadaan bundar semasa vokal belakang dihasilkan. Keadaan
bibir neutral semasa menghasilkan vokal tengah.
Kedudukan vokal-vokal tersebut bolehlah dirumuskan seperti berikut :
10
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
11/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Nama Vokal
LambangContoh (awal ,tengah, akhir kata )
Vokal depan sempit [ i ] Ikan, bila, kail
Vokal depan separuh
sempit ( e taling )
[ e ] Ekor, boleh, taugeh.
Vokal depan separuh luas [ ] lok, tlor
Vokal depan luas [ a ] anak, masa, lima
Vokal tengah ( e pepet ) [ ] mak, btul
Vokal belakang sempit [ u ] Udang, butang, lalu
Vokal belakang separuh
Sempit
[ o ] otak, bosan, logo
Vokal belakang separuh luas [ ] rang, b leh.
Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami
sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan
rongga mulut dan bentuk bibir. Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:
Carta Vokal
11
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
12/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Rajah kedudukan vokal di atas menunjukkan rajah kedudukan lidah mengikut bahagian-
bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan lidah dan di
bahagian kanan merupakan bahagian belakang lidah dan di bahagian tengah
merupakan bahagian tengah lidah. Garis-garis yang melintang itu pula merupakan garis
yang menunjukkan ketinggian lidah yang dinaikkan. Bagi membunyikan bunyi vokal i,
dan vokal u, misalnya, lidah dinaikkan tinggi sekali, sementara bagi membunyikan vokal
a dan kedudukan lidah letaknya rendah sekali. Daripada rajah kedudukan vokal bahasa
Melayu di atas dapat dirumuskan seperti yang berikut:
1. Vokal hadapan: (a) i vokal hadapan sempit. Contoh dalam perkataan ibu, biru,
ubi
(b) e vokal hadapan separuh sempit. Contoh dalam perkataan
ekor,serong, sate
(c) E vokal hadapan separuh luas
2. Vokal Tengah : (a) vokal tengah pendek. Contoh dalam perkataan emak,
sentuh, emas.
(b) 3 vokal tengah panjang. Vokal ini hadir di belakang kata
seperti kit3, ras3, gul3
3. Vokal Belakang : (a) u vokal belakang sempit. Contoh dalam perkataan ular,
kuda,Batu
12
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
13/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
(b) o vokal belakang separuh sempit. Contoh dalam perkataan oleh,
boleh, solo, foto
(c) vokal belakang separuh luas. Contoh dalam dialek Kelantan :
otak, botak, kito
Dalam system tulisan biasa lambing vokal E, , dan 3 tidak digunakan kerana tidak
terdapat dalam tulisan mesin taip biasa. Huruf yang dipakai untuk melambangkan bunyi
vokal E, ialah e, dan lambang yang digunakan untuk melambangkan vokal ialah o. Vokal
E, dan 3 wujud dalam dialek ( bahasa daerah ) dan vokal-vokal tersebut merupakan
kelainan atau variasi kepada vokal e dan o.
Alat artikulasi lidah merupakan kriteria yang penting dalam pembahagian jenis vokal.
Bahagian hadapan lidah misalnya berperanan menghasilkan bunyi vokal hadapan iaitu
bunyi vokal i, e dan a. Bahagian tengah lidah berfungsi menghasilkan vokal tengah.
Begitu juga dengan bahgian belakang lidah berfungsi menghasilkan bunyi-bunyi vokal
belakang iaitu u, o, dan . Perbezaan bunyi antara vokal-vokal tersebut yang dihasilkan
adalah terletak pada tinggi rendahnya bahagian lidah itu diangkat atau diturunkan.
Bahgian lidah itu boleh diangkat tinggi sekali untuk menghasilkan vokal tinggi i dan u
kemudian jika diturunkan separuh tinggi terhasil pula bunyi vokal separuh tinggi iaitu
vokal e dan o. Begitu juga sekiranya bahagian lidah itu diturunkan separuh rendah akan
menghasilkan vokal separuh rendah E dan . Vokal tengah pula dihasilkan apabila
bahagian tengah yang berperanan menghasilkan bunyi dengan cara tengah lidah
dinaikkan separuh tinggi. Untuk lebih jelas lagi berikut diturunkan gambarajah yang
menunjukkan kedudukan tinggi rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal.
13
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
14/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Alat artikulasi bibir juga penting dalam
penghasilan bunyi vokal. Keadaan bibir samada bibir itu hampar, separuh hampar atau
bundar, separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar atau
bundar dan separuh bundar. Berikut diberikan gambarajah keadaan bibir semasa
menghasilkan jenis-jenis vokal tersebut.
Cara Penghasilan Vokal
Berikut dihuraikan dengan mendalam bagaimana atau cara bunyi vokal kardinal i, e, a,
u, o dan dihasilkan oleh alat artikulasi.
A. Vokal Hadapan
Vokal hadapan sempit (tinggi) i
a) Bibir dihamparkan
b) Depan lidah dinaikkan tinggi ( setinggi mungkin kea rah gusi )
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak
keluar melalui rongga hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarka pita
suara ke rongga mulut.
14
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
15/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Di awal perkataan ikan, ikut, ipar, ibu, itu
Di tengah perkataan biru, bila, kita,sila, silap
Di akhir perkataan tali, beli, beri, besi, guli
2. Vokal hadapan Separuh Sempit ( separuh tinggi ) ea) Bibir dihamparkan separuh sempit
b) Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara
tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Di awal perkataan ekor, ela, elok, edah, elak
Di tengah perkataan katel, berang, heret, sepet, leper
Di akhir perkataan sate,
15
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
16/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
3. Vokal Hadapan Separuh Luas ( separuh rendah) E
a) Bibir dihampar separuh luas
b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah kea rah gusi+
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara
tidak dapat keluar melalui rongga hidung
d) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal (lihat gambarajah). Berikut diberikan
contoh perkataan yang dihadiri oleh bunyi vokal ini dalam dialek Kelantan
Di awal perkataan esok, elo, edoh,ejek
Di tengah perkataan beso, getek, gelek, pelek
Di akhir perkataan gode, bule, ude, tule
16
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
17/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
4. Vokal Depan Luas (rendah)
a) Bibir dalam keadaan hampar
b) Depan lidah diturunkan serendah mungkin.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udar dari
paru- paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan
pita suara ke rongga mulut
Di awal perkataan abang, ajar, asuh, adik, asyik
Di tengah perkataan satu, paku, bukan, jambu, baju
Di akhir perkataan kita, rasa, bila, kuda, kelapa
17
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
18/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
B. Vokal Belakang
Sewaktu penghasilan vokal belakang, alat artikulasi penting yang berperanan ialah
bahagian belakang lidah. Keadaan bibir bundar.
