Formatif 3 kajian tempatan 09

8
SEKOLAH KEBANGSAAN BELLAMY UJIAN FORMATIF 3/ 2009 KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5 Masa: 45 minit NAMA:______________________________KELAS:_______________ Soalan Objektif ( 30 markah ) Bulatkan jawapan yang paling tepat . 1. Antara yang berikut, manakah merupakan tempat asal Parameswara? A. Siam B. Temasik C. Majapahit D. Palembang, Sumatera 2. Siapakah putera raja yang berasal dari Palembang yang mula mengasaskan Melaka pada tahun 1400 masihi? A. Parameswara B. Temagi C. Tun Mahathir D. Tunku Abdul Rahman 3. Parameswara melarikan diri ke _______________selepas gagal menguasai Palembang dari penguasaan kerajaan Majapahit. A. Muar B. Melaka C. Temasik D. Siam 4. Dari Muar, Parameswara dan pengikutnya bergerak ke utara melalui jalan ________ dan ___________ sehingga sampai ke sebuah perkampungan nelayan. A. Sening Ujung dan Bertam B. Sungai Ujung dan Sungai Besi C. Kutub Utara dan Kuub Selatan D. Sungai dan jalan darat 1

Transcript of Formatif 3 kajian tempatan 09

Page 1: Formatif 3 kajian tempatan 09

SEKOLAH KEBANGSAAN BELLAMYUJIAN FORMATIF 3/ 2009

KAJIAN TEMPATANTAHUN 5

Masa: 45 minit

NAMA:______________________________KELAS:_______________

Soalan Objektif ( 30 markah )Bulatkan jawapan yang paling tepat.

1. Antara yang berikut, manakah merupakan tempat asal Parameswara?

A. SiamB. TemasikC. MajapahitD. Palembang, Sumatera

2. Siapakah putera raja yang berasal dari Palembang yang mulamengasaskan Melaka pada tahun 1400 masihi?

A. ParameswaraB. TemagiC. Tun MahathirD. Tunku Abdul Rahman

3. Parameswara melarikan diri ke _______________selepas gagal menguasai Palembang dari penguasaan kerajaan Majapahit.

A. MuarB. MelakaC. TemasikD. Siam

4. Dari Muar, Parameswara dan pengikutnya bergerak ke utara melalui jalan

________ dan ___________ sehingga sampai ke sebuah perkampungan nelayan.

A. Sening Ujung dan BertamB. Sungai Ujung dan Sungai BesiC. Kutub Utara dan Kuub SelatanD. Sungai dan jalan darat

1

Page 2: Formatif 3 kajian tempatan 09

5. Di sebuah perkampungan nelayan, Parameswara telah menyaksikan satu kejadian aneh. Apakah kejadian aneh tersebut?

A. Seekor anjing perburuan beliau telah menendang seekor pelanduk putihB. Seekor pelanduk putih telah menendang seekor anjing perburuan beliauC. Seekor rusa telah menendang seekor anjing perburuan beliauD. Seekor pelanduk putih telah menendang seekor harimau

6. Di manakah Parameswara berehat selepas penat berjalan di sebuah perkampungan nelayan?

A. bersandar di sepohon pokokB. di dalam pondokC. di tepi sungaiD. di sebuah dusun buah-buahan

7. Selepas menyaksikan satu kejadian aneh, apakah yang dirancangkan oleh Parameswara dan pengikutnya di perkampungan nelayan tersebut?

A. mendirikan masjidB. mendirikan kerajaanC. membina jalan rayaD. menebang pohon tempat beliau bersandar

8. Apakah nama negeri yang diberikan oleh Parameswara sempena dengan nama sepohon pokok?

A. Pulau PinangB. Negeri SembilanC. SelangorD. Melaka

Palembang Temasik X Sening Ujung dan Bertam perkampungan nelayan

9. Apakah tempat yang sesuai bagi X di atas untuk melengkapkan perjalanan Parameswara sebelum mendirikan kerajaan yang di beri nama Melaka?

