Forum

20
FORUM DISEDIAKAN OLEH : NURADILAH BINTI ANUAR (1053054)

Transcript of Forum

Page 1: Forum

FORUMDISEDIAKAN OLEH :

NURADILAH BINTI ANUAR(1053054)

Page 2: Forum

Bentuk-bentuk forum

Forum panel

Forum perbahasan

Forum temu ramah

Forum kuliah

Forum simposium

Page 3: Forum

Kemahiran-kemahiran mengendalikan forum

Kemahiran mempengerusikan

forumKemahiran mengawal

forum

Kemahiran melahirkan pendapat

Nada dan intonansi

Kemahiran menutup forum

Page 4: Forum

Terdiri daripada 3 hingga 5 orang ahli panel.

Selalunya tajuk forum diberikan lebih awal kepada ahli panel.

Ahli panel boleh berbincang

Semasa berforum, pengerusi akan mengemukakan soalan atau pandangan.

Akhirnya, pengerusi akan membuat kesimpulan hasil daripada perbincangan farum tersebut.

Page 5: Forum

Terdiri daripada 4 orang panel

Tajuknya bersifat kontroversi.

Tajuk akan diberi lebih awal.

Semasa forum, ahli-ahli panel akan dijemput oleh pengerusi untuk membentangkan hujah-hujah secara bergilir-gilir.

Selepas itu, penonton akan diberi peluang untuk berbincang dengan ahli panel.

Page 6: Forum

Mirip dengan aktiviti menemu ramah.

Selalunya seorang pakar rujuk untuk menyampaikan pendapat dan fakta secara spontan.

Setelah itu, akan diadakan sesi soal jawab bersama penonton.

Page 7: Forum

Seorang pakar akan dijemput untuk menyampaikan kulliah tentang sesuatu tajuk.

Setelah mengikuti kuliah tersebut, penonton akan bersoal jawab dan berinteraksi sesama sendiri.

Page 8: Forum

Ahli panel = 3 atau 4 orang

Tajuk = setiap ahli panel akan diberikan tajuk dan ditentukan aspek khusus berkenaan tajuk tersebut

Semasa forum = ahli panel akan bentang kertas kerja masing-masing secara bergilir-gilir.

Selepas forum = pengerusi akan membuka majlis untuk sesi soal jawab dan perbincangan antara ahli panel dan penonton.

Page 9: Forum

Kemahiran mempengerusikan forum

Pengerusi memainkan peranan penting dalam pengendalian forum. Peranan pengerusi terbahagi kepada 3 tahap :

Sebelum

Semasa

Selepas

Page 10: Forum

SEBELUM

1.Dapatkan biodata ahli-ahli panel.2.Cari maklumat tentang tajuk forum dan hayatinya.3.Menganalisis audien, (ketahui latar belakang, tahap

pendidikan, taraf sosio-ekonomi, pangkat dan gelaran)4. tentukan peruntukan masa untuk setiap ahli panel.5.Sediakan soalan-soalan perbincangan yang bermutu

dan menepati tajuk.6.Kenal pasti kepakaran ahli-ahli panel supaya soalan

yang ditujukan sesuai dengan kepakaran mereka.

Page 11: Forum

SEMASA

1. Mengambil alih majlis daripada juruacara dan ucapkan kata-kata aluan kepada peserta forum dan penonton.

2. Huraikan tajuk forum.3. Perkenalkan ahli forum dari segi biodata peribadi.4. Menerangkan syarat-syarat dan peraturan-peraturan seperti

peruntukan masa untuk sesi pembentangan dan soal jawab kepada ahli panel dan penonton.

5. Bersoaljawab dengan ahli panel pertama tentang maksud tajuk forum.

6. Memastikan ahli panel membentangkan kertas kerja dengan lancar.

7. Kawal perbincangan supaya tidak menyeleweng.8. Pastikan penglibatan aktif dari ahli panel dan penonton.9. Kemukakan soalan yang bernas untuk mendapatkan tindak

balas yang tepat dan sesuai.10. Kemukakan soalan mengikut keahlian seseorang ahli panel.

Page 12: Forum

SELEPAS

1. Menggalakkan penonton mengemukakan soalan dan pendapat.

2. Rumuskan forum dengan menggunakan isi-isi penting yang didapati dari forum

3. Sampaikan ucapan penutup, merakamkan penghargaan, dan memohon maaf.

4. Serahkan majlis kepada juruacara.

Page 13: Forum

Pada peringkat awal selalunya pengerusi akan menjelaskan tatacara forum. Semasa forum berlangsung pengerusi akan menjadi fasilitatorsupaya perjalanan forum berjalan lancar. Adakalanya pengerusi perlu bersifat tegas agar :

1. Dapat mengawal masa setiap pembentangan kertas kerja setiap ahli panel.2. Mengawal perbincangan agar tidak menyeleweng dari tajuk.3. Mengelakkan ahli panel lain mengganggu ahli panel yang lain ketika

pembentangan kertas kerja atau paendapat.4. Mengawal ahli panel daripada terlalu emosi dan menyentuh isu-isu sensitif.5. Mengawal penonton darpada terlalu emosi.6. Memastikan penonton menjaga tatasusila dan tidak mengganggu ahli panel.

