FORMAT DOKUMENTASI PENULISAN ILMIAH UNTUK ...
Transcript of FORMAT DOKUMENTASI PENULISAN ILMIAH UNTUK ...
1
PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN ILMIAH UNTUK PENYELIDIKAN DAN
PROJEK TAHUN AKHIR FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF
1. PANDUAN
Panduan ini disediakan untuk membantu pelajar Tahun Akhir di Fakulti Seni
Gunaan dan Kreatif, Unimas untuk menyediakan laporan projek tahun akhir (PTA)
mereka. Panduan ini memberi penjelasan terperinci tentang format fizikal dan
prosedur penyerahan laporan projek. Adalah menjadi tanggungjawab Fakulti untuk
memastikan laporan masing-masing disediakan mengikut panduan ini.
2. OBJEKTIF
Melalui garis panduan ini fakulti telah menyediakan format dokumen yang seragam
untuk diikuti oleh pelajar. Semua pelajar yang mencapai tahun akhir pengajian
wajib menyediakan dokumen penulisan ilmiah sebagai sebahagian daripada
keperluan untuk bergraduat. Keseragaman untuk mendokumenkan penulisan
ilmiah ini penting sebagai disiplin dan kualiti persembahan. Dokumen penulisan
ilmiah ini penting sebagai bahan bukti penyelidikan pelajar. Kegagalan untuk
menyediakan dokumen penulisan ilmiah ini serta tidak mengikut keseragaman
format yang diberikan boleh menjejaskan penilaian. Pelajar yang tidak menyediakan
dokumen penulisan ilmiah ini dianggap tidak melengkapi keperluan kursus
Penyelidikan dan Projek Akhir pelajar.
3. SYARAT DOKUMENTASI
3.1 Penulisan Ilmiah ini disediakan untuk keperluan pelajar tahun akhir kursus
Penyelidikan dan Projek Akhir program masing-masing
3.2 Pemantauan dokumentasi ini akan dilakukan oleh pensyarah penyelia kursus
berkenaan.
3.3 Pelajar perlu memenuhi format dokumentasi yang telah ditetapkan oleh
Fakulti sebelum dihantar.
3.4 Dokumen ini akan disahkan untuk dijilid apabila deraf akhir diperakui oleh
penyelia dan tiada pindaan atau pembetulan lagi. Tarikh deraf akhir perlu
disahkan akan dimaklumkan.
4. FORMAT
Sila rujuk ‘GUIDELINES FOR THE PREPARATION OF FINAL YEAR PROJECT
(FYP) REPORT’ bersama garis panduan ini.
5. SUSUNATUR
Berikut ialah satu contoh turutan kandungan untuk laporan projek.
a. Halaman Tajuk (Lampiran 1)
b. Borang Pengesahan Status Laporan (Lampiran 2)
2
c. Pengesahan dan Tandatangan Penyelia (Lampiran 3)
d. Penghargaan
e. Jadual Kandungan
f. Abstrak (dalam Bahasa Melayu dan Inggeris)
g. Teks Utama Laporan yang Disusun Mengikut Bab
h. Rujukan
i. Lampiran (opsyen)
5.1 Halaman Tajuk
Tajuk projek mestilah seringkas dan setepat mungkin dalam memberikan
penjelasan tentang projek. Format halaman tajuk disediakan. Sila rujuk
Lampiran 1
5.2 Borang Pengesahan Status Laporan
Borang ini perlu diisi dan ditandatangani oleh pelajar dan penyelia dan
dijilidkan pada mukasurat pertama selepas muka depan laporan. Sila rujuk
Lampiran 2.
5.3 Pengesahan dan Tandatangan Penyelia
Halaman ini memerlukan tandatangan penyelia untuk mengesahkan bahawa
laporan telah diterima untuk diperiksa oleh beliau. Sila rujuk Lampiran 3.
5.4 Penghargaan
Halaman ini biasanya memuatkan kenyataan penghargaan yang ringkas bagi
menghargai individu dan/atau organisasi yang telah membantu menjayakan
projek. Halaman dedikasi yang ditujukan kepada orang yang tertentu perlu
dielakkan.