5. Vokal Belakang Sempit (tinggi) u
a) Bibir dibundarkan
b) Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin ) kea rah lelangit lembut
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara
tidak dapat keluar melalui hidung
d) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru menggetarkan pita
suara ke rongga mulut
Di awal perkataan ubi, unta, usung, undur, untuk
Di tengah perkataan buka, bubur, subur, gandum, kabur
Di akhir perkataan satu, labu, paku, kelambu, bayu
18
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
19/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
6. Vokal Belakang Separuh Sempit (separuh tinggi) o
a) Bibir dibundarkan
b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi kea rah lelangit lembut
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara
tidak dapat keluar melalui rongga hidung
d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
menggetarkan pita suara
Di awal perkataan oleh, otak, obor, oren
Di tengah perkataan boleh, sotong, kongkong, tolong
Di akhir perkataan solo
7. Vokal Belakang Separuh Luas (separuh rendah)
19
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
20/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
a) Bibir dibundarkan
b) Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara
tidak dapat keluar melalui rongga hidung
d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan
pita suara ke rongga mulut.
e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal (lihat gambarajah) Bunyi ini terdapat dalam
perkataan dialek Kelantan seperti yang berikut
Di awal perkataan oloh, otok, ore, opeh
Di tengah perkataan pokok, sudoh, pecoh, boroh
Di akhir perkataan kito, bilo, belako, guwano
C. Vokal Tengah
20
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
21/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Alat artikulasi yang berperanan dalam
penghasilan vokal tengah ialah bahagian tengah lidah. Keadaan bibir hampar.
8. Vokal Tengah (pendek)
a) Keadaan babir hampar
b) Tengah lidah dinaikkan sedikit kea rah lelangit keras
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara
tidak dapat keluar melalui rongga hidung
d) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut
menggetarkan pita suara
Di awal perkataan emas, emak, empat, enam
Di tengah perkataan penat, berat, cergas, kemas
Sebagai kesimpulan dapat dirumuskan di sini bahawa jumlah vokal cardinal ialah lapan
jenis iaitu vokal i, e, a, u, o, e. Vokal asli dalam bahasa Melayu hanya enam jenis iaitu
21
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
22/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
vokal i, e, a, u, o, dan e. Semua vokal
adalah bersuara. Kecuali vokal e yang agak lemah bunyinya dan kurang lantang, vokal-
vokal lain adalah lantang.
2.2 Bunyi Konsonan
Konsonan adalah bunyi bahasa yang apabila di keluarkan bunyi bunyi ini akan
menerima sempitan, sekatan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak
atau hidung. Bunyi konsonan boleh mempengaruhi bunyi vokal dalam sebutan, misalnya
apabila menyebut konsonan sengau, bunyi vokal yang mengikutinya turut akan
disengaukan. Proses ini dinamakan sengauan.
Konsonan terbahagi kepada dua iaitu:
1. Bunyi Konsonan Melayu Asli
Terdapat 19 bunyi konsonan Melayu asli iaitu:
[p] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara
[b] Konsonan letupan dua bibir bersuara
[t] Konsonan letupan gusi tidak bersuara
[d] Konsonan letupan gusi bersuara
[k] Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara
[g] Konsonan letupan lelangit lembut bersuara
[ ] Hentian glotis
[] Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara
[ ] Konsonan letusan lelangit keras bersuara
[s] Konsonan geseran gusi tidak bersuara
[r] Konsonan geseran gusi bersuara
[h] Konsonan geseran glotis bersuara
22
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
23/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
[l] Konsonan geseran sisian gusi
bersuara
[m] Konsonan sengau dua bibir bersuara
[n] Konsonan sengau gusi bersuara
[] Konsonan sengau lelangit lembut bersuara
[ ] Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara
[w] Separuh vokal dua bibir bersuara
[j] Separuh vokal lelangit keras bersuara
2. Bunyi Konsonan Melayu Pinjaman
Terdapat 8 bunyi konsonan Melayu pinjaman iaitu:
[f] Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara
[v] Konsonan geseran bibir gigi bersuara
[] Konsonan geseran gigi tidak bersuara
[] Konsonan geseran bersuara
[z] Konsonan geseran gusi bersuara
[] Konsonan geseran gusi lelangit keras tidak bersuara
[x] Konsonan geseran lelangit lembut tidak bersuara
[] Konsonan geseran lelangit lembut bersuara
23
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
24/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Cara Membunyikan Konsonan Melayu Asli
Rajah berikut menunjukkan bagaimana bunyi konsonan Melayu asli dihasilkan.
24
Cara
Penghasilan
Daerah Artikulasi
Dua
BibirGusi
Gusi
Lelangit
Keras
Lelangit
Keras
Lelangit
lembut
Pita
Suara
Letupan p b t d k g
Letusan
Geseran s h
Getaran r
Sisian l
Sengauan m n
Separuh
Vokalw J
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
25/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
5.1 Konsonan Letupan
(a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]
Cara membunyikannya:
1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara
dari paru-paru ke rongga mulut.
2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk
membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita
suara.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p].
(b) Konsonan letupan dua bibir bersuara [b]
Cara membunyikannya:
Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [p].
Bezanya ialah:
1. Pita suara dirapatkan.
2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan
menggetarkan pita suara.
3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b].
25
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
26/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
(c) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]
Cara membunyikannya:
1. Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh
pada arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding
rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara.
5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-
merta.
6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t].
(d) Konsonan letupan gusi bersuara [d]
Cara membunyikannya:
Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [t].
Bezanya ialah:
1. Pita suara dirapatkan.
2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan
menggetarkan pita suara.
3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [d].
(e) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]
Cara membunyikannya:
26
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
27/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
1. Belakang lidah dirapatkan ke
lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi
menutup arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara.
5. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta-
merta.
6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].
(f) Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g]
Cara membunyikannya:
Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [k].
Bezanya ialah:
4. Pita suara dirapatkan.
5. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan
menggetarkan pita suara.
6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g].