A. MajapahitB. MuarC. SingapuraD. Siam

2

Page 3: Formatif 3 kajian tempatan 09

10. Siapakah wakil Siam yang dibunuh oleh Parameswara yang menimbulkan kemarahan kerajaan Siam?

A. Sultan SiamB. TemagiC. Penghulu BendahariD. Pembesar Paremeswara

11. Antara yang berikut, manakah faktor-faktor pemilihan tapak kerajaan Melaka?

I Tanahnya yang subur II Terlindung daripada tiupan angin monsun III senang untuk mendapatkan sumber makanan IV Terletak berhampiran dengan laluan perdagangan

A. I dan IIB. II dan IVC. III dan IVD. I dan IV

12. Asal usul nama Melaka diambil bersempena nama……

A. AnjingB. PelandukC. Pokok MelakaD. Sungai Melaka

Soalan 13 berdasarkan jadual di bawah ini

Jawatan TugasBendahara Penasihat kepada raja

Temenggung X

13. Berdasarkan jadual di sebelah, apakah tugas-tugas X ?

I ketua angkatan laut II pemungut hasil atau ufti III ketua polis dan penjara IV penguasa bandar dan kota Melaka

A. I dan IIB. II dan IIIC. III dan IVD. I dan IV

3

Page 4: Formatif 3 kajian tempatan 09

14. Senarai di atas ini merupakan barang-barang yang dibawa dari …………… ke Melaka.

A. SiamB. IndiaC. ChinaD. Pulau Jawa

15. Penyataan di atas paling sesuai dikaitkan dengan tokoh…………….

A. Sultan Mahmud SyahB. Sultan Mansur SyahC. Sultan Muzaffar Syah D. Sultan Alauddin Riayat Shah

( 30 markah )

4

• Kain pelikat• Bahan pencelup• Minyak wangi

• Mementingkan keamanan negeri• Menyamar untuk menangkap pencuri

Page 5: Formatif 3 kajian tempatan 09

Soalan Subjektif ( 20 markah )Isikan ruangan yang kosong dengan jawapan yang sesuai

A. Lengkapkan peta di bawah dengan nama tempat yang merupakan perjalanan Parameswara dan pengikutnya selepas melarikan diri dari kerajaan Majapahit

I _____________________

II _____________________

III _____________________

IV _____________________

# Temasik # Muar # Palembang # Melaka #

( 4 markah )

B. Lengkapkan struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka di bawah.

( 5 markah )

5

1. _________________

2._____________________

3.______________________

4._____________________

5.______________________

Page 6: Formatif 3 kajian tempatan 09

C. Nyatakan jawatan Sultan dan Pembesar Empat Lipatan di bawah ini berdasarkan peranan dan tugas yang diberikan

( 5 markah )

JAWATAN PERANAN DAN TUGAS

1. __________________a) Ketua Kerajaanb) Ketua agamac) Melantik pembesar

2. __________________a) Penasihat Sultanb) Pemangku Sultan ketika Sultan gering atau ke luar negarac) Ketua turus angkatan perang

3. ___________________a) Pemungut hasil atau uftib) Ketua Bendaharic) Ketua Syahbandar

4. ___________________a) Ketua polis dan penjarab) Penguasa bandar dan kota Melakac) Hakim di darat

5. ___________________a) Ketua angkatan lautb) Pengawal peribadi Sultanc) Mengetuai utusan

6

SULTAN

LAKSAMANATEMENGGUNG

BENDAHARAPENGHULU BENDAHARI

Page 7: Formatif 3 kajian tempatan 09

D. Nyatakan tokoh-tokoh di bawah ini berdasarkan sumbangannya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka

TOKOH SUMBANGAN

1.______________________

- pengasas kerajaan Melaka dan berjaya menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan terkenal

2. _____________________- menjadikan Melaka sebagai pusat pengajian Agama Islam dan agama Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi

3. _____________________- mewujudkan hubungan baik dengan kerajaan China dan menjadikan Melaka sebuah empayar yang luas

4. _____________________- mementingkan keamanan negeri dengan menyamar diri untuk menangkap pencuri dan mengetahui sendiri kehidupan rakyatnya

5. _____________________- menjadikan bendahara di bawah pemerintahan empat orang sultan dan merupakan bendahara yang paling lama berkhidmat

6. _____________________- merupakan hulubalang dan laksamana Melaka yang agung

( 6 markah )

- SOALAN TAMAT -

7

PARAMESWARA SULTAN MAHMUD SYAH

SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH

SULTAN MANSUR SYAH

SULTAN MUZAFFAR SYAH

Page 8: Formatif 3 kajian tempatan 09

8