Pada akhir forum, pengerusi harus bertindak cekap untuk :

7. Mengawal penoton dari mengemukakan soalan-soalan yang menyentuh isu sensitif.

8. Kawal soalan penonton agar tidak kabur.9. Memberi peluang terakhir kepada ahli paanel untuk menjawab soalan dan

menyatakan pendapat.

Page 14: Forum

Ahli panel perlu menguasai kemahiran untuk melahirkan pendapat yang meliputi 3 aspek :

Menentukan jenis pendapat

Cara melahirkan

pendapat

Cara mempengaruhi

audien

Page 15: Forum

Ahli panel perlu membuat analisis terhadap audien untuk menentukan aspek, isi, dan cara pendapat yang sesuai dengan citarasa penonton.

Page 16: Forum

1. Tentukan aspek yang akan dibentangkan supaya perbincangan tidak menyeleweng daripada tajuk dan tujuan forum.

2. Mengemukakan pendapat dalam bentuk kertas kerja3. Memilih dan menyusun isi agar bertepatan dengan aspek yang akan

dihujahkan4. Mengemukakan pendapat yang disokong dengan fakta, bukti statistik dan

contoh supaya hujah lebih konkrit, berkaitan dan meyakinkan.5. Sentiasa menumpukan perhatian terhadap hujah-hujah rakan serta

pandangan daripada penonton agar tindak balas yang wajar dapat diberikan.

6. Menjawab soala dan memberi pendapat terhadap kemusykilan daripada penonton dengan meyakinkan.

7. Gunakan bahasa yang sesuai dengan audien dan aras pendapat.8. Elakkan penggunaan istilah-istilah yang bombastik dan sukar difahami.9. Gunakakan laras bahasa yang sesuai dengan majlis forum.10.Gunakan istilah mengikut laras.11.Gunakan bahasa yang jelas tepat dan tidak meleret-leret.12.Selitkan unsur kecindan atau humor dalam penyampaian pendapat.13.Menunjukkan keyakinan diri.14.Wujudkan hubungan mata dengan penonton, iaitu melihat mereka (dari

mata turun ke hati).15.Gunakan gaya tangan, mata dan gerakan badan untuk menekankan fakta.16.Menunjukkan mimik muka yang meyakinkan.

Page 17: Forum

1.Mengkaji dan mengetahui peringkat pemikiran, taraf sosio-ekonomi, jantina dan profesion audien.

2.Selitkan ayat-ayat soalan untuk mewujudkan ransangan dikalangan audien.

3.Gunakan bahasa yang sesuai dengan audien termasuk teknik retorika.

4.Selitkan unsur kecindan.5.Pastikan suara anda dapat didengari oleh semua

audien.6.Menjangka had atau batasan tumpuan audien.

Page 18: Forum

Ketika mengalu-alukan kedatangan penonton dan memperkenalkan ahli panel nada dan intonasi pengerusi selalunya mendatar dan ketika tajuk forum dinyatakan nada suara akan dinaikkan sedikit untuk menarik perhatian audien.

Semasa menyampaikan pendapat, ciri-ciri dan intonasi yang wajar diberikan perhatian adalah seperti berikut :

1. Tinggikan nada apabila hendak menarik perhatian.2. Memperlahankan dan merendahkan suara ketika hendak memujuk.3. Jangan berhujah terlalu laju atau perlahan.4. Pause – berhenti sebentar apabila perlu.5. Gunakan sebutan baku.6. Gunakan bahasa yang indah, tersusun dan mudah difahami.7. Gunakan nada yang gembira apabila hendak menghidupkan suasana

yang hambar.8. Gunakan nada dan intonasi yang menggambarkan keperihatinan.

Penonton sebaik-baiknya menggunakan nada suara yang menggambarkan keperihatinan dan hormat kepada ahli panel ketika hendak mengemukakan soalanatau pandangan.

Page 19: Forum

Dalam penutup forum, pengerusi sekali lagi menunjukkan kewibawaannya melalui kemahiran-kemahiran yang berikut :1. Ucapkan terima kasih kepada semua ahli panel yang telah

menyampaikan pendapat berkenaan tajuk forum.2. Membuka majlis kepada penontonuntuk mengemukakan

soalan/pandangan. Pengerusi perlu mewujudkan suasana yang kondusif dan galakkan penonton untuk melibatkan diri.

3. Bertindak sebagai fasilitator sewaktu sesi soal jawab.4. Rumuskan keseluruhan idea yang telah diforumkan, pengerusi

perlu: (peka terhadap setiap aspek tajuk dan membuat kesimpulan dengan menggabungkan semua idea yang telah dihujahkan.)

5. Sampaikan kata-kata penutup dengan ucapkan terima kasih kepada semua ahli panel dan semua yang terlibat.

6. Menyatakan harapan agar isu dan pandangan yang dikemukakan mendatangkan manfaat kepada semua.

7. Mohon maaf kepada semua sekiranya terdapat sebarang kesilapan ketika kendalikan forum.

Page 20: Forum

SEKIAN TERIMA KASIH