(g) Hentian glotis [ ]
(h) Cara membunyikannya:
27
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
28/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Semasa udara dari peparu keluar lelangit lembut dan anak tekak akan dinaikkan kebelakang dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari peparu ke rongga
hidung. Manakala pita suara pula diarapatkan sepenuhnya supaya udara tersekat di
belakang pita suara. Udara disekat oleh pita suara tanpa menggetarkan pita suara
5.2 Konsonan Letusan
(a) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara []
Cara membunyikannya:
1. Hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat
sekatan pada arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding
rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-
paru ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan.
28
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
29/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
4. Arus udara dari paru-paru
keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan
perlahan-lahan.
6. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras tidak bersuara [].
(b) Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ ]
Cara membunyikannya:
Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [].
Bezanya ialah:
1. Pita suara dirapatkan.
2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan
menggetarkan pita suara.
3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras bersuara [ ].
5.3 Konsonan Geseran
(a) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]
Cara membunyikannya:
29
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
30/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Konsonan geseran adalah dengan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan
pada arus udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang
rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara di renggangkan,arus udara melaui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi
(s).
5.4 Konsonan Getaran
(a) Konsonan getaran gusi bersuara [r]
30
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
31/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Cara membunyikannya:
Konsonan getaran terjadi apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara
melalui antara lidah dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan.
Bunyi yang terhasil pada waktu itu dinamakan bunyi getaran gusi bersuara ( r )
5.5 Konsonan Sisian
(a) Konsonan sisian gusi bersuara [l]
Cara membunyikannya:
31
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
32/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Konsonan sisian berlaku apabila hujung lidah dinaikkan ke gusi dan laluan udara
tersekat. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. Udara keluar melalui
bahagian tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sisian sisi bersuara ( l )
5.6 Konsonan Sengauan ( nasal )
Konsonan Sengauan ini boleh dibahagikan kepada empat bunyi nasal yang terdapat di
dalam bahasa melayu. Perbezaan yang berlaku pada keempat empat bunyi nasal itu
adalah pada daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut. Pita suara
digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan. Contohnya adalah :-
(a) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]
Cara membunyikannya:
32
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
33/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Semasa udara dari peparu dikeluarkan, bibir bawah akan dirapatkan untuk membuat
sekatan udara. lelangit lembutn dan anak tekak akan ditirunkan manakala pita suara
akan dirapaatkan.arus udara akan menggetarkan pita suara dan akan masuk ke rongga
mulut seterusnya ke rongga hidungakan menghasilkan bunyi [m]. Arus udara dilepaskan
perlahan-lahan.
(b) Konsonan sengau gusi bersuara [n]
Cara membunyikannya:
Apabila udara dilepaskan secara perlahan-lahan melalui pita suara yang dirapatkan dan
terus melalui mulut terus ke rongga hidung kerana hujung lidah dinaikkan ke atas gusi
untuk membuat sekatan udara. Ini akan menghasilkan bunyi sengauan bersuara [n].
(c) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara []
Cara membunyikannya:
33
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
34/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Cara pengeluar udara bagi konsenan sengauan [] adalah sama tetapi berbeza
pada sekatan di mulut iaitu arus udara di sekat oleh lidah belakang dan lelangit
lembut yang menyebabkan udara terus ke hidung.
(d) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ ]
Cara membunyikannya:
34
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
35/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Depan lidah dianakkan ke lelangit keras.
Pita suara dirapatkan. Pita suara akan ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung
kerana lelangit lembut dan anak tekak tidak dirapatkan. Maka terhasillah bunyi
sengauan bersuara [ ].
5.7 Separuh Vokal
(a) Separuh vokal dua bibir bersuara [w]
Cara membunyikannya:
Bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Lelangit lembut akan
dinaikkan ke belakang tekak untuk membuat sekatan ke rongga hidung.udara dari
peparu akan keluar ke rongga mulut. Pita suara pula akan bergetar dan lidah bergerakpantas untuk membunyikan vokal tengah [].
(b) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]
Cara membunyikannya:
35
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
36/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.
Bibir dihamparkan dan lelangit lembut dinaikkan ke belakang nak tekak. Pita suara di
getarkan sambil lidah bergerak pantas untuk membunyikan vokal [].
3.0 SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
Sebelum kita mengkaji atau meneliti secara terperinci tentang sistem perkembangan
ejaan bahasa melayu, kita seharusnya mencari dari mana datangnya tulisan bahasa
Melayu yang menjadi asas kepada kewujudan ejaan bahasa melayu. Tulisan ini
sebenarnya datang ke kepulauan melayu bersama-sama dengan kedatangan orang
Eropah. Marco Polo adalah seorang pengembara dari itali yang menetap di Sumatera
selama lima bulan dalam tahun antara 1292 hingga 1293. Ketika beliau belayar untukbalik ke negara asalnya setelah melawat negara China dan diikuti oleh paderi-paderi
franciscan dan pedagang-pedagang Itali yang lain, oleh itu dikatakan orang Portugislah
yang mula-mula bertapak dan berkuasa di kawasan ini (Tate,1971:42).
Kemunculan kuasa Portugis yang pertama bertapak di Tanah Melayu dapat dilihat
apabila berjaya mengelilingi Cape of Good Hope pada tahun 1487M, yang dipimpin oleh
Bartholomew Diaz. Setelah itu, sepuluh tahun kemudian iaitu pada 1497M, kapal
pelayaran Portugis buat pertama kalinya telah memasuki Lautan Hindi dan sampai ke
kawasan Timur. Dua belas tahun kemudian iaitu pada 1509M, kapal Portugis di bawah
pimpinan Lopez de Sequiera sampai ke pelabuhan Melaka (Tate,ibid,43-48). Dua puluh
tahun kemudian, iaitu pada tahun 1511, kuasa Portugis dengan diketuai oleh Alfonso d
Albuquerque sekali lagi mengatasi ilmu pelayaran berbanding dengan negara-negara
Eropah yang lain. Tetapi kali ini kuasa Portugis berjaya menawan dan menakluki kota
Melaka.
Setelah kuasa Portugis berjaya menawan kota Melaka,ini menjadi pemangkin
dan penaik semangat bagi kuasa-kuasa barat yang lain terutamanya Sepanyol. Orang
Sepanyol yang datang ke kepulauan Melayu yang diketuai oleh Megallen berserta lima
buah kapal dari Seville pada tahun 1519M. Menurut Bausani, kedatangan Magellan ini
menjadi titik tolak bermulanya sistem ejaan bahasa Melayu, dimana seorang ahli yang
36
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
37/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
turut serta dalam pelayarannya iaitu
Antonio Pigafetta telah membuat catatan pelayaran. Dalam catatannya telah
memuatkan beberapa kosa kata bahasa seperti suku bangsa di Brazil ( lapan
perkataan ), bahasa Petagonian (90 perkataan), dan suku bangsa di kepulauan Filipina
(160 perkataan) (Hashim Musa,1997:378).
