FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara...

23
TERHAD 1 TERHAD KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA LUKISAN KEJURUTERAAN KOD : 3759 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MULAI 2021 FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN ELEKTIF TEKNIKAL (MPET)

Transcript of FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara...

Page 1: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 1

TERHAD

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LUKISAN KEJURUTERAAN KOD : 3759

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

MULAI 2021

FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN ELEKTIF TEKNIKAL (MPET)

Page 2: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 2

TERHAD

Cetakan Pertama 2020

Hak Cipta Terpelihara © Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 3: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 3

TERHAD

KANDUNGAN

1.0

Pengenalan

4

2.0 Asas Pertimbangan 4

3.0 Kelulusan 5

4.0 Matlamat Mata Pelajaran 5

5.0 Objektif Mata Pelajaran (OM) 5

6.0 Objektif Pentaksiran (OP) 6

7.0 Konstruk dan Aspek yang Ditaksir 7

8.0 Aras Kesukaran Item 8

9.0 Format Pentaksiran 8

10.0 Kertas Soalan Contoh 10

11.0 Tugasan Kerja Kursus Contoh 20

Page 4: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 4

TERHAD

1.0 PENGENALAN

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat

mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

yang mula dilaksanakan pada tahun 1989. Justeru bagi memenuhi dasar baharu di bawah

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Bahagian Pembangunan

Kurikulum (BPK) telah menyemak semula kurikulum mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan agar setanding dengan standard antarabangsa. Sukatan mata pelajaran ini

ditawarkan sebagai mata pelajaran elektif kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk

instrumen pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

(DSKP). Pembinaan instrumen ini adalah berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian piawai

untuk menjamin mutu, kesetaraan, kesahan dan kebolehpercayaan skor ujian.

2.0 ASAS PERTIMBANGAN

Antara aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses perekaan bentuk format

pentaksiran ialah:

2.1 Kesahan

Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Perekaan

bentuk insturmen pentaksiran ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang

ditaksir) dijelmakan berdasarkan objektif mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum standard dan

spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran aras

kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen pentaksiran mencakupi

semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh dalam pendidikan

mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan oleh kurikulum standard.

2.2 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan

ketepatan. Satu spesifikasi ujian direka bentuk bagi setiap instrumen pentaksiran

untuk dijadikan piawaian yang diikuti dalam pembinaan instrumen. Ini adalah

untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran

yang dihasilkan setiap tahun.

2.3 Kebolehlaksanaan

Format pentaksiran ini telah mengambil kira aspek-aspek yang memastikan

pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan.

Page 5: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 5

TERHAD

2.4 Penjaminan Kualiti

Format pentaksiran ini telah mengambil kira keperluan pentaksiran yang berperanan

sebagai mekanisma dalam memastikan bukan sahaja semua yang diharapkan

dalam kurikulum standard mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dapat

direalisasikan tetapi juga menepati tahap kualiti yang dihasratkan.

2.5 Keserasian Dengan Kehendak Kurikulum Standard

Format pentaksiran dan jenis item yang dicadangkan mengambil kira

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ingin dikembangkan dalam pengajaran

dan pemudahcaraan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

3.0 KELULUSAN

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format

pentaksiran bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan SPM mulai 2021. Format tersebut

telah diluluskan dalam Mesyuarat Kurikulum Kebangsaan, Kementerian Pendidikan

Malaysia.

4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN

KSSM Lukisan Kejuruteraan bermatlamat untuk menyediakan murid dengan

asas ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bidang kejuruteraan

sebagai usaha ke arah melahirkan jurutera yang boleh menjana idea kreatif

dan bijak membuat keputusan, inovatif dan berdaya saing di peringkat global

untuk menyumbang kepada mencapai matlamat negara maju yang lestari.

5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM) LUKISAN KEJURUTERAAN

KSSM Lukisan Kejuruteraan bertujuan membolehkan murid mencapai objektif seperti

yang berikut:

OM1 : Memperihalkan lukisan kejuruteraan melalui ilustrasi dengan

mematuhi piawai yang ditetapkan.