5.5 Jadual Kandungan
Tajuk semua halaman tambahan serta tajuk dan subtajuk semua tahap bagi
semua halaman bab termasuk nombor halaman tempat perkara-perkara
tersebut diletakkan mestilah disenaraikan dalam jadual kandungan. Setiap
tajuk dan subtajuk bagi semua tahap dalam Jadual Kandungan mesti sama
seperti yang tercatat dalam laporan. Untuk laporan yang mempunyai banyak
sub-tajuk, pelajar perlu menggunakan sistem penomboran berhirarki
(misalnya, 3.1, 3.1.1, seterusnya). Sistem penomboran sedemikian berserta
penggunaan huruf kecil dan huruf besar, identasi dan italik yang bijak boleh
memberikan ringkasan tentang hubungkait antara bahagian-bahagian laporan.
5.6 Abstrak
Abstrak dan tajuk projek dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah
diperlukan. Abstrak adalah ringkasan objektif projek, pengkaedahan yang
diguna, penemuan yang signifikan dalam konteks bidang kajian dan
kesimpulan. Abstrak mestilah ditaip dalam satu perenggan sahaja dan tidak
melebihi satu halaman teks yang bertaip langkau dua baris (iaitu 100-400
3
perkataan). Abstrak dalam Bahasa Inggeris perlu menggunakan fon gaya italik
sekiranya laporan ditulis dalam bahasa Malaysia atau sebaliknya.
5.7 Teks Utama Dokumentasi/ Laporan/ Penulisan Ilmiah
Teks utama dokumentasi/ laporan/ penulisan ilmiah biasanya disusun
berdasarkan bab atau bahagian yang dinomborkan secara berturutan.
Organisasi dalaman sesebuah dokumentasi/ laporan/ penulisan ilmiah adalah
bergantung kepada hasil perbincangan pelajar dengan penyelianya. Susunan
bergantung pada bidang kajian, tetapi calon adalah bertanggungjawab untuk
menyediakan dokumentasi/ laporan/ penulisan ilmiah yang tersusun rapi dan
sistematik. Keseluruhan teks utama mesti menggunakan fon yang dibenarkan
sahaja, langkauan dua baris dan susunan penuh.
Setiap bab perlu dimulakan dengan nombor bab dan diikuti oleh tajuk bab
berkenaan. Subtajuk pada setiap tahap perlu dinomborkan secara berturutan.
Perenggan pertama sejurus selepas subtajuk pada setiap tahap perlu
diasingkan oleh satu baris kosong dan ditaip langkau ke dalam (indentasi)
sebanyak 1 cm. Setiap perenggan yang seterusnya juga perlu dimulakan
dengan langkau ke dalam yang sama.
Metodologi penyelidikan penting bagi mengenalpasti kaedah perlaksanaan
penyelidikan yang dijalankan. Dokumentasi/ laporan/ penulisan ilmiah yang
baik biasanya mengandungi struktur penulisan teks yang bersistem.
Dimulakan dengan bahagian seperti yang disenaraikan di bawah. Walau
bagaimanapun, bahagian ini boleh diubah mengikut kesesuaian projek setelah
mendapat persetujuan daripada penyelia.
5.7.1 Pengenalan
Bahagian ini sepatutnya memperkenalkan topik atau isu yang dikaji,
latarbelakang kajian, kenyataan masalah, objektif, kepentingan,
hipotesis dan skop projek.
4
5.7.2 Analisis
Bahagian ini merangkumi kajian semula penulisan (literature review),
kajian perbandingan, analisa maklumat dan ujikaji. Tujuan bahagian ini
adalah untuk membolehkan anda menghubungkaitkan kajian terdahulu
dengan kajian anda, memberi cadangan pengkaedahan atau teknik serta
idea baru yang boleh diguna dalam kajian anda, dan memberi panduan
sumber rujukan lain yang berkaitan.
Rujukan boleh didapati dari buku, jurnal, dan pelbagai laporan.