Sejarah perkembangan dan Proses Perubahan sistem Ejaan Bahasa Melayu
Sistem Ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak orientalis Inggeris yang menyusun
aturan ejaan Rumi berdasarkan kaedah transliterasi daripada ejaan Jawi pada
pertengahan abad ke-19. Sistem transliterasi huruf Jawi kepada huruf Rumi menurut
kaedah bahasa Inggeris yang diiktiraf sebagai sistem ejaan Rumi bagi kegunaan rasmi
dalam urusan kerajaan Malaya pada masa itu antaranya termasuklah Ejaan Rumi
Negeri-negeri Selat (dilaksanakan pada tahun 1878), Ejaan Rumi Maxwell
(dilaksanakan pada tahun 1882) dan Ejaan Rumi Swettenham (1881).
Ada dua jenis tulisan bagi bahasa Melayu, iaitu (i) Tulisan Jawi, dan (ii) Tulisan Rumi.
Tulisan Jawi berasaskan huruf Arab alif-ba-ta, dan tulisan Rumi berasaskan huruf
Roman a-b-c. Aturan ejaan bagi Tulisan Jawi yang digunakan dalam bahasa Melayu
sekarang ialah Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan yang disahkan penggunaannya
bermula pada tahun 1996. Anda boleh melihat sistem ejaan Jawi tersebut dalam
beberapa dokumen rasmi yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aturan ejaan bagi Tulisan Rumi yang digunakan dalam bahasa Melayu mutakhir pula
ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (selanjutnya disebut SERBBM) yang
dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Sistem ini merupakan aturan ejaan
Rumi bersama bagi bahasa Melayu di Malaysia dan bahasa Indonesia, iaitu sistem yang
berasaskan aturan ejaan yang dirumuskan oleh Jawatankuasa Ejaan (Rumi) Bersama
pada tahun 1967.
Perkembangan dalam sistem ejaan adalah sebahagian daripada perkembangan dalam
bahasa Melayu di Tanah Melayu dan di Kepulauan Timur Belanda. Keperluan kepada
37
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
38/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
sistem ejaan Rumi menjadi penting pada
awal abad ke- 20 kerana ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa
Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya. Ianya menjadi lebih
penting apabila bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem
sekolah rendah atau sekolah dasar. Oleh itu, penyusunan satu sistem ejaan Rumi yang
seragam dan lebih mudah diperlukan untuk menggantikan tulisan Jawi pada masa itu.
Bagaimanapun, pengkajian tentang sistem bunyi bahasa Melayu sering dikelirukan
dengan pengkajian tentang sistem tulisan dan sistem ejaan. Grafem- grafem atau huruf-
huruf yang berbagai- bagai yang digunakan sebagai lambang bagi bunyi- bunyi dalam
bahasa Melayu, termasuk bunyi- bunyi serapan atau pinjaman daripada bahasa
Sanskrit, Arab dan Parsi yang digunakan dalam tulisan-tulisan oleh orang-orang Inggeris
dalam abad ke-19 membuktikan wujudnya ketidakseragaman dalam ejaan.
Pada tahun 1902, perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakan apabila
kerajaan Negeri- negeri Melayu Bersekutu mengambil inisiatif menubuhkan sebuah
jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah-sekolah pada
masa itu. Sistem ejaan yang dikenal sebagai "Ejaan Wilkinson" itu dirumuskan dengan
nama Romanised Malay Spelling dan diterbitkan pada bulan Oktober 1904 dalam
bentuk sebuah laporan. Ejaan Wilkinson digunakan di semua sekolah umum.
Pakatan Belajar-Mengajar Bahasa yang ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor telah
memainkan peranan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah dan
dalam masyarakat. Usaha ini telah diteruskan dengan penubuhan Maktab Guru
Perempuan di Melaka pada tahun 1900. Institusi- institusi inilah yang menjadi pengasas
perancangan penggunaan bahasa Melayu baku yang kemudiannya diperkembang oleh
Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di Tanjung Malim sejak tahun 1922.
Perkembangan dan pemantapan sistem ejaan Rumi berlaku seiring denganperkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan dalam zaman penjajahan itu.
Beberapa buah buku bahasa dalam tulisan Rumi dan tentang tulisan Rumi yang
memperluas penggunaan sistem Ejaan Sekolah yang berasaskan Ejaan Wilkinson telah
disusun dan diterbitkan oleh beberapa orang tokoh bahasa dan pendidik di SITC. Di
antaranya ialah : (i) Kitab Loghat Melayu susunan R.O. Winstedt dan Ibrahim Dato
38
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
39/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Muda Linggi (1921), (ii) Kitab Pelita
Mengarang (Rumi) susunan O.T. Dussek dan Mohd. Hashim (1923), dan (iii) Kitab
Kumpulan Nama Melayu susunan Ibrahim Dato Muda Linggi (1924)( Ahmad Hafiz
Wahy et al,2005).
Sistem ejaan Rumi yang terkenal sebelum penggunaan sistem ejaan baru tahun 1972
ialah "Sistem Ejaan Rumi Zaba" yang juga dihasilkan daripada SITC. Sistem Ejaan
Rumi Zaba disusun dan diperkemas dan terdapat dalam beberapa buah buku pedoman
bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti : (i) Ilmu Bahasa Melayu
Penggal 1 (1926), (ii) Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), dan (iii) Daftar Ejaan
Melayu (Jawi- Rumi) (1949), dengan judul "Petua-petua Ejaan Rumi", yang dikarang
oleh Zaba.
Selain daripada sistem ejaan Zaba, dalam zaman pendudukan Jepun tahun 1942-
1945, terdapat penggunaan "Ejaan Fajar Asia". Ianya berbeza sedikit daripada ejaan
Zaba di Tanah Melayu dan ejaan van Ophuijsen di Indonesia. Angkatan Sasterawan 50
yang ditubuhkan sekitar bulan ogos 1950 kemudiannya menjadikan Ejaan Fajar Asia ini
sebagai ejaan rasmi mereka. Tujuan penubuhan angkatan ini adalah untuk
menyedarkan masyarakat tentang perpaduan kebangsaan dan menganggap
kemerdekaan sebagai jambatan kearah keadilan dan keamanan masyarakat. Selain
daripada itu, terdapat juga "Ejaan Bebas" yang berupa ejaan Rumi tanpa sistem apa-
apa, atau sistem yang menyatukan ciri-ciri ejaan daripada sistem- sistem yang ada,
termasuk daripada sistem ejaan di Indonesia. Ejaan Bebas digunakan dengan agak
meluas dalam urusan bukan rasmi dan dalam beberapa penerbitan akhbar, majalah dan
buku.