OM2 : Menghasilkan lukisan kejuruteraan dengan kaedah konvensional dan

terbantu komputer.

Page 6: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 6

TERHAD

OM3 : Mengaplikasi lukisan kejuruteraan sebagai medium komunikasi

untuk menyampaikan idea dan maklumat secara grafik dalam bidang

kejuruteraan, teknologi dan perindustrian.

OM4 : Menyedari kepentingan lukisan kejuruteraan dalam bidang

kejuruteraan.

OM5 : Menghasilkan rekabentuk projek dalam bentuk lukisan kejuruteraan

3 dimensi (3D) yang lengkap sebagai penyelesaian masalah dalam

kejuruteraan.

OM6 : Mengamalkan nilai dan etika kerja melukis yang baik dan mengikut

kriteria yang ditetapkan dalam kerja lukisan kejuruteraan.

Sumber: DSKP MPET Lukisan Kejuruteraan 2018 Bahagian Pembangunan Kurikulum,

Kementerian Pendidikan Malaysia

6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) MATA PELAJARAN LUKISAN

KEJURUTERAAN

Berdasarkan objektif mata pelajaran, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) Lukisan

Kejuruteraan yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan pelajar dalam mempamerkan:

OP1 : Mengingat dan memahami

Mengukur pengetahuan dan kefahaman tentang kepiawaian dan kaedah.

OP2 : Kemahiran mengaplikasi

Mengukur keupayaan menggunakan pengetahuan, kefahaman

dan kemahiran melibatkan kepiawaian dan kaedah pembinaan

untuk menghasilkan lukisan secara konvensional atau terbantu

komputer sebagai medium komunikasi untuk menyampaikan

idea dan maklumat secara grafik dalam bidang kejuruteraan.

OP3 : Kemahiran mencipta

Mengukur keupayaan menjana idea dengan menggunakan pemikiran

yang kreatif dan inovatif bagi menyelesaikan masalah melalui kerja

projek.

Page 7: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 7

TERHAD

OP4 : Nilai

Mempamerkan nilai dan etika kerja melukis yang baik mengikut aspek

kejurupelanan yang diamalkan dalam lukisan kejuruteraan serta

menyedari kepentingannya dalam bidang kejuruteraan bagi melahirkan

modal insan yang seimbang.

7.0 KONSTRUK YANG DITAKSIR

7.1 Konstruk untuk Kertas 1 (3759/1):

KEBOLEHAN INTELEKTUAL & KEMAHIRAN

A: Mengaplikasi

(Application)

Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam

situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara

7.2 Konstruk untuk Kertas 2 (3759/2):

7.2.1 Kemahiran Mengaplikasi

7.2.2 Kemahiran Mencipta

7.2.3 Nilai

Page 8: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 8

TERHAD

8.0 ARAS KESUKARAN ITEM

Item-item yang dikemukakan mempunyai tiga aras iaitu:

8.1 Aras R

Item yang mempunyai aras kesukaran rendah.

8.2 Aras S

Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana.

8.3 Aras T

Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi.

9.0 FORMAT PENTAKSIRAN

9.1 Pentaksiran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan menggunakan dua instrumen:

9.1.1 Kertas 1 (3759/1)

Kertas 1 berbentuk ujian bertulis

9.1.2 Kertas 2 (3759/2)

Kertas 2 berbentuk kerja kursus

Page 9: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 9

TERHAD

FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN

LUKISAN KEJURUTERAAN (3759)

Bil. Perkara Kertas 1 (3759/1) Kertas 2 (3759/2)

1 Jenis Instrumen Ujian bertulis Kerja kursus

2

Jenis Item

Bahagian A

• Respon terhad

(Geometri satah)

Bahagian B

• Respon terhad

(Geometri bongkah dan

lukisan berkaitan)

Tugasan

3

Bilangan Soalan

Bahagian A

3 soalan (Jawab semua)

Bahagian B

5 soalan (Jawab semua)