Rujukan yang berusia daripada 10 tahun tidak digalakkan kecuali
untuk kajian yang bercorak falsafah, sejarah, teori dan klasik. Pelajar
juga harus berhati-hati dalam memilih rujukan yang terdapat di
halaman web untuk memastikan kesahihan kandungannya.
Umpamanya, dokumentasi/ laporan/ tesis oleh institusi pendidikan atau
penyelidikan, jurnal elektronik yang telah diteliti patut diberi
keutamaan berbanding dengan kenyataan atau laporan yang diberi oleh
syarikat yang bersifat komersil.
Semua petikan (citation) hendaklah menggunakan sistem yang
ditekankan di dalam kursus Metodologi Penyelidikan atau American
Pscyhological Association (APA) edisi kelima atau APA Electronic
Reference Format. Contoh panduan membuat pemetikan dan rujukan
dengan format APA boleh didapati di:
http://www.wisc.edu/writing/handbook/DocAPAReferences.html
5.7.3 Hasil Kajian, Perbincangan dan Kesimpulan
Bahagian ini perlu memberi ringkasan tentang dapatan, hasil yang
ditemui dari kajian, pengkaedahan yang diguna, dan perbincangan.
Kesimpulan pula menerangkan tentang signifikan projek – bagaimana
kajian anda menyumbang terhadap pengetahuan dalam bidang
berkaitan. Keputusan-keputusan ini akan dibuktikan dan merujuk
kepada hasil karya atau produk.
5.8 Rujukan
Semua rujukan yang dipetik dalam laporan perlu disenaraikan di halaman
rujukan. Rujukan perlu disediakan mengikut system APA. Sistem rujukan lain
yang sesuai boleh digunakan, setelah berbincang dengan penyelia. Rujukan
perlu disenaraikan mengikut turutan huruf abjad dan perlu ditaip langkau satu
baris dengan indentasi 1cm untuk entri yang melebihi satu baris. Untuk
panduan yang lebih terperinci, sila rujuk
di http://www.wisc.edu/writing/handbook/DocAPAReferences.html
5
5.9 Lampiran (opsyen)
Bahagian ini adalah pilihan dan mungkin terdiri daripada bahan ilustrasi
tambahan, data asal, dan petikan yang terlalu panjang untuk dimuatkan dan
tidak begitu perlu untuk memahami isi kandungan dokumentasi/ laporan/ tesis.
Bahagian ini boleh dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian seperti
Lampiran A, B, C, dan seterusnya. Sesuatu rajah atau jadual yang dimuatkan
dalam lampiran mestilah dinomborkan dan diberi tajuk seperti juga semua
jadual dan rajah dalam teks utama.
6
Font: New Century Schoolbook or Times New Roman
Format of Final Year Project Report Front Title Page (Sample)
MAIN TITLE
( bold and caps lock)
NAME
( Uppercase )
This project is submitted in partial fulfillment of
the requirements for the degree of Bachelor of Applied Arts with Honors
(Name of programme)
Faculty of Applied and Creative Arts
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2004
LAMPIRAN 1
7
Font : New Century Schoolbook or Times New Roman
Format Halaman Tajuk Laporan Projek Tahun Akhir Year (Contoh)
TAJUK LAPORAN PROJEK TAHUN AKHIR
(huruf besar dan hitamkan)
NAMA
(huruf besar)
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian
(Nama program)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2004
10
Catatan: * Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
* Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT
atau TERHAD
11
Projek bertajuk ‘Nama Projek’ telah disediakan oleh Nama Pelajar dan telah
diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Nama Program).
(susunan penuh, margin atas)
Diterima untuk diperiksa oleh:
________________________
(Nama Penyelia)
Tarikh:
________________________
(susunan kanan)
LAMPIRAN 3
12
The project entitled ‘Project Name’ was prepared by Student Name and submitted
to the Faculty of Applied and Creative Arts in partial fulfillment of the requirements for
a Bachelor of Applied Arts with Honours (Name of Programme).