Penggunaan pelbagai sistem atau aturan ejaan Rumi di Tanah Melayu dan Singapura
menunjukkan adanya kekurangan dalam sistem ejaan Zaba dan ketidakpuasan
pengguna terhadap sistem itu. Pada tahun 1956, hasil daripada rumusan Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Singapura, wujud pula "Sistem
Ejaan Kongres". Perubahan- perubahan seperti ini juga berlaku di Indonesia. Dengan ini
dapat dikatakan bahawa kedua- dua buah negara mengalami perubahan sistem ejaan
dari semasa ke semasa. Perbezaan ejaan yang wujud di Indonesia adalah menurut
sistem ejaan cara Belanda sementara di Tanah Melayu, lebih kepada cara Inggeris.
39
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
40/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Perbezaan ejaan yang wujud ini telah
mendapat perhatian ahli- ahli bahasa di kedua-dua buah negara untuk mengkaji dan
menyemak semula sistem ejaan yang digunakan)( Ahmad Hafiz Wahy et al,2005).
Secara tidak langsung proses penyatuan dan penyamaan sistem ejaan kedua-dua
negara dapat dilakukan.
Beberapa pembaharuan yang agak radikal telah diusahakan oleh ahli- ahli bahasa
berdasarkan rumusan-rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga. Usaha-
usaha ini mendapat perhatian kerajaan dan pada tahun 1957, sebuah Jawatankuasa
Ejaan telah dibentuk untuk menimbangkan ketetapan-ketetapan yang telah diambil
dalam Kongres tersebut berkenaan dengan ejaan Rumi dan penyatuannya dengan
ejaan bahasa Indonesia.
Soal ejaan melangkah ke peringkat antarabangsa apabila satu perjanjian persahabatan
di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Republik Indonesia tercapai pada 17 April
1959. Kemudian, satu rundingan telah diadakan di Jakarta di antara Jawatankuasa
Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh (Allahyarham) Syed Nasir
bin Ismail dengan Panitia Pelaksanaan Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia
yang dipimpin oleh Dr. Slametmuljana ( Ahmad Hafiz Wahy et al,2005). Hasil daripada
pertemuan ini, wujudlah pula "Ejaan Malindo". Akibat pergolakan politik, perkembangan
selanjutnya tidak berlaku sehinggalah pada tahun 1966 apabila rundingan kali kedua
telah diadakan untuk mengkaji dan memperbaiki Ejaan Malindo.
Pada 23 Mei 1972, satu Kenyataan Bersama telah ditandatangani oleh Menteri
Pelajaran Malaysia pada masa itu, (Allahyarham) Tun Hussein Onn dan Menteri
Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Bapak Mahsuri. Kenyataan Bersama
tersebut mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah dipersetujui
oleh para ahli daripada kedua-dua negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang
Disempurnakan. Puncak daripada segala kegiatan penyempurnaan sistem ejaan Rumi
ialah perumusan dan pelaksanaan bersama Sistem Ejaan Baru bagi bahasa Melayu dan
bahasa Indonesia pada 16 Ogos 1972. Ejaan baru bersama ini dirujuk sebagai Ejaan
Rumi Bersama (ERB) yang diguna hingga kini.
40
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
41/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
EJAAN RUMI ZABA
Sistem Ejaan Rumi Zaba muncul apabila Pendita Zaba telah membuat perubahan
kepada sistem Ejaan Wilkinson. Sistem ini juga dikenali sebagai Ejaan sekolah. Sistem
ini digunakan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu. Sistem ejaan Rumi Zaba daripada
satu segi memperlihatkan kaedah penggunaan lambang huruf yang beraneka ragam
yang mengakibatkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan penulisan sehari-
hari dalam semua urusan yang menggunakan tulisan Rumi. Penggunaan Sistem Ejaan
Rumi Zaba menjadi bertambah sukar kerana adanya pengejaan kata yang masih
menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1903) dan beberapa sistem ejaan Rumi yang
lain yang digunakan di dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa dan dwibahasa yang
terbit serta tersebar semenjak tahun 1920-an. Menurut Sistem Ejaan Rumi Zaba dalam
penggunaan ejaan rumi pada ketika itu kerap kali telah menimbulkan kekeliruan dan
keraguan sama ada kerana kesalahan ataupun kerana tidak sekata dalam mengikuti
peraturan tersebut. Pendita Zaba telah menggariskan sebanyak lapan tempat yang
seringkali mencetuskan persoalan, iaitu :
i. Pada segenlintir suku kata tertutup, iaitu sama ada menggunakan vokal i
atau vokal e, dan vokal u atau vokal o;
ii. Pada bunyi diftong (Zaba: bunyi berkait) sama ada menggunakan ai atau
ai atau ae, dan ui atau ui atau ue;
iii. Pada perkataan dialek yang berbeza sebutannya menyebabkan berbeza
ejaannya;
iv. Pada ejaan yang menggunakan dua abjad g tetapi kerap menggunakan
satu g sahaja;
v. Pada kata pinjaman Arab dan Inggeris sama ada hendak dieja menurut
sebutan asal atau sebutan Melayu;
vi. Pada ejaan awalan se dan ke, sama ada hendak dieja seperti demikian
atau sa dan ka;
vii. Pada penggunaan sempang, iaitu tidak tetap sama ada patut
menggunakan sempang, atau perlu disambung tanpa menggunakan
sempang;
viii. Pada penggunaan huruf besar, juga tidak tetap.
41
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
42/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Untuk mengatasi kelapan-lapan masalah
tersebut Zaba telah menyusun kaedah ejaan Rumi Bahasa Melayu, yang sebahagian
besarnya berdasarkan Ejaan Wilkinson. Zaba telah membahagikan abjad-abjad bahasa
Melayu kepada dua kumpulan iaitu:
i. Huruf saksi yang merupakan vokal yang terdiri daripada enam abjadi
iaitu a, e, e, i, o, dan u, dan;
ii. Huruf benar, iaitu konsonan yang terdiri daripada 21 abjad.