1 Tugasan

4

Jumlah Markah

Bahagian A

30 markah

Bahagian B

70 markah

Jumlah = 100 markah

100 markah

5 Tempoh Ujian 2 jam 30 minit Tingkatan 5: April - Jun

6 Wajaran 70% 30%

7

Konstruk

• Mengingat

• Memahami

• Kemahiran Mengaplikasi

• Mengingat

• Memahami

• Kemahiran mengaplikasi

• Kemahiran mencipta

• Nilai

8 Cakupan Konteks Semua kandungan standard pembelajaran tingkatan 4 dan 5

9 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi

5 : 3 : 2

10 Kaedah pemarkahan Analitik Rubrik pemarkahan

Page 10: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 10

TERHAD

11

Alatan

tambahan

Papan lukisan A3, sesiku T,

sesiku set, lengkung perancis,

jangka lukis

Papan lukisan A3, sesiku T,

sesiku set, lengkung perancis,

jangka lukis, kertas bersaiz A3

dan A4, komputer, perisian

AutoCAD, pencetak A3 dan

CDR-W

10.0 KERTAS SOALAN CONTOH

10.1 Kertas soalan contoh ialah instrumen yang dibekalkan bertujuan memberi idea

kepada pengguna tentang kepelbagaian konstruk, konteks dan aras yang ditaburkan

pada keseluruhan kertas soalan berdasarkan piawaian spesifikasi ujian. Lihat

Lampiran 1.

10.2 Pembinaan instrumen setiap tahun adalah mengikut satu spesifikasi ujian yang

piawai. Wajaran konstruk dan aras kesukaran adalah mengikut spesifikasi ujian

tersebut tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza.

Page 11: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 11

TERHAD

13

2

Lampiran 1

SULIT 3759/1

NO. KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Maklumat untuk calon

1. Tulis nombor kad pengenalan dan angka giliran anda pada petak yang disediakan.

2. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

3. Jawab semua soalan.

4. Jawapan mesti dilukis dengan pensel di ruang yang disediakan pada kertas peperiksaan

ini.

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 20XX LUKISAN KEJURUTERAAN 3759/1 Kertas 1 Nov./Dis.

21_ jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Untuk Kegunaan Pemeriksa

Kod Pemeriksa :

Bahagian Markah Penuh

Markah Diperoleh

A

Soalan 1 7

Soalan 2 8

Soalan 3 15

B

Soalan 4 10

Soalan 5 10

Soalan 6 15

Soalan 7 15

Soalan 8 20

Jumlah 100

Kertas peperiksaan ini mengandungi 9 halaman bercetak dan 9 halaman tidak bercetak

5. Anda dinasihati supaya menceraikan setiap helaian kertas peperiksaan sebelum

menjawab.

6. Semua unjuran ortografik dilukis dalam unjuran sudut ketiga.

7. Semua ukuran dalam milimeter.

8. Jawapan mesti dilukis mengikut saiz penuh kecuali dinyatakan berlainan.

9. Hanya kaedah geometri boleh digunakan dan semua garisan mesti dilukis jelas.

Garisan binaan tidak perlu ditunjukkan bagi garisan selari, garisan serenjang dan

garisan condong yang dilukis dengan bantuan sesiku set dan sesiku T.

10. Jawapan tidak perlu didimensikan.

11. Markah akan diberi bagi kefahaman konsep, kaedah yang betul dan kejituan jawapan.

12. Pastikan anda mengikat kesemua helaian kertas peperiksaan sebelum menyerahkannya

kepada pengawas peperiksaan.

[Lihat halaman sebelah 3759/1 © 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT

Page 12: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 12

TERHAD

SULIT 2 3759/1

Bahagian A

(30 markah)

Jawab semua soalan

Masa yang dicadangkan : 45 minit

1

Rajah 1 menunjukkan segi tiga ABC dengan sudut puncak 60°.