(justify, top margin)
Received for examination by:
______________________
(Name of Supervisor)
Date:
______________________
(Align right)
13
GUIDELINES FOR THE PREPARATION OF FINAL
YEAR PROJECT (FYP) REPORT
1. Introduction
This guide is designed to help undergraduate students of Universiti Malaysia
Sarawak (UNIMAS) in the preparation of their Final Year Project (FYP) report. It
deals only with the submission and physical format of the report. It is the
responsibility of each student to ensure that his/her project paper conforms to the
Guidelines set out below. Further information or clarification of the guidelines
can be obtained from the respective Faculties.
2. Final Year Project (FYP) Report Submission
The subject of the FYP must have prior approval of the student’s supervisor and
faculty. Students must submit three (3) copies of the approved FYP report to the
faculty for binding (hard-cover) and 1 copy in digital format (diskette or CD-
ROM). The format for the hard-cover is shown in Appendix A.
3. Format of the Final Year Project (FYP) Report
(a) Language
The report must be written in either English or Bahasa Melayu. The
language of the FYP report should be as direct and simple, as the subject
matter will allow.
(b) Typing
Font
Students should use New Century Schoolbook (font size 11) or Times New
Roman (font size 12) - in preparing their report. Other fonts are not
acceptable.
Spacing
The FYP report should be typed on one side of the page. The text should
be double-spaced throughout, including explanatory footnotes, long
quotations, appendices, headings and subheadings. However legends,
captions or keys to tables, figures, or plates should be single-spaced.
Alignment
The whole main text of the report should be typed in full alignment
(justified alignment).
Type Quality
Both copies of the FYP report submitted for binding must be printed using
a laser printer. In exceptional cases the thesis may be type-written using
high-quality medium-black ribbon. Carbon copies are not acceptable. The
use of transparent tape for error correction is not acceptable.
14
(c) Margins
The top and bottom margins of all pages should be at least 3 cm wide. The right
and left-hand page margin should be at least 2.5 cm wide.
(d) Pagination
Pages should be numbered consecutively throughout the report, including pages
of figures, tables and appendices. (It is advisable that all tables and figures are
placed on separate pages and not together with the text). Pagination begins with
the first page of Chapter 1 (or the Introduction). Preliminary pages (i.e. those
preceding Chapter 1 must carry page numbers in small roman numerals (i, ii, iii,
etc.). The title page should not be numbered.
Page numbers should be center at the bottom of the page. Page numbers should
be at least 10 mm from the margin of the page. Page numbers should appear by
themselves and are not to be enclosed in parentheses, hyphens, etc. Each
appendix should be identified separately in alphabetical order. The pages of the
appendices should also be typed according to the above pagination system.
(e) Paper
White, good-quality (80g m-2) paper of A4 size should be used for all submitted
copies of the thesis. Photographic illustration should be printed on good quality
high resolution paper.
(f) Binding
Following acceptance and approval by the faculty, the FYP report should be
bound in hard cover. The front report cover shall be printed according to the
faculty colour together with UNIMAS logo and the name of the faculty.
Final binding with hard-cover will be done by the faculty. The title of the FYP
report, name of the student and the degree for which the FYP report is submitted
should be printed on the front cover using New-Century Schoolbook following
the style shown in Appendix A. The student’s name, degree and year shall also
be printed on the spine of the bound FYP report. One stripe according to the
faculty color shall be printed on the back cover and spine of the FYP report.
15
FRONT COVER
MAIN TITLE (14, bold, centre, Uppercase)
Name
(12, bold, centre)
2004
(12, bold, centre)
Faculty Of Applied And Creative Arts (16, bold, centre)
LAMPIRAN
A
(Official Faculty
Colour)
Pantone Solid
Coated 522C
Appendix A
(Unimas Logo
– white)
16
KULIT HADAPAN
TAJUK UTAMA (14, bold, tengah, huruf beser)
Nama
(12, bold, tengah)
2004
(12, bold, tengah)
Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif (16, bold, tengah)
LAMPIRAN
A
(Warna Rasmi
Fakulti)
Pantone Solid
Coated 522C
Appendix A
(Bahasa Malaysia)
(Logo Unimas
–Putih)