Zaba tidak menyenaraikan abjad-abjad itu, hanya beliau menonjolkan abjad-abjad
konsonan yang tidak berpadanan satu lawan dengan abjad Jawi. Pada hakikatnya hal
tersebut sama seperti yang dilakukan menerusi Sistem Ejaan Wilkinson. Oleh itu
bolehlah dianggap bahawa senarai abjad konsonan Zaba menyamai senarai konsonan
Ejaan Wilkinson. Untuk mengatasi lapan masalah yang disebutkan di atas, Zaba telah
mengemukakan 40 peraturan. Peraturan 1 hingga 5 menyentuh keserasian vokal dalam
suku kata pertama dan kedua jika jika suku kata kedua itu suku kata tertutup. Antara
beberapa peraturan yang dimaksudkan tersebut adalah seperti yang berikut:
i. Jika h dan k adalah huruf akhir dalam suku kata akhir tertutup, maka
vokal e yang dipilih bukan vokal i pada suku kata itu. Contohnya aleh,
leteh, sireh, tueh, balek, batek, chantek dan sebagainya, kecuali jika
terdapat deretan bunyi diftong a-i, maka ejaan diftong dikekalkan.
Contohnya, naik, baik, raih, dan sebagainya.
ii. Jika suku kata akhir tertutup, bukan diakhiri oleh konsonan h dan
konsonan k, maka vokal i digunakan bukannya vokal e. Contohnya
nasib, katil, kutip, pasir dan sebagainya, kecuali jika vokal dalam
suku kata pertama ialah vokal o dan vokal e, maka vokal e digunakan
bukannya vokal i. Contohnya deret, leher, bogel, chomel, montel dan
sebagainya.
iii. Perkataan pinjaman daripada bahasa Arab jika belum diasimilasi
sepenuhnya, hendaklah dieja mengikut bunyi asalnya (memakai tanda
dan sebagainya) dan ditulis dengan huruf condong. Contohnya:
42
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
43/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
wasalam, ahlun-nujum,
amiruI-minim, dan sebagainya.
iv. Imbuhan pe- dan me- tidak mengalami perubahan bunyi jika
digandingkan dengan kata dasar yang berawalkan huruf i, m, n, ng,
ny, r, w,dan y.
v. Perkataan yang menggunakan huruf r pada akhir suku kata pertama
dikekalkan ejaan menurut sistem ejaan Wilkinson. Misalnya: (rsahaja)
berteh, terbang, terpa, terkam, merdu dan lain-lain, (re) meregang,
berebut dan sebagainya.
vi. Semua perkataan yang mengandungi hurufnga dan ga yang berderet,
dalam tulisan Jawi dieja dengan dua g dalam tulisan Rumi. Contohnya:
langgar, hinggap, manggis, menanggong, menenggelamkan dan
sebagainya.
vii. Perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris yang sudah
diasimilasi sepenuhnya dengan bunyi Melayu, dieja mengikut sebutan
Melayu. Contohnya: saman, repot, pereman, geran, sain, rasip dan
sebagainya.
viii. Jika kata dasar berawalkan hurufb dan p, maka awalan pe- dan me-
mengalami perubahan jika disepadukan dengan kata dasar yang
berawalkan huruf i, m, n, ng, ny, r, w dan y. Contohnya: pelawat,
melawat, pemalas, penaung, penyanyidan sebagainya.
ix. Jika perkataan perkataan asal berawalkan hurufa, e, e, i, o, u, g, h, k,
maka imbuhan pe- dan me- berubah menjadi peng- dan meng-.
Misalnya, (pe) pengaku, pengempang, pengekor, pengikut,
penggali, penghubung, pengait dan (me) mengaku, mengamok,
mengelak, mengata dan sebagainya. Manakala sebagainya. Huruf k
dalam kata dasar gugur kerana tak bersuara, kecuali dalam katapinjaman Arab yang mengekalkan huruf k. Misalnya mengkitabkan,
dan juga dalam perkataan mengkemudiankan.
x. Bentuk si- (yang sebenarnya partikel) dan tetap dieja dengan
sempang, dan hurufs dalam bentuk si- dieja dengan huruf besar jika
berganding dengan nama khas. Contohnya: si-mati, si-laki, si-Abu, di-
43
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
44/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
bawa, dan sebagainya.
Kekecualiannya ialah dalam ejaan perkataan sianu dan siapa yang
tidak memakai sempang.
xi. Huruf besar digunakan dengan menurut dua kaedah, yang pertama
pada awal perkataan di pangkal ayat, kemudian daripada noktah,
kemudian daripada tanda Tanya jika bukan percakapan pengarang,
kemudian daripada tanda seruan jika seruan itu bukan percakapan
pengarang, huruf pertama pada perkataan yang mendahului setiap
baris syair atau pantun, huruf pertama pada cakap ajuk dan huruf
pertama dalam perkataan teriakan. Yang kedua pada huruf awal dalam
kata nama khas atau gelaran,nama Tuhan kata gantinya, nama tempat,
nama bangsa, nama gelaran atau pangkat, nama kitab-kitab, surat
khabar, tajuk atau fasal dalam kitab, nama-nama ilmiah dan bidang-
bidangnya, nama bulan, hari cuti dan sebagainya, dan nama perkara
atau benda yang diserukan.
Sistem Ejaan Zaba ini telah digunakan secara meluas di sekolah-sekolah dan intitusi
pendidikan di Malaya sehingga ke tahun lima puluhan, walaupun sewaktu pendudukan
Jepun, adanya Ejaan Fajar Asia. Di Indonesia, terdapat sistem Ejaan Soewandi yang
juga terkenal dengan nama Ejaan Republik yang mula digunakan pada tahun 1947 (lihat
S.T. Alisjahbana, 1964: 32), yang menukarkan Ejaan Van ophuijsen antara lain vocal oe
kepada u, menghilangkan tanda gores di atas e talling sehingga tidak membezakannya
dengan e pepet dan menghilangkan dua titik di atas vocal yang berderet untuk
membezakannya daripada diftong, tetapi bentuk-bentuk ch, tj, dj, sj, nj dan j masih
dikekalkan. Perbezaan ini telah menimbulkan beberapa keraguan dalam kalangan
masyarakat, terutamanya golongan penuntut universiti. Kesan daripada kelemahan
sistem-sistem yang ada dan cara penggunaan yang beragam-ragam itu telah
mendorong beberapa pihak tertentu menampilkan beberapa sistem baru ejaan Rumidalam tempoh tahun 1940 hingga 1959. Tiga percubaan yang mendapat perhatian ialah
aturan ejaan Rumi yang dikenal sebagai Ejaan Rumi Fajar Asia (1943), Ejaan Kongres
(1956) dan Ejaan Rumi PBMUM (1959).
44
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
45/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
SISTEM EJAAN RUMI BAHARU (ERB).
Perjumpaan antara pihak Malaysia dengan Indonesia dalam meneliti ejaan Malindo
telah mengemukakan pendapat lain iaitu satu kertas kerja tentang ejaan baharu. Setelah
kedua-dua pihak membuat penelitian dan pemerhatian yang mendalam terhadap usul-usul yang dikemukakan berdasarkan tiga prinsip iaitu praktis, ekonomi dan ilmiah
maka pada 27 Jun 1967, satu laporan lengkap yang berkaitan tentang sistem ejaan baru
telah di tandatangani oleh kedua-dua pihak. Akhirnya pada 16 Ogos 1972 satu
kenyataan bersama telah di tandatangani antara Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu
dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia. Oleh itu, secara rasminya pada
16 Ogos 1972 sistem ejaan ini telah diguna pakai oleh kedua-dua buah negara. Sistem
ejaan ini dinamakan sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu.
Sistem ejaan ini berjaya dicipta hasil kerjasama antara Jawatankuasa Bahasa
dan Ejaan Bahasa Melayu Malaysia yang diketuai oleh Syed Nasir bin Ismail dengan
Kumpulan Ahli Bahasa Indonesia yang diketuai oleh S.W. Rudjati Muljadi (Ensiklopedia
Malaysia,0000:00). Maka, terhasil satu bentuk ejaan daripada pemikiran yang matang
yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu
merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkatsupranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu
serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah
masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah
pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat
diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa
Indonesia. Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi
kesederhanaan, kejelasan dan fleksibeliti serta taraf standartitasiyang tinggi berbanding
sistem yang dulu. Sistem Ejaan Rumi baharu ini merupakan sistem wahana yang cekapdan mudah untuk sistem ejaan rumi yang akan datang.
Menurut Sulaiman Masri et al. (2006:5) perkara-perkara penting yang terdapat
dalam sistem ini ialah penggunaan abjad, penulisan kata dan penulisan unsur serapan.
Dalam sistem ini ejaan baru ini mengandungi 26 huruf iaitu a, b, c, d, e, f, g, h, i, j, k, l,
45
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
46/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
m, n, o, p, q, r, s, t, u, v, w, x, y dan z.
Dokumen yang menjadi rujukan rasmi tentang Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa
Malaysia (SERBBM) termasuklah penerbitan-penerbitan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka anataranya Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975, edisi kedua 1987),
Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (1975, edisi semakan 1991),
Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981, edisi kedua 1988), Pedoman Ejaan Rumi
Bahasa Melayu (1996), Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu (1994), Pedoman
Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu (1996), Pedoman
Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (1986, edisi kedua 1987, edisi ketiga 1993), Pedoman
Ejaan Jawi Bahasa Melayu (1996) dan Daftar Kata Bahasa Melayu, Jilid I (A-K) dan Jilid
II (L-Z) (2001).
SISTEM EJAAN RUMI 1878
Pengenalan kepada Ejaan Rumi 1878 merupakan hasil inisiatif yang dicetus menerusi
jawatankuasayang ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di bawah kerajaan
British. Hal ini lanjutan daripada satu pekeliling ajaran Lord Carnavon yang
mengesyorkan pembentukan satu sistem ejaan Rumi yang baku untuk mengeja nama-
nama orang dan kawasan tempatan di negeri-negeri ini. Jawatankuasa ini telah
memperkenalkan sistem perumian berdasarkan tiga kumpulan bunyi, iaitu vokal, diftong
dan konsonan, seperti yang berikut:
Vokal
Ada enam lambang vokal. Lima daripadanya mempunyai bentuk pendek dan panjang.
Bentuk pendek ditandai dengan lambang diakritik di atasnya, manakala bentuk panjang
tiada sebarang tanda. Berikut disenaraikan beberapa senarai abjad vokal dan contoh
bunyinya dalam bahasa Inggeris, serta contoh ejaan perkataan Melayunya:
VOKAL BUNYI DALAM BAHASA
INGGERIS
CONTOH DALAM
BAHASA MELAYU
46
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
47/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
aDiploma makan
e Ten sendok
o Provokasi tongkat
u Full tunjuk
Diftong
Ada dua bunyi diftong, iaitu huruf au dan ei, yang digunakan dalam bahasa Melayu.
Misalnya:
au ---- bakau, kerbau
ei ----- sungei, bagei
Konsonan
Jawatankuasa ini turut membezakan bunyi konsonan yang digunakan dalam bahasa
Melayu sepenuhnya dengan konsonan yang terdapat dalam perkataan pinjaman Arab
sepenuhnya. Hal tersebut dapat dilihat seperti yang berikut:
KONSONAN MELAYU SEBUTAN DALAM
BAHASA INGGERIS
NAMA MELAYU
b - ba
g Seperti dalam gain ga
ng seperti dalam singing Nga
T lembut, hujung lidah digigi
Ta
th seperti dalam thick Tha
Jika di tengah kata
menandakan pemisah
hamza
47
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
48/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
suku kata
seperti sa orang, jika di
hujung kata sama
dengan k
KONSONAN ARAB BUNYI NAMA MELAYU
d Keras Da
S Keras seperti ss sod
t Keras, di langit mulut Ta
Namun begitu, pengenalan jawatankuasa ini telah menerima kecaman daripada Maxwell
dan juga Shellabear (1899). Shellabear mengkritik penggunaan lambang e untuk
mewakili bunyi vokal seperti dalam Perumian Jawatankuasa 1878 di atas. Beliau telah
mengesyorkan supaya vokal pendek itu tidak dilambangkan oleh sebarang ejaan kerana
mungkin menimbulkan kesalahan dari segi ejaannya.