Dengan menggunakan kaedah geometri:

1. Bina segi tiga pada tapak AC mengikut saiz penuh.

11. Lukis segi empat sama yang sama luas dengan segi tiga itu.

[7 markah]

+ A

+ C

A

Rajah 1

B

C

,l.O.._

11

L ANGKA GILIRAN: NO.KADPENGENALAN: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 20XX 3759/1 LUKISAN KEJURUTERAAN

3759/1 © 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia [Lihat halaman sebelah

SULIT

Page 13: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 13

TERHAD

+ +

SULIT 3 3759/1

2 Rajah 2 menunjukkan garisan AB.

1. Bina heksagon sekata pada garisan AB.

11. Besarkan heksagon tersebut dengan nisb ah sisi 4:3.

[8 markah]

A B

Rajah 2

L

ANGKA GILIRAN:

3759/1 © 20XX Bak Cipta Kerajaan Malaysia

NO. KAD PENGENALAN : SUIL PELAJARAN MALAYSIA 20XX 3759/1 LUKISAN KEJURUTERAAN

[Lihat halaman sebelah

SULIT

11

Page 14: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 14

TERHAD

SULIT 4 3759/1

3 Rajah 3 menunjukkan satu pencontoh ABCDEFGHIJ.

J, I dan H adalah titik-titik tangen. IJ adalah garisan tangen.

G adalah pusat bagi suku elips. CDEFG adalah sebuah oktagon sekata.

Lukis pencontoh itu mengikut saiz penuh dengan menggunakan kaedah geometri.

[15 markah]

G I C I B

0 L!)

A

88 J Rajah 3

Suku elips

paksi major 160mm

11

111

IV

V

Vl

Vll

ANGKA GILIRAN :

3759/1 © 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia

NO.KADPENGENALAN: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 20XX 3759/1 LUKISAN KEJURUTERAAN

[Lihat halaman sebelah

SULIT

t

Page 15: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 15

TERHAD

SULIT 5 3759/1

Bahagian B

(70 markah)

Jawab semua soalan

Masa yang dicadangkan : 1 jam 45 minit

4 Rajah 4 menunjukkan pandangan hadapan bagi Objek A.

Lukis pandangan atas dan pandangan sisi bagi bongkah itu dengan lengkap.

Semua unjuran dan garisan terlindung perlu ditunjukkan.

[10 markah]

Objek A

Rajah 4

ANGKA GILIRAN :

3759/1 © 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia

NO.KADPENGENALAN:

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 20XX

3759/1 LUKISAN KEJURUTERAAN

[Lihat halaman sebelah

SULIT

11

111

IV

L

Page 16: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 16

TERHAD

SULIT 6 3759/1

5 Rajah 5 menunjukkan pandangan atas dan hadapan

bagi sebuah objek persilangan di antara prisma dan kon.

Dengan menggunakan kaedah pandangan pinggir,

lengkapkan garisan persilangan pada pandangan hadapan itu.

Butiran terlindung tidak perlu ditunjukkan.

[10 markah]

I \

I \

Rajah 5

ANGKA GILIRAN :

3759/1 © 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia

NO.KADPENGENALAN:

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 20XX

3759/1 LUKISAN KEJURUTERAAN

[Lihat halaman sebelah

SULIT

11

111

IV

L

Page 17: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 17

TERHAD

SULIT 7 3759/1

6 Rajah 6 menunjukkan dua pandangan ortografik bagi Objek B.

Unjurkan pandangan tambahan pada satah XY.

Butiran terlindung tidak perlu dilukis.

[15 markah]

X

y

ObjekB

11

111

lV

Rajah 6

ANGKA GILIRAN:

3759/1 © 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia

NO.KADPENGENALAN: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 20XX 3759/1 LUKISAN KEJURUTERAAN

[Lihat halaman sebelah

SULIT

Page 18: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 18

TERHAD

SULIT 8 3759/1

7 Rajah 7 menunjukkan pandangan atas dan hadapan

bagi objek gabungan di antara prisma dan silinder.

Lukis pengorakan penuh objek tersebut.

Butiran terlindung tidak perlu ditunjukkan.

[15 markah]

+

I

I K/K'

K

K'

Rajah 7

ANGKA GILIRAN :

3759/1 © 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia

NO.KADPENGENALAN: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 20XX 3759/1 LUKISAN KEJURUTERAAN

[Lihat halaman sehelah

SULIT

11

111

Page 19: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 19

TERHAD

SULIT 9 3759/1

8 Rajah 8 menunjukkan pandangan atas dan pandangan sisi kanan bagi Objek C.

i. Lukis pandangan keratan pada pandangan hadapan berdasarkan satah pemotongan A-A.

ii. Dimensi pandangan atas bagi dimensi jejarian, kelebaran dan kedalaman mengikut sistem ekaarah.

