FORUM 3 kps

2
FORUM 3 Interaksi 3 (Kepemimpinan Pendidikan dalam Proses PdP): Jika pengetua atau guru besar adalah pemimpin pendidikan di sekolah, maka guru adalah pemimpin pendidikan di dalam bilik darjah. Apakah maksud kenyataan ini? Huraikan fungsi dan peranan yang dapat dilakukan oleh guru sebagai pemimpin pendidikan semasa proses PdP. Apakah yang akan terjadi jika guru gagal berfungsi dan berperanan sebagai pemimpin pendidikan di dalam proses PdP sama ada di dalam atau luar bilik darjah? Dalam hubungan ini, peranan seorang pengetua yang bertindak sebagai seorang pengurus atau pemimpin dalam pendidikan diperingkat menengah bukan sahaja tertumpu kepada aspek pengawasan dan pengawalan pelajar dan kakitangannya bahkan ianya juga merangkumi tugas-tugas yang tidak tercatat didalam gambaran tugas hariannya. Corak atau gaya kepimpinan yang dipraktikkan oleh pengetua itu mungkin berkesan dalam satu keadaan tertentu dan tidak akan berkesan dalam satu keadaan yang lain. Untuk memastikan keberkesanan kepimpinan itu, pengurus atau pemimpin hendaklah menganalisis keadaan persekitaran, ciri-ciri kakitangan dibawahnya dan faktor-faktor penting yang dapat mempengaruhi kepimpinannya dalam mencapai kecemerlangan sekolah. Guru bertanggungjawab terhadap murid-murid yang menjadi amanahnya untuk diberikan ilmu dan memainkan peranan yang penting. Isu ini guru akan memerhati murid-muridnya bagi memberikan perhatian pada sesi pembelajarannya, tugas guru adalah mendidik anak bangsa dalam memperkembangkan empayar pengetahuan untuk masa hadapan. Oleh itu, pernyataan di atas menyatakan sedemikian bahwa guru adalah pemimpin pendidikan di bilik darjah. Bagi peranan seorang guru pula melibatkan aktiviti di dalam kelas. Situasi dalam kelas, kebiasaannya murid-murid mempunyai tahap kebolehan yang berlainan. Secara umumnya, kebolehan muid dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu pintar, sederhana

description

kps

Transcript of FORUM 3 kps

Page 1: FORUM 3 kps

FORUM 3

Interaksi 3 (Kepemimpinan Pendidikan dalam Proses PdP): Jika pengetua atau guru besar adalah pemimpin pendidikan di sekolah, maka guru adalah pemimpin pendidikan di dalam bilik darjah. Apakah maksud kenyataan ini? Huraikan fungsi dan peranan yang dapat dilakukan oleh guru sebagai pemimpin pendidikan semasa proses PdP. Apakah yang akan terjadi jika guru gagal berfungsi dan berperanan sebagai pemimpin pendidikan di dalam proses PdP sama ada di dalam atau luar bilik darjah?

Dalam hubungan ini, peranan seorang pengetua yang bertindak sebagai seorang pengurus atau pemimpin dalam pendidikan diperingkat menengah bukan sahaja tertumpu kepada aspek pengawasan dan pengawalan pelajar dan kakitangannya bahkan ianya juga merangkumi tugas-tugas yang tidak tercatat didalam gambaran tugas hariannya. Corak atau gaya kepimpinan yang dipraktikkan oleh pengetua itu mungkin berkesan dalam satu keadaan tertentu dan tidak akan berkesan dalam satu keadaan yang lain. Untuk memastikan keberkesanan kepimpinan itu, pengurus atau pemimpin hendaklah menganalisis keadaan persekitaran, ciri-ciri kakitangan dibawahnya dan faktor-faktor penting yang dapat mempengaruhi kepimpinannya dalam mencapai kecemerlangan sekolah.

Guru bertanggungjawab terhadap murid-murid yang menjadi amanahnya untuk diberikan ilmu dan memainkan peranan yang penting. Isu ini guru akan memerhati murid-muridnya bagi memberikan perhatian pada sesi pembelajarannya, tugas guru adalah mendidik anak bangsa dalam memperkembangkan empayar pengetahuan untuk masa hadapan. Oleh itu, pernyataan di atas menyatakan sedemikian bahwa guru adalah pemimpin pendidikan di bilik darjah.

Bagi peranan seorang guru pula melibatkan aktiviti di dalam kelas. Situasi dalam kelas, kebiasaannya murid-murid mempunyai tahap kebolehan yang berlainan. Secara umumnya, kebolehan muid dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu pintar, sederhana dan lemah. Maka, guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka.Ini telah menggalakkan murid-murid secara aktif dalam pembelajaran.

Disebaliknya apabila seseorang guru tersebut gagal memainkan peranan dalam proses pembelajaran dan pengajaran, antara kesan yang dapat dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya kewibawaan profesion perguruan., Pada zaman ini guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi pengganti ibu bapa, kaunselor, pembimbing dan rakan. Peranan guru begitu penting memandangkan beliau merupakan individu yang paling dekat dengan murid semasa mereka berada di sekolah. Namun, apakah pandangan ibu bapa di luar persekitaran sekolah yang mengharapkan guru menjadi penggantinya, melihat kes-kes salah laku yang berlaku di kalangan guru di sekolah? Adakah masyarakat di Negara kita akan terus menyanjung, menghormati dan mempercayai profesion perguruan sebagai suatu jawatan yang mulia apabila guru-guru sekarang terjurus untuk terbabit dalam salah laku?