SISTEM EJAAN MALINDO
Masalah ejaan dahulunya merupakan masalah kebangsaan, sudah menjadi
masalah antarabangsa dengan adanya rundingan pihak Malaysia (yang dahulunya
malaya) dengan Indonesia. Selama dua tahun menjalankan kajian dan rundingan
akhirnya pada tahun 1959, termaktublah perjanjian persahabatan diantara Persekutuan
Tanah Melayu dan republik Indonesia. Satu perjumpaan diantara Jawatankuasa Ejaan
Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail pengan
panitia pelaksanaan dan penyelidikan bahasa Indonesia iaitu Dr. Slametmuljana pada
tahun yang sama telah menghasilkan satu ejaan baru yang dikenali sebagai Ejaan
Malindo. Menurut Asmah Haji Omar (154:1993) Ejaan Malindo ini tidak pernah
diumumkan. Oleh itu kita tidak tahu bentuk dan sistem ejaannya.
48
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
49/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Walaubagaimanapun Ejaan Malindo
yang dihasilkan ini terbantut usahanya disebabkan tercetusnya konfrontasi. Setelah itu
ia disambung semula setelah terhenti kira-kira hampir 7 tahun iaitu pada 1966 dan hasil
rundingan ini menimbulkan kesefahaman diantara kedua-dua pihak terutamanya pihak
indonesia. Dalam rundingan ini beberapa perkara dititik beratkan antaranya adalah
tentang soal bahasa dalam jangka masa panjang, pertukaraan antara bahan-bahan
yang berkenaan dengan bahasa dan sastera, dan soal pemakaian istilah-istilah. Kolonel
wahju sukatjo iaitu seorang pemimpin bahasa indonesia telah berkunjung ke dewan
bahasa dan pustaka bersama dengan delegasi kebudayaan pada bulan September
1966.
Dalam rombongan tersebut beberapa isu telah dibangkitkan, antaranya yang
menjadi perhatian adalah berkaitan dengan pengesyoran perlaksanaan Ejaan Malindo(1959) kepada kedua-dua kerajaan. Begitu juga dengan penyelarasan istilah diantara
bahasa Indonesia dengan bahasa Malaysia. Oleh itu, satu kertas kerja telah
dibentangkan bagi perlaksaan sistem ejaan ini. Walaubagaimanapun terdapat beberapa
perubahan dan pembaharuan dalam Sistem Ejaan Malindo ini kerana sistem ejaan ini
belum lagi dilaksanakan dikedua-dua buah negara. Oleh itu, kata sepakat telah dicapai
dan dipersetujui oleh kedua-dua negara dan ejaan yang telah dipersetujui itu mula
dikenali sebagai Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia yang ikenali secara umum sebagai
Ejaan Baharu.
Sistem Ejaan Rumi Baharu (ERB).
Perjumpaan antara pihak Malaysia dengan Indonesia dalam meneliti ejaan
Malindo telah mengemukakan pendapat lain iaitu satu kertas kerja tentang ejaan
baharu. Setelah kedua-dua pihak membuat penelitian dan pemerhatian yang mendalam
terhadap usul-usul yang dikemukakan berdasarkan tiga prinsip iaitu praktis, ekonomidan ilmiah maka pada 27 Jun 1967, satu laporan lengkap yang berkaitan tentang
sistem ejaan baru telah di tandatangani oleh kedua-dua pihak. Akhirnya pada tahun
1972 satu kenyataan bersama telah di tandatangani antara menteri pelajaran Malaysia
ketika itu dengan menteri pendidikan dan kebudayaan Indonesia. Oleh itu secara
rasminya pada 16 Ogos 1972 sistem ejaan ini telah diguna pakai oleh kedua-dua buah
49
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
50/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
negara. Sistem ejaan ini dinamakan
sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu.
Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang
yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharumerupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat
supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu
serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah
masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah
pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat
diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa
Indonesia. Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi
kesederhanaan, kejelasan dan fleksibeliti serta taraf standart yang tinggi berbanding
sistem yang dulu. Sistem Ejaan Rumi baharu ini merupakan sistem wahana yang cekap
dan mudah untuk sistem ejaan rumi yang akan datang.
Menurut Ensiklopedia Malaysia (0000:00) dalam sistem ejaan ini, hanya ada satu
huruf e bertanda () atau hurufe pepet terdapat dalam sistem ejaan Zaba digugurkan
contohnya makmenjadi emak, kledekmenjadi keledek. Walaupun digugurkan, fungsihurufe yang melambangkan pepet dan e taling dikekalkan. Perubahan konsonan juga
berlaku dalam sistem ejaan baru ini. Contohnya gabungan 2 perkataan yang di
gugurkan salah satunya yang membawa maksud yang sama seperti ch akan menjadi c
dalam perkataan chuba menjadi cuba dan chuacha akan menjadi cuaca. Manakala
bagi perkataan lain adalah dh menjadi ddalam perkataan mudharat menjadi mudarat
dan sh menjadi sydalam perkataan sharatmenjadi syarat.
Manakala perubahan dalam penggunaan () dan () yang melambangkan
hamzah dan ain akan digugurkan dan digantikan dengan konsonan kcontohnya maana
menjadi makna dan perkataan enchemenjadi encik. Dalam sistem ini juga konsonan v
dan xdiperkenalkan untuk digunkan secara meluas. Sistem ejaan ini menetapkan 18
keselarasan yang utama. Keselarasan disini bererti kesesuaian huruf vokal yang
membentuk dua suku kata pradasar iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku
50
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
51/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
praakhir dengan huruf vokal pada suku
kata tertutup. Jadual dibawah menunjukkan perubahan keselarasan vokal sistem
Zaba:
a-e taling menjadi a - i aleh menjadi alih
a-o menjadi a - u batok menjadi batuk
a pepet-e taling menjadi e - i Lebeh menjadi lebih
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan (1987). Isu-isu perancangan bahasa: pengintelektualan
bahasaMalaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai ejaan baharu bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Bintang Baru Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar (1993). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada
perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar (2004). Muafakat bahasa: sejarah MBIM/MABBIM sebagai Pembina
Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dr Ali Mahmood dan rakan-rakan. (2012). Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu.
Selangor Darul Ehsan. Meteor Doc. Sdn. Bhd.
51
-
7/28/2019 Fonetik Dan Fonology
52/52
BML3043 FONETIKDAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Harun Aminurrashid (1996). Kajian sejarah
perkembangan Bahasa Melayu. Singapura: Pustaka Melayu
Hashim Musa (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah sistem tulisan dalam bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Indirawati Haji Zahid & Mardian Shah Omar, (2006). Fonetik Dan Fonologi. Kuala
Lumpur: PTS Profesional & Distributors Sdn Bhd.
Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Asas Fonetik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik. Petaling Jaya: Agensi
Penerbitan Nusantara.