[20 markah]

A

t

I

L 1

- 1 1

1

I I

I I I

I

-+1-

I

1-,_J 1

1 I

I I

I I

_ _LI --+ I I I I I I

+-_L_-

Rajah 8

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

ANGKA GILIRAN :

3759/1 © 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia

NO.KADPENGENALAN: SUIL PELAJARAN MALAYSIA 20XX 3759/1 LUKISAN KEJURUTERAAN

SULIT

11

I

Page 20: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 20

TERHAD

11.0 TUGASAN KERJA KURSUS CONTOH

11.1 Tugasan kerja kursus contoh ialah instrumen yang dibekalkan bertujuan memberi

panduan kepada Pentaksir tentang pelaksanaan pentaksiran kerja kursus yang akan

dijalankan dari April hingga Jun Tingkatan Lima tahun semasa. Lihat Lampiran 2

11.2 Instrumen ini dibina mengikut standard pembelajaran dan kriteria penilaian yang

telah ditetapkan.

Page 21: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 21

TERHAD

3759/2 1

TERHAD

Lampiran 2

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 20XX LUKISAN KEJURUTERAAN 3759/2 Kertas 2 April 20XX - Jun 20XX

3 Bulan Tiga bulan

1. Kertas ini mengandungi satu tugasan.

2. Calon dikehendaki untuk memahami dan mengkaji tugasan ini dengan teliti sebelum memulakannya.

3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan berdasarkan arahan tugasan yang diberikan secara individu.

4. Calon dikehendaki melengkapkan tugasan amali ini mengikut masa yang ditetapkan. Tiada masa tambahan diberikan.

Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak. [Lihat halaman sebelah

3759/2 © 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Page 22: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 22

TERHAD

TERHAD 2 3759/2

TUGASAN PENTAKSIRAN PUSAT

MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN

TAHUN 20XX

1.0 ARAHAN KEPADA CALON

1.1 Tugasan Pentaksiran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan WAJIB dilaksanakan oleh semua calon Tingkatan 5.

1.2 Tugasan ini hendaklah dilaksanakan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan iaitu bermula April hingga Jun tahun semasa.

1.3 Tugasan ini hendaklah dilaksanakan di sekolah dalam waktu PdPc.

1.4 Semua tugasan hendaklah dilaksanakan mengikut arahan yang telah ditetapkan.

1.5 Tugasan dilaksanakan secara individu.

1.6 Hasil tugasan mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.

1.7 Tugasan hendaklah dihantar untuk mendapatkan pengesahan guru pada setiap peringkat.

1.8 Semua hasil tugasan softcopy (CD-RW) dan hardcopy (kertas A3) perlu

dimasukkan ke dalam fail kerja kursus calon dan diserahkan kepada guru untuk disimpan.

3759/2 © 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Page 23: FORMAT PENTAKSIRAN...Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

TERHAD 23

TERHAD

TERHAD 3 3759/2

2.0 TUGASAN

Tema: Tempat Penyimpanan Barang Peribadi

Setiap hari kita menghadapi masalah untuk menyimpan barangan keperluan peribadi sama ada di bilik mandi atau di bilik tidur. Ini akan menyebabkan keadaan menjadi tidak teratur dan kemas.

Anda dikehendaki menghasilkan sebuah reka bentuk tempat penyimpanan barang yang praktikal dan menarik bagi menyelesaikan masalah di atas. Reka bentuk hendaklah mematuhi spesifikasi seperti berikut:

Bil. Spesifikasi Butiran

1

Reka bentuk

• Reka bentuk yang praktikal

• Reka bentuk yang menarik

• Mempunyai sekurang-kurangnya tiga ruang

• Mempunyai ciri-ciri tambahan

• Kemas

2 Saiz • Ukuran berskala (maksimum 80 cm x 30 cm x 60 cm)

3 Fungsi • Boleh berfungsi dalam Lukisan 3D

TUGASAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah

3759/2 © 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD